Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

03 May 2024

Guardian Lebarkan Barisan #iykyk Beauty Tampilkan 76 Rangkaian Jenama Trending Terkini

Menawarkan pilihan kecantikan dan kesejahteraan yang lebih eksklusif untuk pelanggan

Guardian Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelebaran besar-besaran kategori ikoniknya, #IYKYK Beauty, melalui penambahan 34 jenama kecantikan dan kesejahteraan  yang membentuk trend baharu di seluruh stornya, menawarkan secara keseluruhannya 76 jenama.

Pelebaran ini memperkukuhkan lagi komitmen guardian untuk menawarkan produk kecantikan terkini kepada para pelanggannya, menyediakan mereka pilihan jenama terkini yang sukar ditandingi dan sangat diidamkan, yang telah melanda dunia dalam talian, mengaut jualan yang besar dan menjadi buah mulut warga industri.

Anna Hull, Pengarah Komersial di Guardian Malaysia, menyatakan keterujaan beliau tentang perkembangan tersebut, “Melalui kategori #IYKYK Beauty, kami telah menempatkan diri kami sebagai peneraju dalam mempamerkan trend-trend kecantikan yang baharu muncul di Malaysia. Menerusi kerjasama dengan platform media sosial dan pencipta kandungan, kami telah berjaya menyusun sebuah koleksi jenama sensasi yang telah menarik perhatian peminat-peminat kecantikan dalam talian di seluruh negara.”

Sejak pembentukannya pada Januari 2024, kategori #IYKYK Beauty telah meraih kejayaan yang luar biasa, mencerminkan permintaan yang semakin meningkat untuk produk-produk kecantikan yang inovatif dan membentuk trend. 

Anna menjelaskan, “Sambutan memberangsangkan terhadap kategori #IYKYK Beauty menggariskan kepercayaan kami terhadap kepentingan menjadikan jenama-jenama dalam talian yang sensasi ini mudah diakses oleh pelanggan kami, di dalam talian mahupun di stor fizikal.

Kategori #IYKYK Beauty direka untuk menonjolkan jenama yang telah menambat hati warga dalam talian, yang hangat diperbincangkan di platform seperti Instagram dan TikTok. Dengan membawa masuk jenama-jenama ini ke dalam stor Guardian di seluruh negara, syarikat itu menyasarkan untuk menyediakan pelanggan akses langsung kepada produk yang telah menguasai perbualan di dalam talian itu.

Pelebaran itu merangkumi enam bahagian berbeza dalam kategori #IYKYK Beauty:

1. Trending Beauty

2. Clean Beauty

3. Gentle To Skin

4. MY Beauty

5. Glass Skin

6. Glowing Inside Out

Dalam ruangan Clean Beauty, Guardian kini menawarkan 13 jenama, manakala 14 jenama akan tersedia dalam segmen Gentle To Skin. Selain itu, enam jenama baru akan ditampilkan dalam kategori Trending Beauty, bersama enam jenama untuk Glass Skin dan 14 jenama untuk Glowing Inside Out. Di samping itu, 12 jenama baharu buatan Malaysia akan melengkapkan 11 jenama yang sedia ada. 

Anna menegaskan komitmen guardian untuk kekal di hadapan dalam trend kecantikan global dan memastikan bahawa pelanggan mendapat akses kepada inovasi terkini pada harga yang kompetitif.

“Guardian kini menjadi destinasi utama anda untuk semua barangan yang mewarnai ruangan penjagaan kecantikan. Kategori #IYKYK Beauty akan dikemaskini secara kerap dengan jenama-jenama yang baharu diperkenalkan tepat pada masanya, memastikan pelanggan sentiasa mendapat trend kecantikan dalam talian terkini. Dan inilah yang kami lakukan selama ini,” jelas Anna.

Tambahan pula, House of Creators Guardian, yang bertujuan untuk melibatkan, mendidik dan memperkasakan pencipta kandungan di Malaysia tentang hal-hal terhangat dan terkini selain mempertingkatkan kemahiran mereka, telah menghasilkan kemajuan yang besar dengan lebih 80 pencipta kandungan digital kini dilatih untuk mencipta kandungan yang lebih baik dan lebih berkesan. Kelas House of Creators yang terbaharu telah melatih 40 Pencipta Kandungan tentang cara menghasilkan cerita yang hebat dengan bantuan jenama-jenama #IYKYK Beauty Cuura dan BBIA.

