Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Promosi Sempena Pembukaan LuLu Hypermarket di 1 Shamelin Mall Cheras

Promosi dan harga murah
Read More

ETW6: Keunikan Philea Mines Beach Resort

Philea Mines Beach Resort yang juga dikenali sebagai pantai di dalam bandar
Read More

SAFI Micellar Natural Cleansing Water

Mencuci Solekan Tanpa Pedihkan Mata Macam Bawang
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

17 February 2020

Pilih T-shirt Boxy.my Untuk Aktiviti Riadah Dan Senaman

Assalamualaikum dan hai,

Hujung minggu anda buat apa kat rumah? Qiss rajinkan diri untuk berjogging petang-petang hari. Qiss pilih nak berjogging kat Taman Tasik Cempaka kat Bandar Baru Bangi. Seronok dan ramai juga orang kat sini. Cuaca agak panas dan mujurlah Qiss gunakan baju t-shirt microfiber lengan panjang dari Boxy.my.

Microfiber round neck long sleeves
t-shirt dark violet dari Boxy.my


Ciri-ciri t-shirt lengan panjang

Selalunya Qiss rajin berlari dan masuk Fun Run. Jadi Qiss suka bila dapat t-shirt yang selesa untuk berlari cuma kebanyakan t-shirt fun run tu lengan pendek.

Sebab nak juga t-shirt microfiber tapi lengan panjang, Qiss jumpa laman web BOXY ni dan banyak rupanya pilihan warna untuk microfiber round neck long sleeves t-shirt ni.

Sangat selesa untuk buat pelbagai aktiviti
riadah tanpa perlu risau aurat terdedah
Selesa dengan t-shirt ni dan Qiss mampu melakukan aktiviti riadah tanpa perlu risau baju terselak. Yang penting perlulah pilih saiz baju yang betul kan.

Jom tengok pilihan warna yang ada untuk microfiber round neck longsleeves t-shirt boxy ni:

Forest Green 

Black

Navy

Royal Blue

Maroon

Red

Turquoise Blue

Grey

Khaki

Dark Violet



Kalau anda lihat warna Dark Violet ni warna yang terbaru untuk t-shirt microfiber round neck long sleeves ni kan. Jadi Qiss dengan lajunya order sebab berkenan pula dengan warna tu.

T-shirt ini merupakan plain t-shirt dan tidak mempunyai corak. Boleh digayakan dengan tudung bercorak mahupun tudung plain.

Keselesaan menjadi pilihan

Qiss pilih material kain microfiber ni sebab kainnya tak panas, menyerap peluh dan longgar. Selain itu baju ini juga amat ringan dan senang untuk dijaga.

Qiss pakai saiz M dan saiz paling besar ialah 3XL. Boleh semak carta saiz sebelum beli ya. Saiz M ni ngam-ngam dengan saiz Qiss.


Carta ukuran baju microfiber round
neck long sleeves t-shirt 

Carta ini mengikut ukuran orang Asia dan saiz M amat padan dengan Qiss dan agak selesa.

Harga sehelai t-shirt ini ialah RM27 dan sekarang tengah promosi dengan harga RM14.90 sahaja. Berbaloi untuk anda tambah koleksi baju untuk bersukan dan beriadah tiap pagi dan petang.



Kod Kupon Diskaun

Sebelum buat pembelian tu kita bajet dulu berapa helai kita nak beli sebab Boxy ada bagi kupon diskaun bila kita beli banyak.

Pembelian RM20 ke atas, akan dapat diskaun RM1, RM100 akan dapat diskaun RM5 dan seterusnya. Cuma anda perlu masukkan kod kupon semasa hendak buat pemesanan.


Selain t-shirt microfiber long sleeve ni, BOXY turut mempunyai pelbagai lagi pilihan baju t-shirt seperti Polo dan cotton t-shirt.  Bergantung kepada pilihan dan keselesaan anda.

Penghantaran Cepat

Selalunya Qiss kalau beli barang online Qiss memang suka kalau barang yang dibeli tu sampai cepat tanpa perlu menunggu lama. Pembelian di Boxy.my sangat mudah dan amat cepat, dalam masa sehari je barang dah sampai.

