Beauty. Lifestyle. Review. Collaboration.

10 October 2018

Menang RM 6 Juta dengan Menikmati Chicken Cheesy Bites di Pizza Hut

Assalamualaikum buat semua pembaca.

Qiss nak share satu game untuk korang main sambil makan pizza kat Pizza Hut. Permainan ini dinamakan "Siapa Kena The Spicy Bites". Prop istimewa akan disediakan untuk korang main sambil makan Chicken Cheesy Bites ni.




Tersembunyi diantara 18 cheesy bite ada 2 gigitan limpahan keju berperisa cili yang pasti memberi letupan rasa kepada pemakannya. So siapa yang tergigit cili tu dia yang menang.





Bukan itu sahaja, bagi kelainan rasa, Pizza Hut juga bakal memperkenalkan dua letupan masam di antara 18 bites pada bulan hadapan.





Sebagai tambahan kepada 18 cheesy bites yang dipenuhi dengan limpahan keju cheddar dan mozarella (dan dua gigitan cili pedas), Chicken Cheesy Bites juga didatangkan dengan lapisan sos salsa tomato, ditabur dengan isi ayam carik, bebola ayam serta keju.

Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekuti, Bahagian Restoran QSR Brands (M) Holdings Bhd berkata, “Setelah hampir 36 tahun menyajikan piza lazat kepada pelanggan, kami lihat mereka teruja apabila disajikan makanan baru yang melangkaui bahan yang digunakan tetapi ditambah dengan pengalaman yang menyeronokkan. Chicken Cheesy Bites baru kami diinspirasikan daripada pengalaman kanak – kanak Malaysia yang menjadikan gurauan sebagai cara berinteraksi dan berseronok dengan sesama lain. 




“Kami mewujudkan semula keseronokan ini dengan memberi pelanggan peluang untuk berseronok dengan sesama sendiri dan kena dengan Chicken Cheesy Bites yang dipenuhi rasa letupan mengejut, sekaligus mengeratkan hubungan persahabatan dan berseronok dengan sesama lain. Apa lagi cara yang paling bagus sempena pelancaran piza baru kami adalah bersama barisan pelakon GOL & GINCU Vol.2 – sebuah filem yang sinonim dengan persahabatan!”


GOL & GINCU Vol. 2: Membawa Persahabatan ke Realiti

Krew GOL & GINCU Vol 2 turut hadir di majlis pelancaran dan mendemonstrasikan cara menikmati Chicken Cheesy Bites ni, antara yang hadir ialah Diana Danielle, Aedy Ashraf dan Jad Hidhir. Malah mereka bermain dan bergurau sesama sendiri dengan gigitan cili sambil mempamerkan masa riang bersama.

DD dan Jad

Kerjasama Pizza Hut bersama GOL & GINCU Vol.2 adalah bersempena pelancaran Chicken Cheesy Bites baru serta penayangan filem ini pada 25 Oktober. Kolaborasi ini akan turut melibatkan beberapa kempen serta aktiviti – aktiviti yang bakal menambahkan keriangan dan menjadi platform bagi rakyat untuk menemui semula ikatan hubungan menerusi pengalaman menyeronokkan.





Mari pastikan semua kena!

Bagi menjadikan pengalaman ini lebih luar biasa, Pizza Hut ingin memastikan pelanggan bukan hanya ‘kena’ gigitan cili atau masam, tetapi juga ‘kena’ hadiah yang menakjubkan. Jaminan hadiah sehingga RM 6 juta bakal diberikan kepada pelanggan dengan setiap pembelian Chicken Cheesy Bites sebagai sebahagian dari peraduan “Siapa Kena”. Ia tertakluk kepada pelanggan yang makan di restoran, bawa pulang dan bagi penghantaran pesanan.




Hadiah yang ditawarkan termasuklah:
35 hadiah wang tunai (5 x RM10,000 dan 30 x RM1,000)
Baucar Pizza Hut (Spageti Creamy Carbonara, Spageti Meatball Bolognese, Deli Wings (Kepak Ayam), Piza Pan, Minuman Ringan dan Roti Bawang Putih)
50 x Barangan Istimewa GOL & GINCU Vol. 2 

Piza Chicken Chessy Bites baru kini boleh didapati di semua cawangan Pizza Hut bagi pilihan makan di restoran, penghantaran dan bawa pulang dari 1 Oktober sehingga Disember 2018. Untuk merasai sendiri letupan Chilli Bites dan untuk menyertai peraduan “Siapa Kena”, layari www.pizzahut.com.my/en/chickencheesybites.




