Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

30 June 2023

TENA Memperjuangkan 'Active Aging' Dengan Pelancaran Laporan Penuaan Terkini Malaysia 2023 Disokong Oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Malaysia

TENA teruskan usaha untuk memperjuangkan Active Aging (penuaan aktif), laporan ini merangkumi statistik populasi penuaan Malaysia, pandangan dan cabaran penduduk yang semakin menua dan amalan terbaik untuk menjalani kehidupan yang lebih baik

Dari Kiri: Su Ting Nee, President, Vinda Group SEA, Encik Arfan bin Sulaiman, Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

Dalam usaha untuk memperjuangkan “active ageing” (penuaan aktif) di Malaysia, TENA, jenama peneraju dalam penjagaan inkontinen, hari ini melancarkan Laporan Penuaan Malaysia yang disokong oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, mengenai kesihatan & kesejahteraan geriatrik dengan tujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang populasi menua dan menyebarkan mesej untuk menjalani kehidupan terbaik dari aspek mental dan fizikal dengan sehabis baik apabila anda meningkat usia.

Majlis pelancaran tersebut berlangsung di Ibu Pejabat Vinda Asia Tenggara di Klang dan dihadiri oleh Encik Arfan bin Sulaiman, Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Su Ting Nee, Presiden, Vinda SEA, Encik Ahmad Tarmidi Nawawi bin Abdul Razak, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Warga Emas, Jabatan Kebajikan Malaysia, kakitangan pengurusan utama TENA dan rakan-rakan media.

Laporan Penuaan Malaysia ialah satu inisiatif oleh TENA dan sebuah kumpulan penyelidikan swasta untuk mengetengahkan peningkatan yang tidak dapat dielakkan dalam kalangan populasi warga emas Malaysia, pandangan menarik mengenai perspektif warga emas Malaysia terhadap ‘active ageing’, cabaran kepada masyarakat dan penjaga serta langkah yang boleh kita laksanakan untuk memastikan kita kekal aktif dan menjalani kehidupan yang terbaik seiring dengan peningkatan usia.

Pada awal tahun ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif TENA di bawah payung ‘active ageing’, mereka turut melancarkan kempen TENA Heroes. Kempen ini menampilkan tiga penyokong ‘active aging’ dan kisah mereka dalam mengharungi kehidupan dengan menerapkan semangat penuaan aktif dalam kehidupan seharian mereka. Ini adalah antara usaha bagi memberi inspirasi dan menggalakkan masyarakat untuk menyesuaikan gaya hidup aktif secara mental dan fizikal tanpa menjadikan usia sebagai penghalang. Ini kemudiannya diikuti dengan kejayaan pelancaran pencarian kumpulan muzik pertama di Malaysia untuk mereka yang berumur 50 tahun dan ke atas, TENAcity.

Dari Kiri: TENA Heroes; Cindy Yong, 65, Sherry Aljeffri, 73, Peter Lee, 76

Su Ting Nee, Presiden, Kumpulan Vinda Asia Tenggara, berkata, “Pelancaran Laporan Penuaan Malaysia TENA ini merupakan kemuncak usaha kami pada tahun ini. Objektif utama kami adalah untuk menyebarkan mesej ‘active ageing’ kepada seramai mungkin rakyat Malaysia. Selepas kejayaan pelancaran TENA Heroes dan TENAcity, laporan ini bakal memberi penekanan kepada cabaran yang diakibatkan oleh peningkatan populasi menua. Ini juga merupakan penyelesaian yang membolehkan warga komuniti kita untuk menjalani kehidupan dengan gigih tanpa halangan seperti faktor umur dan status sosioekonomi, sekaligus memelihara kesejahteraan mereka dan meninggalkan impak yang berterusan.

Su Ting Nee, President, Vinda Group, SEA

Beliau juga berkata, “Saya amat berbesar hati dan teruja untuk bersama-sama Encik Arfan bin Sulaiman, Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. 

Sokongan beliau terhadap usaha kami dalam memperjuangkan ‘active ageing’ benar-benar mengesahkan dan mengukuhkan usaha yang telah kami laksanakan setakat ini dan kami percaya bahawa melalui perkongsian ini, kami bukan sahaja dapat membawa mesej kepada lebih ramai orang tetapi melaksanakan langkah-langkah yang nyata dan dapat terus dilaksanakan untuk memastikan komuniti kita mendapat sokongan penuh yang mereka perlukan apabila mereka menua.” 

Dari Kiri: Ibrahim Sani, Moderator, Sherry Aljeffri, TENA Hero & Pelakon, Encik Ahmad Tarmidi Nawawi bin Abdul Razak, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Warga Emas, Jabatan Kebajikan Malaysia, Su Ting Nee, President, Vinda Group, SEA

Turut diadakan perbincangan panel, yang dikendalikan oleh wartawan berpengalaman dan terkenal, Ibrahim Sani. Panel ini terdiri daripada Su, Encik Ahmad Tarmidi Nawawi bin Abdul Razak, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Warga Emas, Jabatan Kebajikan Malaysia dan Sherry Aljeffri, TENA Hero dan pelakon, bagi membincangkan Cabaran Penuaan dan Bagaimana Rakyat Malaysia Boleh Kekal Aktif Apabila Usia Meningkat. 

