Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

24 December 2021

Raikan Krismas dengan PUBG MOBILE di Sunway Pyramid!

Berpeluang untuk memenangi 100,000 UC!

PUBG MOBILE bakal memberi “Airdrop” kepada para peminat PUBG MOBILE untuk memenangi 100,000 UC dan pelbagai hadiah menarik!

Panggilan untuk semua peminat PUBG MOBILE di seluruh Malaysia! Watak-watak dalam PUBG MOBILE akan membuat penampilan dii Sunway Pyramid, Kuala Lumpur bermula jam 5 petang sehingga 10 malam. Aktiviti ini berlangsung selama tiga hari, iaitu 24,25 dan 26 Disember 2021.

Para peminat PUBG MOBILE boleh bertemu dengan watak-watak kegemaran di dalam PUBG MOBILE secara langsung. Peminat juga boleh mengambil gambar bersama watak-watak PUBG MOBILE lalu muat naik ke laman FB atau IG persendirian dengan tanda pagar seperti #WinnerWinnerHappyNewYear #PUBGMOBILE #PUBGMXChristmas #PUBGMXNewYear #PUBGMXSpiderman dan berpeluang memenangi hadiah menarik dan pelbagai barangan kekal di dalam PUBG MOBILE.

Laman rasmi PUBG MOBILE akan mengumumkan para pemenang yang bertuah pada bulan Januari 2022 nanti.


Lebih menarik, watak terkenal sedunia Spiderman turut membuat penampilan berikutan kerjasama filem Spiderman: No Way Home bersama PUBG Mobile. Jenama makanan ringan Taokaenoi juga disediakan untuk anda merasai kesitimewaannya dan berpeluang untuk mendapat hadiah dalam permainan PUBG Mobile.

Persembahan 'Flash Mob' juga akan diadakan pada 25 Disember di Sunway Pyramid, bermula jam 5 petang sehingga 10 malam, bertempat di Sunway Pyramid (TBD).

Selain itu, kepada semua peminat PUBG MOBILE, anda juga berpeluang untuk berjumpa pencipta kandungan idola dan pemain e-sukan PUBG MOBILE. Mereka akan membuat penampilan semasa Flash Mob di Sunway Pyramid. Jangan lepaskan peluang untuk hadir dan sama-sama memeriahkan sambutan bersama PUBG MOBILE!

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan acara tersebut, sila layari laman sosial PUBG

MOBILE

● Facebook: PUBG MOBILE Malaysia

● Facebook: PUBG MOBILE Esports Malaysia

● YouTube: PUBG MOBILE Malaysia

● Instagram: @pubgmobilemyofficial



About PUBG MOBILE

PUBG MOBILE is based on PLAYERUNKNOWN’S BATTLEGROUNDS, the phenomenon that took the world of interactive entertainment by storm in 2017. Up to 100 players parachute onto a remote island to battle in a winner-takes-all showdown.

Players must locate and scavenge their own weapons, vehicles and supplies, and defeat every player in a visually and tactically rich battleground that forces players into a shrinking play zone. For more information, please visit the official PUBG MOBILE accounts on Facebook, Twitter and YouTube.



Read More

21 December 2021

Permohonan Maaf Terbuka Daripada Aeon Mall Shah Alam

AEON MALL SHAH ALAM telah menyantuni 570 orang pelanggan yang terkandas disebabkan oleh banjir kilat di Shah Alam, Selangor pada 18 Disember 2021. Dalam keadaan yang tidak bersedia serta kekangan tenaga kerja, kami berusaha dengan sebaik mungkin untuk memastikan keselesaan mereka. Terdapat juga 173 kakitangan dan 255 penyewa yang turut terkandas. 


Berdasarkan kepada jadual kerja harian, operasi kami berakhir pada jam 10.00 malam setiap hari. Justeru, itulah maklumat yang diberikan oleh kakitangan kami kepada mereka yang bertanya pada awalnya. Pada ketika itu, boleh dikatakan tiada yang sedar akan situasi sebenar banjir kilat yang berlaku di kawasan Shah Alam dan sekelilingnya.

Selepas itu, apabila menerima lebih banyak pertanyaan, keputusan dibuat dalam jam 9.40 malam untuk membenarkan para pelanggan, kakitangan serta penyewa untuk berlindung di dalam premis sementara menunggu keadaan bertambah pulih. Pada waktu ini, kakitangan kami sedar keadaan adalah bukan seperti banjir kilat biasa. Situasi adalah sangat kritikal di mana banyak jalan-jalan utama telah ditutup, air sungai telah melimpah, paras air di jalanraya yang ditenggelami adalah tinggi sehingga ke beberapa kaki dan sangat merbahaya.

Sehubungan keputusan itu, dengan serta-merta, kakitangan kami terus memaklumkan kepada para pelanggan yang berada di dalam premis dan juga di kawasan parkir kenderaan – di dalam dan di luar premis Mall, yang mereka boleh bermalam di dalam premis. Dengan keadaan yang tidak bersedia, di luar jangkaan serta kekangan tenaga kerja, mungkin ada di antara para pelanggan yang tidak mendapat maklumat tersebut dan telah beredar terlebih dahulu. 


Satu ruang berhawa dingin dengan keluasan 6,400 kaki persegi di Tingkat 3 yang boleh menampung kapasiti untuk 200 orang telah dibuka. Selain dari itu, para pelanggan yang terkandas turut berada di ruang legar untuk berlindung dan terdapat juga yang memilih untuk bermalam di dalam kenderaan masing-masing. 

Bantuan segera turut diberikan seperti air mineral, susu tepung, lampin pakai-buang, roti, air panas, air mineral, tuala, bantal, kain pelikat dan sebagainya dengan keutamaan diberikan kepada mereka dengan bayi dan anak kecil memandangkan kuantiti yang agak terhad. Pakaian turut diberikan kepada mereka yang basah kuyup. 

