Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

22 December 2019

Vivo V17 Dengan Reka Bentuk 5-Kamera Hanya RM1,699

Hai semua,

Qiss memang tengah cari-cari telefon baru, almaklumlah nak gambar cantik yang tak payah edit sangat kan.

Baru-baru ni Vivo telah memperkenalkan V17 di Malaysia. V17 dilengkapi dengan reka bentuk Skrin Ultra O yang inovatif yang memberikan pengguna pengalaman tontonan di luar imaginasi. Menarik kan?

Warna Admiral Blue merupakan salah satu warna untuk Vivo V17

Tampil dengan 5 kamera gred profesional di depan dan belakang, V17 membolehkan pengguna menghasilkan gambar yang menarik. Dengan reka bentuk futuristik disertakan pilihan warna yang mewah dan kemasan yang berkilat, V17 adalah apa dicari-cari para pengguna yang muda dan bergaya.

"V17 mewakili pemahaman kami tentang keperluan pengguna hari ini dan inovasi yang kami banggakan. Reka bentuk 5-kamera dengan Skrin Ultra O membolehkan pengguna menghasilkan gambar dan berpengalaman menonton di luar imaginasi," kata Raymond Lee, Pakar Produk vivo Malaysia.

"Penciptaan V17 sekali lagi mempamerkan pendekatan inovasi kami yang mementingkan pengguna sambil memperkukuhkan lagi kedudukan kami sebagai perintis dalam penyediaan pengalaman mudah alih yang terbaik khas buat rakyat Malaysia."

Reka Bentuk Skrin Ultra O 

V17 dilengkapi Skrin Ultra O Super AMOLED yang inovatif dengan reka bentuk kamera hadapan paparan yang paling nipis dalam industri. Paparan 6.44 inci FHD+ mempunyai kamera hadapan berukuran 2.98mm yang sangat jelas, suatu penggayaan yang tampil futuristik tanpa menjejaskan pengalaman tontonan.

Paparan Super AMOLED mempunyai nisbah aspek sebanyak 20:9, sekaligus menawarkan warna gamut yang asli sambil menyaring 42% cahaya biru.

Peranti pintar ini juga disediakan dengan Teknologi Pengimbasan Cap Jari Dalam Paparan. Dengan ketumpatan piksel cap jari yang lebih tinggi dan algoritma yang lebih canggih, ia membolehkan pengguna membuka kunci peranti pintar dengan selamat dan mudah.

Pemproses

Ia disokong oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 675 AIE dengan 8GB RAM + 256GB ROM yang dapat memberikan prestasi yang hebat untuk semua aplikasi dan memastikan sistem peranti dapat dikendalikan dengan lancar pada setiap masa.



Bateri

Bateri 4500mAh dan Teknologi Pengecasan Pantas Dwi-Enjin membawa kecekapan yang lebih tinggi dan pengecasan yang lebih pantas supaya peranti pintar ini dapat memberikan pengalaman mudah alih yang berpanjangan dan selamat.



Kamera

V17 mempunyai kamera AI Quad yang mampu menghasilkan gambar-gambar yang hebat.

Kamera Utama 48MP, kamera Super Wide-Angle 8MP, Kamera Macro 2MP dan Kamera Bokeh 2MP, digabungkan dengan algoritma AI dapat menyampaikan pengalaman fotografi yang terbaharu dengan kejelasan foto yang lebih baik.



Peranti pintar ini juga mempunyai kamera Super Wide-Angle yang memperluaskan tangkapan lanskap.



Kamera Depan 32MP, V17 membantu pengguna menangkap swafoto berkualiti tinggi dan pengambilan gambar berkumpulan dengan lebih mudah.



Untuk melengkapkan pilihan fotografi profesional, peranti pintar ini juga menampilkan ciri "Super Night Mode" dan "Super Night Selfie" yang meningkatkan kejelasan walaupun pada waktu malam. Ia menawarkan kualiti foto yang terbaik pada bila-bila masa, di mana sahaja.


Yang paling best bila guna sticker macam gambar kat bawah ni.

