Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

28 November 2019

Makan Malam Sempena Krismas Dan Tahun Baru di Royale Chulan Kuala Lumpur

Masih tercari-cari Buffet untuk Krismas nanti? Kali ni Qiss bawakan untuk korang menu pilihan yang ada dekat Royale Chulan Kuala Lumpur.

Sempena perayaan Krismas yang akan datang ni, Royale Chulan Kuala Lumpur akan mengadakan buffet Krismas pada 24 Disember 2019.

Jom tengok menu yang ada kat sini.









Pilihan Istimewa


















Harga
Dewasa RM155
Kanak-kanak (7-12 tahun) dan warga emas RM100

Bertempat di Mahsuri Courtyard


*Peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah

Buffet makan malam sambutan tahun baru di Mahsuri Courtyard

Tarikh: 31 Disember 2019
Harga: Dewasa RM160
warga emas dan kanak-kanak (7-12 tahun) RM 103

*Peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah

Christmas Turkey

Available for Take Away & Dine In
Roasted Vegetables, Walnut Pudding, Apple Salad, Cranberry Relish and Giblet Sauce.
Whole Turkey 4.5kg RM350.00
Roast Rib Eye 2.5kg RM450.00
Roast Sirloin 2.5kg RM400.00
Roasted Lamb Leg 2.5kg RM250.00

Order dalam masa 3 hari sebelum Krismas.

Untuk maklumat lanjut:
Telefon: 03-2688 9688 
Email:  info.rckl@royalechulan.com
Laman web: www.royalechulan.com.
Read More

26 November 2019

Bollyboom Diljit Dosanjh Live Di Malaysia 2019

Peminat muzik Bhangra kini boleh mendengar suara lunak penyanyi kegemaran anda ni secara langsung di konsertnya yang bakal berlangsung di Malaysia.

Konsert ini bakal menyaksikan penerima anugerah 'Most Popular Song of The Year’ dan ’Best Bhangra Song of The Year' Anugerah Muzik Punjabi PTC ini menyanyikan lagu-lagu hitsnya seperti Do You Know, 5 Taara, Put Jatt Da, Raat Di Gedi dan banyak Iagi.

HITMAN SOLUTIONS dengan bangga mempersembahkan 'BOLLYBOOM DILJIT DOSANJH LIVE IN MALAYSIA 2019' pada 13 Disember 2019, Jumaat. Jam 8 malam di KL LIVE, LIFE CENTRE, Kuala Lumpur. Ini merupakan kali pertama kemunculan penyanyi popular ini di Malaysia dan sudah semestinya menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan oleh penyanyi terkenal ini.


Lelaki berusia 35 tahun ini merupakan penyanyi, pelakon dan pengacara televisyen yang terkenal di India. Malah merupakan selebriti sosial media untuk lndustri Hindi dan Punjabi. Diljit merupakan anak kelahiran Punjab, India ini memulakan perjalanan seninya pada tahun 2004 melalui album Ishq Da Uda Ada dan kini mempakan salah seorang penyanyi terkenal di India.

'Hello Malaysia, kepada rakan media dan para peminat di Malaysia, saya berasa sangat teruja untuk mengadakan persembahan di Malaysia buat kali pertama. Saya sangat bersedia untuk menggegarkan kalian dengan Iagu-lagu hits saya. Sudah banyak yang saya dengar tentang Malaysia. Dan kali ini tiba masanya untuk saya mempersembahkan pada kalian bagaimana ’heavyweight bhangra’ dilakukan. Jangan lupa bersama-sama saya pada 13 Disember ini. Saya akan muncul bersama full band saya. Kita akan bersama-sama menjadikan hari tersebut sebuah hari bermakna buat kita semua. Jumpa nanti, Malaysia," ujar Diljit.

Konsert ini bakal menyaksikan penerima anugerah 'Most Popular Song of The Year’ dan ’Best Bhangra Song of The Year' Anugerah Muzik Punjabi PTC ini menyanyikan lagu-lagu hitsnya seperti Do You Know, 5 Taara, Put Jatt Da, Raat Di Gedi dan banyak Iagi.