Semasa sesi perbincangan yang bernas ini, banyak aspek positif telah dibangkitkan oleh semua pihak mengenai kemungkinan yang mungkin dihadapi daripada populasi yang menua, cabaran yang dihadapi oleh penjaga, implikasi ekonomi kepada masyarakat bersama-sama dengan cadangan tentang cara untuk mendekati dan menguruskan halangan ini.

Semasa berucap, Yang Berusaha Encik Arfan bin Sulaiman berkata “Dalam melangkah ke arah Negara Tua, tidak dapat dinafikan bahawa masih terdapat sejumlah rakyat Malaysia yang bergelut dengan cabaran yang hebat bagi memastikan mereka dapat terus menampung kelangsungan kehidupan harian terutamanya dengan usia yang kian meningkat. Terus mendepani cabaran ini, usaha kolektif perlu digembleng dalam merangka pelan, inisiatif dan strategi jangka panjang buat golongan warga emas di negara kita”

Encik Arfan bin Sulaiman, Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

Beliau turut berkata bahawa “Selari dengan inisiatif kerajaan, kami percaya agar ‘Active Ageing’ atau Konsep Penuaan Aktif perlu terus diketengahkan bagi memastikan golongan warga emas di Malaysia dapat terus menjalani kehidupan secara aktif serta dengan kadar kebergantungan yang minimum.

Kami menyambut baik usaha TENA Malaysia bagi membangunkan usaha seperti in bagi membantu golongan warga emas dan berharap lebih ramai pihak akan turut mendukung usaha murni ini”

Sebelum penyampaian laporan kepada Encik Arfan bin Sulaiman, tetamu telah dipersembahkan dengan barisan tarian muhibbah, yang dipersembahkan oleh kumpulan tarian warga emas, mempamerkan semangat ‘active ageing’ melalui gabungan tarian yang merentasi semua budaya. Ini diikuti dengan pengenalan filem jenama TENA, yang merangkumi usaha terkini TENA dalam memperjuangkan ‘active ageing’, serta persembahan bertenaga oleh kumpulan TENAcity buat kali pertama sejak dinobatkan sebagai juara.

Penari Muhibbah

TENAcity Band

TENAcity juga akan menjelajah negara dengan persembahan di 5 bandar utama bermula pada bulan Jun hingga Oktober 2023 dan warga emas Malaysia dijemput untuk hadir dan menyertai pelbagai aktiviti yang disusun khas untuk menggalakkan ‘active ageing’. Rakan kongsi rasmi kami, Kumpulan Farmasi Caring, juga akan hadir di lokasi jelajah untuk menyediakan pemeriksaan kesihatan dan ceramah untuk tetamu yang hadir.

Laporan Penuaan Malaysia TENA akan tersedia dalam 3 bahasa; Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina untuk kegunaan awam melalui laman web TENA. Untuk mengikuti perkembangan terdahulu, terkini dan masa akan datang daripada TENA bagi memperjuangkan ‘active ageing’, sila layari laman Facebook TENA di www.facebook.com/TENA.Malaysia atau laman web TENA di www.TENA.com.my.

Read More

28 June 2023

Pencarian ‘THE FACE OF HEALTHY BEAUTY’ Guardian Kembali!

Guardian lancar pencarian seluruh negara untuk individu yang melambangkan keunggulan Healthy Beauty

Guardian Malaysia telah mengadakan kembali peraduan popularnya untuk mencari The Face of Healthy Beauty (TFHB).

Pemenang The Face Of Healthy Beauty 2019 Karyll Chee, Angela (Ketua Pemasaran Guardian Health and Beauty), Aimi Ghani dan Yasmin Khalid

Angela Teo, Ketua Pemasaran Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata: “Pencarian pertama The Face of Healthy Beauty Guardian pada tahun 2019 adalah satu kejayaan besar dimana kita telah berjaya menemui ramai wanita Malaysia yang hebat yang melambangkan visi kecantikan sihat kami. Malangnya, disebabkan pandemik kami terpaksa menangguhkan acara tersebut sehingga tahun ini dan kini, kami sangat teruja.

Cara penyertaan The Face Of Healthy Beauty Guardian 2023
“Pencarian The Face of Healthy Beauty Guardian BUKAN pertandingan kecantikan. 

“Kempen ini meraikan kecantikan yang sihat dan menggalakkan orang ramai untuk menerima segala keunikan diri mereka luar dan dalam, kecantikan dalaman dan luaran mereka. Healthy Beauty ialah individu yang positif, dinamik, lemah lembut tetapi bersemangat, ceria, penyayang dan menginspirasi dengan keyakinan yang lahir dari perasaan yang baik secara holistik. Mereka juga mahu memberi inspirasi kepada orang lain untuk menjalani kehidupan yang sihat dan indah melalui perkara yang menggembirakan dan memuaskan hati mereka.”

Disebut-sebut sebagai yang pertama seumpamanya di Malaysia, pencarian The Face of Healthy Beauty adalah usaha seluruh negara untuk mencari EMPAT individu yang paling sesuai dinobatkan sebagai ‘The Face of Healthy Beauty’, untuk menjadi duta kecantikan sihat Guardian.

