Friday, March 16, 2018

REVIEW: HOTEL DE ART I-CITY SHAH ALAM

Hai semua..

Atas sebab beberapa urusan, Qiss kena ke Shah Alam. Dalam banyak-banyak hotel, Qiss pilih untuk menginap di Hotel De Art yang terletak di I-City, Shah Alam. Dikenali dengan konsep hotel butik yang penuh dengan elemen seni, Hotel De Art kini melangkah setapak lagi dengan pembukaan cawangan ketiganya di I-City, Shah Alam.


Selepas beroperasi hampir lapan tahun di Hotel De Art Seksyen 7, Hotel De Art melebarkan sayapnya dengan pembukaan cawangan kedua di Seksyen 19 dan seterusnya memilih I-City sebagai lokasi untuk cawangan ketiga.

Pintu masuk Hotel De Art
Bangunan Hotel De Art

Terletak di Jalan Keluli 7/110, Seksyen 7, Hotel De Art I-City memulakan operasinya pada September 2016. Masih mengekalkan elemen seni dalam konteks yang berbeza, Hotel De Art I-City memilih tema ‘Fantasy Wonderland’ atau ‘Keajaiban Dunia Fantasi’. Lukisan bertemakan ‘wonderland’ sememangnya boleh dilihat di ruang lobi lagi. Lukisan tangan pelukis mural professional pula dipilih melatari keseluruhan dinding ruang lobi.

Ruang lobi

Bar mini yang disuntik konsep industrial juga antara yang menarik perhatian malah ruang ini juga sesuai untuk bersantai mahupun sekadar berbual bersama insan tersayang. Dengan sofa empuk berona laut bersama kilauan batu permata sebagai pelengkap gaya, ia tambah menarik dengan lakaran yang penuh dengan penceritaan.

Bar mini

Sudah menjadi ‘trademark’ Hotel De Art yang menampilkan corak bilik yang berbeza-beza, Hotel De Art I-City juga sememangnya tidak terkecuali. Namun, berbeza dengan konsep sebelumnya, setiap bilik di sini dilukis pelajar-pelajar Uitm dan Unisel. Setiap tingkat diberi nama mengikut jurusan pelajar tersebut. Antaranya tingkat 1 yang dipelopori oleh barisan pelajar jurusan Fine Art Uitm Shah Alam, manakala tingkat dua pula dihiasi dengan deretan lukisan hasil karya pelajar jurusan Grafik di Unisel Shah Alam.

Tempat seterika pakaian

Merangkumi 35 bilik secara keseluruhan, setiap bilik inapan dilengkapi kemudahan asas seperti televisyen berskrin rata, pendingin hawa, bilik air yang lengkap dengan kemudahan tab mandi, rangkaian TV satelit, Wifi dan kemudahan membuat kopi dan teh. Dengan harga serendah RM108 hingga RM298 semalam, Hotel De Art I-City menawarkan beberapa kategori bilik sebagai pilihan buat pengunjung antaranya Art Queen, Art Twin, Art Queen Deluxe, Art Twin Deluxe, Art King Deluxe dan Art Family.


Kamar mandi disertakan dengan tab mandi
Konsep bilik yang moden dan dihiasi lukisan tangan

Pemilihan perabot yang digunakan pula lebih berciri moden dan cukup ringkas. Sesekali konsep industrial digunakan dalam penataan ruang hiasan bilik. Lakaran dinding yang dijadikan titik tumpu seakan bersatu dalam ruang kamar beradu!

Art Soho, Art Studio dan Art Suite adalah antara kategori bilik tambahan yang cuma terdapat di Hotel De Art I-City sahaja. Bilik bagi kategori Art Soho dan Art Studio terletak di tingkat bawah di mana setiap bilik dilakar pelukis mural professional. Konsep ‘naik tangga’ di mana ruang tamu terletak di bawah manakala kamar beradu di tingkat atas amat sesuai bagi pengunjung yang mencari kelainan. Samada menginap bersama keluarga mahupun teman, setiap bilik mampu memuatkan dua hingga empat orang.

Tangga untuk ke ruang tidur


Berkonsepkan ruang tamu di bawah dan ruang tidur di atas

Lebih bercirikan keluarga dan persahabatan, setiap bilik diadaptasi mengikut tema yang berbeza. Antaranya bilik Super Mario, filem animasi kanak-kanak yang bertajuk Up, filem anime Jepun iaitu One Piece, The Hobbit, dan Under The Sea. Lebih istimewa, kelima-lima bilik di tingkat bawah ini dibina menggunakan perabot yang seumpama dengan tema setiap karektor yang diketengahkan.







