Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

31 December 2022

Produk Tisu Carina Tambat Hati Surirumah

Sebagai seorang surirumah, Qiss memang memerlukan produk yang memudahkan kerja mencuci dan mengemas rumah yang terbaik. Produk tisu Carina yang berada di pasaran tidak asing lagi bagi Qiss sebab produknya sangat bagus.

Qiss bersama sebahagian Produk Carina

Dalam banyak-banyak produk Carina, Qiss guna Tisu Basah, Kapas Muka, Putik Kapas, Tisu Dapur dan banyak lagi. 

Tisu Carina, Jenama Tempatan

Carina ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai pengeluar tisu pertama Malaysia. Penggunaan 100% pulpa dara dan 100% kapas tulen asli membolehkan Carina memberikan keselesaan kepada orang ramai disamping mengekalkan standard kualiti produk mereka. 

Carina adalah pilihan terbaik untuk mereka yang berkulit sensitif kerana produk yang dihasilkan oleh Carina tidak mengandungi sebarang komponen kitar semula, justeru menjadikannya lembut pada kulit dan tahan lasak.

Produk Carina

Carina dicipta untuk penduduk Asia Tenggara kerana iklim subtropika yang lembap di rantau ini, Carina percaya tisu berkualiti tinggi adalah penting dan sangat berguna kerana ia lebih bersih, mudah dan mesra keluarga, serta untuk kegunaan sendiri. Selain itu, tisu Carina juga mesra alam kerana ia larut dalam air, melindungi bukan sahaja anda tetapi juga alam sekitar.


Produk Carina dihasilkan di Lembah Klang dan diedarkan di seluruh Malaysia terus kepada pengguna. Oleh itu, di sebalik kualiti produk Carina yang baik, harganya turut berpatutan untuk setiap lapisan masyarakat.

4 Siri Utama Produk Carina

Carina mempunyai 4 siri utama iaitu:

1. Penjagaan Kecantikan (Beauty Care) – Siri Tisu Kering Carina diperbuat daripada 100% PURE VIRGIN PULP untuk memastikan kebersihannya, menjadikan ia lembut dan selamat digunakan pada kulit, termasuk kulit sensitif.

CARINA HANDKERCHIEF Tissue - Carina Handkerchief Tissue dalam saiz sederhana menjadikannya ideal dan sesuai untuk kegunaan harian. 

Carina Handkerchief Tissue dan Carina Wallet Tissue

Carina Wallet Tissue - pembungkusan yang mengikut trend masa kini, membolehkan anda menggunakannya sebagai on-the-go wallet atau dompet harian anda.

Carina Box Tissue

Carina Box Tissue

Siri Kapas yang diperbuat daripada 100% PURE COTTON yang sesuai untuk kegunaan kecantikan kerana ia bersifat hypoallergenic dan tidak akan menyebabkan iritasi dan kerosakan kulit kerana kapas yang digunakan adalah bahan semula jadi yang asli.

Carina Facial Cotton

Carina Facial Cotton

Qiss suka guna kapas muka ni sebab tahan lasak dan mudah untuk sapukan toner ke muka serta senang untuk tanggalkan make up.

Carina Cotton Bud

Carina Cotton Bud

Carina Cotton Bud pula Qiss guna untuk oleskan eyeshadow dan senang digunakan untuk mencuci bahagian-bahagian yang kecil.

Carina Cotton Wool

Carina Cotton Wool

Carina cotton wool sering jadi pilihan Qiss untuk penjagaan bayi kerana kapasnya yang lembut.

2. Penjagaan Bilik Mandi (Toiletries Care) – Tisu Bilik Mandi dengan 3 lapisan, menjadikan ia lebih kuat dan lembut untuk digunakan.

Tisu Bilik Mandi

3. Peralatan Dapur (Kitchenware) - Siri Tisu Dapur Carina menjadikan permukaan dapur dan peralatan bersih, berkilat dan bebas calar. Ia membantu membersihkan kaunter dapur dan peralatan serta menyental tumpahan cecair.

Kerja di dapur lebih mudah dengan adanya tisu dapur Carina ini.

Tisu Dapur Carina

4. Penjagaan Kesihatan (Health Care) – Siri Tisu Basah Carina mengandungi 99% air, bebas paraben yang tidak menyebabkan sensitiviti kulit dan alahan.

