Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

29 May 2023

Jom Laksanakan Ibadah Korban Di Negara Penuh Konflik Bermula Dari RM800 Sahaja

Menjelang Aidiladha jom kita bantu ringankan penderitaan mereka yang terkesan di negara-negara konflik seperti Syria, Palestin dan Yaman dengan menyertai Qurban 4 Ummah 1444H - 2023M. Anda juga boleh menyertai ibadah korban di Malaysia.

 Qurban 4 Ummah 1444H - 2023M anjuran Persatuan Peduli Insan Malaysia

Kempen Qurban4Ummah yang dianjurkan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia setiap tahun kini membuka peluang untuk orang Malaysia yang ingin melaksanakan ibadah korban di 4 negara berbeza dengan harga serendah RM800 sahaja!

"Kempen Qurban4Ummah tahun ini mensasarkan bantuan utama berbentuk makanan sama ada daging segar mentah atau makanan siap hidang yang akan diagihkan kepada anak-anak yatim, balu, orang-orang tua, orang kurang upaya yang kehilangan anggota badan akibat peperangan serta fakir miskin", kata Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan. 



Selain dari pakej korban serendah RM800 yang akan dilaksanakan di luar negara, Peduli Insan juga amat menghargai semua pihak yang ingin berkongsi rezeki sempena Hari Raya Aidiladha ini. Justeru itu, inisiatif Sedekah Adha juga turut dilancarkan di bawah Kempen ini untuk rakyat Malaysia yang ingin menyumbang serendah RM30 sahaja.


Keistimewaan melaksanakan ibadah korban melalui Kempen Qurban4Ummah Peduli Insan adalah setiap peserta akan menerima gambar dan video sembelihan haiwan korban mereka yang akan dikongsikan secara digital serta sijil penyertaan korban sebagai bukti ibadah korban anda semua dilaksanakan dengan telus. 

Senarai Harga Qurban 4 Ummah 1444H - 2023M

Selain itu juga, Peduli Insan berharap para peminat serta rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan semasa Ikon Kemanusiaan Muhibbah mereka - Inteam, UNIC dan Ustaz Dr Zamri Mantop dapat memberi sokongan dan kebersamaan kepada golongan kurang bernasib baik di Syria, Palestin, Yaman serta di dalam Malaysia sendiri dengan mendaftar pakej korban ataupun melalui sumbangan Sedekah Adha.

Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar korban, boleh berbuat demikian melalui pautan berikut:

https://ezy.la/n5m

Manakala bagi mereka yang ingin menyalurkan sumbangan Sedekah Adha boleh berkongsi rezeki melalui akaun rasmi Bank Islam Pertubuhan Peduli Insan Malaysia bernombor 0704 3011 0620 82.

Read More

25 May 2023

Kempen ‘1 Million Happy Members’ Sushi King Tawar Hadiah Bernilai RM1,000,000

Korang boleh menang Trip ke Jepun! Jom makan kat Sushi King sekarang!

Kempen ‘1 Million Happy Members’ Sushi King sedang berlangsung

Sushi King sedang menganjurkan kempen ‘1 Million Happy Members’ dengan menawarkan hadiah bernilai RM1,000,000 sepanjang bulan Mei ini.


Cara-cara penyertaan:

1. Peserta mestilah ahli Sushi King MY App dengan kod QR ahli yang sah perlu ditunjukkan semasa pembayaran.

2. Untuk setiap RM50* yang dibelanjakan di dalam satu resit, satu (1) putaran akan diperuntukkan kepada akaun Sushi King MY ahli = 1 penyertaan.

Sebagai contoh, jika nilai perbelanjaan bernilai RM210* di bawah satu resit, empat (4) putaran akan diperuntukkan = 4 penyertaan.

*Nilai perbelanjaan adalah selepas diskaun, tidak termasuk caj perkhidmatan dan cukai semasa

*Promosi lain (iaitu Happy Hour) tidak layak.

3. Bilangan putaran akan dikreditkan ke dalam akaun ahli setelah selesai transaksi dan sah laku sepanjang tarikh kempen.

Antara hadiah yang boleh dimenangi seperti:-

Grand Prize: Japan trip untuk 2 bernilai RM 14,000 x 1 pemenang

1st Prize: Oppo N2 Flip phone bernilai RM 3,999 x 4 pemenang

2nd Prize: Apple Watch SE bernilai RM 1,199 x 4 pemenang

3rd Prize: Uniqlo Gift Card bernilai RM 300 x 32 pemenang

Smile Points:1,000 Smile Points bernilai RM50 x 120 pemenang

500 Smile Points bernilai RM25 x 600 pemenang

200 Smile Points bernilai RM10 x 900 pemenang

Meal Deals:Free Pink Plate Sushi x 30,000 pemenang

50% off Spicy Yakiniku x 170,000 pemenang

Free Shizuoka Cha x 150,000 pemenang


Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.sushi-king.com atau ikuti Instagram @sushikingmalaysia

#SushiKingMY #SushiKing1Million

Read More

23 May 2023

Jimat Sehingga 50% Dengan Promosi 'LIVE SMART & HEALTHY' Guardian

Dalam era varian baharu Covid ini, keperluan untuk menjaga kesihatan diri dan hidup dengan bijak menjadi lebih penting. Menyedari hakikat ini, Guardian kini mengadakan promosi ‘Live Smart and Healthy’ untuk bulan Mei.