“Melalui usaha ini, kami juga dapat menghasilkan ekosistem kandungan media sosial yang dinamik dan membina generasi pencipta kandungan Kesihatan dan Kecantikan yang seterusnya,” kata Anna.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan jenama-jenama baharu ini, yang dijangka bakal mencetuskan keterujaan di kalangan peminat kecantikan di seluruh negara. Selain itu, kami berhasrat untuk berkhidmat sebagai pentas untuk jenama kecantikan Malaysia yang telah mencapai kejayaan yang signifikan di dunia dalam talian,” tambah beliau.

Pelanggan boleh meneroka ruangan #IYKYK Beauty di stor fizikal dan di dalam talian menerusi laman web dan aplikasi guardian. Bahagian ini akan menawarkan banyak maklumat, termasuk video Tip-Tip dan Trend Kecantikan, ciri-ciri jenama, butiran produk, tawaran istimewa, dan banyak lagi, semuanya disesuaikan untuk menyerlahkan jenama #IYKYK Beauty yang ditawarkan. 

Guardian kekal teguh dengan komitmennya untuk menyediakan produk kesihatan dan kecantikan terunggul kepada pelanggan pada nilai terbaik, memastikan orang ramai dapat menikmati trend kecantikan terkini dengan yakin dan mudah.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web Guardian atau muat turun aplikasi Guardian.

Facebook: @Guardianmy 

Instagram: @Guardianmy 

YouTube: @Guardian MY

Telegram:  @GuardianMY

#GuardianMYApp

#guardianMy

#guardianMalaysia

#guardianviral

#iykykbeauty

#trendingnow

Read More

02 May 2024

The Debut Of HUAWEI PURA 70 Series: A New-Generation Flagship Pioneer In Photography And Aesthetics

Pre-Order The New Line Of The HUAWEI Pura 70 Series starting from RM3,699

Huawei made a surprise announcement on the availability of the HUAWEI Pura 70 Series on HUAWEI’s Official Website. The HUAWEI Pura 70 Series recently made headlines in China when they officially started selling the HUAWEI Pura 70, Pura 70 Pro, Pura 70 Pro+ and Pura 70 Ultra. 

The latest devices from the rebranded P series represent a blend of innovation and sophistication, offering users a seamless experience with exceptional performance and sleek design. According to the Huawei Official Website, the HUAWEI Pura 70 series will be available for pre-orders starting now till 24 May 2024. Don't miss out on this chance to be one of the first to experience the Huawei Pura 70 series!

Huawei Malaysia will be introducing three HUAWEI Pura 70 series products: HUAWEI Pura 70, HUAWEI Pura 70 Pro, and HUAWEI Pura 70 Ultra, each designed to cater to the diverse needs and preferences of modern smartphone users. The HUAWEI Pura 70 series presents a captivating blend of artistry and innovation across its three distinct models. 

The HUAWEI Pura 70 in Malaysia offers a stunning array of features, available in three colours - pink, white, and black - the HUAWEI Pura 70 Pro comes in classic white and black variants, while the HUAWEI Pura 70 Ultra comes in green, brown, and black. 

The Huawei Pura 70 series is available for pre-order on Huawei’s Official Website and selected Huawei Experience Stores. Complimentary gifts over RM2,000 are up for grabs when you pre-order the HUAWEI Pura 70 series starting 2 May 2024 until 24 May 2024. Take advantage of these exclusive offers to secure your device and unlock over RM500 in savings. Enjoy a range of exceptional deals, including gym memberships, complimentary coffee, movie tickets, and more from renowned brands like AirAsia, Dadi Cinema, Ogawa, among others. 

HUAWEI Pura70 Ultra

HUAWEI Pura70 Pro

HUAWEI Pura70 pre-order

Huawei is also offering exclusive trade-in rebates for customers who have pre-ordered. Customers can claim their rebate upon making full payment from 25th May – 30th June 2024 at the participating outlets. The rebate details are listed below:


Some of the key highlights of HUAWEI Pura 70 Series are:

1. Revolutionary Imaging Technology: Explore the Unseen Wonders

The HUAWEI Pura 70 Series is equipped with a new generation of Ultra Lighting camera system, combined with the industry’s first HUAWEI XD Motion Engine, it can activate the Ultra Speed Snapshot feature and easily capture fast moments. 

