Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

17 November 2023

ASMARA Jadi Taruhan Jelly Belly Hangatkan Industri Hiburan

 Bintang Tiktok Popular Muncul Dengan Single Sulung Berentak Balada Pop Ciptaan Sharon Paul

Bintang TikTok popular, bersifat dermawan dan sering berperwatakan ‘happy-go-lucky’, Jelly Belly muncul dengan single sulung berjudul ‘ASMARA’ ciptaan komposer terkenal dan berpengalaman, Sharon Paul dan diterbitkan oleh Bertuah Business.

Jelly Belly

“Alhamdulillah, ibarat mimpi menjadi kenyataan apabila akhirnya saya mempunyai single sendiri. Tiada yang mustahil jika kita betul-betul mempunyai impian dan bekerja keras demi mencapainya,” kongsi pemilik nama sebenar, Abdul Jalil Ikram A. Hamid, 33.

Single berona galau dalam nuansa balada pop ini menceritakan tentang perasaan cinta yang mendalam terhadap seseorang yang dikasihinya tetapi kekasih hatinya telah pun berubah hati, namun masih lagi mengharapkan kasih tersebut berulang kembali. Jikalau pendengar semua amati, bait liriknya sangat meruntun jiwa hati seorang kekasih yang meronta-ronta meminta untuk kembali, ditambah pula dengan kelunakan suara Jelly Belly yang ‘serak-serak basah’ seakan-akan penyanyi terkenal Indonesia, Chakra Khan.  

Di kalangan pengguna TikTok, nama Jelly Belly bukanlah sesuatu yang asing, dia sering memuat naik konten-konten berupa kemanusiaan dengan berkongsi rezeki bersama peniaga-peniaga kecil dan menghulurkan bantuan buat mereka yang memerlukan.

“Saya hanya mahu berkongsi rezeki kerana ramai di luar sana yang memerlukan pertolongan, walaupun tidak banyak namun sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mereka, dan semoga menjadi teladan serta inspirasi buat mereka di luar sana agar sifat yang murni ini menjadi ikutan,” kata Jelly Belly.

Selain bersifat dermawan, Jelly Belly sebenarnya mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyanyian, banyak pertandingan nyanyian yang telah disertainya dan memenangi tempat pertama. Perjalanan seninya bermula ketika menyertai pertandingan pencarian bakat Asia’s Got Talent 2018 mewakili Malaysia.

Jelly Belly kini mengorak setapak lagi sebagai seorang penyanyi profesional dengan terlahirnya single ASMARA ini, dan semoga kerja-kerja kebajikan yang dilakukannya semakin berkembang dan lebih banyak lagi pertolongan yang dapat dihulurkan.

Akhiri Jelly Belly: “Semoga single ini dapat membuktikan bahawa Jelly Belly bukanlah hanya seorang ‘content creator’ semata-mata tetapi mampu juga menyanyi dengan baik. Saya berharap agar lagu ASMARA dapat diterima ramai dan nantikan karya-karya saya yang seterusnya.

Lagu ASMARA boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Lirik Lagu ASMARA

Artis : Jelly Belly

Penulis Lirik : Fedtri Yahya dan Afzad Bae (Musicwerks Studio Pub.)

Aku dibelenggu

Keegoan dirimu

Janji untuk setia

T’lah membinasakan ku


Bagai bayang-bayang

Kasihmu tak terucap

Tenggelamlah aku 

mengharapkan cintamu


Terpaku tak bermaya

Di dalam kamar hati

Dengan mudah berubah

Kata-kata janjimu


Hanya ku pinta darimu

Ikhlas setia selalu

Usah biarkan mimpi indah

Punah tak bernisan


Tak ingin pendamkan segalanya 

Dengarlah nada asmara cinta untukmu…


Mimpi asmaraku..


Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube Werkit Records.

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com