Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

27 March 2022

Meskipun Ada Persaingan Supercube Dapat Capai Jualan RM20.5 Juta Bagi Tahun 2021 Dan Lahirkan 15 Jutawan

Majlis Penghargaan Top Leader SUPERCUBE

Pengasas Supercube International Sdn. Bhd. hari ini meraikan pencapaian jualan 2021 melebihi 20.5 juta ringgit bersama 'Supercube Family' di Grand Dorsett Subang hari ini. Seramai 15 orang jutawan Supercube turut dijemput menerima anugerah berprestij dalam majlis berkenaan. 


Menurut Pengasas Supercube, Hayfa Amira kesemua jutawan yang terpilih telah mencapai jumlah sasaran jualan yang ditetapkan oleh pihak HQ. Walaupun baru setahun, Supercube kini sedang membantu lebih 26 ribu usahawan untuk bersama-sama membina perniagaan mereka dengan Supercube. 

Antara penerima anugerah Supervube dengan jualan tertinggi bagi tahun 2021

“Tahun 2022 kami mensasarkan jualan lebih RM30 juta dan dalam masa lima tahun ini, visi kami adalah untuk menjadi platform terbesar yang membantu usahawan untuk mula berniaga dengan produk-produk berkualiti tanpa modal tanpa risiko dan tanpa pengalaman. 

“Ramai yang takut dengan platform berniaga berpasukan kerana dari dulu platform sebegini kebanyakannya berisiko tapi kami di Supercube tidak meletakkan risiko itu kepada : anda, kami hanya mahukan komitmen untuk menjadi Usahawan, Jutawan dan Dermawan bersama-sama Supercube. 



Supercube ditubuhkan atas rasa simpati kepada masyarakat yang terkesan akibat pandemic Covid19 pada tahun 2020. 

“Dari situ, kami rangka sistem perniagaan Supercube yang boleh bantu orang mula berniaga tanpa kos, tanpa sebarang risiko, tanpa perlu uruskan pengeposan dan juga kami bantu mereka .yang langsung tiada pengalaman berniaga dengan menyediakan kelaskelas perniagaan. 

Dalam majlis yang sama, Supercube turut melancarkan produk baharu iaitu Superbytes, sejenis coklat putih campuran oat dan kurma yang boleh membekalkan tenaga ketika menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan. 

Produk baru Supercube iaitu Superbytes keluaran khas bulan Ramadan 

“Supercube kini memiliki tujuh jenis produk termasuk yang dilancarkan pada malam ini. Empat jenis Supercube Molasses Herbs Drink merupakan minuman pertama herba dalam bentuk kiub, Soothe Mist minyak angin natural moden, Teresak Exfoliator skrub yang diinpirasikan dari mandian herba ibu berpantang dan Superbytes, snek kiub yang sangat sesuai utk dimakan sewaktu sahur. 

Tetamu istimewa Amyra Rosli

Antara tetamu istimewa yang hadir seperti Amyra Rosli, Hazama dan violinist berbakat, Aqmal Daniel serta guru-guru bisnes dan ibu bapa.

Hazama turut memeriahkan majlis


Website

https://supercube.my/

Instagram 

https://instagram.com/supercube.hq

Facebook

https://www.facebook.com/supercube.hq/

Alamat:

9, Jalan Linggis 15/24, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor

Telefon:

010-3193219

Email : 

hq@supercube.my

Read More

26 March 2022

5 Reasons To Get Your Japanese Food Fix From ShopeeFood This Weekend

5 Reasons To Get Your Japanese Food Fix From ShopeeFood This Weekend


1. It’s Japanese Week on ShopeeFood With Up To  50% Discounts

Until 31 March, you can satisfy all of your Japanese food cravings from a variety of merchants in Klang Valley and Johor Bahru without worrying too much about emptying your wallet. Why? Simply because ShopeeFood is offering an amazing SUPER DEALS voucher to help you enjoy up to 50% OFF from 3pm - 5pm with FREE DELIVERIES. 

5 Reasons To Get Your Japanese Food Fix From ShopeeFood This Weekend

 2. Stack your vouchers for EVEN  MORE DEALS!

Use the Super Deals RM12.50 off with minimum spend of RM25 and RM7.50 off with minimum spend of RM15 vouchers and stack it with a free delivery voucher when you order your favourite dishes with ShopeeFood to get more discounts.