HUAWEI Pura 70 Ultra is also equipped with the industry’s first Ultra Lighting Pop-out Camera, featuring an original retractable camera structure; achieving a thin one-inch image sensor and a large aperture in a compact body, bringing a revolutionary imaging system.

Both HUAWEI Pura 70 Pro and HUAWEI Pura 70 Ultra feature the new Ultra Lighting Macro Telephoto Camera, producing clear images from distant buildings to close details. Thanks to its periscope telephoto aperture of F2.1, it offers superb light-gathering ability and better telephoto image quality, achieving full focal HD photography across the entire focal length.

2. New & Original Aesthetic Design: Leading the Fashion Trend

The HUAWEI Pura 70 Series sets new standards for elegance and craftsmanship, embodying high-end, ultimate, minimalist and pure design philosophies. 

Visually, the design evolves from traditional geometric patterns by integrating geometric lines with image modules to outline its unique Forward Symbol Design. The HUAWEI Pura 70 Ultra is also adorned with an exclusive XMAGE label, epitomising the spirit of artistic mastery. 

The distinctive Ultra Lighting Pop-out Camera lens of HUAWEI Pura 70 Ultra is also accented with a unique red ring, enhancing the photography experience with a touch of novelty, showcasing the artistry and prowess of imaging.

3. Made to Last: Making Impossible Possible

The HUAWEI Pura 70 and HUAWEI Pura 70 Pro are engineered with the Super Durable Kunlun Glass, now more resistant to falls. The second generation of Kunlun Glass improves the outer screen’ resistance against deforming or cracking when squeezed by external forces.

The HUAWEI Pura 70 Ultra, on the other hand, is stronger than ever with the Crystal Armor Kunlun Glass, merging Super Durable Kunlun Glass with Crystal Armor scratch-resistant technology. It further improves the wear, drop and scratch resistance of the outer screen. 

Those who are interested in previewing the latest HUAWEI Pura 70 Series, can visit selected HUAWEI Experience Stores to have an exclusive preview of the HUAWEI Pura 70 Series. To book your slots for the preview, you may register through the link here

For more information, latest updates or promotions about Huawei’s latest products, please visit HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Facebook page or Instagram


Read More

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak

Kajian pasaran ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan Pembeli-belah Generasi Z di Era Digital’ hasil kolaborasi Shopee dan Kantar mendapati 86% Gen Z mencari “shoppertainment” selain membeli produk apabila melayari platform e-dagang seperti Shopee. Responden yang ditinjau mahukan hubungan secara langsung dengan individu yang berfikiran sehaluan sambil menikmati kandungan yang berinformatif dan menyeronokkan apabila membeli-belah dalam talian. 

71% daripada responden aktif mencari review dan demonstrasi produk di dalam ciri strim langsung seperti Shopee Live untuk membuat keputusan pembelian. Mereka mengutamakan keterangan produk, cadangan pencarian yang diperibadikan dengan keperluan mereka, dan review secara langsung dari pempengaruh untuk pengalaman membeli-belah yang lancar. Kandungan dan penglibatan tulen dari Shopee Affiliate mempengaruhi rakyat Malaysia di mana mereka mencari input dan nasihat pempengaruh dari segi ketahanan produk, diskaun, dan keutamaan mereka dalam membuat setiap pembelian. 

Ahli Shopee Affiliate cemerlang berkongsi pendapat dan pengalaman mereka di forum pane ‘Championing Inclusive Commerce 2024’. (Dari kiri) Rita Zafran, Syada Azmah, Celeste Phuah, Andrew Tay)

Lebih menarik, majoriti yang ditinjau mencari review produk yang jujur dan berinformatif di mana 4 dalam 10 aktif mencari hiburan sepanjang perjalanan pembelian mereka. Golongan demografi ini tertarik dengan ciri seperti diskaun dan ganjaran eksklusif di Shopee Live. Mereka aktif menyertai strim lansung yang mempunyai misi untuk mendapatkan Shopee Coins, dan mencari rancangan permainan menarik dan acara giveaway di Shopee Mamak.

Ming Kit Tan, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia berkata, “Ahli Shopee Affiliate kami memainkan peranan utama dalam memanusiakan e-dagang. Mereka mencipta kandungan yang menarik dan menyeronokkan yang diperibadikan khusus untuk memenuhi keutamaan Gen Z. Mereka memahami nilai berstrim langsung untuk menjana penglibatan pengguna melalui interaksi secara langsung dan memacu aktiviti pembelian. Para affiliate kami merupakan suara dan pencipta trend dalam komuniti mereka. Mereka mempunyai kuasa untuk melebarkan kepercayaan dan hubungan dengan penonton mereka melebihi dinding digital.”  

