Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

30 October 2024

Isi Masa Lapang Bermain Free Online Games di culinaryschools.org

Permainan dalam talian kini memudahkan orang ramai untuk mengakses dan seterusnya memilih untuk meluangkan masa untuk bermain permainan dalam talian ini. 

Qiss berpeluang memperkenalkan Free Online Kids Cooking Games di culinaryschools.org kepada anak-anak buah Qiss sepanjang cuti sekolah baru-baru ini. Hasilnya mereka lebih tertarik bermain permainan ini di rumah dan tidak melakukan aktiviti yang membosankan.




Apa itu culinaryschools.org?

culinaryschools.org merupakan sebuah laman web yang menawarkan koleksi beratus-ratus permainan dalam talian percuma untuk membantu membiasakan kanak-kanak dengan makanan, bertani, memasak, seni kulinari, perniagaan restoran dan kerjaya berkaitan hospitaliti.




Antara Game yang Qiss main di culinaryschools.org ialah:

1. Idle Coffee Business

Permainan paling mudah dan membuatkan kita bercita-cita tinggi untuk terus upgrade kedai kopi kita dengan menambah pelbagai menu kopi dan menambah pendapatan kita.



Permainan ini mudah di mana pemain mengklik pada cawan kopi untuk menjana pendapatan. Gunakan pendapatan anda untuk menambah minuman tambahan, tingkatkan kualiti minuman yang sudah anda miliki dan susun keuntungan daripada membuat setiap jenis minuman. Buka kunci 110 pencapaian berbeza untuk memperoleh lebih banyak wang tunai, dan aktifkan rangsangan promosi media sosial untuk menggandakan kelajuan jualan anda. Kembangkan perniagaan dan ambil pelabur. Jual perniagaan dan kemudian mulakan semula.



2. Bake A Cake.

Qiss minat baking dari dulu lagi. Seronok betul dapat belajar buat kek di dalam game ini. Mula-mula baca bahan yang diperlukan.  Sediakan bahan-bahan dan mulakan memasak kek sehinggalah siap jadi sebiji kek.



Anak-anak buah Qiss pun seronok dapat belajar cara buat kek sampai dorang minta nak masak kek betul-betul.




3.Grocery Cashier

Anak-anak buah Qiss dapat belajar operasi tambah, berinteraksi dengan pelanggan, menerima wang dan key in voucher dan mengembalikan wang kepada pelanggan beserta barangan.






Kelebihan Main Free Online culinaryschools.org
1. Games ini dimainkan secara Online dan tak perlu di Download. Boleh dimainkan di telefon bimbit ataupun di komputer.


2. Storage Telefon Bimbit Tak Penuh

Paling menarik games culinaryschools.org ini tak perlu download. Kita boleh main terus di laman web je. Jadi tak ada masalah storage penuh.

3. Tiada Iklan

Sepanjang Qiss dan anak-anak buah main permainan ini secara online memang tidak ada iklan langsung walaupun ia free online games. Memang seronok dan mencabar.

4. Pelbagai Pilihan Kategori
Games yang ada 4 kategori dan setiap kategori itu banyak pilihan. Boleh pilih mana yang kita suka dan juga boleh sesuaikan dengan anak-anak kita juga.

Ada pelbagai lagi permainan yang membolehkan anak-anak belajar tentang makanan sihat berbanding makanan tidak sihat.  

Memasak dan Kerja Dapur. Jejak pelbagai tugas di dapur dan pelajari cara mengikuti resipi asas. 

Kitar semula - mengitar semula bahan buangan. 

Pertanian - membiasakan pemain dengan ladang, haiwan ternakan dan pertanian.

Melayan Pemakan - buat sandwich.

Kedai Runcit - simpan stok kedai runcit.

Minuman - hidangkan kopi dan coklat panas.

Pizzeria - buat pizza tersuai untuk dipesan.

Burger keju - permainan restoran burger keju. 

Penyusun sandwic - permainan menyusun sandwic & penkek 

Makanan Mexico - kereta taco & restoran burrito 

Makan tengah hari - restoran makan tengah hari umum 

Makan malam - masak & hidangkan makan malam 

Ais Krim - buat kon ais krim yang sempurna 

Pencuci mulut - cipta padang pasir lain 

Permainan Simulasi Perniagaan Lain - jalankan perniagaan kedai bunga tempatan atau kedai barang kemas.

Selain games, Culinary Schools juga ada pelbagai pilihan lain juga seperti:











Jadi Qiss lebihkan masa bersama anak-anak buah sepanjang cuti sekolah untuk bermain di culinaryschools.org disamping dapat ilmu baru untuk meningkatkan jualan dan skills sepanjang bermain games di sini.


