Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

30 October 2019

Realme Malaysia Perkenalkan Realme XT Dan Power Bank Keluaran Realme Untuk Peminat Telefon Pintar Realme

Realme Malaysia hari ini memperkenalkan telefon pintar baharu iaitu Realme XT. Dengan 64MP Quad Camera Snapdragon, Realme  XT menjadi peranti pintar pertama di Malaysia yang menawarkan 4 kamera dengan menjanjikan gambar yang jelas dan dapat memuaskan hati pengguna.

Pearl White agak menarik perhatian Qiss dan gambar ini diambil menggunakan kamera hadapan Realme XT

Putih itu menawan tapi saya buat awak tertawan.ehhh.. Realme XT menawarkan dua warna iaitu Pearl White dan Pearl Blue.

"Sebagai sebuah syarikat yang digerakkan oleh anak-anak muda, kita tidak hanya memahami pasaran kita tetapi kita berbangga untuk mengatakan bahawa kita juga ingin berkongsi citarasa yang sama dengan mereka iaitu ‘Dare To Leap' realme telah membantu berjuta-juta
pengguna setia di seluruh dunia, terutamanya anak muda untuk mengejar impian atau cita-cita mereka dan mencapai matlamat mereka. 

Kini dengan realme XT, ia terus membantu pengguna telefon pintar untuk melangkah sedepan lagi dengan lebih bertenaga. Dengan semua ciri-ciri ini
ada di dalam satu telefon pintar, kini pengguna mempunyai keupayaan untuk merebut detik-detik bergerak maju ke hadapan dengan segala cabaran yang ada tanpa risau", Tiffany Teh, Brand Manager of realme Malaysia

Dari Kiri: Ms. Tiffany Teh, Brand Manager of realme Malaysia; Mr Mervyn Liew, Assistant Category Manager of Shopee Malaysia; Mr Hunter, CEO of realme Malaysia; Mr Max Wong, Brand Manager of Lazada Malaysia together with KC Har, Product Manager of realme Malaysia


Spesifikasi
Qualcomm Snapdragon 712
64MP ultra high-resolution sensor
8MP wide-angle lens
2MP macro lens
2MP portrait lens
16MP kamera depan sony tau...fuhh yang ni lawa
8GB RAM
128GB ROM
256GB micro SD card

Realme XT dikuasakan oleh kelajuan jam 2.3Ghz Snapdragon 712 AIE bersama-sama dengan sensor ultra resolusi tinggi 64MP, mempunyai binning piksel pintar empat-dalam-satu, f / 1.8 aperture besar, dan kanta 6P dengan pengumpulan cahaya yang unggul keupayaan, memberikan realme XT setanding dengan fotografi peringkat perdana. realme XT juga mempunyai Gorilla Glass 5 di bahagian depan dan belakang reka bentuk kaca melengkung yang terdapat dalam dua pilihan warna kecerunan - Pearl Blue dan Pearl White.



Kamera quad perdana realme XT yang dibentuk dengan sensor 64 MP GW1 Samsung untuk kamera utama, lensa sudut lebar 8MP, kanta makro 2MP dan kanta potret 2MP bersama-sama dengan 16MP Sony pada kamera depan, menghasilkan gambar yang tiada tandingan yang kelihatan segar dan terperinci walaupun anda mengezum masuk. Realme XT menyokong rakaman video 4K pada 30fps, rakaman video HD 1080p pada 30fps / 60fps, rakaman Video HD 720p pada 30fps / 60fps, dan gerakan perlahan sehingga 960fps.

Telefon pintar ini mempunyai skrin penuh  sebanyak 6.4 inci dan tekstur skrin Super AMOLED. Model ini juga dilengkapi dengan telefon dual nano-SIM yang boleh diperluas melalui slot kad microSD hingga 256GB

Untuk 4 kamera yang cantik, terang, jelas begini berapa harga korang agak-agak?
Percaya atau tidak...harga dia RM1399 aje 😱😱😱

Power Bank
Realme Malaysia turut mengeluarkan power bank sendiri dengan kapasiti 10000 mAh, bateri litium dan dengan pengecasan cepat 18W serta ada dua ports USB type A dan type C. Korang boleh cas power bank dan telefon dalam satu masa yang sama.