Shopee komited dengan pemperibadian pengguna. Dalam kajian “Menyokong Perdagangan Inklusif 2024” yang meninjau 3,000 ahli affiliate pada Januari 2024 mendedahkan 90% mengutamakan e-dagang yang dimanusiakan buat pengguna melalui hantaran dan strim langsung yang diperibadikan. Ini selari dengan keiinginan pengguna yang mahukan hubungan tulen dan pendidikan produk jujur berdasarkan pengalaman.   

Belakang tabir studio Shopee Live
Strim langsung memperkasakan pengguna dan penjual untuk membina hubungan dan kepercayaan melebihi dunia digital. Dalam Shopee berterusan untuk mengembangkan ekosistemnya selarasa dengan landskap e-dagang yang semakin berkembang maju, Shopee Affiliate memainkan peranan penting dalam memastikan pengguna sentiasa mempunyai maklumat yang diperlukan sepanjang perjalanan membeli-belah mereka. 

Kenaikan ketara 420% dalam pesanan yang dipacu ahli affiliate pada 2023 dan kenaikan lebih 155,000 ahli affiliate baharu pada 2024 menunjukkan bahawa trend ini akan berkekalan. Bercakap melalui pengalaman, Celeste Phuah, ahli penstrim langsung Shopee Affiliate yang cemerlang menjelaskan, “Saya percaya ianya amat penting buat saya untuk berkongsi pendapat jujur dan tulen saya dengan penonton. Berdasarkan minat mereka dan pengalaman saya sendiri, saya cuba sebaik mungkin untuk memaklumkan kepada mereka tentang pelbagai faedah dan ciri produk setelah mencubanya. Dengan cara ini, saya yakin bahawa sesuatu produk itu memanfaatkan penonton dengan harga berbaloi.”


Read More

25 April 2024

Shopee Mengukuhkan Keyakinan Pembeli dengan Program Jaminan Tepat Waktu

70% Gen Z memerlukan Penghantaran Lancar untuk ‘Check-Out’ dalam Talian

Kajian pasaran ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan Pembeli-belah Generasi Z di Era Digital’ hasil kolaborasi Shopee dan Kantar mendapati 70% rakyat Malaysia Gen Z akan membeli dalam talian jika mereka yakin adanya pengalaman penghantaran yang lancar. Responden yang ditinjau mengutamakan penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum dan boleh dihantar keesokan harinya setiap kali mereka ‘check out’. 

Dua pertiga Gen Z yang ditinjau mengatakan keyakinan terhadap Shopee adalah kerana praktis pemenuhan pesanan. Mereka sering mengambil maklum tentang pilihan penghantaran fleksibel platform, jaminan tepat waktu testimoni pelanggan tentang penghantaran produk yang diterima dalam keadaan yang baik, dan menggunakan jejak pesanan secara langsung secara konsisten untuk ketenangan minda. Kajian ini juga mendapati 70% Gen Z lebih berkemungkinan untuk beralih dari platform media sosial ke web e-dagang seperti Shopee untuk melengkapkan pembelian. 

Memahami sifat pembelian yang sering berubah ini, Shopee memperkenalkan program Jaminan Tepat Waktu bermula 6 Mei. Dengan melaksanakan Jaminan Tepat Waktu, Shopee memenuhi keutamaan penting pelanggan untuk penghantaran tepat waktu lalu mengukuhkan keyakinan pembeli dan pacu pembelian berulang di platform. 

Ming Kit Tan, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia berkata “Gen Z inginkan pengalaman membeli-belah lancar dengan khidmat efisien dan telus sepanjang perjalanan pembelian. Dengan mengutamakan pelanggan dan meningkatkan pengalaman membeli-belah secara keseluruhan, kami telah memperkenalkan program 15-Hari Pengembalian Percuma, Tanpa Soal* untuk memperkasakan pembeli dengan fleksibiliti tanpa tandingan, membolehkan pengembalian ‘Bertukar Fikiran’ terhadap produk yang layak dengan proses lancar dan mudah. Dengan mengutamakan keperluan pengguna, kami berazam untuk membina asas kepercayaan yang kukuh, dan memupul ketenangan minda untuk semua pengguna Shopee melalui perhatian konsisten terhadapa kerisauan dan keutamaaan mereka.”  