Jimat Sehingga 50% Dengan Promosi 'LIVE SMART & HEALTHY' Guardian

Angela Teo, Ketua Pemasaran Guardian Malaysia berkata:

“Kami terus menawarkan rangkaian produk kesihatan dan kecantikan yang tiada tandingan kepada para pelanggan pada nilai yang lebih hebat. Promosi ‘Live Smart and Healthy’ menawarkan penjimatan sehingga 50% untuk semua pelanggan kami.”

Bersempena dengan kempen ini, pelbagai aktiviti yang menggalakkan tabiat kesihatan yang bijak akan diadakan.  

Satu acara atrium ‘Live Smart and Healthy’ akan berlangsung di Pusat Membeli-Belah MyTOWN dari 30 Mei hingga 5 Jun 2023, dari jam 11 pagi hingga 9 malam. Selain aktiviti pensampelan, ceramah kesihatan oleh pakar penjagaan kesihatan dan wakil jenama akan memeriahkan acara itu di samping pelbagai aktiviti menarik dan penjimatan hebat untuk pelbagai produk kesihatan dan kecantikan. 

“Pengunjung acara atrium juga boleh menikmati rebat segera RM20 dengan pembelian produk Penjagaan Kesihatan bernilai RM150 dalam satu resit*. Terdapat tawaran serendah RM1 dan sejumlah 500 beg hadiah* akan diberikan kepada pengunjung mulai 1 hingga 5 Jun, sementara stok masih ada. Jadi, jangan lupa untuk berkunjung ke MyTOWN mulai 30 Mei ini,” tambah Angela.

Tawaran lain yang dapat dinikmati di promosi ‘Live Smart and Healthy’ termasuk:

PERCUMA Blender Guardian Beauty dengan pembelian mana-mana barangan kosmetik bernilai RM40 dan ke atas dalam satu resit

PERCUMA Kotak Hadiah Penjagaan Diri dengan pembelian RM120 dan ke atas

Hadiah percuma dengan belian

Baucar Penjagaan Kecantikan RM10 (Nikmati potongan RM10 dengan belian bernilai RM80 dan ke atas daripada mana-mana rangkaian Penjagaan Kulit, Penjagaan Kulit Derma, Kosmetik, Wangian, Penjagaan Perlindungan Matahari, Tangan dan Badan (tidak termasuk Masker Wajah dan Penjagaan Bibir) dalam satu resit

Baucar Jenama Eksklusif - Dapatkan baucar jenama PERCUMA bernilai sehingga RM118 dengan pembelian minimum untuk jenama yang mengambil bahagian

PERCUMA Semburan Hand Rub Mist Viridis berasaskan air 60ml dengan belian bernilai RM20 dan ke atas dari rangkaian Penjagaan Kesihatan, Makanan, GMS atau Jenama Sendiri

Dapatkan wangian poket Enchanteur PERCUMA dengan belian bernilai RM30 dan ke atas dari rangkaian Wangian, Penjagaan Kulit dan Kosmetik dalam satu resit

Beli mana-mana produk dalam rangkaian LipIce Fruity/Tinted (Minions) di Guardian dalam satu resit dan Whatssap ke 012-688 3885 untuk memenangi barangan Minions.

“Kami menyedari reputasi kami sebagai pakar kesihatan komuniti yang dipercayai yang sentiasa membantu pelanggan menikmati kehidupan yang sihat dan indah, oleh itu kami masih menawarkan ratusan produk dengan ‘Low Prices Locked’ agar mereka mendapat lebih nilai apabila membeli-belah di stor Guardian, sama ada di stor fizikal atau menerusi Aplikasi Mudah Alih Guardian kami,” jelas Angela.

 * tertakluk kepada terma dan syarat

#guardianmy

Read More

19 May 2023

HAVOC Food Festival Kembali Dengan Pengisian Program Islamik Sepanjang 2023

HAVOC atau lebih popular sebagai Havoc Food Festival, sememangnya cukup dikenali sebagai festival yang meraikan masyarakat dengan acara hiburan yang gempak. Bagi membentuk kelainan dan menambah nilai bagi acara HAVOC pada tahun ini, Havoc Event & Management Sdn Bhd (HAVOC) dengan bangganya membawakan Program Islamik Havoc Street Food Fest 2023 dalam siri Havoc Festival.

