Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

29 September 2019

KL Tower International Jump Malaysia 2019 Penuh Aksi Dan Mendebarkan

Memasuki tahun ke 19 acara tahunan terjunan base dan acara ini merupakan acara utama Menara Kuala Lumpur mendapat sambutan hangat dari penerjun seluruh dunia.

Acara KL Tower International Jump ini berlangsung dari 26 September 2019 hingga 29 September 2019. Anggaran peserta pada tahun ini seramai 100 orang.



Qiss pun tak terkecuali untuk melihat aksi penerjun professional ini secara dekat.
Dengan pembelian tiket Sitting on the Edge, para pengunjung Menara Kuala Lumpur dapat menyaksikan saat-saat para penerjun terjun ke bawah dan seterusnya membuka payung terjun hingga selamat mendarat.

Ni lah tebing nya. Korang berani tak?

Acara terjun base ini berlangsung di empat lokasi berlainan iaitu:

Menara Alor Setar International Jump @menaraalorsetarofficial 11-13 September 2019,

Gua Damai International BASE Jump @guadamaixpark Batu Caves 15-17 September 2019

Sibu International BASE Jump @wismasanyan 19-22 September 2019

KL Tower International Jump Malaysia 2019 @menarakl 26-29 September 2019

Hanya di Menara KL para penonton dapat melihat aksi ini dengan lebih dekat iaitu dengan duduk di tebing Menara Kuala Lumpur.

Tiket boleh didapati pada harga RM118.00 bagi pemegang MYKAD Dan RM148 tanpa MYKAD.



Jom cabar diri korang untuk duduk di tebing Menara Kuala Lumpur sempena terjunan base berdiri di Malaysia bagi tahun 2019.

Kat sini Qiss kongsikan juga gambar-gambar penerjun terawal pada hari pertama acara ini dijalankan untuk tahun 2019 di Menara Kuala Lumpur.











Jangan lupa bergambar di sky box. Korang boleh tengok pemandangan sekitar menara dari lantai kaca.


Hari ketiga 28 September 2019

Hari ketiga Qiss naik Menara Kuala Lumpur pukul 5 petang dan duduk di tebing Menara Kuala Lumpur bagi melihat sendiri aksi penerjun.

Acara petang tersebut berakhir pada jam 6 petang dan disambung pada jam 8 malam.





Cuaca makin cantik sebab jerebu dah kurang. Yeahh.


Dan yang ni gambar paling cantik sebab duduk kat tebing lepas tu dekat dengan platform penerjun. Sebab tu Qiss syorkan kat korang untuk duduk kat tebing tu.

Acara tahun ini diuruskan oleh Ababil Base Jump Club dari aspek teknikal. Kelab ini terdiri daripada penerjun base tempatan Yang mempunyai pengalaman dan kemahiran menguruskan dan menyelaras aliran teknikal acara ini.

Acara ini juga disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) , Tourism Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Unifi, Keretapi Tanah Melayu (KTM), Starbucks, Yayasan Patriot Negara Malaysia (PATRIOT), MyBalloon Adventure, MYDIN, AirRider, Spectrum Photo Solution, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS), OASIA Suite Kuala Lumpur, Maxx Sports Sdn. Bhd. dan Atmosphere 360.

Tahun depan kita jumpa lagi.

18 comments:

  1. gayat woiii!!! kalau diberi peluang tengok, cukupla menunggu n tengok dari bawah. x terdaya rasanya dek gayat tinggi tuuuu

    ReplyDelete
  2. Kalau Sis dok kat teping tu...konfem gayat juga rasanya. Tapi satu pengalaman yang tak dapat dilupakan dalam join event macam ni. Bestnya dapat lihat dari dekat aksi para penerjun.

    ReplyDelete
  3. Perghh.... Berani nya derang. Sukan extreme gini memang seronok tengok dari dekat. Keterujaan excited dan debaran nya tak tercerita kannn.... Beruntung awak dapat feel dia...

    ReplyDelete
  4. Amboi! Rajinnya Qis pg Menara KL...kak pun dapat invite ni tapi x pg ada hal huhu...

    ReplyDelete
  5. aduii qis tak gayat ke. huhu, kalau mek mahu pengsan ni. hari tu naik kl tower pun asyik pegang je kat tepi pintu takot tengok tinggi. hahah.

    ReplyDelete
  6. Ala ini Qiss yang terjun tadi baru kita nak standing ovation hehehe kita pernah naik Menara KL ni kat platform atas tu seram sejuk tengok dari atas kebawah wakakakaka nasib kita tak ada masalah gayat...

    ReplyDelete
  7. Uiii seramnye. Tengok view dari menara kl pon dah gayat, inikan pula nak terjun.

    ReplyDelete
  8. Wahhh kagumnya org dapat melompat dari tempat tinggi macam ni. Kalau akk gayat haha. Tp acara ni dapat memperkenalkan bangunan malaysia ke peringkat antarabangsa

    ReplyDelete
  9. OMG ! This is guts!
    you guys are brave!
    This will be in my bucket list before 35 years old~ not now!
    nice sharing and good job!

    ReplyDelete
  10. Gayat pula tengok. Tapi macam best pun ya. Dah lama tak naik bangunan tinggi2.

    ReplyDelete
  11. Seronoknyaaaa qiss. Jealous tau nur sbb nur suka tempat tinggi. Klu ada rezeki mmg nk join sukan extreme mcm ni. Tapi uwangnyaaaaaa hahaha

    ReplyDelete
  12. Beraninya Qiss!!!! Tak gayat ke?... hehehehe... saya ni berani yang tak berani... dah naik atas tu tak tau la ketaq ke tak kepala lutut nih... tak sangka ye dah 19 tahun dah acara ni... semoga terus maju-jaya ya...

    ReplyDelete
  13. macam best je tengok dorang lompat. kalau Iza dah takut dah. cmne la nak ada keberanian macam dorang. teringin jugak nak merasa melompat macam tu tapi takut.

    ReplyDelete
  14. Aduhai.. Takutnya AM tgk penerjun2 buat aksi tika di udara.. Rasa cam nak jerit je.. Mmg AM takut skit pegi ke acara seperti ini.. Maklumlah AM gayat.. Bila tgk org terjun rasa cam jantung dah terbang ke mana2.. Mesti Alih2 peluk tiang je.. Hehhehe

    ReplyDelete
  15. Syok betul dapat duduk tepi tebing tu.. Nad pernah naik dekat glass tu je... Seronokla dpt tgk pwnerjun tu.. Tapi rasa seriau juga

    ReplyDelete
  16. Seronoknya ke menara KL. Saya dari dulu sampai sekarang teringin nak naik menara ni tapi tak ada rezeki lagi. Untuk bersukan extreme macam ni , memang taklah sebab saya ni gayat sikit, sikit jelah haha. apa2pun terima kasih share & baru perasan saya tak follow lagi blog akak, done follow :)

    ReplyDelete
  17. Wow so exciting i think i cant do this anymore too afraid!u go girl!

    ReplyDelete
  18. untungnya awak dpt tgk event tu dr dekat.. kak liez pernah naik juga tapi time tu ada wedding so merasa la naik atas tu.. syoknya tgk org terjun tu.. dulu kak Liez bercita-cita nak jadi penerjun mcm ni jugak..

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com