Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

05 November 2019

Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki Menampilkan Rekaan Menarik Untuk Kembara

Assalamualaikum dan hai semua,

Dah cuti sekolah kan? Korang plan bercuti ke mana tu? Qiss takde plan lagi. Tapi macam nak ke Lost World of Tambun tapi beg baju takde lagi.

Baru-baru ni, Guardian Malaysia  telah melancarkan Siri Kembara eksklusif Guardian tokidoki yang boleh didapati pada harga istimewa di semua stor Guardian bermula 31 Oktober sehingga 31 Disember 2019.

Salah satu ruangan yang menggambarkan Kota Paris

DY Cho, Pengarah Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Asia Tenggara, Guardian
Health And Beauty Sdn Bhd berkata,
“Kami sangat teruja dengan kolaborasi dengan tokidoki, sebuah jenama yang memiliki pengikut yang luar biasa dengan karakter-karakternya yang berwarna-warni, menarik dan menonjol dan karya seni ini direka dan dihasilkan sendiri oleh pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Kreatif, Simone Legno.”

DY Cho, Pengarah Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Asia Tenggara bergambar bersama penaja barangan yang turut serta.

“Menerusi promosi ini, para pelanggan dapat memiliki beg-beg kembara edisi terhad Guardian tokidoki ini pada potongan hebat 70%.”


tokidoki telah berkolaborasi dengan banyak jenama bertaraf dunia seperti Karl Lagerfeld, Muzium Guggenheim, LeSportsac, Onitsuka Tiger, Marvel, Hello Kitty, Fujitsu, Levi's, Xbox, Barbie, Canon dan banyak lagi.

Rekaan Eksklusif

Simone Legno menghasilkan hasil seni unik untuk 3 beg kembara edisi terhad yang kami namakan Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki ini. Jika anda perhatikan betul-betul, anda akan dapati rekaan tersebut menerapkan elemen-elemen kesihatan dan kecantikan dengan karakter-karakter tokidoki. Anda boleh lihat beberapa item, contohnya, seperti gincu dan penggilap kuku yang boleh didapati di Guardian dan anda juga boleh dapati stor berwarna oren yang mewakili stor Guardian.”



Belian dengan belian( Purchase with Purchase)

Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki terdiri daripada beg tote, beg sandang dan
beg bagasi 20 inci. Ia boleh didapati pada harga istimewa;

• Beg Tote RM80 
(Belian dengan Belian) RSP* RM280




• Beg Sandang RM100 
(Belian dengan Belian) RSP* RM440



• Bagasi saiz 20 inci RM170 
(Belian dengan Belian) RSP* RM600 



* RSP = Regular Selling Price

Untuk mendapatkan beg-beg kembara ini pada harga potongan istimewa, pelanggan Guardian hanya perlu membuat pembelian sebanyak RM30 dan ke atas, beserta barangan jenama yang mengambil bahagian dalam satu resit atau RM50 dan ke atas, tanpa barangan jenama yang mengambil bahagian dalam satu resit.
Oleh kerana Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki adalah edisi terhad, pembelian adalah berasaskan ‘siapa cepat, dia dapat.”

Mula-mula Qiss bergambar dengan patung ni.
Sekali.......

Yang dua comel ni sampai. Bestnya bergambar dengan maskot tokidoki ni.


Simone berkata, “Mengembara bagi saya adalah satu bahagian yang penting dalam gaya hidup moden. Ia memberi inspirasi dan membuka minda saya kepada budaya dan masyarakat dunia yang berbeza dan mengekalkan kreativiti saya. tokidoki dan kembara tidak dapat dipisahkan.”

“tokidoki yang bermaksud ‘kadang-kadang’ dalam Bahasa Jepun, melambangkan
penantian untuk satu detik yang dapat merubah takdir seseorang, ia boleh berlaku
dalam kehidupan seseorang secara kebetulan atau apabila bertemu orang baru.”

Cabaran Sosial Media

Sempena majlis pelancaran beg Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki ni, Guardian telah menghasilkan sebuah tempat eksklusif ala-ala kembara.


Setiap jemputan perlu mengambil passport sebelum berangkat ke luar negara. Wahh gitu.



Tempat pertama ialah Eifel Tower Paris, kedua Aurora Borealis dan ketiga ialah Safari Afrika. Sambil meneroka tu, jemputan perlu merakamkan pengalaman mereka.

Pemenang social media challenge siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki bergambar bersama hadiah masing-masing.

Tengok muka semua orang bila menang hadiah, happy je kan. Dorang ni menang challenge untuk social media, kiranya dorang kena gambarkan perasaan dorang turut serta dengan event  ni.

Tahniah kepada semua pemenang. Tak sabar nak tahu pemenang cabutan bertuah pula.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan beg-beg cantik ni sebab harga yang ditawarkan amat berpatutan tau.

Untuk maklumat lanjut:

Laman rasmi:
https://guardian.com.my/
Facebook rasmi: https://www.facebook.com/Guardianmy/
Instagram rasmi: https://www.instagram.com/guardianmy

18 comments:

  1. design ni menarik untuk anak anak.. boleh beli ni untuk percutian yang seterusnya

    ReplyDelete
  2. Maskot semua di atas macam dari siri anime Japan kan? hehe. Harga oun boleh tahan jugak. hehe

    ReplyDelete
  3. sumpah luggage bag dia comel giler. tetiba rasa nak beli. hahah. padahal bukan selalu travel pun. tapi comel sngat la. sis cannot.

    ReplyDelete
  4. berkenannya pada tote bag itu...comelll!

    ReplyDelete
  5. cantekkan beg dia ...suka betul akk dengan koleksi terbaru dari guardian ni..semuanya nampak menarik..nak shopping and beli beg ni lah heheh

    ReplyDelete
  6. Oh I love tokidoki!!!!!!!!!! Tokidoki is so artistic. Tapi barang2 dia agak mahal.

    ReplyDelete
  7. Alahaiii comel2 nyaa beg nyaa tuu! Ni mak budak pun happy tgk haha. Ohh myy i need to go travel!

    ReplyDelete
  8. Cantik sangat beg nya tu..corak dia memnag lawa..bawa pergi travel mesti orang tengok je ni..hahahaa..rasa nak rembat satu je

    ReplyDelete
  9. To be honest, the bag designs is totally my style! Want to get it so badly ! Love this kind of designs~

    ReplyDelete
  10. wah cantik2nya barang2 dia. nanti boleh tengok2lah benda ni. kat guardian je kan. mudah nak cari

    ReplyDelete
  11. cantik design beg2 tu. bolehlah hadiah untuk anak buah haha. terima kasih atas perkongsian ;)

    ReplyDelete
  12. Beg tu comel sangat. Dah lama tak pergi guardian. Nak pula november ni azamnya nospend novemeber. Hahahaha. Adududu terpikat pula dengan beg tu

    ReplyDelete
  13. Oo comel2 design begnya. Tokidoki ni kartun apa.. tak berapa dikenali pun. Tapi bagus la dengan usaha utk tarik lebih ramai pembeli & pelanggan dgn cara ni.

    ReplyDelete
  14. cantik semua corak dia. boleh buat jadi hadiah ni

    ReplyDelete
  15. alalala comel2 semua beg nya.. ada doodle yang cute lagi tu.. Tokidoki ni macam tak pernah dengar je.. tapi watak kartun tu cute sangat-sangat

    ReplyDelete
  16. berkenan betul dengan trolley bag tu. adoi. dan tak nak beli sebelum ke KL ni. heheh.

    ReplyDelete
  17. alahai comel nya nama dia...mesti budak2 suka nk bawak beg ni p sekolah...

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com