Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

05 October 2019

Menarik! Promosi Set Jimat Jumaat Marrybrown

Setiap kali hari Jumaat mesti jalan sesak kalau nak balik rumah lepas kerja. Jadi Qiss ambil keputusan untuk makan dulu sebelum sampai rumah. Kebetulan Qiss memang nak singgah pasaraya beli barang dapur sikit jadi Qiss singgah kat Citta Mall.

Lepas beli barang dapur tu rasa lapar sangat dan Qiss pilih nak makan kat Marrybrown. Marrybrown ni restoran makanan segera yang merupakan restoran kegemaran Qiss dan keluarga. Kalau datang kat sini tak sah kalau tak ambil tempat duduk buaian.

Menarik kan. Sambil makan sambil hayun buaian. Nikmat sangat tu. Ok, perut dah lapar jadi Qiss teringin sangat nak makan ayam goreng dan yang bestnya bila adik kat kaunter tu cakap, kak, nak jimat tak? Kita ada promosi Jimat Jumaat ni harga terbaik dan dapat 5 ketul ayam goreng dan 5 ketul nugget ayam.


Qiss pun setuju jelah sebab fikirkan hari Jumaat dan jalan nak balik ke Kajang mesti sesak punyalah. 5 ketul ayam goreng dan 5 ketul nugget ayam ni kalau makan sorang pun boleh habis tu. Harga set ni pula ialah RM19.90 tak termasuk cukai. Bila dah termasuk cukai tu RM21.10 aje. Lebih jimat daripada set biasa.

Bagi korang yang tak makan banyak, baik korang ajak kawan-kawan atau keluarga makan sekali sebab promosi ini hanya untuk dimakan di Restoran Marrybrown je. Set ni tak didatangkan dengan air minuman jadi korang boleh order asing air minuman.



Buat korang yang biasa makan ayam goreng kat Marrybrown ni mesti tahu yang Marrybrown ada dua jenis ayam goreng iaitu original dan pedas. Untuk set Jimat Jumaat ni korang boleh pilih ayam goreng kegemaran korang tu. Qiss suka pedas jadi memang Qiss pilih yang pedas aje. Sambil makan tu sambil duduk kat kerusi buaian. Kalau korang nak merasa duduk kat buaian ni korang kena datang awal sebab selalunya tempat duduk ni paling cepat penuh.

Promosi Jimat Jumaat ni  hanya ada pada setiap hari Jumaat pada tarikh 20/9, 27/9, 4/10, 11/10, 18/10, 25/10 & 1/11. Jadi masih ada masa untuk korang bawa kawan-kawan dan keluarga makan kat Marrybrown. Promosi ini ada di semua cawangan Marrybrown kecuali Genting Highland, Sunway Lagoon dan semua lapangan terbang.


Setiap set ada 5 ketul ayam goreng dan 5 ketul nugget ayam. Memang kenyang dan berbaloi sangat untuk korang. Jangan lupa dapatkan di Marrybrown berdekatan korang pada tarikh-tarikh yang Qiss dah share tu. Qiss pun bercadang nak bawa keluarga pula makan sekali kat Marrybrown, bukan apa Qiss nak juga kongsi detik gembira dengan keluarga kan. Tak sabar nak tunggu hari Jumaat setiap minggu ni.

Untuk maklumat lanjut:
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=118664801523201&ref=content_filter
Instagram: @marrybrownmy

23 comments:

  1. Memang jimat sangat ayam 5 ketul besar macam tu makan dengan nugget lembut Marrybrown. Boleh makan atas buaian pulak tu. Best!

    ReplyDelete
  2. Qis..makan xpandang kiri kanan..hihii..btw memang berbaloi la bli time promosi jimat jumaat nie. Ayam besaq2..i like!!