Read More

29 October 2024

Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura Bakal Berlangsung 15 Februari 2025

Siapa tidak kenal dengan penghibur yang sudah menjayakan ribuan persembahan berskala besar dan kecil sejak lebih 40 tahun lalu?

Dato Jamal Abdillah tidak memberi alasan sebaliknya terus beraksi di atas panggung menjayakan konsert sama ada berskala kecil mahupun besar.

Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura Bakal Berlangsung 15 Februari 2025
Kini penghibur berusia 65 tahun tersebut bakal muncul dengan Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura

Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura yang dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 15 Februari 2025 dianjurkan bersama oleh Live Injection dan NJ Resources. la akan menjadi konsert solo perdana Jamal Abdillah pada tahun 2025 sekaligus membuktikan kewujudannya dalam belantika muzik masih relevan dan sentiasa dilihat mampu menawan hati peminat. 

Membawa nama yang cukup ikonik di bawah ‘bendera’ konsert kali ini iaitu judul lagu hit beliau, Sandarkan Pada Kenangan dan Azura, penganjur percaya dengan magnet penyanyi bersuara emas yang dimiliki Jamal Abdillah akan membuat ruang Zepp Kuala Lumpur penuh. “Selaku penganjur kami di Live Injection dan NJ Resources sentiasa melihat kualiti dan jenama seorang penghibur bersuara emas iaitu Dato Jamal Abdillah tidak akan pernah pudar selagi beliau berada dalam industri seni tempatan. “Kami percaya dengan semua pengalaman, pesona dan untaian lagu hit yang telah dirakamkan Jamal Abdillah sejak awal pembabitan sehingga kini, penganjuran Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura akan menjadi sebuah pertemuan penuh nostalgia buat peminat.

“Sementelah ini adalah pertama kali Jamal Abdillah beraksi di panggung Zepp Kuala Lumpur secara solo dan suasana yang lebih intim ini akan mencipta momen tersendiri buat penghibur kesayangan ramai ini dan peminatnya,” ujar Edy J dari Live Injection. 

Bagi Jamal Abdillah meski sudah ribuan kali membuat persembahan, bukan bermaksud beliau boleh sambil lewa dan berasa tanggungjawab yang diberikan penganjur sesuatu yang ‘ringan’ hanya kerana telah memiliki segudang pengalaman. 

Sebaliknya, setiap kali dilamar terbabit dalam persembahan apalagi berskala besar seperti Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura, beliau akan sentiasa ‘melakukan kerja sekolah’ demi menhadirkan persembahan terbaik. Perasaan berdebar akan selalu hadir namun ia ‘dibunuh’ dengan keterujaan yang besar buat Jamal Abdillah menyambut kehadiran peminat yang selama ini menjadi tulang belakang perjalanan kariernya sejak berabad lama. 

Berbekalkan lagu-lagu nostalgia yang cukup pekat di ingatan dan ‘sing along’ seperti Penghujung Rindu, Gadis Melayu, Kekasih Awal Dan Akhir, Sepi Seorang Perindu serta Di Sudut Kamar Hatiku, Jamal Abdillah tidak memerlukan lebih banyak bukti untuk dijadikan daya penarik ke konsert tersebut. 

“Memang Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura akan menjadi siri persembahan skala besar dari saya sekali lagi sebagai penghibur namun peminat akan melihat dan menikmati rendisi lagu bersifat nostalgia yang disampaikan dalam suasana baharu, 

“Harapan saya peminat yang tahu mengenai penganjuran Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura di Zepp Kuala Lumpur, 15 Februari 2025 datang beramai-ramai ke konsert ini. 

Untuk mengetahui keunikan dan kelainan yang bakal ditonjolkan pada Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura, peminat boleh membeli tiket pada kategori berbeza bermula harga RM 360 (CAT 04), RM 380 (CAT 03), RM 340 (CAT 2), RM 395 (CAT 1), RM7,500 (VIP BOX8 orang) 

“Kenapa kena hadir? Kerana ia akan menjadi sebuah kenangan terbaik yang akan diberi lalu dinikmati bersama-sama pada awal tahun 2025 nanti,” ujar Jamal Abdillah. 

Dan untuk peminat dan pengikut setia Dato’ Jamal Abdillah, hadirlah ke Zepp malam itu nanti dengan berpakaian era 80'an kerana itu tema pakaian yang ditetapkan untuk malam itu. Semoga kita semua hadir bukan hanya dengan memori zaman 80an tetapi juga jiwa segar di tahun-tahun itu!

