Syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia meraikan ulang tahun ke-16 dengan kempen unik di seluruh Malaysia AirAsia menjemput para pengembara untuk mengikuti perjalanan unik menerusi pelancaran kempen #AirAsiaOpenDoors sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-16.
Bermula pada hari ini sehingga 14 Januari 2018, AirAsia mencabar orang ramai untuk mencari 16 pintu tersembunyi di serata Malaysia, ambil gambar mereka bersama pintu-pintu tersebut, muat naik di Instagram beserta tanda pagar yang diberikan untuk mendapatkan mata, dan mereka berpeluang untuk memenangi lebih dua juta Mata Ganjaran BIG!
Para peserta juga boleh mengumpul lebih banyak mata menerusi aktiviti dalam talian lain seperti berkongsi, mengundi, dan mendapat undian untuk meningkatkan kedudukan. Pada akhir
pertandingan selama 4 minggu ini, seramai 186 peserta teratas mempunyai peluang untuk memenangi Hadiah Utama iaitu satu juta Mata Ganjaran BIG.
Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad berkata, “Kami telah berkembang dengan pesat daripada mempunyai hanya dua pesawat sewaktu kami bermula dan kini mempunyai lebih daripada 200 pesawat yang telah menerbangkan lebih daripada 400 juta tetamu.
Kami berbangga kerana telah membuka laluan ke lebih daripada 130 destinasi dengan rangkaian yang luas, termasuklah ke bandar-bandar yang belum diterokai namun menjadi destinasi impian ramai orang. Kini, semua orang boleh terbang terus ke permata tersembunyi Asean seperti Sihanoukville, Davao, Nha Trang, Luang Prabang, dan banyak lagi untuk menikmati pengembaraan yang tidak dapat dilupakan.”
“Kami berharap para tetamu akan terus menimba pengalaman yang luar biasa bersama kami melalui kempen #AirAsiaOpenDoors dan menerokai sempadan baharu di Asean dan seluruh Asia bersama-sama. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang telah menyokong kami dan impian kami selama ini untuk menjadikan kami sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia selama sembilan tahun berturut-turut pada hari ini. Kami juga akan terus menyediakan pengalaman penerbangan terbaik untuk para tetamu dengan tambang yang rendah dan produk digital kami seperti ROKKI, ROKKIshop.com dan banyak lagi,” tambah beliau.
Kempen ini diinspirasikan oleh AirAsia sebagai syarikat penerbangan yang membuka pintu laluan kepada para pengembara selama lebih daripada satu dekad untuk menjelajahi pelbagai destinasi yang belum diterokai di rantau ini dan seterusnya menimba pengalaman yang luar biasa.
Sempena meraikan ulang tahun ini, AirAsia bekerjasama dengan UnionPay sebagai rakan kongsi utama kempen ini. Mulai sekarang hingga 28 Februari 2018, pemegang kad UnionPay boleh menikmati diskaun tambahan sebanyak 10 peratus untuk semua promosi dalam talian AirAsia melalui halaman eksklusif* untuk tempoh perjalanan daripada 3 Januari 2018 sehingga 30 Januari 2019, tertakluk kepada terma dan syarat. Rakan kongsi lain untuk kempen #AirAsiaOpenDoors juga termasuklah Program Kesetiaan AirAsia BIG, AirAsia Go, AirAsia RedTix, CarTrawler, travel3sixty,
Tune Hotels, Tune Protect Travel AirAsia, dan Tune Talk.
Di samping itu, AirAsia telah melancarkan Insurans Perlindungan Perjalanan Tune - Pelan Tahunan AirAsia yang ditawarkan kepada tetamu yang kerap melancong. Dengan pelan tahunan ini, para tetamu boleh menikmati harga yang lebih rendah dengan liputan yang meluas untuk percutian tanpa kerisauan sepanjang tahun. Layari tuneprotect.com/airasia untuk maklumat lanjut.
Untuk berita, aktiviti dan promosi mengenai AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia)