Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

30 June 2021

MAKING A RUN TO THE NEIGHBOURHOOD CONVENIENCE STORE? DON’T FORGET YOUR SHOPEEPAY E-WALLET!

 

Many depend on convenience stores to get everyday items due to their location in every neighbourhood. With ShopeePay, Malaysians can conveniently grab confectionaries, beverages, toiletries, snacks and more at the nearest convenience store while enjoying savings through cashback offerings.

To grab these cashback offerings, head to the ‘Deals Near Me’ feature on the Shopee app homepage and search for the following convenience stores to purchase the ShopeePay Voucher for only 10 sen or 1 sen! Before making payment at the participating convenience store outlet, remember to redeem the voucher and pay with ShopeePay to receive the cashback for your purchases. 

Here are some convenience stores you can check out to enjoy attractive cashbacks, while stocks last! Terms and conditions apply. 

FamilyMart

Photo credit: FamilyMart Facebook page


Looking to get some sandwiches, pastries, and a cup of freshly brewed coffee for breakfast? How about a scrumptious bento meal and some odeng for lunch or some freshly made snacks and even a green tea sofuto for teatime? FamilyMart has all these under one roof! Enjoy RM2 cashback with a minimum spend of RM5 for food, beverages, toiletries and whatever FamilyMart has to offer by purchasing the ShopeePay Voucher. Valid for 14 days from the date of purchase, so do not forget to redeem the voucher at any FamilyMart outlets after purchasing it! 

myNEWS

Photo credit: myNEWS

After opening its first store, MagBit in December 1996, the name of the store is a combination of the words magazine and titbits which were sold in the store back then. From a newsstand measuring only 200 square feet, it was later rebranded to myNEWS after the launch of their third outlet in 1997. The rest is history as myNEWS is now the largest homegrown retail convenience store with more than 530 outlets in Malaysia. Malaysians can enjoy a RM2 cashback with a minimum spend of RM5 with the ShopeePay voucher which is valid for 30 days from the date of purchase, so grab this deal for only 1 sen before it is gone!

KK Super Mart

Photo credit: KK Super Mart 


Any Malaysian will definitely be able to recognise KK Super Mart from its signboard with striking orange, green stripes and double ‘K’ in red. With 540 outlets in Malaysia, it is not difficult to find one KK Super Mart outlet in your neighborhood. Offering a wide variety of daily essential products, you can find anything you need urgently for your home and enjoy RM3 cashback with a minimum spend of RM15 by paying with ShopeePay.  

Orange Convenient Store

Photo credit: Orange24HR Facebook page


Orange Convenient Store is no stranger for those residing in Sabah. Walk into any Orange Convenient Store and you will find various types of local and imported instant noodles, beverages, burgers, snacks, personal care products and even live plants in the store. Fellow Sabahans, without any minimum spend, you can enjoy 40% cashback (capped at RM4) for your purchases with the ShopeePay Voucher. Valid for 30 days from the date of purchase, grab this deal now and redeem it at your convenience at more than 40 Orange Convenience Store outlets! 



Read More

25 June 2021

Malu Tangan, Lengan Berbintik Hitam? Saapuu Jer

Berdepan masalah kulit  kusam, tona tak sekata dan penuh bintik hitam bukan satu keinginan yang didambakan sesiapapun dalam dunia ini. Tambahan pula Malaysia berdepan iklim panas yang  berpanjangan. 

Bagi Sharon Teh atau nama sebenarnya Teh Swee Lin masalah bintik hitam di lengan dan tangannya dialami sejak 20 tahun lalu benar benar menyesakkan matanya.

Wanita berusia 52 tahun dari Taiping, Perak yang bekerja dalam bidang jualan ini pada satu tahap rimas dengan masalah yang bagai tiada pengakhirannya.