Pembelian boleh dibuat melalui atas talian menerusi TICKET2U.COM. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.live-injection.com atau email hello@live-injection.com 


Read More

16 October 2024

guardian Sambut Ulang Tahun Ke-57, Kembangkan Usaha Untuk Memupuk Kecantikan dan Kesejahteraan Rakyat Malaysia

Kempen Sebulan Sempena Pink October, Pelancaran Jenama Eksklusif Baharu dan Promosi Menarik Diskaun 57%

guardian Malaysia meraikan ulang tahun ke-57 operasinya dengan pelbagai aktiviti yang memantapkan komitmennya terhadap kecantikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk:

· Kempen Pink October dijayakan secara kolaborasi bersama Kundal dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) untuk meningkatkan kesedaran, memperluaskan akses, di samping menggalakkan penglibatan masyarakat dalam perjuangan menentang kanser payudara.

· Pelancaran jenama kecantikan dan kesejahteraan eksklusif baharu di stor-stor guardian Malaysia di seluruh negara dan dalam talian, yang bakal disusuli dengan acara kemuncak rasmi akhir bulan ini di guardian The Exchange TRX bagi meraikan tawaran baharu yang menarik ini.

· Promosi eksklusif diskaun 57%  untuk pembelian item kedua untuk lebih 3,000 produk, ditawarkan di stor fizikal dan dalam talian sepanjang bulan ini.

Melalui inisiatif ini, guardian Malaysia menyasarkan untuk mengingatkan dan menggalakkan orang ramai untuk mengutamakan kesejahteraan dan kecantikan diri mereka.

Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia, menegaskan, “Kecantikan luaran dan kesejahteraan dalaman menuntut penjagaan secara harian. Ini termasuk pengetahuan tentang apa yang baik untuk anda dan kemampuan untuk mengakses ‘pilihan produk kecantikan dan kesejahteraan yang tepat’.” 

Pink October: guardian Malaysia Pertingkat Perjuangan Menentang Kanser Payudara

Kanser payudara kekal sebagai kanser #1 yang menjejaskan kaum wanita di Malaysia, dengan 1 dalam 19 wanita yang didiagnosis. Disebabkan faktor kurangnya kesedaran dan kadar pengesanan awal yang rendah - terutamanya di kalangan isi rumah berpendapatan rendah - hampir separuh daripada kes hanya disahkan pada peringkat akhir (Peringkat 3 dan 4).

Ini mengakibatkan kadar survival 5 tahun yang rendah iaitu 66.8%, di mana ia lebih rendah berbanding negara-negara Asia lain seperti Singapura (79%), Korea Selatan (92.6%), dan Jepun (96.2%).

Pengesanan awal adalah penting dalam memerangi kanser payudara. Dengan kerjasama bersama Kundal dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), guardian Malaysia akan memperkenalkan kit pemeriksaan payudara Pink Glove eksklusif. 





Kit ini mengandungi sarung tangan gosok dengan langkah-langkah pemeriksaan sendiri, dua botol mandian badan, dan satu skrub badan, dijual pada harga RM23.88. 

Untuk setiap kit Pink Glove yang terjual, sebahagian daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada NCSM bagi menyokong usaha-usaha pendidikan, kesedaran, dan program pengesanan awal kanser payudara. 

Selain itu, 10,000 kit Pink Glove akan diedarkan oleh NCSM kepada wanita yang kurang berkemampuan di seluruh Malaysia.

Dr. Murallitharan Munisamy, Pengarah Urusan NCSM, berkata, “Kami berterima kasih kepada guardian Malaysia di atas usaha untuk  menambahbaik akses kepada pemeriksaan sendiri kanser payudara. Kit Pink Glove, yang digabungkan dengan kempen kesedaran, sumbangan, dan agihan kepada wanita kurang berkemampuan, menawarkan pendekatan yang holistik dalam menangani kanser payudara merentasi semua demografi.”

Sepanjang bulan Pink October, guardian akan menjalankan kempen digital bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pengesanan awal, termasuk video oleh Dr. Tan Gie Hooi, Pakar Bedah Payudara & Onkoplastik, mengenai kepentingan pengesanan awal.

Selain itu, NCSM akan menganjurkan sesi informatif mengenai kesedaran kanser payudara di guardian The Exchange TRX dari 21 hingga 27 Oktober 2024, diikuti dengan kempen pendidikan dan saringan yang menyasarkan komuniti kurang berkemampuan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang.

Istimewa Oktober: Pelancaran Jenama Eksklusif Baharu di guardian Malaysia

“guardian Malaysia terus memilih susun jenama kecantikan dan kesejahteraan terbaik untuk pelanggan kami. Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-57, kami akan melancarkan lebih daripada 20 jenama baharu dan eksklusif bulan ini,” tambah Anna.