Sebagai infomasi, Diljit Dosanjh sudah meraih 20 anugerah sepanjang bergelar penyanyi dan 7 anugerah melalui lakonannya.

Diljit sudah memiliki 13 buah album, 21 buah filem Bollywood dan Punjabi serta 4O buah single sepanjang kariemya.

Lagu bertajuk Laembadgini sudah ditonton sebanyak 253 juta kali di laman YouTube, diikuti degan Iagu Do You Know sebanyak 139 juta kali dan Patiala Peg sebanyak 136 juta kali di laman muzik tersebut.

Tiket berharga RM 249 (tiket biasa) masih boleh didapati secara pembelian online. Tiket ‘early bird’ yang berharga RM199 dan RM249 serta tiket RM299 (premium) telah habis dijual.



Untuk pembelian ’pakej’ upper deck, para peminat boleh menghubungi talian +60125015783/ +60123805783 untuk tempahan.

Penjualan tiket konsert telah bermula pada 4 November Ialu di www.myticket.asia
Read More

24 November 2019

Kejutan Miss Pinklady Asia Musim Kedua Haneesya Hanee Terpilih Sebagai Peserta Mewakili Malaysia

Sebut je Miss Pinklady Asia, Qiss teringat lagi saat mengikuti program ini sepanjang musim pertama. Nampak kegigihan para peserta menyelesaikan tugasan dan cabaran yang diberi demi merangkul gelaran juara Miss Pinklady Asia.

Miss Pinklady Asia (MPLA) kini kembali untuk musim kedua. Miss Pinklady Asia ini merupakan program realiti pencarian model yang menampilkan 12 peserta dari 8 negara Asia seperti Thailand, Myanmar, India, Korea, Filipina, Singapura, Indonesia, Hong Kong dan juga Malaysia.


12 peserta Miss Pinklady Asia musim kedua

Uniknya kesemua peserta ini datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza dan akan bersaing untuk merebut gelaran Pink Lady of Asia  musim kedua.

Konsep musim kedua juga seakan sama dengan konsep musim pertama yang mana setiap peserta akan ditempatkan di sebuah lokasi yang dirahsiakan dan akan melalui rutin harian yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Menariknya kali ini akan ada cabaran dari segi 'catwalk', sesi fotografi dan juga iklan. Cabaran ini perlu diselesaikan oleh kesemua peserta dan di dalam setiap episod akan ada penyingkiran bagi peserta yang tidak dapat mencapai keputusan yang telah ditetapkan.

Menurut Pengarah program ini, Encik Mohamad Hafiz Naslallizi dari Icube Studio berkata untuk merealisasikan program ini bukannya sesuatu yang mudah. Kerja keras amatlah perlu kerana program ini setanding program peringkat antarabangsa kerana ianya melibatkan tenaga kerja dan peserta dari negara luar selain Malaysia sendiri yang memerlukan kerjasama sepenuhnya.



Sementara itu, Encik Azwan Hj Ismail selaku penerbit pula berkata, "Program ini merupakan satu peluang keemasan kepada para wanita yang meminati bidang peragaan kerana program ini turut berkongsi tentang dunia" modelling lifestyle" yang kebanyakan orang tak tahu".

Setiap cabaran akan diadili oleh para panel hakim professional dalam bidang peragaan dan bidang fotografi. Untuk musim kedua MPL Asia akan bekerjasama dengan jurugambar terkenal dari Thailand yang pernah terlibat di dalam program realiti tv terkenal iaitu 'The Face' dan 'Next Top Model Asia'.

Hadiah buat pemenang Miss Pinklady Asia musim ke 2 ialah tempat pertama RM 12,000, tempat kedua akan membawa pulang hadiah sebanyak RM 8,000 dan tempat ketiga RM 5,000.

Sebanyak 13 episod akan disiarkan bermula dengan episod pengenalan Miss Pinklady Asia musim ke 2 yang akan disiarkan pada 4 Januari 2020 di saluran penstriman Youtube @pinklady.tv

Program ini akan di hoskan oleh Ikon Peragawati Malaysia, Sunshine. Untuk episod mingguan pula akan disiarkan pada setiap hari Sabtu jam 10 malam.