Havoc Event & Management Sdn Bhd (HAVOC) dengan bangganya membawakan Program Islamik Havoc Street Food Fest 2023

Dan untuk tahun 2023 akan dimulakan dengan HAVOC 10.0 iaitu Havoc Street Food Festival 2023 yang akan berlangsung bermula dari 1 hingga 5 Jun di Dataran Serambi Teruntum Kuantan. Festival yang sarat dengan pelbagai aktiviti ini akan bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Antara program yang akan dilaksanakan sepanjang festival adalah seperti Program Ilmu 'Allah Tak Pernah Benci Kita' yang akan berlangsung pada 2 Jun 2023, pukul 9 malam di Dataran Serambi Teruntum Kuantan. Acara ini adakan dikendalikan oleh Syahdu Syahdan selaku moderator dan dilengkap dengan PU Amin dan Da'l Izhar selaku panel. Manakala untuk malam kedua iaitu 3 Jun 2023, pukul 9 malam di lokasi yang sama akan diadakan Malam Berselawat & Qasidah Perdana dengan penampilan khas Habib Nael Bentaher, Habib Mahdi Alhamid, Syeikh Mahmoud Wasobi dan kumpulam Inteam. Hadirin dijemput hadir, masuk adalah percuma dan tempat duduk disediakan. Namun dinasihati kepada semua pengunjung untuk membawa tikar sendiri.

Terdapat banyak vendor makanan yang menyertai, termasuklah selebiriti tanah air yang turut sama memeriahkan acara HAVOC. Cabutan bertuah Xtravaganza turut diadakan dan menawarkan Hadiah Utama iaitu sebuah kereta Perodua Bezza dan motosikal Yamaha RX-Z dan hadiah-hadiah yang lain.

Kenali HAVOC

Havoc Event & Mangement Sdn Bhd (HAVOC) telah mula diperkenalkan sejak tahun 2019 dan dimiliki sepenuhnya oleh syarikat bumputera, Untuk info, HAVOC merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan pengurusan acara seperti festival makanan, automotif, fesyen & kecantikan.

Jenama HAVOC lebih dikenali sebagai sebuah festival makanan yang telah menjelajah diseluruh semenanjung Malaysia bermula di Shah Alam Selangor, Kuantan Pahang, Johor Bahru, MITC Melaka dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Bermulanya dari awal HAVOC 1.0, pihak pengurusan tertinggi syarikat terus mengorak langkah bergerak maju kehadapan dengan meletakkan jenama HAVOC in sebagai jenama rasmi muka hadapan bagi memastikan ia terus kekal berdaya saing serta mendapat tempat dihati pengunjung dan penggemar makanan dan minuman di seluruh Malaysia.

Visi kami adalah untuk menjadi karnival pilihan usahawan dan artis dalam sektor makanan dan minuman yang dapat membantu menaikkan ekonomi serta dapat menyediakan aktiviti kekeluargaan dalam masa yang sama dapat membantu menaikkan sektor pelancongan di Malaysia, Faizul bin Mohd Yusof selaku Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd.

Pada tahun 2020 telah diperkenalkan Havoc Food Festival bersama Tourism Malaysia dalam mempromosikan program Cuti-Cuti Malaysia iaitu "Year Visit Malaysia". Program ini telah mendapat sambutan yang cukup padu iaitu seramai seratus ribu (100,000) orang hadir pada jelajah Havoc 2.0 di Kuantan Pahang.

Manakala pada 2 hingga 5 Mac 2023 lalu, Havoc 9.0 telah berlangsung di Dataran Karnival Stadium Shah Alam dan telah memecahkan rekod karnival sebelum ini. Festival ini telah mencipta sejarah dimana telah menerima kunjungan dari 150,000 orang pengunjung yang hadir. Malah pada Havoc 9.0 telah mula memperkenalkan program Islamik dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan.

Ade Azhar Penaja HAVOC 2023

ADE AZHAR TRADING selaku pembekal ilmiah islamik telah berbesar hati meniadi penaja utama bagi program di HAVOC. Seperti yang kita maklum, ADE AZHAR TRADING SDN BHD (AATSB) merupakan sebuah syarikat yang mengedarkan bahan ilmiah premium dan eksklusif khususnya di sekolah dalam Malaysia di mana produk- produk yang diedarkan hanya boleh diperolehi melalui wakil AATSB sahaja.

AATSB juga mengedarkan produk-produk dari syarikat lain seperti buku Formula Kuasai Tajwid, Ihya Ulumuddin, Ubi Sake, Sambal Goreng Crunchy dan Quran Edisi Raudhah.

Jangan lupa untuk hadir ke lokasi HAVOC sepanjang tahun 2023, antaranya di  Kuantan, Kedah, Terengganu, Melaka, Johor dan Shah Alam. 

Read More

16 May 2023

Tips Ajar Anak Tentang Kewangan Melalui Online Money Games

Berakhir sudah hari raya, tiba masa untuk ibu bapa didik anak-anak tentang duit raya yang mereka dapat.

Boleh gunakan formula

70% Simpan

30% Guna untuk beli barang

Untuk anak kecil 1 hingga 6 tahun bolehlah ibu bapa simpankan sepenuhnya di bank.

Tapi untuk anak-anak berumur 7 tahun ke atas ibu bapa boleh mula ajar anak tentang asas kewangan dan kepentingan simpan duit dan cari duit.

Simpan Duit Raya Di Mana?

Anak-anak dapat duit raya ni bolehlah kita didik mereka untuk simpan dan labur duit raya mereka seawal yang boleh. 

