Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

30 August 2020

vivo Malaysia Meriahkan Sambutan Hari Merdeka Dengan Filem 'KITA' 100% Dirakam Menggunakan Telefon Pintar vivo X50 Pro 5G

Assalamualaikum dan hai, 

Tak lama lagi nak sambut hari kebangsaan ataupun kita panggil hari merdeka kan? Jom imbau kenangan anda masa sambut hari kebangsaan masa sekolah dulu? Qiss teringat kenangan zaman sekolah dulu. Qiss kawan je semua orang. Seronok ada ramai kawan pelbagai kaum ni. Bila bersekolah di sekolah kebangsaan dapatlah kita faham masyarakat majmuk dan budaya bangsa lain kan.


Bertemakan perpaduan Malaysia filem pendek berjudul KITA ini 100% babaknya dirakam menggunakan telefon pintar vivo X50 Pro 5G. Ya betul! Keseluruhan filem ini hanya dirakam menggunakan telefon pintar sahaja. Bagi memeriahkan dan meraikan kepelbagaian bangsa, agama dan budaya filem "KITA" ini membawa tema persahabatan antara kaum yang terdapat di Malaysia.

Pengarah Ho Yuhang yang pernah memenangi beberapa anugerah menyahut cabaran mengarah filem menggunakan telefon pintar vivo X50 Pro 5G. Walaupun mencabar tetapi hasilnya tetap memuaskan seperti filem yang dirakam menggunakan gajet yang lebih besar.

Filem ini dirakam menggunakan telefon pintar walaubagaimanapun kualiti filem ini tidak terjejas malah menggunakan sebaik mungkin teknologi Gimbal (kurangkan gegaran) serta fungsi Night Mode yang terdapat pada vivo X50 Pro 5G.

Telefon pintar vivo X50 Pro 5G sebelum ini telah dilancarkan pada bulan Julai 2020 yang lalu. Dengan penstablian canggih, mod malam, ciri zoom, dan teknologi potret, siri X50 PRO membolehkan pengguna menangkap gambar dan video secara stabil dan berkualiti tinggi dalam pelbagai senario dan menghasilkan karya yang luar biasa.

Baca juga: 

vivo Melancarkan Siri X50 di Malaysia, Membawa Pengalaman Fotografi Mudah Alih Profesional kepada Pengguna

CEO vivo Malaysia, Encik Mike Xu berkata "Malaysia merupakan negara yang unik dengan pelbagai bangsa, agama dan budaya namun tetap hidup dalam aman damai dan harmoni, vivo Malaysia berbangga dapat sama-sama meriahkan hari kebangsaan dengan terhasilnya filem 'KITA' ini".

Lagu tema filem ini dinyanyikan oleh Shila Amzah di dalam 2 bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Mandarin. Qiss nak anda hayati lirik lagu tema filem ini juga.

Jom saksikan filem KITA yang berdurasi 9 minit ini di Youtube vivo Malaysia dan Iflix bermula 27 Ogos 2020. Pasti anda akan mengimbau kenangan semasa bersekolah dulu.

#vivoKita2020 #vivoX50Series #vivoX50Pro #photographyredefined

Read More

Bagi Kereta Mewah Dekat Staff, Mutyara Tunjuk Riak?

Assalamualaikum dan hai, 

Anda pernah dengar dan amalkan minuman Mutyara? Kalau ye, mesti anda tahu pengasasnya kan. Setelah lebih dua tahun mengukuhkan jenama  Mutyara yang diusahakan bersama isteri, Tya Arifin, ahli perniagaan terkenal Asyraf Khalid, 28, memanjat kesyukuran kerana segala galanya bagai tersusun cantik.

Di sebalik bergelut memulakan perniagaan dari bawah selain berdepan pelbagai skeptikal dan cabaran, anak kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) ini bangkit dengan cara sendiri.

Tidak hanya cuba berdiri atas kaki sendiri membesarkan keluarga kecilnya, menerusi perniagaan diusahakan Asyraf dan isterinya juga mampu tersenyum bangga kerana dapat mengajak orang lain berkongsi kejayaan dinikmati.

Lalu kisah inspirasi dan bingkisan semangat yang tular bagaimana pasangan ini berjaya mengubah nasib masyarakat dan staff tersayang menambah serta menjana pendapatan sampingan di saat dunia diuji dengan pelbagai impak kesan pandemik Covid 19 terus membuka mata ramai.