Kakitangan kami menolak troli dengan barangan bantuan dari tingkat ke tingkat. Dalam keadaan yang kurang terurus, walaupun kami telah cuba sedaya upaya, mungkin ada yang terlepas pandang dan tidak menerima bantuan barangan, terutama mereka yang berada di tempat-tempat terlindung dan di kawasan berjauhan dari kumpulan-kumpulan utama.

Para pelanggan yang bermalam turut menggunakan fasiliti seperti surau, tandas, bilik bayi. Ada yang berbaring di atas lantai seadanya serta sofa dan katil-katil pameran. Kami juga turut memastikan SOP dipatuhi dalam menguruskan situasi tersebut.

Para pelanggan yang terkandas mula beransur meninggalkan premis pada keesokan harinya, Ahad, 20 Disember 2021.

Kami memohon maaf seikhlas hati di atas segala kekurangan dari pihak kami dalam menangani situasi tersebut. Kami ambil maklum akan kelemahan kami dan kami ambil iktibar serta belajar darinya. Kami sedar adalah tidak mudah untuk memuaskan hati semua pihak apatah lagi dengan bilangan yang besar dalam keadaan kami yang tidak bersedia namun begitu, kami akan cuba pertingkatkan keupayaan kakitangan kami. 

Kakitangan kami yang tiada kemahiran atau pengalaman untuk mengendalikan operasi sebegitu tetap berusaha dengan sepenuh hati dalam menghulurkan bantuan. Walau pun penat dan kerisauan memikirkan keluarga masing-masing serta dimarahi dan diherdik oleh sesetengah dari mereka yang kurang sabar, kakitangan kami tetap fokus dalam menyantuni para pelanggan. 

Kepada yang menghargai, kami ucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Sokongan anda merupakan dorongan kepada kami untuk terus memberikan yang terbaik walau di dalam keadaan yang getir. 

Namun kepada yang tidak berpuas hati dan menyatakan secara terbuka di media sosial dengan penggunaan istilah yang agak kurang manis disebabkan oleh ketidakpuasan hati, kemaafan jua yang kami mohon dengan penuh rendah hati. Tiada maksud walau sekelumit untuk membuatkan sesiapa merasa terluka dan kurang dihargai. 

Buah berangan di atas para

Baru dikutip di dalam dusun

Andai kami tersilap cara 

Sepuluh jari ikhlas disusun

Kami turut mendoakan semoga mereka yang terkesan dengan banjir kilat akan dipermudahkan segala urusan oleh yang Yang Maha Esa serta cekal menghadapi dugaan. 

Kami juga sangat bersyukur dan berterima kasih di atas segala usaha, sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh para pelanggan, rakan penyewa serta kakitangan kami –

AEON Warriors. 

Sekian, salam hormat. 

Pihak Pengurusan

AEON MALL SHAH ALAM


#AeonMall telah mengambil pendekatan terbaik bagi membantu mereka yang terkandas dan in merupakan bencana yang tidak dirancang. Sebaiknya kita bersyukur sekurang-kurangnya kita tidak kesejukan diluar sana.

Read More

20 December 2021

The King Of Burgers Has Arrived On ShopeeFood

The King of Burgers is here to greet ShopeeFood users across the Klang Valley as BURGER KING® is now on ShopeeFood. Users will get to enjoy their favourite Mozzarella King, WHOPPER® burgers, Mushroom Swiss, Spicy Chicken Tendercrisp and more from the comfort of their homes and offices by placing their orders via ShopeeFood. 

Founded in 1954 and commenced operations in Malaysia in 1997 at the Sungai Buloh Overhead Bridge, BURGER KING® which is operated by Cosmo Restaurants Sdn Bhd has been serving Malaysians with great and healthy flame-grilled taste burgers for more than two decades.

Goh Yin Yin, Head of Marketing at Burger King Malaysia said, “We are excited to be partnering with ShopeeFood to provide our customers in the Klang Valley area with another delivery option to enjoy our hamburgers, desserts, beverages and sides conveniently wherever they are. Right now, 75 of our outlets can be discovered on ShopeeFood and our fans from Cyberjaya, Kota Damansara, Mutiara Damansara, Puchong, Putrajaya, Shah Alam, Sungai Besi, Sungai Buloh and more can enjoy mouth-watering offers and free delivery on their favourite flame-grilled burgers.”  

Terence Pang, Chief Operating Officer at Shopee said, “We are excited to welcome BURGER KING® to our growing network of food and beverage merchants on ShopeeFood. Having such a loved and established brand partnering with us definitely enhances our service offerings and allows us to better meet the needs of Malaysians.  We look forward to working closely with merchants like BURGER KING® to enable them to reach out to more customers and drive long-term growth while providing attractive promotions and rewards to our users.”     

With the launch of BURGER KING® on ShopeeFood, users can enjoy free delivery and a RM5 discount when they spend a minimum of RM15 on BURGER KING® food and beverages from 20 to 26 December 2021 by claiming the free delivery and discount vouchers on ShopeeFood. 

On top of that, join Shopee and BURGER KING® on the e-commerce platform’s 1.1 New Year Sale from 25 December 2021 to 1 January 2022. Usher in the New Year where fans will be treated to a RM6 cashback with a minimum spend of RM15 when they walk into any BURGER KING® outlet and pay for their meal using ShopeePay on 1 January 2022. 

Read More

16 December 2021

#AEONHARGAJAMIN | Kempen Selamat & Jimat Untuk Para Pelanggan Aeon

Kuala Lumpur, 14 Disember 2021 – AEON CO. (M) BHD. dan AEON BiG (M) SDN. BHD. (AEON) terus melebarkan sayap dalam merealisasikan iltizamnya untuk mengutamakan para pelanggan dengan melancarkan Kempen Selamat & Jimat yang meliputi dua teras bagi memberikan manfaat yang relevan lagi berterusan kepada para pelanggan. 