Di mana nak simpan duit raya anak ni? Qiss dah survey macam-macam dan pilihan Qiss ialah:

1. SSPN 

Tahun 2021 pulangan dividen mereka sekitar 3%. Dan ada dua jenis simpanan. Simpanan SSPN Prime serendah RM20 sebulan atau SSPN Plus serendah RM30 sebulan. 

SSPN plus ni ada perlindungan takaful sekali. Dua-dua ada pelepasan cukai sehingga RM8000 tau. Sangat berbaloi. 

2. ASB

Dengan pulangan dividen yang agak baik iaitu 5% untuk tahun 2021. ASB ni wajib ada untuk setiap anak-anak kita. 

3. Tabung Haji

Dengan pulangan dividen sekitar 3.1% untuk tahun 2021. Simpanan Tabung haji juga sangat baik. Boleh juga daftarkan haji untuk anak-anak. 

Hanya perlu Rm1300 untuk daftar haji. Untuk simpanan minimum RM2 pun boleh. 

4. Sijil Simpanan Premium (SSP BSN)

Sijil simpanan premium BSN ni memang popular dengan hadiah cabutan bertuahnya. Boleh menang wang tunai, kereta, percutian dan macam-macam lagi. Setiap bulan ada pemenang bertuah. 

Deposit minimum yang disarankan ialah Rm200 untuk layak dapat cabutan. Minimum umur pula 12 tahun ke atas. 

Pulangan dividen pula minimum 0.60% setahun untuk simpanan minimum RM3000. Walaupun tak banyak tapi yang penting didikan menyimpan pada anak-anak.

Ini antara tempat simpanan untuk anak-anak kita. Bolehlah mula didik mereka semasa mereka muda lagi. 

Tips Kewangan Selepas Hari Raya

Selepas Hari Raya, penting untuk memulakan semula rutin kewangan yang sihat. Berikut adalah beberapa tips kewangan selepas Hari Raya untuk  membantu anda mencapai kestabilan kewangan:

✅1. Buat semakan kewangan untuk menilai perbelanjaan dan simpanan anda.

✅2. Teruskan menyimpan dan melabur untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang anda.

✅3. Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu seperti membeli-belah, makan di luar, dan hiburan yang mahal.

✅4. Buat perancangan kewangan jangka panjang untuk mencapai matlamat kewangan anda.

Didik anak tentang kewangan dengan bermain permainan secara online


Tidak mudah untuk mengajar anak tentang wang dan kenapa perlu menyimpan. Baru-baru ni Qiss cuba permainan online yang dapat membantu anak-anak mengira dan menarik minat anak-anak tentang kewangan.

Dengan bermain permainan secara dalam talian ini dapat membantu anak-anak berminat untuk menghasilkan wang dan tahu cara pengendalian wang.

Antara online game yang Qiss syorkan ialah:


Game ini mengajar cara memulangkan wang kepada pelanggan dengan amaun wang kertas dan syiling yang betul.

Game Cash Back


Permainan ini mudah untuk difahami oleh anak-anak dan membantu mereka untuk membuat pembayaran semasa membeli makanan di kantin sekolah.


Seronok bermain permainan cash back ni tapi anda kena cepat sebab ada timing masa tau.


Kanak-kanak sukakan aiskrim kan. Mesti tertanya-tanya macam mana nak jalankan sebuah perniagaan aiskrim. Macam mana nak ikut kehendak pelanggan dan pelbagai lagi.

Di sini lah peranan permainan Ice Cream Bar ni. Sebagai peniaga, anak-anak perlu membuat aiskrim mengikut susunan pesanan dari pelanggan dan cuba siapkan pesanan pelanggan mengikut kriteria yang diberi.

Makin lama makin ramai pelanggan dan jumlah pelanggan yang kita kena siapkan pesanan turut meningkat tau.

Game Ice Cream Bar




Kalau anak-anak nak belajar selok belok perniagaan boleh cuba permainan ni ye. Recommended. 


Idle Hypermart Empire

Paling Qiss suka main dekat laman web ni ialah game Idle Hypermart Empire ni. Baru lah nampak jenis perniagaan yang banyak untung.

Menarik tentang game ni ialah walaupun kita tak main, mungkin sibuk jalani kehidupan seharian tapi tetap berjalan ye hypermart ni. Itu yang buat Qiss teruja betul.


Tengoklah jumlah pendapatan hypermart ni. Seronok sebab bermula 10$ je tau. Sekarang wang tunai dah mencapai lebih daripada trillion dan semua jenis department dah ada.



Siap ada investor lagi untuk hypermart ni tapi kena main dari mula semula. Cuma jumlah keuntungan akan meningkat. Kat sini anak-anak akan belajar cara mengurus sebuah pasaraya. Kena belajar urus pekerja dan lantik supervisor untuk uruskan setiap department.

Untuk lebih banyak permainan yang menarik boleh layari https://www.mortgagecalculator.org/money-games/


Kunci kejayaan dalam mengurus kewangan adalah disiplin, perancangan, dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan. Bila dapat didik anak-anak dari awal tentang kewangan maka mereka tidak akan terjerat dengan hutang dan akan lebih menghargai wang mereka.

