Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

19 March 2020

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Assalamualaikum dan hai,

Hari ni Qiss nak kongsikan tempat-tempat menarik di Jelebu, Negeri Sembilan. Bagi yang belum pernah ke Taman Negeri Kenaboi boleh baca entri Qiss yang ni Keunikan Taman Negeri Kenaboi Negeri Sembilan

Jeram Toi

Destinasi hujung minggu bersama keluarga pasti lebih meriangkan jika dapat sama-sama berkelah sambil mandi-manda di air terjun Jeram Toi. Terletak 12 kilometer dari Jelebu. Banyak kemudahan ada di sini seperti tempat parking, surau dan tandas.

Ni tingkat paling bawah Jeram Toi

Di bahagian bawah ada kolam dan air terjun yang cantik dan sesuai bagi anda berkelah. Sekiranya inginkan cabaran, anda boleh naik ke bahagian atas Jeram Toi yang sememangnya mempunyai 7 tingkat ni.

Ada tempat untuk berehat dan air sungai yang cetek untuk kanak-kanak mandi di sini

Kampung Orang Asli Kg. Tohor


Tarian sewang menyambut tetamu ditarikan oleh anak-anak Orang Asli Kg Tohor dan tetamu disambut dengan meriah.

Bersama anak orang Asli yang menari tarian sewang
Para tetamu yang berkunjung boleh turut sama menari



Sempat juga Qiss lihat demonstrasi adat perkahwinan Orang Asli kat sini. Mudah dan murah. Hadiah untuk seorang pengantin perempuan berupa cincin dan gelang yang diperbuat daripada rotan. Mas kahwin pula RM5.50 sahaja.



Setelah itu Qiss dapat melihat kepelbagaian hasil hutan dan akar kayu yang digunakan oleh Orang Asli untuk menghasilkan herba sebagai pengganti ubat dan sebagai penambah tenaga. Ada juga hasil hutan yang dijadikan kraftangan seperti bakul dan gelang.

Antara hasil hutan yang dipamerkan dan dijual

Bakul rotan turut dijual di sini

Gelang yang dibuat daripada rotan

Ubi kayu dan ubi keledek

Sebelum balik bolehlah kita cuba menyumpit. Pengalaman yang baru untuk anda yang tak pernah mencuba sumpit.




Kaedah menyumpit ini digunakan ketika berburu bagi mendapatkan makanan.



Kampung Gagu - Rumah Minangkabau dan Makan Tengah Hari di Lapau Mak Mok

Rumah Minangkabau terkenal di Negeri Sembilan kerana reka bentuk bumbungnya yang kelihatan seperti tanduk kerbau. Besar juga bahagian dalam rumah minangkabau ni. Ada beranda, ruang tamu dan ruang untuk wanita dibahagian atas. Ruang khas wanita ini digunakan ketika adanya tetamu yang datang merisik ataupun meminang anak dara tuan rumah. Bila duduk di atas makanya lebih manis dan tidak menjadi bualan orang yang datang. Begitulah adat zaman dahulu.

Dari kiri Doyzkie Media Filipina, Influencer Kelly, Qiss dan Megumi, Media Jepun




Rumah ini merupakan rumah warisan Tan Sri Dr Rais Yatim, Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan. Jadi Qiss dapat juga melihat sedikit sebanyak barangan antik yang sukar dijumpai pada zaman ni.


Cantik pemandangan di sekitar rumah ini sebab ada kolam yang dipenuhi ikan dan juga sawah yang menghijau.


Bila dah berjalan tu, perut jadi lapar kan. Kita singgah makan di Lapau Mak Mok. Gerai ini menghidangkan lauk-pauk yang terkenal di Negeri Sembilan.



Muzium Adat

Terletak di pekan Jelebu, muzium ini mempamerkan barangan serta kepelbagaian adat yang ada di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Salasilah Di Raja, Adat Perpatih, Adat Pertunangan, barangan yang diperlukan ketika upacara adat istiadat turut ada di sini.

Melenggang perut

Akad nikah


Baru tahu tanjak ni banyak jenis ikut negeri


Alat muzik turut dipamerkan
Qiss sempat mencuba memakai pakaian tradisional Ibu Soko yang juga dikenali sebagai perempuan tertua dalam ruang, rumpun, perut atau suku yang tahu, faham dan hafal tentang adat dan asal usul kelompok kekeluargaan yang diwakilinya.


Ibu Soko ni terlibat secara langsung dalam pemilihan dan pelantikan ketua adat. Juga dikenali sebagai ibu waris atau ibu telapak.


Qiss sebagai Ibu Soko, Zandra Pengantin Perempuan, Zharif Pengantin Lelaki dan Zulhilmi Hulubalang

Berkenan tengok baju pengantin Minangkabau ni. Qiss berdarah Minang juga, pernah la berangan nak pakai baju pengantin macam ni. Jangan tak tahu, Muzium Adat turut menyediakan perkhidmatan menyewa pakaian tradisional ni tau. Kalau dah sampai sini kenalah cuba pakai.

Pakaian tradisional Negeri Sembilan

Di hadapan muzium, Qiss minum petang. Dihidangkan dengan Sate Tulang, Apam Johol dan Air Janda Pulang memang sedap dan hilang dahaga terus. Makanan ni wajib anda cuba kalau ke Negeri Sembilan.

