Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

26 January 2022

AEON x NANA DESSERT

Kolaborasi AEON dengan Selebriti Terkenal Siti Nordiana 

Menawarkan Rangkaian Produk Manisan Pencuci Mulut Lazat

Kuala Lumpur, 25 Januari 2022 – AEON CO. (M) BHD. atau AEON dan selebriti tanah air terkenal Siti Nordiana Alias atau lebih mesra dengan panggilan Nana melancarkan rangkaian produk manisan pencuci mulut yang dikenali sebagai Nana Dessert. Ianya merupakan kolaborasi di antara AEON dan Nana yang boleh didapati di AEON Delicatessen yang terdapat di seluruh cawangan pasar raya AEON.

Azidah Alimuddin, Ketua AEON Delicatessen dan Ketua Pusat Pemprosesan Makanan AEON (kiri) bersama Nana semasa pelancaran Nana Dessert di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan

Majlis pelancaran AEON x Nana Dessert yang diadakan di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan pada 22 Januari 2022 memperkenalkan dua (2) produk utama; kek dan puding, di mana terdapat lima (5) jenis kek dan lima (5) jenis puding bagi setiap kategori.

“Nana sememangnya gemar memakan manisan. Oleh itu Nana merasa sangat bertuah kerana dapat mengadakan usaha sama dengan AEON, sebuah rangkaian peruncitan yang terkemuka di Malaysia. Ini kerana Nana dapat berkongsi dengan para peminat Nana serta para pelanggan AEON untuk turut menikmati rangkaian manisan pencuci mulut lazat yang dihasilkan oleh Nana sendiri”, kata beliau.

“Tambahan pula, AEON mempunyai cawangan di seluruh negara yang pastinya memudahkan para pelanggan untuk mendapatkan Nana Dessert,” ujar beliau lagi. 

Menurut Nana, kesemua rangkaian produk Nana Dessert diperbuat daripada sumber yang bermutu dan mendapat pengiktirafan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Azidah Alimuddin, Ketua AEON Delicatessen dan Ketua Pusat Pemprosesan Makanan AEONberkata,“Kami merasa bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan Nana untuk memasarkan rangkaian produk manisan pencuci mulut Nana Dessert. Ianya juga merupakan salah satu langkah AEON untuk terus giat membangunkan produk tempatan di pasar raya kami dan kami yakin rangkaian produk Nana Dessert mampu mendapat sambutan yang baik dari para pelanggan AEON serta peminat-peminat Nana.”

Pelbagai lagi jenis manisan pencuci mulut Nana Dessert akan dipasarkan di cawangan pasar raya AEON di seluruh negara 

Majlis perasmian tersebut dimeriahkan oleh kehadiran para peminat Nana di mana 10 yang bertuah berpeluang melakukan aksi “boomerang” bersama beliau. Tetamu yang hadir juga dihiburkan dengan nyanyian dua buah lagu oleh Nana berjudul Terus Mencintaimu serta Bunga dan Amaran. 

Kolaborasi ini adalah sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 8 – Kerjaya Yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi – yang memberi tumpuan ke arah menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, pekerjaan yang menyeluruh, baik lagi produktif kepada semua.

Read More

22 January 2022

Stor Ke-500 Guardian Kini Dalam Bentuk Aplikasi Mudah Alih | Download Sekarang

STOR KE-500 GUARDIAN, TANPA LANTAI, TANPA DINDING

Guardian Malaysia yang bermula dengan ruang runcit seluas 200 kaki persegi 55 tahun yang lalu, hari ini meraikan pembukaan stor ke-500 yang tidak berlantai, tidak berdinding dan beroperasi 24 jam selama 7 hari seminggu dan tanpa had.

Stor Ke 500 Guardian dalam bentuk aplikasi

Stor ke-500 ini adalah aplikasi mudah alih baru Guardian yang telah dibangunkan dengan tujuan menawarkan manfaat yang lebih besar kepada pelanggan. Antara ciri-ciri aplikasi tersebut adalah ikon pintasan untuk akses lebih pantas untuk tawaran pukal, tawaran eksklusif dalam talian, produk-produk popular, fungsi menambah produk ke “Senarai Hajat”, carian terhangat dan penghantaran ke seluruh negara - tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja untuk Malaysia Barat dan enam (6) ke sepuluh (10) hari bekerja untuk Malaysia Timur.  

Tae Hoon Kim, Pengarah Komersil & E-Dagang Serantau, DFI Retail Group, Asia Tenggara, Kesihatan dan Kecantikan, melancarkan aplikasi tersebut di Kuala Lumpur hari ini berkata: “Kami terus mengembangkan stor-stor fizikal sejak dua tahun lalu kerana kami tahu pelanggan masih ingin berkunjung ke stor apabila ia wujud berhampiran mereka. Pada masa yang sama, kami juga mempercepatkan perjalanan transformasi digital kami membangunkan saluran-saluran e-dagang, kerana kami mengiktiraf penerimaannya yang semakin meningkat di kalangan pelanggan dan perniagaan.

Tae Hoon Kim, Pengarah Komersil & E-Dagang Serantau, DFI Retail Group, Asia Tenggara, Kesihatan dan Kecantikan melancarkan aplikasi Guardian baru-baru ini

Aplikasi Guardian yang anda lihat hari ini adalah sebuah pencapaian penting dalam transformasi digital Guardian untuk berada seiring dengan pengguna yang mahir teknologi seperti anda. Ia juga merupakan cara kami menerima sepenuhnya perubahan baru yang melanda industri sepanjang dua tahun lepas,” tambah beliau.