Hos program Miss Pinklady Asia, Sunshine

12 Finalis Miss Pinklady Asia musim kedua 

Kejutan untuk musim kedua ini ialah model dan aktivis terkenal Haneesya Hanee telah terpilih sebagai finalis untuk turut sama merebut gelaran sebagai Miss Pinklady Asia bagi musim kali ini.
















Menurut CEO Heidi Empire Trading iaitu Encik Heidi Shafiq "program Miss Pinklady Asia musim ke 2 pasti lebih hebat kerana ianya telah berkembang ke peringkat Asia & Global. Ini selaras dengan jenama PINKLADY sendiri yang telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Antara produk Pinklady yang berada dipasaran

Untuk informasi lebih, anda boleh tonton Pink Lady Extra setiap hari Rabu jam 9 malam dan semua episod akan disiarkan secara langsung di laman web www.pinklady.tv
Read More

23 November 2019

Jimat Kos Iklan Tarik Pelanggan Dengan Menggunakan 3D Hologram LED Fan Display

Kini pengiklanan 2 dimensi menjadi semakin bosan dan tidak lagi dapat menarik pelanggan khususnya warga kota.

Orang ramai lebih sukakan gambar seperti hidup / nampak real dan lebih kepada gambar 3D. Premis perniagaan telah beralih kepada teknologi baru yang dikenali sebagai 3D Hologram LED Fan Display.



Teknologi terbaru 3D Hologram LED Fan Display bukan sahaja dapat menarik perhatian pelanggan untuk terus leka memerhatikan iklan yang dipaparkan malah turut menjimatkan kos pengiklanan anda.

Demo 3D Hologram LED Fan Display



3D Hologram LED Fan Display ini boleh di sewa melalui Softsupplies Sdn Bhd pada kadar RM 300 sebulan untuk satu 3D Hologram LED Fan Display.

Antara kelebihan pengiklanan menggunakan 3D Hologram LED Fan Display ialah:

1. Mudah dipasang




2. Diameter kipas 65cm





3. Tayangan hologram resolusi tinggi 




4. Hasil holographic menarik






5. Nampak jelas dan hidup




Untuk memudahkan pengguna, kipas ini disediakan slot kad SD dan juga boleh menggunakan WIFI.

Untuk premis kecil, satu kipas sudah cukup untuk menarik pelanggan singgah ke kedai anda manakala jika anda memerlukan 3D Hologram LED Fan Display ni untuk pelancaran produk, Softsupplies Sdn Bhd turut menyediakan bilangan kipas yang mencukupi. Hasilnya boleh dapat sebesar billboard dan sesuai untuk gimik perasmian.

Keunikan menggunakan kipas ini adalah kita sebagai pengguna tidak tertakluk kepada 1 video sahaja. Malah boleh lebih dari itu. Bila ada produk baru, kita boleh sambungkan video produk tersebut pada kipas ini.

Kipas tanpa penutup belakang tetap mampu hasilkan hologram

Saiz kipas ini setinggi 170cm dan amat praktikal untuk diletakkan di dalam premis mahupun di luar kerana rekaannya yang kalis air.

Tinggi 3D Hologram LED Fan Display 


Beralih kepada sesuatu yang baru mengikut trend pengiklanan masa kini dapat menarik pelanggan baru dan kekalkan kesetiaan pelanggan lama perniagaan anda.

Bagi perniagaan yang ingin mencuba 3D Hologram LED Fan Display boleh menyewa kipas ini pada harga serendah RM300 bergantung kepada kesesuaian dan jenis pengiklanan yang diinginkan.

Softsupplies Sdn Bhd merupakan syarikat IT yang terdiri daripada mereka yang sukakan inovasi dan mencuba sesuatu yang baru bagi memantapkan perniagaan anda.