Dua teras Kempen Selamat & Jimat yang bermula dari sekarang sehingga ke 28 Februari 2022 ialah #AEONHargaJamin dan #AEONJaguhPerlindungan. Ianya dilancarkan oleh Tsutomu Motomura, Timbalan Pengarah Urusan, AEON hari ini.

Encik Tsutomu Motomura, Timbalan Pengarah Urusan, AEON bersama Gogo, maskot myAEON2go

#AEONHargaJamin memberikan perlindungan dan jaminan harga terhadap inflasi. Ianya menyenaraikan lebih daripada 500 barangan keperluan asas merangkumi 45% daripada barangan keperluan harian yang sentiasa dicari para pelanggan setiap kali mereka pergi membeli-belah. Antaranya adalah sayuran seperti Sawi Kecil, Sawi Jepun, Kobis, Iceberg Lettuce, Timun Jepun serta beberapa jenama beras popular seperti Sunwhite, Jasmine, Birds of Paradise dan Sumo Calrose dengan berat timbangan 2kg, 5kg, dan 10kg. Selain itu, minyak masak jenama Buruh, Saji, Knife dan Naturel serta telur ayam segar pelbagai gred turut tersenarai. 

Para pelanggan AEON yang memegang kad keahlian AEON Member Plus akan mendapat lebih penjimatan apabila berbelanja di cawangan-cawangan AEON atau pun secara atas talian kerana kesemua barangan yang tersenarai telah diberikan perlindungan jaminan harga daripada inflasi. 

Para pelanggan yang belum mendaftar sebagai ahli AEON Member Plus juga boleh menikmati keistimewaan ini apabila melakukan pembelian atas talian menerusi myAEON2go.com atau pun menggunakan aplikasi myAEON2go yang boleh dimuat turun dari Apple App Store atau Google Play Store.

Manakala #AEONJaguhPerlindungan pula memaparkan komitmen berterusan AEON dalam menyediakan tahap servis yang terbaik bagi ketenangan fikiran kepada para pelanggan demi pengalaman membeli belah yang menyenangkan di dalam persekitaran yang bersih dan selamat. 

Sehingga hari ini, hampir 98% kakitangan AEON telah mendapat dua dos vaksinasi. AEON juga terus memberikan komitmen penuh dalam memastikan kesejahteraan para pelanggan dengan menjalankan kerja-kerja pembersihan serta sanitasi secara berkala di kawasan-kawasan awam di dalam pusat beli belah AEON. Penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) di cawangan-cawangan AEON juga dijalankan dengan ketat. 

Menurut Tsutomu, “Kami sentiasa berusaha untuk memberikan nilai tambah kepada para pelanggan kerana sedar akan cabaran yang dihadapi oleh rakyat ekoran daripada pandemik.

Kami bersyukur kerana #AEONHargaJamin berjaya dilancarkan untuk membantu meringankan kos harian kehidupan. Kami yakin usaha ini mampu membantu rakyat dalam mengharungi cabaran inflasi. AEON sentiasa komited untuk mengutamakan para pelanggan kami dan dalam pada itu adalah perlu untuk memastikan kelestarian syarikat. Perkara ini sama penting jadi perlu diseimbangkan dengan baik untuk terus maju bersama.” 

“Manakala #AEONJaguhPerlindungan pula memaparkan komitmen berterusan AEON untuk memberikan pengalaman membeli belah yang baik dan menyenangkan kepada para pelanggan dalam suasana yang bersih, selesa dan terkawal. Dalam memastikan kesejahteraan semua, hampir keseluruhan AEON Warriors serta ekosistemnya telah divaksin, kerja-kerja pembersihan dan pembasmian pula diadakan secara berkala di kesemua cawangan AEON. Pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) di setiap cawangan AEON juga dijalankan dengan ketat termasuklah pemeriksaan suhu dan rekod mySejahtera di pintu masuk, pengumuman peringatan tentang SOP dimainkan secara berkala dan cecair pembasmian kuman sentiasa disediakan,” akhiri Tsutomu.

Inisiatif-inisiatif yang dijalankan ini adalah sejajar dengan usaha AEON untuk memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 12 - Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab, yang memberi tumpuan ke arah memastikan corak penggunaan dan pengeluaran yang mampan. Ia juga untuk memastikan penggunaan sumber yang baik, meningkatkan kecekapan tenaga, infrastruktur yang mampan, dan menyediakan akses kepada perkhidmatan asas, kelestarian dan memastikan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua.

Read More

14 December 2021

Siri Teroka Sains Tarik Minat Anak-anak Membaca

Generasi anak hari ini tidak sama macam dulu. Dulu golongan itu rajin baca buku, sekarang dikatakan asyik main gajet.

Ramai ibu bapa hari ini mengeluh di luar sana. Tapi cuba kita fikirkan, benarkah anak hari ini lebih suka main gajet? Atau sebenarnya ibu bapa yang bertanggungjawab memupuk minat membaca bahan bacaan yang menarik?

 

Siri Teroka Sains Tarik Minat Anak-anak Membaca

Bertitik tolak dari itulah pasangan suami isteri, Dr. Wan Fahmi Datuk Wan Mohamad Nazarie dan Dr. Nur Annies Abd Hadi hingga kini sudah menulis empat siri buku Teroka Sains yang berpaksikan ilmu sains.

Pengalaman dan kesempatan terindah menuntut ilmu di peringkat ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti of Edinburgh, United Kingdom (UK) termasuk bertemu saintis hebat mendorong mereka menerbitkan buku bermanfaat dipanggil Teroka Sains.