Selain itu, Tekstur Carina Wipes yang lembut, sesuai digunakan untuk pembersihan dan pembasmian kuman bagi menanggalkan kotoran atau cecair dari kulit atau permukaan. 

Cara mendapatkan produk Carina

Majoriti produk Carina boleh diperolehi di pasaraya Aeon Big, Aeon Wellness, Econsave, Mydin, NSK, Hot Mart dan farmasi mahupun atas talian (Online). Pada masa yang sama, anda juga boleh mendapatkan Carina menerusi platform e-dagang rasmi mereka dan produk akan dihantar terus di depan pintu rumah anda! Kini, sangat mudah untuk membuat pembelian melalui Shopee dan Lazada.  

Kempen CARINA 2023 – “We Care, We Love”

Untuk tahun baru mendatang, CARINA 2023 berazam untuk bergerak ke hadapan mengikut peredaran zaman dan terus maju selepas pandemik. Konsep baharu telah dihasilkan dengan tema "We Care, We Love" iaitu:

  • Menggalakkan kesedaran kebersihan, mewujudkan persekitaran yang sihat dan mengurangkan pencemaran.
  • Berazam untuk menjaga kulit pengguna dengan menyediakan 100% kapas tulen semulajadi yang mesra kulit.
  • Pengeluaran tempatan untuk meningkatkan pemulihan ekonomi
  • Fokus untuk memenuhi keperluan dan kehendak orang Asia Tenggara
  • Mewujudkan 4 siri untuk memenuhi permintaan pasaran

Dengan tema "We Care, We Love", Carina menyatakan kepercayaan bahawa mereka berazam untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi agar produk ini serasi untuk pengguna seisi keluarga. #CarinaCares terhadap anda dan keluarga anda.

Carina Gift Box

Carina Gift Box

Carina juga tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan Carina Gift Box yang datang dengan kotak khas kempen “We Care We Love”. Di dalam kotak tersebut mengandungi pelbagai jenis produk dan kejutan istimewa iaitu:

  • Carina Facial Cotton 160's
  • Carina Box Tissue 90's 
  • Carina Handkerchiefs Tissue
  • Carina Cotton Buds 400 tips
  • Carina Wallet Tissue
  • Carina Antibacterial Wipes 70's
  • Carina Cotton Bud 480's
  • Carina Wet Wipes 30's
  • Voucher Shopee Carina official Store RM 5
  • Review & Win campaign flyer
  • Carina Surprise Ang-pao sehingga RM88 melalui TNG (Kotak terpilih secara rawak!)

Pertandingan Review & Win

Carina sekarang ini melangsungkan pertandingan review dan menang di media sosial sehingga 30hb April. Sebanyak 300 pemenang akan memenangi 3 bulan produk barangan rumah yang kesemuanya bernilai RM45,000!

Cara MENYERTAI:

1. Muat naik Foto/VIDEO Ulasan pengalaman anda dengan MANA-MANA produk siri CARINA di Facebook/Instagram/ Tiktok

2. Beritahu kami sebab anda akan mengesyorkannya & tag akaun rasmi Facebook / Instagram / Tiktok CARINA

3. Hashtags #MYCarina #WeCareWeLove (pastikan post anda adalah umum).

*Terma & Syarat:

1. Tempoh kempen: SEKARANG - 30 April 2023

2. #300 #Penilai Terbaik akan dipilih untuk MENANG 3 Bulan Bekalan Rumah Carina bernilai RM150. Carina akan screenshot pemenang dan umumkan pemenang di halaman Facebook bermula dari Feb 2023. Sila nantikan!

3. Hadiah tidak boleh ditukar, tidak boleh dipindah milik, dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai atau hadiah lain. Carina berhak untuk mengubah suai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.

4. Resit WAJIB ditunjukkan untuk menuntut hadiah.

5. Setiap pemenang hanya sah untuk menuntut sekali sahaja, Nama & resit Pembelian yang sama tidak dibenarkan.

6. Resit pembelian sah dari 1 Jan 2023- 31 April 2023 sahaja.

7. Baucar tunai bernilai RM150 adalah untuk pembelian produk CARINA sahaja, setiap baucar tunai RM50 hanya sah selama 1 bulan.