Kerap 'berjemur' dek komitmen keluar bekerja di bawah panas terik matahari antara punca masalah bintik hitam mula bermaharajalela. "Puas mencuba pelbagai produk kulit di pasaran, hasilnya tetap mengecewakan saya. Kesudahannya lebur semua wang begitu saja.

Pernah juga terfikir mahu melakukan rawatan laser di kulit tangan itu. Tapi difikirkan kosnya memang sangat mahal. Saya amat realistik namun tidaklah sampai tahap membazir wang.

Pada satu tahap, saya hampir putus asa mencari solusi terbaik merawat masalah dialami. Biasalah golongan wanita mahupun lelaki zaman sekarang ini semua pentingkan kecantikan diri," katanya.

Malah pada satu tahap Sharon terlalu geram hingga tidak sanggup melihat lengan sendiri. "Nak pakai baju tidak berlengan pun tak sanggup. Saya jadi geram, tak selesa dan malu nak berpakaian mendedahkan kulit. Pendek kata, saya akan cari solusi untuk menyarung jaket, kot atau memakai baju berlengan panjang," katanya.

Bagaimanapun dipendekkan cerita, sekitar Mei lalu, iklan produk kesihatan kulit Saapuu pantas mencuri perhatiannya.

"Sejujurnya saya tidak tahu kenapa iklan produk berkenaan begitu pantas menangkap pandangan mata dan hati. Lantas saya menghubungi pihak mereka untuk bertanyakan lanjut mengenai produk itu.


"Saya masih ingat lagi tanggal 11 Mei produk itu selamat sampai di rumah untuk dicuba. 

Selepas beberapa kali menyapu  krim dan gel kulitnya berturut turut, kesan bintik hitam kian pudar. Kulit saya perlahan demi perlahan nampak kecerahannya. Bintik hitam juga sudah berkurangan.


Dalam hati saya sendiri tertanya mukjizat apa yang ada dalam produk ini sampai begitu hebat sekali kesannya. Tak sangka dengan kos minimun, saya boleh lihat kesan dalam masa singkat," katanya.

Tambah Sharon lagi selepas meneliti kandungan yang digunakan dalam produk Saapuu ternyata ia satu pelaburan berbaloi.

"Produk SaaPuu mengandungi pelbagai  bahan organik yang sememangnya terbukti untuk kebaikan kulit. Contohnya seperti minyak argan, madu, daun sirih, daun pegaga, curcumin, daun gelenggang dan aloe vera. 

Tambahan pula, paling utama dan meyakinkan saya kerana produk ini mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jadi memang diakui produk ini selamat untuk dipakai tanpa rasa was-was. 

Hati saya kini meloncat kegembiraan apabila 'penderitaan' masalah kulit saya akhirnya selesai begitu sahaja selepas menggunakan produk berkenaan. Kini saya boleh menjalani hidup dan bekerja dengan lebih berkeyakinan," katanya tersenyum.

Bagi yang ingin membeli atau mendapatkan maklumat tambahan mengenai produk Saapuu boleh layari www.online.saapuu.my

Read More

19 June 2021

Rahsia Kulit Cerah Dengan SNP PREP Vitaronic

Assalamualaikum dan hai,

Duduk rumah pun kena jaga kulit muka tau. Kita tak tahu bila boleh keluar jumpa kawan-kawan tapi biarlah kita sentiasa cantik setiap hari. Qiss lebih suka penjagaan kulit muka. Barulah nampak segar dan berseri.


Dengan SNP PREP vitaronic ni, kulit Qiss makin cerah berseri. Kunci dia kena rajin dan jangan tinggal rutin penjagaan muka ni.


1. Ampoule mask - Qiss akan pakai sebelum tidur malam.  Suka bau mask ni yang segar. Lepas seminggu guna, kulit Qiss lebih lembap dan tidak kusam. 