Kalau ada pertanyaan, Qiss terus hubungi customer service mereka dan layanan yang diterima juga sangat baik.

Untuk maklumat lanjut dan membuat pembelian, boleh layari:

Laman web: 
Read More

15 February 2020

Guardian Announces Partnership With Mary Jardin

Guardian as the leading pharmacy, health and beauty retail chain in the country, today announced that lit welcomes a new member joining them on the shelf through strategic partnership with Mary Jardin, a rapidly growing homegrown brand in natural skincare.



Through this partnership, Guardian provides a platform to distribute Mary Jardin products. Although technology plays an increasingly critical role in business in this era, Mary Jardin recognizes that they need to accelerate and ease product reach by making them available on the shelf of more than 130 Guardian stores nationwide.

Guardian is also at an advantage of providing an honestly natural skincare to natural lovers, answering the raving quest for natural products, Mary Jardin with its tagline Every Woman's Dream has done it again! Mary Jardin took the challenge in developing and manufacturing its third product range exclusively for Guardian, featuring Peony at the heart of its formulation. Mary Jardin Peony Bouquet is enriched with the very best natural ingredients whipped into a unique blend of essential vitamins, botanicals and minerals that will heal, restore and maintain the skin at its primel.


“I feel very excited with this partnership as it opens the opportunity for more people to grab honestly natural products from trusted Guardian stores in their own neighbourhood. I hate greenwashing, I really hate it when chemical products make natural claims and mislead people. We in Mary Jardin do our own formulation. product sourcing, choose only the best natural ingredients and manufacture our products in our very own GMP certified factory located in Kedah. Thus. we know the value that we deliver to our users." says Dr Maryam Aziz, founder of Mary Jardin.


Mary Jardin started its humble beginning 'in the year 2016, with products handcrafted near to perfection, all done with love. Today, it comprises several skincare ranges customised to different skincare needs.

Despite the current advancement of science and technology, people go back to basics in lifestyle by focusing more on general well-being and clean-eating. lt is not surprising when most people want to extend the "clean' value to their beauty regimen by choosing natural products as opposed to chemical laden cosmetics and skincare.


However, Mary Jardin understands the concern revolving around natural products that do not give visible results and are not as effective as chemical-based products. Fret not! Our very own homegrown brand Mary Jardin has managed to solve the ever puzzling conundrum of producing natural skincare that actually works. llt focuses on delivering products with ultimate potency. absolute freshness, and complete purity at an unbelievably affordable price tag.

The Peony set by Mary Jardin available at Guardian store

The Peony set by Mary Jardin sits proudly in selected Guardians outlets near you, easing your journey in embracing Au Naturale skin care products. Mary Jardin natural formulation backed by science is the
cornerstone of Mary Jardin’s existence. It is devoted to redefining beauty industry standards for natural products.

For more information:
https://www.guardian.com.my/
Read More

14 February 2020

Koleksi Terkini Jubah Dan Pakaian Muslimah MUNAWWAREEN 2020

MUNAWWAREEN Holdings Sdn Bhd melancarkan koleksi jubah dan pakaian muslimah untuk wanita Malaysia yang mementingkan kualiti, gaya, keselesaan dan pada masa yang sama, menepati kehendak-kehendak syarie.

Qiss sempat meluangkan masa ke
Majlis Pelancaran Busana Munawwareen 

Koleksi MUNAWWAREEN 2020 ini merupakan koleksi terkini dan kehadiran MUNAWWAREEN di pasaran adalah untuk menyemarakkkan lagi industri fesyen muslimah di Malaysia dan pada masa yang sama mengembangkan lagi bakat dan rangkaian perniagaan di kalangan wanita moden Malaysia.

Puan Hajah Aliza Binti Abu Bakar, Pengarah Urusan Munawwareen Holdings Sdn Bhd
Gambar ihsan dari kitepunye.com

Munawwareen Holdings Sdn Bhd diusahakan oleh Puan Hajah Aliza Binti Abu Bakar selaku Pengarah Urusan mengadakan kerjasama dengan beberapa pereka fesyen tempatan dan bakat bakat baharu dalam melahirkan koleksi terbaharu MUNAWWAREEN 2020.



