Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

24 May 2018

Jakel Barulah Raya l Beraya dengan koleksi Baju Raya JAKEL SHAH ALAM

Seperti tahun-tahun sebelum ni, persiapan baju raya keluarga Qiss semuanya beli siap sebab mudah dan banyak design untuk dipilih.

Tahun ni Qiss nak beraya dengan baju raya koleksi dari JAKEL SHAH ALAM. Sementara tengah belek-belek baju, terdengar pula bunyi riuh rendah di luar Jakel Mall Shah Alam ni.

Rupa-rupanya Duta Jakel Yang juga artis terkenal di Malaysia iaitu Awal Ashaari, Scha Al-Yahya, Lara Alana (SCHAWALARA), Nabil Ahmad, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar, Harith Iskander dan juga Upin dan Ipin tampil untuk mempromosikan koleksi mereka. Duta -duta Jakel ini turut membuatkan lelongan khas untuk mempromosikan koleksi mereka tahun ini.

Harith Iskander

Scha Al-Yahya


Koleksi kurta Awal Ashaari

Hairul Azreen, Hanis Zalikha dan Yusuf Iskandar

Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari

Tentu tidak lengkap jika berbaju Melayu tanpa samping. Pada tahun ini Jakel tampil dengan satu kelainan iaitu Kain Samping Benang. Kain Samping Benang ini selesa dipakai sepanjang masa dan hanya boleh didapati di Jakel sahaja.

Untuk baju Melayu, terdapat beberapa koleksi yang seringkali menjadi pilihan Qiss iaitu Baju Melayu Aaron Aziz, Baju Melayu Nabil Ahmad, Baju Melayu Awal Ashaari dan juga Baju Melayu Harith Iskander.





Berbaju Melayu di hari raya pertama, Hari Raya kedua kita pakai kurta lah pula. Koleksi Hairul Azreen menjadi pilihan hati sebab fabrik yang digunakan ialah cotton berkualiti dan menyerap peluh. Di bahagian lengan boleh dilipat dan mesra wuduk.



Untuk baju kurung, koleksi Ayda Hebat menjadi pilihan Qiss sebab banyak pattern menarik kebanyakannya corak printed terkini.

Untuk kanak-kanak, boleh cuba koleksi baju Melayu dari Upin dan Ipin. Siap ada gambar Upin dan Ipin dekat poket baju tau.



Sedondon satu keluarga.

Bagi ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana yang inginkan baju raya sedondon boleh dapatkan koleksi SCHAWALARA dan juga Hairul, Hanis dan Yusuf. Koleksi-koleksi ini boleh didapati di Jakel dan semuanya cantik-cantik.






Aplikasi BOOST

Di musim perayaan ini Jakel bekerjasama dengan Boost iaitu salah satu  aplikasi pembayaran dalam talian yang memudahkan transaksi belian dengan tidak menggunakan tunai dan pelanggan akan mendapat mata ganjaran setiap kali transaksi pembayaran dilakukan.


Jadi bagi korang yang nakkan kemudahan serta lebih ganjaran kenalah download a
aplikasi BOOST ni.


Sumbangan

Jakel Shah Alam turut menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak yang yang memerlukan sempena bulan yang mulia ini di Majlis Sembang Santai Jakel Barulah Raya.



Nampak tak Qiss dah borong baju raya dekat Jakel ni. Jangan tak tahu, dengan setiap pembelian baju Melayu, pelanggan akan dapat kain ela bercorak secara percuma. Ape tunggu lagi tu? Jom la pi JAKEL SHAH ALAM sekarang.


Gambar credit to: Dboy

Kongsikan detik manis korang memakai baju koleksi Duta Jakel dengan memuat naik gambar di media sosial korang dan jangan lupa caption ni--->>> Jakel Barulah Raya..... #jakelbarulahraya
#ingatrayaingatjakel
#jakelshahalam

Website: Jakel

1 comment:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com