Jenama-jenama baharu ini akan tersedia di stor fizikal dan dalam talian mulai minggu pertama bulan Oktober 2024. 

Parti Ulang Tahun Oktober: Diskaun 57% - Untuk Bulan Ini Sahaja!

Bagi meraikan ulang tahun ke-57, guardian menawarkan diskaun 57% untuk item kedua untuk lebih 3,000 produk terpilih sepanjang bulan Oktober 2024.



Maklumat mengenai produk yang ditawarkan boleh didapati secara dalam talian di e-katalog guardian baharu atau melalui aplikasi dan eStore guardian di www.guardian.com.my.

Sebagai reaksi terhadap permintaan yang semakin meningkat untuk pembelian dalam talian, guardian Malaysia juga dengan bangganya mengumumkan pelancaran e-katalog baharunya - cara yang lebih mudah dan menarik untuk pelanggan meneroka pelbagai rangkaian produk kesihatan dan kecantikan kami.

E-Katalog interaktif ini direka untuk meningkatkan pengalaman melayari, menjadikannya lancar dan mesra mudah alih. Dengan penampilan yang segar dan moden, e-katalog ini menampilkan elemen interaktif di samping menghubungkan pengguna secara langsung ke platform e-dagang Guardian untuk pembelian yang mudah dan tanpa masalah.

“Ini merupakan bulan yang mengujakan buat pelanggan kami! Kami mengajak semua orang untuk meraikan ulang tahun kami dengan menikmati produk hebat pada nilai yang tiada tandingan, di samping menyokong kempen kesedaran kanser payudara kami bersama NCSM. Kami berharap kejayaan dalam memupuk kecantikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia ini kekal untuk 57 tahun lagi,” jelas Anna mengakhiri.

Facebook: @guardianmy

Instagram: @guardianmy

YouTube: @guardian MY

Telegram:  @guardianMY


#guardianMy

#guardianMalaysia

#MYWellbeingMatters

#guardianturns57

#guardiananniversary

#pinkoctober

#thepinkglovekits

Read More

15 October 2024

LG’S BRAND REINVENTION: A GLOBAL SUCCESS STORY

Transformation into a Smart Life Solution Company Fuels Remarkable Growth and Recognition

LG Electronics (LG) has made significant strides in the global market with its innovative brand strategies, earning its place as a top global brand.

On October 10, LG was ranked 97th with a brand value of approximately USD 6.5 billion in the Best Global Brands 2024 report by global brand consulting firm Interbrand.

Interbrand’s evaluation of the Best Global Brands assesses brand value through a comprehensive analysis of a company’s financial performance, role of brand and brand strength. Factors such as direction, engagement and relevance are considered. As a pioneer in the industry, Interbrand’s ISO-certified evaluation criteria are widely regarded as the most reliable methodology in branding and marketing.

LG’s brand value has surged, reflecting significant improvements in both business and brand competitiveness compared to the previous year. LG’s brand value increased by a substantial 38.7 percent year-over-year, receiving high scores in the categories of role of brand and brand strength.

Interbrand attributes this positive assessment to LG’s clear vision as a Smart Life Solution Company and its sustained growth through the exploration of new opportunities. The company has also adapted its brand strategies to ensure consistent customer engagement across diverse regions and generations, utilizing communication methods that resonate with audiences both online and offline.

In July of last year, LG unveiled its vision to evolve into a “Smart Life Solution Company,” enhancing customer experiences across various environments, including homes, commercial spaces, mobility and virtual realms. Since embarking on its transformation, LG’s brand value has skyrocketed. From approximately USD 3.1 billion in 2022, it has more than doubled to about USD 6.5 billion in 2024.

Interbrand has also praised LG’s “Brand Reinvent” initiative, which aims to establish LG as a youthful and dynamic brand that resonates with customers across generations and regions.

To achieve this, LG has unified its brand message under the brand promise of “Life’s Good,” ensuring it is embraced by all organizations globally and integrated into every customer touch point of brand experience. This includes redefining its brand identity and visual expression. “Life’s Good” encapsulates the brand’s mission to help everyone savor life’s precious moments through its products, services and communications. In the digital realm, the brand symbol “Face of the Future” engages customers with a friendly smile and wink, fostering a sense of connection through various digital expressions.

In addition, LG is launching brand campaigns and pop-up events that invite future customers, particularly Generation Z, to engage both online and offline.

The global campaign “Optimism your feed” aims to spread positivity through online algorithms, encouraging a better life with an optimistic outlook. This initiative garnered significant attention, amassing over 1.8 billion views within two months of its launch on platforms like YouTube and TikTok.