2. Toner pad - paling best guna, ambil sekeping dap dap kat muka tunggu kering. Kulit pun dah tak kusam dan toner pad ni membantu mengurangkan tekstur kulit tidak sekata. (Ada 60 keping)


 3. SOS Ampoule

Botol dia comel, kalau muka kecil boleh 2 kali pakai. Qiss sekali guna je sebotol tu. Kandungan dia ekstrak buah segar, Vitamin C dan 3 jenis hyaluronic acid.  Pakai dalam 2-3 botol kulit korang dah tak kusam, lebih lembap, cerah dan berseri.


4. Gel cream

Membantu mencerahkan kulit dan buatkan kulit Qiss lebih glowing.


Haa teruja tak nak cuba? 😍 kalau nak beli boleh klik link dekat bio @snpmalaysia ataupun beli di Guardian / Lazada 

 


#snp

#snpmalaysia 

#vitaronic

#snpprep

#vitacomplex

Read More

18 June 2021

Nasi Ayam Nin Bakery Ninso

Assalamualaikum dan hai,

Lunch hari ni Qiss makan Nasi Ayam Black pepper dan whole chicken perisa orient dari @ninbakeryofficial

Korang tahu tak pasal Nin Bakery? Kalau selalu pergi Ninso mesti tahu ada 3 outlet Ninso yang ada bakeri iaitu outlet Seksyen 7 Shah Alam, Kajang dan Gombak.

Kedai Bakeri RM2.50 ni, ada roti premium pada harga rendah yang dimasak setiap hari bagi memberikan pilihan makanan segar kepada pelanggan. Ada juga donut, kek, oden, kopi, ais krim dan pelbagai lagi. Rambang mata nak pilih makanan kat sini tau.

Kalau belum tahu boleh follow @ninbakeryofficial untuk tengok menu dan promosi terbaru.

Qiss suka Roasted Chicken and Chicken Rice sebab sedap dan harga murah. Untuk whole roasted chicken (seekor) hanya RM 11.90 (ada 2 perisa: black pepper & orient)

Whole Roasted Chicken Orient Flavor Nin Bakery Ninso

Chiken Rice set (black pepper roasted chicken) harga RM 6.50 memang berbaloi dengan portion yang banyak dan besar.

Rasa sedap, ayam dia juicy bila makan, isi lembut dan memang berbaloi sebab murah dan besar.

Nasi Ayam Black pepper Nin Bakery Ninso


Buat masa sekarang roasted chicken dan nasi ayam ni hanya boleh didapati di Nin Bakery Shah Alam. Orang Shah Alam boleh cuba nanti. 😍😍👍

Ni alamat Nin Bakery Ninso

Cawangan:

Nin Bakery Shah Alam

Waktu Operasi: 10.00am - 8.00pm

Unit 1, 1A, 2, Ground Floor & 1st Floor, Lot 9, (PT No.1511), Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Nin Bakery Kajang

Operation Hour: 10a.m - 8p.m

 Lot75974-A, Lot75974-b, Lot75974-C, Jalan Wan Siew, Kampung Sungai Chua, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Nin Bakery Gombak

Operation Hour: 10a.m - 8p.m

Lot 10234 (New 6615) Batu, 8, Jalan Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor.

#ninbakery #premiumquality #roastedchicken #donut #bread #oden #ninbakeryshahalam #bun #cake #madedaily #delicious #fresh

Read More

03 June 2021

Guardian Malaysia Turunkan Dan Kunci Harga 1,500 Barangan Keperluan

Bantu kurangkan impak pandemik Covid-19 terhadap pengguna

Assalamualaikum dan hai,

Guardian Malaysia telah melancarkan inisiatif seluruh negara untuk menurunkan dan mengunci harga 1,500 barangan keperluan kesihatan, kecantikan dan penjagaan peribadi untuk membantu mengurangkan impak cabaran kewangan yang diakibatkan oleh pandemik. 

