Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

17 November 2020

Trend Kecantikan Terkini Dari Seluruh Dunia Kini Di Guardian

Sejajar dengan reputasinya sebagai sebuah destinasi kecantikan, Guardian Malaysia telah mara selangkah lagi ke hadapan dengan menampilkan trend kecantikan terkini dari seluruh dunia agar keperluan pelanggan dalam normal baru dapat dipenuhi. 

“Dulu kita boleh berkunjung ke luar negara dan membeli produk-produk kesihatan dan kecantikan terkini yang belum boleh didapati di Malaysia. Namun gaya hidup sebegitu agak mustahil kini akibat daripada pandemik COVID-19,” kata Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Health And Beauty, Malaysia dan Singapura.

“Oleh itu, daripada perubahan gaya hidup yang belum pernah kita alami sebelum ini, tercetuslah satu ilham untuk  mengadakan acara yang pertama seumpamanya iaitu Jualan Kecantikan Global (Global Beauty Sale atau GBS) untuk memberikan pelanggan kami akses mudah yang berterusan kepada produk-produk kecantikan terhebat dari seluruh dunia pada nilai yang hebat,” tambah Anna.

Kempen selama sebulan yang bermula pada 3 November sehingga 2 Disember 2020 itu menampilkan pelbagai produk kecantikan yang menjadi trend di seluruh dunia. Seleksi mantap itu mewakili jenama terbaik dari semua jenama global dan mencerminkan komitmen Guardian terhadap kepercayaan yang diberikan kepada kami dalam memastikan pelanggan sentiasa mendapat produk berkualiti tinggi pada nilai hebat.

Inisiatif GBS adalah rentetan kepada pelancaran semula stor utama Guardian yang canggih di Suria KLCC yang mempamerkan produk-produk kesihatan dan kecantikan terkini dan teknologi paparan yang baru. Transformasi stor tersebut dibuat berdasarkan maklum balas daripada pelanggan mengenai keperluan produk, kualiti dan harga. 

Mengulas tentang GBS, Anna berkata: “Selain pilihan jenama dan produk yang pelbagai, kami juga menawarkan diskaun sehingga 50% kepada para pelanggan sepanjang tempoh ini. Seleksi produk termasuk jenama-jenama kecantikan terkemuka dari Korea dan Jepun, produk kecantikan semula jadi terbaik, jenama-jenama baru di Guardian dan barangan keperluan harian dari 26 negara termasuk Malaysia.” 

“Sebagai contoh, kami mempunyai satu bahagian untuk produk kecantikan terbaik untuk seri kecantikan dari Thailand, untuk penampilan anggun seperti pelakon drama Korea dan untuk rupa wajah cantik setiap hari seperti drama Jepun, solekan yang memberikan anda gaya glam klasik Eropah Barat dan banyak lagi untuk penjagaan peribadi, penjagaan rambut, penjagaan kulit dan keperluan harian,” jelas beliau. 

Antara tawaran-tawaran hebat lain di Jualan Kecantikan Global Guardian termasuk: 

· Tawaran BELI 1 PERCUMA 1 untuk lebih 190 produk penjagaan peribadi

· Lebih 100 barangan penjagaan kulit ditawarkan pada harga RM11

· Nilai HEBAT setiap hari - lebih 1,300 produk keperluan harian dengan potongan harga setiap hari.

· Dapatkan penimbang Smart Digital Bluetooth PERCUMA dengan pembelian minimum RM220 untuk mana-mana produk Penjagaan Kesihatan dalam satu resit (sementara stok masih ada)

· Peralatan dapur silikon PERCUMA (set 3 barang) dengan pembelian minimum RM88 untuk mana-mana produk Penjagaan Peribadi dalam satu resit.

· Kereta Honda Civic BARU untuk dimenangi dalam peraduan SHOP, WAVE & WIN. Hanya belanja minimum RM30 dan bayar menggunakan kad ATM MyDebit anda, ambil gambar slip transaksi, hantarkan gambar anda dan berpeluang memenangi Hadiah Utama berupa sebuah kereta baru.

“Jadi, anda tidak perlu terbang mengelilingi dunia untuk produk Kesihatan dan Kecantikan anda, kami bawakan produk-produk terebut dari seluruh dunia kepada anda. Jangan lepaskan peluang hebat ini untuk membeli dan mendapatkan stok barangan keperluan harian anda kerana Guardian sentiasa menawarkan kualiti terbaik pada harga terbaik untuk nilai terbaik,” kata Anna.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk kegemaran anda pada harga diskaun sepanjang Jualan Kecantikan Global ini, sila layari www.guardian.com.my dan #guardianmy




 


Read More

16 November 2020

Cara Daftar WeMedia Dan Cara Buat Task WeMedia


 STOP register aplikasi sebegini.





Read More

13 November 2020

Ezra Kairo Di Buli Gara-Gara Kulit Gelap

Nama Ezra Kairo mungkin masih terlalu asing di dalam arena seni. Malah pemilik nama penuh Daniel Ezra Mohd Shafiq Nickleson ini sendiri selesa berada di bawah radar arus perdana hingga kini.

