Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

16 August 2019

9.9 Super Shopping Day Memperkenalkan Cristiano Ronaldo Sebagai Duta Shopee

Dalam tempoh setahun lepas, pihak kerajaan telah melancarkan beberapa inisiatif untuk mengurangkan kos sara hidup di Malaysia. Satu inisiatif yang dilaksanakan baru-baru ini ialah penubuhan Jawatankuasa Tindakan Kebangsaan E-dagang oleh Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara. Matlamatnya adalah untuk menggalakkan dan mengukuhkan penggunaan e-dagang lantas mengenepikan peranan orang tengah dalam usaha mengurangkan kos barangan pengguna.

Untuk mencapai matlamat ini, pihak kerajaan telah bekerjasama rapat dengan Shopee, platform e-dagang yang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, dalam usaha mencari cara untuk mengurangkan kos sara hidup bagi rakyat Malaysia. Salah satu daripada usaha Shopee untuk berganding bahu dengan para peniaga runcit Malaysia adalah mengurangkan sekatan terhadap penglibatan umum dalam ekonomi digital.

Kos mengendalikan perniagaan di dalam talian jauh lebih rendah. Dengan ini, Shopee menggalakkan para peniaga runcit untuk berkongsi penjimatan kos dengan pembeli, lantas menjadikan beli-belah dalam talian lebih termampu bagi pengguna. Hasilnya, pengguna dapat melihat purata penjimatan sebanyak 20% untuk barangan keperluan harian apabila mereka membeli-belah di Shopee pada hari biasa, dengan potensi penjimatan sehingga 90% semasa kempen membeli-belah utama seperti 9.9 Super Shopping Day.

Zed Li (kiri), Head of Business of Shopee Malaysia with Song Hock Koon (kanan), Director of E-Commerce MDEC at the Shopee 9.9 Super Shopping Day Launch

Akan berlangsung dari 19 Ogos hingga 9 September 2019, kempen ini membawakan tawaran dan diskaun hebat meliputi pelbagai kategori daripada jenama seperti Nutox, HP, L'Oréal, Vinda, Photobook Malaysia, Enfagrow, Universal Traveller, realme, Mr DIY dan Nestle. Untuk terus mendorong penggunaan e-dagang dan menggalakkan rakyat Malaysia memanfaatkan penjimatan ini, Shopee akan menurunkan perbelanjaan minimum untuk penghantaran percuma kepada RM9.

Mengalu-alukan inisiatif itu, Song Hock Koon, Pengarah E-Dagang, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, berkata, "Salah satu objektif MDEC adalah untuk menggalakkan penglibtatan rakyat Malaysia dalam ekosistem digital kerana inisiatif sedemikian akan membantu mempercepatkan penggunaan e-dagang dalam keadaan yang mampan dan kos efektif. Kami sentiasa berbesar hati untuk bekerjasama dan menyokong pergerakan industri dan mempercayai bahawa inisiatif terbaru ini akan memberi inspirasi kepada usaha keusahawanan digital."


Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata, Misi Shopee sememangnya untuk membawa kesan positif kepada masyarakat tempatan dengan cara yang bermakna dan mampan menerusi inisiatif seperti kempen jualan kami yang akan membolehkan rakyat Malaysia terus membeli-belah dan mendapatkan barangan keperluan tanpa perlu mengeringkan kocek. Pada masa yang sama, saya sukacita untuk mengumumkan kerjasama Shopee dengan duta jenama terbaru kami, Cristiano Ronaldo. Penyertaan beliau dalam Shopee menandakan mercu jaya penting bagi kami. Ini menjadikan kami lebih daripada sekadar sebuah platform membeli-belah kerana kami terus memberi inspirasi kepada pengguna dan mendekatkan mereka dengan bintang-bintang dan selebriti yang terbesar di dunia.

Pada hari pelancaran 9.9 Super Shopping Day di Grand Hyatt Kuala Lumpur, Shopee mengumumkan duta terbarunya, Cristiano Ronaldo. Sebagai salah seorang atlet yang paling hebat, beliau adalah inspirasi kepada ramai dan dedikasinya untuk bola sepak bergema dengan komitmen Shopee terhadap penggunanya. Beliau akan bekerjasama dengan Shopee di tujuh pasarannya dalam pelbagai aktiviti untuk melibatkan diri dan memberi inspirasi kepada orang ramai di rantau ini.

Kempen 9.9 Super Shopping Day menjanjikan promosi hebat dan hiburan menarik selama tiga minggu dan juga keistimewaan eksklusif yang dibawakan oleh para pemain industri terkemuka:
Jualan Kilat Shocking Sale - 9 kali sehari, nikmati tawaran serendah RM1.