Harga-harga barangan ini telah diturunkan dan akan dikekalkan untuk sepanjang tahun ini agar pelanggan tidak perlu berkunjung ke banyak tempat untuk mendapatkan tawaran-tawaran hebat, kata Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Asia Tenggara (Guardian SEA), dan Guardian Health And Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia).

Beliau berkata, “Kami telah mendengar keluhan pelanggan dengan teliti apa yang mereka inginkan, terutamanya berikutan penularan wabak ini dan telah membuat keputusan untuk membantu mereka dengan mengunci harga 1,500 barangan keperluan pada harga yang rendah untuk melindunginya daripada turun naik. 

Inisiatif ‘Harga Rendah DiKunci Untuk Kekal Rendah’ (Low Prices Locked To Stay Low) adalah usaha serantau oleh Guardian SEA yang menggarisbawahi komitment Kumpulan syarikat kami dalam memastikan harga barangan keperluan harian seperti mandian, penjagaan rambut, kebersihan diri, vitamin dan makanan tambahan, kekal berpatutan sepanjang tempoh yang mencabar ini ketika dimana para pelanggan semakin berusaha untuk menambah nilai wang mereka.

Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Asia Tenggara (Guardian SEA), dan Guardian Health And Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia)

“Para pelanggan kami di seluruh negara, termasuk mereka yang gemar membeli secara dalam talian, boleh menikmati harga-harga yang berpatutan dan nilai hebat, setiap hari untuk sepanjang tahun ini. Kami percaya para pelanggan kami akan menghargai bentuk sokongan seperti ini dalam persekitaran yang tidak menentu kini,” tambah beliau.

Lauridsen berkata pemilihan produk harga rendah dikunci adalah berdasarkan kajian Guardian ke atas tabiat membeli dan tingkah laku pengguna. Ia menunjukkan barangan yang sering dibeli seperti mandian Dove, syampu Pantene, Ubat gigi Darlie dan Panadol Actifast.

Pelanggan kami juga menunjukkan bahawa kebolehmilikan (affordability) adalah penting, ia adalah fokus inisiatif kami,” jelas beliau.  

Meninjau hasil kajian tersebut dan mengambil kira keprihatinan mendalam terhadap penjagaan kesihatan, sejumlah 35% daripada keseluruhan barangan adalah barangan keperluan kesihatan, yang dipilih dengan teliti agar ia lebih mudah dimiliki. 

Dalam iklim seperti sekarang, Guardian menyaksikan peningkatan permintaan terhadap produk jenama sendiri Guardian kerana harganya yang menarik dan kualiti yang dipercayai. Oleh itu, semua harga produk Jenama Guardian telah diturunkan dan dikunci dalam inisiatif ini. 

Lauridsen berkata, “Pelaburan kami dalam inisiatif ini adalah selari dengan komitmen Guardian untuk mengutamakan pelanggan dalam apa jua keadaan, memahami keperluan mereka sebagai peneraju destinasi farmasi, kesihatan dan kecantikan yang dipercayai di Malaysia.

Di samping itu, kami kekal komited untuk meningkatkan pengalaman pelanggan walaupun dalam iklim ekonomi yang mencabar - kami telah melabur dalam penambahbaikan stor dan beberapa pembukaan stor baru pada tahun lalu dengan tumpuan untuk menyediakan lebih banyak akses kepada perkhidmatan dan produk-produk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti kepada pelanggan, semuanya di satu destinasi.

“Inisiatif kami bukan sekadar harga yg hebat. Kami telah bekerja keras dan telah menjadi pakar yang dipercayai dalam kesihatan komuniti, disokong oleh sekumpulan besar ahli farmasi. Guardian kekal sebagai rakan kongsi jangka panjang yang berdedikasi dalam meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan semua pelanggan kami,” tambah Lauridsen.

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif Harga Rendah DiKunci Untuk Kekal Rendah Guardian, sila layari www.guardian.com.my  atau berkunjung ke stor berhampiran.

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com