3. Be A Smart Shopper - Get The 10 Sen Savings Pass

For Klang Valley bargain hunters, this is definitely a deal you don’t want to miss. With every Savings Pass,  users are able to get 25x Food Discount vouchers and 25x Free deliveries that can be used when ordering with ShopeeFood. So be a smart shopper and save almost RM194 with  Savings Pass from ShopeeFood

4. It’s A Great Time To Be a NEW USER to ShopeeFood.

Sign-up and get rewarded. Every new user sign-up to ShopeeFood will be entitled to receive RM7 off with a minimum spend of RM0 and RM3 Free Delivery  in the month of March. March doesn’t get better than this!

5. Need we say more - ShopeeFood is easily available on your Shopee app. 

Available from 6 am - 12 am you can now order with ShopeeFood by clicking on the ShopeeFood icon available on the home page. Get rewarded when you spend time on Shopee. Ensure that you activate and pay with ShopeePay to earn Shopee Coins! 

So, what are you waiting for? Time to share this news to your friends and start ordering now! To keep up with ShopeeFood’s latest updates be sure to follow on ShopeeFood MY's Instagram.


Read More

24 March 2022

Datuk Azizah Dan Mohamed Awad Sasar Jualan 50 Juta Menerusi Phytoscience

Sejak tahun 2013, Phytoscience dengan produk stemcell telah bertapak di Malaysia. Kini, perniagaan ini telah melebarkan sayap ke 41 buah negara luar seperti Mesir, India, Qatar dan terbaharu akan datang Filipina. 


Kejayaan ini tidak lain tidak bukan menjadi realiti hasil usaha gigih oleh wanita berusia 42 tahun ini iaitu Datuk Azizah Razali. Datuk Azizah telah menjalankan bisnes PhytoScience sebagai ejen bebas pada tahun 2014 dan kini beliau mempunyai lebih 700 ribu ejen menyertai beliau. 

Datuk Azizah dan suami, Mohamed Awad berusaha mengembangkan Phytoscience ke luar negara

Beliau berkata bahawa beliau pada awalnya tidak berniat untuk menjalankan bisnes ini namun pada 2013, ibu beliau yang menghidapi kencing manis pulih setelah mengamalkan stemcell daripada PhytoScience. Manakala beliau juga nampak perubahan pada diri sendiri kerana sudah tidak mengalami sakit-sakit ringan seperti demam bahkan kulit wajah semakin licin. 

Rata-rata pengguna lain juga mempunyai kesan yang positif. Ternyata produk ini membantu untuk menguatkan imuniti badan, membaiki sel badan dan membantu menjana pertumbuhan sel baharu. Pada detik itulah beliau menyertai perniagaan ini secara serius.

Secara amnya, PhytoScience memang telah terkenal  lama daripada teknologi makmal Switzerland ini iaitu stemcell. Kini produk tersebut telah dinaik taraf daripada 5 bahan utama makanan super kepada 6 bahan utama makanan super berfokuskan kepada buah tomato. Maka produk stemcell kini dikenali sebagai Crystal Cell. Namun fungsinya masih sama namun dengan lebih baik daripada formulasi lepas.

Crystal Cell yang mempunyai kesan nyata ini juga telah memikat suami beliau Encik Mohamad Awad yang berasal daripada Mesir untuk menyertai beliau bahkan mengembangkan produk ini ke Mesir. Jalan cerita yang serupa seperti Datuk Azizah, kawan beliau yang mempunyai penyakit kulit misteri bertahun-tahun mengunjungi hospital dan doktor masih tidak sembuh bahkan tidak diketahui apa punca penyakit tersebut.




Akhirnya disitu lah Encik Mohamed mengesyorkan stemcell kepada kawan beliau sebagai alternatif makanan tambahan. Dalam tempoh 45 hari, perubahan ketara dapat dilihat dan penyakit semakin sembuh. Oleh hal demikian, beliau menjadi minat untuk menceburi bidang ini bersama isteri tercinta. Oleh hal tersebut, beliau sendiri telah mempunyai ramai ahli dan ejen yang menyertai beliau di Mesir.

Kini Datuk Azizah dan suami berganding bahu untuk mensasarkan RM 50 juta menerusi PhytoSc ience. Mereka yakin dapat mencapai sasaran tersebut kerana kualiti produk hasil kajian dan pembangunan selama 10 tahun itu mampu bercakap dengan sendirinya. Lihat saja hasil positif yang ditunjukkan daripada penggunaan produk CrsytalCell tersebut.