Servis yang dijalankan ialah:

1. Konsultasi IT Solutions
2. Pembangunan laman web
3. Pereka aplikasi mudah alih
4. Servis SEO
5. UI/UX Design
6. Servis pembaikan IT

Untuk maklumat lanjut mengenai 3D Hologram LED Fan Display ni boleh hubungi:

Softsupplies Sdn Bhd

No telefon : 012-7234383

Website : www.softsupplies.com.my

Facebook : www.facebook.com/hologramfanmalaysia
Read More

22 November 2019

Lee Jun Yan Menang Emas Anugerah Pereka IJM Land 2019 (iLDA 2019)

Impian kita untuk tatarias rumah selalunya bergantung pada bajet. Makin besar bajet, makin banyak susun atur yang kita dapat dan kita dapat juga realisasikan impian punya rumah idaman dengan hiasan dalaman yang menarik.

Kalau Qiss nak hias rumah selalunya Qiss akan rujuk pakar hiasan dalaman sebab  idea mereka ni cantik-cantik. Baru-baru ni Qiss berkesempatan ke Majlis Anugerah Pereka IJM Land 2019 (iLDA 2019) yang berlangsung di Galeri Jualan Seremban 2.


Seremban 2 merupakan pembangunan utama IJM Land di Negeri Sembilan yang melibatkan tanah berpegangan bebas seluas lebih 3,800 ekar. Menawarkan pelbagai jenis rumah yang terdiri daripada apartmen mampu milik, rumah teres hinggalah rumah berkembar dan banglo.

Ekosistem yang serba lengkap itu menawarkan pelbagai kemudahan mesra komuniti. Seremban 2 juga menggalakkan aktiviti kemasyarakatan, termasuklah acara berorientasikan keluarga serta komuniti seperti marathon, program pemulihan dan banyak lagi.

"Pertandingan iLDA 2019 adalah untuk memastikan persekitaran yang kompetitif dan sihat di kalangan pereka dalaman tempatan kami, di mana mereka boleh mempamerkan karya kreatif mereka dan mencabar reka bentuk status quo," kata Dato' Hoo Kim See, Pengurus Besar Kanan, Wilayah Tengah IJM Land Berhad. "Ia adalah penting bagi pereka dalaman muda berkembang bersama-sama dengan tuntutan industri yang sentiasa berubah dan kami ingin menyediakan platform yang membolehkan mereka melaksanakan tugas mereka dan memberikan pengiktirafan yang sewajarnya," tambahnya lagi.

Beliau turut berkongsi kegembiraan untuk iLDA 2019 memandangkan persaingan itu telah menerima penyerahan yang berkualiti tahun ini dan berharap ia akan menyumbang kepada industri reka bentuk dalaman dengan peningkatan penyertaan pada tahun-tahun akan datang.

"Ia adalah satu kejayaan bagi para peserta kerana mereka berjaya melaksanakan konsep mengikut tema pertandingan serta idea dengan baik walaupun dalam masa yang singkat," ulas Fandarie Su, Ketua Hakim iLDA 2019, untuk unit-unit lengkap di Kalista 2 Pangsapuri Eksekutif. "Kami akan menggalakkan lebih ramai pereka muda untuk melangkah keluar dari zon selesa mereka untuk menjadi lebih kreatif dan meneroka lebih jauh dalam bidang reka bentuk dalaman," katanya.

FAKTA –FAKTA ANUGERAH PEREKA IJM LAND 2019

1. Sebanyak 116 penyertaan telah diterima.

2. Pertandingan ini dibuka kepada semua pereka dalaman yang berumur 40 tahun ke bawah yang mempunyai firma reka bentuk dalaman mereka sendiri / bekerja untuk firma reka bentuk dalaman.

3. Setiap penyertaan adalah peserta solo yang mewakili dirinya dalam pertandingan ini.

4. Terdapat hanya 1 pemenang iLDA 2019 yang dipilih oleh panel hakim dan semua keputusan adalah muktamad.

5. Anugerah Pilihan Awam dan Anugerah Pilihan Media akan diberikan kepada pemenang berdasarkan pemilihan umum dan media yang dijalankan sebelum acara ini.