Moreover, LG is going to keep enhancing its engagement with Generation Z by creating offline customer experience spaces that reflect young customers’ interests, such as lifestyle, games and music.

LG has previously been recognized as one of the top 100 global brands for three consecutive years from 2005 to 2007.

“We are transforming from a leading home appliance and consumer electronics company into a Smart Life Solution Company. As part of this transformation, we’ve initiated our brand reinvention based on our long-standing promise, ‘Life’s Good,’” said William Cho, CEO of LG Electronics. “At this historical moment of business transformation, we are proud to be recognized as one of the top 100 global brands, a testament to our strong brand presence and growth potential.”


Read More

11 October 2024

Pengalaman Lebih Daripada PC Dengan HUAWEI MatePad Pro 12.2-Inci

Tawaran Eksklusif Bernilai RM2,546, Peranti Serba Boleh untuk Kerja, Hiburan, dan Kreativiti Anda

Selepas pelancaran HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci yang baru-baru ini di Kuala Lumpur, ramai rakyat Malaysia teruja untuk memiliki tablet berkuasa ini yang dapat mempermudahkan kehidupan harian mereka. Sama ada anda menguruskan kerja, tugasan sekolah, atau projek kreatif, peranti canggih ini membantu anda menyelesaikan semua dengan mudah.

HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci bukan sekadar tablet; ia direka untuk memberi pengalaman “Lebih Daripada PC”. Melalui inovasi ini, Huawei bertujuan menjadikan tablet sebagai pengganti yang mampu menggantikan komputer tradisional.

HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci 

Mendefinisikan Semula Multitasking dengan Pengalaman Lebih Daripada PC

Gaya hidup rakyat Malaysia semakin pantas dan penuh dengan multitasking, dan HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci membolehkan peralihan tugas yang lancar. Bayangkan anda sedang mengedit video untuk tugasan sambil membuat penyelidikan – semuanya hanya menggunakan satu peranti. Atau bayangkan menguruskan e-mel kerja semasa berulang-alik, kemudian dengan mudah beralih untuk menyediakan pembentangan untuk mesyuarat seterusnya. HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci membawa pengalaman seakan komputer riba ke mana sahaja, sambil mengekalkan kemudahan dan keselesaan untuk kekal produktif sepanjang hari.

Meningkatkan Produktiviti di Hujung Jari Anda

HUAWEI Glide Keyboard direka untuk menyelesaikan masalah biasa pada tablet seperti ketiadaan storan stylus khusus dan pengecasan. Dengan rekaan inovatif 2-dalam-1 untuk storan stylus & keyboard bagi HUAWEI M-Pencil Generasi ke-3, stylus akan dipasangkan dan dicas secara automatik apabila disimpan, memastikan ia sentiasa sedia digunakan walaupun selepas tempoh lama. Ini menghapuskan kerumitan mengurus aksesori stylus yang berasingan dan mengelakkan kehabisan kuasa apabila diperlukan.

HUAWEI Glide Keyboard juga meningkatkan aliran kerja dengan ciri pelarasannya yang fleksibel, sesuai untuk menaip dan tugas kreatif. Semasa menggunakan tablet untuk melukis, keyboard akan kekal terangkat di atas pad sentuh, memberikan kestabilan tanpa mengganggu gerakan atau lakaran. Diperbuat daripada bahan yang lembut pada kulit, ia direka untuk tahan lasak termasuk terhadap tumpahan teh, kopi, atau minyak masak, menjadikannya sesuai dan selesa untuk kegunaan harian.

Mengubah Tugas Harian Menjadi Kecemerlangan Tanpa Usaha

HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci membawa produktiviti ke tahap baru dengan WPS Office setara PC, menawarkan antaramuka seperti PC dan alat penyuntingan yang hebat. Pengguna boleh beralih dengan mudah dari PC ke tablet tanpa perlu menyesuaikan cara kerja mereka, hasil reka bentuk menu yang intuitif. Ciri-ciri seperti memasukkan video dalam Presentation, Pivot Table dalam Spreadsheet, dan header serta footer khusus dalam Writer mempermudahkan aliran kerja dan menjadikan pengurusan tugas kompleks lebih efisien.

Sama ada anda seorang pelajar yang membuat laporan mendalam atau seorang profesional yang menangani pembentangan, HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci memastikan pengalaman yang lancar dan efisien dengan semua alat yang diperlukan untuk menghasilkan dokumen berkualiti profesional.