    ReplyDelete
  3. hehe. Kalau bab makanan kita memang laju ja. hehe. Terima kasih bagitau ada promosi ini, lepas ini boleh serbu

    ReplyDelete
  4. jarang sangat ke MB sekarang ni, makin banyak pilihan rupanya sekarang. InsyaAllah kalau ada nearby bolehlah kami singgah try pulak

    ReplyDelete
  5. Baru tau ada buaian kat restoren. Sis suka juga makan ayam Marrybrown ni tapi dah lama tak makan. Bila nak belanja Kak Fas?

    ReplyDelete
  6. Wah murah ni. Sesuai la bawa anak-anak yang memang menggemari ayam goreng. Cari kelainan sikit. Yang penting ada status Halal. Jadi tak ragu2 nak makan di Marrybrown.

    ReplyDelete
  7. cepatnya dah ada kat blog. hehe. sedap pulak nampak. marrybrown kat kelantan rasanya ada kat kuala krai aje. dalam 80km dari tempat mek.

    ReplyDelete
  8. Hope sempat makan hari jumaat sebab asik lupa. Hehe. Ena dah lah suka makan Marybrown dgn suami. Kena grab sebelum promosi berakhir

    ReplyDelete
  9. Dah lama tak pi Marry Brown. Wahhh... Menarik sekali. Murah giler! Ada tawaran hebat gini harus lah gunakan sebaiknya. This friday nak belanja anak² makan sini laaaaa...

    ReplyDelete
  10. hai tengok Qis makan ayam goreng tu dengan harga yang jimat buat saya rasa nak bawak my family jugak ke Marrybrown Jumaat nanti. dah lama juga kami tak ke Marrybrown, baru ni pon ada anak2 ajak. ni ada promo ni bolehlh belanja anak2 makan kt Marrybrown.

    ReplyDelete
  11. ala dah lama tak makan kat marry brown..rindu betul..suka dengan ayam goreng dia mmg sedap..dan nasi kari jga best...ini u=yan rasa nak terjah sangat huhuhu

    ReplyDelete
  12. 10 ketul ayam RM21 tuuuu.. mana nak dapat harga macam ni kan. Jimat sangat ni. Ok, Jumaat nanti nak terjah Marrybrown heeee

    ReplyDelete
  13. Okay jugak Marrybrown ni... rasa ayamnya memang lain dari yang lain... dia crunchy tapi tak berapa pedas kalau nak dicomparekan... yang paling penting, kami paling suka the juicyness of the chicken, memang thorbaeeekkk... bolehlah pergi nanti...

    ReplyDelete
  14. wahhh menariklah promosi jimat MB nie. kalau jenis family ramai nie bolehlah ambik set jimat nie. berbaloi !!! sedap pon sedap.

    ReplyDelete
  15. Huhuhu...sedih tengok korang makan MB...dah le fav sis ni, terrasa rasa kesedapan ayam goreng dia..bila lah sis dapat makan MB ni

    ReplyDelete
  16. lama tak makan mrrybrown..sedapnya tengok..ayam goreng dia nampk rangup..murah betul rpomosi dia..nnati boleh terjah

    ReplyDelete
  17. Terbaiklah promosi ni. Murahh dan jimat, tpi mcm susah nak cari cawangan Marrybrown pulak. Lepas ni tahu dh hari jumaat nk mkan apa.

    ReplyDelete
  18. betul-betul harga jimat. senang sikit family yang ada ramai anak nak makan kentucky.. tak payah tunggu hujung bulan nak makan maary brown kan

    ReplyDelete
  19. rsnya baru sekali makan marrybrown tau... ok nanti nak cari gak sbb dekat batu caves ada branch nya..

    ReplyDelete
  20. Sedapnya sejak bersalin ni tak makan MB lagi. Masa mengandung kalau boleh tiap hari makan bubur MB haha

    ReplyDelete
  21. jimat giler tuu..nanti bila ada ruang dgn the girls nak ajak depa lepak sini makan kepak..ehh hahaa

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com