Kim berkata: “Kami berasa sangat bangga memperkenalkan aplikasi yang dibangunkan secara teknologi ini dan pada titik perjalanan transformasi ini, kerana kami percaya persekitaran runcit kini benar-benar bersedia untuk aplikasi sebegini. Kami akan komited untuk mengikuti arus perubahan dalam dunia aplikasi mudah alih dan bekerja keras untuk membawakan promosi-promosi eksklusif aplikasi kepada anda.”

Pelanggan boleh menikmati pelbagai pilihan produk yang ditawarkan melebihi 10,000 barangan keperluan kesihatan dan kecantikan dengan banyak tawaran ekslusif hanya di aplikasi. Selain itu, mereka akan menikmati platform pembayaran yang selamat dan dipercayai, penghantaran percuma dan lebih banyak peluang untuk mendapatkan e-baucar. 


Untuk meraikan pelancaran stor ke-500 itu, Guardian mengadakan peraduan istimewa Beli dan Menang App-Clusive menawarkan hadiah bernilai sehingga RM50,000 untuk dimenangi. 

“Hadiah pertama peraduan Beli dan Menang APP-Clusive ialah Set Barang Kemas HABIB Citrine and Diamond bernilai RM12,800, hadiah kedua berupa sebuah Kerusi Urut Ogawa Luxe Amour bernilai RM6,599 manakala lima hadiah ketiga ditawarkan berupa peranti Habo Cleaning Foaming Ogawa bernilai RM349 setiap satu. Secara keseluruhannya, 500 orang pemenang akan dapat memenangi sembilan jenis hadiah,” jelas Kim. 

Selain itu, Guardian juga akan mengadakan peraduan Guardian App Dance Challenge dimana video paling kreatif dengan lagu singkat (jingle) Aplikasi Guardian akan berpeluang memenangi Hadiah Utama berupa RM5,000 (berupa kombinasi wang tunai RM2,500 dan baucar Aplikasi Guardian RM2,500). Terdapat juga lima hadiah saguhati berupa baucar Aplikasi Guardian bernilai RM500 setiap satu untuk dimenangi. Peraduan ini  akan berlangsung dari 13 Januari hingga 27 Februari 2022.



“Untuk pembelian App-Clusive pertama anda, kami juga akan memberikan potongan RM15 daripada pembelian anda beserta penghantaran PERCUMA,” tambah Kim. 

“Jadi, sila muat turun aplikasi mudah alih baru Guardian hari ini untuk memenangi pelbagai hadiah eksklusif dan mendapatkan tawaran eksklusif yang hanya terdapat di aplikasi yang pastinya akan menjadikan membeli-belah di Guardian lebih menyeronokkan, lebih mudah, bebas masalah dengan nilai yang lebih baik,” kata Kim mengakhiri.

Aplikasi mudah alih baru Guardian boleh dimuat turun menerusi Apple App Store dan Google Play Store.

Sebagai tanda pelancaran selanjutnya, Guardian turut menyumbang RM5,000 kepada setiap satu daripada 10 rumah anak-anak yatim di Malaysia yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini, sebagai usaha berterusannya dalam menyokong dan berkhidmat kepada komuniti dimana mereka beroperasi. 

10 rumah anak-anak yatim yang menerima sumbangan RM5,000 tersebut adalah:


1. Maahad Tahfiz As-Sahabah, Hulu Langat, Selangor

2. Yayasan Chow Kit, Kuala Lumpur

3. Pertubuhan Amal Rumah Anak Yatim dan Hidayah Alhijrah, Hulu Langat, Selangor

4. Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Muhammad Al-Fateh, Kajang, Selangor

5. Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong, Selangor

6. Pusat Jagaan Hembusan Kasih Sayang, Kuantan, Pahang

7. Rumah Kebajikan Anak Yatim & Fakir Miskin Perempuan (Permata Al-Insyirah), Pahang

8. Persatuan Kebajikan Jagaan Sri Sai Selangor

9. Rumah K.I.D.S, Selangor

10. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf Teratak Ummi, Selangor

#GuardianMYApp


Read More

20 January 2022

Oh.... Nakada Ini Jenama Diusahakan Rakyat Malaysia

Beroperasi sejak lebih dua dekad, syarikat Nakada Group (M) sebenarnya dimiliki dan diusahakan dua adik beradik dari Malaysia, Datuk Yap Kok Heng dan Datuk Kok Siang.

Biarpun kedengaran seperti nama dari Jepun, hakikatnya jenama itu diangkat dari sekecil kecil usaha di pasar basah hinggalah menempa nama di dalam dan luar negara menerusi pasaran dalam talian.


Datuk Aznil Nawawi dan Pengarah Urusan Nakada Group, Dato Zen Yap setelah menandatangani kontrak pelantikan Pak Nil sebagai Duta Nakada

Berasal dari sebuah syarikat berstatus 'enterprise' di bawah nama Tango Enterprise sejak 1999 dan kemudian ke Sdn Bhd pada Ogos 2007, jenama ini bergerak atas hasrat menjadikan kehidupan masyarakat lebih praktikal dan mementingkan aspek kesihatan.

Di bawah syarikat itu bernaung tiga jenama utama, Nakada, Primada dan Cuoco.