Dijual dengan harga berpatutan dengan harga RM35 bagi sebuah buku yang mengandungi 150 muka surat bergambar dan berwarna, ternyata percaturan dua saintis hebat yang turut bertindak sebagai penulis buku itu disifatkan berjaya.

Buktinya, setiap siri yang dihasilkan mendapat sambutan dan permintaan hebat hingga 'laku keras'. Hingga kini keempat-empat siri buku itu sudah menarik minat lebih 100,000 golongan kanak-kanak untuk membaca dengan lebih 240,000 naskhah sudah terjual.

“Siri pertama dengan judul Teroka Sains 1: Menerokai Keajaiban Alam Ciptaan Tuhan manakala buku siri kedua yang menfokus kepada alam haiwan bertajuk Teroka Sains 2: Fakta Pelik, Unik & Kelakar Haiwan diterbitkan pada tahun 2019.


Tahun ini kita terbitkan dua siri, tiga dan empat. Siri ketiga diberi judul, Teroka Sains 3: Uniknya Awak yang memaparkan perihal manusia khususnya.

Siri keempat berjudul Teroka Sains 4: Rindunya Nak Travel pula menelusuri fakta dan info sains menarik dari 74 buah negara termasuk negara yang pernah saya dan suami jejaki.

Tajuknya sendiri kena dengan situasi semasa kita sebelum ini apabila tak boleh merentas negara kerana pandemik COVID-19,” kata Dr. Nur Annies yang berkelayakan Ph.D. Epigenetik Bioperubatan.

Pada awalnya pasangan  berkenaan menjangkakan hanya golongan anak saja yang sukakan buku berkenaan. Tapi tersasar kerana keempat-empat buku yang diterbitkan tidak hanya dibaca golongan muda.

“Bayangkan ibu bapa yang belikan untuk anak mereka pun terjebak baca sekali. Malah daripada maklum balas diterima, cara penyampaian selain grafik dan imej buat bacaan itu jadi tak bosan malahan sangat menyeronokkan. Pendek kata boleh leka membaca. Sedar-sedar sudah di helaian terakhir," katanya.

 

Pasangan suami isteri, Dr Wan Fahmi Datuk Wan Mohamad Nazarie dan Dr Nur Annies Abd Hadi orang kuat Teroka Sains

Sementara itu, Dr. Wan Fahmi yang berpendidikan Ph.D. Bioinformatik dan Biologi Pengkomputeran memaklumkan fakta dan info menarik tentang sains yang ditulis mudah dan senang untuk difahami menarik minat si cilik dan juga ibu bapa untuk membaca buku ini.

“Sebagai contoh ada info tentang monyet yang suka berendam pada musim sejuk di negara Jepun, ada tasik yang berwarna-warni di Amerika Syarikat dan ada gunung berapi yang boleh kita pergi dengan lebih dekat di negara Vanuatu.

Banyak lagi info dan fakta menarik sebagai contoh kenapa udang jadi merah apabila masak, kenapa kuda belang tiada belang dan kenapa ada haiwan yang boleh bertukar warna?

Semuanya ada di dalam buku Teroka Sains sekaligus menjadi buku yang sangat menyeronokkan untuk dibaca dan terbukti apabila anak-anak membaca buku ini berkali-kali sehingga buku itu lunyai,” katanya.

 

Kenangan ketika majlis graduasi  di Universiti Of Edinburgh, United Kingdom

Pasangan ini sewaktu majlis graduasi pada 1 Disember 2017 di Edinburgh, UK turut mencuri perhatian ramai dan kisah kejayaan mereka pernah menjadi paparan berita. Mereka sama-sama menuntut ilmu di universiti berkenaan sejak tahun 2012.

Layari www.terokasains.com untuk mendapatkan buku Teroka Sains atau menyertai program affiliate Teroka Sains untuk bersama-sama kami menyebar luas ilmu melalui buku Teroka Sains ke seluruh pelusuk negara.

Read More

#OwnWhatYouWear Scarlet x Steven Sunny Kolaborasi Gaya Menarik Akhir Tahun

Sejak zaman mula-mula kerja dulu memang Qiss selalu beli jenama Scarlet dekat Aeon terdekat. Selain daripada jenis fabrik yang selesa, Qiss suka pattern baju yang menarik dan feminin dari Scarlet ni. Baju pun tahan bertahun-tahun. 

Ketua Pegawai Operasi AEON, Sunny Setiawan dan Steven Sunny bersaman koleksi kolaborasi Scarlet x Steven Sunny

Kini Scarlet, jenama terkenal AEON berkolaborasi dengan ikon fesyen, Steven Sunny dalam memberi nafas baharu jenama kasual kegemaran ini memperbaharui fesyen gaya tersendiri.

Melalui kolaborasi ini AEON CO. (M) BHD. mengorak langkah ke hadapan untuk penggayaan serta memberi nafas baharu kepada koleksi Scarlet melalui sesi yang diadakan di AEON Mid Valley Megamall pada 4 Disember lalu.

Kolaborasi yang sungguh menarik ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Operasi AEON, Sunny Setiawan dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran, Low Ngai Yuen serta jemputan khas media dan para pempengaruh. Terdapat juga demonstrasi tambahan di lokasi yang merupakan gabungan idea musim ini bersama rakan solek, Shiseido.

Bertemakan #OwnWhatYouWear, kolaborasi ini menampilkan 10 pilihan koleksi akhir tahun. 

Semua baju cantik-cantik belaka dan diperkenalkan sebagai koleksi peribadi, Scarlet x Steven Sunny memberikan kenyataan tentang pemakainya yang mengutamakan kesejahteraan serta menyayangi diri dalam menyerlahkan citarasa fesyen musim ini.



