Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

14 April 2023

Lengkapi Gaya Dengan Kieslect Lady Calling Watch Lora

Kehidupan lepas jadi ibu ni agak mencabar, tak boleh nak pegang handphone 24 jam. Jadi banyak WhatsApp dan panggilan terlepas sebab tak sempat nak angkat. Mujurlah ada Kieslect Lady Calling Watch Lora yang juga merupakan Jam Tangan Pintar Lengkapi Gaya Hidup Wanita Hari Ini. 

Warna merah jambu jadi pilihan hati Qiss Kieslect Lady Calling Watch Lora

Pemakaian Kieslect Lady Calling Watch Lora bukan sahaja sebagai fesyen aksesori malah ianya pelengkap gaya dalam semua acara sama ada kasual, formal mahupun ketika bersukan. Didatangkan dengan 3 warna menarik seperti merah jambu, gold dan ungu. Qiss pilih warna merah jambu kerana ianya warna lambang kepada kelembutan dan kewanitaan serta senang nak suai padan dengan warna baju.

Jam tangan pintar Kieslect Lady Calling Watch Lora ini boleh dihubungkan kepada aplikasi Glory Fit (boleh dimuat turun dari Google Play ataupun Apple Store) dan kita boleh set jam, kalkulator dan juga boleh mainkan muzik setelah berhubung dengan telefon pintar.

Jam tangan pintar ini didatangkan dengan Fadeless Aluminum Case, dengan reka bentuk aloi aluminium yang tahan lasak dan dengan cirinya tak akan pudar menjadikannya ianya aksesori yang cantik dan estetik.

Qiss suka pakai jam ni sebab mudah dan sangat praktikal. Dengan nak dukung bayi, mana sempat nak pakai jam tali biasa tu kan. Quick Release Magnetic Strap, sangat memudahkan Qiss untuk pakai jam ni dan Qiss boleh tukar-tukar tali jam mengikut kesukaan dan kesesuaian pakaian.

Di dalam kotak ini juga ada satu extra tali jam yang berwarna silver.  Sangat mudah untuk dipasang dan ditanggalkan. 

Kieslect Lady Calling Watch Lora juga menawarkan paparan 3D yang cukup luas berwarna-warni (3D Full View Colorful Display). Sekaligus memberikan pandangan yang cukup jelas pada segala maklumat yang dipaparkan di antaramuka jam tangan pintar ini.

Jadi kita tidak perlulah membelek lama untuk membaca segala apa yang dipaparkan. Bagi Qiss sendiri cukup teruja melihat pada paparan 3D yang berwarna-warni kerana ianya sangat cantik. Ia juga anti-calar tau. 

Jika tiba-tiba ada panggilan atau pesanan ringkas masuk (sms), kita boleh mengangkat panggilan tersebut dalam apa jua keadaan. Ini kerana Kieslect Lady Calling Watch Lora didatangkan bersama sambungan Bluetooth 5.2 yang cukup stabil.  Kita pasti akan dapat mendengar deringan panggilan dan pada masa yang sama hanya tekan di skrin 'pick up calls.' Kita boleh terus boleh berkomunikasi dengan si pemanggil.

Disebabkan sambungan Bluetooth 5.2 yang stabil juga membolehkan kita mendengar dan melayan muzik dari playlist dalam telefon bimbit. Ini kerana dengan ciri-ciri High Definition Music Playlist on Wrist membolehkan kita mendengar muzik dari pergelangan tangan samada ketika sedang berjogging, membaca buku, memandu dan melakukan apa sahaja aktiviti.

Jam tangan pintar Kieslect Lady Calling Watch Lora ini juga sangat menyokong gaya hidup aktif. Ini terbukti dengan adanya 70 mod sukan yang boleh dipilih dan kita boleh dapatkan  bacaan kalori dan kiraan langkah dengan setiap aktiviti yang dilakukan.

Sejak pakai jam ni Qiss tak pernah lupa monitor tahap kesihatan diri. Mujurlah dengan adanya Kieslect Lady Calling Watch Lora, Qiss boleh mengetahui tahap oksigen SpO2, kadar degupan jantung serta pemantauan tidur samada mencukupi ataupun tidak. Untuk info SpO2 merupakan ukuran jumlah oksigen yang dibawa oleh darah anda dengan menunjukkan berapa peratusan maksimum. Bagi individu yang sihat, SpO2 biasa adalah diantara 96% hingga 99%.




Bulan puasa ni tak cukup tidur dengan ada baby lagi.

Istimewa buat wanita, Kieslect Lady Calling Watch Lora didatangkan dengan Female Menstrual Reminder yang boleh mengingatkan anda tentang hari-hari istimewa setiap bulan bagi membolehkan anda lebih bersedia menghadapi hari menstrual.

Untuk menjadikan jam tangan pintar ini lebih mendapat sentuhan peribadi. Anda boleh menukarkan wajah skrin jam anda dengan foto yang anda gemari. Ianya lebih memberi nilai-nilai sentimental kerana anda merupakan pemilik jam tersebut.

Ada banyak lagi ciri-ciri yang menarik, antaranya seperti bulit in games, kalkulator, camera control, weather forecast, alarms, drinking reminder dan pelbagai lagi.

Salah satu fungsi yang menarik perhatian Qiss adalah Find Phone sebabnya Qiss selalu lupa letak handphone kat mana. Melalui aplikasi Glory Fit juga Qiss boleh cari jam Qiss kalau tersalah letak sebab akan berbunyi sampailah Qiss jumpa jam tersebut. Jadi jam ni memang berguna sangat untuk Qiss.