"Memang ada yang beranggapan nama syarikat itu berasal dari negara matahari terbit. Tapi tidak kerana ia buatan Malaysia.

Nama itu sebenarnya diambil daripada seorang pemain bola sepak berpengaruh dari Jepun yang berjaya menembus bukan saja pasaran Asia tetapi maju hingga ke Eropah.

Begitu juga impian saya dan adik untuk membawa jenama ini melangkaui semua pasaran di dunia dengan menjual peralatan elektrik untuk rumah buatan tempatan dan mengimport dari luar negara yang terbaru serta canggih" kata Yap Kong Heng selaku Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu.

Malah produk ini juga menembusi pasaran luar negara termasuk di Hong Kong hingga menjadikan Kiki Sheung yang juga  artis terkenal dari sana sebagai duta sejak lebih sedekad lalu.

Malah sejak Mei tahun lalu, pengacara popular tanah air, Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil pula dilamar sebagai duta sama di Malaysia untuk tempoh dua tahun.

Pada 20 Januari (hari ini), satu majlis menandatangani kontrak sekali gus mengumumkan Pak Nil sebagai duta turut diadakan ibu pejabat syarikat terbabit di Lot 976/977, Jalan Jambu Gajus, Jinjang Selatan, KL.


"Kami mempunyai sebab konkrit memilihnya sebagai duta. Beliau mempunyai imej yang sihat, ceria, peramah, suka memasak, menjaga kesihatan dan tubuh badan. 

Lalu minat dan dedikasinya itu bertepatan dengan produk yang syarikat kami pasarkan. Dia masih kekal relevan memikat hati ramai orang dalam bidang tugas dilakukan. Hatinya juga sangat murni kerana sentiasa mahu membantu mereka yang memerlukan.

Lihat saja ketika era pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu dan musibah banjir, beliau antara yang tak betah duduk diam. Sebaliknya mahu membantu dengan menggunakan populariti dan kelebihan yang ada," katanya.

Hari ini, syarikat itu terus matang selepas melakukan penambah baikan dan pembangunan berterusan. 

Tambah Pengarah Urusannya; Yap Kok Siang, ia termasuk pengalaman ditimba menerusi pameran antarabangsa disertai di China, Singapura, Taiwan, Hong Kong dan sebagainya.

"Menerusi penyelidikan dan pembangunan tanpa jemu, kami juga mahu menyediakan pengguna dengan produk berkualiti. Semua itu dilakukan bagi memastikan proses penawaran dapat menampung permintaan yang ada. Ia sekali gus memastikan setiap produk dapat dipasarkan dengan harga berpatutan.

Kami juga berteraskan polisi kejujuran, penyayang dan profesional dalam nilai teras perniagaan. Kami bersemangat mempersembahkan produk berkualiti tinggi kerana sentiasa percaya setiap daripada kita berhak menikmati kesihatan yang baik.

Kami mengutamakan tiga prinsip penting iaitu kualiti jenama, perkhidmatan selepas jualan dan operasi penjagaan kesihatan produk dipasarkan. Kami tak ketinggalan disokong pasukan kerja dinamik termasuk di platform media sosial dan teknologi maklumat seperti Facebook, Instagram, Lazada, Shopee dan laman www.primada.com.my," kata Yap Kok Siang.

Pelbagai produk Nakada dengan pemilihan warna pastel pastinya menambat hati pelanggan.



Dalam pada itu, Yap Kok Siang akur era pandemik turut memberikan cabaran tersendiri kepada syarikat untuk terus bernyawa.

"Cabaran paling hebat kami lalui bukan pada tahun pertama pandemik (2020). Sebaliknya cabaran sebenar datang melanda awal tahun lalu  di mana ramai yang menganggur, kos penghantaran naik dengan mendadak dan kenaikan kos bahan mentah.

Pelbagai bidang ekonomi dalam negara terjejas. Syarikat kami tidak terkecuali. Namun kami tidak mahu mengalah, bahka bertekad akan terus membawa masuk lebih banyak barangan elektrik yang berteknologi dan bermutu tinggi ke dalam negara.

Ia diiringi dengan harapan supaya dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada perkembangan ekonomi Malaysia pada masa depan," katanya.

Sementara itu, Aznil yang juga bapa tunggal kepada tiga anaknya,  Fildza Haifa 32, Fariq Haizen, 27 dan Firdaus Hariz, 13, berkata kehadiran jenama itu memudahkan rutin hidupnya.

Figura kelahiran Kampung Datuk Keramat KL yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (Kategori Pengacara Paling Lama Berkhidmat) itu sendiri juga mengakui skil memasak terus diasah saban hari.

"Apabila jadi bapa tunggal kenalah belajar memasak. Dulu masa zaman bujang, skil itu mungkin terbatas. Tapi sekarang kalau diminta masak menu itu, ini... mungkin saya boleh siapkan.

Tambah pula, memasak sekarang tak perlu skil. Konsep letak bahan dan campur diperlukan dalam mesin, siap dan boleh dimakan.

Sejak Mei tahun lalu saya dilantik jadi duta jenama kelengkapan dapur dan barang elektrik jenama Nakada, lagi tambah senang kerja dan hidup ini,"  katanya.

Bagi selebriti yang aktif dengan kerja kebajikan itu, pembabitannya sebagai duta bukan sekadar melobi dan meningkatkan kesedaran ramai terhadap jenama itu.

