Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

24 August 2023

Shuib Kini Duta Rasmi Jenama SUPER™

Pagi lebih indah dengan secawan kopi hitam. Kini dah tak susah nak bancuh kopi di pagi hari. SUPER™, yang berdedikasi untuk menyediakan kopi, teh, dan minuman bijirin berkualiti yang sepadan dengan cita rasa rakyat Malaysia, kini memperluaskan penawarannya dengan SUPER™ Klasik, kopi hitam segera yang diperbuat daripada 100% biji kopi Robusta untuk menghasilkan kelazatan kopi yang padu namun halus dan beraroma.

Shuib Kini Duta Rasmi Jenama SUPER™

SUPER™ Klasik merupakan tambahan terkini kepada rangkaian SUPER™ di mana ia bertujuan untuk memenuhi permintaan dinamik yang sentiasa berubah daripada peminat tegar kopi serta peminum teh dan bijirin berkualiti.

Shuib telah dilantik sebagai duta rasmi jenama SUPER™. Beliau merupakan seorang individu yang bekerja keras dan berkongsi cabaran yang sama seperti setiap rakyat Malaysia. Shuib menguruskan tanggungjawab sebagai bapa kepada empat anak kecil sambil bekerja sebagai pengacara radio dan usahawan. 

Fiona Tan, Pengurus Besar Jacobs Douwe Egberts Malaysia, pemilik jenama Kopi SUPER™ berkata, “Di Malaysia, biasanya peminum kopi akan menambah krimer ke kopi, sama ada dalam bentuk susu pekat atau susu sejat. Oleh itu, rakyat Malaysia sentiasa mencari kopi segera yang pekat mengancam dan beraroma supaya kepaduan kopi masih dapat terasa walaupun dengan penambahan krimmer.”

Fiona Tan, Pengurus Besar Jacobs Douwe Egberts Malaysia

“Sejak hari pertama, kami tahu Shuib adalah duta yang sempurna untuk kami kerana beliau mencerminkan pengalaman seorang rakyat Malaysia biasa. Dalam masa baik dan mencabar, kita rakyat Malaysia sentiasa gigih, bekerja dengan sangat tekun, memberikan yang terbaik untuk memperbaiki kehidupan orang di sekeliling kita. Kami sangat bersemangat untuk berkolaborasi dengan Shuib kerana kami berkongsi nilai-nilai ini dan memiliki semangat bersama untuk secawan 'kopi padu' yang hebat untuk membantu kita melepasi aktiviti harian,” tambah Fiona.

Pelancaran SUPER™ Klasik menggambarkan komitmen SUPER™ untuk menaikkan semangat rakyat Malaysia dengan menyediakan minuman yang mudah dan menyegarkan. “Kopi segera di Malaysia bukan sahaja digemari sebab fungsi kemudahannya. Dengan jadual harian yang sibuk, kita perlukan kopi yang pekat mengancam dan berperisa untuk membangkitkan semangat untuk mengharungi cabaran harian. Secawan kopi yang sempurna adalah apa yang diperlukan untuk menyemarakkan perbualan sambil mengekalkan kesegaran sepanjang hari.”

Peraduan SUPER™ ‘Semarakkan Hari Malaysia’ menawarkan hadiah menarik

Jangan ketinggalan untuk menyertai peraduan Sempena Hari Malaysia, SUPER™ ‘Semarakkan Hari Malaysia’ yang bermula pada 16 Ogos - 30 September 2023. Peraduan ini menawarkan peluang kepada peserta untuk memenangi hadiah menarik seperti Modenas Dominar D250, sesi makan-makan eksklusif bersama Shuib, dan baucar beli-belah bernilai RM21,000. Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu membeli mana-mana satu produk SUPER™ (tertakluk pada terma dan syarat). 

Jom dapatkan SUPER™ Klasik yang terbaharu yang kini boleh didapati di peruncit utama di seluruh Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut tentang Kopi SUPER™ dan barisan produk, kemas kini dan promosi terkini, sila layari Halaman Facebook: https://www.facebook.com/supermalaysia

Read More

17 August 2023

TONY ROMA’S ‘PLATE TRIO-TIC’ Sempena Sambutan Merdeka

Tony Roma’s menjemput rakyat Malaysia untuk menikmati hidangan terbaharu di semua cawangannya yang kini disahkan halal oleh JAKIM

Sempena menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-66, Tony Roma’s dengan bangganya memperkenalkan menu terbaharunya ‘Plate-Trio-Tic’. Menu ini bukan sahaja menampilkan hidangan lazat yang membangkitkan selera, malah ianya juga menjadi titik penyatuan bersama yang tersayang sambil meraikan semangat kemerdekaan.