Dimana Keunggulan Bertemu Keselesaan dengan Paparan Tandem OLED PaperMatte

HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci dilengkapi dengan paparan Tandem OLED PaperMatte yang menakjubkan, dengan kecerahan sehingga 2,000 nits yang memberikan warna yang terang dan kejelasan untuk penstriman, membaca, dan pembentangan. Teknologi lapisan piksel nano yang canggih memanjangkan jangka hayat paparan tiga kali ganda, manakala lapisan pengasingan piksel mengoptimumkan kecekapan kuasa sebanyak 33%, memastikan visual yang jelas walaupun di bawah sinaran matahari.

Dengan nisbah kontras ultra-tinggi 2,000,000:1, resolusi 2.8K, dan nisbah skrin-ke-badan yang mengagumkan sebanyak 92% dengan bezel 4.6mm yang ultra-nipis, paparan ini memberikan pengalaman yang sangat imersif. Kadar segar semula 144Hz dan kadar pensampelan sentuhan 480Hz memastikan prestasi yang lancar untuk melukis, bermain, atau membaca.

Direka untuk mobiliti, HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci yang ringan dan tahan lasak sesuai untuk sesi kuliah, sesi brainstorming, dan mesyuarat. Tambahan pula, teknologi PaperMatte mengurangkan silau dan meningkatkan keselesaan mata, dengan Sijil Premium Prestasi Keletihan Visual Rendah SGS 2.0. Tersedia dalam warna Premium Gold yang elegan, tablet ini memiliki penutup belakang Golden Silk yang unik, menetapkan standard baru dalam reka bentuk tablet.

GoPaint Malaysia Creating Activity 2024

Aplikasi GoPaint yang dibangunkan oleh Huawei telah mendapat pujian ramai untuk pelbagai jenis berus dan alatnya, menawarkan fleksibiliti kreatif kepada pengguna. Dengan pelancaran HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci, aplikasi ini memperkenalkan Fluid Brush baru yang meniru gabungan semula jadi pigmen seperti dakwat dan cat air, menyesuaikan kesannya dengan tekstur kanvas untuk aktiviti seperti melukis dan kaligrafi.

Untuk meraikan pelancaran ini, Huawei memperkenalkan GoPaint Malaysia Creating Activity 2024, satu pertandingan seni digital peringkat kebangsaan yang akan berlangsung dari 12 Oktober hingga 31 Disember 2024. Peserta boleh mempamerkan kreativiti mereka dalam kategori seperti Seni Sci-fi, Reka Bentuk Fesyen, dan Batik, dengan pemenang akan menerima HUAWEI Watch GT5 terkini. Dilengkapi dengan pelbagai fitur, HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci adalah peranti ideal untuk artis yang ingin mengekspresikan diri melalui seni digital.

Tawaran Eksklusif Pelancaran

Dari 12 Oktober hingga 11 November 2024, pelanggan yang membeli HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci (Premium Gold) pada harga RM4,599 akan menikmati bundle hadiah eksklusif bernilai RM2,546. Tawaran hebat ini merangkumi HUAWEI Glide Keyboard, HUAWEI M-Pencil Generasi ke-3, HUAWEI Sound Joy, dan HUAWEI Bluetooth Mouse. Selain itu, mereka yang membeli secara dalam talian juga akan menerima baucar tunai tambahan sehingga RM300. Untuk membuat pesanan, kunjungi mana-mana HUAWEI Experience Store, Laman Rasmi HUAWEI, Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee, atau Kedai Flagship HUAWEI di Lazada.

Untuk maklumat lanjut, kemas kini terkini atau promosi mengenai HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci, sila layari Laman Rasmi HUAWEI, halaman Facebook rasmi HUAWEI, atau Instagram.


Read More

10 October 2024

Public Bank Berhad Bercadang Untuk Mengambil Alih 44.15% Daripada Kepentingan Ekuiti Dalam LPI Capital Berhad

Public Bank Berhad (“Public Bank”) menandatangani perjanjian jual beli bersyarat (“Perjanjian Jual Beli”) dengan Estet Mendiang Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow (“Estet”) dan Consolidated Teh Holdings Sdn Bhd (“ConTeh”) pada 10 Oktober 2024 untuk mengambil alih saham-saham biasa secara agregat sebanyak 175,896,000 dalam LPI Capital Bhd (“LPI”), mewakili kira-kira 44.15% kepentingan ekuiti dalam LPI, untuk jumlah pertimbangan tunai sebanyak RM1.72 bilion (“Cadangan Pengambilalihan”).