Menariknya, setiap pelanggan diberi peluang untuk memilih sendiri tema yang berkenan di hati. Setiap gambar bilik boleh dilihat menerusi laman web Hotel De Art sendiri. Sebuah i-pad yang menyediakan pilihan gambar bilik  juga diletakkan di ruang pendaftaran bagi memudahkan pelanggan yang datang secara walk-in untuk melihat sendiri gambaran sebenar bilik inapan di Hotel De Art I-City. Pun begitu, semuanya bergantung kepada ‘1st come 1st serve’.

Dimensi lukisan tangan yang melatari hampir di keseluruhan kawasan Hotel De Art I-City ternyata menggamit tumpuan pengunjung. Ibarat bermalam dalam dunia fantasi, Hotel De Art I-City bukan sahaja menjadi pilihan utama untuk destinasi penginapan malah turut menjadi pilihan mereka yang ingin mengabadikan kenangan menerusi lensa kamera peribadi.



Sebuah dewan seminar yang diberi suntikan seni juga disediakan di tingkat dua. Mainan warna di segenap ruang dewan ternyata memberi kesegaran bahkan menawarkan satu kelainan buat anda yang merancang untuk mengadakan sebarang acara di sini. Mampu menampung sehingga 150 orang dalam satu masa, ruang seminar ini menyediakan keperluan yang lengkap dan selesa untuk sebarang acara mengikut permintaan.


Terletak bersebelahan dengan taman tema I-City Shah Alam, Hotel De Art I-City merupakan lokasi inapan terbaik buat mereka yang inginkan kelainan. Juga terletak tidak jauh dari beberapa lokasi pelancongan popular, Hotel De Art I-City dianggap berada di kedudukan yang cukup strategik. Antaranya  Kompleks Sukan Shah Alam, Extreme Park, Sunway Lagoon Theme Park, Bukit Cahaya Taman Pertanian dan Wet World Shah Alam. Hospital Shah Alam juga terletak cuma beberapa minit dari kawasan hotel.

Tidak ketinggalan lambakan kompleks membeli-belah yang tidak jauh dari kawasan hotel seperti gedung tekstil terbesar Jakel, Kompleks Ole-Ole, SACC Mall, Plaza Alam Sentral, Plaza Shah Alam, Kompleks PKNS, Pusat Konvensyen IDCC, AEON Bukit Raja, AEON Shah Alam, dan Setia City Mall.
Qiss paling suka room service oleh staff Hotel De Art ni. Pagi sebelum check out, mereka hantarkan sarapan pagi berupa Nasi Lemak dan kuih-muih. Dapat juga rasa breakfast on bed.




Kemudahan bilik juga serba lengkap dan apabila kita memerlukan servis dari Hotel De Art, boleh je kita minta dengan receptionist melalui telefon. Kemudahan wifi juga disediakan dan setiap bilik dilengkapi sejadah. Di ruangan lobi juga disediakan surau untuk lelaki.

Seronok dapat merasai sendiri pengalaman di Hotel De Art I-City ni. Banyak dekorasi yang menarik untuk mengambil gambar. Jom tengok gambar-gambar Qiss sekeluarga disini.




Bergambar bersama Puan Alia, PR Manager, Hotel De Art

Untuk maklumat lanjut berkenaan tempahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Hotel De Art:
Layari: http://icity.hoteldeart.com.my

HOTEL DE ART I-CITY,
SHAH ALAM

No. 19, Jalan Keluli 7/110, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
+60 3-5880 5588
info-icity@hoteldeart.com.my

11 comments:

  1. wahhh
    seronoknya dapat stay dekat hotel nih
    lawa dekorasi hotel nih

    ReplyDelete
  2. Sally pernah nak tido kat sini sebab nak g exam..tapi xjadi pulak..hahaha

    ReplyDelete
  3. Cntikla... Rasa xnak balek klo dah stay

    ReplyDelete
  4. Tak sabarnyaa nak check in sini :)

    ReplyDelete
  5. Wah cantik sangat.. Kanak2 msti suka hotel ni

    ReplyDelete
  6. Huda pun pernah stay sini last month. Memang best hotel de art i city ni. Cantik sangat , tak puas bergambar kat semua dinding. Hehe.

    ReplyDelete
  7. Cantiknya deko.. kalau pg Shah Ala mmg nak stay kat sini la..

    ReplyDelete
  8. STILL NOW, CIKZA MASIH TAK BOLEH NAK MOVE ON HEHEHEHEH

    https://www.cikza.com/2018/05/de-art-usj-selangor-memang-terbaik/

    ReplyDelete
  9. Siap breakfast ke.. bagus la.. hotel pon cntik...

    ReplyDelete
  10. boleh tahan best jugak bilik kt i-city ni ye.. seronok kan bawak family stay sesama..

    ReplyDelete

Shawarma Restaurant l Hidangan Makanan Arab Terbaik di Taman Connaught

Hai semua, apa plan korang minggu ni? Qiss macam biasa menziarah sanak saudara. Kebetulan ramai sedara mara Qiss duduk area Cheras jadi Qiss...