Datuk Azizah dan suami Mohamed Awad mendapat sokongan penuh Puan Sri Datin Sri Ela Tan

Untuk lebih jelas, CrystalCell ini menggunakan bahan utama seperti sel stem buah-buahan. Produk ini dihasilkan daripada ekstrak epal, anggur, tomato, blueberi dan beberapa tumbuhan lain. Maka produk ini sesuai untuk hampir semua peringkat umur bermula usia 3 tahun hingga ke atas dan boleh di kosumasi oleh pengamal diet tumbuh-tumbuhan (vegan).

Produk CrystalCell ini juga bakal dinaiktaraf daripada 6 bahan makanan super kepada 7 dalam beberapa bulan mendatang. Maka produk ini akan dijenamakan semula untuk menyesuaikan tema 7 makanan super ini. 

Antara produk Phytoscience di pasaran

Meskipun CrsytalCell merupakan produk utama PhytoScience, mereka jual menjual beberapa produk lain seperti snowphyllForte, iiQ Plus dan produk penjagaan kulit luaran. Kesemuanya memfokuskan kepada kelebihan masing-masing.

Menariknya lagi, pembeli boleh memilih untuk membeli produk sahaja atau terus mendaftar sebagai ahli dengan pembelian minimum 2 bungkus CrystalCell sahaja. Kelebihannya, anda boleh membeli produk PhytoScience dengan harga ahli kemudian hari. Keahlian akan sentiasa aktif selagi anda membeli produk atau membuat pembaharuan RM 30 setahun (jika tiada pembelian). 

Selain daripada jimat dalam pembelian seterusnya, anda boleh memutuskan untuk berniaga dengan produk PhytoSicence tanpa perlu bersusah payah mencapai kuota sekian sekian yang membebankan. Jual bila anda mampu. Bahkan jualan semuanya menerusi atas talian tanpa perlu simpan produk. Semua akan diuruskan oleh PhytoScience.

Bagi yang berminat untuk mengetahui produk lebih lanjut, membeli produk daripada PhytoScience atau menjadi ahli, anda boleh hubungi talian 017-254 0088 atau anda boleh klik link ini : https://ecard.iphyo.com/ZAZA 


Read More

23 March 2022

Guardian Menang Besar Di Anugerah Berprestij, Anugerah Jenama Putra 2021


‘JUALAN TERIMA KASIH’ TANDA PENGHARGAAN BUAT PELANGGAN

Komitmen yang jitu untuk memastikan kepuasan pelanggan dengan menyediakan produk berkualiti pada nilai hebat dan keupayaan untuk menggerakkan perniagaan bersesuaian dengan persekitaran pasaran yang mencabar dan pantas berubah adalah antara sebab Guardian Malaysia telah dipilih sebagai Peruncit Nombor Satu oleh pengguna di Malaysia di dalam Anugerah Jenama Putra 2021 baru-baru ini.   

Guardian Malaysia telah dipilih sebagai Peruncit Nombor Satu oleh pengguna di Malaysia di dalam Anugerah Jenama Putra 2021 baru-baru ini

Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata; “Kemenangan dan penghormatan yang luar biasa ini adalah hasil kerja berpasukan yang cemerlang serta kerja keras yang diberikan oleh semua orang di Guardian Malaysia termasuklah rakan-rakan perniagaan kami.

“Hakikat bahawa kami telah memenangi anugerah idaman iaitu Anugerah Platinum (Kategori Runcit) pada tahun yang sangat mencabar seperti 2021, dimana wabak Covid masih berleluasa, lengkap dengan sekatan dan kawalan pergerakan, menjadikan kemenangan ini sangat manis dan bermakna.” 

“Ia juga merupakan ganjaran di atas usaha yang telah kami lakukan, dan untuk memberi tumpuan penuh kepada kepuasan pelanggan dengan memberikan nilai hebat untuk membantu pelanggan melalui masa yang sukar. Kami sangat gembira usaha kami tidak sia-sia. Untuk diundi oleh rakyat Malaysia sebagai peruncit utama mengatasi lautan jenama terkenal adalah satu penghormatan yang sangat besar,” tambah beliau. 

Sebagai tanda terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mengundi, Guardian telah mengadakan ‘Jualan Terima Kasih’ bermula pada 1 Mac hingga 27 Mac 2022. 

