Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>
Showing posts with label Guardian. Show all posts
Showing posts with label Guardian. Show all posts

27 November 2024

Serlahkan Pesonamu. Utamakan Kesejahteraanmu. guardian Menginspirasi Rakyat Malaysia dengan Visi dan Kempen Jenama Baharu lagi Berani

Hari ini, guardian Malaysia— peruncit farmasi, kesihatan, dan kecantikan terkemuka di Malaysia—memperkenalkan visi jenama dan kempen baharu yang lebih mantap, menyeru rakyat Malaysia untuk menghargai keunikan diri mereka dan “Serlahkan pesonamu. Utamakan kesejahteraanmu.”

Bertemakan “Serlahkan pesonamu. Utamakan kesejahteraanmu.”, mesej penuh inspirasi guardian ini dekat di hati segenap masyarakat daripada pelbagai usia dan latar belakang, menghidupkan satu gerakan di mana semua orang boleh menghargai diri mereka dan berbangga dengan perjalanan kesejahteraan mereka.

Priscilla Wu, Pengarah Urusan guardian Malaysia, berkongsi: "Nadi “Serlahkan pesonamu. Utamakan kesejahteraanmu.” terletak pada perkataan 'Serlahkan'. Ia adalah tentang kuasa yang dimiliki oleh setiap daripada kita untuk mendefinisikan kecantikan kita sendiri, kesejahteraan kita, dan benar-benar menguasainya. Ini lebih daripada sekadar kempen; ia adalah kuasa pemerkasaan diri. Kami percaya bahawa setiap orang berhak untuk kelihatan, merasa, dan hidup dengan sebaik-baiknya pada setiap peringkat kehidupan.”


guardian, sebagai jenama tempatan yang tumbuh di Malaysia 57 tahun lalu, dengan bangganya telah berkhidmat untuk rakyat Malaysia, menjangkau lebih daripada satuperempat daripada populasi negara ini dan memenuhi pelbagai keperluan kesihatan dan kecantikan mereka. Misi baharu ini adalah janji guardian untuk menyokong usaha setiap pelanggan dalam mencapai kesejahteraan hidup mereka, mengingatkan mereka bahawa setiap langkah dalam perjalanan ini adalah penting.

Dengan pelancaran video jenama yang baharu, guardian menyentuh emosi rakyat Malaysia.


Ia lebih daripada wayang gambar - ia adalah seruan untuk bertindak, mencabar penonton untuk menghargai kesejahteraan mereka, bangkit mengatasi cabaran hidup, dan menerima kecantikan unik mereka. guardian sentiasa di sini, di setiap langkah perjalanan, seperti mana kami telah berada bersama datuk, nenek serta ibu bapa anda, dan kami akan terus menjadi sahabat yang dipercayai untuk anda dan seisi keluarga anda, membimbing rakyat Malaysia ke arah kehidupan yang lebih sihat dan indah.

Video jenama ini merakam detik-detik biasa dalam kehidupan seharian yang membentuk keindahan dalam setiap cabaran dan kejayaan, memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengawal kesejahteraan mereka, satu detik pada satu masa.

Bukan itu sahaja. Kempen guardian baharu yang menarik ini turut memperkenalkan enam visual memukau yang mewakili kesemua kategori kesihatan dan kecantikan yang tersedia di stor kami - direka untuk memenuhi setiap keperluan penjagaan diri dan kecantikan, dan menginspirasi semua orang untuk “Serlahkan pesonamu. Utamakan kesejahteraanmu.” dengan cara tersendiri.

Logo ‘g’ baharu guardian yang lebih elegan dan segar turut dilancarkan, menampilkan rekaan reben beralun yang mencitrakan hubungan mendalam dan saling terhubungkait antara guardian dan pelanggannya di setiap peringkat kehidupan.

Priscilla menambah, "Hubungan kami dengan pelanggan sangat erat - ia sangat peribadi, tulen, dan bermakna. Kami di sini untuk memberi impak dalam kehidupan masyarakat dan komuniti di mana kami berkhidmat. Dengan kempen “Serlahkan pesonamu. Utamakan kesejahteraanmu.”, kami komited untuk menyokong perjalanan setiap individu untuk menjadi versi terbaik diri mereka, dengan cara mereka sendiri. Tiada peruncit lain yang boleh menandingi kami pada skala sebesar ini, dan kami bangga untuk menerajui jalan ini.”