Selain keselesaan dan pakaian santai yang telah menjadi pilihan selama beberapa musim dan berpandukan gaya “pandemic-stay-home”, penggayaan ini menyampaikan apa yang diperlukan oleh pelanggan pada waktu ini. Gaya dan fesyen berubah dengan pantas untuk disesuaikan dengan pilihan gaya hidup selepas pandemik. Daripada peningkatan terhadap populariti pakaian aktif dan “fit wear” hingga kepada keperluan mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan, permintaan kini menuju ke arah fesyen yang mempunyai nilai-nilai terapeutik.


Steven Sunny merupakan seorang pakar fesyen yang terkenal dan serba boleh yang juga seorang jurusolek yang telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. 

Walaupun beliau menamatkan pengajian dalam bidang cat minyak, Steven Sunny adalah pereka pakaian dan fesyen yang dikenali dan terkenal untuk skrin dan pentas.

Steven Sunny bersama pakaian rekaannya untuk kolaborasi Scarlet x Steven Sunny

Menyentuh mengenai kolaborasi itu, Steven berkata, “Saya percaya setiap seorang dari kita mampu menunjukkan keunikan dalam diri masing-masing. Anda memiliki apa yang anda gayakan kerana anda merupakan edisi terhad diri anda sendiri. Saya berterima kasih kepada AEON atas usaha untuk memberikan kepada pelanggan apa yang mereka inginkan di masa yang mencabar seperti ini.”

Ini merupakan sebahagian daripada kempen bersepadu AEON CHERISH yang mempromosikan ketabahan dan kesyukuran serta mendorong rakyat Malaysia untuk menghormati dan menghargai apa yang paling penting dalam kehidupan ini sambil kita mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2021 dan menyambut tahun baharu dengan lebih bersemangat. 

100 pasang koleksi akhir tahun istimewa Scarlet x Steven Sunny yang merupakan edisi terhad buatan tangan ini boleh didapatkan secara dalam talian atau pun di AEON Taman Maluri, Shah Alam dan Bandar Utama dengan harga yang berpatutan.

Sempena pelancaran itu, pelanggan akan berpeluang memenangi baucar AEON bernilai RM500 seorang dengan berkongsi gambar terbaik mereka memperagakan jenama Scarlet di Instagram daripada sekarang hingga ke 31 Disember 2021. Untuk maklumat lanjut, layari laman Instagram www.instagram.com/aeonretail.my.

Read More

13 December 2021

Rozita Che Wan Inspirasi Pelancaran Set Percubaan Jeragat Mylea

Buat julung kalinya jenama Mylea dalam sejarah penubuhan telah melancarkan set percubaan jeragat bersama duta penjagaan kulit Mylea iaitu Rozita Che Wan ataupun dipanggil Che Ta. Mylea menyasarkan jualan sebanyak RM500K bagi pelancaran set percubaan jeragat tersebut dan juga pertambahan ejen baru sebanyak 500 orang.  

Duta Mylea, Che Ta dan pengasas Mylea, Puan  Amylia Farhana pada majlis pelancaran set percubaan jeragat Mylea

Majlis pelancaran set produk percubaan jeragat Mylea diadakan secara Virtual menggunakan Zoom Meeting yang dihadiri oleh ejen-ejen Mylea dan juga pengguna setia Mylea. Turut sama dalam pelancaran tersebut adalah pengasas Mylea sendiri iaitu Puan. Amylia Farhana dan Encik Khairul.

Pada malam tersebut, turut diadakan cabutan bertuah pakej percutian 3 hari 2 malam di Langkawi, gold bar, peralatan elektrik, dan set percubaan jeragat Mylea. 

Seperti yang sedia maklum jenama Mylea sebelum ini memang terkenal dengan kelebihanya bagi menyelesaikan masalah kulit berjeragat, kulit kering dan kulit kusam sejak tahun 2015 lagi. Tahun ini juga merupakan tahun ke-6 jenama Mylea berada di pasaran. Pelbagai pencapaian yang telah dimiliki oleh jenama Mylea seperti kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kelulusan Health Science Authority (HSA Singapore), Ministry Of Health Brunei Darussalam, kelulusan SIRIM, Asia Pacific Super Health Brand, SME 100 Award Fast Moving Company (2020),100 Top Young CEO (2021) dan lain-lain lagi.

Pengasas Mylea, Puan. Amylia Farhana


Alhamdulillah dek pandemik covid19 ramai orang diuji dengan masalah kewangan yang teruk tetapi Jemaah Mylea (ejen Mylea) dilimpahi dengan rezeki yang sangat mewah oleh Allah SWT kerana jualan kebanyakkan Jemaah mylea meningkat sebanyak 3 atau 4 kali ganda dari kebiasaan. Ini kerana kekuatan utama Jemaah Mylea adalah menggunakan platform online. 

Untuk tahun 2020 sahaja, Mylea telah berjaya mencapai jualan RM21juta dengan hanya iaitu Mylea Freckles Serum dan Mylea Freckles Bar dan telah membayar hampir RM500K bagi zakat pendapatan. Dan menjadikan Mylea salah satu syarikat yang terbesar membayar zakat di Terengganu. Pencapaian tersebut adalah yang paling luar biasa dalam  sejarah Mylea sejak ditubuhkan.

Dek ramai yang terkesan dengan wabak Covid19 yang melanda negara kerana telah melumpuhkan banyak sektor ekonomi negara menyebabkan ramai yang kehilangan mata pencarian dan peluang pekerjaan. Ramai daripada mereka terutamanya golongan wanita yang mengalami masalah kekangan wang tetapi mengidamkan kulit wajah yang cantik, bebas daripada cela jeragat. Tidak hairanlah kerana memang fitrah setiap wanita mengimpikan dan mencintai kecantikan itu sendiri. Maka, Mylea telah mendengar dengan penuh rasa bertanggungjawab dan berbesar hati ingin memberikan manfaat kepada semua pengguna baharu Mylea dengan mengeluarkan set percubaan jeragat (4 dalam 1) dengan harga mampu milik iaitu bawah RM100 ringgit sahaja.