#TipsKewangan #KestabilanKewangan

Read More

14 May 2023

HUAWEI P60 PRO Dan Mate X3 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Buat penggemar peranti HUAWEI, kini anda boleh menikmati keupayaan kamera yang luar biasa dan reka bentuk yang bergaya telefon pintar fotografi terbaru mereka, HUAWEI P60 Pro bersama-sama telefon boleh lipat ultra ringan dan nipis, Mate X3. 

HUAWEI P60 Pro, legenda dilahirkan semula yang mentakrifkan semula tahap baharu fotografi mudah alih, reka bentuk estetik dan pengalaman pengguna yang menyeluruh HUAWEI P60 Pro mewarisi genetik fotografi dan estetika yang sangat baik, dan membuat satu lagi kejayaan dalam sistem optik dan reka bentuk estetik yang merupakan telefon pertama dalam industri yang dilengkapi dengan Kamera Telefoto Pencahayaan Ultra dengan Kumpulan Berbilang Lensa. Juga dikenali sebagai Kamera Telefoto Pencahayaan Ultra, lensa boleh meningkatkan pengambilan cahaya dengan perkakasan yang tidak menjejaskan binaan peranti yang nipis dan ringan. 

HUAWEI P60 PRO Rococo Pearl menarik untuk dimiliki

(1) The Eye of Light Design membawakan Estetika yang menerajui Industri Reka bentuk modul kamera HUAWEI P60 bertemakan "The Eye of Light", dan meletakkan kamera utama yang paling biasa digunakan di tengah modul lensa. Telefoto super dan kanta sudut super lebar diedarkan pada bahagian atas dan bawah kamera utama, mempersembahkan Susunan Kamera Klasik. Dengan lapisan lutsinar terampai yang dibina di atas peranti, ia mencipta ilusi peranti yang lebih langsing sambil membenarkan Kamera Utama Pencahayaan Ultra bersinar sebagai sorotan visual. 

HUAWEI P60 Pro menggunakan Paparan Quad-Curve Baharu dengan panel Kaca Kunlun tahan lama dan ekslusif. Empat sisi sedikit melengkung manakala empat tepi skrin lebih bulat, menjadikan bidang penglihatan tidak terbatas dan mencapai paparan yang lebih mendalam. Dengan HUAWEI P60 Pro seberat hanya 200g. Pengguna boleh menikmati pengalaman cengkaman dan sentuhan yang lebih selesa. Selain itu, kadar penyegaran tinggi penyesuaian 1-120Hz LTPO membantu mencapai keseimbangan sempurna antara visual lancar dan pengoptimuman bateri.

Dengan perlindungan panel Kaca Kunlun, ia meningkatkan keliatan kaca dan meningkatkan rintangan jatuh kaca kepada 10 kali ganda, disebabkan oleh teknik yang dipertingkatkan untuk mengembangkan berbilion nanohablur yang membentuk bahan ultra-tahan lama. Malah ia menyokong rintangan habuk dan air IP68, memberikan pengguna rasa selamat yang terjamin semasa penggunaan harian. 

Paparan HUAWEI P60 Pro juga mencapai warna yang tepat melalui pengurusan warna gamut warna penuh dan padanan metamerik dalam penentukuran warna, dan menyokong unjuran warna tepat tanpa wayar, membolehkan skrin dipaparkan pada telefon mudah alih dan paparan diselaraskan dengan cekap dan tepat. 

Dengan rangkaian ciri paparan yang kukuh, HUAWEI P60 Pro menjadi telefon mudah alih pertama di dunia yang diperakui dengan Pensijilan Dwi Ketepatan Warna TÃœV Rheinland (Ketepatan Warna & Tayangan Warna Tepat). 

Selain itu, telefon ini mendapat inspirasi daripada alam semula jadi dan mentafsir semula estetika moden. P60 Pro dalam Rococo Pearl menampilkan Reka Bentuk Tekstur Mutiara pertama dalam industri, yang menggabungkan serbuk mutiara mineral semula jadi untuk mencapai tekstur semula jadi yang unik seperti Ibu Mutiara. Hitam pasir bulu dalam menggunakan Kaca Pasir Bulu Anti-cap Jari yang inovatif, yang terasa lembut dan halus seperti bulu tetapi bersinar seperti berlian.

(2) Kamera XMAGE Pencahayaan Ultra: 

Siri HUAWEI P60 didatangkan dengan sistem optik yang direka bentuk semula, dengan Kamera Utama Pencahayaan Ultra yang dilengkapi dengan Apertur Fizikal Boleh Laras Auto F1.4-F4.0, Kumpulan Lensa Transmitansi Tinggi dan penderia RYYB SuperSensing. 