Teo menjelaskan bahawa konsep Healthy Beauty adalah teras falsafah jenama Guardian dan ia terhasil daripada wawasan pengguna yang meyakini bahawa kesihatan yang baik adalah asas kepada kecantikan sebenar.

Pemenang dan Finalis The Face Of Healthy Beauty Guardian 2019

“Kami mendapati bahawa pelanggan kami percaya bahawa kecantikan sebenar datang daripada tubuh badan yang sihat dan mental yang sejahtera,” kata Teo.

“Dan trend ini juga telah membantu Guardian berkembang daripada sebuah stor kesihatan dan kecantikan, kepada sebuah jenama dengan matlamat untuk memberi inspirasi kepada pelanggan untuk menjalani hidup yang sihat dan indah. Untuk mencapai misi ini, kakitangan jualan kami telah dilatih untuk menjadi penasihat penjagaan kecantikan dan kesihatan, manakala stor kami terus menawarkan produk terkini dan paling inovatif dari seluruh dunia pada nilai terbaik kepada pelanggan,” tambah Teo.

Empat (4) pemenang Peringkat Akhir masing-masing akan menerima:

• Kontrak satu (1) tahun dengan Guardian

• Penampilan muka hadapan Katalog Guardian & material jualan lain

• Wang tunai RM10,000 dan Baucar bernilai RM10,000

• Produk daripada penganjur yang mengambil bahagian

• Produk Penjagaan Mandian Guardian bernilai RM5,000 untuk disumbangkan kepada badan kebajikan pilihan pemenang

Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas dengan penyertaan yang perlu dihantar secara dalam talian mulai 26 Jun 2023 hingga 6 Ogos 2023 di https://theface.guardian.com.my atau klik pada kod QR di semua platform media sosial Guardian dan di stor Guardian. Peserta perlu memuat naik video berdurasi 30 saat, menerangkan ‘Mengapa mereka ingin menjadi The Face of Healthy Beauty?’, satu gambar berukuran penuh dan satu gambar passport.

Satu ratus dua puluh (120) peserta yang disenarai pendek akan dipilih untuk menghadiri peringkat separuh akhir di:

Plaza Gurney, Pulau Pinang (26-27 Ogos 2023)

Pusat Membeli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur (2-3 September 2023)

Paradigm Mall, Johor Bahru (9-10 September 2023)

Vivacity Mall, Kuching Sarawak (16-17 September 2023). 

Lima peserta separuh akhir dari setiap wilayah akan berentap di Pusingan Akhir yang bakal berlangsung di Pusat Membeli-Belah Sunway Pyramid di Petaling Jaya pada 21 Oktober 2023.

Mulai 18 September 2023 hingga 8 Oktober 2023, pelanggan Guardian juga boleh mengundi di laman mikro untuk memilih pemenang pilihan mereka pada Pusingan Akhir. Undian yang diterima untuk setiap finalis akan menyumbang 40% daripada jumlah markah di Peringkat Akhir.

Butiran lanjut tentang pencarian, serta terma dan syarat penuh penyertaan boleh didapati di https://theface.guardian.com.my


Read More

Puteri Aisya Carlysa Duta Kids Republic AEON Dan Pelancaran iAEON

AEON Umum Duta Pertama Kids Republic Memperkasakan Kanak-kanak Untuk Mencipta Masa Depan

Pencarian Duta Kids Republic Julung Kali Dilancarkan Bersama Kelab VIP iAEON

Puteri Aisya Carlysa Duta Kids Republic AEON

AEON, peruncit terkemuka Malaysia, teruja mengumumkan Puteri Aisya Carlysa binti Mohd Azham Shah sebagai Duta Kids Republic pertama mereka, menetapkan pentas untuk "Kids Who Create the Future". Pertandingan peringkat akhir pencarian duta jenama Kids Republic yang julung kali diadakan di IOI City Mall Putrajaya dilancarkan bersama Kelab Ibu Bapa, (VIP) eksklusif iAEON. 

Pertandingan akhir ini, membawakan 24 finalis luar biasa dibahagikan kepada dua kategori: Kategori A, menampilkan kanak-kanak berumur 5 hingga 8 tahun, dan Kategori B, terdiri daripada kanak-kanak berumur 9 hingga 12 tahun. 

Semasa segmen yang menarik, setiap finalis mengambil bahagian tengah, di mana mereka menghadapi kehidupan- bersaiz "Kotak Masa Depan" penuh dengan kemungkinan.

Di dalam kotak ini terdapat dua belas nombor petak, masing-masing menyembunyikan mainan dan soalan yang akan menentukan kelayakan mereka sebagai duta Kids Republic. 

Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Barangan dan Pemasaran sebagai salah seorang juri yang menyelia proses pemilihan, menyatakan semangatnya, "Kami berbesar hati untuk memimpin anak-anak ini pergerakan yang memuncak kepada pencarian duta untuk Kids Republic. Kami mempunyai 1,706 penyerahan faedah dalam masa kurang daripada satu bulan panggilan untuk penyertaan. Semakin ramai ibu bapa menghargai keperluan untuk meraikan setiap peristiwa penting pertumbuhan sambil mengubahnya menjadi detik-detik galakan dan pendedahan kemungkinan." 

Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Pemasaran Aeon

Low seterusnya menekankan, "Kids Republic AEON bertujuan untuk menyokong keperluan ibu bapa dan kanak-kanak ketika mereka membesar menjadi pemecah tanah masa depan. Kami sangat percaya bahawa kanak-kanak adalah arkitek masa depan, dan kami ingin mendengar daripada mereka tentang cara mereka membayangkan mendapat di sana. Kemudian kami mahu berada di sana setiap langkah, memperjuangkan keperluan mereka." 

Sebagai alat utama untuk mengiringi perjalanan keibubapaan, acara akhir juga menandakan pelancaran Kelab Ibu Bapa (VIP), ciri baharu dalam aplikasi super AEON iAEON. VIP ialah berdedikasi untuk meraikan dan menyokong pencapaian pertumbuhan setiap kanak-kanak sambil memberi ganjaran kepada ibu bapa yang menjadikan AEON sebagai destinasi keluarga pilihan mereka. 

Mengharapkan pelbagai faedah, keistimewaan, dan pengalaman peribadi yang direka untuk menjadikan perjalanan keibubapaan lebih istimewa. 

Panel juri untuk AEON Kids Republic Ambassador Search terdiri daripada industri profesional, pengaruh, dan tokoh terkemuka yang sangat komited untuk memupuk potensi kanak-kanak. Setiap juri membawa banyak pengalaman dan kepakaran, menjadikan cari lebih menarik dan berdaya saing. Para hakim ialah John Teoh Wei Tung, Ketua Pemasaran Pegawai Offspring Inc Sdn Bhd, Prichelle Lim, Pengurus Perkongsian untuk Singapura dan Pengurus theasianparent dan Gillian Hung, Ikon Fesyen dan Perunding Antarabangsa; Pereka dan Pengasas MMAG, dan Penasihat Persatuan Pereka Rasmi Malaysia (MODA). Peserta akhir ialah:

Kategori A (5 – 8 tahun):

1. Muhammad Yusha Harris bin Muhd Yuzri Nizal

2. Ahmad Yezriq bin Ahmad Yazran

3. Shiv Aarryan Ganesan

4. Kourosh El Rayyan bin Ramin Toutian Esfahani

5. Zayn Nayl bin Muhamad Faiz

6. Airis Amanda binti Mohd Norhafizi

7. So Jesslyn

8. Priesshah A/P Hariintran

9. Alina Baig binti Mirza Mumtaz Baig 

10. Airis Haura Nur Inara binti Mohd Zulazman 

11. Emma Sophia binti Dzulfadli Husni

12. Evareyhana binti Kamaruzzaman

13. Audree Elena binti Shahrizan Effedey

14. Naira Alisha binti Mohammad Aimil Fariz


Kategori B (9 – 12 tahun):

1. Muhammad Reezqi Rayqal bin Ahmad Naim

2. Awang Naqiff Akmal bin Awang Bakri

3. Jayden Ooi Chun Eng

4. Ahmad Rageen bin Sultan Ahmad

5. Tuan Muhammad Adam Reezqie bin Tuan Mohd Asmawi

6. Ammar Hazim bin Ahmad Nazam Hilmi

7. Koh Jee Yen

8. Joshiyta A/P Jeyasudhan

9. Puteri Aisya Carlysa binti Mohd Azham Shah

10. Wan Nur Zara Damia binti Wan Abdul Halim

Tahniah kepada Duta Kids Republic AEON. 

Jangan lupa untuk memuat turun aplikasi iAEON untuk lebih pengalaman menarik.

#aeonretail #kidsrepublic

Read More

20 June 2023

Kitsui Pilihan Suplemen Kesihatan Yang Diperakui

Kehidupan seharian kini lebih mencabar, keluar pagi balik malam untuk pergi kerja buatkan Qiss kena amalkan vitamin yang sesuai untuk badan. Selain dapat mencergaskan badan dapat juga menyihatkan badan.


Testimoni

Qiss pilih minuman kesihatan Kitsui. Sejak tahun 2020 lagi Qiss amalkan jenama Kitsui telah dikenali sebagai suplemen kesihatan yang banyak membantu meningkatkan tenaga penggunanya.


Antara produk yang Qiss amalkan sehingga kini ialah Belloss Fiber dan Rilax Nite. Kedua-dua produk ini membantu Qiss dalam kehidupan seharian. Belloss Fiber Qiss minum sebab senang untuk melawaskan perut dan mengandungi bahan-bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan. Manakala Rilax Nite pula Qiss amalkan untuk mudah tidur pada waktu malam.

Kawalan kualiti ISO, HACCP, GMP 

Produk Kitsui telah dikilangkan mengikut kawalan kualiti ISO, HACCP dan GMP. Ini membuatkan produk ini dijamin kualiti.