Realme Buds 2
Pengguna boleh menikmati premium earphone 11.2mm bass yang terdiri daripada Multi-layer Composite Diaphragm dan Daikoku Voice Coil Jepun dalam julat harga. Reka bentuk kapsul coaxal membolehkan gegelung alih 11.2mm untuk menyampaikan muzik Hi-Fi tanpa sebarang gangguan.





Realme Wireless Buds
Aksesori terbaru yang dibawa kepada peminat oleh realme selepas bekerja dengan pengeluar muzik terkenal dunia dan DJ, Alan Walker. Realme Buds Wireless bernafas dalam konsep reka bentuk sebenar minimalis yang dibuat daripada gel silika yang mesra logam dan kulit.

Sambungan magnet menjadikannya lebih mudah untuk menyimpan tunas dan pada masa yang sama berfungsi sebagai suis. Ia secara automatik akan menghidupkan dan menyambung ke peranti anda apabila tunas dipisahkan dan ia akan dimatikan secara automatik apabila disambungkan.

Alan Walker telah bekerjasama rapat dengan pasukan pakar penalaan akustik realme untuk membawa pengguna respons bass yang paling tepat dan kuat dengan Dinamik Bass Boost (DBB). realme Buds Wireless mencipta pengalaman mendengar yang menakjubkan, terutama untuk muzik elektronik.

Dapatkan power bank Realme, Realme Buds 2 dan Realme Wireless Buds di Shopee sekarang.


Sempena jualan Lazada 11.11 ni korang boleh je dapatkan,

Realme XT



8 + 128 GB
Pearl Blue
Pearl White

Harga: RM1,399


Realme 5

3 + 32 GB
Crystal Purple
Crystal Blue



Bermula 11.11.2019 pada 12 am; harga RM499(Flash sale 11.11) RRP: RM549


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Realme, layari laman web https://www.realme.com/my/


#realmext #realmemalaysia #realmeEclipse
Read More

28 October 2019

Majlis Resepsi Perkahwinan Adik Dato' Aliff Shukri Diraikan Oleh Lebih 1000 Tetamu Di Dewan Perdana Felda

Perkahwinan atas restu ibunda tercinta, Aiman Hazeem dan Siti Nurhafizah telah disatukan dalam majlis persandingan di Dewan Perdana Felda malam tadi.

Mengulas tentang persiapan perkahwinan tersebut, Bonda Rozita mengakui telah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk meraikan kedua mempelai. Memilih untuk menghadiahkan sebuah kereta kepada anak kesayangannya, Bonda Rozita telah menghadiahkan sebuah Mercedes Benz kepada Aiman Hazeem.

Pasangan mempelai di atas pelamin

Harapan seorang ibu untuk melihat anaknya ke jinjang pelamin kini menjadi kenyataan. Tidak mendesak untuk Aiman Hazeem memilih bakal isteri mengikut pilihannya, Bonda Rozita telah menerima Siti Nurhafizah yang juga merupakan salah seorang kakitangan syarikat beliau menjadi menantu.

Bertemakan Melayu klasik majlis yang diadakan amat meriah dan dihadiri oleh tetamu undangan yang mengikut tema.

Para tetamu anggun berbaju Melayu Klasik

Sebanyak empat resepsi majlis diadakan bagi meraikan pasangan pengantin dan menelan kos belanja melebihi setengah juta ringgit.

Jom tonton video sepanjang sesi sidang media.






Majlis persandingan turut diserikan dengan persembahan artis Malaysia terkenal iaitu Jamal Abdillah.

Dato' Aliff Shukri turut menaja doorgift tetamu dan hadiah cabutan bertuah berupa beg tangan mewah buat tetamu yang hadir pada majlis resepsi tersebut.

Alhamdulillah Qiss dapat bersama-sama meraikan pasangan pengantin dan melihat sendiri keakraban keluarga ini.