Untuk menyokong keperluan yang sentiasa berubah dan untuk memberikan khidmat yang lebih baik kepada pelanggan, SPX Express, rakan logistik Shopee proaktif mengembangkan kapasiti penghantaran dan kawasan yang dihantar sepanjang 2024. Rangkaian meluas yang  merangkumi lebih 140 hab dan gudang, dan rangkaian 1,200 pusat perkhidmatan yang membekalkan pembeli dengan penghantaran tepat waktu dan kesenangan untuk mengambil barang di pusat self-collection. 

SPX Express juga mengukuhkan kaedah yang mengutamakan pelanggan dengan meluaskan pusat self-collection kepada 700 di luar Lembah Klang dalam masa enam bulan. Peralihan strategik ini membolehkan pembeli mengintegrasikan pengambilan atau penghantaran pakej mereka ke dalam rutin harian. 


Read More

Legacy Credit Muncul sebagai Pemegang Saham Besar dalam VCI Global

Perkongsian Strategik Ditetapkan untuk Meluaskan Perkhidmatan Kewangan di ASEAN

Legacy Credit Sdn Bhd ("Legacy Credit" atau "Syarikat"), sebuah entiti yang diiktiraf dalam sektor perkhidmatan kewangan, dengan sukacitanya mengumumkan pelaburan yang besar melebihi 5 peratus pegangan melalui penempatan persendirian dalam VCI Global Terhad (NASDAQ: VCIG) (“VCI Global”). Di bawah perjanjian peletakan saham ini, Legacy Credit akan melabur $2.5 juta dalam VCI Global. Ini menjadikan Legacy Credit sebagai pemegang saham yang besar, mencerminkan komitmen strategiknya untuk meningkatkan penyelesaian kewangan dan mengembangkan pengaruhnya di seluruh rantau ASEAN.

Dari Kiri: Encik Nelson Goh, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Legacy Credit dan Dato' Victor Hoo, Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif VCI Global

VCI Global, yang terkenal dengan kepakarannya dalam Kewangan Korporat, mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam memudahkan PKS dalam mencapai penyenaraian Nasdaq, yang penting bagi syarikat yang menyasarkan untuk meneroka pasaran antarabangsa. Perkongsian ini dijangka memanfaatkan rangkaian kewangan Legacy Credit yang teguh dan kehebatan teknikal VCI Global untuk memupuk pertumbuhan ekonomi dan inovasi yang besar.

Encik Nelson Goh, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Legacy Credit mengulas, “Pelaburan penting kami dalam VCI Global adalah lebih daripada usaha kewangan; ia adalah pakatan strategik. Dengan langkah ini, kami menyasarkan untuk menggabungkan keupayaan VCI yang dihormati dengan pendekatan inovatif kami untuk membuka laluan baharu bagi PKS ASEAN di platform global seperti Nasdaq.”

Dato' Victor Hoo, Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif VCI Global menyatakan, "Kami berbesar hati mengalu-alukan Legacy Credit sebagai pelabur yang dihargai. Keyakinan mereka terhadap VCIG menggariskan kebolehpercayaan dan potensi pelaburan kami. Pelaburan Legacy Credit akan meningkatkan perniagaan kami, mempercepatkan pertumbuhan kami trajektori, dan memacu nilai jangka panjang untuk pemegang kepentingan kami, menunjukkan komitmen kami untuk pertumbuhan syarikat selanjutnya."

Pelaburan strategik ini menandakan kejayaan untuk Kredit Legacy, menonjolkan komitmennya untuk memudahkan peluang ekonomi yang lebih luas dan meningkatkan portfolio perkhidmatan kewangannya. Melalui kerjasama ini, Legacy Credit menyasarkan untuk meneruskan visinya untuk menyampaikan penyelesaian inovatif yang memenuhi keperluan perniagaan yang berkembang di ASEAN dan seterusnya.


Read More

23 April 2024

Masverse Memperkenalkan Platform Blockchain

MasChain Sedia Mendemokrasikan Teknologi Blockchain untuk Kerajaan, Perusahaan dan Industri 

Masverse Sdn. Bhd., pakar blockchain perintis, (“Masverse” atau “Syarikat”), hari ini mengumumkan pelancaran MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital untuk kerajaan, perusahaan dan industri dengan meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan transaksi melalui Bukti Pihak Berkuasa (Proof of Authority, PoA).