Menu baru Tony Roma's iaitu Plate-Trio-Tic

Menu ‘Plate-Trio-Tic’ ini boleh didapati bermula dari 1 Ogos sehingga 1 Oktober di cawangan Tony Roma’s. 

Menu ini memperkenalkan dua Trio Feast Platters utama yang menampilkan air tangan yang terbaik dari dunia kulinari dan pengalaman gastronomi yang luar biasa. Trio Feast Platter A (RM163.90++) menyajikan daging lembu atau rusuk kambing Australia yang lazat, dihidangkan bersama salmon di atas topping berkrim, ayam salsa yang lazat, dan menara minuman Coca-Cola yang menyegarkan. 

Manakala Trio Feast Platter B (RM189.90++) pula menggandingkan kombinasi daging lembu atau rusuk kambing Australia yang lazat, ribeye Australia demi-glace yang menggiurkan. ayam salsa, dan menara Coca-Cola. Pelanggan juga boleh memesan hidangan untuk seorang, seperti BBQ 1/2 Ayam (RM48.80++), Rusuk Daging Lembu atau Kambing Australia (RM99.90++), Ribeye Demi-Glace (RM105.90++), atau Salmon Salsa Nanas (RM66.60++) yang dihidangkan bersama segelas minuman ringan dan satu sup.

Komited untuk Menghidangkan Hidangan yang Penuh Kepuasan dan Inklusif untuk Semua Rakyat Malaysia. Tony Roma’s Kini Disahkan Halal oleh JAKIM.

Dari Kiri: Puan Nursyazwani Lyana binti Mohamad Zohan Penolong Pengarah Seksyen Jaminan Kualiti, Bahagian Pengurusan Halal, (JAKIM), Puan Rashidah binti Che Wil, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kualiti, Bahagian Pengurusan Halal (JAKIM), Mr Daniel Chan, Group Chief Executive Officer of Revenue Valley Sdn Bhd, Encik Rajiv Bharatiya, Pengarah Operasi Kawasan Rama Corporation, dan Dato' Fazley Yaakob, Duta Jenama untuk Revenue Valley pada penyampaian Sijil Halal di Tony Roma's IOI City Mall, Putrajaya.

Berbekalkan komitmen yang teguh untuk kualiti makananannya dan pengalaman inklusif buat pelanggan, Tony Roma’s juga bangga mengumumkan bahawa semua cawangannya di seluruh Malaysia telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pencapaian ini meyakinkan pelanggan bahawa piawaian halal menjadi keutamaan dalam semua aspek penyediaan makanannya.

“Pengiktirafan halal JAKIM sentiasa menjadi matlamat utama buat Tony Roma's Malaysia sejak kami memperkenalkan jenama ini di sini. Pengiktirafan halal di kesemua cawangan kami melambangkan dedikasi kami dalam memenuhi piawaian makanan dan keselamatan di tahap tertinggi. Ini memastikan setiap individu yang memilih Tony Roma’s sebagai destinasi makanan halal dapat menikmati hidangan kegemaran mereka dengan tenang dan tanpa rasa ragu-ragu. Oleh itu, kami amat  berterima kasih kepada pihak  JAKIM atas penilaian rapi dan bimbingan sepanjang proses pensijilan ini,” kata Daniel Chan Lek Seong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Valley Sdn Bhd, syarikat induk Tony Roma’s Malaysia.

Dato’ Fazley Yaakob, Duta Jenama Revenue Valley dan Encik Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Valley Sdn Bhd menyampaikan Menu ‘Plate-Trio-Tic’ bertemakan Merdeka di Tony Roma’s

Sempena berita baik ini, Tony Roma’s menawarkan hidangan istimewa untuk 30 ahli Bite & Bites terawal. Percuma Spicy Chicken Pasta dengan pembelian minimum RM30 dalam satu resit di semua cawangan Tony Roma’s di Malaysia. Hidangan yang menarik ini menampilkan ayam empuk yang dimasak sempurna dengan bawang putih, daun basil, pesto tomato, dengan rasa chipotle untuk kehangatan istimewa. Dihidangkan diatas pasta linguine dan taburan keju Parmesan, ia adalah hidangan yang mesti dicuba!