Antara koleksi MUNAWWAREEN ialah:

Telekung LUXE

Didatangkan dengan perincian batu yang berbeza warna, terdapat tiga pilihan warna batu iaitu emas, hitam dan perak buat anda yang sukakan kelainan dan telekung yang ekslusif.

Telekung Luxe Munawwareen 

Material yang digunakan pula ialah Soft Italian Cotton di mana kainnya tidak panas malah sangat selesa digunakan untuk menunaikan solat. Dibahagian muka direka untuk memudahkan pemakaian telekung tanpa perlu penggunaan anak tudung.

Abaya/Jubah

Pemilihan warna koleksi abaya Munawwareen amat memikat hati pelanggan. Selain dari warna putih dan hitam terdapat juga beberapa warna lain.

Antara koleksi abaya/jubah Munawwareen


Rekaan abaya pula sangat ekslusif dan mampu menampilkan ciri-ciri muslimah yang patuh syariah. Koleksi abaya Munawwareen didatangkan dengan satu set baju dan tudung yang sepadan.


Sarung tangan ekslusif dari Munawwareen 

Ciri-ciri tudung pula mempunyai poket zip sembunyi dibahagian tengah tudung yang boleh digunakan untuk menyimpan buku doa kecil, barang perhiasan ketika mengambil wuduk dan juga telefon pintar.

Ciri tudung ini mampu mengelakkan kita dari tercicir barangan berharga ketika menunaikan solat.

Koleksi Travel Kit Umrah dan Haji

Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, pastinya ramai yang akan menyambut bulan Ramadan di Mekah dan Madinah sambil menunaikan umrah.


Set telekung, beg, sarung tangan menjadikan set ini mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Menarik tentang set ini ialah kain untuk telekung dijahit menjadi palazzo bagi memudahkan pergerakan semasa tawaf dan saie.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan koleksi ini, boleh dapatkan di:

Alamat:
Munawwareen beroperasi di No 72, Jalan Wangsa Delima 6, KLSC Pusat Bandar Wangsa Maju,53300 Kuala Lumpur.

Pada masa yang sama juga MUNAWWAREEN akan mengadakan pameran koleksinya dan pusat jualan di St Mary Place, Jalan Tengah Kuala Lumpur.

Telefon: 
0123508118

Laman web: 

Facebook: 

Instagram:


Read More

13 February 2020

Peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup Menawarkan Peluang Kepada Dua Pemenang Bertuah

Nestle Malaysia melancarkan peraduan terbesar di seluruh negara setakat ini, memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencapai impian mereka dan memenangi "gaji untuk seumur hidup" menerusi Peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup hanya dengan membeli produk Nestle bernilai RM15 dalam satu resit.

Peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup menawarkan peluang kepada dua pemenang bertuah untuk memenangi Hadiah Utama berupa ‘Gaji untuk Seumur Hidup’ sebanyak RM3,000 setiap bulan, dan peluang kepada 10 pemenang Hadiah Sagu Hati untuk memenangi 'Gaji untuk Satu Tahun' sebanyak RM3,000 setiap bulan.



Hadiah wang tunai RM500 juga akan diberikan kepada 50 pemenang setiap minggu sepanjang tempoh peraduan selama 11 minggu. ini menjadikan jumlah wang tunai untuk Peraduan Nestle" Gaji Seumur Hidup melebihi RM4 juta, dan akan memberi manfaat kepada lebih 560 rakyat Malaysia. Peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup akan berlangsung dari 14 Februari hingga 30 April 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, Encik Juan Aranols, berkata, “Peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup merupakan cara kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia kepada Nestle dan jenama-jenama Nestle selama lebih 100 tahun, dengan memberi rakyat Malaysia peluang seumur hidup untuk memenuhi impian mereka. Peraduan ini adalah yang terbesar setakat ini di Malaysia dan kami memberikan peluang dengan semudah yang mungkin untuk pelanggan Nestle memenangi "Gaji untuk Seumur Hidup" sebanyak RM3,000 hanya dengan membeli produk Nestle kegemaran mereka!"