Memanfaatkan rantaian PoA pertama, MasChain bersedia untuk mendemokrasikan teknologi blockchain dengan menyediakan penyelesaian pendigitalan token revolusioner merentas kerajaan dan industri, membuka potensi penuh aplikasi blockchain kepada pengamal dan pengguna untuk perlindungan aset pada rantaian. Melalui rangka kerja teras Substrat dan kontrak pintar palet sebagai komponen modular, MasChain boleh memberikan fleksibiliti dan kestabilan. Kebolehskalaan rangkaian dicapai melalui mekanisme konsensus PoA, yang sangat memudahkan keseluruhan proses dan membuka kemungkinan aplikasi blockchain masa hadapan.

Pelancaran itu disaksikan oleh En. Danesh Jothiprahasam, Ketua Pelaburan Digital Domestik Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan En. Chew Kian Kok, Ketua Pegawai Eksekutif Masverse.

Masverse menandatangani dua Memorandum Perjanjian dengan GamBit Group Sdn. Bhd. untuk perkhidmatan perlindungan dompet yang dipertingkatkan dan ekosistem TCF dan Intelligence Traceability Sdn. Bhd. untuk pematuhan halal dan perkhidmatan kebolehkesanan produk kitar semula. Masverse turut menandatangani lima Memorandum Persefahaman dengan Vero AI Sdn. Bhd. Untuk mewujudkan Ekosistem Hab E-Halal dalam negara ASEAN, Jabo Plantation Sdn. Bhd. untuk pertanian pintar, kebolehkesanan dan tokenisasi Ladang Jaboticaba, JomStay Digital Technology Sdn. Bhd. untuk meningkatkan pelancongan, Accelerator Resources Sdn. Bhd. untuk program keahlian, dan Asia Digital Bank Ltd dalam pembangunan Web3 merentas penyelesaian kewangan di seluruh negara ASEAN dan Kesatuan Islam.

Dari Kiri: En. Chew Kian Kok, Ketua Pegawai Eksekutif Masverse dan En. Danesh Jothiprahasam, Ketua Pelaburan Digital Domestik Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)
Ditubuhkan di Malaysia, Masverse berada di barisan hadapan dalam inovasi digital, mewujudkan infrastruktur blockchain Lapisan 1 dan ekosistem Web3 yang menjanjikan untuk merapatkan jurang antara teknologi semasa dan masa depan di mana kemajuan digital memberi manfaat secara universal. MasChain direka bentuk untuk memenuhi pelbagai keperluan dan aplikasi, daripada teknologi kewangan (fintech) dan pengurusan rantaian bekalan kepada identiti digital dan seterusnya, dan untuk pihak berkuasa dan perniagaan mendapat manfaat daripada penyelesaian blockchain. Dengan platform pensijilan dan Penyelesaian Kewangan Islam mereka, Maschain juga menyasarkan untuk memperkasakan individu dan perniagaan yang berkembang maju dalam era digital dengan memupuk penggunaan blockchain supaya mudah didekati dan berguna untuk semua orang di seluruh negara.

Dalam usaha untuk memudahkan penggunaan rantaian blok di negara ini, MasChain menawarkan penyepaduan bermakna dan onboarding berdasarkan kes penggunaan pelanggan, dikuasakan oleh rantaian serasi Mesin Maya Ethereum (EVM) dengan antara muka pengaturcaraan aplikasi lapisan perkhidmatan (API) serba boleh. Pendekatan ini membolehkan pelbagai perkhidmatan daripada perkhidmatan pengurusan token kepada perkhidmatan token tidak boleh digunakan (NFT) dan perkhidmatan jejak audit, yang terkandung dalam rangka kerja Blockchain-as-a-Service (BaaS) yang selamat. MasChain memberikan kerajaan dan perniagaan integrasi yang lancar sambil mengukuhkan keselamatan rangkaian dan mengurangkan transformasi teknologi yang kompleks. Pematuhan Islam utama dicapai dengan kebolehkesanan halal dan penyelesaian rantaian bekalan, memastikan ketelusan dalam keturunan transaksi.

 

Koay Seong Jiann, Ketua Pegawai Kewangan Masverse Sdn. Bhd., Chew Kian Kok, Ketua Pegawai Eksekutif Masverse Sdn. Bhd. dan Teh Lee Jie, Ketua Teknologi Masverse Sdn. Bhd.