Set Percubaan Jeragat Mylea

Set percubaan jeragat ini mengandungi 4 dalam 1 iaitu Mylea Freckles Serum, Mylea Freckles Bar, Mylea Exfoliate Mask dan Travel bag dengan harga RM99.00 sahaja. Set ini dikeluarkan dengan harga mampu milik, mudah dan senang dibawah kemana-mana yang mana disertakan sekali dengan travel bag. Sasaran pengguna bagi set ini ialah bagi golongan wanita yang berumur 28 tahun keatas.

Diformulasi dari bahan terbaik dunia bagi merawat masalah kulit berjeragat, kulit kering dan kulit kusam seperti Centella Asiatica (Korea), Canadian Willowherb (Canada) Moist 24 Essence (US), dan Skinmoon (Bionap, Italy) secara semulajadi tanpa melibatkan bahan kimia merbahaya pada kulit dengan hanya 7 hari sahaja.

Bagi pengguna yang berminat untuk mendapat set ini boleh mendapatkan dengan ejen Mylea yang sah diseluruh Malaysia, website (www.mylea.my), ataupun HQ Mylea di Pusat Komersial Cabang Tiga, Kuala Terengganu (09-622 2450) bermula pada 13 Disember 2021.


Read More

10 December 2021

Bedazzling Christmas @ Avenue K Shopping Mall

Be prepared to be dazzled this Christmas at Avenue K Shopping Mall! Stand in awe of the magnificent display at Avenue K Atrium with a massive 30-feet tall Giant Christmas Tree as the centrepiece, while the rest of the Mall is adorned with baubles, poinsettias and twinkling fairy lights as far as the eye can see. A Christmas wonderland in the city has come to be with this Bedazzling Christmas at Avenue K!

Peruse our Christmas Shoppes at the Atrium, Level G, for all your festive shopping needs. Pick up delectable goodies from Famous Amos, BreadTalk and Village Grocer or seasonal décor and gift items from MyGift. For unique gifts, look no further than C. 



Michael London’s highly sought-after hair treatment packages and products or gorgeous fashion accessories courtesy of Ca. 


Take delight that your shopping efforts will not go unrewarded this season - customers who spend RM100 or RM250 in a maximum of 3 combined receipts can redeem RM40 or RM150 respectively worth of Shopping and Dining Vouchers from our Information Counter.

If shopping is not your thing, Avenue K Shopping Mall also has a Christmas schedule jam-packed with performances and activities such as Snow Fall, Jingle Bell Dance, Traditional Carollers, Santa & Santarina Walkabout and more, for all in the family to enjoy.


Complete your visit with us by participating in our ‘Count The Baubles @ Avenue K’s Giant Christmas Tree’ Facebook Contest. All you need to do is guess the number of baubles on our Christmas Tree and snap a picture. Then, submit your answer and post your photo on Avenue K Facebook @AvenueKMY. You stand to win great prizes, and no purchase is necessary to participate. How cool is that!


Buying gifts for loved ones or a special someone? Head on over to the Avenue K Information Counter after your shopping spree to enjoy complimentary gift wrapping (*with a spend of RM100 and above in a single receipt). 

To round things up and as a reminder to all of us that giving is indeed better than receiving, Avenue K is collaborating with C. Michael London, Max Fashion, and Nando’s to host and treat the children of Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary to new apparel, haircuts and a delicious dinner on 9 December 2021. If you would like to make any additional donations to the home, please feel free to reach out to us!

Let’s celebrate a Bedazzling Christmas at Avenue K Shopping Mall, where attractive promotions, treats and activities await you! Now on until 2 January 2022. Open from 10am to 10pm daily.

For more details, please visit http://avenuek.com.my/AKChristmas2021/test/

Read More

06 December 2021

Gincu BlackRevfa MERVE Cosmetics Usaha Bantu Wanita Jana Pendapatan Musim Pandemik

Menarik dan jelita, usahawan sensasi, Joy Revfa atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin, 34, menerusi rangkaian MERVE Cosmetics Malaysia melancarkan koleksi gincu diberi nama BlackRevfa pada 5 Disember 2021.

Gincu berkenaan menjadi koleksi terbaru dan ke-30 yang dikeluarkan sejak syarikat itu ditubuhkan dan didaftarkan pada Februari 2015 di bawah MERVE Group Holdings Berhad.

Joy Revfa bersama koleksi gincu BlackRevfa 

Pelancaran gincu BlackRevfa berlangsung di Sky Glass, Sky Park Cyberjaya dan dirasmikan oleh Joy sendiri. Kata Joy, dia ingin memperkenalkan koleksi gincu ini sebagai salah satu keluaran yang unik dan mengetengahkan sisi yang lebih misteri.

Walaupun ibu tunggal, namun semangat Joy untuk membantu orang ramai terutama wanita yang memerlukan sepanjang musim pandemik ini mempunyai pendapatan sendiri amat membanggakan. 

"Ramai yang meminta bantuan daripada Joy sejak Covid-19 ni. Joy tak dapat nak bantu semua, tetapi dengan pelancaran produk gincu BlackRevfa ini diharap dapat membantu orang diluar sana menjana pendapatan setiap bulan.

Walaupun kita memakai mask ketika hendak keluar rumah, namun kita masih perlu menjaga bibir untuk sentiasa lembap dan tidak merekah," katanya.

Serentak dengan pelancaran produk berkenaan, Joy  mengalu-alukan sesiapa yang terkesan dengan keadaan pandemik  COVID-19 ini untuk memulakan perniagaan dan menjana pendapatan.

"Kami tawarkan perniagaan tanpa modal dan tidak perlu memegang stok. Semuanya akan diuruskan oleh ibu pejabat," katanya.

