Memasuki tahun ke 19 acara tahunan terjunan base dan acara ini merupakan acara utama Menara Kuala Lumpur mendapat sambutan hangat dari penerjun seluruh dunia.
Acara KL Tower International Jump ini berlangsung dari 26 September 2019 hingga 29 September 2019. Anggaran peserta pada tahun ini seramai 100 orang.
Qiss pun tak terkecuali untuk melihat aksi penerjun professional ini secara dekat.
Dengan pembelian tiket Sitting on the Edge, para pengunjung Menara Kuala Lumpur dapat menyaksikan saat-saat para penerjun terjun ke bawah dan seterusnya membuka payung terjun hingga selamat mendarat.
Acara terjun base ini berlangsung di empat lokasi berlainan iaitu:
Menara Alor Setar International Jump @menaraalorsetarofficial 11-13 September 2019,
Gua Damai International BASE Jump @guadamaixpark Batu Caves 15-17 September 2019
Sibu International BASE Jump @wismasanyan 19-22 September 2019
KL Tower International Jump Malaysia 2019 @menarakl 26-29 September 2019
Hanya di Menara KL para penonton dapat melihat aksi ini dengan lebih dekat iaitu dengan duduk di tebing Menara Kuala Lumpur.
Tiket boleh didapati pada harga RM118.00 bagi pemegang MYKAD Dan RM148 tanpa MYKAD.
Jom cabar diri korang untuk duduk di tebing Menara Kuala Lumpur sempena terjunan base berdiri di Malaysia bagi tahun 2019.
Kat sini Qiss kongsikan juga gambar-gambar penerjun terawal pada hari pertama acara ini dijalankan untuk tahun 2019 di Menara Kuala Lumpur.
Cuaca makin cantik sebab jerebu dah kurang. Yeahh.
Dan yang ni gambar paling cantik sebab duduk kat tebing lepas tu dekat dengan platform penerjun. Sebab tu Qiss syorkan kat korang untuk duduk kat tebing tu.
Acara tahun ini diuruskan oleh Ababil Base Jump Club dari aspek teknikal. Kelab ini terdiri daripada penerjun base tempatan Yang mempunyai pengalaman dan kemahiran menguruskan dan menyelaras aliran teknikal acara ini.
Acara ini juga disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) , Tourism Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Unifi, Keretapi Tanah Melayu (KTM), Starbucks, Yayasan Patriot Negara Malaysia (PATRIOT), MyBalloon Adventure, MYDIN, AirRider, Spectrum Photo Solution, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS), OASIA Suite Kuala Lumpur, Maxx Sports Sdn. Bhd. dan Atmosphere 360.
Tahun depan kita jumpa lagi.

Ni lah tebing nya. Korang berani tak? |

Jangan lupa bergambar di sky box. Korang boleh tengok pemandangan sekitar menara dari lantai kaca. |
Hari ketiga 28 September 2019
Hari ketiga Qiss naik Menara Kuala Lumpur pukul 5 petang dan duduk di tebing Menara Kuala Lumpur bagi melihat sendiri aksi penerjun.
Acara petang tersebut berakhir pada jam 6 petang dan disambung pada jam 8 malam.