Lee Jie, Ketua Teknologi Masverse berkata, “Hari ini, kami berada di ambang era baharu, di mana penggunaan inovatif teknologi blockchain yang dibenarkan awam ditetapkan untuk mentakrifkan semula rangka kerja operasi perusahaan dan kerajaan. MasChain mentakrifkan semula pendekatan kepada pengesahan identiti, keselamatan transaksi dan penyimpanan maklumat, disesuaikan untuk memenuhi keperluan khusus pelanggan dan dengan itu mengubah landskap siber Malaysia secara digital.”

Jothiprahasam, Ketua Pelaburan Digital Domestik MDEC berkata, “Penubuhan MasChain adalah bukti semangat inovatif yang berkembang maju dalam negara kita dan ekosistem digital yang lebih luas. Di MDEC, kami amat komited untuk memupuk dan memacu ekonomi digital Malaysia, dengan menekankan keterangkuman, kemampanan dan pertumbuhan. MasChain selaras dengan misi kami, merangkumi potensi teknologi untuk mencipta bukan sahaja nilai ekonomi, tetapi juga kemajuan masyarakat.”

“Pendekatan MasChain, blok yang dibenarkan awam yang disesuaikan khusus untuk perusahaan dan kerajaan, menandakan satu lonjakan yang ketara ke hadapan dalam cara kami membayangkan peranan teknologi digital dalam tadbir urus, perdagangan dan kesejahteraan masyarakat.”

Read More

12 April 2024

Gen Zs Trust User and Expert Insights on Shopee

60% consumers prioritise platforms with easy search and user reviews

Shopee’s ‘Engaging Generation Z Shoppers in the Digital Era’ survey findings revealed that 60% of respondents prioritise platforms with easy search, comparison functionalities, and helpful reviews followed closely by comprehensive product information and trustworthiness. This emphasises the importance of building a user-friendly platform brimming with product variety, professional recommendations, and insightful user reviews to capture Gen Z's attention.

Underscoring their research-heavy habits, 30% of Gen Z strategise their purchase, holding over 70% of items in their cart for more than a day to conduct in-depth research before committing to a purchase. This highlights the importance of building a research-friendly environment, which includes offering a rich variety of research products, incorporating professional recommendations, and fostering insightful user reviews.

While research is paramount, a smooth checkout process is equally important. When asked “What will increase your likelihood of checking out your items immediately?”, 6 in 10  Gen Z shoppers focus on user experience features like product restock reminders, flash deals, and voucher applications. Additionally, easy order cancellation and price comparison tools are highly sought after. The remaining 40% look for efficient platform delivery services to finalise their purchases.

Gen Z put importance on value maximisation in their purchasing decisions. Free shipping, competitive pricing, attractive promotions, discounts and vouchers are critical motivators for 83% of respondents, demonstrating their focus on getting the most for their money. Interestingly, product quality appears to be a secondary factor when choosing a purchase channel.

Shopee's research delves even deeper, revealing that Gen Z consumers heavily rely on reviews and customer service throughout the buying journey. Over 75% actively seek out reviews from both users and experts before making a purchase. Engaging with sellers through chat features and comparing products across brands are also common practices for this generation. The remaining utilise Shopee Live and Shopee Video for product information and purchase decisions.


Ming Kit Tan, Head of Marketing and Business Intelligence at Shopee Malaysia, said, “We understand that Gen Z presents a significant growth opportunity. Our user-friendly platform features like Shopee Live empower users with information beyond product listings, such as in-depth reviews or live demonstrations. It fosters a relationship between seller and buyer, allowing a sense of trust to be built between each interaction. Such hyper-personalised experiences function as a value-added service, building long-term brand loyalty within this rising demographic”

Customer service remains a key differentiator. In 2023 alone, Shopee celebrated an industry-leading 98% success rate for cases resolved within 30 seconds, translating to an impressive 80% customer satisfaction rate. These figures underscore Gen Z's demand for a seamless research experience coupled with top-notch customer service for a successful online shopping journey.

Shopee prioritises user satisfaction through its continuously evolving search function, leveraging deep learning to analyse user browsing and purchase behaviour. The platform’s recommendation engine personalises product suggestions, ensuring a customised shopping experience for every user. Additionally, Shopee Live empowers users to connect with brands and sellers with its user-friendly live chat. This feature fosters real-time interactions and product demonstrations, which strengthens user confidence in every purchase.


Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com