Bahan berasaskan tumbuhan 

Produk Kitsui ni  diperbuat daripada bahan berasaskan tumbuhan dan bebas daripada bahan-bahan berbahaya. Tiada cucuk hormon, tiada gluten, tiada bahan pengawet, bebas GMO, bebas antibiotik dan bahan kimia tau. 

Penggunaan yang selamat 

Qiss suka guna produk Kitsui ni sebab dipek untuk satu kali bancuhan jadi lebih bersih dan selamat untuk diminum.

Had pemakanan 

Setiap orang bergantung pada keperluan apabila mengambil suplemen kesihatan. Mengikut pada keperluan pengambilan sesuatu produk dan cara pemakanan. 

Ada suplemen yang boleh diambil pada waktu pagi atau malam ataupun dua kali sehari.
 
Tenaga bertambah 

Suplemen kesihatan Kitsui diperakui menambah tenaga dan membuatkan penghadaman bertambah baik.



Anugerah

Jenama Kitsui juga telah merima pelbagai Anugerah seperti Brand Laureate, Halal Asia Award, Watson Top Brand dan Superhealth Brand.









Disahkan halal 

Produk Kitsui telah mendapat pengiktirafan Halal dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Produk Kitsui juga dijamin selamat dan berkesan. Qiss juga turut merasa perubahan apabila menggunakan produk ini. Kitsui juga merupakan jenama terkenal dan dihormati atas sebab kepatuhan pengilangan produk yang mengikut piawaian industri.
 
Sejak dipasarkan di pasaran, produk Kitsui mendapat sokongan pengguna yang menyedari kepentingan mengamalkan suplemen dan juga pengguna yang ingin menambah baik kesihatan dari segi dalaman dan luaran.
Read More

17 June 2023

Tahniah Kepada Pemenang Kempen 1 Million Happy Members Sushi King

Siapa sangka dengan makan sushi kegemaran, kita boleh menang percutian ke Jepun kan? 

Akhirnya Kempen 1 Million Happy Members Sushi King kini telah menemui pemenang hadiah utama yang menawarkan hadiah pakej percutian ke Jepun. 

Tahniah kepada Vyvian Elvy Jefry, seorang surirumah dari Sabah yang memenangi percutian untuk 2 orang ke Jepun.

Satu majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Restoran Sushi King cawangan Sunway Pyramid bagi meraikan pemenang hadiah utama yang bertuah.

Untuk informasi, Kempen 1 Million Happy Members telah berlangsung sepanjang bulan Mei yang lepas dan berjaya menerima lebih dari 50,000 penyertaan dari ahli setia Sushi King. 

Setiap ahli yang menyertai berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM1,000,000. Antaranya termasuklah gajet terkini seperti peranti Oppo, jam tangan Apple begitu juga dengan  kad hadiah Uniqlo, tawaran makan dan 600,000 Smile Points. Smile Points dan juga pakej percutian yang menyeronokkan! 

Encik Hiroki Mori, Pengarah Urusan Sushi King Sdn. Bhd.

Encik Hiroki Mori, Pengarah Urusan Sushi King Sdn. Bhd. berkata, "Kami amat bersyukur atas sokongan dan kesetiaan pelanggan kami yang tidak berbelah bahagi. Mereka telah mendorong kami untuk mencapai kejayaan luar biasa 1 juta Happy Members. Kami terharu dengan penghargaan mereka terhadap Sushi King dan budaya makanan Jepun. Melalui kempen ini, kami dapat mencipta pengalaman yang bermakna buat ahli-ahli kami dimana mereka akan mendapat ganjaran sambil menikmati hidangan Sushi King kegemaran mereka".

Tahniah Kepada Pemenang

Penghargaan buat ahli yang ke sejuta, Mohd Shahrin Samian, telah menerima ganjaran makan percuma di Sushi King selama setahun. Begitu juga dengan pemenang bertuah bertuah hadiah utama iaitu Vyvian Elvy Jefry yang merupakan seorang suri rumah dari Sabah telah berjaya memenangi hadiah utama percutian ke Jepun. Siapa sangka lawatan pertama beliau ke Sushi King ITCC Penampang untuk menjamu selera memberikan kenangan manis yang cukup bermakna.

Kami bertekad untuk menjadikan Sushi King sebagai Your Happy Sushi Place di mana pelanggan kami dapat merasai kenikmatan dan keistimewaan budaya makanan Jepun melalui hidangan yang menyelerakan, tambah Encik Mori.

Hidangan Baru Sushi King

Sushi King bakal memperkenalkan pelbagai inisiatif yang inovatif untuk menarik lebih ramai pelanggan seperti promosi dan penawaran menu baru termasuk Japonica Unagi gred premium dan Ramen Jepun yang akan dilancarkan tidak lama lagi. 

Ramen Jepun Sushi King

Haa! Ada tak kawan-kawan yang tak makan sushi tu? Boleh cuba Ramen Jepun ni tau. Sedap dan creamy betul rasa dia. Makan pula panas-panas.  Kena cuba kalau ke Sushi King nanti.

Japonica Unagi gred premium

Untuk penggemar Unagi, kali ini Sushi King gunakan Japonica Unagi gred premium bagi menambah baik rasanya.