Sertai kami dalam perjalanan ini untuk kelihatan, merasa, dan menjalani kehidupan dengan lebih baik! guardian sentiasa di sisi anda untuk setiap detik kesihatan dan kecantikan dalam hidup anda. Jadi, mulai hari ini, ambil tanggungjawab dan “Serlahkan pesonamu. Utamakan kesejahteraanmu.”, kerana dirimu layak memilikinya!

Facebook: @guardianmy

Instagram: @guardianmy

YouTube: @guardian MY

Telegram: @guardianMY

#guardianMy

#guardianMalaysia

#MYWellbeingMatters

Read More

16 October 2024

guardian Sambut Ulang Tahun Ke-57, Kembangkan Usaha Untuk Memupuk Kecantikan dan Kesejahteraan Rakyat Malaysia

Kempen Sebulan Sempena Pink October, Pelancaran Jenama Eksklusif Baharu dan Promosi Menarik Diskaun 57%

guardian Malaysia meraikan ulang tahun ke-57 operasinya dengan pelbagai aktiviti yang memantapkan komitmennya terhadap kecantikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk:

· Kempen Pink October dijayakan secara kolaborasi bersama Kundal dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) untuk meningkatkan kesedaran, memperluaskan akses, di samping menggalakkan penglibatan masyarakat dalam perjuangan menentang kanser payudara.

· Pelancaran jenama kecantikan dan kesejahteraan eksklusif baharu di stor-stor guardian Malaysia di seluruh negara dan dalam talian, yang bakal disusuli dengan acara kemuncak rasmi akhir bulan ini di guardian The Exchange TRX bagi meraikan tawaran baharu yang menarik ini.

· Promosi eksklusif diskaun 57%  untuk pembelian item kedua untuk lebih 3,000 produk, ditawarkan di stor fizikal dan dalam talian sepanjang bulan ini.

Melalui inisiatif ini, guardian Malaysia menyasarkan untuk mengingatkan dan menggalakkan orang ramai untuk mengutamakan kesejahteraan dan kecantikan diri mereka.

Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia, menegaskan, “Kecantikan luaran dan kesejahteraan dalaman menuntut penjagaan secara harian. Ini termasuk pengetahuan tentang apa yang baik untuk anda dan kemampuan untuk mengakses ‘pilihan produk kecantikan dan kesejahteraan yang tepat’.” 

Pink October: guardian Malaysia Pertingkat Perjuangan Menentang Kanser Payudara

Kanser payudara kekal sebagai kanser #1 yang menjejaskan kaum wanita di Malaysia, dengan 1 dalam 19 wanita yang didiagnosis. Disebabkan faktor kurangnya kesedaran dan kadar pengesanan awal yang rendah - terutamanya di kalangan isi rumah berpendapatan rendah - hampir separuh daripada kes hanya disahkan pada peringkat akhir (Peringkat 3 dan 4).

Ini mengakibatkan kadar survival 5 tahun yang rendah iaitu 66.8%, di mana ia lebih rendah berbanding negara-negara Asia lain seperti Singapura (79%), Korea Selatan (92.6%), dan Jepun (96.2%).

Pengesanan awal adalah penting dalam memerangi kanser payudara. Dengan kerjasama bersama Kundal dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), guardian Malaysia akan memperkenalkan kit pemeriksaan payudara Pink Glove eksklusif. 





Kit ini mengandungi sarung tangan gosok dengan langkah-langkah pemeriksaan sendiri, dua botol mandian badan, dan satu skrub badan, dijual pada harga RM23.88. 

Untuk setiap kit Pink Glove yang terjual, sebahagian daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada NCSM bagi menyokong usaha-usaha pendidikan, kesedaran, dan program pengesanan awal kanser payudara. 

Selain itu, 10,000 kit Pink Glove akan diedarkan oleh NCSM kepada wanita yang kurang berkemampuan di seluruh Malaysia.

Dr. Murallitharan Munisamy, Pengarah Urusan NCSM, berkata, “Kami berterima kasih kepada guardian Malaysia di atas usaha untuk  menambahbaik akses kepada pemeriksaan sendiri kanser payudara. Kit Pink Glove, yang digabungkan dengan kempen kesedaran, sumbangan, dan agihan kepada wanita kurang berkemampuan, menawarkan pendekatan yang holistik dalam menangani kanser payudara merentasi semua demografi.”

Sepanjang bulan Pink October, guardian akan menjalankan kempen digital bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pengesanan awal, termasuk video oleh Dr. Tan Gie Hooi, Pakar Bedah Payudara & Onkoplastik, mengenai kepentingan pengesanan awal.