Tony Roma’s ialah jenama ternama berasal dari Florida, Amerika yang kaya dengan legasinya merentasi lima benua. Sebagai salah satu jenama tertua dan terkemuka dalam industri, ia telah mencapai kejayaan yang membanggakan, membolehkannya untuk terus berkembang ke pasaran global. Perluasan jenama ini turut tiba di Malaysia, di mana cawangan sulungnya telah dibuka di Sunway Pyramid pada tahun 2006. Sejak itu, Tony Roma’s telah menjadi jenama yang digemari di Malaysia sejak bertahun-tahun lamanya, dengan sembilan cawangan di seluruh Malaysia. Terkenal dengan hidangan tulang rusuk, makanan laut, stik, dan hidangan istimewa yang lain, reputasi jenama ini kian melonjak di kalangan rakyat Malaysia. Menghidangkan layanan mesra dan suasana meriah, Tony Roma’s menjadi tempat yang digemari ramai untuk berkumpul dan meraikan detik-detik istimewa.

Penghantaran makanan dan pesanan bawa pulang tanpa sentuh (contactless takeaway) di Tony Roma’s boleh didapati di GrabFood, Foodpanda dan ShopeeFood. Ikuti berita terkini tentang tawaran, promosi, dan banyak lagi di Facebook Tony Roma’s (@TonyRomasMalaysia) dan ikuti Tony Roma’s di Instagram (@trmalaysia). Sertai sambutan ini dan kongsikan pengalaman anda di hashtag #TonyRomasMalaysia dan #TimeforTR #platetriotic

Read More

15 August 2023

DPPM Kolaborasi Bersama RichWorks Bagi Pemerkasaan Usahawan

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Polikrisis yang berlaku ketika ini telah & sedang menekan ramai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hingga menyebabkan jualan merudum malah hingga ada yang tutup perniagaan.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon bersama Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman menandatangani perjanjian persefahaman di antara DPMM dan RichWorks di Anjung Melayu, hari ini

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon berkata, polikrisis yang dibangkitkan mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman adalah tepat pada masanya untuk usahawan sedar bahawa cabaran dihadapi mereka lebih besar kerana banyak faktor termasuk disrupsi teknologi, pengliberalisasian perdagangan dan juga peningkatan kos-kos input perusahaan termasuk kos buruh serta pekerja.

Katanya, di Malaysia kira-kira 60 peratus PKS gagal dalam tempoh lima tahun penubuhan, menurut artikel Jurnal Keusahawanan ASEAN yang dikeluarkan 7 Ogos lalu.

“Enam daripada 10 PKS pula menghadapi cabaran yang berkaitan dengan pertumbuhan mereka.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon dan Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman bersama barisan pengurusan kedua organisasi di Anjung Melayu, hari ini

"Usahawan berdepan banyak cabaran ketika ini dengan kenaikan harga barangan, kekurangan bekalan bahan mentah ditambah kadar pinjaman di bank menyebabkan kos operasi sesebuah perniagaan makin meningkat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Usahasama antara DPMM dan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) diwakili Norsyahrin bersama Dr. Azizan merangkap Pengerusi RichWorks.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung, Ahmad Yazid Othman; Pengarah Eksekutif RichWorks, Hasnita Ahmad dan Ketua Pegawai Perniagaan, Radz Mohd.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon bersama Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman menandatangani perjanjian persefahaman di antara DPMM dan RichWorks di Anjung Melayu, hari ini

Tambah Norsyahrin, tekanan semasa kepada usahawan itu memerlukan perubahan dan langkah yang tepat dalam memastikan tiada usahawan tercicir dan kecundang.

“Saya percaya kolaborasi dengan RichWorks yang berpengalaman dalam membimbing usahawan PKS akan membantu ahli-ahli Dewan Melayu  untuk lebih dinamis dan mampu berkembang (scale-up) dalam bidang yang mereka ceburi.

“Kami percaya kesemua kolaborasi dengan pakar-pakar seperti RichWorks dan agensi kerajaan akan membantu mencapai hasrat untuk membina masyarakat ekonomi bumiputera (BCIC) yang lebih berpotensi. 