Penambahan baru ini adalah bukti komitmen Sushi King untuk memastikan pengalaman menjamu selera yang baik kepada semua pelanggan mereka. 

Jom muat turun aplikasi Sushi King di Google Play Store, Apple App Store atau Huawei App Gallery untuk menjadi ahli Sushi King hari ini. 

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi-promosi Sushi King dan banyak lagi, sila layari laman web rasmi mereka di www.sushi-king.com. Ikuti Sushi King di Facebook (@sushikingasia) dan Instagram (@sushikingmalaysia) untuk sentiasa menerima maklumat terkini tentang kempen dan promosi mereka.

Read More

07 June 2023

Guardian Fun Run Kembali 23 September 2023

GUARDIAN FUN RUN kini KEMBALI!! 

Lebih besar, lebih meriah daripada sebelumnya.  

Pendaftaran untuk Guardian Fun Run September 2023 kini dibuka

Acara menarik kegemaran ramai Guardian Malaysia yang berorientasikan keluarga, Guardian Fun Run kini kembali untuk edisi keduanya dan dijangka bakal menerima sambutan yang menggalakkan. 

Guardian Fun Run 2023 akan diadakan di Maeps Serdang 23 September ini

Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata: “Fun Run tahun ini menjanjikan kemeriahan yang lebih besar dan lebih hebat berbanding Larian tahun lalu. Larian tahun lalu merupakan pembuka mata kepada kami apabila MAEPS bertukar menjadi LAUTAN JINGGA baju-T GUARDIAN dengan peserta dari pelbagai lapisan masyarakat. 

“Kami belajar bagaimana bersenam, dan berlari terutamanya sangat popular, bukan hanya di kalangan pelari tegar tetapi juga di kalangan golongan berkeluarga yang ingin kekal sihat dan populariti aktiviti ini merentasi semua generasi.  

Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd

“Guardian Fun Run tahun lalu istimewa kerana ia memberi semangat kepada keluarga untuk turut serta dan berlari, termasuk ramai kanak-kanak, ibu, bapa malah datuk dan nenek. Menyaksikan mereka berlari bersama-sama untuk kekal sihat, menjadikan kami lebih berbangga dan teruja untuk menganjurkan acara ini dan inilah sebabnya kami mengadakannya lagi tahun ini. 

“Pastinya, kempen Live Smart & Healthy kami pada bulan Mei dan Guardian Fun Run menunjukkan komitmen kami dalam membantu pelanggan untuk hidup bijak dan sihat.

“Untuk kempen Live Smart & Healthy, kami telah memperkenalkan pelbagai produk kesihatan baharu di stor kami berdasarkan keperluan pelanggan kami, trend terkini disamping produk kesihatan terbaik dari seluruh dunia yang ada di pasaran,” tambah Teo.

“Guardian Fun Run terbuka kepada pelari dari segenap peringkat kecergasan, jadi sama ada anda seorang pelari tegar, atau baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini, ini adalah peluang yang baik untuk bersenam dalam persekitaran yang menyeronokkan dan bersemangat.  

Seperti namanya, Guardian Fun Run akan dimeriahkan dengan acara menyeronokkan untuk seisi keluarga, termasuk kanak-kanak kerana ia menjanjikan laluan yang indah, suasana seperti karnival, permainan, persembahan hiburan, pensampelan produk kesihatan dan kecantikan disamping pelbagai trak makanan.

“Selain itu, terdapat Hadiah Cabutan Bertuah bernilai RM10,000 untuk dimenangi oleh para peserta, berupa baucar membeli-belah bernilai RM2,500 untuk setahun sebagai Hadiah Utama dan hadiah untuk Peraduan Kostum Terbaik. Hadiri acara ini dengan pakaian paling kreatif anda berserta baju-T Fun Run bagi merebut peluang untuk memenangi baucar Guardian dan hamper.

“Untuk membantu pelari membuat persediaan untuk Fun Run kali ini, kami juga akan mengadakan bengkel Masterclass Fitness yang dikendalikan oleh Jurulatih Antarabangsa, Gillian Benjamin pada bulan August, yang mana butirannya akan diumumkan kemudian.

“Dan untuk menghangatkan lagi acara, para peserta akan dijemput untuk menyertai Rutin Senaman DanceON istimewa kami, sebagai acara memanaskan badan sebelum memulakan larian pada hari itu nanti. Senam tari ini merupakan sejenis senaman menggunakan teknik tarian untuk meningkatkan kecergasan, menjadikan senaman lebih menyeronokkan untuk semua,” jelas Teo.

Guardian Fun Run akan diadakan pada 23 September 2023 di MAEPS Serdang. Terdapat empat kategori Larian tahun ini:

Kategori 1

3KM Family Run - Kanak-Kanak (5 - 12 Tahun sahaja)

Kategori 2

3KM Family Run - Terbuka (13 Tahun & ke atas)

Kategori 3

5KM Fun Run - Terbuka (13 Tahun & ke atas)

Kategori 4

5KM Larian Maya

Larian Maya 5km akan membolehkan peserta yang berada di luar Lembah Klang untuk turut serta.


