Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

25 October 2017

Kembara Bloggers Johor : Sanrio Hello Kitty Town, Thomas Town dan Legoland

Terletak di Puteri Harbour, Nusajaya, Iskandar Puteri, Johor iaitu 25 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan hanya 10 minit dari Taman Tema LEGOLAND.

Keunikan Hello Kitty town ini ialah kanak-kanak dapat merasai pengalaman berada di Taman Persahabatan dimana kanak-kanak ini dapat bermain permainan cawan dan berpeluang bergambar dengan Hello Kitty.



Ada satu rumah Hello Kitty yang mempunyai 6 bahagian antaranya ialah:
1. Ruang Tamu
2. Dapur
3. Bilik Air
4. Bilik Kitty’s
5. Almari Rahsia
6. Bilik Mimmy’s


Di tingkat atas Hello Kitty Town terdapat Thomas Town. Kartun animasi Thomas sangat popular dikalangan kanak-kanak lelaki. Semasa memasuki Thomas Town korang akan disambut dengan lagu dari kartun Barney. Qiss teruja sangat sebab memang suka kartun Barney masa kecil dulu.


Kanak-kanak boleh menaiki permainan yang direka bentuk daripada karakter Thomas and Friends seperti, Bumping Buffers Steamies dan kereta laga Diesel. Terdapat juga Bertie the Bus dan Harold’s Helitour. Selain itu terdapat juga beberapa kartun popular seperti Bob the Builder, Angelina Ballerina dan Pingu.


Setelah penat bermain bolehlah menjamu selera di beberapa kafe yang terdapat di sini antaranya, Red Bow Cafe, Cinnamoroll Café dan Mc Bunn Café.


Sebelum pulang korang boleh dapatkan barangan eksklusif Hello Kitty di Kedai Istimewa Hello Kitty.

Jadi memang kanak-kanak akan sukakan tempat ini.


Waktu operasi
Setiap hari 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

Alamat: Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 79000 Nusajaya, Johor.

Untuk pembelian tiket, layari: www.puteriharbour.com

Telefon: 1300 88 FAMILY (326549)
               +603 2203 9668

LEGOLAND

Taman Tema Legoland telah dibuka di Malaysia pada tahun 2012 dan merupakan taman tema yang  keenam dan merupakan yang pertama di Asia. Pertama kali menjejakan kaki di sini memang kagum melihat kebanyakkan lego yang disambung dan menjadi satu karakter.


Bertemakan taman tema, para pengunjung boleh menaiki pelbagai permainan dan bermain air.






Keluasan taman tema ini agak besar jadi tak cukup masa untuk dihabiskan di sini dalam masa sehari. Qiss cadangkan beli pas tahunan yang membolehkan pengunjung masuk pada bila-bila masa sepanjang tahun. Maklumat lanjut boleh lihat di sini https://www.legoland.com.my/book-visit/annual-passes/

Permainan disini selamat dan tidak terhad kepada kanak-kanak sahaja. Contohnya Roller Coster yang dipanggil Dragon Apprentice. Aquazone Wave Racer, Beetle Bounce, Boating School, Lego Ninjago The Ride dan pelbagai lagi.




Ada juga pameran Star Wars di mana ada satu tempat khas yang menempatkan lego-lego Star Wars ini.

Terdapat juga kedai makan dan cenderahati di sini bagi kemudahan pengunjung.

Maklumat lanjut Hubungi : +607 597 8888

10 comments:

  1. Wahh bestnya kalau dapat bawa ank2 pergi meati best

    ReplyDelete
  2. bestnya! baru tau yang hello kitty tu haha ketinggalan zaman jugak sha haha, bestnya kalau dapat pergi tempat tempat cantik macam tu

    ReplyDelete
  3. Seronoknye lahai.. boleh masukkan dalam wishlist ni

    ReplyDelete
  4. frankly speaking i love hello kitty n really wanna go this place boleh bgtau husband nih to plan come this place. thanx dear for the info

    ReplyDelete
  5. dua-dua tempat dah pergi tapi sayang masa tu pergi bertiga anak kecik lagi. So banyak yang tak dapat nak main kt legoland tu. Kita pulak pregnant masa tu.sbaik tiket free masa tu. Yg hello kitty tu best puas sebab besar tempat dia. sehari suntuk di situ jer.

    ReplyDelete
  6. uih bestnya..bila agaknya dapat peluang bawak anak-anak pegi

    ReplyDelete
  7. Menariknya pergi jalan-jalan bercuti ke JOHOR. Anak2 pasti suka jika ke LEGOLAND belum sempat lagi.

    ReplyDelete
  8. Seronoknya kalo dpt bawa zahra mmg dia suka sgt ni

    ReplyDelete
  9. my favorite cartoon !
    hello kity!
    memang photogenic tempat ni, saya pernah pergi last year!
    nak pergi lagi la!

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com