Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

09 January 2020

Promosi Tony Roma's Fortune Feast Eratkan Ikatan Kekeluargaan

Assalamualaikum dan hai,

Sambutan Tahun Baru Cina dimeriahkan lagi dengan set Fortune Feast dari Tony Roma's. Makan bersama keluarga dan rakan-rakan kini lebih meriah.


Tony Roma's kali ini mebawakan menu hit mereka atas permintaan ramai iaitu Yee Sang. Wahhh! Kedai steak pun ada Yee Sang. Tapi Qiss akui, Yee Sang kat Tony Roma's ni memang sedap.

Ada dua jenis Yee Sang. Yang pertama ialah Fortune Salad With Grilled Salmon and Crispy Salmon Skin.


Menarik tentang Yee Sang ini ialah isi ikan Salmon yang telah dipanggang diletakkan di tengah dan diletakkan juga beberapa ramuan lain seperti radish segar, zucchini, nanas, lobak merah, kubis merah, kapsul merah, walnut, fried won tan strips, crumbs serta Salmon Skin rangup.


Yee Sang kedua diberi nama Ong Lai Salad With Crispy Salmon Skin. Sama ramuan dengan Fortune Salad cuma tiada isi ikan Salmon sahaja.


Qiss suka makan ayam dan Qiss sukakan Trio Happines iaitu kepak ayam yang dihidangkan dengan sos yang sedap seperti Red Hot Buffalo Wings, Salted Egg Chicken Wings dan Flaming Spicy Chicken Wings.


Sambil-sambil tu anda boleh cuba Fortune Dip, kerepek kentang rangup dan French Toast yang dipanggang dihidangkan dengan Rich Chipotle Beef and beans.


Short Ribs with Honey Plum Sauce pula menjadi pilihan kerana tiada tulang dan hanya daging dibahagian tulang rusuk yang sangat lembut dihidangkan dengan Mashed Potatoes, sayuran yang dipanggang dan French Toast.


Reunion Meal pun sedap kalau nak rasai keenakan Flame Grilled Lamb Ribs dan dihidangkan separuh ayam BBQ dan juga Half Signature Kickin' Shrimp.


Tak sah kalau tak ada minuman istimewa kan, anda boleh cuba tiga minuman ini iaitu, Cranberry Colada, Golden Angpow dan Nanas Ong Lai. Rasanya? Kena mai cuba sendiri lah.



Jom ramai-ramai bawa keluarga makan kat Tony Roma's dan promosi Fortune Feast ini berlangsung dari 2 Januari hingga 1 Mac 2020.

Untuk maklumat lanjut boleh layari:

Laman web: 


1 comment:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com