"Bahkan saya juga akur pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak dua tahun lalu memberi kesan kepada ramai orang. Ia termasuk dalam aspek perbelanjaan ekonomi.

Justeru, saya berbincang dengan pihak mereka untuk mengadakan sesi belian harga istimewa. Permintaan itu diperkenankan dan sekali gus membolehkan orang ramai memiliki barangan jenama itu dengan harga runtuh.

Datuk Aznil Nawawi membuat satu jam sesi siaran langsung di media sosial dan memperkenalkan harga duta buat penggemar produk Nakada

Setiap minggu atas kapasiti sebagai duta, saya akan buat satu jam sesi siaran langsung di media sosial termasuk Facebook, Instagram dan TikTok. Dalam tempoh itu belian harga duta  membolehkan pengikut media sosial membeli barangan jenama itu dengan potongan diskaun hingga 70 peratus," katanya.

Jika di Malaysia, Pak Nil menjadi pilihan. Namun di pasaran Hong Kong, posisi duta sama diambil selebriti Kiki Sheung sejak lebih 10 tahun lalu.

"Kebetulan ketika saya mencari butiran mengenai dirinya (Kiki), kami sebaya berusia 59 tahun. Ternyata jenama ini lebih memilih artis senior berbanding budak baru nak 'up' (BBNU).  Pengalaman itu lebih mahal nilainya. Saya juga anggap ini rezeki di era pandemik," katanya.



Pada majlis menandatangani kontrak pelantikan Pak Nil sebagai duta turut diadakan Demostrasi Masakan menggunakan produk Nakada oleh Pak Nil sendiri.

Read More

19 January 2022

AEON Terima Anugerah "Brand Of The Year" Oleh World Branding Awards Dua Tahun Berturut-turut

Kuala Lumpur, 19 Januari 2022 - AEON CO. (M) BHD. (AEON) sekali lagi telah dipilih oleh sebuah badan pengiktirafan jenama global yang terunggul, World Branding Awards sebagai pemenang Anugerah Jenama Terbaik 2021/2022 untuk Kategori Peruncit-Pusat Beli Belah (Brand of The Year Award 2021/2022 for the Retailer-Departmental Stores Category).

AEON Terima Anugerah "Brand Of The Year" Oleh World Branding Awards

Dicalonkan bersama-sama dengan lebih 500 jenama lain daripada lebih 60 buah negara di seluruh dunia, AEON berbesar hati dipilih sebagai pemenang untuk tahun yang kedua ini secara berturut-turut. Para pemenang di peringkat kebangsaan untuk pelbagai kategori adalah dari Australia, Perancis, Hong Kong, Itali, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.

Menurut Shafie Shamsuddin, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif AEON, “Kami di AEON bersyukur kerana telah dinobatkan sebagai pemenang Brand of The Year Award 2021/2022 bagi Kategori Retailer-Departmental Stores dua tahun berturut-turut. Pelanggan sentiasa menjadi keutamaan atas segala yang kami lakukan di mana kami menerima setiap cabaran dengan penuh rasa semangat dan tabah bersama sokongan penuh pihak pemegang taruh. Kami terus berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam memenuhi keperluan pelanggan bagi pengalaman membeli-belah yang menceriakan - di luar talian dan dalam talian - dalam persekitaran yang selamat sambil menyesuaikan diri dengan norma baharu."

“Kami mendedikasikan pencapaian ini kepada pekerja kami yang dikenali sebagai AEON Warriors atas segala kerja keras dan komitmen mereka, serta rakan perniagaan dan pelanggan kami atas sokongan dan kesetiaan mereka yang berterusan. Pengiktirafan ini sudah pasti mendorong kami untuk terus mencabar keupayaan serta mempertingkatkan ekosistem runcit kami dengan mengintegrasikan elemen teknologi, kemampanan dan tenaga kerja.” tambahnya.

Lebih 1.3 juta undian pengguna telah diterima sejak bermulanya program anugerah ini dan untuk edisi keempat belas ini, lebih 345,000 pengguna telah menyertai proses pencalonan di seluruh dunia. Secara purata, hanya terdapat tujuh jenama sebagai pemenang di setiap negara, membuktikan bahawa memenangi “World Branding Awards” sememangnya satu pencapaian yang gemilang. Pemenang dinilai secara unik melalui tiga aliran: penilaian jenama, penyelidikan pasaran pengguna dan pengundian dalam talian awam.

Pengumuman semua pemenang anugerah “World Branding Awards 2021/2022” telah dibuat pada penghujung tahun lalu, melalui majlis dalam talian pertamanya yang dilakukan dari Istana Kensington, London.

Read More

Pandemik 2021: RichWorks Komited Bantu 605,000 Usahawan Bangkit Semula

Tahun 2021 yang diharungi sebelum ini menyaksikan pelbagai kisah dengan cabaran pandemik dan ditutup bersama musibah banjir pada akhir Disember lalu. 

RichWorks faham keadaan dihadapi orang ramai - kesusahan ekoran pandemik & banjir

Kami memahami perasaan dialami ramai orang di luar sana termasuk usahawan apabila Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19. 

Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan. 

Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman

Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada usahawan terutama dalam bimbingannya. 




Tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang. 

Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan.  

Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu. 

Sokongan RichWorks melalui pelbagai inisiatif termasuk 13 program percuma, business bootcamp, RichWell dan lain-lain 

Malah salah satu program kami iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell). 

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd

"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga. 

"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya. 

Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini. 