Hanya dengan membeli produk Nestlé yang terpilih bernilai sekurang-kurangnya RM15 dalam satu resit dan menjawab satu soalan mudah, pengguna layak untuk mengemukakan satu penyertaaan melalui pos atau Whatsapp. Pelanggan Nestlé boleh memilih untuk membeli lebih 300 produk daripada 25 jenama Nestlé, dan menghantar seberapa banyak penyertaaan yang diingini.


Lebih banyak penyertaan yang dikemukakan, lebih tinggi peluang untuk menang! Pengguna juga boleh membeli satu set MILO MAKAN KOMBO di McDonald's bernilai RM19.90 untuk menyertai  peraduan ini.

Peruncit yang mengambil bahagian termasuk pasar mini utama, pasar raya, pasar raya hiper, kedai stesen minyak, kedai serbaneka dan juga platform e-dagang, termasuk Lazada dan Shopee di seluruh Malaysia yang mengeluarkan resit rasmi sebagai bukti pembelian. Peruncit lain juga termasuk Qoo10, Lelong, Presto, Astro Go Shop, PGMaII.

Untuk maklumat lanjut tentang Peraduan Nest/é Gaji Seumur Hidup dan butir-butir tentang cara untuk menyertai peraduan yang menawarkan peluang sekali seumur hidup ini, sila layari laman https://www.dearnestle.com.my/event-and-happening/peraduan-gaji-seumur-hidup

Read More

10 February 2020

Pemenang Anugerah Juara Lagu 34

Assalamualaikum dan hai,

Sebanyak 12 lagu telah bertanding untuk AJL 34. Jom kita tengok senarai pemenang pula.

Keputusan #AJL34

Juara Lagu AJL 34 

Sumpah - Naim Daniel
Komposer - Naim Daniel dan Omar K
Penulis lirik - Naim Daniel

Naib Juara Lagu AJL 34

Bangun - Aman RA
Komposer - Navigator
Penulis lirik - Aman RA

Tempat Ketiga AJL 34

Anta Permana - Bob Yusof (Nyanyian asal Dato' Seri Siti Nurhaliza)
Komposer - Hael Husaini dan Ezra Kong
Penulis lirik - Hael Husaini dan Ezra Kong

Vokal Terbaik AJL 34 

Kisah Cinta Kita - Hafiz Suip
Komposer - Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali
Penulis lirik - Dato' A. Aida


Persembahan Terbaik AJL 34 

Kisah Cinta Kita - Hafiz Suip
Komposer - Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali
Penulis lirik - Dato' A. Aida

Untuk persembahan penuh:




Tahniah kepada semua pemenang.
Read More

03 February 2020

Input Dari Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020

Assalamualaikum dan hai,

Hari ni Qiss nak kongsikan pengalaman menyertai Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020. Program ni berlangsung 3 hari berturut-turut bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan.

Qiss menjadi salah seorang peserta
Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020

Seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah membanjiri Setia City Convention Center (SCCC) dari pagi hingga ke malam.

Selama 12 tahun (2008 – 2020) dalam menganjurkan program dengan tujuan
yang sama, kami dapat lihat semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka.

Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu hala tuju sebenar untuk berniaga.
Akibat daripada kegagalan itu, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ada ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang diinginkan.


Masa mula-mula Qiss masuk dewan ni, terfikir juga betul ke Qiss boleh ubah hidup Qiss? Tapi bak kata Dr Azizan Osman, dengar dan buat. Tak perlu pedulikan keadaan sekeliling dan tak perlu ambil pusing cakap orang. Buat, buat, dan buat ape yang mentor ajar.


RichWorks International bersama pengasas Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang memerlukan bantuan macam Qiss sendiri dan Dr Azizan sendiri pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan dan ini merupakan satu peluang untuk beliau cuba bantu lebih ramai orang betapa pentingnya ilmu untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik.



Hasil daripada bimbingan beliau, ribuan usahawan yang pernah dibimbingnya
berjaya mendapatkan hasil jualan di luar jangkaan. Dengan misi untuk membantu dan membangkitkan usahawan Melayu, bangsa usahawan (BANGSAWAN), ramai pelajarnya datang dari beberapa pelusuk negeri. Ada yang datang dari Kota Tinggi, Johor, Terengganu, Port Dickson dan pelbagai lagi negeri lain.