Dalam erti kata lain, jejaka India Muslim atau Mamak berusia 19 tahun ini selesa menggelarkan dirinya sebagai penyanyi ‘underground’.

Penuntut diploma tahun akhir jurusan perniagaan di sebuah kolej tempatan ini mula aktif memuat naik lagu nukilan liriknya di platform digital termasuk di YouTube sejak tahun lalu.

Malah kalau mahu disingkap plot cerita Ezra juga seperti penyanyi dan komposer muda YonnyBoii yang dibuli ketika di bangku sekolah kerana ‘keunikan’ yang ada pada mereka.

“Fasa genting dalam hidup saya ketika di  sekolah menengah dalam Tingkatan Satu. Dilahirkan dalam keluarga India Muslim, saya tak lepas diejek dan dibuli. Malah pelbagai gelaran yang diberikan kepada saya cukup menyesakkan hati.

Warna kulit saya juga jadi modal usikan dan ejekan. Saya berdepan trauma yang memeritkan. Umpama diri ini tiada hati dan perasaan,” katanya.

Anak sulung daripada empat beradik ini bagaimanapun tidak terus hanyut dengan kesedihan dan trauma, dia menjadikan muzik sebagai ruang berkongsi curahan isi hati. 

Muzik umpama escapisme atau cara saya bangkit melupakan apa saja yang melemahkan. Saya alihkan apa saja rasa yang tidak enak dengan muzik dan menulis lirik khususnya.

“Saya juga mula menyertai pertandingan nyanyian di sekolah. Secara rasmi saya berjinak jinak secara serius dalam nyanyian tahun lalu,” katanya.

Ezra sebenarnya memiliki album EP memuatkan lima buah lagu berbahasa Inggeris di Spotify sejak Februari lalu.

Saya terdetik bikin album EP itu selepas putus cinta dengan kekasih. Biasalah cinta monyet. Saya luahkan getar rasa dalam lirik lagu. Salah satu lagu yang dimuatkan dalam album EP itu berjudul Leave  Me. Sampai ada kawan gelarkan saya Adele versi lelaki kerana kami masing masing menyanyikan lagu patah hati atau melara jiwa.

“Nama saya sedikit meledak Mac lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa ketika mempromosikan lagu Come Thru.  Tanpa diduga dengan bantuan dan akses dimiliki aplikasi TikTok, lagu itu diminati sampai ke Afrika Selatan, India, Brunei, Rusia, Mauritius, Maldives, Singapura dan Indonesia.

Alhamdulillah lagu itu berkisar soal kehidupan kena diteruskan walau apa jadi termasuk gagal dalam bercinta. Ramai yang boleh rasa dekat dengan lagu itu. Lalu impian saya untuk hubungkan muzik dengan kehidupan manusia dianggap berjaya di situ,” katanya sambil memaklumkan lagu Wait For Me turut diputarkan di stesen radio Hits FM.

Selepas muncul dengan beberapa buah single dan EP berbahasa Inggeris, Ezra kini optimis untuk tampil dengan single bahasa Melayu pula berjudul Kau Tiada.

“Lirik lagu Kau Tiada saya tulis dalam bahasa Inggeris. Ia diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan bantuan kawan saya yang juga penyanyi dan peserta Big Stage, Amir Hassan.

Lagu ini mengenai rasa kehilangan apabila orang yang kita sayangi sudah tiada. Ia tidak hanya tertakluk kepada kekasih semata mata. Tapi dengan sesiapa saja yang kita rapat.

Saya sendiri kehilangan bapa tersayang di usia tiga tahun. Saya yakin ramai yang sudah terbiasa melalui fasa kehilangan. Bukan sesuatu yang mudah melawan fasa sebegitu, namun hidup harus diteruskan,” katanya.

Ezra memilih untuk melancarkan teaser Kau Tiada itu hari ini (Jumaat) di platform YouTube, Tiktok dan media sosial lain.

"Saya sempat mempromosikan sedikit lagu itu di Instagram, Twitter dan Facebook beberapa hari lalu. Maklum balas yang diperoleh cukup positif. Tiada aral  saya akan lancarkan lagu itu 25 November ini,” katanya.

Peminat tegar kepada bintang seni seperti Ed Sheeran, Chris Brown dan Faizal Tahir ini bagaimanapun belum terfikir untuk melahirkan album penuh sekali gus ke arus perdana.

“Album penuh belum lagi rasanya. Saya masih anggap diri ini mentah dan hijau. Namun saya serahkan semua itu berbalik kepada soal masa dan ruang.

Cukup saat ini, saya kongsi bakat yang ada ini kepada mereka yang meminati perjuangan muzik ini,” katanya yang memiliki hampir 20000 pengikut di Instagram @ezrakairo


Read More

12 November 2020

Berhenti Daftar EZJOB

Update terbaru tentang ezjob 

-Tidak membayar duit withdraw. 

So anda dah boleh stop buat task. Yang pernah upgrade tu kalau tak balik modal di kira burn.






Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com