Selain itu, NCSM akan menganjurkan sesi informatif mengenai kesedaran kanser payudara di guardian The Exchange TRX dari 21 hingga 27 Oktober 2024, diikuti dengan kempen pendidikan dan saringan yang menyasarkan komuniti kurang berkemampuan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang.

Istimewa Oktober: Pelancaran Jenama Eksklusif Baharu di guardian Malaysia

“guardian Malaysia terus memilih susun jenama kecantikan dan kesejahteraan terbaik untuk pelanggan kami. Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-57, kami akan melancarkan lebih daripada 20 jenama baharu dan eksklusif bulan ini,” tambah Anna.

Jenama-jenama baharu ini akan tersedia di stor fizikal dan dalam talian mulai minggu pertama bulan Oktober 2024. 

Parti Ulang Tahun Oktober: Diskaun 57% - Untuk Bulan Ini Sahaja!

Bagi meraikan ulang tahun ke-57, guardian menawarkan diskaun 57% untuk item kedua untuk lebih 3,000 produk terpilih sepanjang bulan Oktober 2024.



Maklumat mengenai produk yang ditawarkan boleh didapati secara dalam talian di e-katalog guardian baharu atau melalui aplikasi dan eStore guardian di www.guardian.com.my.

Sebagai reaksi terhadap permintaan yang semakin meningkat untuk pembelian dalam talian, guardian Malaysia juga dengan bangganya mengumumkan pelancaran e-katalog baharunya - cara yang lebih mudah dan menarik untuk pelanggan meneroka pelbagai rangkaian produk kesihatan dan kecantikan kami.

E-Katalog interaktif ini direka untuk meningkatkan pengalaman melayari, menjadikannya lancar dan mesra mudah alih. Dengan penampilan yang segar dan moden, e-katalog ini menampilkan elemen interaktif di samping menghubungkan pengguna secara langsung ke platform e-dagang Guardian untuk pembelian yang mudah dan tanpa masalah.

“Ini merupakan bulan yang mengujakan buat pelanggan kami! Kami mengajak semua orang untuk meraikan ulang tahun kami dengan menikmati produk hebat pada nilai yang tiada tandingan, di samping menyokong kempen kesedaran kanser payudara kami bersama NCSM. Kami berharap kejayaan dalam memupuk kecantikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia ini kekal untuk 57 tahun lagi,” jelas Anna mengakhiri.

Facebook: @guardianmy

Instagram: @guardianmy

YouTube: @guardian MY

Telegram:  @guardianMY


#guardianMy

#guardianMalaysia

#MYWellbeingMatters

#guardianturns57

#guardiananniversary

#pinkoctober

#thepinkglovekits

Read More

24 March 2024

Raikan Hari Raya Dengan Riang Bersama Guardian

Hari Raya adalah masa untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dan menghargai hubungan dengan orang tersayang, tanpa mengira jarak, umur, jantina, atau keadaan. guardian sentiasa berada di sisi anda pada musim-musim sambutan perayaan, memastikan anda memiliki semua keperluan untuk menjalani kehidupan yang sihat dan indah,” kata Priscilla Wu, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia.

Guardian melancarkan kempen 'Raya Untuk Semua'

Berucap pada majlis pelancaran kempen ‘Raya Untuk Semua’ di TRX Kuala Lumpur, Priscilla menambah, “Seperti tajuk kempen Raya kami, guardian meraikan Raya dengan keterangkuman, sebagai jenama yang sesuai untuk segenap lapisan masyarakat - yang muda mahupun tua, merentasi generasi yang berbeza. Produk dan perkhidmatan kami yang disusun khas, direka untuk memastikan agar semua orang dapat menghayati semangat perayaan dengan sihat dan penampilan hebat bergaya.”

“Guardian ialah jenama yang memupuk kebersamaan keluarga, memainkan peranan penting dalam kehidupan para pelanggan kami melalui tawaran rangkaian produk yang pelbagai pada nilai hebat,” tegas Priscilla.

Bersempena dengan kempen ‘Raya Untuk Semua’ guardian, sebuah video muzik Raya telah dilancarkan di Youtube. Video tahun ini, yang merupakan sekuel video terdahulu, sekali lagi  mengetengahkan kepentingan hubungan yang kukuh dan nilai-nilai kekeluargaan semasa musim perayaan utama sepeti Hari Raya. 