Sate Tulang Ayam

Apam Johol

Malam Kebudayaan di Palm Hotel Seremban

Salah satu tempat penginapan yang menyediakan dewan serba lengkap dan menjadi pilihan orang Negeri Sembilan untuk membuat majlis makan malam.


Majlis Penutup Program #Back2Nature Perkampungan Media Tempatan Dan Luar Negara Siri 1 telah diadakan di sini.



Dengan tema flora dan fauna semua peserta berpakaian cantik dan mengikut tema. Tahniah kepada Kak Ayu dan Zulhilmi sebab menang kategori Lelaki dan Perempuan baju tercantik.


Setinggi-tinggi penghargaan dari pihak Qisstiera.com kepada Nadi Skill SB yang telah menganjurkan program kembali kepada fitrah ni. Ye, Qiss dah lama tak meredah sungai sejak-sejak duduk bandar ni. Terima kasih Mommy / Kak Puteri dan  team. Terima kasih Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dan Jabatan Pelancongan Negeri Sembilan.


Semoga lebih ramai orang tahu kewujudan tempat-tempat macam ni.

Bagi anda yang nak tengok gambar-gambar Qiss sepanjang program #Back2Nature boleh buat carian # atau tanda pagar ni di Instagram dan Facebook.
#Back2Nature
#HutanKitaNadiKita
#JPNNS
#DiscoverJelobu
#VM2020
#VisitMalaysia2020
#TamanNegeriKenaboi
#JeramBerungut
#LataKijang
#JeramToi
#TakeMeAnywhere

Gambar-gambar adalah dari Zandra, Zulhilmi, Zharif, Fareez, Fadzil, Pocket Production dan lain-lain. Terima kasih semua.
Untuk maklumat lanjut mengenai pakej dan pelbagai aktiviti menarik kat Taman Negeri Kenaboi Negeri Sembilan ni, boleh layari:

Laman web Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan: 

Laman facebook: 

Instagram: 

18 comments:

  1. is it weird if i've never been there?

    ReplyDelete
  2. Izin ku ambil satu foto untuk ku sisipkan di blog aku yaaa.
    Akan ku cantumkan sumbernya dari blog ini :v

    ReplyDelete
  3. wah.back to nature. menarik ni, qiss.
    asben aida gemar la if ada aktiviti luar gini.
    jelebu. aida tak pernah ke sana for apa2 tujuan.
    in shaa Allah lepas ni tau la nak ke jelebu utk apa :)

    ReplyDelete
  4. menarik. pengalaman di negara sendiri pun banyaak kan utk explore..

    ReplyDelete
  5. Menariknyaa...tak pernah tau kat Negeri Sembilan tu ada tempat dan suasana nyaman macam ni. Dan perkampungannya pun mesra alam yaa..boleh nanti plan dengan kawan-kawan ke sini..

    ReplyDelete
  6. Sempat lagi pakai baju tradisional..bestnye dpt pergi trip nie..lebih2 lagi yg bersangkutan dengan nature

    ReplyDelete
  7. Weiii bestnya Qiss. Ya allah sangat la sedap makanan korang tu kan. Hahaha. Akak scroll tengok food tu. Nanti nak plan la ke muzium kat Negeri Sembilan. Menarik juga ambil tahu pasal adat ni.

    ReplyDelete
  8. Banyak rupanya tempat menarik di Jelebu Negeri sembilan ni. Baru iena tau. terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  9. Nampak meriah betul trip nie. Sukalah ada trip yang mendedahkn kita dengan budaya dan tradisi. Banyak benda belajar dari trip nie

    ReplyDelete
  10. Bagus dapat tahu n belajar adat2 sesebuah negeri. Sis org negeri pun tak byk tahu ttg adat sana. Sis pun tak tahu masih ada org asli disana..haishhh kena balik kg selalu le ni nampaknya

    ReplyDelete
  11. wahhh meriah dan seronok ye berjalan ke N9. Mas kahwin tu murah betul RM5.50 je. Kalau Bella memang suka sgt nak cuba pakaian tradisi tu.

    ReplyDelete
  12. Ayu tu memang selalu betul memang kalau ada event2 gini.. syok lah tengok gambar2 trip korang , meriah dengan bermacam2 aktiviti best!

    ReplyDelete
  13. lepas covid ni mesti ramai yang mencari aktiviti begini. memang menarik thanks info ya

    ReplyDelete
  14. Jom buat trip ke sana selepas Covid selesai. Banyak tempat yang boleh dilawat dan belajar perkara baru mengenai masyarakat Malaysia kan

    ReplyDelete
  15. Kalau pergi Jelebu kan memang Jeram Toi tuh dah pernah perfi. Best mandi kat situ. Yang lain belum sampai lagi walaupun Jelebu tu dekat saja dengan Seremban.

    ReplyDelete
  16. Banyak tempat menarik rupanya di Jelebu ni. Tak pernah lagi sampai ke sana. Cantikla qiss kenakan baju tradisional ibu sako tu. Macam gadis melayu terakhir tau hehe.

    ReplyDelete
  17. tak pernah lagi ke jelebu ni. in shaa Allah lepas ni dah tau dah apa yg menarik bolehlah pergi sana :)

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com