Semoga pasangan Aiman Hazeem dan Siti Nurhafizah berkekalan jodohnya hingga ke syurga. Inshaa Allah aamiin..
Read More

24 October 2019

Menarik Tentang Konvoi Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan MAIWP

Assalamualaikum semua,

Qiss harap semua sihat-sihat aje. Hari ni Qiss nak kongsikan tentang perkara menarik sepanjang Qiss ikut konvoi Motor Berkuasa Tinggi Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan MAIWP yang berlangsung baru-baru ini.


Peserta Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan MAIWP

Qiss memang minat motor-motor berkuasa tinggi ni. Tapi belum pernah cuba bawa ajelah kan. Tengok je dulu. Sempena program ini sebanyak 100 buah motosikal berkuasa tinggi dan 20 buah teksi penerima bantuan zakat Baitulmal MAIWP yang menerima Skim Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi berkonvoi sejauh 35.9km.

Seawal 7.00 pagi Qiss dah bersiap untuk keluar rumah ke tempat permulaan konvoi iaitu di Taman Metropolitan Batu. Sampai kat sini suasana memang meriah dengan deretan motosikal berkuasa tinggi dan teksi yang akan mengikuti konvoi.




Seusai sarapan dan ketibaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri
Dr. Mujahid bin Yusof konvoi ini dilancarkan dan berlepas ke destinasi  pertama iaitu Masjid Al-Mukhlisin Taman Alam Damai, Cheras.




Majlis Perlepasan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan MAIWP


Destinasi Pertama: Masjid Al-Mukhlisin Taman Alam Damai, Cheras

Konvoi Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan MAIWP disambut oleh Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, YB Dato' Haji Kamaruddin Jaffar di Masjid Al-Mukhlisin Taman Alam Damai.





Majlis dimulakan dengan pelancaran Dewan Al-Mukhlisin dan seterusnya penyampaian bantuan. Antara bantuan yang disampaikan ialah:

1. Bantuan Peralatan Kesihatan


2. Bantuan Perubatan berjumlah RM23.35 juta
 
3. Bantuan Perniagaan RM3.13 juta

4. 200 cenderahati asnaf kepada asnaf yang hadir.





Suasana di dalam Dewan Al-Mukhlisin


Selesai majlis penyampaian bantuan, konvoi Kembara Rahmah bergerak ke destinasi seterusnya.

Destinasi kedua/terakhir: Pusat Komuniti Eco-Park Lembah Pantai

Destinasi terakhir Konvoi Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan MAIWP bersama Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah. Lokasi terakhir ini ialah dia Pusat Komuniti Eco-Park, Lembah Pantai.



Bantuan yang disampaikan ialah:

1. RM5.1 juta bantuan untuk pakaian persekolahan anak-anak asnaf

2. RM9.82 juta Bantuan Am Persekolahan

 3. RM12.45 juta Bantuan Am Pelajaran IPT

Selain itu, Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong turut mengurniakan bantuan keperluan harian kepada 500 orang asnaf yang hadir.



Suasana di dalam dewan


Di majlis ini juga kali pertama Qiss dapat melihat sendiri Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong secara lebih dekat dan rasa amat bertuah.

Lebih menarik tentang Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan MAIWP ini ialah penunggang motosikal berkuasa tinggi ini bukan sahaja terdiri daripada yang beragama Islam malah ada yang bukan beragama Islam yang bertujuan untuk membuktikan bahawa agama Islam membawa mesej sejagat iaitu menyeru kepada kesejahteraan dan kedamaian selari dengan gagasan Rahmatan Lil Alamin.


Antara penunggang motosikal berkuasa tinggi yang terlibat


Sebahagian teksi yang mengambil bahagian

Jadi barulah Qiss tahu bahawa pengagihan zakat itu sedikit sebanyak dapat membantu golongan asnaf memperbaiki kehidupan seharian dengan penyampaian bantuan perniagaan kepada mereka selain meningkatkan ekonomi mereka.

Manakala bantuan pelajaran dapat membantu pelajar cemerlang yang tidak berkemampuan untuk menampung kos di kampus agar tidak hilang fokus pada pelajaran dan seterusnya melahirkan graduan cemerlang yang dapat menempatkan diri dalam industri pekerjaan kelak.

Sempat merakam gambar kenangan bersama di destinasi terakhir

Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan MAIWP ini juga merupakan salah satu inisiatif MAIWP untuk memperhebatkan hebahan tentang usaha MAIWP melaksanakan program agihan zakat.