LPI, sebuah syarikat yang disenaraikan pada Pasaran Utama Bursa Malaysia, telah beroperasi selama lebih 60 tahun dan terlibat terutamanya dalam penajajaminan insurans am. LPI kini mempunyai 21 buah cawangan di serata Malaysia, sebuah cawangan di Singapura dan turut beroperasi di Kemboja melalui sebuah syarikat bersekutu.

Semasa bercakap pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani Perjanjian Jual Beli itu, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tay Ah Lek, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank berkata, “Cadangan Pengambilalihan ini merupakan peluang strategik untuk Public Bank mengembangkan lagi segmen insurans amnya dalam pasaran di Malaysia melalui LPI. Ini membolehkan Public Bank untuk turut segera berada dalam pasaran insurans dan memperkukuhkan segmen insurans am di Malaysia sebagai perkhidmatan sampingan yang komprehensif bagi perkhidmatan kewangan dan Takaful Keluarga.

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tay Ah Lek, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank dan Diona Teh Li Shian, anak perempuan bongsu mendiang Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow

Beliau berkata, “Cadangan Pengambilalihan ini juga selari dengan rancangan Kumpulan untuk berkembang bukan hanya secara organik tetapi melalui pengambilalihan yang strategik untuk memperluaskan tawaran produk dan perkhidmatan kami seperti yang dibuat melalui pengambilalihan Public Bank Securities Vietnam Company Limited baru-baru ini, yang membolehkan Kumpulan mengembangkan tawaran perkhidmatan kewangannya di Vietnam menerusi perkhidmatan perdagangan sekuriti.”

Tan Sri Tay berkata, “Pengambilalihan strategik Kumpulan LPI, sebuah syarikat insurans am terkemuka yang telah lama wujud di Malaysia, merupakan peluang jelas dan unik untuk kami memacu wawasan kami ke arah “Model Perbankan Universal” yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan yang komprehensif serta produk dan perkhidmatan berkaitan yang lain di bawah kumpulan yang sama.

Dengan rangkaian sedia ada kami iaitu lebih daripada 260 buah cawangan yang ditempatkan di seluruh negara, Kumpulan LPI boleh memanfaat dan memperluaskan saluran pemasaran serta mengembangkan perniagaan insurans amnya di Malaysia. Selain itu, kami juga boleh memanfaatkan rangkaian jualan dan pemasaran LPI, selain memberi perkhidmatan kami kepada klien dan pelanggan LPI.

Selain menawarkan produk dan perkhidmatan masing-masing, Public Bank dan LPI juga boleh meneroka peluang untuk membangunkan produk dan perkhidmatan bersepadu baharu, khusus untuk memenuhi keperluan kewangan dan insurans pelanggan kami.”

Memandangkan ini merupakan urus niaga pihak yang berkaitan, Cadangan Pengambilalihan ini tertakluk pada kelulusan para pemegang saham tidak berkepentingan Public Bank pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (“EGM”) yang akan diadakan kelak. Sekiranya Cadangan Pengambilalihan ini diluluskan di mesyuarat tersebut, Public Bank diwajibkan untuk memberi tawaran pengambilalihan mandatori (“MGO”) (“Cadangan Tawaran”) bagi kepentingan ekuiti selebihnya dalam LPI yang belum lagi dimiliki oleh Public Bank.

Public Bank telah menerima kelulusan daripada Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia bagi Cadangan Pengambilalihan ini dan pelaksanaan korporat ini dijangka selesai pada suku pertama tahun 2025.

Sekiranya tiada halangan, Cadangan Pengambilalihan ini dijangka akan menjadi nilai tambah dan akan menyumbang secara positif kepada perolehan Kumpulan Public Bank pada masa hadapan.

Pada sidang akhbar yang sama, Diona Teh Li Shian, anak perempuan bongsu mendiang Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow juga mengumumkan bahawa Estet and ConTeh berhasrat untuk membuat tawaran terhad bagi penjualan (“ROFS”) satu bahagian daripada Saham Public Bank, secara progresif dalam tempoh 5 tahun seiring dengan Akta Kewangan dan Perkhidmatan.

Diona Teh berkata, “Bapa saya sering memberitahu saya bahawa kejayaan Public Bank bukanlah kejayaan beliau secara individu – kejayaan itu dibina atas kepercayaan dan kesetiaan pemegang-pemegang saham serta komitmen berterusan kakitangannya, atau apa yang beliau panggil sebagai “keluarga korporat” beliau.”

“Sebagai menghormati legasi beliau dan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kami yang tinggi, kami akan melaksanakan eksesais untuk mengagihkan sebahagian daripada saham Public Bank, pada harga diskaun, kepada semua kakitangan, pengarah dan pemegang saham Kumpulan Public Bank yang layak. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan Public Bank kekal dalam genggaman mereka yang sentiasa memastikan pertumbuhan dan kejayaannya, sejak dahulu lagi, sehingga membolehkan kami untuk terus membina legasi kami bersama.”