Kieslect Lady Calling Watch Lora didatangkan bersama 2-in-1 Core calling chip yang merupakan cip terhebat yang berada tempat ketiga  di dunia selepas jenama Apple dan Samsung. Dengan cip 2-dalam-1, penggunaan kuasa adalah 30% lebih rendah berbanding cip dwi,yang sangat menjimatkan terutama hayat bateri. Bersama Kieslect Lady Calling Watch Lora kita boleh merasai pengalaman panggilan jam tangan pintar yang pantas, stabil dan cekap tenaga.



@qisstiera Qiss ada jam raya💗💗Jam tangan pintar Kieslect Lady Calling Watch Lora ini boleh dihubungkan kepada aplikasi Glory Fit (boleh dimuat turun dari Google Play ataupun Apple Store) dan kita boleh set jam, kalkulator dan juga boleh mainkan muzik setelah berhubung dengan telefon pintar. Jam tangan pintar ini adalah Fadeless Aluminum Case, dengan reka bentuk aloi aluminium yang tahan lasak dan dengan cirinya tak akan pudar menjadikannya ianya aksesori yang cantik dan estetik. Qiss suka pakai jam ni sebab mudah dan sangat praktikal. Dengan nak dukung bayi, mana sempat nak pakai jam tali biasa tu kan. Quick Release Magnetic Strap, sangat memudahkan Qiss untuk pakai jam ni dan Qiss boleh tukar-tukar tali jam mengikut kesukaan dan kesesuaian pakaian. Ada berita baik untuk semua. Bagi pembeli Kieslect Lora, korang boleh dapatkan diskaun RM5 dengan masukkan kod ni: KIESLORA Kieslect Official Platform Jualan: Shopee: https://shopee.com.my/kieslect.os Kieslect Official Platform Media Sosial: Facebook: https://www.facebook.com/Kieslect.MY Instagram: https://www.instagram.com/kieslect_malaysia/ Twitter: https://twitter.com/KieslectMY Lemon8: https://s.lemon8-app.com/s/NskchjxQQR TikTok: https://www.tiktok.com/@kieslectmalaysia #kieslect #kieslectmy #thecover #kieslectmalaysia #smartwatch #fashionsmartwatch ♬ Sunrise - Official Sound Studio


Serba Ringkas Tentang Kieslect

Kieslect, jenama yang mula diperkenalkan pada tahun 2017 telah memasuki 5,000 pasaran runcit di lebih 60 negara. Sehingga kini jenama Kieslect telahpun bekerjasama dengan penyedia teknologi bebas wayar (wayarless) terkemuka bagi menerajui dunia baharu peranti dalam jam tangan pintar yang berkualiti dan juga bersama reka bentuk yang elegan. Tidak hairanlah semua produk dibawah jenama Kieslect diperakui oleh CE, RoHS, FCC dan UKCA.

Sebagai jenama terkemuka dalam dunia jam tangan pintar Kieslect dapat memenuhi citarasa pengguna dengan menawarkan jam tangan pintar yang ada gaya  dengan pelbagai fungsi. Kieslect sentiasa memberi penekanan kepada  kualiti, utiliti serta reka bentuk  dan tidak hairanlah jenama ini telahpun mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Pelbagai siri kejayaan telah diraikan. Antarnya seperti Red Dot Design Award, iF Design Award dan German Design Award. Rekaan menarik ini telahpun menambat ramai pengguna jam tangan pintar dari Kieslect.

Sebagai jenama terkemuka dalam dunia jam tangan pintar Kieslect dapat memenuhi citarasa pengguna dengan menawarkan jam tangan pintar yang ada gaya  dengan pelbagai fungsi. Kieslect sentiasa memberi penekanan kepada  kualiti, utiliti serta reka bentuk  dan tidak hairanlah jenama ini telahpun mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Pelbagai siri kejayaan telah diraikan. Antarnya seperti Red Dot Design Award, iF Design Award dan German Design Award. Rekaan menarik ini telahpun menambat ramai pengguna jam tangan pintar dari Kieslect.

Jom Dapatkan Kieslect Lady Calling Watch Lora

Ada berita baik untuk semua. Bagi pembeli Kieslect Lady Calling Watch Lora, korang boleh dapatkan diskaun RM5 dengan masukkan kod ni: KIESLORA

Siapa cepat dia dapat ya ❤️


Kieslect Official Platform Jualan:

Shopee: https://shopee.com.my/kieslect.os


Kieslect Official Platform Media Sosial:

Facebook: https://www.facebook.com/Kieslect.MY

Instagram: https://www.instagram.com/kieslect_malaysia/

Twitter: https://twitter.com/KieslectMY

Lemon8: https://s.lemon8-app.com/s/NskchjxQQR

TikTok: https://www.tiktok.com/@kieslectmalaysia


*Untuk jaminan dan kepuasan pelanggan , KIESLECT menawarkan  jaminan gantian selama setahun. Dalam tempoh satu tahun pembelian, pelanggan boleh menukar mana-mana produk yang rosak (tidak termasuk aksesori) dengan unit yang serba baharu. Walau bagaimanapun, ianya bergantung sekirang  produk tersebut rosak kerana kesilapan pengguna maka KIESLECT berhak untuk tidak menggantikannya

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com