Alhamdulillah selesai majlis dengan keberangkatan pulang Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan majlis makan tengah hari.

Sehingga berjumpa lagi pada entri akan datang.
Read More

23 October 2019

Jangan Tension! Jom Quattro 4 Perisa Atas Satu Pizza Dari Domino's Pizza

“Nak makan apa?” Soalan yang akan Qiss tanya kat kawan-kawan kalau keluar sama-sama. Kadang-kadang sepakat nak makan pizza tapi masing-masing ada perisa kegemaran sendiri.

Tapi sekarang dah mudah bila Domino’s Pizza menghasilkan pizza Quattro yang mengggabungkan empat perisa popular dan kegemaran orang ramai di atas satu pizza dan terdapat dalam dua saiz, besar dan Xtra besar.


Keunikan pizza Signature Quattro mempunyai empat pilihan kegemaran ramai, Aloha Chicken, yang dibuat dengan potongan ayam segar dan potongan nanas yang kecil, pilihan kepingan yang lazat Beef atau Chicken Pepperoni, Prawn Sensation yang premium, menawarkan udang yang lazat dan tomato ceri segar, serta Cheese and Mushrooms, yang semestinya tidak dapat ditolak orang ramai, di atas sos khas Domino’s, yang dibuat daripada tomato yang dipetik segar.

Signature Quattro


Veggie Quattro mempunyai kombinasi topping bukan daging yang sihat seperti keju, buah zaitun, cendawan segar dan tomato ceri untuk penggemar sayur.

Mengulas mengenai konsep pizza Quattro, Naib Presiden Kanan, Pemasaran Domino's Pizza Malaysia dan Singapura, Linda Hassan berkata, "Kami amat berbangga menjadi QSR pertama di Malaysia untuk melancarkan pizza yang dapat memenuhi pelbagai citarasa. Mengenai reka bentuk konsep Quattro, kami ingin menghasilkan pizza yang dapat dinikmati oleh pelanggan kami bersama rakan-rakan dan keluarga mereka. 

Jangan Tension, Jom Quattro!: (Tiga dari kiri) Shamsul Amree, Deputy President, Operations, Domino’s Pizza Malaysia and Singapore dan Linda Hassan, Senior Vice President of Marketing Domino's Pizza Malaysia and Singapore


Kami faham dilema yang dirasai pelanggan ketika memesan dan memilih makanan, terutama sekali pizza. Selaras dengan janji jenama kami 'It’s All About You', kami ingin menghasilkan pizza yang boleh dikongsi dan menyatukan rakan-rakan dan keluarga bersama, yang akan menghapuskan konflik dan pendapat tidak sehaluan semasa membuat pesanan dan semestinya tidak mengorbankan pizza kegemaran seseorang. 

Kini kami memudahkan pelanggan untuk memesan pizza kegemaran mereka, "Jangan Tension, Jom Quattro". Dengan Quattro, semua pihak dapat menikmati pizza kegemaran mereka serta mencuba perisa baru yang jarang mereka pesan. Ini mewujudkan gabungan rasa yang menarik untuk mereka nikmati bersama!"


Gambar dari Hans Hanis

Pelanggan boleh memilih variasi kombo besar atau Xtra besar untuk masa yang terhad sahaja, terdiri daripada dua pizza Quattro dengan keju tambahan percuma, masing-masing dari RM59.90 dan RM82.90, dari 30 September dan seterusnya.



Sebagai alternatif, pelanggan boleh memilih untuk menambah pesanan makanan sampingan mereka dengan Combo Basic Quattro dan Ultra Combo, dengan harga hanya RM42.50 dan RM58.50. Pelanggan juga boleh menikmati tawaran Combo Four Fabulous yang mempunyai empat hidangan sampingan kegemaran dengan hanya RM19.90.

Domino’s patuh dengan janji jaminan penghantaran 30 minit serta kepuasan produk. Komitmennya ditunjukkan melalui polisi tiada pembatalan dan bayaran balik atau penggantian pesanan akan diberikan jika pelanggan tidak berpuas hati dengan pesanan tersebut.

