Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

31 March 2023

Video Guardian Raya Untuk Semua Meriahkan Hari Raya 2023

GUARDIAN PERKENAL TAWARAN ISTIMEWA HARI RAYA MENERUSI TAYANGAN VIDEO HARI RAYA

Guardian Malaysia mengadakan tayangan perdana ‘Guardian Raya Untuk Semua’, video Raya Guardian untuk Hari Raya 2023, bersempena dengan pelancaran tawaran Hari Raya yang menakjubkan!   

Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata; “Video Raya 2023 kami, bertajuk ‘Guardian Raya Untuk Semua’, dihasilkan dengan tujuan untuk mengeratkan silaturahim dan memperkukuhkan nilai-nilai kekeluargaan, terutamanya di masa-masa berharga seperti Hari Raya.  

Sham Visa, Amy Mastura serta Finalis Face of Healthy Beauty Guardian Dr Amanda Elli, Puteri Shazwani Megat Ahmad Shahriman, Yasmin Khalid dan Afeefa Ooi merupakan teraju utama video Guardian "Raya Untuk Semua"

“Kami turut menggunakan kesempatan ini untuk menyerlahkan peranan Guardian dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia dengan membantu mereka berhari raya secara sihat dan bergaya, menerusi tawaran pelbagai produk kesihatan dan kecantikan hebat pada nilai yang lebih baik tahun ini!” jelas beliau di majlis tayangan video raya dan berbuka puasa bersama media.   

Video Raya tersebut, yang menampilkan lagu berirama joget yang rancak oleh Guardian, dibangunkan dengan tema - ‘Keluarga yang ceria bersama, kekal bersama’ (A family that plays together, stays together).

Di sebalik perbezaan mereka, berlainan personaliti dan perangai, apabila seisi keluarga bersatu, mereka teguh ibarat sebuah rumah yang kukuh, saling membantu antara satu sama lain agar hubungan lebih harmoni dan gembira.

Teo berkata: “Di Guardian, kami meraikan kelainan dan kepelbagaian. Guardian adalah untuk semua. Tidak kira siapa anda, apa keperluan anda, usia atau jantina anda, Guardian adalah jenama yang memenuhi segala keperluan kesihatan dan kecantikan anda, menyatukan keluarga dan kami akan sentiasa bersama anda.”

Apa yang menjadikan video Raya kali ini berbeza daripada yang sebelumnya adalah, untuk video Raya tahun ini, Guardian menampilkan empat pelanggan setia Guardian. Empat wanita ini merupakan antara finalis Peraduan Face of Healthy Beauty Guardian yang diadakan pada 2019. 

Teo berkata, keempat-empat wanita ini; Dr Amanda Elli, Puteri Shazwani Megat Ahmad Shahriman, Yasmin Khalid dan Afeefa Ooi, adalah pelanggan setia Guardian dan merupakan testimoni hidup Healthy Beauty - konsep kehidupan yang diperjuangkan oleh Guardian dalam semua acaranya.

“Kami sangat berbangga dengan mereka sehingga kami memberikan gelaran ‘Ikon Healthy Beauty’ kepada keempat-empat wanita ini,” jelas Teo.

Untuk membantu pelanggan kekal sihat dan cantik menjelang Hari Raya, Teo turut mengumumkan tawaran ‘Raya Untuk Semua’ Guardian yang menampilkan promosi penjimatan sehingga 50% yang akan bermula di semua stor fizikal dan dalam talian mulai 30 Mac 2023.

Antara tawaran istimewa Hari Raya termasuk:

Hadiah Percuma Eksklusif

Percuma Bekas Simpanan Barang Kecantikan dengan pembelian RM160 dan ke atas


Percuma Set Hadiah Pinggan Seramik 3 Biji dengan pembelian RM120 dan ke atas


Percuma Bekas Kaca Meadows dengan Penutup Buluh dengan pembelian RM120 dan ke atas


Belian dengan Belian Air Fryer Mini Eksklusif 1.5L pada RM89 dan jimat 50% (tertakluk terma dan syarat)

Percuma Kupon Penjagaan Kulit RM10 dengan pembelian RM80 dan ke atas

Percuma Baucar Jenama Penjagaan Kulit bernilai RM118

Diskaun 70% untuk barangan kedua untuk produk penjagaan diri terpilih jenama Guardian

Di bulan Ramadan yang mulia ini, bulan dimana kita digalakkan untuk berusaha melakukan amalan baik dan kebajikan, pelanggan Guardian juga boleh membantu  kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia dengan membeli mana-mana produk mandian jenama Guardian. Untuk setiap liter yang dijual, Guardian akan mendermakan RM0.15 ke tabung yang telah diwujudkan untuk membeli produk penjagaan mandian untuk mereka.

“Jadi, rebutlah tawaran menakjubkan yang telah kami sediakan untuk anda sempena Hari Raya ini. Pastikan anda kelihatan segak, anggun dan sihat apabila pulang menziarahi sanak saudara di kampung di Hari Raya nanti,” kata Teo mengakhiri.

Video Hari Raya ‘Raya Untuk Semua’ Guardian boleh ditonton dengan mengakses pautan ini: https://youtu.be/PSbunZ8FYr0 dan tawaran ‘Raya Untuk Semua’ Guardian boleh dilihat di www.guardian.com.my dan di aplikasi mudah alih Guardian.

@guardianMY

#guardianraya2023

Read More

30 March 2023

Iftar @ De' Kenduri | Boleh Tapau Lauk Sahur

Masuk tahun ketiga Iftar @ De' Kenduri, Kuala Lumpur beroperasi untuk majlid berbuka puasa. Qiss berpeluang iftar di De' Kenduri, Jalan Yap Kwan Seng baru-baru ini. Tahun ni tahun kedua Qiss dapat makan lauk kenduri yang pelbagai pilihan dan menampilkan pelbagai menu  menarik untuk setiap jenis kenduri di Malaysia. 