Menjayakan kembali watak mereka dalam video tersebut, watak-watak utama terdiri daripada Sham Visa dan Amy Mastura masing-masing sebagai bapa dan ibu; dan empat anak perempuan yang dilakonkan oleh Dr Amanda Elli, Puteri Shazwani Megat Ahmad Shahriman, Yasmin Khalid dan Afeefa Ooi. 

Lagu rancak dengan irama joget itu juga akan disiarkan di Era FM bermula 1 hingga 12 April.   

Video tersebut memaparkan bagaimana guardian menyokong perjalanan sesebuah keluarga menuju kehidupan yang sihat dan indah, merentas generasi daripada peringkat datuk dan nenek hingga ke peringkat cucu dan cicit.

Kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia

Oleh kerana kita digalakkan untuk introspeksi diri, memperbaiki diri dan prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik di bulan yang mulia ini, rakan-rakan media, pempengaruh dan tetamu pada majlis pelancaran itu telah dijemput untuk mengambil hadiah Raya di stor guardian di TRX untuk 100 kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia, yang terdiri daripada 50 perempuan dan 50 lelaki, dengan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM10,000. 

Selain itu, ‘Pulut Kuning Zarina’ telah diagihkan sebagai hadiah kepada para tetamu yang hadir. Zarina Zainuddin, seorang ibu dan usahawan, diiktiraf sebagai salah seorang tokoh Hari Wanita Sedunia guardian. Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, Zarina mengimbangi aktiviti keusahawanannya dengan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak-anak autism dengan penuh keanggunan. 

Sempena meraikan kempen ‘Raya Untuk Semua’, pelbagai tawaran hebat telah disusun dengan penjimatan sehingga 50% termasuk diskaun 60% untuk semua Warna Rambut dan semua Topeng Kecantikan dan Pelembap Bibir bagi pembelian item kedua. 




Selain itu, tawaran Hadiah Dengan Pembelian yang menarik boleh didapati di stor-stor guardian sepanjang tempoh promosi yang bermula pada 21 Mac 2024, seperti: 

· Uncang Puffy Beauty Percuma dengan pembelian RM180 dan ke atas dalam satu resit untuk mana-mana produk kecantikan termasuk Penjagaan Kulit, Penjagaan Kulit Sensitif, Kosmetik, Aksesori Kecantikan dan Wangian.

· Kotak Makanan Tahan Karat Quby dengan Beg Thermal Percuma dengan pembelian RM120 dan ke atas dalam satu resit untuk produk Penjagaan Rambut, Penjagaan Mandian, Penjagaan Mulut, Deodoran, Pencukur, Penjagaan Wanita dan Kelengkapan Mandian Bayi.

· Troli Boleh Lipat Percuma dengan pembelian RM188 dan ke atas dalam satu resit untuk semua produk Penjagaan Kesihatan, GMS dan Makanan dan Konfeksi.

· Sampul Duit Raya guardian Percuma (8pcs) dengan pembelian RM68 dan ke atas dalam satu resit sementara stok masih ada.

· Kupon RM5 Percuma dengan setiap pembelian melebihi RM68 dalam satu resit.

Priscilla menyimpulkan, “Kami sangat teruja untuk menyambut Raya bersama anda dan keluarga, malah dengan semua orang. Sentiasa ingat, guardian adalah untuk semua. Tidak kira siapa anda, keperluan, umur atau jantina anda, guardian Ialah jenama yang pasti memenuhi semua keperluan kesihatan dan kecantikan anda, menyatukan seisi keluarga. Kami sentiasa disini untuk anda.” 

Facebook: @guardianmy 

Instagram: @guardianmy 

YouTube: @guardian MY

Telegram:  @guardianMY

#guardianMYApp

#guardianMy


Read More

19 January 2024

Guardian & Nivea Ceriakan Kanak-kanak Di Pusat Pendidikan Suriana Di Desa Mentari Dan Desa Ria-RM50,000 Disumbangkan Untuk Pengubahsuaian

Jenama Penjagaan Kulit Nombor Satu, NIVEA dengan kerjasama Guardian Malaysia telah berjaya menyiapkan program pengubahsuaian di dua pusat pendidikan komuniti yang dikendalikan oleh organisasi bukan kerajaan, Persatuan Kebajikan Suriana.

Projek pengubahsuaian Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), yang dinamakan “Share The Care, You Buy, We Donate” ini adalah hasil daripada kempen yang dijalankan oleh NIVEA dan Guardian yang mengumpul RM50,000 untuk menampung kos membaik pulih dua pusat pendidikan.