Bagi mereka yang ingin mencuba pizza Quattro, kunjungi di mana-mana kedai Domino’s, pesan menerusi dalam talian di http://www.dominos.com.my/, atau hubungi 1300-888-333 untuk membuat pesanan.
Read More

22 October 2019

5G Jadikan Vivo NEX3 Peranti Premium Pertama Di Malaysia Bagi Memenuhi Permintaan Pengguna

Teruja dengan peranti Vivo terbaru iaitu NEX 3 yang menggabungkan inovasi terbaharu Vivo dan menghasilkan peranti
mudah alih premium yang luar biasa. Qiss berpeluang mencuba sendiri peranti ini semasa majlis pelancaran yang diadakan di Kuala Lumpur.


Kamera depan pop naik


“NEX 3 adalah peranti yang sempurna untuk pengguna yang inginkan peranti utama yang terhebat. Paparan POLED Waterfall FullView™ Display amat luas dimana ia memaparkan skirn yang hampir tanpa bingkai, membolehkan pengguna menikmati pengalaman visual dan interaktif yang lain daripada yang lain. Gabungan tiga kamera bertujuan untuk memberikan liputan fokus yang penuh untuk kualiti gambar yang mantap. 

Peranti ini hadir dengan bateri tahan lama yang disokong prestasi pengkomputeran, dan keupayaan kecerdasan buatan yang dinaik taraf. Dengan NEX 3, kami telah melampaui batas inovasi dalam industri untuk menyediakan pengalaman yang paling premium untuk para pengguna pada hari ini,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia.


SPESIFIKASI

Paparan

Qiss suka paparan POLED Waterfall FullView™ Display untuk NEX3 ni sebab pengalaman menonton video dengan paparan yang menarik. NEX3 mempunyai tiga kamera termasuk lensa utama 64MP dan diisi penuh dengan aplikasi pintar.

Rekaan NEX 3 yang mempunyai skrin dwi-lengkung dan reka bentuk dan hampir tiada bingkai mampu menyediakan pengalaman visual yang terbaik. Paparan 6.89 inci tanpa takuk dan lubang ini mempunyai nisbah skrin-ke-badan sebanyak 99.6%, dengan pengalaman visual yang menakjubkan setiap kali mengangkat telefon mereka.



Selain itu, paparan cahaya ambien untuk pelbagai senario pada skrin dwi-lengkung peranti ini tampil dengan kebolehan mengecam irama muzik yang boleh meningkatkan lagi pengalaman audiovisual para pengguna. Pertunjukan cahaya boleh dilihat apabila pengguna memainkan muzik atau menerima panggilan.


NEX 3 diperkenalkan sebagai peranti yang tidak menggunakan butang fizikal dan mempunyai rekaan seamless dan touch-controlled unibody. Dengan teknologi X-axis Haptic Vibration, peranti ini menggunakan butang dengan sensor tekanan yang digelar Touch Sense untuk pengalaman yang selesa dan futuristik.

In-Display Fingerprint Scanning membolehkan pengguna melangkah masuk ke dunia mudah alih mereka dengan cepat dan selamat.

Kamera

Peranti NEX 3 ada gabungan tiga kamera dalam satu panel bulat, menciptakan Lunar Ring Camera System di bahagian belakang peranti.



NEX 3 dilengkapi dengan kamera utama 64MP, kamera sudut lebar 13MP, dan kamera teleskopik 13MP yang dilengkapi dengan keupayaan mengambil gambar dari segi wide-angle, telescopic dan macro.



Pengguna juga boleh mencantikkan lagi gambar potret menggunakan salah satu ciri-ciri NEX 3 iaitu Portrait Master’s Hyper yang menyediakan HDR sehingga ke 7.65eV. Ia berfungsi untuk meningkatkan ketepatan jarak dinamik antara muka pengguna dan latar belakang untuk memastikan titik fokus jelas kelihatan menentang cahaya latar.

Pro Mode membantu pengguna menguasai fotografi tanpa memerlukan kit fotografi yang mungkin rumit untuk difahami dan berat untuk dipikul.