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul. 

Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi. 

Billboard RichWorks di lebuh raya

Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion. 

Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX). 

Melalui program bimbingan Spire kami yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya. 

Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021. 

Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang kami usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah. 

Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.

Read More

17 January 2022

Umum Fasha Sandha Duta, Wawawien Beaute Jual 25,000 Kotak Edisi Terhad Gebu Glow

KUALA LUMPUR: Syarikat Wawawien menerusi rangkaian jenama Wawawien Beaute dengan penghasilan Vitamin C Gebu Glow mensasarkan jualan sebanyak 20 juta tahun ini. 

Pemilik jenama Wawawien Beaute, Wawa (kiri) dan Awien di majlis pelancaran Fasha Sandha sebagai duta produk Gebu Glow di ibu kota hari ini (petang tadi)

Sasaran itu dilihat berkemungkinan besar boleh menjadi kenyataan menerusi pelantikan aktres Fasha Sandha sebagai duta produk dipasarkan itu. Pelantikan ibu kepada tiga cahaya mata itu diumumkan pada 17 Januari (hari ini) dalam satu majlis bertemakan drama Emily In Paris di sebuah premis acara di ibu kota. 

Syarikat milik 100 peratus bumiputera itu ditubuhkan Ogos 2015. Ia bermula dengan  status enterprise dan bertukar Sdn Bhd sejak 20 Julai  2020. Syarikat itu diusahakan dua beradik kelahiran Kedah, Maizatulnazwa Mohd Zulkifli (Wawa), 34, dan adiknya, Nurul Nazwin Mohd Zulkifli (Awien), 29.

Awien dan kakaknya, Wawa (kiri) bersama duta atau pengguna setia Gebu, Glow Fasha Sandha

"Kami melalui fasa lumrah dalam hidup yang ada turun naik. Saya dan adik bekerja sebagai pramugari asalnya. Selepas berhenti kami bergelut meneruskan hidup sebagai manusia, isteri dan ibu.

"Kami memulakan perniagaan menjual 200 helai tudung dari rumah bermodalkan duit simpanan sekitar RM2,000 hingga tercetus Wawawien Collection. Masa tahun 2017 pernah rasa putus asa dan nak makan gaji dapat pendapatan bulanan. Namun kami tidak mengalah.

"Seterusnya pada September tahun 2020, kami mencabar diri meneroka pasaran kecantikan pula menerusi Wawawien Beaute. Daripada situ lahir rangkaian produk tunggal berasaskan vitamin C dipanggil Gebu Glow. Moga pelantikan duta ini akan terus memberi nilai tambah kepada kami," kata Wawa selaku Ketua Pegawai Operasi syarikat itu.

Tambah Wawa lagi, mereka menggunakan pendekatan modul 'business to business' dengan menyediakan platform latihan dan pembangunan kerjaya untuk agen.  

Set edisi terhad Fasha Box Gebu Glow





Botol produk Gebu Glow edisi standard dalam bentuk serbuk.


Hingga kini sudah ada lebih 2500 agen berdaftar di seluruh negeri.

"Niat kami nak bantu mereka yang hidup susah termasuk golongan suri rumah atau bekerjaya menjana pendapatan. Kami pernah susah, jadi kami mahu sama sama senang dengan lain dengan hanya buat duit dari rumah. 

"Kami sasar 20 juta jualan tahun ini dan 1000 usahawan berjaya. Kami seperti pengedar yang mencari agen. Jadi jangan segan dekati kami.

"Jadi agen dengan modal permulaan RM299 saja dan keuntungan boleh meningkat hingga 40 peratus," katanya.

Sementara itu, Awien  selaku Ketua Pegawai Eksekutif pula menambah, minat dan obses dia dan kakaknya terhadap dunia kecantikan antara mendorong kelahiran produk berasaskan Vitamin C itu.

Mereka mahu mendidik bahawa memiliki kulit sihat adalah lebih utama berbanding memutihkannya.

"Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Kami sendiri jenis suka makan suplemen untuk jaga kecantikan dan kesihatan diri. 

"Saya dan kakak sendiri berkahwin di usia muda. Saya kahwin di usia 21 tahun. Cuma selalu orang akan skeptikal yang vitamin C menambah selera makan. Hakikatnya tak.

"Cuma kami ini spesis tak suka makan ubat dalam bentuk tablet. Sebab itu ia dikeluarkan dalam bentuk serbuk. Ia juga meningkatkan imunisasi badan dan mencantikkan kulit sihat. Ia jauh sekali untuk memutihkan kulit. Ibu mengandung dan budak dari umur tujuh tahun pun selamat nak guna," katanya.

Duta Gebu Glow, Fasha Sandha bersama kotak set edisi terhad jenama itu yang dikeluarkan sebanyak 25000 kotak sahaja dengan harga RM29.90


Awien berkata pemilihan Fasha seiring pengaruh, populariti dan statusnya sebagai ibu yang masih menjaga kecantikan dan memenuhi tanggungjawabnya sebagai isteri serta ibu.

"Ikutkan kami lebih selesa guna terma pengguna setia berbanding duta. Dia (Fasha) bermula daripada mencuba produk itu secara ulasan di Instagram. 

"Dia sendiri menggunakan produk itu secara konsisten dan memuji semangat kami untuk bantu golongan suri rumah dan ibu. Dia sendiri bergelar ibu dan tahu bagaimana kesusahan golongan ibu di era pandemik COVID-19. Dia menyokong visi dan misi kami. 