8. Carina berhak untuk mengubah suai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.

Pembelian secara online:    

Shopee: https://shopee.com.my/carina.os

Lazada: https://www.lazada.com.my/wangzheng-care/

TopzMall: https://topzmall.com/store/789

Ikuti media sosial Carina

Carina MY Facebook

Carina MY Instagram

Carina MY Tiktok

#MildAndGentle #comfortable #pure #SoftAndTender #CarinaMalaysia #CarinaCares #HealthyTissue #VITAMEDIA #CARINA #WeCareWeLove #beautytissue #BetterLife #CarinaMY #MYCarina #Tissue #CarinaTissue #handkerchieftissue #handkerchief #VirginPulp #PurePulp #Wallettissue #CarinaLavender #CarinaGreentea #CarinaRose #CarinaEveryday #CarinaPure #CarinaCaringLife #CarinaForAll #BetterwithCarina #CarinaFamily #Carina100natural #CarinaNature

Read More

26 December 2022

Lebih Mudah Menyimpan Dengan Savings Calculator

Assalamualaikum dan hai,

Dah penghujung tahun 2022 ni Qiss rasa nak kira tabung simpanan Qiss. Tapi disebabkan hal tak dijangka, tabung yang Qiss ada habis digunakan. 

Layari savingscalculator.org untuk lebih banyak kalkulator pengiraan

Cara simpanan Qiss

1. Simpan wang tunai dalam tabung

Awal tahun memang berkobar-kobar simpan duit kononnya nak ada duit lebih. Tak sampai setengah tahun dah korek tabung sebab hal tak dijangka.

2. Kaedah simpanan mengikut carta

Seronok juga buat simpanan macam ni cuma kadar duit tak berkembang kalau kita simpan di bank biasa ataupun di dalam tabung.

3. Simpanan di ASB

Qiss menyimpan sendiri kat ASB lepas Qiss tak mampu nak bayar pinjaman ASB bulan-bulan. Tapi itulah bila tiada target menyimpan, bulan ni Qiss simpan kat ASB, 2-3 bulan kemudian mesti keluarkan sebab nak pakai duit kecemasan. Sampai umum dividen, sikit je dapat.

Azam tahun 2023, Qiss nak simpan dalam ASB dan taknak usik langsung duit tu. 

Jadi untuk tahun seterusnya, Qiss cuba untuk menyimpan dengan lebih sistematik dan membuat pengiraan terlebih dahulu.

Kiraan melalui pendapatan

1. Pendapatan Bersih

Ok, nak kira pendapatan bersih sebulan, kita kena tahu formulanya

Kerja biasa: Gaji - bayar cukai - bayar EPF = Pendapatan bersih

Kerja sendiri: Pendapatan kasar - belanja bisnes (pengangkutan, minyak, tol) - cukai pendapatan = Pendapatan bersih

2. Guna Aplikasi Savings Calculator

Kalau nak lagi mudah, anda guna je aplikasi Savings Calculator ni. Ia lebih mudah dan cepat serta gerenti anda tak culas dalam menyimpan wang dalam tempoh pelaburan yang ditetapkan.

Sebagai contoh, Qiss nak menyimpan duit sebanyak RM10,000 target 5 tahun menyimpan. Simpanan setakat hari ni ialah RM300.

Savings Goal Calculator

Jadi, dalam kalkulator ni, dia dah tunjukkan cara pengiraan berapa lama Qiss kena menyimpan untuk dapatkan amaun RM10000 tu dan bayaran setiap bulan dalam RM153. 

Dengan savings calculator ni juga dapatlah Qiss buat bajet simpanan yang diperlukan untuk 5, 10 dan tahun-tahun berikutnya.

Duit simpanan tu pula, lebih baik disimpan dalam bentuk pelaburan yang kita akan dapat lebih pulangannya. Contohnya simpanan di Tabung Haji dan ASB. 

Lepas ni Qiss nak cuba kira untuk pelan pencen pula la supaya nanti dah tak kerja masih ada duit simpanan untuk digunakan di hari tua. Semak aja kalkulator ni. Banyak fungsi lain juga.

Read More

21 December 2022

Ikon Kemanusiaan Pertubuhan Peduli Insan, Inteam Berjaya Kumpul RM1,025,252.75 Untuk Syria

SHAH ALAM, 20 Dis 2022 - Pertubuhan Kemanusiaan, Peduli Insan meneruskan misi bantuan musim sejuk tahun 2022 yang mensasarkan tiga negara iaitu, Syria, Palestin dan Yaman.

