Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

10 August 2018

Koleksi Malaysia Sebenar Dari Poh Kong

Raikan Keindahan Perpaduan
Koleksi Malaysia Sebenar Dari Poh Kong, Diinspirasikan oleh Anda


Konsep keindahan berbeza antara satu insan dengan insan yang lain. Setiap kita akan mendefinasikan keindahan secara berbeza dan terkadang, mengejutkan. Di Poh Kong, keindahan adalah didefinasikan sebagai warga Malaysia melupakan perbezaan demi mengutamakan negara serta memelihara nilai kemerdekaan yang diperjuangkan oleh generasi terdahulu sejak 61 tahun yang lalu. Dan keindahan di mata kami, adalah juga apabila rasa saling menghormati tanpa mengira bangsa, dizahirkan. Sempena menyambut bulan kemerdekaan yang paling bermakna ini, Poh Kong telah mengumpulkan barang kemas rekaan sempurna dari pelbagai koleksi, sebagai satu penyataan akan sebuah perpaduan.

ANGGUN – Keindahan Tersendiri, Keanggunan Terpateri





Koleksi Bunga Raya
Direka dengan penuh kreativiti hasil perjodohan emas kuning 916/22k dan emas putih, kehalusan seni pertukangannya yang anggun serta rumit, benar-benar telah menyerlahkan keanggunan dan kesucian Koleksi Bunga Raya dari Poh Kong ini.  Lima kelopak menghiasi loket dan gelang, dengan ukiran Bunga Raya yang serba rumit di tengahnya, pasti kan menarik perhatian! Bukankah menyempurnakan apabila dikenakan bersama baju kurung atau kebaya anda?



KOLEKSI MANJA




Koleksi si Manja direka khusus bagi menyuntikkan keceriaan dan kesucian, buat si comel anda. Pastinya sesuai untuk dijadikan tanda kasih bernilai yang akan terus dihargai sepanjang masa.

AUSPICIOUS – Keindahan Dalam Kelembutan

Golden Delights Series – Koleksi Blooming Riches





Siri ini menyerlahkan keanggunan dan keindahan bunga Peony – diinspirasikan oleh penampilannya yang mewah dan sopan – seakan mengisahkan kualiti seorang wanita, sambil mengundang kemesraan.. Gandingkannya dengan busana berciri ketimuran anda dan tampil mempersonakan di sebarang majlis.


Bountiful Gold & Jade Series - Koleksi Penuh Kemewahan


Barang kemas ini diinspirasikan dari bentuk labu yang digabungkan dengan matawang lama di bahagian tengahnya, serta dihiasi dengan bungaan Peony. Lapisan petal menggambarkan langkah progresif menuju ke puncak, dengan iringan kemewahan. Juntaian 3 baris manik abacus  melambangkan kemewahan yang melimpah ruah.



BOMBAY – Keindahan Tradis Yang Serba Bertenaga



Tampil bergaya dan glamour di majlis dengan anting-anting serta rantai emas yang diperbuat dari 916K ini. Setiap barangan adalah dihiasi oleh manik dengan tona yang bertenaga, bagi menyuntikkan keceriaan terhadap penampilan anda. Sempurna untuk dikenakan apabila anda memakai sari atau shalwar kameez.





TRANZ – Keindahan Alam Semulajadi

Tranz Duet
Lakaran terukir meliar di permukaan loket dan cincin ini bagai memenuhi imaginasi abstrak anda.






Tranz Nature
Bersedia untuk terpukau dengan rahsia alam disulami dengan rekaan menakjubkan akan barang kemas anggun ini yang diinspirasikan dari keindahan flora dan fauna. Tampil memikat dengan loket, gelang dan cincin yang bermotifkan dedaun bagi menyerlahkan kelainan serba unik menjelang kemerdekaan ini.




Kenali rangkaian barangan kemas serba anggun ini yang boleh didapati secara eksklusif di Poh Kong, Galeri Poh Kong dan Diamond & Gold.

Untuk maklumat lanjut, layari www.pohkong.com.my atau www.facebook.com/pohkongjewellers

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com