Malah baru baru ini dua staf mereka Nur Alia Shuhada Shafie, 25, dan Muhammad Amir Rizwan Kamaruzaman, 26, dihadiahkan kereta jenama Volkswagen menjadi bukti bahawa kejayaan itu terus dikongsi.

Ada netizen anggap hadiah itu seperti menunjuk sikap riak. Biasalah mulut netizen.

“Antara doa saya dan isteri setiap kali ialah dikurniakan staf yang dedikasi dan komited. Alhamdulillah doa itu didengari dan Tuhan hantar kami insan berhati mulia dan waja untuk kami sama sama meneruskan empayar ini. Melihat dedikasi staf sebegini khususnya ia menjadi pembakar semangat dan sumber kekuatan. Kami tidak sendirian mengukuhkan perniagaan ini, sebaliknya kini 20 staf baru direkrut sejak Disember tahun lalu.

Alhamdulillah dulu kami hanya ada dua hingga tiga orang staff saja. Kini ia bercambah seiring dengan peredaran masa. Berkat berkongsi ilmu dan belajar daripada pakar pemasaran serta  mentor usahawan, Dr Azizan Osman selain pengalaman, tuah dan rezeki menyebelahi kami,” kata bapa kepada dua cahaya mata ini.

Bagi abang kepada Siti Aafiyah Khalid ini, perkongsian pemberian hadiah kereta mewah kepada dua staffnya itu diharap dapat terus memberi semangat kepada orang lain bahawa semua itu tidak mustahil.

“Amir Rizwan antara yang komited. Sebagai Pengarah Kreatif Mutyara, dia antara staf yang ringan tulang. Dialah yang akan jadi antara staf terawal datang ke pejabat dan paling lewat pulang ke rumah. Semoga dedikasinya terus menyuntik semangat staf lain.

Saya dan isteri sendiri juga selalu membiasakan budaya semua tak kira staf sekalipun seperti memiliki perniagaan kami bersama sama. Jadi kami tak rasa bekerja hanya semata mata untuk mendapat gaji setiap bulan,” katanya.

Asyraf dalam pada itu, turut berkongsi paparan skrin perbualannya bersama ibu Amir, Asmah Mohd Hassan di Instagram juga turut meruntun perasaannya.

“Sebagai anak dan kini bergelar bapa, kejayaan Amir Rizwan sendiri memberi cerminan untuk masa depan saya. Saya juga mempunyai anak yang bakal mengharungi pelbagai cabaran pada masa akan datang. Moga anak saya dan isteri akan menjadi generasi terbaik kelak.

Benar redha Allah itu datang dari ibu bapa. Saya beruntung dikurniakan staf seperti Amir. Tahniah juga kepada ibu bapanya yang membesarkan seorang anak yang cukup budiman dan menjadi contoh.

Saya dan isteri beruntung dapat staf seperti ini. Dalam rezeki Allah berikan, ada rezeki untuk mereka yang bekerja siang malam untuk sama sama mencapai impian yang disasarkan,” katanya.

Malah perbualan bersama ibu Amir itu sendiri sebenarnya bagai menyusur awalan kembara perniagaan diusahakan.

“Dulu Amir mula bekerja dengan saya di sebuah rumah di Cyberjaya. Ketika itu hanya ada satu meja besar untuk kami semua berkongsi. Kemudian berpindah ke lot pejabat di kawasan sama. Hinggalah hujung Julai lalu Mutyara memiliki wisma sendiri di Puchong. Kejayaan diraih saya dan isteri bukan kemenangan individu sebaliknya usaha bersama staf dan mereka yang terus mempercayai jenama kami,” katanya.

Bagi Asyraf lagi, biarpun dilihat masih hijau dalam arena diceburi, jejaka kelulusan sarjana Pemasaran, Universiti Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia ini  bagai sudah memahami sepak terajang dalam dunia perniagaan.

“Saya pernah menceburi perniagaan lain sebelum ini. Ada antaranya turut kecundang di tengah jalan. Saya pernah gagal. Kejayaan itu tidak datang bergolek. Tewas itu juga jadi ruang saya bermuhasabah diri. Tiada jaminan dalam hidup ini. Ada ketikanya kita boleh berada di atas. Dan mungkin esok lusa, kita jatuh terduduk di bawah. Itulah putaran kehidupan.