Sementara itu, Dr. Azizan memberitahu, usahawan saat ini tiada pilihan lain untuk tingkatkan ilmu, kemahiran dan strategi bagi berdepan polikrisis yang dijangka akan berpanjangan.

Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr Azizan Osman

Katanya, polikrisis ini benar dan bukannya dibangkitkan untuk menakut-nakutkan orang ramai terutama usahawan.

"Ketika ini, saya melihat sendiri sesetengah usahawan alami kejatuhan jualan sekitar 30 ke 40 peratus.

"Keadaan polikrisis saat ini berbeza dengan semasa pandemik bermula Mac 2020 di mana tekanan dari kenaikan harga bahan mentah dan kos tenaga kerja antaranya mengugat 'survival' bisnes.

"Situasi ini dijangka akan berpanjangan hingga 2025, di mana usahawan tidak mudah untuk bertahan bahkan keupayaan untuk bangkit seperti dikatakan dalam World Economic Forum pada awal tahun lalu," jelasnya.

Sehubungan itu, Azizan memberitahu, RichWorks ambil inisiatif melancarkan program yang membantu usahawan-usahawan dalam memberikan solusi langsung kepada permasalahan dihadapi mereka dalam 10X Bina Bisnes Berjaya dari 2 & 3 September nanti.

Mengulas mengenai perjanjian persefahaman bersama DPMM, pihaknya menghargai jemputan DPMM untuk berkolaborasi dengan satu matlamat jitu iaitu membangun dan memperkasakan usahawan Melayu dan Bumiputera.

"Alhamdulillah, melalui pengalaman dan kepakaran kami bermula 2008 yang terbukti berjaya melahirkan ribuan jenama tempatan dan usahawan jutawan.

"Kami akan berkongsi kepakaran dan pengalaman yang ada untuk bantu dalam usaha membawa perniagaan-perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi," jelasnya.

Read More

10 August 2023

Cabaran Polikrisis Berpanjangan Beri Impak Kepada Usahawan Dan Perniagaan

Tanpa sedar, dunia kini berdepan ‘polikrisis’ yang memberi impak secara langsung dan tak langsung kepada orang ramai terutama bangsa usahawan selepas pasca pandemik ketika ini.

Mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, polikrisis (polycrisis) yang bermaksud krisis-krisis yang berlaku dalam satu masa menyebabkan impak yang lebih besar kepada semua pihak.

Katanya, kami dapati ramai usahawan di luar sana sedang berdepan cabaran dari segi jualan ekoran perubahan berlaku dari segi strategi, bisnes model dan banyak lagi disebabkan tak ubah ‘game’ bisnes dengan cepat.

Mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman ketika ditanya mengenai keadaan bisnes semasa yang dilihat ramai usahawan sedang berdepan isu dan cabaran ekoran polikrisis yang melanda dunia ketika ini.

“Ini bukan perkara baru, sebaliknya sudah dan sedang berlaku yang berpanjangan seperti dibincangkan dalam World Economic Forum di Davos, Switzerland pada Januari lalu.

“Jadi saya bersama RichWorks terpanggil untuk menggerakkan inisiatif menyokong bangsa usahawan dengan persediaan dan bimbingan yang menjuruskan solusi saat ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Pengerusi RichWorks itu, pihaknya menerima banyak maklumat tentang cabaran dihadapi pelbagai industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hingga ada yang tutup bisnes selain jualan bisnes yang merudum.

Cabaran Usahawan Ketika Polikrisis

“Saya tetap percaya dalam setiap cabaran ini sebenarnya mempunyai peluang yang sangat besar bagi mereka yang tahu dan bersedia.

“Perkara lebih penting di dalam bisnes adalah kita tahu siapa ‘musuh’ atau ancaman yang memberi kesan kepada usahawan agar dapat adaptasi, ubah dan bertindak mengikut nasihat yang betul agar saksikan perkembangan luar biasa seperti dialami ramai anak didik saya,” ujarnya.

Sehubungan itu, Dr. Azizan menyeru bangsa usahawan yang berdepan cabaran di atas untuk bertemunya secara langsung di IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam pada 2 & 3 September nanti.

“Sesi ini ditaja sepenuhnya di mana saya sendiri akan jawab persoalan mereka secara terus agar dapat terus buat tindakan nanti. Terdapat 15 cabaran sebenarnya sedang berlaku dan  saya akan kongsikan solusi kepada usahawan ketika ini.