Sepanjang tempoh kempen dari 2 Oktober hingga 31 Oktober 2023, setiap belian produk NIVEA bernilai RM50 dan ke atas dalam satu resit, RM2 disumbangkan kepada projek CSR ini.

Pantri dan stor baru di Desa Mentari

Kedua-dua pusat pendidikan yang dikendalikan oleh Persatuan Kebajikan Suriana itu bertujuan untuk memperkasakan kanak-kanak miskin bandar menerusi pendidikan yang holistik disamping memperkuatkan sinergi antara penjaga dan ibu bapa melalui penglibatan yang berterusan. Menyediakan sebuah ruang yang selamat untuk kanak-kanak dan ibu bapa merupakan sebahagian daripada matlamat “Transformasi Komuniti Menerusi Pendidikan” persatuan itu. 

Anna Hull, Pengarah Komersil, Guardian Malaysia berkata, “Kami sangat gembira untuk berkolaborasi dengan NIVEA Malaysia khususnya dalam projek CSR pengubahsuaian ini bagi membantu 91 kanak-kanak Desa Mentari di Petaling Jaya dan Desa Ria di Kuala Lumpur. Pusat Pendidikan Suriana memerlukan pembaikan dan pengubahsuaian agar persekitaran pembelajaran yang selesa dan kondusif dapat disediakan untuk kanak-kanak ini belajar dan menimba ilmu. Kami berharap dengan pusat yang telah dibaikpulih ini, Suriana dapat mengambil lebih ramai kanak-kanak kerana senarai menunggu pun agak panjang.”   

Jubin lantai baru dewan di Desa Ria

Ng Hock Guan, Pengurus Negara, Beiersdorf Malaysia dan Singapura, berkata, “NIVEA berbangga menjadi sebahagian daripada projek yang penting dan bermakna ini, yang mana ia juga selaras dengan matlamat CSR kami untuk “Care Beyond Skin”. Kami berharap projek ini akan terus memberi impak baik kepada kanak-kanak miskin bandar, dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada Persatuan Kebajikan Suriana atas usaha-usaha kebajikan yang telah mereka lakukan selama ini. Ucapan terima kasih juga kepada Guardian Malaysia, yang bermurah hati untuk bekerjasama dengan kami dalam projek ini dan kepada semua pengguna setia NIVEA yang telah menyumbang untuk projek yang penting ini,” kata beliau.

Pengubahsuaian yang dilakukan di pusat pendidikan Desa Ria termasuk:

1. Pemasangan Sistem TV Litar Tertutup (CCTV)

2. Jubin lantai baru di dalam dewan

3. Sistem paip air baharu

4. Kipas dinding dan kipas siling baharu

5. Cat baharu

Manakala di pusat pendidikan Desa Mentari, pengubahsuaian termasuk:

1. Sebuah pantri dan bilik stor baharu

2. Penggantian pili, sinki dan paip di dalam tandas

3. Pemasangan rak dan papan putih serta rak kasut beserta kunci di kawasan pintu masuk

Facebook: @Guardianmy 

Instagram: @Guardianmy 

YouTube: @Guardian MY

Telegram:  @GuardianMY

#GuardianMYApp

#guardianMy


Read More

12 January 2024

Guardian Glowing Beauty, A Healthy Journey Sempena Sambutan Tahun Baru Cina

Raikan Tahun Naga Tahun Baru Cina dengan pelbagai tawaran dan promosi produk terkini dan terhangat pada nilai luar biasa untuk semua pelanggan Guardian. Pelbagai promosi menarik terutama untuk produk penjagaan kesihatan dan kecantikan.

Anna Ng, Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia, berkata, “Tahun Baru Cina adalah salah satu perayaan tahunan terbesar dimana semua orang akan bersungguh-sungguh untuk tampil hebat dengan penampilan serta pakaian baharu terbaik mereka kerana ia adalah masanya untuk permulaan yang baharu. 

“Tema ‘Glowing Beauty, Healthy Journey’ kami menguatkan lagi harapan Tahun Baru Cina (CNY) kami untuk para pelanggan dalam menyambut tahun baharu ini dengan tumpuan khusus terhadap penjagaan kesejahteraan dan kesihatan serta pengamalan gaya hidup yang harmoni dan seimbang. 