Iftar @ De' Kenduri 2023

Encik Lutfi, pemilik De' Kenduri menyatakan bahawa lokasi De' Kenduri ini unik kerana sekeliling tempat ini dalam proses pembinaan bangunan dan terletak di tengah-tengah bangunan tinggi serta baharu namun dia masih memilih tapak bekas kuaters kerajaan lama ini sebagai tempat mengadakan kenduri. Kedudukan dewan ini juga bersebelahan kawasan tempat letak kereta yang memudahkan pelanggan yang datang membawa kereta memarkir kereta mereka. Bayaran RM 7.00 dikenakan untuk sekali masuk.

Antara menu yang terdapat di De' Kenduri untuk iftar kali ini ialah:-

Menu ala Kenduri Kahwin

▪️Nasi Briyani/Nasi Minyak/Nasi Tomato/ Nasi Hjn Panas

▪️Ayam Msk Merah/Madu/Kurma/Kicap Mamak

▪️Daging Kari/Kurma/Rendang Hitam/Rendang Minang

▪️Acar Jelatah/Acar Buah/Pajeri Nenas

Menu ala Kenduri Tahlil

▪️Nasi Putih

▪️Keli Berlada/Keli Sambal Hijau/Keli Msk Lemak + Pucuk Maman/Keli Lemak Belimbing Buluh

▪️Sambal Udang Petai/Masak Lemak Udang Galah/Masak Lemak Perut+Udang

▪️Ikan Masak Cuka/Asam Pedas Ikan/Ikan Kari

▪️Masak Lemak Pucuk Manis/Masak Lemak Pucuk Paku/Masak Tempoyak Pucuk Ubi

▪️Ikan Kering/Ikan Pekasam

▪️Aneka Ulaman

▪️Aneka Sambal


Kenduri Kesyukuran

▪️Ayam Cashew Nut/Ayam Paprik/Chicken Salted egg/ Ayam Kam Heong/Masak lemak Ayam + Pegaga

▪️Daging Black Pepper/Fish Fillet Sweet Sour/Butter Milk Prawn/Masak Lemak Telur Itik

▪️Mix Vege/Tauhu Jepun Sos Telur

▪️Kerabu Pucuk Paku + Kerang/ Kerabu Taugeh + Perut/ Kerabu Kacang Botol

Kenduri Buat Rumah Baru (Style Kampung)

▪️Bubur Kacang/Pengat Pisang/Bubur Chacha/Bubur Keledek/Bubur Pulut Hitam

▪️Pulut Kuning dan Rendang Ayam


Kenduri Naik Pangkat

▪️Char Kuew Teow (Live)

▪️Mee Rebus/Mee Kari/Laksa/ Soto/ Laksa Johor

▪️Cucur2 dan Gorengan

Roti Jala +  Kuah Durian


Kenduri Hari Jadi

▪️Dessert/Kuih2 Melayu

▪️Pastries n cakes

▪️Cendol

▪️Kordial

▪️Teh tarik


Kenduri Rumah Terbuka

▪️Kambing Bakar

▪️Sate Ayam

▪️Lontong Nasi Impit


Menurut Encik Lutfi Yusoff, sebelum bulan Ramadan, De Kenduri banyak menerima tempahan majlis kenduri seperti perkahwinan, tahlil, hari jadi dan pelbagai lagi. Dengan kepakaran memasak untuk majlis- majlis tersebut maka tema untuk iftar di De Kenduri berdasarkan menu makanan yang ada untuk setiap kenduri.

Ruang dewan yang selesa dan bersih menjadikan suasana iftar lebih nyaman dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Sepanjang majlis bagi peminat muzik atau lagu tradisional, sebagai halwa telinga pengunjung dihiburkan oleh pemuzik ghazal yang dibawa khas dari Johor Darul Ta’zim.

Fasiliti seperti ruang solat, tempat ambil wudhuk dan tandas juga disediakan bagi memudahkan pengunjung.

Untuk kanak-kanak disediakan bunga api bagi memeriahkan suasana. Kanak-kanak akan dipantau oleh penjaga sepanjang bermain bunga api.

Bunga api disediakan di De' Kenduri untuk kanak-kanak 

HARGA

Harga untuk iftar De' Kenduri ini sangat berpatutan dan berbaloi dengan makanan yang sedap-sedap.

🔸️DEWASA RM70.00

🔸️KANAK2 RM40.00

Dalam pukul 8.40 malam, pengunjung boleh membungkus lauk bawa pulang untuk bersahur pagi esoknya. Inilah satu-satunya buffet Ramadan yang membenarkan pengunjung bungkus lauk bawa pulang ke rumah.

Tahun ni pelamin jadi tarikan OOTD di De Kenduri

OPERASI

Isnin : Tutup Setiap Isnin

Tarikh Operasi: 25 Mac - 19 April 2023

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, boleh hubungi:

Whatsapp ke:-

http://www.wasap.my/60133862524

http://www.wasap.my/60133862524

 *IFTAR @ DEKENDURI*

Alamat: Lot 103(7), Persiaran Lidcol,

Off Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur 

IG: dekendurikualalumpur

Read More

28 March 2023

Hannah Delisha Dilantik Sebagai Duta "Elegant Age Defiance Serum" Produk Keluaran Elegant Cosmetics

Elegant Cosmetics yang merupakan antara jenama yang menjadi sebutan dan pilihan ramai rakyat Malaysia saban hari kini telah melantik Hannah Delisha secara rasmi sebagai Duta Elegant Cosmetics diwakili oleh pengasas Dato' Al Amin serta pengasas bersama Tuan Fitri Khai yang juga merupakan penaja utama Drama Hangat karya novel Siti Rosmizah yang dilakonkan juga oleh Hannah Delisha sebagai watak utama drama tersebut di Hotel Tenera, Bangi, Selangor. 

Hannah Delisha dilantik sebagai Duta jenama Elegant Cosmetics

Pemilihan Hannah Delisha sebagai Duta jenama Elegant Cosmetics juga adalah seiring dengan kualiti visi dan misi jenama tersebut yang sangat teliti dari setiap aspek. 

