Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

24 February 2021

Adakah Kitsui Bahaya? Ikuti Pengalaman Qiss Minum Kitsui Belloss Fiber dan Kitsui Korean Whitie + Plus Tomato

Assalamualaikum dan hai semua,

Bagi pembaca yang mengikuti Qiss di laman sosial, Qiss memang ada ambil minuman tambahan untuk kesihatan. Bermula pada raya lepas bila terlampau banyak makan tapi Qiss sukar nak membuang dan Qiss jenis sukar nak telan sayur dalam masakan.

Bagi mengatasi masalah ini, Qiss minum minuman Kitsui Belloss Fiber. Kitsui Belloss Fiber ini diperbuat daripada sayuran dan buah-buahan. 

Kandungan:

Nanas, Epal, Kiwi, Passion Fruit, Lemon, Pear, Bayam, Timun dan Seleri

Kitsui Belloss Fiber

Antara  khasiat Belloss Fiber ialah:

- Melancarkan Pencernaan

Selepas beberapa kali minum, Qiss rasa perut dah tak kembung dan berangin. Selesa sangat lepas dapat lancarkan pencernaan ni.

- Mengurangkan Masalah Sembelit

Paling seronok bila dapat membuang dengan senang. Takdelah duduk lama-lama dalam tandas dan meneran. Betul. Sakit tau kalau susah nak membuang ni. Mujur ada Kitsui Belloss Fiber ni. Kalau Qiss minum sebelum tidur, selalunya Qiss akan terjaga dalam pukul 6 pagi untuk ke tandas. Bergantung juga pada penerimaan badan anda semua. 

- Keluarkan toksin

Lepas dapat membuang dengan selesa barulah Qiss sedar bila lama tak membuang, banyak toksin yang terkumpul dalam badan. Jadi salah satu sebab Qiss suka Kitsui Belloss Fiber ni dapat mengeluarkan toksin dalam badan dan seterusnya membuatkan badan Qiss lebih bertenaga.

Masa Sale hari tu Qiss sempat juga beli Kitsui Korean Whitie + PLUS Tomato.

Banyak juga khasiatnya bagi orang yang berusia 30an ke atas tau. Masa umur 30an macam ni la tanda penuaan mula muncul dan paling menarik tentang Kitsui Korean Whitie + PLUS Tomato ialah bahan utamanya yang mengandungi tomato. Tomato ni la yang berfungsi sebagai anti oksidan yang melindungi kesihatan kulit daripada sinaran matahari dan menghasilkan pro-kolagen yang berfungsi mengekalkan struktur kulit bagi membuatkan individu kelihatan awet muda dan cerah.

Antara bahan kandungan Kitsui Korean Whitie + PLUS Tomato ialah:

Vitamin C

Tomato

Acerolla

Camu Camu


Review Kitsui Korean Whitie + PLUS Tomato

Senang nak sediakan minuman ni sebab bentuk sachet, senang nak bawa ke mana-mana juga. Rasa buah peach yang manis-manis buah.

Kulit wajah lebih bermaya, tidak kusam dan kurang garis-garis halus.

Kitsui Korean Whitie + PLUS Tomato juga membantu menyerap lebihan minyak pada wajah yang menyebabkan jerawat. Bintik hitam pada wajah juga semakin kurang dan pudar disamping mengecilkan liang pori kulit wajah.

Adakah produk Kitsui berbahaya?

Produk ini adalah minuman kesihatan yang hanya membantu mengurangkan gejala dan masalah yang dialami. Tidaklah sepenuhnya menyembuhkan dan kita kena faham tubuh badan kita sebab penerimaan badan terhadap sesuatu produk adalah lain-lain. 

Kalau anda mengamalkan pengambilan Kitsui Korean Whitie + PLUS dan Kitsui Belloss Fiber ni, anda kena banyakkan minum air dan ambil selepas sarapan ataupun sebelum tidur malam.