Kalau korang dah kena gigitan cili tu jangan lupa #pizzahutsiapakena

Ada 2 kerak pizza yang ada cili. Korang rasa yang mana satu?

Alamak! Qiss dah kena


Reactions:

20 comments:

  1. wow lumayan hadiah nyer, qis. menarik! gol & gincu. yes aida ada tgk semlm kat tv. pengarah nyer ditemuramah. menarik. dulu no 1 aida tgk byk kali. tapi tu la, kali ni fazura xde plak :( hu hu hu hu

    ReplyDelete
  2. Pedas tak? aduhai..ada contest macam ni erk..menarik laa....Hadiah yang ditawarkan pun lumayan..tak sangka banyak fast food buat contest utk tarik pelanggan kan...bagus market strategy diorang

    ReplyDelete
  3. Macam sedap je...Malam ni boleh ajak family pergi try...Huhu...

    ReplyDelete
  4. Macam sedap je... Malam ni boleh ajak family pergi cuba Pizza Hut..Huhu...

    ReplyDelete
  5. waa yg pedas tu boleh main hide and seek pulak yea, haha so cuteee and creative laa this time! Lagi2 tambah pulak ada pelbagai hadiah lumayan dan menarik tu, ha ni yg buat berkobar2 lagi nak try makan pizza baru niii hehe. terbaik! 😍

    ReplyDelete
  6. banyak nya cheese.. cheesy is my favourite.. nak pergi pizza hut try try lah.. looks yummy!

    ReplyDelete
  7. Pizza ni pun kegemaran kita yang baru ni tak cuba lagi nak try nak rasa cheese yang banyak dan paling pedas....

    ReplyDelete
  8. biasa org cakap siapa makan cili dia rasa pedas.tpyg ni siapa makan cili dia yg menang.hahaha.untung badan kalau menang ni. hehehee

    ReplyDelete
  9. Marsha belum cuba cheesy bites ni. Nanti boleh cuba & join contest skali. Seronok dapat makan & join contest skali. Thanks sharing 😘😘

    ReplyDelete
  10. Huyoo main sorok-sorok ye pedas tu. Siap ada contest lagi tu. Hadiahnya tu perghhh best..best. Nak cuba la yang ni mana tahu boleh menang hehe.

    ReplyDelete
  11. Baru semalam sis makan Pizza tapi tak cuba yang ni. Tak apa next time gi lagi sis akan cuba. Memang Fav pizza ni. Rugi betul hari tu tak dapat join event ni

    ReplyDelete
  12. Tengok piza penuh dengan cheese memang menggugat iman betul lah . Eh pizza hut pun ada contest juga .Hadiah lumayan untuk dimenangi .

    ReplyDelete
  13. Makan dan menang hadiah ke ni?
    Waaa.. Nak cari pizza la.. Allah.. Perut dah la tengah lapar. Memang sedap ni kalau dapat layan pizza. Memang nikmat.

    ReplyDelete
  14. Wahhhh menarik betul konsep terbaru pizza hut nie. Kejutan di dalam gigitan. Gitueee. Nanti nak cuba jugaklah. Dah lama xmkn pizza. Hut.

    ReplyDelete
  15. hahahahha, pizza hut dan domino memang tengah bersaing pakat pakat buat contest ahahahah, tapi pizza hut punya tawaran lagi mahal daripada domino hahah... tapi sebab domino dah buka dekat hulu langat tu sebab pizza hut terpaksa bersaing .. dulu tak ada lagi domino memang pizza hut mendominasi area hulu langat tu... apa pun semoga maju jaya lah kedua dua restoran ni ahahahhaa

    ReplyDelete
  16. Lain dr yg lain.. mcm suprise je makan pizza hut erk.. mesti best ni.. dapat lagi hadiah best lagi klau join contest.. nak join jugak la.. mn tahu ada rezeki kan

    ReplyDelete
  17. Syoknya hadiah depaaa fuhhh , lama tak makan pizza kne kne try la ni

    ReplyDelete
  18. Okay, yang ni saya rela termakan chili pedas menyengat kalau ada hadiah.hahaha

    ReplyDelete
  19. pernah makan cheesy bites ni..memang sedap..siap ada contest ni..nak mennag cash tu..heehhe..bestnyaaa..nanti nak makan pizza la..hehe

    ReplyDelete
  20. Tak ajak pun kite pi makan pizza hut. Sedapnya nampak menu baru tu. Waah, ada contest la. Boleh join ni

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Google+ Followers

BTemplates.com

Followers

Blogroll

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com