Gincu BlackRevfa

"Saya sifatkan ia sebagai misteri kerana menampilkan gincu yang bagai ada elemen magis. Ia berwarna hitam, namun apabila dioles atau dipakai di bibir, sekelip mata berubah menjadi merah semula jadi yang cantik dan mengghairahkan. Baunya juga sangat 'lazat' dan menyenangkan. Ia boleh bertahan selama 24 jam. Ia bukan saja boleh dioles di bibir, malah berfungsi pelbagai untuk digunakan di pipi, hidung, kelopak mata, kuku dan sebagainya. Gincu ini juga boleh merawat bibir merekah, kering, kusam, kesat dan gelap.

Jadi jelas perubahan warna gincu yang diketengahkan ini menjadi kelainan dan obsesi terbaru produk syarikat saya. Tanda pagar #blackisred mengiringi kehadiran dan penerimaan produk itu yang mampu menzahirkan bibir sensual kemerahan, sihat, licin dan lembut," katanya.

Dengan tagline “Cantik Bukan Lagi Fantasi”, koleksi gincu ini mensasarkan kepada remaja perempuan, wanita berkerjaya serta suri rumah yang ingin  bergaya dan tampak cantik. 

"Sedari dulu, tagline 'Cantik Bukan Lagi Fantasi' direka khas saya ini memberi impak dan kuasa tersendiri kepada semua wanita untuk jadi lebih yakin dengan apa yang dimiliki.

Harus diingat menjadi cantik itu bukan lagi fantasi bagi setiap wanita. Tak salah berfantasi atau berangan, tapi biarlah kena pada gayanya," katanya. Rangkaian kosmetiknya juga adalah satu-satunya produk kecantikan yang mempunyai konsep unik yang tersendiri. 

Malah Joy turut menjiwai watak setiap konsep produk keluaran terbarunya. Pada masa yang sama, pelancaran kali ini turut ingin meraikan ejen dan stokis dari seluruh Malaysia.

Majlis pelancaran tersebut diserikan lagi dengan persembahan kumpulan Ruffedge mendendangkan 3 buah lagu popular mereka iaitu Da Bomb, Bila Rindu dan Khayalan.

Kumpulan Ruffedge di Majlis Pelancaran Gincu BlackRevfa

#mervetiktokchallenge turut dilancarkan bermula 6 hingga 26 Disember ini. Cabaran TikTok ini menawarkan hadiah menarik berupa sebuah telefon bimbit Iphone 13. Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah tontonan, tanda suka dan perkongsian terbanyak. Peserta wajib memegang gincu ketika melakukan cabaran ini. 

"Pastikan tanda pagar #MERVEtiktokchallenge, #Blackrevfa, #MERVEblackisred dan #MERVEcosmetics turut disertakan apabila memuat naik video berkenaan," katanya.

Pada acara sama, Intan Shuhaidah, stokis dari Putrajaya turut berani mengambil 2000 gincu untuk dijual kerana yakin dengan kualiti produk berkenaan.

Harga promosi gincu berkualiti antarabangsa ini mampu dimiliki dengan harga serendah RM59.90. Koleksi BlackRevfa ini boleh didapati melalui laman web rasmi di pautan http://www.mervecosmetics.com.my/ 


Read More

05 December 2021

Cikgu Erin Ajak Orang Ramai Jalani Hidup Sihat Untuk Lebih Mudah Beribadah

Perubahan memerlukan kita bersedia dari segi fizikal dan mental. Biarpun masih ramai yang gemar melabelkan Cikgu Erin @ Ery melalui kisah silamnya namun itu tidak menghalang Cikgu Erin untuk terus bersemangat menjalani kehidupan baru.

Cikgu Erin Bersama Krim Selulit 2E Ery Energetic pada program Sihat Bersama Cikgu Erin

Menerusi aktiviti seperti Rumah Ngaji, Kelas Silat, Kelas Akademik, Kelas Bisnes dan Kelas Senaman, Cikgu Erin terus bangkit demi menggerakkan dakwah Islam disamping terus mendekati golongan yang dipinggirkan.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Cikgu Erin hanya dapat melakukan aktiviti tersebut melalui dalam talian dan baru-baru ini barulah dapat lakukan secara fizikal tetapi dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.


Pengasas Persatuan Kebajikan Darul Modahish, Cikgu Erin ( Mohd Khariri Mohamad Ramli),  banyak terlibat dengan aktiviti NGO dan dakwah.

Baru-baru ini dianjurkan Program Sihat untuk menguar-uarkan fungsi dan kegunaan mini studio dan ruang seminar kepada semua lapisan masyarakat. Dalam pada itu, Cikgu Erin ingin mempromosikan aktiviti-aktiviti  yang dijalankan di bawah Persatuan Kebajikan Darul Modahish (PKDM).


Tambah Cikgu Erin, program hari ini juga ingin merialisasikan pembinaan Rumah Perlindungan dan Pusat Tahfiz untuk anak-anak yatim dan asnaf dengan wujudnya jaringan dikalangan para usahawan dan aktiviti yang dianjurkan.

“Program ini melibatkan seramai 40 org peserta dari Team Sihat Cikgu Ery yang menampilkan persembahan senam tari sebagai acara pembuka majlis. Peserta Team Sihat Cikgu Ery merupakan suri rumah dan mereka yang ingin hidup gaya aktif dan sihat bagi memastikan mereka dapat beribadah dengan lebih baik.

Kesihatan adalah tidak ternilai, kita boleh makan apa sahaja namun bila badan besar, kita mudah letih dan susah untuk beribadah. Oleh demikian, Cikgu Erin menubuhkan Team Sihat untuk melakukan aktiviti senaman dan zumba bersama-sama. 

Peserta Marhaban dari Rumah Ngaji juga adalah daripada penduduk setempat yang belajar mengaji bersama Cikgu Erin. Bagi mendapat lebih keberkatan, Cikgu Erin turut mengadakan marhaban sambil memperkenalkan Rumah Ngaji.