Kamera depan 16MP jenis pop-naik dan FullView Display™ memastikan pengamalan swafoto yang unik. Sistem yang direka khas untuk kamera jenis pop-naik juga memastikan operasi kamera yang stabil.



Qiss sempat jugaklah berswafoto guna NEX3 ni dan gambar yang dihasilkan memang cantik.

Hasil gambar tanpa edit kamera depan pop naik NEX3


 
Dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 855 Plus dan memori kilat berkelajuan tinggi UFS 3.0.

Bateri

Kapasiti bateri (4500mAh) had jangka penggunaan untuk seharian dan sokongan pengecasan pantas Vivo FlashCharge 22.5W dan teknologi penjimatan kuasa C-DRX memastikan peranti kekal berkuasa. Vapor Chamber Cooling System pula bertugas untuk mengekalkan suhu peranti walaupun dengan penggunaan berat.

Storan dalaman

256 GB sesuai untuk korang yang suka simpan gambar dalam peranti. RAM 8GB.



Audio

Cip audio bebas AK4377A menyampaikan pengalaman Vivo Hi-Fi yang menakjubkan khas untuk kenikmatan audio yang unggul.

Warna

Glowing Night

Harga

RM3,899 dan sudah boleh didapati di pengedar yang berdekatan.

Harga NEX3 RM3899


5G
NEX3 merupakan peranti pertama memperkenalkan liputan 5G di Malaysia.

Gambar dari m3g4tzreview


Mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan sebuah NEX3 untuk pengalaman premium.

Maklumat lanjut layari laman web www.vivo.com/my

Read More

18 October 2019

Ella, Hujan, Bunkface, Pop Shuvit, Gerhana Ska Cinta, K-Clique & Budak Nakal Hujung Simpang Gabungan Mantap Di Konsert Hausboom Music 2019

Ella, Hujan, Bunkface, Pop Shuvit, Gerhana Ska Cinta, K-Clique & Budak Nakal Hujung Simpang atas satu pentas. Memang Hausboom kan. Dapat tak korang bayangkan yang korang tengah saksikan konsert artis kegemaran korang ni?

Barisan para artis yang bakal menggegarkan konsert Hausboom Music 2019

Kesemua artis ni memang Qiss minat sangat-sangat dan lagu-lagu dorang memang best. Harus jadi siulan tatkala menunggu pensyarah masuk ke kelas dan melihat indie band menyanyikan lagu-lagu dorang masa belajar dulu.

Kalau masa belajar tak berkesempatan membeli tiket dan menyaksikan konsert kesemua artis ni, jadi pada konsert Hausboom Music 2019 ni Qiss takkan lepaskan peluang nak jadi penonton depan pentas.

Sedap juga air Hausboom perisa Roti Bakar. Lain daripada yang lain!


Konsert Haus Boom Music 2019 akan diadakan di MIECC Seri Kembangan pada 10 November 2019. Dengan kapasiti 7000 orang penonton konsert ini akan bermula pada jam 4 petang. Jadi korang jangan datang lambat tau. Nanti rugi sebab terlepas persembahan artis kegemaran korang.

"Hampir setiap tahun Hausboom menganjurkan konsert, cuma kali ini ia akan berlangsung dengan kapasiti yang lebih besar dan meriah", kata Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom, Azri Zahier Azmi.

Gabungan pelbagai genre rock, hip hop, reggae dan ska berlangsung selama 7 jam sekaligus. Best kan?!



Percaya atau tidak, korang dapat saksikan konsert ni dengan hanya RM30 sahaja. Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket masuk sekarang:

RM30 (early bird)
RM60 (Pintu Masuk)⁣⁣ 
RM100 (Rock Zone)

Tiket akan mula dijual pada hari Jumaat 18 Oktober 2019 melalui aplikasi 'TicketApps'.


Bila dah ke konsert nanti jangan lupa muat naik gambar kemeriahan konsert dan jangan lupa
#HausBoom dan #HausBoomMusic

Maklumat lanjut boleh didapati di:
Facebook: www.facebook.com/Hausboom
Instagram: www.instagram.com/Hausboom
Website: www.hausboom.com

Read More

14 October 2019

Over 354 Artworks From Kids, Youth and Special Needs Artists Showcase at Kids Art Fair 2019 @ GMBB Kuala Lumpur

I do love art and the opportunity to visit the Kids Art Fair is the best moment where I can see different paintings and different view of the children.