“Untuk itu, kami telah menyediakan rangkaian tawaran dan hadiah istimewa yang menarik  untuk pelanggan kami untuk dijadikan hadiah buat orang tersayang, yang jauh mahupun yang dekat dan untuk diri mereka sendiri. Tawaran nilai istimewa ini terpakai untuk kebanyakan produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri terkini kami, yang ditawarkan di stor fizikal dan dalam talian, untuk membantu anda dan orang tersayang tampil dengan penampilan terbaik di Tahun Baru Cina ini. 

“Untuk merancakkan lagi perayaan tahun ini, kami juga telah memperkenalkan sebuah video muzik Tahun Baru Cina (CNY) yang ceria dan menghiburkan, menampilkan Jestinna Kuan, penyanyi dan Pencipta Kandungan Digital popular serta beberapa watak lain termasuk pemenang Face of Healthy Beauty Guardian. (),” jelas Anna. 

Lagu multibahasa yang rancak dalam bahasa Cina dan persembahan video yang menarik itu sangat menghiburkan namun bertujuan untuk mengingatkan orang ramai tentang kepentingan memelihara hubungan baik dengan semua orang, menzahirkan rasa terima kasih kepada keluarga dan sahabat handai dan menghidupkan tradisi budaya dan adat yang menjadikan sambutan Tahun Baru Cina begitu istimewa. Ini dipersembahkan menerusi watak Jestinna yang dikenali sebagai ‘Xiao Long Nu’.


Watak Xiao Long Nu yang moden dikunjungi oleh Xiao Long Nu Zaman Lampau yang mengingatkannya tentang tradisi Tahun Baru Cina purba manakala Naga Guardian pula ialah penjaga kesihatan serta pelindung keluarga turun temurun. Xiao Long Nu moden turut menunjukkan beberapa petua menjaga kesihatan dan kecantikan menggunakan produk  moden Guardian kepada Xiao Long Nu Zaman Lampau.

“Video ini menggalakkan orang ramai untuk menyemarakkan semangat tahun Naga dengan  kesejahteraan dan kesihatan yang berkekalan, dengan Guardian di sisi anda,” tambah Anna.

Untuk membantu pelanggan mendapatkan aura glamor berseri Tahun Baru, Guardian telah memperkenalkan ciri GlamAR pada Aplikasinya agar pelanggan dapat menerima nasihat  pakar penjagaan kulit tentang produk yang paling sesuai untuk kulit mereka. 

Ciri GlamAR akan menjalankan analisis kulit, menawarkan tip-tip penjagaan kulit seterusnya  mencadangkan langkah penjagaan kulit dan produk yang sesuai untuk kulit anda. Pelanggan  kemudiannya boleh membuat pembelian menerusi Aplikasi dimana produk akan dihantar ke rumah atau mereka boleh berkunjung sendiri ke stor fizikal untuk membelinya.

Pelanggan Guardian akan menikmati tawaran istimewa daripada Pantene, Garnier dan Bio Essence disamping tawaran yang lain. Ini termasuk diskaun sehingga 50% untuk produk Kosmetik dan Penjagaan Kulit, potongan 60% untuk barangan kedua dengan SEMUA topeng muka kecantikan, balsem bibir dan semua warna rambut. Terdapat juga diskaun 30% untuk semua produk pelangsingan badan, vitamin dan pemangkin kecantikan, serta Baucar Tunai Guardian RM20 dengan pembelian produk Penjagaan Kesihatan bernilai RM188.

Dalam suasana perayaan yang penuh kegembiraan dan harmoni ini, pelanggan boleh membeli-belah di semua stor fizikal dan dalam talian Guardian untuk Pek Hadiah CNY yang memuatkan rangkaian produk kesihatan dan kesejahteraan mulai 27 Disember hingga 12 Februari 2024 untuk dihadiahkan kepada yang tersayang yang tinggal berjauhan. Ini termasuk Pek Hadiah CNY daripada Brands, Kinohimitsu, Ensure Gold dan Ecolite.







“Jadikan Tahun Baru Lunar ini menakjubkan dengan mengunjungi stor Guardian terdekat anda atau dalam talian untuk mendapatkan hadiah CNY kesihatan dan kesejahteraan untuk diri anda dan yang tersayang.” tambah Anna.

Read More

11 January 2024

Set Koleksi Edisi Terhad Siri Manga Jepun SPYxFAMILY Kini Boleh Didapati Di Guardian

Siri terhad Koleksi barangan salah satu siri manga terlaris di Jepun dan siri televisyen adaptasi anime, SPYxFAMILY, kini boleh didapati di semua stor Guardian dan di dalam talian.  