"Istimewa serentak dengan pengumumannya sebagai duta hari ini (17 Januari), dihadirkan set edisi terhad, Fasha Box Gebu Glow menggabungkan perisa kegemarannya blackcurrant dan strawberi dalam satu sachet. Hanya 25,000 kotak saja dikeluarkan. Sekotak ada 10 sachet dengan harga RM29.90 dan boleh beli menerusi agen sah di tanda pagar #GGboss," katanya.

Serentak mengalu alukan kehadiran Fasha sebagai duta Gebu Glow, sejak 13 Januari lalu juga sudah mula dinaikkan  50 billboard wajahnya di sepanjang lebuh raya di seluruh Malaysia.

Jenama ini beribu pejabat di Setia Alam. Butiran lanjut di Instagram: @wawawienbeaute atau talian 0162420884.

Read More

08 January 2022

Added Convenience with ShopeePay Now Accepted At All 7-Eleven Outlets Nationwide

7-Eleven, the pioneer 24-hour convenience store operator in Malaysia, now welcomes the ShopeePay mobile wallet at all its nationwide outlets. The partnership between 7-Eleven Malaysia and ShopeePay provides an added convenient, contactless and rewarding payment option for patrons who are always on-the-go.

“The essence of 7-Eleven is to offer convenience to all our patrons. Aligned with the increasing use of contactless payment methods such as mobile wallets, our partnership with ShopeePay comes timely as we continuously seek convenient methods for people to use their preferred payment option at our outlets nationwide,” said 7-Eleven Malaysia’s General Manager of Marketing, Chin Hor Wai. 

Alain Yee, Head of ShopeePay said, “The Covid-19 pandemic has contributed to a mindset shift, increasing the adoption of contactless payments among Malaysians. With different payment options available, ShopeePay is dedicated to not only provide a secure, seamless contactless payment method, but at the same time offer exciting rewards for users to enjoy as they shop.”

Yee added that this partnership was also built on the acceptance of cash payments for Shopee purchases at any 7-Eleven outlet, a feature available for unbanked and underserved users across Malaysia.

In celebration of this partnership, from now to 31 January, users can purchase vouchers for as low as 1 sen from the “ShopeePay Near Me” feature, and be rewarded with RM1.50 cashback when they spend a minimum of RM2 and pay with ShopeePay at any 7-Eleven outlets nationwide. Other than the cashback, users are also able to purchase the 7-Eleven Slurpee and 7-Eleven Anda ICM Mineral Water 600 ML at RM0.50 and RM0.60 respectively.

Terms and conditions apply. 

For those interested in buying up ShopeePay Vouchers offering great deals, visit https://shopee.com.my/m/shopeepay-near-me.

About 7-Eleven 

7-Eleven Malaysia Holdings Berhad through its subsidiary 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. is the owner and operator of 7-Eleven stores in Malaysia. Incorporated on 4 June 1984, 7-Eleven Malaysia has made its mark in the retailing scene and has been a prominent icon for over 37 years. 7-Eleven Malaysia is the pioneer and largest 24-hour standalone convenience store operator in Malaysia with over 2,400 outlets nationwide and serves more than 1 million customers daily. 7-Eleven stores can be found across bustling commercial districts to serene suburban residential compounds throughout Malaysia, from petrol stations and LRT stations to shopping malls and medical institutions. 7-Eleven is Always There For You. To learn more, please visit our website at www.7-eleven.com.my.

About ShopeePay

ShopeePay is an integrated mobile wallet that offers users easy access to digital payment services. Launched in 2015, ShopeePay enables a seamless shopping experience by allowing users to make online payments on Shopee, top up their wallets, transfer and withdraw funds, and make payments offline at thousands of merchants.

ShopeePay makes it easier to shop and do business. It provides users with a convenient, secure, and rewarding payment option; it empowers businesses and helps them to capture new opportunities. 

ShopeePay is part of SeaMoney, the digital financial services arm of Sea Group. A leading digital payments and financial services provider in Southeast Asia, SeaMoney’s mission is to better the lives of individuals and businesses in the region with financial services through technology.

For more information on ShopeePay and SeaMoney, please visit https://www.seamoney.com.


Read More

04 January 2022

Tahniah Dr. Mustafa Mohammed Taher Diiktiraf Pakar Bedah Bariatrik Terbaik Asia Pasifik

Kesungguhan Dr. Mustafa Mohammed Taher yang ingin melihat pesakitnya sembuh dan dapat menjalani hidup sihat dan ceria membuahkan hasil apabila beliau diiktiraf sebagai salah seorang pakar bedah Bariatrik terbaik di Asia Pasifik, bertempat di Pusat Perubatan CENGILD pada majlis Anugerah Kesihatan dan Pelancongan Global baru-baru ini di Kuala Lumpur. 

Komitmen Dr. Mustafa sebagai salah satu penyumbang dalam penjagaan kesihatan di rantau Asia Pasifik yang telah menunjukkan kontribusi yang konsisten dalam penjagaan kesihatan, terutamanya dalam pembedahan Bariatrik dan membantu pesakitnya sepanjang perjalanan mereka untuk menjalani gaya hidup yang lebih baik, dan untuk mendapat kesihatan yag terbaik dalam kehidupan. Dr Mustafa yang merupakan Pakar Bedah GI dan Bariatrik telah melakukan lebih daripada 2000 pembedahan bariatrik di klinik swasta sepanjang tempoh 3 tahun yang lalu. 