Visi - Jenama Elegant Cosmetics lebih meluas di pasaran Asia dengan kualiti produk dan potensi jenama setaraf antarabangsa. 

Misi - Melahirkan lebih ramai wanita mahupun lelaki yang mempunyai kulit cantik semulajadi tanpa beralas mekap dengan keyakinan diri yang lebih tinggi.

Berikutan juga seperti yang kita sedia maklum Hannah Delisha juga merupakan antara selebriti yang sangat mengambil berat tentang setiap aspek bahan-bahan serta kualiti persembahan produk yang perlu dinilai oleh dirinya sendiri sebelum bersetuju untuk menjadi Duta selaras juga dengan setiap penghasilan produk-produk Elegant Cosmetics yang kesemuanya mempunyai dokumen lengkap berhubung keselamatan produk untuk penggunanya. Elegant Cosmetics juga kini telah berada di pasaran 4 buah negara iaitu Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia.

Elegant Cosmetics yang juga telah melancarkan inovasi serum oilet produk terbaharu mereka iaitu "Elegant Age Defiance Oilet Serum" atau lebih dikenali sebagai EADOS Serum. 

EADOS Serum yang diformulasikan khas untuk menganjalkan kulit, memudarkan kesan parut serta mengecutkan jerawat dari hasil gabungan formulasi utama yang berkesan iaitu bahan " Adenosine" dan "Hibiscus Sabdariffa Fruit Extract" atau Ekstrak Bunga Roselle untuk hasilkan lebih banyak kolagen yang sihat dalam kulit kita. Inovasi terbaharu "Oilet Bubble" atau "Oil-Infused Water" dengan 3 warna yang berbeza iaitu "Pink- Ekstrak Bunga Roselle, Biru- Adenosine dan Kuning-Vitamin C" yang terdapat dalam EADOS Serum ini yang memberi penyerapan yang lebih mendalam untuk memberikan impak yang maksima kepada kulit. 

Jarang kita dengan tapi inilah Elegant Cosmetics yang menjadi pemula dalam inovasi baharu ini dalam industri pembuatan serum di Asia demi melahirkan ramai yang boleh mendapatkan kulit awet muda walau semakin berusia.

Sehubungan dengan itu, menjadi satu kejayaan baharu lagi buat pihak Elegant Cosmetics yang sejurus menyambut ulang tahun kelahiran jenama Elegant Cosmetics yang ke-3 tahun di pasaran semalam disambut baik yang dirasmikan oleh Pengasas Dato' Al Amin dan Pengasas bersama Tuan Fitri Khai semalam.

Berikut juga yang menunjukkan jenama ini diterima baik oleh penggunanya diseluruh Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia sepanjang 3 tahun dipasaran yang bertahan sehingga kini malah lebih maju kedepan apabila pada tahun 2023 ini menjadi permulaan yang baik bagi mereka. Pada tahun 2023 ini Elegant Cosmetics juga menjadi penaja utama rancangan Final Konsert Famili Duo 2023 dan turut bersiaran khas di stesen siaran radio nombor satu Malaysia iaitu Radio Era.

Pihak Elegant Cosmetics berharap agar jenama ini terus mendapan sokongan dan sambutan baik oleh semua rakyat Malaysia terutamanya selain dapat lebih meluas di seluruh Asia. Besar harapan pihak Elegant Cosmetics untuk menjadi antara salah satu jenama yang mempunyai identiti besar yang mendapat kepercayaan untuk berada setaraf jenama-jenama besar diperingkat antarabangsa yang terkenal dengan produk yang mempunyai kualiti terbaik untuk penggunanya dalam industri kecantikan.

Semua rangkaian produk Elegant Cosmetics boleh didapati di Instagram @elegantcosmetics.hq , Tiktok @elegantcosmeticshq atau boleh juga dapatkan dengan  agen-agen terdekat diseluruh Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia.

Read More

27 March 2023

Produk Probiotik GKB Bantu Kesihatan Perut Dan Usus

Selepas bersalin 3 bulan lepas, Qiss rasa selalu sangat perut meragam dan sembelit. Kalau makan banyak je mesti susah nak membuang. Lepas tu Qiss mula cari produk yang sesuai sampailah jumpa produk keluaran GKB ini.

Qiss mula amalkan produk GKB, yang mana produk ini memfokuskan kepada faedah probiotik seperti membantu menghadam makanan yang tidak dapat diurai secara cekap, meningkatkan metabolisma badan dengan mengekstrak lebih banyak tenaga daripada nutrien makanan, menghasilkan Vitamin B, menyingkirkan toksin, dan membantu mengekalkan kesihatan usus.

Antara produk GKB yang jadi pilihan

GKB (GK BIO International Sdn. Bhd.) mula ditubuhkan pada tahun 2018 yang merupakan sebuah syarikat hasil usaha sama antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan. GKB ingin mempromosikan kepentingan kesihatan dengan menyediakan produk kesihatan yang berkualiti tinggi untuk membantu mengawal fungsi tubuh badan, namun pada harga yang mampu milik.

Di GKB mereka menawarkan kebaikan kultur probiotik dan cendawan, penemuan ini telah dikembangkan oleh 145 orang penyelidik. GKB menggunakan lebih daripada 40 jenis cendawan dan probiotik dalam produknya dan memastikan produk tersebut 100% semulajadi, bebas sisa, bebas bahan kimia dan tiada kesan sampingan.

Bakteria baik ini dapat meningkatkan fungsi fisiologi dan membantu mengekalkan fungsi saluran pencernaan.

Setiap produk GKB diperakui dengan sijil PIC/S GMP, 1S022000, HACCP, NSF GMP, TQF, HALAL, sijil kawalan kualiti tahap 2 TFDA, pensijilan standard pembuatan cemerlang GMP Malaysia, FSSC 22000 dan ISO/IEC TAF 17025, bagi memastikan jaminan keselamatan, kualiti dan standard piawaian pembuatan produk mereka sentiasa pada tahap yang tertinggi. 