The Kid Art Fair showcase attracts kids and art lovers to come and see over 354 artworks from kids, youth, and special need artists.

The fair wowed crowds with participation from talented and curious kids as young as 3 up to 19 years old. Kids Art Fair covering a few areas of art such as oil painting, acrylic, water colour, pencil drawing, mixed medium and art installation made up of recycled material.


Taken part in this exhibition were Bon Artpetit Art Studio, Garden International School, Phillip Wong Atelier & Gallery, Simple Art Studio (Ipoh), Studio Rumah Kotak and Yuk Choy High School Ipoh. There are 11 solo and 21 group exhibitors to captivate the guests and visitors throughout the 9-days free admission programme.

Continuing with its art and creative pursuits, GMBB, the lifestyle centre that is transforming creative retail right at the heart of Kuala Lumpur’s cultural district has officially opened its door to Everyone Can Paint Kids Art Fair 2019 – the first-of-its-kind kids art exhibition in Malaysia on last Saturday, 12nd October. The exhibition is happening from 11th until 20th October 2019.


In line with the “Everyone Can Paint” theme, the programme aimed to be a developmental, nurturing avenue where kids, youth and special needs people can gather to learn, discover and express their creativity and talent in visual art while taking a peek into the world of arts.

“There’s no doubt that the arts are fun, especially for kids. Diving into those finger paints and making a beautiful picture to hang on the fridge is awesome and such an important memorable experience. But not many understand that art helps kids’ development on various fundamental levels,” said Phillip Wong, Artistic Director and Curator of Kids Art Fair 2019.

Studies have shown that arts have a great deal of impact to kids learning and development of important characteristics they will need later in life. Art enhances motor and fine motor skills, builds inner confidence, instils creative thinking, decision making skills, focus power, accountability and visual learning among others.


Lim Ying Hui, Assistant General Manager of GMBB Kuala Lumpur in her speech said, “It is our vision to be the first creative mall that provides holistic experiences for consumers to meeting the needs of Malaysia's thriving creative industry through programmes such as the Kids Art Fair 2019. We are very pleased with this exhibition concept brought by Phillip that is to gather many budding young artists to showcase their work and interest. I can see a lot of them have a great deal of talent and potential.”


The public is welcomed to visit Kids Art Fair from now until 20th October 2019 at Level 3 of GMBB. There are special live art show on 13th October and 19th October from 12pm – 5pm. Also happening until 18th October on Level 4 of GMBB Kuala Lumpur is Banana Leaf: A Celebration of Malaysian Indian Arts & Culture.

For more information about Kids Art Fair 2019 and latest line-up of activities at GMBB, please follow:

Facebook : https://www.facebook.com/gmbb.kl/
Instagram :
https://www.instagram.com/gmbb.kl/
Read More

08 October 2019

Ciri-ciri Menarik Vivo V17 Pro

Tak sabar rasanya masa tunggu kemunculan Vivo V17 Pro ni. Selalu tengok Sherry pegang telefon ni masa live Big Stage je. Jadi masa pelancaran Vivo V17 Pro ni kat Hotel Majestic Kuala Lumpur, Qiss dapat pegang sendiri telefon ni tau.


Vivo V17 Pro tampil dengan 2 ciri yang menarik iaitu Pose Master yang menyediakan lagak aksi yang semulajadi untuk dipadankan dengan pelbagai jenis pemandangan, dan juga Super Night Mode yang bertujuan untuk meningkatkan kejelasan gambar yang ditangkap pada waktu siang mahupun malam.


Qiss suka tangkap gambar malam-malam tapi bila hasil gambar tak cantik, tiba-tiba jadi murung kejap.

Untuk menyelesaikan masalah pengguna apabila mengambil swafoto pada waktu malam, V17 Pro menyediakan Selfie Softlight yang menerangkan kegelapan, dan ciri ekslusif Vivo iaitu Super Night Selfie pula menyediakan penangkapan pemidang yang berbilang yang kemudiannya digabungkan untuk menghasilkan imej terakhir yang menonjolkan wajah pengguna dengan hanya satu klik. Kiranya dengan hanya satu klik untuk ambil gambar pada waktu malam dan hasil yang cantik, korang pakai jelah Vivo V17 Pro ni.