Peningkatan ketara ini menghasilkan fotografi yang terang dalam tetapan cahaya malap, memaparkan butiran sepenuhnya dalam gelap. Ia juga boleh membawa julat dinamik ultra tinggi dalam adegan dengan nisbah terang-ke-gelap yang lebih tinggi seperti matahari terbit dan terbenam, subuh dan senja; Enjin Tekstur XD Fusion Pro baharu, menggambarkan butiran halus yang mempamerkan kilauan pada permukaan kaca. Di samping penemuan yang dibuat oleh kamera utama Ultra Lighting, HUAWEI P60 Pro terus mencapai kejayaan revolusioner dalam fotografi Telefoto Penglihatan Malam, membawakan Kamera Telefoto Pencahayaan Ultra dengan apertur F2.1 – yang terbesar dalam industri untuk periskop kamera mudah alih Telefoto. Kamera telefoto juga telah menambah Kumpulan Lensa Pencahayaan Ultra secara inovatif untuk menangkap lebih banyak cahaya, dan digabungkan dengan sensor RYYB Supersensing, jumlah cahaya yang memasuki kamera telefoto kini telah meningkat dengan banyak.

Mod Super Moon Huawei 

Ciri ini mempersembahkan bulan yang jauh dengan sempurna sambil menguruskan untuk mengekalkan butiran objek di tengah-tengah. Ini memberi pengguna keupayaan untuk bereksperimen dengan astrofotografi; untuk mencipta ilusi visual bulan dalam pokok palma dan awan.  

Selain itu, HUAWEI P60 Pro memperkenalkan Long Travel Slide Zoom Lens Group, yang boleh mengawal jarak pemfokusan secara fleksibel dan mencapai pengimejan yang jelas daripada fotografi jarak jauh hingga makro dekat. Ia juga mencapai fotografi makro yang tepat tanpa mengganggu subjek pada jarak dekat. 

(3) Pengalaman Lancar dan Berkekalan HUAWEI P60 Pro terdiri daripada bateri berkapasiti tinggi 4815 mAh yang diletakkan dalam badan padat dengan ketebalan hanya 8.3 mm masing-masing, menyokong HUAWEI SuperCharge berwayar 88W. Ia juga menyokong pengecasan pantas wayarles 50W dan pengecasan wayarles terbalik 7.5W – membawa pengecasan yang selamat dan mudah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Menggunakan mod Turbo, HUAWEI P60 Pro boleh dicas kepada separuh dalam masa 10 minit sahaja, mencapai keseimbangan sempurna antara hayat bateri siap sedia dan kelajuan pengecasan pantas sambil mengekalkan binaan yang ringan. 

(4) Pengalaman sistem EMUI 13.1: 

EMUI 13.1 memperkenalkan 3D Weather AOD (Sentiasa Paparan), yang menggambarkan hujan, salji, cuaca mendung atau cerah dengan kesan 3D dan menghantar pemberitahuan perubahan cuaca secara dinamik – pengalaman paparan yang intuitif, kreatif dan jelas. Antara muka kamera memperkenalkan Cincin Zum Kamera, yang bukan sahaja menjadikan pengambilan foto pengalaman yang lebih intuitif, tetapi juga menjadikan zum lebih tepat dan berfungsi. Menu Pantas Kamera juga memaparkan ikon mod penangkapan yang biasa digunakan, menjadikannya mudah untuk mengendalikan kamera dengan hanya satu tangan dan memberikan pengguna pengalaman fotografi yang lebih menyeronokkan dan mudah.

HARGA HUAWEI P60 PRO

HUAWEI P60 Pro kini tersedia untuk pra-tempah di semua HUAWEI Experience Store, Laman Web Rasmi HUAWEI, Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee, Kedai Utama HUAWEI di Lazada dan Kedai Rakan Kongsi HUAWEI yang sah seperti SenHeng, senQ, Harvey Norman dan Urban Republic. 

HUAWEI P60 PRO (8 GB RAM + 256 GB ROM) = RM 4,699


HUAWEI P60 Pro (12 GB RAM + 512 GB ROM) = RM5,499


ANTARA PERANTI LAIN YANG TURUT DILANCARKAN 

HUAWEI Mate X3: Telefon Pintar Ultra-Ringan, Ultra Nipis, Empat-Lengkung dan Skrin Besar Boleh Lipat Pertama di Dunia

HUAWEI Mate X3

HUAWEI Mate X3 hadir dengan berat ultra-ringan 239g dan ketebalan 11.08mm semasa dilipat, dan 5.3mm semasa dibuka. HUAWEI Mate X3 juga menampilkan komponen Type-C yang paling tipis dalam industri dengan reka bentuk struktur bersepadu dan diberi penarafan IPX8 untuk kalis air, menawarkan kenipisan dan ketahanan yang tiada tandingan. 

HUAWEI Mate X3

HUAWEI Mate X3 hadir dengan bateri besar 4800mAh dan HUAWEI SuperCharge berwayar 66W, HUAWEI SuperCharge tanpa wayar 50W, Pengecasan Balik Wayarles 7.5 W, yang memenuhi keperluan penggunaan harian dengan mudah. Untuk kamera pula, Huawei Mate X3 tersedia dengan Kamera Utama Ultra Vision 50 MP, Kamera Sudut Lebar Ultra 13 MP dan Kamera Telefoto Periskop 12 MP, telefon ini menyokong zum optik 5x.