Ikon Kemanusiaan Pertubuhan Peduli Insan, Inteam, berjaya mengumpulkan dana bantuan untuk Syria sebanyak RM1,025,252.75

Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Peduli Insan) dalam kenyataan hari ini berkata melalui Ikon Kemanusiaan mereka, Inteam, berjaya mengumpulkan dana bantuan untuk Syria sebanyak RM1,025,252.75 sepanjang tahun 2022.

“Dana yang terkumpul itu telah dimanfaatkan kepada 10,000 pelarian Syria sepanjang tahun 2022 di dalam bentuk bantuan berupa kit makanan, membaik pulih khemah, pendidikan, bantuan kecemasan serta alat pemanas dan bahan bakar yang amat penting untuk mengharungi musim sejuk,” katanya.

Inteam yang ditemui ketika Majlis Pelancaran Lagu & Muzik Video Selimut Kasih menzahirkan rasa syukur di atas sokongan peminat yang turut sama menyumbang bagi membantu pelarian Syria berharap agar kerjasama yang terjalin bersama Peduli Insan ini dapat diteruskan dengan usaha yang pelbagai di masa hadapan yang mampu memberikan impak positif melalui nilai kreatif. Lagu Selimut Kasih telah tercalon di dalam kategori Lagu Nasyid Terbaik menerusi Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) pada September lalu.

“Alhamdulillah Inteam telah menghasilkan sebuah lagu berjudul Selimut Kasih yang menceritakan keperitan hidup sebagai seorang pelarian melalui bait lirik tulisan yang diilhamkan oleh air tangan Fedtri Yahya. Muzik video lagu ini juga dirakamkan ketika Inteam menyertai misi kemanusiaan Musim Sejuk Syria bersama Peduli Insan pada awal tahun ini,” kata Syah selaku ketua kumpulan dan pencipta lagu Selimut Kasih.

“Pengalaman menyertai misi kemanusiaan di kem pelarian Syria yang terletak di kawasan utara Syria di mana Inteam dapat melihat dan merasai sendiri kesusahan dan penderitaan yang dialami pelarian menjadikan kami semakin menghayati tiap bait lirik lagu ini,” kata Hazamin pula.

Melihat kepada muzik video yang dikongsikan secara rasmi buat pertama kali kepada pihak media, jelas menimbulkan rasa simpati terhadap pelarian Syria yang hilang segalanya dalam sekelip mata akibat dari kesan peperangan dan krisis ini telah berlanjutan sehingga hampir 12 tahun.

Dalam pada itu, Inteam berharap melalui lagu Selimut Kasih ini mampu meningkatkan kesedaran kepada masyarakat untuk terus membantu pelarian Syria serta pelarian yang menghadapi nasib serupa di Palestin dan Yaman. 

Ustaz Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan, Pengerusi Peduli Insan

Pengerusi Peduli Insan, Ustaz Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan juga menzahirkan rasa terima kasih kepada semua kumpulan media yang telah menyokong kempen-kempen kemanusiaan yang dilaksanakan Peduli Insan dan berharap agar kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang supaya nilai ihsan demi insan dapat diterapkan kepada masyarakat.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan penderitaan pelarian Syria, Palestin dan Yaman boleh menyumbang ke dalam akaun rasmi Bank Islam 0704 3011 06 2019 di atas nama Pertubuhan Peduli Insan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, boleh layari www.peduliinsan.org

Read More

20 December 2022

Hidangkan Keriangan Dengan Payday Christmas Specials

Setiap tahun, memang tak sabar rasanya untuk meraikan perayaan akhir tahun bersama keluarga dan sahabat handai. Musim Krismas bukan sahaja dipenuhi riang tawa dan meluangkan masa bersama keluarga, tetapi inilah juga masanya anda sibuk mengemas, membakar biskut, dan menghias pokok Krismas, sehingga tak cukup tangan untuk menyiapkan lauk tengah hari atau makan malam.