Comel je kan


Untuk gamer yang mencari pengalaman permainan mudah alih yang lancar, V17 dilengkapi dengan Ultra Game Mode yang menyediakan pengalaman permainan terbaik dan tidak terganggu dengan menyekat mesej dan notifikasi buat sementara waktu untuk pengalaman dunia fantasi yang sempurna. Sesuai untuk gamer yang taknak diganggu masa main game.

Teknologi pecutan Multi-Turbo secara aktif mengesan sistem pengendalian untuk memastikan pemain dapat menikmati prestasi permainan yang lebih menggembirakan.

V17 juga dilengkapi dengan ciri "Voice Change" yang boleh menyeronokkan lagi waktu permainan dengan penyediaan pelbagai suara untuk memadankan dengan watak-watak permainan.



Warna

V17 tampil dengan 2 pilihan warna menarik iaitu Admiral Blue dan Crystal White dan boleh didapati di Malaysia mulai 21 Disember 2019.

Harga

Harga Vivo V17 ni hanya RM1,699 sahaja.

Qiss rasa macam nak order satu warna Crystal White ni sebab cantik dan Qiss memang suka kamera telefon pintar keluaran Vivo ni.

Untuk maklumat lanjut, layari:

17 comments:

  1. Eh reasonable jugak harga dia ye. Yela dengan features dia yang gempak, emi ingat paling2 murah pun 2k jugak. Rupanya seribu lebih je.

    ReplyDelete
  2. Tak ada lucky drawbke Qis? Kak pengguna Vivo lama je.... tak sempat g event ni.

    ReplyDelete
  3. Cantik giler phone baru ViVo nie. Nanti boley suggest kpd member2 yg sedans mobile hunting. Thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
  4. Been considering to get an android as a spare, maybe can decide on this kot haha

    ReplyDelete
  5. Hp zaman skrg makin lama makin canggih.kamera n fungsi canggih mmg kena la dgn harga canggih..hehe

    Tapi itulah..secanggih mana pun hp,kekalkan latujuan asal hp utk memudahkan dan mengeratkan hubungan sesama manusia..

    ReplyDelete
  6. Lain mcm chip yang vivo gunakan ni. Hp ni lebih fungsi kpd camera selfie kan? Mesti byk lapisan filter ada dlm ni

    ReplyDelete
  7. nicenya spesifikasi vivo terbaru ni, dah la harga rm1.6k je. boleh BBL beli buat jadi second phone

    ReplyDelete
  8. Harga Vivo V17 ni boelh tahan jugak RM1,699.Tapi dgn ciri2 yg ada pasti ramai mahu mendapatkannya

    ReplyDelete
  9. cantik hp vivo baru ni.. gee suka rom banyak dan ram tinggi ni

    ReplyDelete
  10. Menarik juga Vivo V17 yang baharu ni, cameranya power giler eh, ketinggal sudah vivo 7 saya. Boleh selfie dengan pelbagai sticker menarik wow sangat

    ReplyDelete
  11. Orang dah cantik rasanya pakai phone apa pun nampak cantik..:).
    Macam sis kena lah kot ada phone changgih cam ni..so x payah nak memgedit sgt. Nak kumpul duitlah beli phone ni

    ReplyDelete
  12. Smartphone sekarang memang makin maju dengan pelbagai fungsi best. Plg penting kamera lah. Utk Vivo ni stiker lawa2 tu menarik minat. Best ni!

    ReplyDelete
  13. One thing about Vivo that I absolutely love is the front camera so cantik la no need apps to edit anymore

    ReplyDelete
  14. Terus jatuh cinta dengan vivo v27 ni tau. Sebelum ni pakai vivo v7+. Sekarang ni dah up jadi vivo v17. Semakin canggih. Specnya pun bagus. Rasa nak veli lagi satu hp untuk mudahkan kerja blogging kan

    ReplyDelete
  15. Features canggih.. Harga murah. Saya pakai vivo v7 dah masuk tahun ke 3 alhamdulillah xde masalah. InsyaAllah nak angkat v17 atau nak kena tunggu v18 😅

    ReplyDelete
  16. Comelnya, banyak fungsi phone vivo v7 ni. Sticker lawa dan comel lah!

    ReplyDelete
  17. Canggihnya phone zaman sekarang. Seronok bila ada features menarik mcm ni. Bila la nk beli phone baru ni. Hehe

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com