Selain Qiss, suami Qiss turut mengamalkan produk GKB ini. Alhamdulillah perut dia kurang meragam di pagi hari.

Antara salah satu produk yang suami Qiss makan ialah GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 (Untuk pengurusan berat badan)

Sejak kebelakangan ini, suami Qiss mengadu kurang bertenaga dan berat makin naik. Dia risau kalau berat makin naik akan beri kesan pada lutut dia. Jadi dia turut kongsi dengan Qiss produk GKB Lactobacillus Plantarum GKM3.

Selepas 3 minggu berat suami Qiss turun 3kg. Sekarang tengah puasa, suami Qiss akan makan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 selepas makan sahur dan harapnya berat dia makin turun ya. 

GKB Lactobacillus Plantarum GKM3

Produk GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 merupakan satu-satunya bakteria yang boleh menyerap minyak. GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 mengandungi Lactobacillus plantarum iaitu ketegangan probiotik yang kuat untuk menyerap lemak dalam badan, asid urik dan lipid darah (kolesterol, trigliserida).

Qiss sendiri amalkan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 kerana ia sangat membantu dalam pengurangan penyerapan kalori, membantu mengurangkan berat badan, meningkatkan metabolisma badan, membantu sistem penghadaman, menjadikan badan lebih langsing, serta meningkatkan kelembapan kulit dan mengurangkan kesan kerosakan kulit yang disebabkan oleh cahaya matahari.

GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus (Untuk kesihatan kulit)

Produk kegemaran Qiss iaitu Lactobacillus Rhamnosus Plus sangat disarankan untuk wanita sebab boleh membantu mencegah masalah jangkitan kuman seperti UTI (Urinary Tract Infection), sejenis jangkitan pada bahagian saluran kencing, meningkatkan imuniti badan dan melegakan penyakit berkaitan ketidakseimbangan mikrob. 

Lactobacillus Rhamnosus Plus

Mungkin sebab badan Qiss cepat beri tindak balas dengan produk ni, Qiss rasa kulit Qiss lebih berseri walaupun baru lepas bangun tidur. Untuk masalah UTI pula, Qiss dah tak perlu risau sebab makin berkurang rasa nak terkencing dan tak tahan kencing tu.

GKB Probizymes (Mengurangkan Gastritis, Masalah Penghadaman, Pencernaan)

Sepanjang bulan puasa ni, GKB Probizymes bantu Qiss untuk mengurangkan gastritis, masalah penghadaman dan pencernaan. Qiss memang ada gastrik tapi tak teruk. Cuma bulan puasa ni perut jadi tak sedap sebab berpuasa. Mujurlah ada GKB Probizymes ni.

GKB Probizymes

Dengan amalkan Probizymes, Qiss dah kurang masalah kembung perut, sakit perut akibat gastrik dan mengurangkan simptom refluks asid gastrik dengan berkesan. Probizymes diformulasikan daripada probiotik, prebiotik, enzim karbohidrat, enzim protein dan enzim lemak.

GKB Probio+ (Untuk kesihatan usus setiap hari)

GKB Probio+ Qiss guna sebab selalu ada masalah sembelit dan cirit-birit. Dalam produk ni terkandung 5 jenis bakteria probiotik serta 4 jenis prebiotik, yang boleh membantu pencernaan dan mengurangkan sembelit dan cirit-birit. Kombinasi probiotik dan prebiotik memberikan lebih perlindungan kepada saluran usus, membantu pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan, mengekalkan keseimbangan mikroflora usus dan meningkatkan imuniti.

GKB Probio+

Kelebihan utama probiotik GKB ialah teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul mereka. Kalau korang nak tahu, GKB ialah satu-satunya syarikat makanan tambahan kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya (macam angkasawan punya spacesuit), untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi.

Selain itu, probiotik mereka yang dalam sachet berbentuk granul (mudah larut) juga dapat membantu mengurangkan risiko tersedak dan tercekik, sesuai untuk dimakan terus atau dicampurkan dengan minuman kegemaran seperti jus buah-buahan.

GKB G-Pro Gold (Untuk Mengurangkan Sembelit)

GKB G-Pro Gold memang sesuai untuk orang yang ada masalah sembelit dan tak makan sayur macam Qiss, mengandungi 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik, setiap kapsul vegetarian mengandungi 80 bilion jumlah bakteria probiotik hidup. Mereka yang selalu ada masalah saluran gastrousus, contohnya macam sembelit atau cirit-birit yang teruk (sampai dehidrasi), boleh amalkan G-Pro Gold.

GKB G-Pro Gold

Qiss memang ada masalah sembelit, jadi apabila amalkan G-Pro Gold ia mampu meningkatkan pH dan rembesan usus, menjadikan usus lebih kuat dan mengurangkan masalah keradangan usus. Masalah tak suka makan sayur ni memang sebabkan Qiss sembelit. Jadi Qiss pilih amalkan produk GKB sebagai makanan tambahan untuk tubuh badan tanpa beri kesan sampingan.



@qisstiera Masalah sembelit lepas bersalin ni memang jadi igauan ngeri. Nak duduk lama-lama dalam tandas, baby menangis nak mama dia. Qis amalkan pengambilan GKB Probiotics yg terdiri daripada : 1. GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 - mengawal minyak dan mengurangkan kalori dalam tubuh 2. GKB Lactobacillus Rhamnosus Powder - memperbaiki kulit 3. GKB Probizymes - kurangkan gastrik 4. GKB G-Pro Gold - bantu mengurangkan sembelit. 5.GKB Probio+ - memudahkan pencernaan, mengurangkan sembelit dan cirit-birit. Produk GKB boleh didapati di semua cawangan Farmasi besar di Malaysia, termasuk Alpro Pharmacy. Untuk maklumat lanjut dan pembelian secara online, boleh layari website www.mygkb.com. Platform Media Sosial GKB: Facebook: GKB International Instagram: @mygkb TikTok: www.tiktok.com/@gkbmsia RED 1D:1318211221 (GKB 集康宝) YouTube: www.youtube.com/@malaysiagkb5950 #gkbinternational #gkbsoftlaunch2023 #gkbprobiotics #gkbspacesuit ♬ original sound - qisstiera

Bagi ibu menyusu perlu mendapatkan konsultasi daripada doktor sebelum mengambil mana-mana produk. 