Dari 20 hingga 25 Disember, ShopeeFood mengadakan promosi hebat untuk menghangatkan kemeriahan Krismas dengan diskaun RM25 dan diskaun sehingga 99% dengan ShopeeFood. Tidak kiralah anda sibuk membungkus hadiah, menghias pokok atau melawat jiran tetangga, ShopeeFood sedia membantu. Apatah lagi dengan dompet mudah alih ShopeePay, anda boleh memanfaatkan tawaran hebat dengan pengalaman pembayaran dan penghantaran yang bukan sahaja selamat, namun turut memberi ganjaran dengan ShopeeFood.

Hidangkan Keriangan Dengan Payday Christmas Specials

Berikut adalah tiga sebab utama mengapa anda hanya perlu berehat, bersantai dan memanfaatkan tawaran hebat ShopeeFood pada Krismas ini.

Nilai Berbaloi

Chin Yi Hong

“Baru-baru ini saya ada pergi ke sebuah restoran baharu. Ia agak jauh dari kawasan tempat tinggal saya, tetapi saya sukakan makanan mereka. Nasib baiklah, saya dapat menemui restoran ini di ShopeeFood! Bayangkan betapa gembiranya saya apabila saya dapat memesan makanan kegemaran saya dari restoran itu. Dan yang paling menyeronokkan? Mereka menawarkan diskaun hebat! Harganya benar-benar berbaloi dan Krismas saya menjadi semakin hebat.”

Chin Yi Hong, Kuala Lumpur

Kepelbagaian Makanan

Donovan David

“Setiap tahun, Krismas adalah musim kegemaran saya. Dalam kesuntukan masa untuk kesibukan mengemas rumah, membeli-belah, dan menghias pokok Krismas, saya beralih kepada ShopeeFood. Anda boleh memesan hampir segala jenis makanan pada aplikasi ini. Amat banyak pilihan di hujung jari, dan saya pula boleh fokus ke arah persiapan Krismas, sementara menanti makanan kegemaran saya dihantar terus ke rumah!”

Donovan David, Selangor


Mudah dan Tak Leceh

Melanie Siew Li Shean

“Apabila tiba musim perayaan, terutamanya Krismas, semua orang sibuk di dapur untuk persiapan hari Krismas. Tetapi dengan teknologi di hujung jari, saya memilih untuk memesan sahaja. Dengan ini, saya boleh meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan, dan pada masa yang sama memesan makanan yang berkualiti dari ShopeeFood. Keselamatan dan kemudahan ShopeePay menyenangkan lagi hidup saya.”

Melanie Siew Li Shean, Selangor.

ShopeeFood menghubungkan pengguna dengan pelbagai pilihan kedai makan, daripada restoran popular hingga gerai jalanan, di mana anda boleh memilih daripada pelbagai jenis hidangan. ShopeeFood kini boleh didapati di enam lokasi: Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh, dan Kota Kinabalu. Jadikan perayaan Krismas anda lebih istimewa bersama kami!

Nikmati Tawaran Hebat ShopeeFood PayDay Hanya Untuk Anda!

Pesan dari pelbagai restoran seperti Salad Atelier, Kenny Rogers Roasters, Bubble Bee, JuiceWorks, Old Town White Coffee, Baskin-Robbins, Juicy dan banyak lagi:

Dari 20hb - 23hb Disember 2022

● Baucar DISKAUN 50%

● Penghantaran Percuma dengan perbelanjaan minimum RM0

Dari 24hb - 25hb Disember 2022

● Baucar DISKAUN Sehingga 99%

● Penghantaran Percuma dengan perbelanjaan minimum RM0

Read More

19 December 2022

Nak Menang Kereta, Wang Tunai RM7,000 Jom Borong Barang Di Fellera Beauty

KUALA LUMPUR: Saban tahun menganjurkan jualan harga murah, pengasas produk yang juga pemilik empayar perniagaan, Fellera Beauty Malaysia Sdn Bhd, Syarifah Khyra Muhsin teruja mengumumkan promosi terkini yang akan berlangsung 20 hingga 27 Disember ini.

Syarifah Khyra bersama produk kebanggaannya, Bellrossa Advances atau #jellyajaibviral

Pengusaha produk viral, suplemen berasaskan jeli, Bellrossa Advances atau #jellyajaibviral dan Jus Ajaib itu berkata harga ditawarkan hingga diskaun 15 peratus.

Malah, tidak hanya tawaran harga runtuh tidak masuk akal, jualan hujung tahun itu turut menawarkan ganjaran wang ringgit tunai dan sebuah kereta.