“10XBBB ini hanya bagi usahawan, sebab mereka sendiri lebih tahu apa kesusahan yang dihadapi menjalankan bisnes ketika ini untuk saya berikan solusi buat mereka, insya-Allah,” ujarnya.



Untuk mohon menyertai sesi ini, layari laman web www.binabisnesberjaya.com

Read More

07 August 2023

Embark Your Future With INTEC Education College

Thinking of continuing to study in the field of accounting? 

You should further study for Professional Accountancy to get a professional certificate. 

Let’s join INTEC Education College.

Production of quality Chartered Certified Accountants

     The Professional Accounting Centre (PAC) at INTEC is a BPP Certified Tuition Provider. BPP accredits the materials used as one of the approved learning providers for ACCA worldwide. It is proven to be one reason PAC maintained high passing rates over recent years.  

     Most PAC lecturers are BPP Certified Trainers and have ACCA qualifications. Delivering correct information to students in pursuing ACCA and continuing to grow as an ACCA Chartered Accountant is essential. All the lecturers have industry experience, such as external auditors, internal auditors, accountants, financial controllers, management of an audit firm in Malaysia, financial analysts, tax consultants, finance managers, etc.

     PAC also has energetic, hard-working young lecturers ready to provide support and personal coaching to students. Students feel comfortable interacting with lecturers because the age gap is pretty close.

FM with Sir Akmal

Full time courses, Part Time Courses

Sample of lecturer's videos:   


Sample of PAC classes

ACCA FIA & ACCA, ICAEW CFAB & ACA ACCA Modular/Part Time, Intensive Revision Course (IRC) and Accelerate

To date, since the inception of PAC in INTEC, PAC has produced 2,932 graduates, based on recent 

FM with Sir Akmal

ACCA and FIA September 2022 exam period, and PAC has managed to produce 35 Prize Winners from CAT, five from FIA, 26 from ACCA, 5 ACCA Top Affiliates.

Prize winners are those who achieved the highest marks in each CAT, FIA, and ACCA exam sitting. The students compete worldwide to score the highest marks and are awarded the title of Prize Winner.

In INTEC Education College, consistently produced World Prize Winners and achieved the above world passing rate for Professional Accountancy Programmes such as ACCA and ICAEW. 

Interestingly, most graduates secure job placement within 6-8 months after graduating from the INTEC. They also secured a job with the Big 4 firms -EY, KPMG, Deloitte, PWC, and other companies such as Schlumberger Limited (SLB).

Students studying in the In Professional Accountancy Program at INTEC Education College (full-time students) will be equipped with the Nurture and Development Program (NDP). This program helps students to enhance their soft skills and interpersonal skills. The courses include Personal Branding Talks, Industry Sharing Sessions, Digital skills, Case study competitions, and mock interviews. Students often obtain their job placement (for year-end students) before receiving their final ACCA results.

SBL with Madam Salina Sailan

The speciality of ACCA 

Is it true the professional accounting program is challenging? Do you know there is no maximum attempt, but you must complete all qualified ACCA papers within seven years. 

Passing marks is only 50% for both ACCA and FIA-ACCA programs. 

Upon completing all qualified ACCA papers, students are granted the title of an ACCA affiliate. Affiliates then complete 3 to 5 years of working experience by submitting their Practical Experience Record (PER) to ACCA to obtain the status of ACCA members. ACCA qualification is recognized worldwide. After at least three years of working experience, ACCA members may register their name with the Malaysian Institute of Accountants to obtain a “CA” (Chartered Accountant) at the back of their character. 

Graduates from Intec Education College


Read More

03 August 2023

Captivating The Beauty Of Semporna: Unveiling A Spectacular Video Collaboration By vivo Y36 5G And Malaysia Tourism

vivo Y36 5G

The vivo Y36 5G has taken the smartphone market by storm, emerging as the most popular choice from the month of June to July. With its outstanding features, this smartphone has received positive reviews from users. What's even more remarkable is the unique collaboration between vivo Y36 5G and Malaysia Tourism, aimed at promoting the enchanting destination of Semporna Island, Sabah.

The collaboration between vivo Y36 5G and Malaysia Tourism aims to highlight the splendour of Semporna Island in Sabah through a captivating video. Notably, the smartphone's design mirrors the captivating colours of the shimmering sea in Semporna, forging a seamless blend of technology and tourism promotion. 