Tentang tentatif program pada kali ini saya cuba menampilkan kelainan dengan adanya gimik seperti silat, senaman dan marhaban. Ia simbolik dan mewakili setiap aktiviti yang dijalankan di bawah PKDM", katanya.

Krim Selulit 2E Ery Energetic 

“Dalam pada itu, hari ini saya juga ingin mengetengahkan produk Krim Selulit 2 E Ery Energetic ke persada dunia perniagaan,” katanya.

Krim selulit ini boleh mengurangkan lenguh badan, mempercepat aliran darah, melegakan senggugut, kembung dan senak perut, melegakan selsema, batuk dan sakit dada. Membantu melegakan sakit lutut dan membantu membakar lemak dalam badan.

Krim Selulit 2E Ery Energetic 

“Di samping itu kita juga memberikan sumbangan kepada Rumah Kebajikan Baitul Sakinah Telok Gong anak anak yatim dan asnaf daripada individu perseorangan dan kutipan di bawah Team Sihat serta Rumah Ngaji,” jelasnya.

Justeru, Cikgu Erin berharap majlis ini dapat diteruskan untuk membantu para usahawan di luar sana yang mencari platform bersesuaian demi mempromosikan produk, penjenamaan dan usahawan itu sendiri.


Read More

04 December 2021

Fred Advantage Lancarkan Jelajah Program Pemerkasa Usahawan Digital (PPUD) Melalui Kingblaster

Majlis perasmian bagi JELAJAH PROGRAM PEMERKASA USAHAWAN DIGITAL (PPUD) telah pun berlangsung baru-baru ini di Spice Restaurant, Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

Program ini dirasmikan oleh Dato' Dr. Abdul Fattah Abdullah (Presiden Koperasi Angkasa). Program ini merupakan satu inisiatif untuk membantu lebih ramai lagi usahawan di luar sana mendigitalkan model perniagaan mereka kepada tahap yang optima. 


Menurut pengarah program ini En.Romeyzee Zainuddin melalui ucapannya, program ini bakal melahirkan lebih ramai usahawan yang mempunyai ilmu bagaimana untuk berniaga secara atas talian dengan cara yang lebih efisyen dan sistematik. Ini kerana Fred Advantage Sdn. Bhd telah pun mengeluarkan satu produk berjenama KINGBLASTER yang membariskan 12 Aplikasi Digital yang mampu untuk menjimatkan kos pengiklanan para usahawan atau lebih dikenali dengan "Kos pengiklanan Sifar"

Pelbagai kerjasama strategik yang melibatkan pihak seperti Koperasi Angkasa, Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS) dan juga PERDASAMA Selangor telahpun dijalinkan. Ia diyakini akan menjadi satu gerakan besar-besaran untuk membawa program ini kepada lebih ramai usahawan. 

Menurut beliau lagi, semua usahawan yang terlibat akan dibimbing oleh pihak syarikat dengan MODUL USAHAWAN DIGITAL. Proses pembelajaran adalah secara ONLINE dan ianya adalah secara sistematik oleh tenaga pengajar yang terlatih dan berpengalaman. 

Dr. Ammar Hassan selaku Pengerusi Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS) telah menyatakan kesediaan pihak yayasan untuk sama-sama menyusun strategi untuk pelaksanaan program ini.

Dengan terciptanya produk KINGBLASTER 12 aplikasi dalam 1 jenama, kini usahawan tidak perlu lagi membelanjakan ribuan ringgit untuk konsep iklan berbayar yang ditawarkan oleh pelbagai media sosial. Menurutnya,syarikat milik bumiputera ini yang ditubuhkan sejak akhir tahun 2019 sehingga 1 April 2021, telah melancarkan produk KINGBLASTER ke pasaran Malaysia dan hingga kini terdapat lebih dari 3,000 usahawan telahpun menggunakan aplikasi KINGBLASTER dalam usaha mereka untuk melakukan sebaran info perniagaan mereka secara teratur dan efisyen. 

Menurutnya lagi, kini pihak syarikat telahpun menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat tempatan yang mempunyai produk produk yang bermutu seperti BLACK G , KRASZ KMOOD , BAYU SIRI dan juga SMARTBiz. Kerjasama ini adalah untuk menyediakan peluang kepada mereka diluar sana untuk menjana pendapatan melalui sesi Mentor-Mentee yang akan turut dijalankan dalam program JELAJAH PROGRAM PEMERKASA USAHAWAN DIGITAL (PPUD). 

Turut hadir pada majlis ini adalah wakil dari 2 platform edagang milik anak tempatan Malaysia iaitu platform EZYSHARE dan juga platform SKYFRON. Kedua dua platform ini adalah rakan strategik kepada syarikat. Ekosistem yang telah dibina dianggarkan menelan kos jutaan ringgit ini diyakini akan dapat menjadi satu tempat untuk usahawan yang dilahirkan melalui program jelajah usahawan Digital memasarkan produk dan perkhidmatan mereka secara atas talian. Dengan platform yang hebat dan juga dibantu oleh 12 aplikasi KINGBLASTER. 

Pada majlis ini juga hadirin turut menyaksikan satu sesi menandatangani plak simbolik kerjasama diantara rakan strategikdan juga vendor-vendor (mentor-mentee). 

Program JELAJAH PROGRAM PEMERKASA USAHAWAN DIGITAL (PPUD) ini akan bermula pada Januari 2022 dan mensasarkan seramai 2220 usahawan dari pelbagai lokasi di seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak. 

Para usahawan yang berminat boleh menghubungi sekretariat program iaitu Trader di setiap Parlimen di Malaysia ataupun terus mendaftar di laman sesawang kami iaitu https://partner.kingblaster.com/join

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com