Hal ini juga membuktikan yang usahawan dari luar bandar juga boleh dibantu
dan dibina. Produk dan perkhidmatan yang mereka berniaga pun hanya biasa-biasa saja. Ada yang menjual baju kurung, kek, dan ada yang masak char kuey teow saja dah boleh dapatkan hasil jualan jutaan ringgit.

Lawatan tidak rasmi Tun Dr. Mahathir


Tun Dr. Mahathir berkesempatan menyaksikan program Nak Ubah Hidup 2020. Dalam program ni kebanyakan orang-orang yang ingin berjaya.


Dah realisasi dah impian nak tengok Tun depan-depan kan.

Perkongsian dari Eriyca Baiduri, Noir Health & Beauty

Antara peserta yang Dr Azizan Osman bantu dan berkongsi kisah kejayaan mereka dalam satu sesi forum adalah Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty.

Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi
trending. Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau
tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau
terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang.


Beliau mula menuntut ilmu marketing
dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman).

Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu, beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia.
Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang wow!

Perkongsian dari Siti Noor Sabrina, Mamasab Bakery

Seterusnya, Siti Noor Sabrina, Mamasab Bakery yang menjalankan perniagaan
membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019,
RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta.

Bisnes beliau yang hanya bermula
dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk
beliau capai sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang.


Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019.

Perkongsian dari Rosli Ismail, Oli Collection

Rosli Ismail dari Oli Collection ini hanya menjual cadar sahaja. Beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan.


Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis.

Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini.

Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi.

Program yang dianjurkan oleh RichWorks ini juga akan membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini juga membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan.







Visi Dr Azizan Osman hari ini adalah

▪ Untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dunia



▪ Meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM200 ribu
setahun

▪ Mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahun 2030

TENTANG RICHWORKS INTERNATIONAL

RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta
pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE.

Antara topik dan pengisian program kami adalah:
1. Pengurusan Bisnes
2. Pemasaran
3. Jualan
4. Pematuhan Undang-Undang
5. Perakaunan & Percukaian
6. Operasi
7. Kepimpinan
8. Pembangunan Diri
9. Pelaburan

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring
yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan
dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6 - 24 bulan.

Input dari Program Nak Ubah Hidup 2020

1. Bina perniagaan yang membantu menyelesaikan masalah orang lain.

Setelah 3 hari berkampung kat Dewan Setia City Convention Centre ni, Qiss percaya dengan membantu orang lain dapat membantu diri kita sendiri untuk lebih kaya dan berjaya.

Jadi dah boleh mula fikirkan perniagaan yang dapat membantu orang lain.



2. Hormat pada ibu bapa

Doa ibu tu sangat makbul ya. Jadi sebagai anak-anak kita kena minta ibu doakan kita yang baik-baik dan minta doakan yang spesifik supaya kita dapat apa yang kita inginkan.

3. Bersangka baik dengan Tuhan

Tuhan itu mengikut sangkaan umatnya. Apa yang kita fikir itu yang Tuhan makbulkan. Untuk dapatkan apa yang kita inginkan, kita perlu bersangka baik dengan Tuhan kita.

Dan....ada banyak lagi input menarik sepanjang program ini. Tak dapat Qiss nak kongsikan kesemuanya.

Bagi anda yang ingin turut serta program Nak Ubah Hidup, korang boleh layari laman web
www.NakUbahHidup2020.com
Read More

Selamat tinggal ‘seksi’ - Kilafairy

Assalamualaikum dan hai,

Pasti kita semua kenal empunya diri kan. Gadis cantik Kilafairy. Benar perkataan seksi itu cukup subjektif. Namun bagi artis dan usahawan terkenal, Kilafairy yang terus ampuh dengan empayar perniagaan makanan tambahan miliknya, KILAFIT juga mempunyai pandangan tersendiri terhadap istilah seksi.

Hakikatnya anak kepada artis penyanyi era 1980-an, Rohana Jalil itu bagaikan tak boleh dipisahkan dengan sisi seksi berkenaan.

Antara selebriti yang dikatakan mempunyai bentuk badan dan bibir seksi lagi menggiurkan, Kilafairy atau nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan ini sendiri pernah diberi jolokan Angelina Jolie Malaysia suatu ketika dahulu.