Pendaftaran kini dibuka dan diskaun awal diberikan kepada mereka yang mendaftar awal sebelum 11 Jun 2023.




Sebagai alternatif, anda juga boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR Guardian Fun Run di semua platform media sosial Guardian, lama web, dan stor dalam talian, atau muat turun aplikasi digital ‘HEYJOM’ pada Apple App atau Google Play untuk mendaftar.

Untuk butiran lanjut tentang Fun Run boleh didapati di https://www.heyjom.com/events/359

“Sebagai menepati misi Guardian untuk membantu pelanggan untuk hidup sihat dan indah, setiap hari, kami telah menetapkan yuran pendaftaran yang sangat berpatutan untuk para peserta, pada harga maksimum RM60 untuk pelari dewasa, yang akan turut menerima beg hadiah berisi produk bernilai RM150 pada hari Larian. Kami berharap ramai rakyat Malaysia dan keluarga mereka yang prihatin dengan kesihatan akan mengambil bahagian dalam Guardian Fun Run kami. Bawa seisi keluarga anda dan ciptalah pengalaman menggembirakan dan penuh bermakna di acara ini. Pendaftaran ditutup pada 31 Julai 2023 jadi jangan buang masa, daftar sekarang. Jumpa anda di sana September ini,” kata Teo mengakhiri. 

Facebook: @Guardianmy 

Instagram: @Guardianmy 

YouTube: @Guardian MY

Telegram:  @GuardianMY

#GuardianMYApp

#guardianMy


Read More

02 June 2023

Tingkat Kesedaran Mengenai Lupus Pada Masyarakat

Suatu kerjasama telah dibentuk bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai lupus, penyakit autoimun jarang jumpa.

Penyakit Sistemik lupus eritematosus (SLE) atau lupus adalah penyakit kronik autoimun yang tidak berjangkit tetapi berpotensi mengancam nyawa penghidapnya. Bagi setiap 100,000 rakyat Malaysia, dianggarkan terdapat 43 kes lupus namun masih ramai yang tidak menyedari tentang lupus, menjadikannya sebagai salah satu penyakit yang kurang didiagnosis dan pesakit serta penjaga mereka selalunya terpaksa berdepan dengan penyakit ini secara bersendirian. 

Untuk mengatasi masalah ini, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) bersama-sama dengan Persatuan Reumatologi Malaysia (MSR) telah bekerjasama dengan AstraZeneca bagi melancarkan #UnlockingLupus, sebuah kempen yang menyasarkan untuk meningkatkan kesedaran mengenai lupus dan menggalakkan diagnosis awal. 

Dilancarkan bersempena dengan Hari Lupus Sedunia, kempen #UnlockingLupus telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, Dr Izzuna Mudla bt Mohamed Ghazali, dihadiri oleh Presiden Persatuan SLE Malaysia, Dr Heselynn Hussein, Pakar Reumatologi UKM dan Wakil Persatuan Reumatologi Malaysia, Dr Syahrul Sazliyana Shaharir dan Ketua Pegawai Pemasaran AstraZeneca, Bernice Chan. 

Kempen #UnlockingLupus dipacu oleh laman sesawang mikro (www.unlockinglupusmy.com) yang dibangunkan secara khusus bagi tujuan ini dan disokong oleh AstraZeneca. Laman sesawang mikro ini bertindak sebagai sebuah pusat maklumat sehenti mengenai lupus, yang menyediakan maklumat serta sumber mengenai lupus kepada orang ramai, daripada diagnosis hinggalah kepada kaedah rawatan. 

Presiden Persatuan SLE Malaysia, Dr Heselynn Hussein, Pakar Reumatologi UKM, Timbalan Pengarah Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, Dr Izzuna Mudla bt Mohamed Ghazali dan Wakil Persatuan Reumatologi Malaysia, Dr Syahrul Sazliyana Shaharir melancarkan kempen #unlockinglupus

Dr Heselynn Hussein ketika mengulas mengenai kempen ini berkata, “Penghidap lupus serta penjaga mereka dan orang yang tersayang terpaksa berdepan dengan simptom fizikal dan tekanan emosi sepanjang masa. Kami yakin bahawa cara terbaik untuk memberikan sokongan kepada mereka ialah dengan memupuk kesedaran menerusi kempen kerjasama ini, yang bertujuan untuk berkongsi pelbagai maklumat mengenai lupus dan bagaimana orang ramai boleh memberi sokongan kepada pesakit dan penjaga mereka.”

Tabung pesakit SLE

Tak semua pesakit SLE bersedia dari segi kewangan dan keadaan ini menyukarkan mereka menjalani kehidupan harian.

Menurut Dr Heselynn, PSLEM menyediakan tabung SLE di mana para pesakit boleh memohon untuk mendapatkan bantuan. Walaupun tiada penawar untuk lupus, penyakit ini boleh diurus dengan rawatan dan sokongan yang betul. Bergantung kepada jenis dan tahap keterukan gejala, rawatan yang ada dapat membantu mengurus ruam daripada merebak, dan pada masa yang sama mengurangkan kerosakan kepada organ-organ lain. 