Produk-produk GKB boleh didapati di semua cawangan farmasi besar di Malaysia, iaitu;

Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy         

Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak        

Pulau Pinang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy        

Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy        

Pantai Timur: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan         

Selatan: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy        

Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy        

Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy

Senarai lengkap farmasi: https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188

Layari laman sesawang www.mygkb.com untuk maklumat berkenaan produk-produk keluaran GKB yang berada dipasaran.

Facebook: www.facebook.com/mygkb

Instagram: www.instagram.com/mygkb

TikTok: www.tiktok.com/@gkbmsia

YouTube: https://youtube.com/@mygkb01

Read More

26 March 2023

Butik Chenta Lunar Tawar Kelainan Buat Pembeli

Hai semua, dah beli baju raya ke? Dah jadi mak-mak ni, semua baju raya bayi perempuan yang comel mesti Qiss rasa nak beli. Raya kan sebulan! Untungnya kat Butik Chenta Lunar ni ada servis upah jahit baju dan ada khidmat menambah manik atau lace pada baju yang dijual. Jadi nanti tak adalah baju Qiss dengan Iris sama dengan orang lain kan. Itu istimewa Butik Chenta Lunar ni.

Butik Chenta Lunar di Seksyen 7, Shah Alam

Tahun ni Qiss nak pakai baju raya lain daripada orang. Tapi nak sedondon dengan anak dan suami. Biasanya kalau beli tempat lain mesti jumpa orang pakai baju yang sama. Tapi kat Butik Chenta Lunar ni Qiss boleh request tambah lace ataupun manik untuk bagi kelainan sikit kat baju raya nanti. Haa barulah tak sama dengan orang lain kan.

BUTIK CHENTA LUNAR menawarkan konsep “Celestial In Style” buat semua. Celestial membawa maksud cakerawala atau heavenly, ia adalah metafora untuk konsep yang diketengahkan iaitu stail yang sentiasa “up to date” dan tidak lapuk dek zaman.

Comel kan baju kurung budak perempuan ni

Nama “Lunar” itu sendiri mempunyai keperibadian Ekpresif, Mudah Berbicara, Bersosialisasi, Kreatif dan Menikmati Hidup. Ini membuatkan Butik Chenta Lunar cepat dikenali orang orang ramai. 

Tahun ini, Butik Chenta Lunar membawakan variasi busana untuk hari raya seperti baju kurung, baju kurung moden, jubah, baju kurung kanak-kanak dan banyak lagi. Bagi anda yang ingin mencari baju korporat seperti dress, office attire, casual, cardigan, jump suit semuanya tersedia di Butik Chenta Lunar. Selain itu, baju kurta eksklusif turut dijual.

Antara baju yang dijual termasuk blouse dan cardigan

Selain baju kurung, blouse, shawl dan skirt pun ada di sini. Boleh padankan dengan gaya seharian anda. Harga bermula RM45 dan ke atas.

Bersempena hari raya yang bakal tiba, bagi yang membeli-belah melebihi RM150 ke atas akan dapat free gift istimewa dari Butik Chenta Lunar. 

Pembelian RM150 ke atas akan dapat free gift ini

Selain itu, tempahan baju seperti baju nikah, baju majlis persandingan, baju bridesmaid, baju graduasi atau baju korporat juga boleh ditempah di sini. Butik Chenta Lunar mempunyai tenaga bagi melakar rekaan dan juga menjahit pakaian.





Sepanjang bulan Ramadan ni ada promosi baju raya RM100. Berbaloi kalau nak beli. Baju raya Mother Daughter Type iaitu koleksi sedondon ibu dan anak turut dilancarkan dengan harga RM150 ke bawah. Baju kurta untuk lelaki pun ada dijual di sini.

Pssst...kuih raya pun ada jual kat sini. Mudah nak shopping nanti sebab semua ada di satu tempat dalam Butik Chenta Lunar. 

Kuih raya turut dijual di Butik Chenta Lunar


Apa tunggu lagi. Jom bawa keluarga dan kawan-kawan beli baju raya kat Butik Chenta Lunar.

📍Butik Chenta Lunar  

65, Jalan Plumbum P/7P, Seksyen 7, Shah Alam

Terletak bersebelahan dengan PKNS Biz Point, beroperasi dari jam 11.00 pagi sehingga 10.30 malam (Isnin tutup). Buat yang ingin lebih informasi atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi 019-7542705.

Facebook: www.facebook.com/ChentaLunar

Instagram: www.instagram.com/chentalunar

Tiktok: www.tiktok.com/chentalunar


#bcl #chentalunar #ChentaRaya2023 #bajuraya2023 #bajukurung

Read More

22 March 2023

Lagi Trend Lagi Beraya! JOM Ke Festival Jualan Trend Raya 2023

Trend Raya 2023 Tampilkan Kelengkapan Raya terkini, Persembahan & Hadiah Menarik — Raya pasti 'Trendy'!


Melihat kepada situasi negara yang semakin pulih dari pandemik, tentunya selain daripada beraya sakan, Aidilfitri pada tahun ini pastinya mahu diraikan dengan penuh trendy. Dan sudah pasti, untuk tampil bergaya lagi 'trendy' pada hari raya nanti, pembeli perlu mendapatkan barangan kelengkapan di lokasi yang tepat. 


Trend Raya 2023 bakal berlangsung di Mid Valley Exhibition Centre

Dengan itu, Trend Raya 2023 anjuran Todak Fusion Sdn. Bhd., yang turut mendapat sokongan sepenuhnya daripada badan kebajikan Afiz Ayub Foundation, Sugar Bomb HQ, Pusat Pungutan Zakat (MAIWP), AEON (M) CO Bhd, Todak Bigo Agency dan Kentang Hijau Production sebagai rakan strategik ingin menjemput seluruh rakyat Malaysia secara amnya ke acara yang bakal dilangsungkan ini. 