“Saya ingin berterima kasih kepada semua pelanggan kami di atas kepercayaan, sokongan dan kerana mengundi kami. Ia sentiasa menjadi misi Guardian untuk membantu pelanggan menjalani kehidupan yang sihat dan indah - setiap hari. Dan kami gembira kerana pelanggan kami memahami misi kami.

‘Jualan Terima Kasih’ yang kami adakan ini menawarkan lebih daripada 700 produk kesihatan dan kecantikan yang ditawarkan secara Beli 1 Percuma 1 dan turut menampilkan peraduan Beli & Menang dengan hadiah bernilai RM300,000 untuk dimenangi oleh 10,000 pemenang. Lima Kerusi Urut OGAWA iMelody, 20 jam Tag Heuer Aquaracer adalah antara hadiah yang ditawarkan. Apa yang pelanggan perlu lakukan adalah membuat pembelian minimum RM30 untuk mendapatkan kad peraduan dan kod QR untuk memuatnaik gambar atau imbasan resit mereka untuk menyertainya,” jelas Soren. 

“Tidak perlu dijelaskan, kami juga telah mempergiatkan usaha untuk memastikan kami terus memberikan yang terbaik kepada pelanggan dengan memperkenalkan teknologi terkini untuk pengalaman pengguna yang lebih baik. Sebagai contoh, kami telah melancarkan Aplikasi Mudah Alih Guardian baru-baru ini dengan lebih banyak ciri menarik, kemudahan 24/7 dan tawaran-tawaran app-klusif,” tambah Soren.

Selain itu, Guardian Malaysia juga telah melancarkan kempen baru Live Health Smart, satu inisiatif untuk membantu pelanggan mereka hidup lebih sihat, lebih bijak menerusi pengetahuan produk yang lebih luas dan akses kepada nasihat profesional daripada ahli-ahli farmasi Guardian.

Sebagai sebahagian daripada kempen itu, Guardian melancarkan satu siri pendidikan untuk melengkapkan pelanggan dengan pengetahuan tentang cara mencegah dan mengendalikan penyakit biasa seperti diabetes, kesihatan jantung, kesihatan kulit dan kesihatan umum. Selain itu, lebih banyak jenama dan pilihan produk yang lebih luas akan disediakan bagi memastikan pelanggan mempunyai pilihan sihat yang lebih banyak.

“Lagipun, kami memiliki reputasi dan legasi sebagai pakar kesihatan komuniti yang dipercayai dan pemenang Stor Kegemaran Malaysia untuk dipertahankan. Kini kami perlu meningkatkan tahap perkhidmatan dan nilai yang kami tawarkan,” kata Soren. 

Anugerah Jenama Putra merupakan anugerah pengiktirafan jenama yang paling berprestij oleh industri pemasaran dan komunikasi Malaysia. Ia adalah anugerah jenama yang disokong oleh MATRADE dan SATU-SATUNYA anugerah yang dipilih oleh orang ramai. 

Tahun ini, lebih 11,000 responden daripada pengguna di seluruh Semenanjung dan Malaysia Timur telah mengambil bahagian dalam kajiselidik pilihan pengguna yang dikendalikan oleh sebuah syarikat penyelidikan bebas untuk menentukan jenama-jenama kegemaran mereka merentasi 24 kategori produk dan perkhidmatan yang berbeza. Dalam setiap kategori, Platinum, Emas, Perak dan/atau Gangsa akan dianugerahkan kepada jenama yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

#GuardianMYApp

#No1StoreMalaysia



Read More

22 March 2022

Bufet Ramadan Menara Kuala Lumpur 2022 | Sajian Nostalgia Kampungku

Bermula dari 4hb hingga 24hb April 2022, dari jam 6.00 petang hingga 9.30 malam di Dewan Bankuet Megaview, TH03, Menara Kuala Lumpur tahun ini kembali mengadakan Bufet Ramadan dengan konsep ‘Sajian Nostalgia Kampungku’ bagi menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak 1443 Hijrah yang bakal tiba tidak lama lagi.

Konsep ‘Sajian Nostalgia Kampungku’ dipilih pada tahun ini kerana bersesuaian dengan juadah yang disediakan kepada para tetamu iaitu sajian daripada pelbagai negeri di Malaysia.

Antara menu istimewa yang disediakan adalah Nasi Beriani Johor, Opor Daging Pahang, Ikan Masak Gulai Pantai Timur, Ayam Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan dan pelbagai jenis sajian antarabangsa dan tempatan yang pastinya lazat dan menyelerakan, selain ianya dapat mengimbau semula nostalgia masakan kampung halaman para pengunjung yang datang.