Beliau menambah kata, “Walaupun kami akan memperkemaskan kepentingan kami, saya mengambil peluang ini untuk menegaskan sekali lagi komitmen kami yang teguh dan tidak berbelah bahagi untuk kekal sebagai pemegang saham utama Public Bank. Ini bukan hanya peranan atau hak milik kami – ia merupakan penghormatan dan tanggungjawab yang akan kami pupuk dengan penuh kasih sayang. Kami akan terus menumpukan untuk meneruskan legasi bapa saya dan akan terus menerajui institusi terhormat ini.”

“Kami amat berterima kasih kepada Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan atas kepercayaan mereka terhadap kami melalui kelulusan yang diberi kepada kami untuk terus menerajui Public Bank. Dengan sokongan mereka, kami akan berusaha sedaya upaya untuk menerajui Public Bank dengan bersemangat, berintegriti dan berwawasan yang telah meletakkan Public Bank pada kedudukannya sejauh ini.”


Read More

ECO-SHOP Buka Outlet Ke-300 Di NU Sentral, Kuala Lumpur

Eco-shop, peruncit barangan rumah mampu milik terkemuka Malaysia, telah mencapai kejayaan dengan pembukaan kedainya yang ke-300 di NU Sentral, Kuala Lumpur, bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-21.

Penambahan terbaru ini juga merupakan sebahagian daripada pengembangan konsep Eco-Plus oleh Eco-shop, iaitu format kedai yang direka untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih baik sambil mengekalkan komitmen terhadap menyediakan barangan mampu milik.

ECO-SHOP Buka Outlet Ke-300 Di NU Sentral, Kuala Lumpur

Outlet NU Sentral ini merupakan Eco-Plus Concept Store ketiga, selepas pembukaan yang mendapat sambutan di lokasi lain. Konsep ini dibangunkan untuk menawarkan pembeli di kawasan bandar pelbagai barangan rumah, peralatan dapur, produk penjagaan diri, dan snek pada harga tetap eksklusif RM 2.40, RM 6.00, dan RM 10.00 yang hanya terdapat di NU Sentral. Dengan penekanan kepada kemudahan dan kemampuan, konsep Eco-Plus mencerminkan komitmen Eco-Shop untuk memenuhi keperluan pengguna yang bergerak pantas pada masa kini.

“Pembukaan outlet ke-300 kami ini membawa maksud yang amat bermakna kepada kami. Ia membuktikan kepercayaan dan sokongan rakyat Malaysia yang telah menerima Eco-shop sebagai sumber keperluan mampu milik mereka dalam ekonomi yang mencabar ini,” kata Jessica Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Eco-shop Malaysia.

“Dengan peningkatan kos sara hidup yang menjejaskan kuasa pembelian keluarga dan individu, kami kekal komited untuk meringankan beban mereka dengan menawarkan produk penting pada harga mampu milik demi kesenangan semua lapisan masyarakat. Selain itu, melalui aplikasi Eco-shop yang kini mempunyai lebih 1.5 juta ahli, kami memberi ganjaran kepada pelanggan dengan faedah yang dapat meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah mereka.”

Perkembangan pesat Eco-shop di seluruh Malaysia mencerminkan pemahamannya tentang keperluan masyarakat tempatan. Cawangan terbaru mereka di NU Sentral dilengkapi kaunter pembayaran sendiri yang sesuai untuk penduduk bandar yang mengutamakan proses pembelian yang lebih pantas dan cekap. Dengan lebih 10,000 produk yang tersedia, pembeli boleh mendapatkan segala yang diperlukan dengan mudah, daripada makanan dan kelengkapan cucian, kepada alat tulis dan penjagaan haiwan peliharaan.




“Eco-Plus Concept Store menyediakan keperluan yang diutamakan oleh rakyat Malaysia - barangan mampu milik dan kemudahan untuk mendapatkan keperluan harian. Sambil kami meneruskan perkembangan jenama dan memudahkan kehidupan orang ramai, kami komited untuk mengembangkan lagi produk kami kepada lebih banyak komuniti di seluruh negara,” kata Jessica.

Untuk maklumat lanjut tentang kemas kini terkini Eco-shop, sila layari (https://www.eco-shop.com.my/) atau ikuti kami di Facebook (EcoShopMarketing), Instagram (ecoshop_my), Tiktok (@ecoshopmalaysia) dan XHS (eco-shop MY).


Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com