“Cabutan bertuah kami anjurkan sempena jualan hujung tahun ini termasuklah menawarkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza, wang tunai RM7,000 dan banyak lagi.

“Harga jualan hujung tahun ini memang tak masuk akal.  Boleh borong barang keluaran syarikat saya. Dan siapa tahu hadiah cabutan bertuah ditawarkan bakal jadi milik anda.


“Ada juga item edisi istimewa termasuk ‘come back’ The Best Lipmatte dan Parfait Sponge Foundation. Tekan pautan https://www.instagram.com/reel/CmNkWNgAbsi/?igshid=YmMyMTA2M2Y= untuk lebih lanjut atau klik saja https://felleraskin.onpay.my atau pun https://nak.info/felleraskinhq,” katanya.

Dalam pada itu, Syarifah Khyra takjub dan teruja kerwna Bellrossa Advances atau #jellyajaibviral terus menjadi pilihan ramai wanita termasuk selebriti popular.

Malah tanpa berselindung, pemilik nama penuh, Syarifah Nur Fakhirah Syed Muhsin, 30, berkata, setiap kali meneliti testimoni pengguna terhadap keberkesanan produknya, dia pasti mengalirkan air mata.

Tambah Syarifah Khyra, senario positif itu terus membakar semangatnya untuk terus memperkasa golongan wanita dalam kehidupan seharian asbab memakan jeli fenomena dipasarkan.

Antara testimoni yang menggunakan produk #jellyajaibviral : 

















“Ada yang hampir bercerai sebab tak dikurniakan anak.

Ada yang dihina berbakul-bakul dengan mentua kerana tak mampu memberikan cucu. Tak kurang yang diherdik dan dipandang sinis kerana belum ada anak hingga suami minta mencari jalan.

“Malah ada digelar dengan panggilan jahat iaitu mandul kerana tak mampu melahirkan anak. Namun asbab jeli saya dan izin  Tuhan, derita itu bertukar bahagia.

“Ada testimoni yang sudah lapan tahun berkahwin, namun dengan izin menjadi pengguna jeli ini, pasangan itu dikurniakan cahaya mata. Semuanya paparan realiti hidup yang pahit dilihat, namun setiap usaha itu pasti ada hasil indah,” katanya.






Ibu kepada tiga cahaya mata ini bersyukur kerana produk jelinya yang terkenal dengan tagline sekali sedut, tak cari lain itu mampu menyuntik senyum ramai wanita dari anak dara hingga ke usia emas.

“Lebih beruntung produk jeli ini juga menjadi kepercayaan ramai selebriti popular tanah air. Termasuklah Neelofa, Rozita Che Wan, Elfira Loy dan Syatilla Melvin.

“Malah kebanyakan daripada artis itu digunakan khidmat mereka mempromosikan tanpa terlalu ‘hardsell’. Ternyata selebriti ini sendiri mengakui khasiat  jeli berkenaan seperti wanita lain.

“Pendek kata, ramai wanita diberi kesempatan indah untuk hamil, suami makin sayang, dalaman diri makin cantik asbab menggunakan produk jeli ini,” katanya.

Dalam pada itu, Syarifah Khyra sendiri takjub melihat kebahagiaan Neelofa bersama suaminya, Haris Ismail saat dikurniakan Muhammad Bilal.

“Saya mahu ramai lagi golongan wanita mengecapi nikmat hidup sama seperti Neelofa dengan kehadiran cahaya mata. Insya-Allah. Kita jangan putus harap dan usaha ya!

“Semoga produk jeli ini dalam bentuk stik berasaskan vitamin, ekstrak buah dan 30 peratus campuran jamu ini terus menjadi pelengkap kaum Hawa.

Bellrossa Advances atau #jellyajaibviral terus menjadi pilihan selebriti dan orang ramai

“Ia dapat menyelesaikan masalah utama golongan wanita termasuk haid, senggugut, cyst, fibroid, hubungan kelamin selain komplikasi kulit. Jeli ini juga tinggi kandungan antioksida untuk ketahanan diri daripada serangan virus,” katanya.

Jom dapatkan promosi terkini yang akan berlangsung 20 hingga 27 Disember ini di https://www.instagram.com/reel/CmMUuqXA_b4/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com