Penampilan Kilafairy kini

Namun jika ada yang menyedari atau perasan terutama di laman Instagram miliknya, Kilafairy sebenarnya sudah ‘berubah’. Lebih tepat perkongsian gambarnya juga tidak seperti kebiasaan.

Ya... Kilafairy tak seksi lagi dan itu antara komen popular yang mula menerpa di fikiran. Tak kurang juga yang mengandaikan perubahan imej itu disebabkan hatinya yang sedang berbunga mengenali jejaka bernama Sa’aid Umar Aiman dan kononnya sedang menuju ke fasa perkahwinan.

Ditanya akan perkara itu, empunya diri mempunyai penjelasannya.

Pastinya perubahan itu seiring dengan kematangan diri. Ia seperti isyarat atau panggilan kepada diri sendiri. Dalam hidup ini kita sentiasa berusaha mahu jadi lebih baik dan memperbaiki diri.

Step by step... insyaAllah. Berkat doa ibu bapa juga. Sempena tahun baharu, 2020 ini saya mahu mulakan sesuatu yang segar dan bersih.

Saya cuba elak atau tak mahu lagi orang di luar sana nampak diri ini dengan terjemahan seperti ... oh badan dia cantik mahupun seksi!,” ungkap Kilafairy.



Penyanyi lagu Put The Word In ini lebih selesa kini mereka di luar sana melihatnya daripada sudut bakat dimiliki selain usaha untuk terus menjadi usahanita berjaya.

Saya mahu memberi contoh yang baik kepada penyokong dan mereka yang menggunakan KILAFIT. InsyaAllah.

Saya mahu jadi insan yang lebih baik. Sebenarnya sudah tujuh bulan saya cuba menjaga penampilan dan sebagainya. Lagipun saya bukan makin muda. 

Lebih mengujakan perkara ini tanpa diduga membuka mata sendiri dan pasukan KILAFIT mengenai visi dan misi perniagaan kami,” katanya optimis.

Jelas Kilafairy, perubahan imejnya itu juga seiring dan selaras dengan apa yang mahu diperjuangkan KILAFIT lagi lagi dengan perkembangan agen dan stokis jenama berkenaan yang semakin meningkat.

Saya bukan saja sayang dan kasihan dengan haiwan. Namun turut bersimpati dengan orang dan persekitaran yang melanda dunia. Termasuk isu umat Islam Uighur di China yang ditindas dan krisis kebakaran hutan di Australia baru baru ini. Serta terbaru isu Coronavirus yang menggemparkan dunia.



Jadi berbalik kepada situasi sendiri terutama apabila Mama (Rohana Jalil) berdepan kesan sampingan yang teruk daripada produk yang digunakan, saya yakin hal sama juga terjadi kepada orang lain hingga menjadi mangsa.

“Maka sebab itu juga saya bangkit memulakan perniagaan KILAFIT sejak setahun lebih yang lalu kerana mahu berikan solusi penurunan berat badan terbaik tanpa kesan sampingan. Alhamdulillah misi itu berjaya dicapai menerusi testimoni yang menggunakan produk saya secara konsisten. Pelanggan dan pengguna produk saya  boleh turun berat badan dengan selamat secara purata 8 kilogram dan lebih dalam tempoh sebulan ,” katanya.

Tambahnya lagi, soal menjaga penampilan, bentuk badan mahupun kecantikan bukan semata mata dilihat daripada luaran.

Kita menjaga kesihatan atau mahu menurunkan berat badan sekalipun bukan kerana aspek luaran semata mata. Bab dalaman juga harus dititikberatkan. Saya sendiri apabila mendengar banyak cerita di sekeliling terutama mengenai hal sakit tenat dan berita kematian di usia muda atau meninggalkan anak yang masih kecil, hati ini terpalit rasa sedih yang amat.

Malah menerusi pengamatan dan pembacaan, kes kematian kerana berat badan berlebihan juga antara yang cukup membimbangkan. Tiada jaminan dan kompromi dalam bab ini. Hal sebegini terus menggerakkan saya dan pasukan kerja menetapkan misi baru KILAFIT untuk membantu orang di luar sana mencegah masalah kesihatan akibat berat badan berlebihan.