Sesi bergambar bersama Cosplay Loid, Yor dan Anya

SPY×FAMILY merupakan sebuah siri manga Jepun yang ditulis dan dilukis oleh Tatsuya Endo. Ia mengisahkan tentang misi penyamaran seorang pengintip yang berkahwin dan mengambil anak angkat sebagai sebahagian daripada penyamarannya, tanpa menyedari bahawa anak angkatnya itu memiliki kuasa telepati dan wanita yang dikahwininya pula ialah pembunuh upahan yang handal. Ketiga-tiga mereka perlu berusaha untuk kekal bersama.


Sebagai sebuah siri web animasi, SPYxFAMILY telah dipilih sebagai Komik Web Paling Popular Nombor 1 pada 2019 dan ia telah mencecah 480 juta tontonan pada Ogos 2022. Menjelang Disember 2023, SPYxFAMILY telah mencapai lebih 34 juta edaran, menjadikannya salah satu siri manga terlaris di pasaran.  

Anna Ng, Pengarah Pemasaran, Guardian Malaysia berkata, “Kami sangat teruja untuk menawarkan EMPAT set barangan koleksi daripada siri manga dan anime SPYxFAMILY. EMPAT set barangan koleksi ini dihasilkan berdasarkan karakter dalam siri manga tersebut dan keempat-empatnya boleh didapati dengan harga RM99 setiap satu setiap kali pelanggan membelanjakan RM20 untuk jenama yang mengambil bahagian seperti Aiken, Bio Essence, Lóreal Dermo-Expertise, Eucerin, Garnier, Lóreal, Maybelline, Nivea Skin dan Sunsilk, atau RM50 untuk jenama lain dalam satu resit.”

Set Barangan Koleksi 1 dikenali sebagai LOID FORGER, sempena watak bapa dalam siri anime itu. Koleksi Loid yang bernilai RM199 telah pun ditawarkan mulai 27 Disember 2023 dan didatangkan dalam Kotak Rekaan Loid khas yang mengandungi satu sarung komputer riba 14 inci, satu pemegang telefon akrilik Loid dan pelekat kalis air lentikular Loid. 



Set Barangan Koleksi 2 dikenali sebagai YOR FORGER, sempena watak ibu dalam siri anime tersebut. Koleksi Yor juga bernilai RM199 dan akan ditawarkan di stor Guardian mulai 11 Januari 2024 dan didatangkan dalam Kotak Rekaan Yor khas yang mengandungi satu uncang Yor Beauty, satu rantai kunci akrilik Yor beserta cermin dan pelekat kalis air lentikular Yor. 




Set Barangan Koleksi 3 dikenali sebagai ANYA FORGER, sempena watak anak perempuan dalam siri anime itu. Koleksi Anya yang bernilai RM230 akan ditawarkan di stor Guardian mulai 25 Januari 2024 dan didatangkan dengan Kotak Rekaan Anya khas mengandungi satu fail Anya bersaiz A4, satu kotak puzzle 500 keping Anya, satu pek kad permainan memori Anya dan pelekat kalis air lentikular Anya.


Terakhir, Set Barangan Koleksi 4 dikenali sebagai pek
Kotak Forger Series akan dikeluarkan pada 28 February 2024

“Ini adalah peluang keemasan untuk mengumpul beberapa koleksi edisi terhad yang hebat daripada salah satu siri manga dan anime paling popular pernah dihasilkan di Jepun, yang mungkin boleh menjadi barangan kegilaan pengumpul di masa hadapan. 

“Lebih menarik, ia juga memuatkan barangan praktikal yang menepati gaya hidup aktif pelanggan kami. Jadi segeralah berkunjung ke stor Guardian berdekatan anda untuk mendapatkan set koleksi istimewa ini sebelum terlambat,” tambah Anna.

Facebook: @Guardianmy 

Instagram: @Guardianmy 

YouTube: @Guardian MY

Telegram:  @GuardianMY

#GuardianMYApp

#guardianMy

#guardianspyxfamily

Read More

18 December 2023

Guardian Capai Sasaran 100% 20 Juta Mandian Untuk Kanak-kanak Kurang Bernasib Baik Pada 2023

SASARAN DIGANDA KEPADA 40 JUTA MANDIAN UNTUK 2024 

Sebahagian daripada Kempen Khidmat Masyarakat Guardian 

‘Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak’


Guardian hari ini mengumumkan kejayaannya mencapai sasaran untuk menyediakan 20 juta mandian kepada kanak-kanak kurang bernasib baik pada tahun 2023 di bawah kempen Tanggungjawab Sosial Korporat serantaunya iaitu “Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak”.



