Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

08 December 2019

Rekaan Unik Vivo S1 Pro Tarik Pengguna Dari Kalangan Belia

Vivo kini tampil dengan Vivo S1 Pro dengan rekaan yang lebih trendy dan sesuai dengan jiwa anak muda zaman sekarang. Dapat melihat sendiri telefon pintar ini amat menarik hati Qiss untuk memilikinya juga.



S1 Pro ini diinspirasikan oleh barangan kemas dan istana raja bagi menghasilkan rekaan mewah pada harga yang sangat berbaloi.

Kamera

Kamera belakang S1 Pro ini berbentuk berlian dan pastinya ramai yang ingin memiliki telefon pintar ini kan?

Kamera berbentuk berlian menarik minat anak muda untuk memiliki telefon pintar ini

* Quad camera
* 48MP (f/1.8) AI Quad + 8MP (f/2.2) Super Wide Angle + 2MP (f/2.4) Super Macro + 2MP (f/2.4) Bokeh

Vivo S1 Pro 8 MP Super Wide-Angle Camera dilengkapi dengan 120° paparan sudut yang lebih luas.

Kamera utama

Kamera depan untuk selfie pula ialah 32 MP akan menghasilkan gambar yang cantik dan flawless. Nak lagi cantik? Jangan risau sebab S1 Pro ni ada AI Face Beauty. Untuk kamera selfie, tiada wide angle.





Permainan Video

Bagi peminat permainan video dalam talian, Vivo S1 Pro dilengkapi dengan Multi Turbo untuk memberikan kelajuan kepada permainan anda dan disamping itu ada fungsi Voice Changing yang membolehkan anda menukar suara mengikut karakter semasa bermain permainan ini.

Ciri-ciri Keselamatan

Anda hanya perlu satu sentuhan pada skrin S1 Pro untuk instantly unlocked dengan adanya fungsi In-Display Fingerprint  Scanning Technology.

Warna

Didatangkan dalam 2 warna iaitu Knight Black dan Fancy Sky.

Spesifikasi Vivo S1 Pro 

- Qualcomm Snapdragon 665 Octa-core
- 8GB RAM dan 128GB ROM
- Paparan skrin penuh 6.38 FHD + Super Amoled
- WiFi 2.4 GHz / 5 GHz
- Bluetooth 5.0
- USB Type C untuk pengecasan optimum dan pantas
- 4500mAh battery, Dual Engine Fast Charging Technology
- Operating system Funtouch OS 9.2

Harga

RM 1,199 sahaja untuk Vivo S1 Pro.


Berbaloi juga kalau dapat ni satu Qiss suka dengan kamera utama yang berbentuk berlian dan kamera selfie kerana sangat cantik.

Vivo S1 Pro telah mula dijual bermula 7 Disember 2019 pada harga RM 1,199.00. Bagi anda yang berminat nak dapatkan Vivo S1 Pro boleh dapatkan di outlet berhampiran anda.

Untuk maklumat lanjut layari: 

Carian tanda pagar di media sosial:

#S1Pro #ExploreYourStyle #VivoMalaysia

4 comments:

  1. Nampak smart pulak vivo s1 pro ni. Yang warna fancy sky tu sebenarnya warna putih atau pink?

    ReplyDelete
  2. Smlm tgk kt iklan tv...unik kamera blakang dia

    ReplyDelete
  3. Sally suka betul dengan fungsi AI Makeup dia, lepas tu ada bantuan Pose Master lagi...Auranyaaaaa~

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com