Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

22 March 2023

Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo Beraksi Di Konsert Jiwa Kacau

Bila aku sudah tiada

Simpan semua laguku 

Jangan ditangisi selalu

Hujan yang popular dengan lagu Bila aku sudah tiada, Bunkface dengan lagu Revolusi, Kugiran Masdo dan Imsoniacks bakal beraksi atas satu pentas dan akan membuat jiwa peminat lebih kacau bilau.

Empat kugiran itu, Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo akan bersatu “memecahkan panggung', mendidihkan adrenalin sekali gus membuat jiwa-jiwa kalian kacau pada sebuah konsert yang dibawakan khas oleh MND Sport & Event Sdn Bhd. 

Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo Beraksi Di Konsert Jiwa Kacau 2023

Masakan tidak kacau, baru mendengar empat nama kugiran ini akan bergabung di atas sebuah panggung pun sudah teruja, bagaimana pula kelak menyaksikan mereka menyampaikan rendisi lagu-lagu yang bukan asing menjadi halwa telinga. 

Maka MND Sport & Event Sdn Bhd buat julung kalinya menganjurkan Konsert Jiwa Kacau yang dijadualkan berlangsung pada 17 Jun 2023 di Stadium Malawati, Shah Alam Selangor. 

Menurut Harith Daniel dari MND Sport & Event Sdn Bhd, idea penganjuran Konsert Jiwa Kacau terhasil untuk menaikkan lagi imej Industri muzik negara dengan terus mengangkat pemuzik generasi muda yang punya bakat dan kualiti baik yang tidak boleh diabaikan. 

“Penganjuran Konsert Jiwa Kacau dengan memilih kugiran Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo sebagai line-up adalah lambang apresiasi kami terhadap femonena yang dicetuskan kugiran ini dalam genre masing-masing, 

“Ia juga penting untuk kami menyampaikan kepada generasi baharu atau Gen Z untuk jangan pernah berhenti memberi sokongan kepada pemuzik lokal kerana kualiti yang ada pada mereka. 

“Marilah kita menjiwai seni muzik yang dihasilkan oleh keempat-empat kugiran ini menerusi Konsert Jiwa Kacau yang akan dilaksanakan pada 17 Jun ini di Stadium Malawati, Shah Alam,” ujar Harith Daniel selaku Ketua Pegawai Eksekutif MND Sport & Event.

Harith Daniel selaku Ketua Pegawai Eksekutif MND Sport & Event mengulas lebih lanjut mengenai Konsert Jiwa Kacau

Menyifatkan Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo sebagai kugiran yang tidak pernah dan akan ditelan zaman lewat karya-karya yang dihasilkan, Harith juga percaya Konsert Jiwa Kacau akan membuat peminat mereka 'gila'. 

“Tidak boleh dinafikan, Hujan dan Bunkface adalah dua kugiran anak-anak indie yang memecah tembok komersial dengan kualiti mereka sehingga menjadi legenda dalam scene Indie di Malaysia. 

“Insomniacks dan Masdo pula merupakan salah satu kugiran pop dan rock yang meraih pengaruh paling pantas dalam kalangan generasi muda lewat keunikan genre yang dimainkan. 

“Jadi apabila keempat-empat kugiran yang penuh dengan hit dan jalan cerita tersendiri ini bergabung, pihak kami percaya peminat akan 'naik gila. Dan harapan kami agar konsert ini memberi impak yang besar selain mencipta gelombang baru untuk industri muzik Malaysia,” katanya lagi.

Sementara itu Bunkface menyifatkan Konsert Jiwa Kacau sebagai sebuah lamaran 'gila' yang datang tepat waktu dan tidak patut dilepaskan. 

Pemilik hit-hit seperti Malam Ini Kita Punya, Situasi, Dunia Baru dan Masih Di Sini itu sangat teruja untuk melihat projek empat kugiran tersebut menjadi realisasi pada 17 Jun nanti. 

“Beritahu kami siapa yang sanggup lepaskan peluang “berperang' dan berpesta dengan Hujan, Insomniacks dan Masdo? Mereka semua 'gila'! 

“Dan Konsert Jiwa Kacau sebenarnya menjadi sebuah penghormatan buat kami bagaimana karya pemuzik lokal seperti kami diiktiraf dan terus disokong untuk memartabatkan industri muzik kita,” ujar Youk selaku wakil Bunkface. 

Bagi Insomniacks yang membuat peminat 'kacau' lewat lagu mereka seperti Kepala Batu, Langgar dan Pulang, berkongsi panggung dengan tiga legenda muzik tempatan adalah mimpi yang menjadi realiti. 

Insomniacks

“Sebagai pemuzik paling junior dalam kelompok konsert ini, Insomniacks berasa sangat kecil tetapi berbesar hati kerana dipilih melengkapkan formasi panggung bersama Hujan, Bunkface dan Masdo yang terlebih dahulu merintis jalan untuk pemuzik seperti kami hidup dalam industri,” kata Insomniacks. 

Tiket Konsert Jiwa Kacau bermula dengan CAT 3 (RM 75), CAT 2 & General (RM 165), CAT 1 (RM 235), VIP (RM 255) dan Meet & Greet Pass (RM 488) mula dijual pada 24 Mac 2023 melalui www.myticket.asia

Untuk itu buat semua peminat, ini adalah sebuah pesta yang tidak wajib dilepaskan kerana kalian akan menyesal seumur hidup! Bila lagi mahu melihat Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo satu pentas. Hanya ada pada Konsert Jiwa Kacau. Jumpa anda semua di sana! 

INFORMASI 

Konsert Jiwa Kacau 

Lokasi: Stadium Malawati, Shah Alam 

Tarikh: 17 Jun 2023 

Harga Tiket: 

1. General Admission - RM165 

2. VIP seating - RM255 

3. CAT 1-235 

4. CAT 2 - 165 

5. CAT 3-75 

6. Meet & Greet Pass - RM488 

Platform pembelian: www.myticket.asia 

Tiket mula dijual:

Jumaat, 24 Mac 2023, 2.30petang

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com