Mengaitkan pencapaian bersejarah ini dengan sokongan kuat yang diberikan oleh pelanggannya terhadap kempen itu, Anna Ng, Pengarah Pemasaran, Guardian Malaysia berkata;


“Kami sangat bersyukur dan berterima kasih kepada para pelanggan yang telah membantu kami meraih pencapaian 100% dalam menyediakan 20 juta mandian untuk kanak-kanak kurang bernasib baik di rantau ini, khususnya Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam dan Kemboja untuk 2023. Dalam erti kata lain, 40,000 botol produk mandian telah disumbangkan kepada kanak-kanak di Malaysia pada 2023.



“Hasil daripada pencapaian ini, sasaran kami untuk 2024 bakal digandakan menjadi 40 juta mandian - dua kali ganda berbanding tahun lalu.”


Program “Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak” Guardian mengiktiraf bahawa semua orang berhak untuk menjadi bersih dan sihat dan ia adalah hak asasi setiap manusia. 


“Menjaga kebersihan dan kesihatan adalah hak asasi segenap masyarakat dan ia tidak boleh dianggap sebagai kemewahan, terutama untuk kanak-kanak. Kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah sangat terdedah kepada pelbagai risiko. Di samping itu, kami juga percaya bahawa apabila kanak-kanak berasa bersih dan wangi, ia akan menambahkan keyakinan diri serta meningkatkan kesejahteraan mental mereka.” tambah Ng.


Selain menyediakan produk penjagaan mandian, Guardian juga akan menganjurkan Bengkel Kebersihan Interaktif di sekolah-sekolah di mana pelajar akan diajar tentang amalan kebersihan yang baik.


Di bawah kempen itu, 15 sen daripada setiap liter produk penjagaan mandian Guardian yang dijual di Malaysia akan disumbangkan untuk membeli produk mandian untuk kanak-kanak kurang berkemampuan ini. Selain itu, patung beruang Guardiancares akan dijual pada harga RM29.90 sahaja.



Untuk 2024, Tuala Berhud Beruang Guardiancares istimewa juga akan dijual pada harga RM29.90 di semua stor Guardian di seluruh Malaysia, juga boleh dibeli menerusi stor dalam talian dan aplikasi mudah alih Guardian. Semua hasil jualan Patung dan Tuala Berhud Beruang Guardiancares akan disalurkan ke dana #guardiancares untuk menyokong keperluan penjagaan mandian kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. 


Sempena pengumuman ini, Guardian turut menyumbangkan produk mandian kepada kanak-kanak Yayasan Sunbeams Home di Petaling Jaya. Mereka adalah penerima sumbangan pilihan pemenang peraduan Face of Healthy Beauty Guardian 2023, Kay Yap Yen Yin. Salah satu daripada hadiah yang dimenangi oleh pemenang ialah sumbangan produk Penjagaan Mandian Guardian bernilai RM5,000 kepada pertubuhan kebajikan pilihan mereka.






Kay berkata, “Saya berharap sumbangan ini dapat meringankan kesukaran kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan saya berharap lebih ramai kanak-kanak mendapat akses kepada keperluan penjagaan diri yang berkualiti dan mendapat maklumat tentang kesihatan dan kebersihan yang boleh mengurangkan masalah kesihatan yang boleh dicegah secara berkesan. Secara peribadi, saya mengalami ruam kulit (di dahi dan jari kaki) semasa di bangku sekolah kerana mengabaikan rutin kebersihan kulit yang betul. Saya hanya mengamalkan tabiat kebersihan diri yang betul selepas mendapati kulit muka saya bermasalah.”

Fasa kedua #Guardiancares “Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak”akan bermula pada 27 Disember 2023.


“Kami sangat berharap agar pelanggan kami akan terus menyokong kempen yang terpuji dan bertepatan dengan keadaan ekonomi semasa yang mencabar ini, dan kami berharap usaha kami akan terus memainkan peranan utama dalam menjaga kebersihan dan kesihatan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia dan di seluruh rantau ini,” kata Anna mengakhiri.


Facebook: @Guardianmy 

Instagram: @Guardianmy 

YouTube: @Guardian MY

Telegram:  @GuardianMY

#GuardianMYApp

#guardianMy

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com