Since its launch in Malaysia, the vivo Y36 5G has garnered an overwhelming response from the Malaysian public. Offering 5G capabilities and an affordable price, it stands out with its impressive 8+8 Extended RAM with 256GB ROM. The captivating Semporna Green colour and 2.5D curved design ensure a comfortable grip, while the 6.64-inch Dotch Display provides an immersive viewing experience.

The vivo Y36 5G ensures uninterrupted usage with its 44W FlashCharge+5000mAh battery, charging up to 29% in just 15 minutes. Furthermore the phone's 50 MP fun camera will surprise photography enthusiasts as it guarantees effortless capture of stunning photos. Since its launch, sales of the Y36 5G have soared by an impressive 120% compared to its last predecessor, making it a hot-selling smartphone in the market. 

Be a part of the vivo Y36 5G phenomenon and experience the perfect blend of technology, aesthetics, and tourism promotion!

For more information, stay tuned to vivo Malaysia’s official Facebook Page.

Read More

02 August 2023

vivo Malaysia Lancar Y78 5G Yang Menawarkan Keupayaan Luar Biasa Dengan Harga Bawah RM1500

vivo Malaysia mengumumkan pelancaran edisi terbaru siri Y mereka pada hari ini iaitu, vivo Y78 5G yang direka khas untuk meningkatkan gaya hidup pengguna dengan spesifikasi yang cemerlang dan luar biasa. Ia menampilkan kamera 64MP OIS Anti Shake yang menakjubkan, paparan 120Hz OLED Dual-Curved, bateri 5000mAh dengan pengecasan kilat 44W, dan penyimpanan sebanyak 8+256 GB yang mencukupi untuk hiburan tanpa gangguan. vivo Y78 5G boleh ditempah awal mulai hari ini dan akan dipasarkan secara rasmi di pasaran Malaysia pada 5 Ogos 2023 dengan harga yang berpatutan pada RM1399.

vivo Y78 5G

“Kami sangat berbesar hati dalam melancarkan vivo Y78 5G. Pelancaran terbaru dalam siri Y kami ini adalah penghargaan besar buat semua pengguna setia vivo yang sentiasa menyokong vivo selama ini. vivo Y78 5G ini direka khas untuk mereka yang berminat dalam bidang teknologi dan juga fotografi. Di vivo, kami akan cuba sedaya upaya untuk mengeluarkan lebih banyak telefon pintar dengan ciri-ciri yang canggih dan memudahkan pengguna vivo pada masa akan datang,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif, vivo Malaysia. 

1. Pendamping fotografi yang sempurna 

Salah satu ciri istimewa yang menonjol pada vivo Y78 5G adalah kamera 64MP dengan OIS perdana yang telah dinaik taraf, menawarkan kamera Anti Shake yang lebih meluas dan menjamin gambar yang lebih tajam dan bebas dari kabur walaupun dalam keadaan tangan yang bergetar dan penerimaan cahaya yang rendah. Spesifikasi kamera Y78 5G dilengkapi dengan video pandangan berganda yang membolehkan perakaman serentak dari kedua-dua kamera hadapan dan belakang. 


2. Rupa bentuk dan paparan skrin yang menarik perhatian

vivo Y78 5G menawarkan dua pilihan warna yang menakjubkan dan diinspirasikan oleh keindahan alam semula jadi. Pengguna boleh memilih warna dreamy gold atau flare black, kedua-duanya mencerminkan keindahan persekitaran yang indah. Dreamy Gold, warna yang memukau, diinspirasikan daripada warna langit ketika senja di pantai Sepang Gold Coast. Apabila disentuh cahaya, warna keemasan pada bahagian telefon akan menjadi lebih terang dan memukau. Sementara itu, Flare Black terinspirasi daripada bintang-bintang yang bersinar dan menghiasi langit malam. Pilihan warna ini menampilkan keajaiban dan elegansi setiap kali dilihat. 

vivo Y78 5G mempunyai paparan 120Hz OLED Dual-Curved, memberi pengalaman visual yang amat lancar, jelas, dan berkelas tinggi dengan kadar penyegaran dan kadar sentuh yang tinggi. Reka bentuk lengkung 60" yang dicipta khas untuk memastikan cengkaman yang selesa semasa memegang telefon. Tambahan pula, reka bentuk yang direka dengan baik ini mengurangkan sebanyak mungkin distorsi warna di bahagian tepi, isu yang sering dihadapi oleh telefon pintar lain yang mempunyai skrin ultra besar dan lengkung.