KRITERIA PENILAIAN PERTAMA (HOME BASED)

Pengalaman Projek
Cadangan Konsep Reka Bentuk
Inovasi Reka Bentuk & Konsep

KRITERIA PENILAIAN UNIT (ON-SITE)
Konsep Reka Bentuk 40%
Inovasi Reka Bentuk 30%
Pengurusan Ruang 30%

Melalui inisiatif ini, IJM Land bertujuan untuk membolehkan pereka dalaman muda mengembangkan wawasan mereka dan mendorong komuniti reka bentuk dalaman untuk mencapai piawaian yang lebih tinggi.

Sebagai pendorong kepada  kreativiti dan inovasi, iLDA 2019 berfungsi sebagai platform untuk pereka dalaman muda memperlihatkan keupayaan unik mereka dalam menghidupkan ruang  serta memberikan pengiktirafan dan pendedahan di kalangan industri perintis.

Selepas persaingan sengit selama lima bulan di seluruh Malaysia, Anugerah Pereka IJM Land 2019 (iLDA 2019) telah berakhir dengan dua peserta yang telah disenarai pendek untuk merebut gelaran Pereka Dalaman Muda Terbaik bagi iLDA 2019 di Galeri Jualan Seremban 2.


"Saya yakin keputusan akhir yang diberikan oleh panel hakim adalah sukar kerana kedua-dua unit telah memenuhi tema pertandingan. Memandangkan kami mahukan persaingan yang adil dan telus, hasil skor telah dikumpulkan dari panel hakim, manakala undi orang ramai dan media adalah satu inisiatif berasingan untuk mendapatkan pengiktirafan yang lebih untuk para peserta," kata Dato' Hoo.

Sepanjang pertandingan ini, kedua-dua konsep pereka dalaman muda berjaya dilaksanakan dengan perincian dari Kubiq & Signature Kitchen, TA Studio & Da Vinci Malaysia, LM Home, Inovar Malaysia dan Lampu & Hiasan Seng Hup, yang telah menyumbang sepenuhnya kepada penyiapan kedua-dua unit di Kalista 2 Pangsapuri Eksekutif.


Ulasan

Boon Zi Yang


Ruang tamu

Ruang makan

Bilik tidur utama

Bilik kerja
Konsep yang dibawakan oleh Boon Zi Yang memenuhi citarasa mewah Qiss di mana setiap pemilihan perabot dan warna sangat eksklusif dan hiasan dalaman ini mampu memberikan ketenangan ketika berada dirumah.


Lee Jun Yan


Ruang tamu

Bilik tidur


Bilik tidur kanak-kanak

Ruang Dapur

Bilik Tidur Utama

Ruang makan

Hiasan dalaman Lee Jun Yan lebih ringkas dan punya ruang penyimpanan yang diperlukan bagi sebuah keluarga. Ianya sangat praktikal dan pemilihan warna pun lebih cerah dan ceria.

Setelah menerima 116 penyertaan awal, Lee Jun Yan dan Boon Zi Yang telah disenarai pendek oleh panel hakim untuk merealisasikan konsep, idea dan rancangan mereka untuk pertandingan bertemakan Keluarga Moden & Ruang, di Kalista 2 Executive Apartments, Seremban 2.


Dengan hanya tempoh enam minggu yang diberi untuk melaksanakan perincian unit apartmen yang kosong, kedua-dua peserta bertanding harus memastikan konsep mereka sempurna dari setiap sudut.





Selepas persaingan yang sukar, Lee Jun Yan daripada Reno Bros dinobatkan sebagai Pereka Dalaman Muda Terbaik iLDA 2019 dan Lee Jun Yan turut merangkul Public’s Choice Award serta menerima Media’s Choice Award.

Boon Zi Yang meraih Anugerah Perak

Lee Jun Yan meraih Anugerah Emas


Pemenang Anugerah Emas, Lee Jun Yan dan Pemenang Anugerah Perak Boon Zi Yang, bersama Dato' Hoo Kim See, Pengurus Besar Kanan, Wilayah Tengah IJM Land Berhad serta penaja bagi Anugerah Pereka IJM Land 2019


Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Pereka Dalaman IJM Land (iLDA), sila layari laman web: www.seremban2.ijmland.com/ILDA2019/

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com