Menyifatkan Trend Raya 2023 sebagai sebuah hub membeli-belah, Trend Raya bertujuan menyatukan para peniaga dari pelbagai produk di dalam satu acara yang seakan 'indoor-bazaar' yang berkonsepkan 'trendy'. 

“Trend Raya 2023 merupakan satu acara yang menyediakan pelbagai produk berciri 'trendy' dengan mengumpulkan para peniaga di Malaysia di bawah satu bumbung. Pelbagai jenama terkenal, terbaru dan viral akan turut bersama dalam acara ini. 

“Trend Raya juga menyediakan beberapa acara selingan menarik seperti cabutan bertuah, persembahan artis secara langsung, pemberian hadiah menarik, promosi istimewa dari para peniaga, juga dengan penampilan beberapa ikon selebriti tempatan dan para Influencer yang digemari ramai bagi menarik minat para pengunjung untuk bersama-sama memeriahkan lagi Trend Raya 2023. Selain daripada itu, Trend Raya juga bakal mengadakan kelainan dengan mengadakan sebuah pertandingan E-Sukan sepanjang 3 hari berlangsungnya acara ini,” ujar En Mohd Ikmal Fareeq selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Todak Fusion Sdn Bhd. 

Trend Raya 2023 akan berlangsung pada 7, 8 dan 9 April bertempat di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur. Dengan kemasukan secara percuma, bazar ini akan berlangsung selama tiga hari bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. 

Selain menjadi hub beli-belah paling trendy raya ini, Trend Raya 2023 juga mempunyai misi dan matlamat yang ingin dicapai melalui beberapa program yang diadakan bagi membantu golongan yang memerlukan. 

Melalui “Trend Raya 2023 ini juga, sebuah program usahasama amal diadakan dengan kerjasama di antara Todak Fusion Sdn. Bhd. bersama badan kebajikan Afiz Ayub Foundation dalam membantu para peniaga kecil dan sederhana melalui program Infaq Ramadan. Pihak Afiz Ayub Foundation bersetuju menaja separuh dari harga tapak kepada peniaga yang berdaftar di bawah Afiz Ayub Foundation dan sebagai syarat, peniaga yang ditaja haruslah menyalurkan sebahagian hasil jualan mereka kepada golongan yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan khususnya kepada golongan asnaf. Disamping itu juga, sebuah program amal bersama Yayasan PUTRA juga akan diadakan bersempena Trend Raya 2023 di mana pihak yayasan akan mengadakan Program Infaq Rehal Ramadan disamping pihak Pusat Pungutan Zakat (PPZ) juga akan menyediakan kaunter kutipan zakat Fitrah bagi pengunjung Trend Raya 2023. 

Di samping itu, menurut En Mohd Ikmal Fareeq, “Terima kasih juga diucapkan kepada pihak AEON (M) CO kerana sudi bersama sama kami di dalam memeriahkan lagi acara ini. Pengunjung berpeluang menebus Voucher Tunai dengan jumlah ditawarkan bernilai sehingga RM 15,000.00 di booth AEON bagi setiap pembelian RM 100 dan keatas di mana-mana booth jualan di Trend Raya 2023." 

Menariknya, pengunjung yang hadir juga akan dapat merebut peluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai lebih dari RM 10,000.00 sepanjang acara tersebut berlangsung melalui cabutan bertuah, pelbagai pertandingan dan aktiviti yang disediakan. Selain daripada itu, pihak penganjur juga menyediakan hadiah misteri yang menarik buat 100 pengunjung terawal pada tiga hari acara berlangsung. 

Antara barisan jenama yang akan berada di Trend Raya adalah Wawa Cosmetics, Elrah Exclusive, Bulan Bintang, Simply Siti, Mutyara Beauty, Mell by Melinda Looi, Behati, SugarBomb Worldwide, dan banyak lagi. Selain daripada itu, Trend Raya juga akan membawa barisan artis tanah air bagi memeriahkan lagi acara ini. 

Jadi jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan Trend Raya 2023 yang bakal berlangsung pada 7, 8 dan 9 April bertempat di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur. 

Jumpa anda di sana dengan penuh trendy! 

INFORMASI 

ACARA: TREND RAYA 2023 

TARIKH: 7, 8 & 9 APRIL 2023 

LOKASI: MID VALLEY EXHIBITION CENTRE (Hall 3) WAKTU: 10 PAGI - 10 MALAM 

KEMASUKAN: PERCUMA 

PENGANJUR: TODAK FUSION SDN BHD dengan sokongan BADAN KEBAJIKAN AFIZ AYUB FOUNDATION, SUGAR BOMB HQ, PUSAT PUNGUTAN ZAKAT (MAIWP), AEON (M) CO BERHAD, TODAK BIGO AGENCY & KENTANG HIJAU PRODUCTION 

Layari:

https://instagram.com/mytrendfest  https://www.facebook.com/mytrendfest/ 

Email : 

mytrendfest@gmail.com



Read More

Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo Beraksi Di Konsert Jiwa Kacau

Bila aku sudah tiada

Simpan semua laguku 

Jangan ditangisi selalu

Hujan yang popular dengan lagu Bila aku sudah tiada, Bunkface dengan lagu Revolusi, Kugiran Masdo dan Imsoniacks bakal beraksi atas satu pentas dan akan membuat jiwa peminat lebih kacau bilau.

Empat kugiran itu, Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo akan bersatu “memecahkan panggung', mendidihkan adrenalin sekali gus membuat jiwa-jiwa kalian kacau pada sebuah konsert yang dibawakan khas oleh MND Sport & Event Sdn Bhd. 

Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo Beraksi Di Konsert Jiwa Kacau 2023

Masakan tidak kacau, baru mendengar empat nama kugiran ini akan bergabung di atas sebuah panggung pun sudah teruja, bagaimana pula kelak menyaksikan mereka menyampaikan rendisi lagu-lagu yang bukan asing menjadi halwa telinga. 