HARGA : HUAWEI Mate X3 (12 GB RAM + 512 GB ROM) = RM8,888

HUAWEI Watch Ultimate

HUAWEI Watch Ultimate ialah jam tangan pintar premium yang menawarkan gabungan gaya dan bahan yang tiada tandingan. Untuk memenuhi permintaan pengguna yang mendambakan pengembaraan luar, HUAWEI WATCH Ultimate menggunakan Mod Ekspedisi serba baharu yang direka khas untuk mencipta semula perasaan dan suasana sukan luar. Ciri ini adalah satu layanan untuk pencari pengembaraan luar di mana-mana sahaja dan akan memenuhi pelbagai keperluan penerokaan mereka dalam senario seperti padang pasir di luar jalan raya, berkhemah dan mendaki.

HUAWEI WATCH Ultimate

HARGA: HUAWEI Watch Ultimate = RM 3,799 

HUAWEI WATCH Buds

Huawei mencipta jam tangan pintar pertama dalam industri dengan reka bentuk penutup pop timbul magnetik, yang menempatkan sepasang fon telinga TWS. Peranti ini dilengkapi dengan ciri termaju seperti reka bentuk pop timbul yang inovatif, Mutual Magnet Array untuk akses mudah dan Adaptive Identification Technology yang membolehkan pengguna memakai, menanggalkan dan memulangkan kedua-dua fon telinga tanpa perlu membezakan antara keduanya. Ia didatangkan dengan 80 Mod Sukan, antaranya ialah 10 mod sukan profesional, termasuk larian luar, larian dalaman, berjalan di luar, berjalan di dalam, berbasikal luar, berbasikal tali dan banyak lagi!

HUAWEI WATCH Buds

HARGA: HUAWEI WATCH Buds = RM 2,199


HUAWEI FreeBuds 5

HUAWEI FreeBuds 5 ialah tambahan terbaru kepada barisan fon telinga wayarles popular HUAWEI. Menampilkan reka bentuk yang diperkemas yang memaksimumkan keselesaan dan daya tarikan estetik. Memandangkan setiap komponen berfungsi secara berasingan antara satu sama lain, kelajuan pengecasan dan prestasi audio bebas untuk melonjak ke tahap yang lebih tinggi. Membenarkan 30 jam untuk pengecasan penuh, dan pengecasan pantas 5 minit boleh menyokong sehingga 2 jam mendengar, kadar pengecasan 200% lebih pantas12 daripada generasi sebelumnya.

HARGA: HUAWEI FreeBuds 5 = RM 699


HUAWEI MatePad 11 Inci 2023

HUAWEI MatePad 11-inci 2023 dipertingkatkan lagi apabila digabungkan dengan HUAWEI M-Pencil (generasi ke-2) dan kadar penyegaran 120 Hz tablet yang memastikan pengalaman menulis tahap pen-on-paper, untuk memaparkan karya terbaik dan kandungan kegemaran anda dalam segala kemegahannya. Apatah lagi, tablet ini juga menempatkan FullView Display, 2.5K resolution, P3 colour gamut, TÃœV Rheinland Low Blue Light (Penyelesaian Perkakasan) dan diperakui Bebas Flicker, untuk memastikan jam menonton atau bekerja menggunakan tablet kekal mudah pada mata.

HUAWEI MatePad 11-inci 2023

HARGA: HUAWEI MatePad 11-inci 2023 = RM 1,999

TEMPAH SEKARANG!

Kepada anda yang berminat untuk membeli dan menempah kesemua peranti ini, anda boleh dapatkan di semua HUAWEI Experience Store, Laman Web Rasmi HUAWEI, Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee, Kedai Utama HUAWEI di Lazada dan Kedai Rakan Kongsi HUAWEI yang sah seperti SenHeng, senQ, Harvey Norman dan Urban Republic.

Untuk maklumat lanjut, kemas kini atau promosi terkini anda boleh lawati Laman Web Rasmi HUAWEI, halaman Facebook Rasmi HUAWEI atau Instagram.

Read More

12 May 2023

Hari Asma Sedunia Tingkatkan Kesedaran Pengurusan Asma Dalam Komuniti

Melihat kepada peningkatan bilangan pesakit asma di Malaysia dan kepentingan untuk mendidik masyarakat mengenai pengurusan asma, Asthma Malaysia dan AstraZeneca, sekali lagi telah bekerjasama menganjurkan kempen awam ‘Breathe Better’ bertempat di 1 Mont Kiara, bersempena Sambutan Hari Asma Sedunia baru-baru ini.

Asma merupakan salah satu penyakit pernafasan dan ianya meningkat secara konsisten setiap tahun. Beberapa tahun kebelakangan ini, dianggarkan kebarangkalian pesakit asma di Malaysia telah meningkat daripada 6.4% kepada 9.4% dalam kalangan kanak-kanak berumur 6-7 tahun dan daripada 9% kepada 13% dalam kalangan kanak-kanak berumur 13-14 tahun.

