Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

06 September 2019

PROMOSI 10% Kredit Ekstra Dengan Top-up Unipin E-Wallet di KK SUPER MART

Korang minat tak bermain permainan seperti PUBG, Dota 2 Dan Tekken 7? Semua permainan ni memerlukan korang untuk tambah nilai steam wallet korang kalau nak beli diamond kan. Kalau dulu susah betul nak cari tempat tambah nilai, sekarang mudah je, korang hanya perlu ke outlet KK Super Mart yang terdekat untuk membeli kad tambah nilai ni.


Malaysia merupakan negara ketiga dalam Pasaran Permainan Asia Tenggara yang menjadi pilihan UniPin. Bersesuaian dengan usaha kerajaan dalam menyokong perkembangan sukan elektronik atau eSports di Malaysia dalam Bajet 2019, kedua-dua empayar besar ini  yakin jalinan kerjasama ini adalah langkah tepat.  RM10 juta diperuntukkan untuk terus meningkatkan pertumbuhan industri eSport di Malaysia. Menurut sumber The Edge Markets 2018, kini industri ini bernilai AS$180.1 bilion dan akan terus berkembang pesat.

Representatives from KK SUPER MART & UniPin with notable Malaysian pro gamers, namely Bosskur, Geek Fam, and RRQ Malaysia.

Kerjasama eksklusif terjalin di antara syarikat peruncitan tempatan ternama KK SUPER MART dan UniPin, Gerbang Pembayaran Permainan Terbesar Indonesia.  Sebagai syarikat peruncit rasmi UniPin, KK SUPER MART dilihat dapat memperluaskan penggunaan UniPin di kalangan pemain permainan mudah-alih di Malaysia.

Ashadi Ang, Ketua Pegawai Eksekutif UniPin berkata  “Di Indonesia, industri permainan atas talian sangat luas dengan anggaran pendapatan berjumlah AS$1  bilion tahun ini.  Salah satu daripada kunci kejayaan ialah dengan menyediakan kemudahan pembayaran atas talian kepada pemain.  Ketika kami memperkenalkan UniPin 9 tahun lalu, misi kami ialah mencari penyelesaian  bagi masalah kesulitan pembayaran yang dihadapi oleh pemain Indonesia.  Kini UniPin mampu melaksanakan pelbagai kaedah pembayaran termasuklah perbankan atas talian dan kad kredit, pembayaran mudah-alih dan pemindahan bank.  Pengguna turut boleh membeli baucer di salah satu jaringan kedai runcit terbesar di Indonesia iaitu Indomaret yang mempunyai lebih daripada 17 ribu cawangan.  

Tambahan rakan niaga UniPin juga terdiri lebih daripada 300 penerbit permainan di seluruh negara dan  mempunyai sejumlah 10 ribu permainan.  Kelebihan ini memberi kami kemampuan untuk menawarkan perkhidmatan kepada 50 juta komuniti permainan. Kami bersyukur dengan kejayaan yang dikecapi sehingga membolehkan kami menjadikan UniPin sebagai gerbang pembayaran permainan terbesar dan dikenali di Indonesia”. 

Mr. William Phang, GM of Happy Momentum; Mr. Tee, Group GM of KK Group of Companies; Datuk Seri Dr KK Chai, Founder & Group Executive Chairman of KK Group of Companies; Ashadi Ang, CEO of UniPin & Miss Poeti Fatima, Senior VP Marketing of UniPin at the official signing ceremony of KK SUPER MART as the official retailer for UniPin

“Kami telah mengenalpasti Malaysia adalah antara negara yang mempunyai pasaran permainan mudah-alih yang berkembang pesat di Asia Tenggara.  Maka adalah bertepatan untuk kami melebarkan empayar digital kami di sini selepas negara Indonesia dan Filipina.  Harapan kami jalinan kerjasama eksklusif bersama KK SUPER MART dapat meningkatkan jumlah pemain atas talian di negara ini.  Kami turut mengenalpasti beberapa negara lain untuk memperluaskan usaha ini seperti ke Mynmar, Vietnam, Kemboja dan Thailand”.

Jalinan kerjasama UniPin membolehkan KK SUPER MART berdaya saing dalam menyediakan kemudahan kepada pemain atas talian samada yang tidak mempunyai kredit atau kad debit atau kepada pelanggan yang selesa menggunakan tunai sebagai langkah lebih selamat atau mudah sebagai kaedah pembayaran untuk mendapatkan kredit permainan di semua jaringan KK SUPER MART dan KK CONCEPT STORE di seluruh Malaysia.

Datuk Seri Dr KK Chai, Founder & Group Executive Chairman of KK Group of Companies & Ashadi Ang, CEO of UniPin at the official signing ceremony of KK SUPER MART as the official retailer for UniPin

Kerjasama ini dilihat sesuai dengan kesungguhan usaha kami dalam memberikan perkhidmatan dan kemudahan terbaik kepada setiap pelanggan.

Pengasas & Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat KK, Datuk Seri Dr KK Chai berkata “Kami amat berbesar hati mengalu-alukan kehadiran UniPin di Malaysia. Kumpulan Syarikat KK yang dikenali dengan kekuatan jenama KK SUPER MART merupakan rangkaian kedai serbaneka 24 jam di Malaysia, menawarkan lebih daripada 9 ribu produk keperluan harian di seluruh 400 cawangan.  Sebagai syarikat yang peka dengan arus pemodenan dan gaya hidup terkini, terbaru KK CONCEPT STORE diperkenalkan di kalangan warga kota Kuala Lumpur.  Konsep baru ini menjadi titik permulaan kepada perubahan KK SUPER MART dimana pelanggan boleh menikmati lebih daripada 100 pilihan makanan segar dan sedia dimakan disamping dapat menikmati suasana selesa sambil beristirehat di café 24 jam”.

Pelancaran bersejarah ini dengan mengetengahkan Start.Play.UniPin, turut dihadiri oleh pemain terkenal seperti Bosskur, Geek Fam, dan RRQ Malaysia. Kerjasama ini turut menyaksikan pelancaran UniPin KK SUPER MART Cup 2019 (UKK Cup) di mana pemain permainan mudah-alih dari Malaysia akan memperlihatkan kemahiran dalam permainan.


UKK Cup akan dianjurkan di KK CONCEPT STORE terpilih bermula dari September hingga Oktober 2019.  Kumpulan yang menjuarai kejohanan UKK Cup akan terpilih secara langsung untuk bertanding di Cyber ​​Arena Asia Tenggara (SEACA) 2019, salah satu kejohanan permainan terbesar di Asia Tenggara anjuran UniPin.

Kejohanan ini bakal memperlihatkan komuniti pemain profesional berentap untuk memenangi sebahagian dari hadiah keseluruhan bernilai RM 600,000.

Piala dan pingat yang akan dibawa pulang oleh pemenang pertandingan

Dianjurkan untuk tahun kedua, kejuaraan akan diadakan di arena Balai Kartini, Jakarta Selatan dari 8 hingga 10 November 2019. Kejohanan ini juga bakal menyaksikan perlawanan sengit dalam  permainan popular di rantau ini seperti Dota 2, Free Fire, PUBG Mobile, dan Tekken 7. Sebahagian daripada pelancaran ini, promosi sebanyak 10% kredit akan diberikan semasa pelanggan top-up Unipin e-wallet di mana-mana KK SUPER MART.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kejohanan tempatan, sila layari halaman Facebook KK SUPER MART di www.facebook.com/kksupermart dan untuk maklumat lanjut tentang SEACA, sila layari halamam SEACA di www.seaca.gg.

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com