Dwi-Kamera Depan Jenis Pop-Naik Beresolusi 32MP Untuk Pengambilan Swafoto yang cantik. Ciri ini telah diperkenalkan pada siri telefon yang lepas cuma kali ini lebih baik.

Cubaan kamera depan

Peranti terbaharu ini tampil dengan dwi-kamera depan yang premium, earpiece, dan Selfie Softlight. Dengan reka bentuk aloi berbingkai penuh, sistem peranti yang baharu ini dibina untuk bertahan sambil menggabungkan aksi mekanikal dengan keanggunan artistik.

Kamera depan 32MP dan sudut lebar swafoto 8MP memastikan perincian yang jelas untuk setiap swafoto yang diambil. Sudut lebar swafoto 8MP mampu menangkap gambar dari sudut lebar hingga 105 darjah, menyenangkan lagi pengambilan gambar berkumpulan.


Merdu alunan suara Dato' Sri Siti Nurhaliza menyanyi semasa majlis pelancaran Vivo V17 Pro

Penghasilan kualiti fotografi yang canggih dengan AI kuad kamera 48MP
Mantapkan lagi keupayaan penggambaran anda dengan kamera utama 48MP 6P.

Dikuasakan dengan algoritma kecerdasan buatan, V17 Pro menjanjikan pengalaman fotografi yang lebih jelas. Peranti ini juga tampil dengan ciri Super Wide-Angle yang mampu memperluaskan lagi penangkapan lanskap.

Pengguna boleh menikmati kepuasan tontonan dengan rekaan ekslusif Super AMOLED Ultra FullView™ Display yang berukuran 6.44 inci dengan nisbah 20:9, dimana nisbah skrin-ke-badan adalah 91.65%. Paparan tanpa gangguan ini direka dengan bijak untuk menyembunyikan dwi-kamera depan jenis pop-naik, earpiece, nyalaan, dan sensor jarak ke dalam badan peranti.


Peranti ini juga dilengkapi dengan teknologi pengimbasan cap jari dalam skrin.

Dengan ketumpatan piksel cap jari yang lebih tinggi dan algoritma yang lebih canggih, pengguna boleh membuka kunci peranti dengan mudah dan selamat.

Prestasi perkakasan yang kukuh untuk penggunaan yang lancar pada setiap masa
V17 Pro juga direka khas buat peminat permainan video. Ia dilengkapi dengan Game Mode untuk menghasilkan pengalaman permainan video yang lancar. Teknologi pecutan Multi-Turbo akan secara aktifnya menaikkan taraf sistem operasi peranti untuk memastikan kepuasan pengguna.



Peranti ini juga dilengkapkan dengan Game Center yang membolehkan pengguna menyemak prestasi peranti untuk memastikan pengalaman permainan yang memuaskan.

Vivo V17 Pro juga merupakan official smartphone untuk PMCO 2019.

Vivo V17 Pro juga menyediakan Voice Changer untuk menyeronokkan lagi pengalaman waktu permainan dengan penukaran suara untuk menyamai watak-watak pemain.

Vivo V17 Pro dijana dengan cip Qualcomm Snapdragon 675 AIE bersama 8GB RAM + storan dalaman 128GB yang memastikan kelancaran prestasi pengendalian aplikasi dan sistem pada bila-bila masa.


Bateri
Kapasiti bateri 4100mAh dengan sokongan teknologi pengecasan pantas dwi-enjin memastikan peranti mempunyai ketahanan yang tinggi untuk penggunaan yang berpanjangan dan selamat.



Warna
Peranti ini tampil dengan 2 pilihan warna menarik iaitu Knight Black dan Crystal White.

Harga
Vivo V17 Pro berharga RM1,699 sahaja dah dah boleh didapati di pengedar yang berdekatan korang.



Untuk maklumat lanjut layari:

Laman web: https://www.vivo.com/my
Facebook: https://www.facebook.com/vivoMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/vivo_malaysia/

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com