Dr. Mustafa Mohammed Taher bersama piala anugerah yang diterima 

Kebanyakan pesakit Dr. Mustafa sebelum ini mengalami masalah obesiti dan berat badan berlebihan yang menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan dan halangan kepada pelbagai aktiviti harian mereka. Daripada Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, 50.1% daripada populasi dewasa kini dilaporkan mengalami berat badan berlebihan (30.4%) atau obes (19.79%). Statistik ini sangat membimbangkan kerana obesiti adalah penyumbang utama kepada pelbagai penyakit berbahaya. 

Dengan pembedahan Bariatrik yang mereka jalani bersama Dr. Mustafa, mereka berjaya mendapatkan peluang kedua ke arah kehidupan mereka dengan mempunyai kesihatan yang lebih baik dan meningkatkan keupayaan fizikal mereka. Pembedahan bariatrik bukan sahaja berjaya membantu mereka mengurangkan berat badan dan memberikan mereka lebih keyakinan dalam menjalankan tugas harian mereka, tetapi telah merawat masalah kencing manis dan darah tinggi yang mereka hadapi selama bertahun-tahun. Ia juga telah membantu masalah tidur yang teruk, kemandulan, asma, serangan panik, kemurungan, sakit lutut, sakit belakang dan anti sosialisme. 

Kebanyakan pesakit yang berlebihan berat badan akan mengalami beberapa jenis masalah refluks yang merupakan punca utama pembentukan kanser di esofagus atau perut. Pembedahan bariatrik boleh menyelesaikan masalah ini secara kekal. 

Satu lagi masalah kemandulan dan pengguguran berulang yang disebabkan oleh Poly Cystic Ovarian Syndrom (PCOS) yang boleh diatasi dengan pembedahan bariatrik dengan menyelaraskan ketidakseimbangan hormon dan mengurangkan beban lemak dalam badan. 

Daripada akaun media sosial Dr. Mustafa (Instagram dan TikTok), kita dapat melihat bahawa semua pesakitnya sangat berterima kasih atas bantuannya dalam perjalanan pembedahan bariatrik mereka.

Personaliti peribadi beliau sangat dihargai oleh pesakitnya dengan boleh dihubungi melalui nombor telefon peribadinya untuk komunikasi yang lebih mudah. Satu lagi faktor penting dalam membantu pesakit dalam perjalanan Bariatrik mereka adalah untuk mempunyai kumpulan sokongan yang sangat baik. 

Pesakit bariatrik Dr Mustafa telah mengambil inisiatif sendiri dengan menubuhkan kumpulan sokongan mereka sendiri yang diketuai oleh Chef Bob yang mempunyai peluang kedua dalam hidup selepas pembedahannya. Dia telah berada di atas kerusi roda selama 3 tahun dan telah tinggal di illazarov (menggunakan keluli untuk menyokong kakinya) kerana masalah obesiti yang teruk. Walau bagaimanapun, Chef Bob telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 130 kg dalam tempoh setahun selepas pembedahan dan dia kini berjaya menjalani kehidupan normal semula. 

Dr. Mustafa Mohammed Taher bersama Chef Bob dan Lufya yang pernah menjalani pembedahan Bariatrik

Lufya juga akui selepas menjalani pembedahan ini, dia tidak lagi mengalami masalah asma yang teruk berbanding ketika berat badannya naik mendadak ketika musim pandemik Covid-19. 

"Mula-mula saya hanya menemani seorang rakan untuk sesi rawatan, tapi saya tertarik dengan keberkesanan rawatan ini dan saya sendiri inginkan hidup sihat seperti dulu. 

Lufya mendapatkan rawatan Bariatrik dengan Dr. Mustafa Mohammed Taher

Berat saya naik mendadak sehingga 85 kilogram dan selepas rawatan berat saya turun 11 kilogram dan saya masih mengikut diet untuk mendapatkan berat ideal saya.

Orang ramai tak perasan berat badan saya naik sebab bentuk wajah saya yang kecil tetapi saya sendiri mengalami masalah kesihatan ketika berat naik mendadak. Sebab itu saya putuskan untuk membuat rawatan Bariatrik ini dan saya gembira dengan hasilnya," kata Lufya.

Obesiti sebenarnya adalah masalah pandemik dengan istilah global baharu seperti globesiti atau diabetes yang mencerminkan bilangan pesakit diabetes yang lebih tinggi dengan kawalan gula yang lebih lemah, yang meningkatkan kos penyakit kronik ini yang lebih tinggi. Malaysia menjadi yang termiskin dari segi kawalan gula dalam pesakit diabetes di seluruh Asia Tenggara kerana kualiti makanan dan gaya hidup yang tidak sihat. 

Pembedahan bariatrik memberi kami penyelesaian penurunan berat badan yang kekal dan telah membantu ramai bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi pesakit luar negara yang telah datang berjumpa Dr Mustafa. Misi kami adalah untuk memerangi obesiti dengan meningkatkan kesedaran kesihatan dan pemikiran masyarakat bahawa obesiti adalah penyakit berbahaya, tetapi ia boleh dirawat. 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pn. Rafeah di talian 460162330678 atau follow Instagram Dr Mustafa di @dr.mustafamt

Read More

01 January 2022

Persatuan Anak Bangsa Johor Sasar 1000 Ahli

Persatuan Anak Bangsa Johor (PABJ) mengajak orang ramai terutama anak kelahiran Johor untuk sama-sama turut serta sebagai ahli persatuan bagi mengembangkan idea-idea baharu meliputi pelbagai aspek bagi memperkasakan Misi dan Visi Persatuan. 