Qiss turut berkesempatan ke 1 Mont Kiara bagi mendalami lebih lanjut mengenai penyakit asma. Bertujuan meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan menguruskan asma secara efektif, majlis pelancaran Hari Asma Sedunia telah dirasmikan oleh Dr Helmy Haja Mydin, Perunding Perubatan Pernafasan, Dina Nadzir, Penyanyi Tempatan, Juruhebah Radio, Pelakon dan Penyampai Televisyen Malaysia, dan Ashwini Saha, Pengarah Perubatan Negara dan Peneraju Kawasan Metabolisme Kardiovaskular, Perubatan Terapeutik Kawasan Asia, AstraZeneca. 

Bertemakan "Kawal Asma Anda," kempen ini menyasarkan dalam mendidik pengunjung mengenai kepentingan penggunaan ubat terkawal dalam mengurus dan merawat gejala asma dalam jangka masa panjang, dan bukan hanya sekadar bergantung kepada ubat pelega.

Najlis pelancaran Hari Asma Sedunia telah dirasmikan oleh Dr Helmy Haja Mydin, Perunding Perubatan Pernafasan, Dina Nadzir, Penyanyi Tempatan, Juruhebah Radio, Pelakon dan Penyampai Televisyen Malaysia, dan Ashwini Saha, Pengarah Perubatan Negara dan Peneraju Kawasan Metabolisme Kardiovaskular, Perubatan Terapeutik Kawasan Asia, AstraZeneca

Bercakap mengenai kempen Breathe Better, Dr. Helmy berkata, “Amat penting untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang awam bagaimana untuk menguruskan asma. Mendapatkan diagnosis awal adalah penting bagi mengelak serangan yang boleh melumpuhkan dan meletihkan. Langkah awal dan kawalan yang betul dengan ubat yang sesuai bukan sahaja dapat menghalang penyakit yang teruk, tetapi ianya mampu meningkatkan kualiti hidup seseorang.” 

“Kempen ini juga bertindak sebagai peluang bagi warga profesional dan individu yang mengidap asma untuk turut sama berkongsi pengalaman dan pandangan dengan tujuan untuk menambahbaik penjagaan dan pengurusan asma di Malaysia,” tambah Dr. Helmy.

Statistik menunjukkan di Malaysia, jumlah kematian akibat komplikasi asma setiap tahun adalah sekitar empat angka dengan kira-kira 1,700 kes dilaporkan pada 2014. Angka ini mungkin dianggap kecil jika dibandingkan dengan punca kematian yang lain, tetapi menurut pakar kebanyakan kes kematian disebabkan asma boleh dielakkan sekiranya rawatan awal dan teratur diberikan.

Dengan penilaian klinikal yang bersesuaian, asma boleh dikategorikan sebagai ringan, sederhana dan teruk dan berdasarkan kepada keparahan/ketenatan, pesakit memerlukan jenis dan dos ubat berbeza bagi mengawal keadaan mereka.

“Asma yang teruk biasanya memerlukan rawatan dan pengurusan perubatan sepanjang hayat. Ianya sukar untuk dirawat dan tempoh pemulihan daripada serangan asma yang teruk adalah berbeza berdasarkan situasi individu. Amat penting bahawa mendidik orang awam pengetahuan mengenai asma merupakan satu usaha berterusan tanpa henti.

Menurut Dr. Helmy, kesedaran orang awam terhadap perbezaan ketiga-tiga kategori masih rendah. Perlu diingatkan bahawa setiap peringkat memerlukan kaedah rawatan yang berbeza dalam pengurusan asma. Pesakit asma yang teruk memerlukan perhatian khas kerana mereka lebih mudah terdedah kepada serangan asma yang berulang walaupun mereka mahir dalam menggunakan penyedut dengan betul. Ini disebabkan beberapa faktor penyumbang kepada serangan yang teruk, seperti tahap kiraan darah putih yang sangat tinggi. Pesakit ini bukan sahaja mengalami gangguan tidur setiap hari tetapi aktiviti harian mereka juga boleh menjadi terbatas. Terdapat kebarangkalian tinggi bahawa mereka boleh menjadi terlalu bergantung kepada ubat-ubatan yang memberikan kelegaan segera seperti penyedut dan steroid oral setiap hari untuk jangka panjang namun ianya tidak digalakkan.

Sambutan Hari Asma Sedunia 2023 di 1 Mont Kiara merangkumi permainan berasaskan pendidikan dan pameran yang memaparkan mesej pembelajaran utama berkaitan asma, bertindak sebagai platform untuk orang ramai lebih memahami dan memperoleh maklumat awal mengenai penyakit pernafasan ini. Turut diadakan sesi perkongsian asma oleh artis tempatan Dina, di samping reruai permainan yang interaktif dan pertandingan mewarna bagi peserta yang lebih muda. Majlis ini telah dihadiri hampir 1000 pengunjung dalam tempoh dua hari.





Walaupun asma merupakan sejenis penyakit kronik, penganjur kempen berharap majlis ini dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang awam serta penjaga mereka yang menguruskan kondisi berkaitan. Dengan pengetahuan yang betul, asma masih boleh dikawal dan diurus agar dapat menjalani kehidupan yang sihat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://qr.epmarketing.digital/wad2023

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com