Bagi Qiss produk ni dapat membantu mengurangkan dan menyelesaikan masalah yang dialami oleh Qiss dan sesuai dengan Qiss. Setakat ni Qiss dapat rasai perubahan sendiri. Bagi yang nak mencuba kedua-dua produk ni boleh dapatkan di Gedung Farmasi dan kecantikan berdekatan ataupun terus buat pembelian di https://kitsui.com.my/










Jom ikuti laman media sosial rasmi Kitsui

Instagram : 

https://instagram.com/kitsuimalaysia

Facebook :

https://www.facebook.com/kitsuimalaysia/

Tik Tok :

https://vt.tiktok.com/ZSJefYjJy/

Shopee : 

https://shopee.com.my/kitsui.my.hq?smtt=0.0.9

Website :

https://kitsui.com.my/

#kitsui 

#kitsuimalaysia

#WatsonsMalaysia

#guardianmy 

#tipskecantikankulit

#kulitsihat

Read More

16 February 2021

Cosmoderm Perfect Balanced Tampilkan Prebiotik dan Calamine

PINK!

Qiss suka barangan warna pink dan baru-baru ini Cosmoderm telah melancarkan rangkaian PERFECT BALANCED yang mengandungi Prebiotik dan Calamine. Paling menarik ialah set rangkaian ni berwarna pink tau.

Cosmoderm yang terkenal dengan produk penjagaan kulit muka yang pelbagai jenis seperti normal, berminyak, kulit kering dan sensitif kini menawarkan prebiotik dan calamine dalam produk terbaru mereka bagi menampilkan wajah berseri serta kulit yang lebih sihat.

Kedua-dua formulasi ini mempunyai banyak manfaatnya yang tersendiri. Prebiotik merupakan bakteria baik yang menyeimbangkan kadar mikrobioma di dalam kulit. Prebiotik juga membantu menghalang pembiakan bakteria jahat yang merosakkan kulit.

Calamine pula adalah campuran zink oksida dan ferik oksida atau zink karbonat. Zink oksida mempunyai sifat antiseptik untuk mengurangkan jangkitan daripada berlaku. Ia juga mempunyai sifat “astringent” yang bermaksud boleh mengecutkan kulit atau tisu kulit. Ferik oksida pula boleh menggurangkan kegatalan. 

Biasanya calamine digunakan utk mengurangkan kegatalan, keradangan cahaya matahari (sunburn), gigitan serangga, ruam chicken pox, kegatalan akibat terkena poison ivy, oak dan banyak lagi. Ia membantu mengurangkan iritasi pada kulit dan juga mengeringkan ruam yang berair.

Terdapat 4 jenis produk dengan 4 langkah untuk rutin harian iaitu:

1. Foaming Cleanser

2. Toning Lotion

3. Soothing Wow Cream

4. SunMilk SPF 25 PA++


Review Cosmoderm PERFECT BALANCED 

1. Foaming Cleanser - Mulakan dengan mencuci muka dengan menggunakan pencuci muka ini. 

Sebelum

Tekstur yang lembut untuk kulit berwarna pink dan baunya wangi

Foaming Cleanser Perfect Balanced

Selepas

2. Toning Lotion - Digunakan sebagai toner dan bila sapukan ke wajah akan berasa sedikit sejuk dan nyaman.



Kulit akan rasa lebih segar.


3. Soothing Wow Cream




4. SunMilk SPF 25 PA++




Selepas pemakaian kesemua set ini, anda akan dapat hasilnya. Macam kulit Qiss memang jenis kombinasi. Bila guna set ni, kulit kering jadi lebih segar dan lembap. 

Produk ni senang diserap ke dalam kulit dan dapat melindungi kulit dari sinaran UV.

Haaa.. boleh ke pakai semuanya sekali. Bagi Qiss boleh je. Tapi kalau anda nak pakai ikut turutan ni pun boleh juga.

Cosmoderm PERFECT BALANCED 


Cara penggunaan:

Siang

Untuk waktu siang, boleh gunakan 1,2 dan 4

1. Foaming Cleanser

2. Toning Lotion

4. SunMilk SPF 25 PA++


Malam

Gunakan rangkaian 1,2 dan 3

1. Foaming Cleanser

2. Toning Lotion

4. Soothing Wow Cream

Rasa nak cuba je kan produk ni. Alhamdulillah produk ni sesuai dengan kulit Qiss. Liang pori pun dah semakin mengecil tau. 