Sambil menikmati juadah berbuka di ketinggian 288 meter, para pengunjung juga dapat melihat panorama Kuala Lumpur yang sangat indah pada waktu matahari terbenam. Bukan itu sahaja, sambil menikmati juadah berbuka puasa yang enak, para pengunjung juga akan dihiburkan oleh kumpulan muzik dari Menara Kuala Lumpur iaitu ‘The Sky Band’. Mereka akan membuat persembahan untuk memeriahkan suasana iftar setiap hari.

Bagi Bufet Ramadan tahun ini, kami menawarkan harga istimewa ‘EARLY BIRD’ bermula hari ini sehingga 25hb Mac 2022 dan dengan harga seperti berikut :

Promosi early bird Bufet Ramadan Menara Kuala Lumpur 2022

Kemasukkan adalah percuma untuk kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke bawah (sehingga 4 orang sahaja) dan harga untuk kanak-kanak ke-5 dan seterusnya adalah RM50 seorang.

Menara Kuala Lumpur turut menawarkan harga promosi ke SKY DECK bagi setiap pembelian pada hari yang sama, iaitu dengan hanya RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Tiket tambahan ke tarikan terbaharu iaitu TOWER WALK 100 pula adalah pada harga RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. 

Jangan ketinggalan untuk merebut tawaran istimewa dan rasai kelainan berbuka puasa di puncak Menara Kuala Lumpur pada tahun ini kerana kami amat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencegah penularan COVID-19. 

Pembersihan secara berkala telah dilakukan bagi memastikan kebersihan terjamin di seluruh kawasan premis.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Menara Kuala Lumpur ditalian 03-2020 5499 / layari www.menarakl.com.my / Facebook @officialmenarakl / Instagram @menarakl / Twitter @menara_kl / Tiktok @menarakl. Jumpa anda di Menara Kuala Lumpur pada bulan Ramadan ini!

Read More

Outlet Ketiga Wirdora Kini Di IOI City Mall Putrajaya

Aksesori seperti kerongsang, peniti tudung, shawl dan butang baju Melayu menjadi pelengkap gaya masa kini. Siapa tak kenal dengan jenama Wirdora. Wirdora merupakan salah satu pengeluar aksesori ini dengan rekaan yang menarik dan ekslusif buat semua penggemar aksesorinya.

Cantik outlet Wirdora kat IOI City Mall Putrajaya ni

Kini Wirdora melebarkan sayapnya dengan pembukaan outlet ketiganya di IOI Mall Putrajaya; sekaligus menjadikan outletnya ini yang terbesar sekali dengan keluasan 370 kaki persegi. Dalam hanya masa setahun, Wirdora berjaya membuka tiga cawangan iaitu di KLCC, KL East Mall dan terbaru sekali di IOl City Mall, Putrajaya selain memiliki Ibu Pejabat (HQ) di Ampang Jaya, Selangor.

Menurut pengasasnya, Wirdalina Tauhed, outlet di sini antara yang menjadi sasaran kerana lokasinya yang strategik dan tumpuan pelanggan. Terletak di Level 1 unit 74, outlet Wirdora ini berkonsepkan elegan dan moden selari dengan imej produk yang mengetengahkan eleman eksklusif dan premium. 

Perasmian outlet ketiga Wirdora diadakan baru-baru ini

“Pembukaan outlet Wirdora di IOl City Mall Putrajaya sememangnya dalam perancangan kami untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara. Pada tahun ini, saya dan suami nekad untuk membuka outlet di sini kerana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan untuk mengadakan butik fizikal sekitar sini. 

“Kebanyakan pelanggan kami suka melihat produk secara fizikal. Ini kerana produk kami juga seperti aksesori wanita yang lain di mana mereka suka membelek dan mencuba sendiri produk tersebut. Kami percaya kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Alhamdulillah, maka, tertubuhlah Wirdora di sini. 

Antara koleksi Wirdora


Memiliki suasana outlet yang kemas dan selesa, outlet Wirdora ini menawarkan lebih daripada 300 pilihan produk menarik bermula pada harga RM10 hinggalah RM500. Seleksi rangkaian di sini termasuklah kerongsang, peniti skaf, tudung bawal dan shawl, pelitup muka, stokin tangan dan inner hijab, butang baju melayu, tas kerongsang dan bermacam lagi. 