Namun untuk saya memastikan legasi ini kebal dan konsisten sudah cukup baik. Semoga kemanisan ini akan terus berpanjangan,” katanya

Layari www.mutyara.com untuk maklumat lanjut dan hubungi 0182789277 untuk sebarang pertanyaan.

Jom tengok video ni

https://www.instagram.com/tv/CEeTv6tAIpI/?igshid=11bym1wvifeo7

Read More

 ‘We Bare Bears: The Movie’ Bersiaran Serentak di Saluran WarnerMedia, App HBO GO Dan Cartoon Network Watch & Play

Assalamualaikum dan hai, 

Anda sukakan beruang? Qiss suka sangat lebih-lebih lagi bila ada kartun di kaca televisyen. Semuanya sudah bersedia untuk menyambut tayangan filem perdana paling besar Cartoon Network! Dijadualkan pada 11pagi, Sabtu, 12 September, Beruang-beruang kegemaran ramai kembali dalam pengembaraan terhebat dengan filem televisyen pertama mereka, We Bare Bears: The Movie menerusi debut lintas-platform di Cartoon Network (Saluran Astro 615 HD / 635) dan saluran WarnerMedia yang lain seperti Boomerang, HBOWarner TV, dan saluran hiburan Korea Oh!K, yang turut menayangkan MONSTA X tahun lalu, serta perkhidmatan penstriman HBO GO dan Cartoon Network Watch & Play.

 


Hidup menyeronokkan buat trio yang sangat disukai ramai ini namun apabila cinta mereka terhadap trak makanan dan video-video tular tidak terkawal, perkara itu menarik perhatian ancaman Ejen Trout dari Kawalan Hidupan Liar Nasional, yang berjanji untuk mengembalikan "keamanan semula jadi" dengan memisahkan mereka selama-lamanya. Dihalau keluar dari rumah mereka, Grizz memutuskan untuk berpindah ke Kanada! The Bears memulakan kembara jalanan yang penuh dengan kawan-kawan baharu, rintangan berbahaya, dan pesta besar-besaran. Tetapi yang paling penting, perjalanan yang berbahaya itu akan memaksa mereka untuk menghadapi pengalaman pertemuan kali pertama mereka dan bagaimana mereka menjadi saudara, agar ikatan keluarga mereka tidak berpisah.

 

Menjelang pelancaran filem, para peminat juga boleh mendapatkan episod We Bare Bears terbaik dalam tayangan tiga minggu istimewa, 4 petang setiap hari bermula 24 Ogos sehingga 11 September, hanya di Cartoon Network (Saluran Astro 615 HD / 635). Setiap minggu akan mempertontonkan sorotan satu Bear atau beruang, dengan episod khusus untuk menceritakan tentang kisah unik, asal usul, dan kualiti Bears yang tersayang:



Grizz bermula dari 24 hingga 28 Ogos, bersama dengan episod-episod yang mengingatkan momen-momen paling muzikal dan ‘sporty’ serta obsesi dan cinta mereka terhadap makanan! 


Seterusnya, dari 31 Ogos sehingga 4 September pula akan mengenang jalinan Panda terhadap manusia yang ia anggap seperti keluarga, pengalaman dirinya menjadi sensasi internet bersama Nom Nom, dan penghormatan khas untuk anime dan K-pop!    



Akhir sekali, Ice Bear menggulung semuanya dari 7 hingga 11 September dengan meninjau kembali detik-detik paling bergaya dan paling teknologikal mereka, dengan mengimbas kembali pelbagai pertemuan antara Bears dengan Pigeon Cartel.    

Info selanjutnya tentang We Bare Bears: The Movie

Membawa pengembaraan dan persaudaraan kawanan beruang ke tahap yang baharu, Eric Edelstein, Demetri Martin dan Bobby Moynihan kembali sebagai beruang Grizz, Ice dan Panda yang disayangi ramai dalam We Bare Bears: The Movie. Filem ini juga akan menampilkan bintang tamu berulang Cameron Esposito (sebagai Ranger Dana Tabes), Ellie Kemper (Lucy), Jason Lee (Charlie), Patton Oswalt (Nom Nom), Mel Rodriguez (Darrell Zaragosa), dan Charlyne Yi (Chloe Park), dan bintang tamu khas seperti Marc Evan Jackson (The Good Place) sebagai Ejen Trout dan Jimmy O.  Yang (Silicon Valley) sebagai rakun terkenal internet, Joey Raccoon.