3. Kehebatan pengecasan kilat 

vivo Y78 5G yang dilengkapi dengan sistem cas kilat 44W yang mengagumkan dan stabil, memastikan cas yang pantas dan cekap, pada masa yang sama ia memastikan penghasilan haba sekecil mungkin. Dengan teknologi canggih ini, bateri 5000mAh dapat dicas dengan cepat dan efektif, menawarkan kecekapan pertukaran kuasa yang mencapai sehingga 97%. vivo Y78 5G membawa cas pintar ke tahap seterusnya dengan enjin cas pintar yang inovatif. Ciri pintar ini menyesuaikan diri dengan corak penggunaan telefon, menentukan strategi cas yang optimum berdasarkan sama ada skrin dimatikan atau semasa telefon digunakan secara aktif semasa mengecas. Dengan menyesuaikan proses cas secara dinamik, ia berjaya mengurangkan kemerosotan bateri dan menambah jangka hayat bateri sehingga 25%. Kini, pengguna tidak perlu risau tentang kesihatan bateri dan masalah cas, kerana vivo Y78 5G membawa pengalaman pengecasan bertaraf tinggi yang menjamin ketahanan. 

4. Ruang penyimpanan yang maksimum 

vivo Y78 5G memperkenalkan ciri Extended RAM yang memberikan kekuatan untuk meningkatkan RAM hingga 8GB. Ciri yang telah ditambah baik ini membolehkan lebih daripada 25 aplikasi aktif berjalan dengan lancar di latar belakang dan memastikan peralihan aplikasi berganda tanpa gangguan. vivo Y78 5G membawa pengoptimuman RAM ke tahap seterusnya dengan teknologi penjimatan RAM yang dapat mengurangkan gangguan dan ruang memori yang kecil kerana ciri pintar ini mencipta lebih banyak ruang simpanan dan menguruskan memori dengan cekap.

Menjimatkan sehingga 600MB ruang memori dan mampu memberi ruang untuk peranti tersebut berfungsi dengan lancar. Penjimatan RAM dan penggunaan memori serta aplikasi juga dikurangkan oleh sistem bagi membolehkan peranti anda berfungsi dengan lebih cekap.

vivo Y78 5G promosi jualan pertama kerjasama bersama Viu 

Dengan pembelian pertama vivo Y78 5G, pembeli akan menerima hadiah eksklusif daripada vivo Malaysia yang bernilai sehingga RM599 dan langganan percuma Viu premium. Bermula pada 1 Ogos 2023, rakyat Malaysia berpeluang untuk membuat pesanan melalui pra-tempahan. vivo Y78 5G akan berada di pasaran Malaysia secara rasmi pada 5 Ogos 2023. Selain itu, sempena kerjasama Viu dan vivo Malaysia, Viu menawarkan tiga bulan langganan Viu premium secara percuma kepada setiap pembeli pertama vivo Y78 5G untuk menikmati pengalaman tontonan yang terbaik dengan paparan 120Hz OLED Dual-Curved yang luar biasa.

Berikut ialah maklumat mengenai harga, promosi dan platform pembelian vivo Y78 5G:

Tarikh pelancaran 1 Ogos 2023

Tarikh Tempahan Awal 1 Ogos - 4 Ogos 2023

Tarikh Jualan Pertama 5 Ogos 2023

Platform Jualan Atas Talian

vivo Malaysia's E-store, Shopee, Lazada and TikTok shop   

*Setiap pembelian pertama melalui platform vivo e-commerce, pembeli akan menerima hadiah ekslusif seperti:

vivo TWS earbuds

vivo Care Jaminan Tambahan Lanjutan 180 Hari

vivo Care 180 Hari perlindungan skrin

juga  pelindung skrin percuma (screen protector)

Tiga bulan langganan percuma Viu premium yang bernilai RM29.90 (kod akan dihantar bersama telefon)

Harga/RRP RM1399

Ikuti perkembangan terkini,  promosi dan spesifikasi produk terbaru vivo di halaman facebook vivo Malaysia dan laman web rasmi vivo Malaysia.

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com