Sempena pembukaan outlet ini, Wirdora turut menawarkan pelbagai promosi termasuklah potongan diskaun dan hadiah menarik buat pelanggannya. Boleh membeli-belah aksesori untuk raya nanti.

Wirdora telah ditubuhkan pada Mei 2017 di bawah pengasasnya iaitu Wirdalina Tauhed dan kini diusahakan bersama suaminya, Khairool Anwar Laksama. Minat beliau yang mendalam dalam bidang bisnes dan fesyen maka tertubuhnya Wirdora yang menawarkan pelbagai jenis aksesori fesyen muslimah terutamanya kerongsang dan peniti tudung bagi wanita yang mementingkan penampilan bergaya,eksklusif dan mewah. 

Selain menjual aksesori hijab, Wirdora turut memperkenalkan rangkaian lain termasuklah tudung, butang baju melayu, pelitup muka, stokin lengan, dan lain-lain lagi. Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web kami www.wirdora.com atau sertai kami sebagai stokis, ejen atau dropship dengan menghubungi di talian 018-2724897.

Read More

18 March 2022

Grand Oasis Event Hall | Dewan Perkahwinan Serba Lengkap

Majlis perkahwinan lebih meriah bila dapat berkumpul dengan sanak saudara dan para tetamu. Keselesaan dan makanan yang sedap menjadi kriteria utama dalam pemilihan dewan untuk majlis perkahwinan.

Grand Oasis Event Hall

Bagi pengantin yang tinggal di Selangor bolehlah memilih Grand Oasis Event Hall sebagai tempat untuk majlis perkahwinan. Dewan ini terletak di Seri Kembangan.


Majlis pelancaran Grand Oasis Event Hall telah diadakan baru-baru ini bagi memperkenalkan dewan majlis ini kepada orang ramai.

Menarik untuk Qiss kongsikan, terdapat beberapa pilihan ruang yang boleh dipilih untuk majlis anda, antaranya:

RUANGAN NIKAH/BERTUNANG : Majlis yang lebih kecil jumlah jemputannya, sesuai untuk acara seperti nikah, pertunangan. Lokasi yang cantik, tetapi lebih privasi dengan jemputan lebih kurang 100 orang sahaja. Terletak di ruang tingkat 1. 


GRAND BALLROOM : Dewan Kaca Eksklusif di taman dengan pemandangan tepi tasik , dipenuhi dengan kerusi mewah dan meja cermin bulat. 



GARDEN WEDDING : Perkahwinan di dalam taman dengan suasana hijau dikelilingi pepohon yang menghijau. 

ROOFTOP : Suasana yang elegan dengan majlis di ruangan terbuka di atas bumbung

Kelebihan Grand Oasis Event Hall

Pelbagai jenis pakej ditawarkan di The Grand Oasis Event Hall ini. Anda diberikan pilihan untuk memilih pakej mengikut ruangan, jumlah jemputan, dekorasi, dan pelbagai lagi. Pakej yang disediakan lengkap dengan menu makanan, dekorasi, dan semuanya jadi anda tidak perlu rungsing nak fikirkan semuanya. 

Pakej Diamond - Main Ballroom

Pakej Sappire - Main Ballroom

Pakej Emerald - Main Ballroom

Pakej Crystal - Main Ballroom

Pakej Akad Nikah

Pakej Akikah

Pakej Outdoor Garden

Pakej Rooftop

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej yang disediakan lebih baik berhubung terus dengan Grand Oasis Event Hall dan mereka akan memberi pandangan mengenai pakej yang sesuai dengan majlis anda.

Makanan yang disediakan pun sedap-sedap dan banyak pilihan. Daripada menu utama ke pencuci mulut semuanya tersedia mengikut pakej.


Antara menu goreng-goreng dan bakar-bakar ada disediakan di luar dewan utama.

Antara kemudahan yang disediakan termasuklah surau, bilik mekap pengantin dan ruang istirehat serta bilik mesyuarat.

No 1, Kota Perdana

Persiaran Perdana

43300 Seri Kembangan, Selangor

www.grandoasis.my

FB & IG grandoasiseventhall

FB:

https://www.facebook.com/grandoasiseventhall/

IG: 

https://instagram.com/grandoasiseventhall

Untuk pertanyaan boleh hubungi : -

019-2503090

016-3299776

014-6667665

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com