Maka MND Sport & Event Sdn Bhd buat julung kalinya menganjurkan Konsert Jiwa Kacau yang dijadualkan berlangsung pada 17 Jun 2023 di Stadium Malawati, Shah Alam Selangor. 

Menurut Harith Daniel dari MND Sport & Event Sdn Bhd, idea penganjuran Konsert Jiwa Kacau terhasil untuk menaikkan lagi imej Industri muzik negara dengan terus mengangkat pemuzik generasi muda yang punya bakat dan kualiti baik yang tidak boleh diabaikan. 

“Penganjuran Konsert Jiwa Kacau dengan memilih kugiran Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo sebagai line-up adalah lambang apresiasi kami terhadap femonena yang dicetuskan kugiran ini dalam genre masing-masing, 

“Ia juga penting untuk kami menyampaikan kepada generasi baharu atau Gen Z untuk jangan pernah berhenti memberi sokongan kepada pemuzik lokal kerana kualiti yang ada pada mereka. 

“Marilah kita menjiwai seni muzik yang dihasilkan oleh keempat-empat kugiran ini menerusi Konsert Jiwa Kacau yang akan dilaksanakan pada 17 Jun ini di Stadium Malawati, Shah Alam,” ujar Harith Daniel selaku Ketua Pegawai Eksekutif MND Sport & Event.

Harith Daniel selaku Ketua Pegawai Eksekutif MND Sport & Event mengulas lebih lanjut mengenai Konsert Jiwa Kacau

Menyifatkan Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo sebagai kugiran yang tidak pernah dan akan ditelan zaman lewat karya-karya yang dihasilkan, Harith juga percaya Konsert Jiwa Kacau akan membuat peminat mereka 'gila'. 

“Tidak boleh dinafikan, Hujan dan Bunkface adalah dua kugiran anak-anak indie yang memecah tembok komersial dengan kualiti mereka sehingga menjadi legenda dalam scene Indie di Malaysia. 

“Insomniacks dan Masdo pula merupakan salah satu kugiran pop dan rock yang meraih pengaruh paling pantas dalam kalangan generasi muda lewat keunikan genre yang dimainkan. 

“Jadi apabila keempat-empat kugiran yang penuh dengan hit dan jalan cerita tersendiri ini bergabung, pihak kami percaya peminat akan 'naik gila. Dan harapan kami agar konsert ini memberi impak yang besar selain mencipta gelombang baru untuk industri muzik Malaysia,” katanya lagi.

Sementara itu Bunkface menyifatkan Konsert Jiwa Kacau sebagai sebuah lamaran 'gila' yang datang tepat waktu dan tidak patut dilepaskan. 

Pemilik hit-hit seperti Malam Ini Kita Punya, Situasi, Dunia Baru dan Masih Di Sini itu sangat teruja untuk melihat projek empat kugiran tersebut menjadi realisasi pada 17 Jun nanti. 

“Beritahu kami siapa yang sanggup lepaskan peluang “berperang' dan berpesta dengan Hujan, Insomniacks dan Masdo? Mereka semua 'gila'! 

“Dan Konsert Jiwa Kacau sebenarnya menjadi sebuah penghormatan buat kami bagaimana karya pemuzik lokal seperti kami diiktiraf dan terus disokong untuk memartabatkan industri muzik kita,” ujar Youk selaku wakil Bunkface. 

Bagi Insomniacks yang membuat peminat 'kacau' lewat lagu mereka seperti Kepala Batu, Langgar dan Pulang, berkongsi panggung dengan tiga legenda muzik tempatan adalah mimpi yang menjadi realiti. 

Insomniacks

“Sebagai pemuzik paling junior dalam kelompok konsert ini, Insomniacks berasa sangat kecil tetapi berbesar hati kerana dipilih melengkapkan formasi panggung bersama Hujan, Bunkface dan Masdo yang terlebih dahulu merintis jalan untuk pemuzik seperti kami hidup dalam industri,” kata Insomniacks. 

Tiket Konsert Jiwa Kacau bermula dengan CAT 3 (RM 75), CAT 2 & General (RM 165), CAT 1 (RM 235), VIP (RM 255) dan Meet & Greet Pass (RM 488) mula dijual pada 24 Mac 2023 melalui www.myticket.asia

Untuk itu buat semua peminat, ini adalah sebuah pesta yang tidak wajib dilepaskan kerana kalian akan menyesal seumur hidup! Bila lagi mahu melihat Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo satu pentas. Hanya ada pada Konsert Jiwa Kacau. Jumpa anda semua di sana! 

INFORMASI 

Konsert Jiwa Kacau 

Lokasi: Stadium Malawati, Shah Alam 

Tarikh: 17 Jun 2023 

Harga Tiket: 

1. General Admission - RM165 

2. VIP seating - RM255 

3. CAT 1-235 

4. CAT 2 - 165 

5. CAT 3-75 

6. Meet & Greet Pass - RM488 

Platform pembelian: www.myticket.asia 

Tiket mula dijual:

Jumaat, 24 Mac 2023, 2.30petang

Read More

21 March 2023

5 Places To Buy Yummy Buka Puasa Meals On ShopeeFood This Ramadan

Ordering meals for buka puasa is even better with discounts and free delivery.

With Ramadan just around the corner, ShopeeFood users can get their favourite buka puasa meals delivered right to their doorstep for better convenience during the fasting month. With discounts and free delivery, ShopeeFood users can spend more time enjoying a yummy meal to start and end of the day while spending less time in the kitchen or being stuck in traffic during rush hour. 

Kongsi Keriangan with your family and friends this Ramadan, and order from ShopeeFood today. ShopeeFood offers a variety of merchants to choose from and if you don’t know where to start, checkout these 5 popular restaurants on ShopeeFood to order your meals from:

1. Tiga Budak Gemok: This restaurant serves generous portions of Malaysian comfort food that are perfect for sharing with friends and family. Popular dishes include Nasi Ayam Kicap Biasa + Telur + Tempe and Siput Masak Lemak Cilipadi.