Persatuan Anak Bangsa Johor Lancar Kempen Pemacu Sasar 1000 Ahli

Persatuan Anak Bangsa Johor telah mengadakan soft launch Perasmian Persatuan Sempena Kempen Pemacu Keahlian Sasaran 1000 Orang Ahli di Bukit Jalil Golf & Country Resort, Kuala Lumpur baru-baru ini. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Mohsen Hasbollah, Presiden PABJ, Sharifah Rafiza Al-Jamalullail (lebih dikenali sebagai Lady Rose), Naib Presiden PABJ, YBhg. Datuk Musa Hj. Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, serta ahli-ahli Jawatankuasa PABJ.

PABJ telah ditubuhkan pada 30 Mei 2021 dan didaftar serta telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Johor. PABJ turut berperanan menyatukan perpaduan dan memperkasakan Anak Bangsa Johor yang berbilang kaum. 

"Keahlian PABJ terbuka kepada semua berumur 18 tahun keatas dan tanpa mengira pangkat, agama atau bangsa. Asalkan lahir di Johor, atau ibu bapa orang Johor mahupun Anak Bangsa Johor yang kini menetap di negeri lain mahupun luar negara," kata Dato' Mohsen Hasbollah, Presiden PABJ.

PABJ berbangga menerima keahlian daripada penyanyi rock lagenda terkenal Datuk  Nashrudin Elias, atau lebih dikenali sebagai Datuk Nash, bekas vokalis Kumpulan Lefhanded.

Datuk Nash juga dilantik sebagai Duta Artis bagi menarik lebih 70% anak bangsa Johor dikalangan artis-artis di Malaysia. 

Datuk Nash, merupakan artis pertama menyertai PABJ dan dilantik sebagai Duta artis.

"Mereka layak menjadi ahli persatuan dengan syarat membayar yuran pendaftaran dan yuran tahunan. Inshaa Allah, sebagai duta, saya terima pelantikan ini dengan rasa terharu dan hormat dan saya akan bekerjasama menarik lebih ramai ahli", ujar Datuk Nash.

PABJ juga akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan anak bangsa Johor yang ingin meneroka pelbagai sektor industri dalam usaha memacu ekonomi Negeri Johor ke peringkat teratas bagi mencapai slogan PABJ iaitu Bangsaku, Masa Depanku.

PABJ mempunyai 7 Biro dalam beberapa bidang seperti berikut: 

1. Pendidikan

2. Pelancongan, Seni & Budaya

3. Ekonomi & Keusahawanan

4. Keahlian, Multimedia & Komunikasi

5. Sosial, Kebajikan & Keagamaan

6. Keselamatan & Kesihatan

7. Sukan & Rekreasi

Antara objektifnya ialah: 

a. Mewujudkan perkongsian pintar dengan agensi kerajaan dan swasta.

b. Menggalakkan dan membantu ahli yang berpotensi dalam bidang digital ekonomi dan keusahawanan untuk terus berkembang.

c. Membangunkan Intelligence Quotient (IQ), Emotional Quotient (EQ), Social Quotient (SQ), Spiritual Quotient (SQ) and Love Quotient (LQ) dalam kalangan Anak Bangsa Johor bagi mendepani cabaran dari peringkat Pra-Persekolahan. 

d. Mengukuhkan dan memantapkan Pelancongan, Seni dan Budaya untuk generasi pelapis Anak Bangsa Johor melalui rancangan dan aktiviti berkaitan.

e. Menyantuni Kebajikan, Sosial dan Keagamaan Anak Bangsa Johor dan masyarakat Malaysia khususnya.

Penyampaian Watikah Pelantikan

Penasihat PABJ 2021/2022
YBhg. Mej, Jen. Dato' Oseman Chik (B)


Pengerusi PABJ 2021/2022
YBhg. Datuk Hj. Abdullah Md Ali

Ahli Bersekutu PABJ
YBhg. Datuk Musa Hj. Yusuf


Jenis Keahlian PABJ

Ahli Biasa/Esklusif

Mereka yang lahir di Johor. Mempunyai IC di tengah 01. Yuran pendaftaran : RM50, Yuran tahunan : RM50.

Ahli Bersekutu

Bukan yang dilahirkan di Johor. Tetapi ayah atau ibu atau pasangan lahir di Johor (atau/dan). Yuran pendaftaran RM50, Yuran tahunan RM50.

Ahli Korporat

Untuk kumpulan korporat. Yuran pendaftaran RM250, Turan tahunan RM250.

Ahli pelajar

Untuk pelajar. Yuran pendaftaran RM25, Yuran tahunan RM25. Tetapi sempena Kempen Pemacu Keahlian Sasaran 1000 Ahli PBAJ, penyertaan untuk ahli pelajar adalah PERCUMA (sepanjang kempen ini berlangsung).

Untuk maklumat lanjut mengenai keahlian hubungi:

03- 8068 7788/7878 @ 011-3144 0277 (En. Lutfi) 

011-1231 5242 (Cik Syafiqah)

Emel: info.pabj@gmail.com

Laman web: http://www.pabj.my 

IG: persatuananakbangsajohor


Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com