Dr Syahrul Sazliyana Shaharir berkata, “Matlamat kami adalah untuk membantu memastikan bahawa pesakit sentiasa didengari dan tidak berseorangan dalam menghadapi penyakit ini. Hidup dengan lupus sememangnya sangat mencabar kerana ia memberikan kesan buruk kepada tubuh dan minda. Dengan adanya laman sesawang mikro kempen ini, kami dapat mengajak orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut mengenai lupus, di mana ia sukar untuk didiagnosis kerana gejala penyakit ini selalunya tidak kelihatan.”


Jean Chan, pesakit lupus berusia 66 tahun, berkongsi pandangan sebagai pesakit lupus. “Saya menghidap lupus sejak 29 tahun yang lalu dan lupus telah mengajar saya untuk menjadi tabah. Bagi saya, faktor paling penting untuk mengatasi kesakitan yang dialami  adalah sokongan, galakan, penjagaan, dan kasih sayang yang berterusan kepada pesakit.”

Bersempena Hari Lupus Sedunia pada 10 Mei, PSLEM telah menganjurkan acara 'Walk-a-Payung for Lupus”, dengan sokongan AstraZeneca, sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai lupus. Acara berjalan kaki sambil menggunakan payung melambangkan sokongan dan perlindungan yang diperlukan oleh penghidap lupus, dan impak penyakit ini terhadap ibu bapa serta sistem sokongan mereka. 

Ketua Pegawai Pemasaran AstraZeneca, Bernice Chan menjelaskan, "Ramai yang menghidap lupus menghadapi cabaran dengan diagnosis, kesan buruk penyakit yang tidak dapat diramalkan dan pilihan rawatan yang terhad. Di peringkat global, lupus memberikan bebanan fizikal, emosi dan kewangan yang besar kepada 5 juta orang penghidap penyakit ini. Di AstraZeneca, kami bekerja keras untuk membina sebuah masa depan di mana mereka yang menghidap lupus mempunyai akses kepada penjagaan berkualiti. Kami yakin bahawa matlamat itu boleh dicapai menerusi inovasi saintifik, kerjasama mantap dengan komuniti lupus, dan peningkatan tumpuan terhadap ekuiti kesihatan. 

Menerusi pendekatan yang dipacu oleh kerjasama, kami menyasarkan untuk bekerjasama dengan persatuan bagi memperkasakan orang ramai dengan ilmu pengetahuan mengenai penyakit kronik ini di samping meningkatkan kesedaran mengenai diagnosis dan rawatan awal. Bersama-sama, kita boleh bertindak untuk meningkatkan standard penjagaan kesihatan dan seterusnya, membantu penghidap lupus menjalani kehidupan yang lebih baik,” jelas Bernice lagi. 

Lupus adalah penyakit sepanjang hayat yang boleh diuruskan dengan rawatan dan persekitaran sokongan yang betul. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai lupus, sila layari (www.unlockinglupusmy.com).


Rakan Kerjasama

Persatuan SLE Malaysia (PSLEM)

PSLEM ialah sebuah pertubuhan amal bukan berasaskan keuntungan. Ia telah ditubuhkan pada 1994 oleh para doktor dan pesakit bagi menyokong mereka yang menghidap systemic lupus erythematosus (SLE), dan juga meningkatkan kefahaman orang ramai mengenai SLE dan Penyakit Campuran Tisu Penghubung (MCTD).

Persatuan Reumatologi Malaysia (MSR)

MSR ialah sebuah persatuan profesional reumatologi di Malaysia, yang menyasarkan untuk meningkatkan pertumbuhan bidang reumatologi sebagai pengkhususan pilihan, meningkatkan tahap pengurusan penyakit reumatik, dan memacu kesedaran mengenai artritis di kalangan profesional dan orang ramai.

AstraZeneca  

AstraZeneca (LSE/STO/Nasdaq: AZN) ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal global yang diterajui oleh sains yang memberikan tumpuan kepada penemuan, pembangunan, dan pengkomersialan ubat-ubatan preskripsi dalam bidang Onkologi, Penyakit Jarang Jumpa dan Biofarmaseutikal, termasuk Kardiovaskular, Renal & Metabolisme, dan Respiratori & Imunologi. Berpangkalan di Cambridge, UK, AstraZeneca beroperasi di lebih 100 negara dan ubat-ubatannya yang berinovasi digunakan oleh jutaan pesakit di seluruh dunia. Sila kunjungi astrazeneca.com dan ikuti syarikat itu di Twitter @AstraZeneca.

Mengenai SLE

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

SLE ialah penyakit autoimun di mana sistem imun menyerang tisu sihat di dalam tubuh. Ia adalah penyakit kronik dan kompleks yang boleh menjejaskan banyak organ dan menyebabkan pelbagai gejala, termasuk kesakitan, ruam, kelesuan, dan bengkak pada sendi serta demam. Kira-kira separuh daripada semua pesakit SLE akan mengalami beberapa bentuk kerosakan organ dalam tempoh 10 tahun selepas mereka didiagnosis disebabkan oleh penyakit itu atau rawatan sedia ada, yang memburukkan lagi gejala dan meningkatkan risiko kematian.

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com