2. Pasta Panas: This popular pasta joint offers a unique and exciting dining experience with their spicy twist on classic pasta dishes. Try out their bestselling pasta dishes like Spicy Chili Mac and Salted Egg Pasta.

3. 4Fingers: This restaurant serves mouthwatering Korean-style fried chicken that is crispy, juicy, and addictive.Offering singular combos and family sets, 4Fingers is perfect whether you’re dining alone or with your loved ones.

4. Tealive: Tealive is a popular chain of bubble tea shops in Malaysia, known for their diverse range of delicious drinks made with fresh ingredients.

5. Sushi King: For sushi lovers, Sushi king provides a wide selection of fresh and delicious sushi, sashimi, and other Japanese dishes at affordable prices, making it a go-to spot for sushi lovers.

Don’t forget to checkout these special discount days as well and make the most of your fasting month food orders:

ShopeeFood Day : Link

From 20 Mar - 22 Mar, kickstart the holy month of Ramadan right and enjoy great discounts and free delivery for buka puasa meals.

● Up To RM30 OFF (no minimum spend)

● Super Deals up to RM21 OFF

● Free Delivery

ShopeeFood PayDay Sale : Link

From 25 Mar - 28 Mar, treat yourself and your loved ones to yummy meals without breaking the bank.

● Up To RM30 OFF (no minimum spend)

● Super Deals up to RM21 OFF

● Free Delivery

Read More

20 March 2023

Selera Nusantara Tema Buffet Ramadan 2023 Di Dewan Bankuet MBSA

Jom orang Shah Alam meriahkan buffet Ramadan 2023-‘SELERA NUSANTARA’ yang  ditampilkan oleh Dewan Bankuet MBSA. 

Pelbagai hidangan menarik pasti menambat selera anda dan keluarga.

Buffet Ramadan Selera Nusantara dibawakan oleh Dewan Bankuet MBSA Tahun 2023

Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam, merupakan satu lokasi yang popular dengan pelbagai acara dan keramaian. Buffet Ramadan ini bermula pada 25 Mac sehingga 20 April 2023, dari 6.30 petang sehingga 9.30 malam.

Buffet Ramadan ini diketuai oleh Chef Bob dan Chef Shahril yang berpengalaman lebih 15 tahun di dalam dan luar negara telah bergabung menghasilkan kompilasi hidangan Nusantara yang mempunyai lebih 100 sajian. 

Para tetamu Buffet Ramadan 2023 di Dewan Bankuet MBSA ini akan dihidangkan dengan pelbagai makanan buffet dengan lebih daripada 6 gerai dan pilihan makanan tempatan yang cukup enak.

Antara sajian yang dihidangkan adalah termasuk:

1. Kambing Golek dengan sos lada hitam dan sos daun mint

2. Ayam dara golek dengan sos istimewa

3. Dim sum

4. Kuew Teow Penang Style

5. Mee goreng mamak



Manakala untuk lauk pauk tradisonal Melayu ialah seperti ayam masak lemak cili api bersama pucuk ubi, daging salai rebung sri menanti, daging masak kerutub, ketam masak kam heong, ayam goreng berlado cik ani, sotong sambal petai, daging rendang minang, kari kambing mamak style, ayam masak merah kacang peas, ayam goreng berdaun kari dan udang mamak style.

Bagi sajian pemanis mulut, pihak Dewan Bankuet MBSA menyediakan beraneka kuih muih tradisional melayu, sago gula melaka, tapai pulut daun getah, beraneka puding, cream caramel, rojak buah, dan buah-buahan.


Tidak dilupakan pembuka selera seperti jeruk Pak Ali, telur masin, ikan pekasam, kerabu tauge pucuk paku, kerabu jantung pisang, kerabu mangga, kerabu ikan bilis, pasembur utara, pasta salad, pecal, keropok ikan, papadom dan banyak lagi. Buat pengemar sambal belacan, cencalok dan budu turut dihidangkan.

Harga Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA

Promosi pembukaan pada harga RM88 Nett sah sehingga 23 Mac 2023 boleh dibeli dengan menghubungi 011-54040385 atau scan code yang ada di poster yang disediakan.





Harga RM98 Nett untuk dewasa dan RM58 Nett untuk warga emas dan kanak-kanak bermula 24 Mac 2023 amat berbaloi untuk semua lapisan masyarakat.

Pelbagai kemudahan disediakan buat semua pengunjung yang datang berbuka puasa di Dewan Bankuet MBSA termasuk parking kereta percuma, surau, mesra OKU dan juga berhawa dingin.

Antara yang menarik di sini, Dewan Bankuet MBSA akan membawakan showcase yang cukup istimewa daripada artis-artis jemputan, ada live band, OOTD Corner dan juga ‘kids corner’ untuk anak-anak bermain turut disediakan.

Kids Corner sesuai untuk anak-anak bermain

OOTD Corner mengimbau kenangan berpuasa dikampung

Buat pelanggan korporat yang ingin mengadakan majlis di Dewan Bankuet MBSA, perkhidmatan layanan VVIP dan hidangan secara Dome juga disediakan. Begitu juga dengan tajaan berbuka puasa untuk anak-anak yatim bagi pelanggan individu atau korporat yang ingin membuat tajaan turut ditawarkan.

Sementara itu bagi yang mahu menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri, Nusantara Catering & Event menawarkan perkhidmatan mereka dengan harga yang sangat berpatutan. Telah berpengalaman dalam pelbagai penganjuran majlis dan kenduri memberikan mereka satu sisi lain dalam setiap majlis yang dianjurkan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan yang cukup enak di Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA yang dibawakan oleh Nusantara Catering & Event ini. Semua tempahan boleh di buat dengan menghubungi 011-54040385 atau Emel: nusantaracatering.event@gmail.com

Tiktok: www.tiktok.com/nusantaracatering.event

FB: www.facebook.com/Nusantaracatering.event

IG: www.instagram.com/nusantaracatering.event

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com