 


Cartoon Network akan mengadakan #CNWatchParty secara maya buat pertama kali untuk Asia dengan Pesta bertema, Idea dan Aktiviti We Bare Bears


Tonton pada pukul 11 pagi pada hari Sabtu, 12 September, dengan ulangan pada jam 3 petang dan 7 malam, dan sertai peminat di seluruh Asia dalam pesta menonton We Bare Bears: The Movie yang pertama kali seumpamanya di Cartoon Network. Kongsi reaksi langsung semasa tayangan perdana filem dengan menambahkan tanda pagar #CNWatchParty dan #WeBareBears pada siaran media sosial.

 

Untuk mendapatkan dan memasuki suasana pesta, peminat di Malaysia juga boleh memuat turun kit pesta We Bare Bears: The Movie dan menikmati aktiviti menghiburkan lain seperti video, permainan dan kuiz eksklusif menerusi https://cartoonnetworkasia.com/webarebearsthemovie.

 

Read More

27 August 2020

828 realme Fan Festival 2020 Banyak Aktiviti Menarik Untuk Anda Semua

Assalamualaikum dan hai, 

realme Fan Festival 2020

Dari 28 hingga 30 Ogos ini selama 3 hari sahaja akan berlangsung 828 realme Fan Festival. Ye betul, kalau anda nak keluar dengan rakan-rakan jom ke 828 realme Fan Festival di realme Design Studio yang terletak di Sg. Penchala. Banyak aktiviti menarik kat sini untuk anda bersantai bersama rakan-rakan. psst: banyak port untuk bergambar juga tau.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik dan anda boleh dapatkan goodies bag, voucher tunai, voucher rebat, kupon makanan percuma dan banyak lagi.

Antara aktiviti yang akan diadakan juga ialah:

▪️Wonderful wallet RM1⁣

▪️TikTok Challenge

▪️DIY eggette workshop⁣

▪️Selfie check-in⁣

Siapa suka main tiktok tu boleh cuba challenge ni. Boleh menang handphone baru realme C12 tu. Menarik!

Ada lagi aktiviti menarik yang lain seperti maze string, paint cup, spinning wheel, The Chicken Spy dan mannequin artwork showcase.

The chicken SPY

Persembahan artis

Turut memeriahkan hari anda sepanjang berada di 828 realme Fan Festival ni akan ada barisan artis Malaysia tau.

Antara barisan artis yang turut serta kali ini adalah l am NEETA, Floor88, Tuju ft Loca, Insomniacks, SOG (Sekumpulan Orang Gila), Sufian Suhaimi, Zyn & Yonnyboi, Sophia Liana dan Bunga. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan artis kegemaran anda ni.

Pelancaran realme C12

Pelancaran realme C12 Dengan Tri-Kamera dengan Bateri 6,000mAh hanya RM529 sahaja kalau nak tengok lebih dekat realme C12 ni boleh lah ke booth realme nanti. Banyak pertandingan menarik juga untuk anda.


Time ni lah kalau anda nak beli handphone baru atau powerbank takpun realme earbuds yang best tu. 

Antara jenama popular yang turut sama menjayakan 828 realme Fans Festival adalah seperti Nene Chicken, Nerduit, Eggette Lab, Laneige, Sunway Lagoon, Lazada, Shopee, BaWangaChaji dan Dissy.



PERHATIAN!!

Sebagai langkah pencegahan COVID-19 realme memutuskan untuk mengadakan 828 realme Fan Festival ini sepenuhnya secara siaran langsung menerusi Facebook Live.

Untuk maklumat lanjut boleh ikuti laman media sosial Facebook dan Instagram realme Malaysia.