Pek Baucar Hebat RM9.90

Bayar RM9.90 untuk menikmati baucar daripada Shopee, Agoda, dahmakan, Dal.komm Coffee, ZEN Rooms, Grab, BBQ Chicken, Victoria Station, Kkday, Recommend.my, Muslim Pro, MBO, Dunkin Donuts serta Teppanyaki dan dapatkan penjimatan sehingga 17x jumlah wang anda dibelanjakan.


One or Not

21 motosikal Yamaha, 1 Honda City dan banyak lagi hanya untuk RM1. Jika pelanggan tersebut bukan pembeli terpilih, Shopee menjamin bayaran balik penuh.

Pemegang kad Standard Chartered Mastercard

 Potongan RM15 dengan perbelanjaan minimum RM120. Sah dari 19 Ogos hingga 9 September.

Shihlin Taiwan  Beli 1 dapat 1 paket percuma Crispy Chicken Cracklings (Ayam Goreng Rangup)

Wonda Coffee  Rangkaian produk baru eksklusif terlebih dahulu di Shopee, dengan harga pengenalan promosi untuk 300 pelanggan pertama.

Dunkin Donuts  2,000 pelanggan pertama dapat menikmati promosi RM0.99 untuk 1 Donut bernilai RM3.50 hanya pada 9 September.

Burger King - Dapatkan set Whopper Jr & Cheeseburger, minuman dan kentang goreng hanya untuk RM9.90.

The Alley  Nikmati teh susu boba eksklusif dari RM9.

Häagen-Dazs  Nikmati secedok aiskrim pada harga RM9.90 dan dua cedok pada RM19.

Wakil Penjual Sah Hong Leong Yamaha  Nikmati diskaun eksklusif sehingga 30% bagi pembelian motosikal Yamaha termasuk Yamaha NVX, Y15zr dan LC135 pada 9 September.

BH Petrol dan Mydin akan memberikan 100 tiket bernilai RM35,000 untuk saksikan Dato' Sri Siti Nurhaliza secara langsung di Konsert Mini SimplySiti X Shope.

Ketahui lebih lanjut mengenai duta jenama terbaru Shopee di:
https://shopee.com.my/shopeexronaldo

Dapatkan maklumat lanjut tentang 9.9 Super Shopping Day di https://shopee.com.my/m/99
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Categories

11.11 11street aabc Acara Ads aesthetic airasia Althea Anchor Android aplikasi Apparel apps Arabic Artis automotif automotivereview Auxinlive Bangsawan bbq beauty beauty review bid Biskut Raya Bisnes Blogger Blogger review boost Borneo brownies Buffet Buka puasa Business Cannis Cannis Event Cannis Launch CannisApp car Carsome cheras chocolate citrawarna clinic coaching coklat computer Conference contest cookies Cozena damansara dewan domain Domino's Domino's pizza Dominos Dr Wu Duit e wallet electronic review etw etw6 Event facial Fashion Fernleaf festival fesyen food food review Foodreview forex free product review Futsal gadget Game gayatravel giveaway Glamogenic gold Guardian gula hair removal handphone happyfresh Haqqi Harriston hartanah health Hiburan Honor hotel review ikan bakar Income Innphonim blockchain Inspirasi IPSB Jag Jahitan jakel jdt jewellery johor Jual kereta kasut sekolah kelas jahit kembara kembarabloggersjohor Klang klcc klfw Korean kosmetik Kuih Raya lapetales laser launch lazada Lenovo lifestyle Lipstick Lulu Hypermarket maiwp mak siti makan makanan arab make up Malaysia masakan matic McCormick McDonald's media Menara Kuala Lumpur Merdeka Microsoft MMSOS mobile modelling motac Moto C Moto M moto z2 play motorola msi Museum Music myvi myvi2018 NASDAQ nestle ngeteh Nimpmos Nivea Online onlineshopping onlinetraining Oppo pageviews Pak John Steamboat & BBQ Pemanis stevia pengantin Pensonic perkahwinan perodua Petaling Jaya pharma pharmacy Pharmaniaga pizza Pizza Hut planner Poh Kong ppz Primark product product review Produk Projek57 proparangers property Putrajaya railway Ramadan Raya realme rempah review Richworks Safi sale Seni Shah Alam shell out Shopee shopping Singapore skim thohir skin skincare spa spa review spareview SS2 Stevia sukan summit Sunfeet tambah pendapatan Teater technical techno Technology teknologi tengkubutang Terkini thegaragekl tourism tourism malaysia tourism selangor Tourism Tourism Japan Tourismjohor tourismmalaysia train trainer transport travel TVC Ubat Gigi ukays unity unity ribbon upen Waterpark Wedding World zakat zoo

Followers

BTemplates.com

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com