“Hingga menjurus kepada masalah kencing manis, kanser, serangan jantung, tekanan darah tinggi, period tidak teratur selain cabaran masa kehamilan,” katanya.

Bahkan, Kilafairy sendiri takut melihat mereka yang berdepan kesukaran dan kesusahan ketika bergelut dengan masalah kesihatan.

Kesannya hingga perlu kerap ke hospital atau klinik untuk mendapat rawatan. Bil perubatan sekarang pun melambung tinggi hingga ada yang tak mampu membayarnya.

Berbalik kepada KILAFIT, kami bukan mahu menjual ‘seksi’ atau perlu kurus semata mata, sebaliknya nak bantu mereka di luar sana yang ada masalah kesihatan dan mengharapkan masa depan yang lebih baik. InsyaAllah.


Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Kurus atau seksi itu cukup subjektif dan mungkin dilihat penting untuk meningkatkan keyakinan diri bagi sesetengah daripada kita.

Namun di KILAFIT tiada gunanya semua itu jika kesihatan dalaman tidak dijaga. Keseimbangan dalaman dan luaran itu paling penting.

Itulah juga misi dan azam KILAFIT pada tahun ini serta mendatang. Ia juga seiring dengan imej saya kini. Tagline KILAFIT juga menekankan peri penting Versi Terbaikmu.

“Bukan sahaja daripada sudut kesihatan, tapi bantuan khalayak ramai menerusi sudut taraf kehidupan melalui platform usahawan Agen & Stokis KILAFIT ,” katanya.

Moga Kilafairy dan kita terus menjadi yang terbaik untuk tahun 2020. Doakan yang baik-baik sahaja ya.
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Categories

11.11 11street aabc Acara Ads aesthetic airasia Althea Anchor Android aplikasi Apparel apps Arabic Artis automotif automotivereview Auxinlive Bangsawan bbq beauty beauty review bid Biskut Raya Bisnes Blogger Blogger review boost Borneo brownies Buffet Buka puasa Business Cannis Cannis Event Cannis Launch CannisApp car Carsome cheras chocolate citrawarna clinic coaching coklat computer Conference contest cookies Cozena CSR damansara dewan domain Domino's Domino's pizza Dominos Dr Wu Duit e wallet electronic review etw etw6 Event facial Fashion Fernleaf festival fesyen food food review Foodreview forex free product review Futsal gadget Game gayatravel giveaway Glamogenic gold Guardian gula hair removal handphone happyfresh Haqqi Harriston hartanah health Hiburan Honor hotel review ikan bakar Income Innphonim blockchain Inspirasi IPSB Jag Jahitan jakel jdt jewellery johor Jual kereta kasut sekolah kecantikan kelas jahit kembara kembarabloggersjohor Klang klcc klfw Korean kosmetik Kuih Raya lapetales laser launch lazada Lenovo lifestyle Lipstick Lulu Hypermarket maiwp mak siti makan makanan arab make up Malaysia masakan matic McCormick McDonald's media Menara Kuala Lumpur Merdeka Microsoft MMSOS mobile modelling motac Moto C Moto M moto z2 play motorola msi Museum Music myvi myvi2018 NASDAQ nestle ngeteh Nimpmos Nivea Online onlineshopping onlinetraining Oppo pageviews Pak John Steamboat & BBQ Pemanis stevia pengantin Pensonic perkahwinan perodua Petaling Jaya pharma pharmacy Pharmaniaga pizza Pizza Hut planner Poh Kong ppz Primark product product review Produk Projek57 proparangers property Putrajaya railway Ramadan Raya realme rempah review Richworks Safi sale Seni Shah Alam shell out Shopee shopping Singapore skim thohir skin skincare spa spa review spareview SS2 Stevia sukan summit Sunfeet tambah pendapatan Teater technical techno Technology teknologi tengkubutang Terkini thegaragekl tourism tourism malaysia tourism selangor Tourism Tourism Japan Tourismjohor tourismmalaysia train trainer transport travel TVC Ubat Gigi ukays unity unity ribbon upen Waterpark Wedding World zakat zoo

Shopping

Followers

BTemplates.com

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com