Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

28 November 2023

AEON (AFP) 2023 Edisi November Tampilkan Pakaian Jalanan Anime, Masa Depan Denim Dan Busana Perayaan Merentas Generasi

Pratonton fesyen tiga kali setahun anjuran AEON kini kembali dengan menampilkan StevenSunny dalam warna terang serta jalinan kerjasama TARUMT

Pra-tonton Fesyen AEON / AEON Fashion Preview (AFP) yang dinanti-nantikan kini kembali dengan persembahan fesyen trend segar dan bertenaga bagi golongan muda untuk menyerlahkan diri mereka. Edisi November 2023 AFP ini juga menandakan kolaborasi bersama komuniti pelajar yang berpendirian tinggi daripada Universiti Pengurusan & Teknologi Tunku Abdul Rahman (TARUMT). Segmen muda AEON merangka semula tiga tema yang akan menjadi bualan: pakaian anime pakaian jalanan, pakaian denim dan pakaian perayaan. 

SCAR menampilkan rekaan fesyen dan gaya Steven Sunny yang mengangkat fesyen sebagai alat ekspresi kendiri

1. AEON SELECT mengangkat genre Anime ke jalanan

Pakaian jalanan anime muncul sebagai trend yang dominan dengan pantas, memikat peminat fesyen dengan gabungan unik estetika bandar dan motif moden. Di AEON, kalendar 2024 telah disusun untuk mengeluarkan berbilang kapsul kejutan anime daripada Naruto, Spy X Family, Jujutsu Kaisen dan Demon Slayer. Sama ada anime cyberpunk minimalis yang anggun atau warna manga klasik yang terang, koleksi AEON SELECT akan menyasarkan kepada rangkaian getaran yang pelbagai dan menarik.

Dalam meraikan inovasi pereka generasi seterusnya - hubungan unik antara anime dan fesyen untuk ekspresi diri yang bergaya, pelajar fesyen TARUMT dari Fakulti Komunikasi dan Industri Kreatif (FCCI) mengambil bahagian dalam menggayakan semula koleksi Naruto, mengubahnya menjadi cosplay couture, pakaian jalanan grafik dan aksesori berinspirasikan anime. 

Pelajar-pelajar tersebut adalah:

1. Low Yan Yi 

2. Desiree Chang Chai Ling

3. Soom Ken Yin

4. Kavinita a/p Ragunathan

5. Noprena Maria

6. See Yu Yun

7. Chern Yong Xin

8. Nur Aila Aleena Tong

9.Lam Shee Yun

10. Intan Nurlyzana

Mereka diselia dan dibimbing oleh pensyarah-pensyarah mereka iaitu:

11. Siti Nur Syuhada

12. Aizurawaty

2. SCAR Menyahkod Dinamik Denim

Pakaian denim, dahulunya sinonim sebagai pakaian kerja lasak, telah melalui transformasi bertahun lamanya sehingga berkembang menjadi fesyen ruji serba boleh dan abadi yang merentas generasi. Ketahanan dan keselesaan fabrik, yang pada asalnya direka buat ketahanan untuk tugasan berat, telah diberikan nafas ekspresi baharu dalam fesyen kontemporari. 

Inovasi seperti denim regang telah menambah dimensi baharu kepada keselesaan dan kesesuaian, membolehkan pergerakan dinamik tanpa menjejaskan estetika klasik denim. Denim asal yang terkenal dalam bentuk asli dan kelihatan tidak terurus, menarik minat penggemar denim yang mencari corak pemakaian yang lebih diperibadikan dari masa ke semasa. Variasi dalam fabrik denim ini memenuhi pelbagai pilihan, menjadikan denim kekal sebagai pakaian yang wajib ada dalam almari untuk setiap generasi.

3. Pakaian perayaan merupakan pakaian majlis yang paling relevan

Melangkah ke dunia di mana pakaian perayaan menjadi ekspresi kegembiraan dan keperibadian rentas generasi di setiap majlis. Fesyen ini merevolusikan gaya perayaan tradisional yang melangkaui batasan usia, menerima daya tarikan rentas generasi yang menggamit golongan muda dan yang berjiwa muda. Musim ini di AEON, banyak jenama menampilkan koleksi yang mencerminkan semangat inklusif, menawarkan aneka gaya yang memenuhi cita rasa dan pilihan yang pelbagai, sama ada cetakan grafik yang meriah, keanggunan abadi labuci, atau keselesaan siluet yang berbeza. Jenama-jenama seperti ARCADIA, innerCasual, ti:zed, SCAR, Guys’ Vision, Kids Republic, dan M untuk golongan ibu; melangkaui jurang generasi untuk memanggil individu dari semua peringkat umur untuk menikmati kegembiraan perayaan.


Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Malaysia, Low Ngai Yuen berkata semasa melancarkan Pra-tonton ini, "Edisi AFP ini menegaskan bahawa fesyen tidak lagi harus terhad kepada piawaian yang sempit. AEON telah lama menerima kepelbagaian bentuk badan, saiz, etnik, jantina dan kebolehan. Kami mengutamakan saiz yang inklusif, pakaian yang boleh disesuaikan, dan pilihan mampu milik tetapi bergaya. Fesyen kini merupakan platform sebagai ekspresi diri yang berinteraksi kepada orang ramai daripada semua lapisan masyarakat. Inilah bertepatan dalam kerjasama kami bersama Steven Sunny - #ownwhatyouwear adalah pergerakan yang dicetuskan oleh AEON sejak tahun lalu dengan kurator gaya yang luar biasa dan ikonik. Kami komited kepada kepercayaan kami bahawa fesyen mesti mencerminkan kepelbagaian keseluruhan manusia. Kami percaya bahawa setiap orang berhak berasa yakin dan menyatakan identiti mereka melalui pakaian, dan AEON berusaha untuk menjadikan fesyen bukan sahaja mencerminkan masyarakat, bahkan sebagai pemangkin kepada perubahan positif. Trend bukanlah tentang keterangkuman dan kebolehcapaian; ia adalah unjuran industri fesyen yang lebih menyayangi dan representatif."

Untuk musim ini, SCAR menampilkan rekaan fesyen dan gaya Steven Sunny yang mengangkat fesyen sebagai alat ekspresi kendiri. Dengan mengkhusus kepada potongan berani dan warna-warni pada kain kapas 100%, ia melaungkan cabaran agar kekal yakin dan menggayakan #ownwhatyouwear. Dengan memahami kecenderungan peribadi, kepekaan Steven Sunny terhadap gaya juga membawakan kebolehan luar biasa untuk sentiasa berani menampilkan rupa yang berlainan untuk membawakan gaya baharu untuk diri.

“Fesyen teguh sebagai kuasa yang memerdekakan, memperkasakan individu agar menerima diri mereka yang sebenar. Marilah bersama AEON meraikannya!” sambung Low Ngai Yuen sambil memperkenalkan Steven Sunny.

Selaras dengan komitmen AEON kepada Sasaran 8 dan 15 Sasaran Pembangunan Kelestarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, yang bertumpu kepada menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif terhadap kelestarian pembangunan, menyediakan laluan kepada keadilan, serta membina institusi yang cekap, bertanggungjawab dan inklusif, pra-tonton fesyen ini juga memastikan arus kepada fesyen di samping menggalakkan kelestarian.




Beberapa jenama eksklusif AEON yang menampikan pilihan tersendiri:

● innercasual (iC): 

Mengutamakan kualiti tertinggi dan lestari, merangkumi pelbagai saiz dan kumpulan umur. Pilih daripada tiga gaya yang berbeza - ActiveWear, PeaceFit dengan teknologi inovatif, dan rangkaian fesyen Sustainable.

● SCAR: 

Perkasakan gaya peribadi anda dengan tawaran unik Scar, termasuk ‘tie-dye’, lapisan ‘crop flutter’, dan pemperibadian teliti.

● Puteri: 

Alami gaya bebas dengan rangkaian sopan Puteri, termasuk pakaian renang Muslimah yang dipadankan dengan pakaian luaran sifon yang bergaya.

● PlusCollection: 

Raikan keindahan setiap saiz dengan nilai teras jenama ini.

● Arcadia: 

Gaya yang malar kini hidup dengan Arcadia, menawarkan pakaian linen, seluar, dan tona warna tanah dengan ketelitian sulaman yang mewah.

● M: 

Dapatkan pakaian yang selesa semasa mengandung dengan reka bentuk fabrik ringan M yang bebas kedutan, termasuk baju, pakaian dan skirt yang mesra untuk menyusu si manja.

● ti:zed: 

Antara pakaian yang mesti dimiliki sama ada lelaki atau wanita, termasuk ‘hoodie’ bergaya, baju panas, dan kemeja serta dres kapas dengan cetakan grafik.

● Guys’ Vision: 

Terokai pakaian kasual lelaki yang direka untuk pemakaian yang lebih tahan, mudah dijaga, dan Discover men's casualwear designed for long-lasting wearability, easy-care, dan peragaan klasik yang sesuai dipadankan dengan apa jua gaya.

AEON (AFP) 2023 Edisi November Tampilkan Pakaian Jalanan Anime, Masa Depan Denim Dan Busana Perayaan Merentas Generasi




0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com