Bagi anda yang nak mencuba produk ni boleh dapatkan di Watsons dan Shopee


#cosmoderm

#cosmodermperfectbalanced 


Read More

11 February 2021

500000 Helai Pelitup Muka Perubatan Diluluskan MDA Untuk Orang Kurang Berkemampuan

Dalam menangani wabak covid-19 ini pelbagai usaha dijalankan oleh orang ramai dan agensi antaranya mengikut SOP yang dijalankan, keluar apabila ada keperluan dan tidak lupa pemakaian pelitup muka dan hand sanitizer. Keperluan pelitup muka masa kini memerlukan kos yang tinggi dan terdapat golongan yang tidak mampu untuk menyediakan pelitup muka buat diri sendiri mahupun keluarga.

Inisiatif oleh Neutrovis dan Himaya ini dilancarkan dalam semangat perayaan Tahun Baru Cina untuk mengurangkan beban anggota-anggota frontliners dan golongan B40. Sumbangan 10,000 kotak pelitup muka perubatan yang diluluskan oleh MDA bernilai RM 350,000.00 ini disumbangkan untuk membantu golongan kurang mampu, komuniti B40, penduduk PPR dan frontliners. 

 


Pengarah Urusan Maystar Beauty Sdn Bhd, pemilik jenama Neutrovis, Zayn Puah, Pengarah Urusan Anggun Kirana Sdn Bhd dan pemilik jenama Himaya, Dato' KK Chua mengunjungi Putrajaya bersama dengan duta jenama Neutrovis, Izzue Islam, untuk memberikan sumbangan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Usaha CSR kami adalah untuk mengurangkan beban rakyat dan frontliner pada masa pandemik ini," kata Zayn Puah. Neutrovis dan Himaya telah berkolaborasi untuk menyumbangkan pelitup muka perubatan yang diluluskan oleh MDA kepada beberapa organisasi amal dan sektor kerajaan untuk lebih membantu usaha membanteras wabak covid-19.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Dr. Hajah Zuraida Binti Kamaruddin, mengucapkan kesyukuran beliau atas inisiatif Neutrovis dan Himaya. “Terima kasih kepada Anggun Kirana dan Maystar Beauty kerana telah menyumbangkan pelitup muka perubatan kepada golongan rakyat yang memerlukannya. Pelitup muka perubatan yang disumbangkan adalah istimewa kerana telah diluluskan oleh Medical Device Authority. Saya harap sumbangan ini dapat membantu penduduk PPR dan golongan B40”, kata YB Datuk Dr. Hajah Zuraida Binti Kamaruddin.

Duta jenama Neutrovis, Izzue Islam juga hadir untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif tersebut. Izzue telah menggunakan suara dan akaun-akaun media sosial beliau untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan rakyat semenjak penularan wabak covid-19.

Sementara itu, Izzue Islam sebagai duta pelitup muka Neutrovis berkata, "Saya memuji usaha murni ini dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan. Bagi saya, di norma baru ini, pelitup muka sangat penting dalam kehidupan seharian. Dalam memerangi wabak ini, pastinya ada golongan yang sangat terkesan dalam pelbagai aspek, jadi saya selalu berpesan pada diri sendiri, jika kita masih mampu berdiri, hulurlah tangan pada mereka yg sedang jatuh. Sama-sama kita lindungi diri dan keluarga tersayang."

Objektif Neutrovis dan Himaya adalah semata-mata untuk membantu kerajaan membanteras penularan wabak covid-19 dengan meringankan beban golongan kurang berkemampuan sambil memainkan peranan mereka sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab secara sosial.

"Dengan semangat Tahun Baru Cina, kami ingin menyampaikan mesej positif dan berkongsi kesejahteraan kami dengan mereka yang memerlukan; kita akan melalui wabak ini bersama-sama. Marilah kita semua mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pemerintah dan menjaga diri kita untuk kesejahteraan bersama negara kita," kata pemilik jenama Himaya, Dato’ KK Chua.

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com