Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

26 April 2018

Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Hai semua..

Qis dah lama ada masalah ni sehinggalah Qiss dapat satu penyelesaian dari Premier Clinic.

Masalah yang Qiss hadapi ialah bulu roma halus atas bibir yang lebat dan sangat kelihatan. So Qiss pun rasa rendah diri dan Qiss pernah kena ejek disebabkan bulu atas bibir ni je. Hati Qiss tak kental. Balik rumah nangis guling-guling.
Qiss beranikan diri buat survey dan tanya rakan-rakan. Dorang cerita tentang rawatan Laser Hair Removal. Setelah ditimbang tara, Qiss pilih untuk menjalani rawatan ni. Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan. Orang kata Beauty is Pain. Ohh tidak.! Kalau boleh taknak langsung rasa sakit.

Bersama Dr. Nigel

Dalam banyak-banyak klinik kecantikan, Qiss pilih Premier Clinic sebab kemudahan peralatan yang moden dan berdekatan dengan pengangkutan awam. Temujanji pertama  Qiss buat dengan Primier Clinic adalah dalam bulan April jugak. Qiss pilih cawangan KL City sebab senang nak datang. Qiss naik lrt je. Turun stesen Ampang Park. Jalan sikit dah sampai klinik. Mudah je nak cari sebenarnya.
Bila dah buat temujanji, nama dan jenis rawatan yang Qiss nak buat dah siap dorang catat. Cuma nak confirm kan dengan IC je. Yang lain-lain dah setel.

Dr. Nigel menerangkan cara-cara rawatan laser

Sebelum buat rawatan, Qiss berbincang dengan Dr. Nigel tentang rawatan Laser ni dan minta pandangan dari Dr. Dr. Nigel turut menerangkan bagaimana laser ini berfungsi membuang bulu halus dari kulit kita.

Fokus pada kawasan rawatan

Qiss masuk bilik rawatan dan disapukan krim bius disekitar bibir dan krim tu dibiarkan selama setengah jam. Selepas tu Dr. Nigel masuk untuk rawatan. Time tu Qiss dah Seram dah. Risau kalau-kalau rawatan laser ni menyakitkan tetapi naib baik, Qiss langsung tak rasa sakit sebab dah kena bius awal-awal cuma rasa panas sikit masa laser tu kena kulit.
sedikit penerangan sebelum memulakan rawatan

Rawatan laser ni dalam setengah jam je. Bergantung pada kawasan yang kita nak buang bulu tu. Disebabkan kawasan atas bibir tidak besar dan tidak banyak bulu halus tu jadi masa yang diambil untuk rawatan ni tak lama sangat.



Kelebihan rawatan ini

Tiada lagi ketidakselesaan. Betul. Kalau bulu-bulu halus ni masih ada atas bibir mesti Qiss tak selesa bila orang pandang Qiss lama-lama.

Tiada lagi bulu yang tumbuh secara kasar. Selepas rawatan bulu yang tumbuh berkurangan dan lebih halus.

Tiada lagi kesan iritasi dan jangkitan pada kulit seperti jika kita menggunakan cara biasa iaitu mencukur, mencabut dan waxing. Dengan penggunaan laser ni, kita dapat mengurangkan kesan iritasi dan jangkitan kulit tau.

Cepat dan efisyen. Dalam masa setengah jam rawatan dah habis dan kita boleh nampak kesan pada kulit kita.


Tawaran istimewa untuk semua yang berminat untuk menjalani rawatan di Premier Clinic ni. Korang boleh je sebut nama blog www.qisstiera.com ataupun Nama Qiss – Balqis semasa temujanji.


Antara rawatan lain yang disediakan oleh Premier Clinic ialah

  1. Hydrapeel 
  • PRP  
  • Laser   : carbon pigment QSwitch whitening 
  • Hair removal laser  
  • Fotona facelift 4Dc
  • Clatuu slimming for tummy  
  • Hair PRP  
  • Oxygen Infusion  
  • Snoring Laser  
  • PRP for knee injection  
  • Laser Peels for Scars Fine Lines + Wrinkles  
  • Laser for skin tightening  
  • Laser for body sculpting


Senarai cawangan Premier Clinic

TTDI:

31,Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000, Kuala Lumpur.

BANGSAR:

40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100, Kuala Lumpur.
PUCHONG:

G-15, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor

KL CITY:

A-0-8 Megan Avenue 1 , 189 Jalan Tun Razak , 50400 Kuala Lumpur
General Contact Details : +6012-6625552




Instagram: premier_clinic





Dr Kee Yong Seng: http://www.KLaesthetic.com


2 comments:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com