#DareToBerealme

#DareToBe6000mAh

#DareToBeMYrealme

#ShotOnrealmeC12

#realmeFanFestival

Read More

26 August 2020

Nota Ringkas Dan Contoh Soalan Exam Pegawai Tadbir Diplomatik M41 27 OGOS 2020

Nota Ringkas Dan Contoh Soalan Exam Pegawai Tadbir Diplomatik M41 27 OGOS 2020

Jom dapatkan nota ringkas dan contoh soalan Exam Pegawai Tadbir Diplomatik M41 27 OGOS 2020 

BELI DI SINI》 https://go.semakan.info/ptd-m41/98123

Ianya bukan soalan bocor atau soalan ramalan. Ianya lebih daripada itu. Soalan bocor ke ramalan tu bukan tahap orang yang nak bekerja di sektor awam. Lebih-lebih lagi untuk jawatan PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41 ini. Tinggalkan mereka yang masih ada mentaliti ini. Kita nak masuk zaman pekerjaan. Kalau minda tu masih ada di kepala anda, ertinya anda masih belum cukup layak untuk masuk ke zaman kerjaya kerajaan tahun 2020 ini.

Apa yang anda perlukan adalah nota dan contoh yang betul untuk melakukan persediaan. Kita nak bersaing dengan ribuan calon yang lain. Biar mereka semua tu cari soalan ramalan/bocor 
(ada ke?) Tapi anda fokus kepada persediaan untuk jawat jawatan PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41 ini.

BELI DI SINI》 https://go.semakan.info/ptd-m41/98123


Tim Infokerjaya susun nota dan rujukan yang akan bantu anda tahun ini. Rujukan ini telah berjaya bantu calon-calon sejak tahun 2009 hingga sesi exam PTD PALING LATEST SPA pada 2019 lalu.

BELI DI SINI》 https://go.semakan.info/ptd-m41/98123

Qiss doakan anda semua berjaya dalam exam ni nanti.



Read More

25 August 2020

Menu Terbaru Marrybrown Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals

Rakyat Malaysia memang sukakan sesuatu yang baru tambah-tambah lagi bila ada menu hidangan baru. Qiss pun tak terkecuali lah. 

Lepas hangat diperkatakan oleh geng kaki makan di sosial media, Qiss pun teringin nak cuba menu daripada Marrybrown ni.

Rupanya memang sedap dan tak cukup makan satu set. Pasti nak tambah lagi.

Meh nak suap!! Qiss taknak la makan sorang-sorang kan. So, Qiss nak ajak anda semua makan dan rasai sendiri menu ni.


Kalau anda nak makan menu baru Marrybrown ni jangan lupa bawa kawan-kawan dan keluarga makan sekali sebab memang sedap tau. Qiss suka Drumette dan Burger Combo tu.

Rugi tau kalau anda tak cuba menu Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals baru dari Marrybrown ni sebab sos BBQ dia sedap sampai anda makan tak ingat kat orang sebelah..ehh..

Anda boleh pilih combo mana yang korang nak makan hari ni. Ada tiga pilihan iaitu :


1. Kombo S.O.S BBQ Burger

Bermula dari RM 15.90 anda akan dapat satu hidangan S.O.S BBQ Burger, 6pc Potato Wedges, 6pc Onion Rings dan 1 cawan regular Coca-Cola perisa Asli.

Qiss suka rasa pedas dan manis burger ni memang cukup rasa tau. Roti burger tu pun lain daripada yang lain dengan menggunakan charcoal bun. Cuma roti ni hanya terdapat di Semenanjung Malaysia. Untuk Sabah dan Sarawak akan menggunakan roti burger biasa.

2. S.O.S BBQ Drumette

Bermula dari RM 16.90 akan dapat 4pc S.O.S BBQ Drumette, 6pc Potato Wedges, 6pc Onion Rings dan 1 cawan regular Coca-Cola perisa Asli.

Tak cukup seketul Drumette, anda pasti akan makan untuk kali kedua dan seterusnya. Drumette yang digoreng dan disalutkan dengan S.O.S BBQ ni memang sedap dimakan panas-panas.

3. S.O.S BBQ Box

Dari RM 22.60, anda akan dapat 1 S.O.S BBQ Burger, 2pc S.O.S BBQ Drumette, 1pc MB Crispy Chicken 6pc Potato Wedges dan 1 cawan regular Coca-Cola perisa Asli.

Kalau tak cukup dengan menu kat atas tu, anda boleh order set ni. Siap ada MB Crispy Chicken tau. Memang kegemaran Qiss tu.

Untuk pengetahuan anda Menu Terbaru Marrybrown Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals telah mula dijual dari 21 Ogos hingga 5 Oktober 2020

Kalau nak rasa menu yang lain daripada yang lain kat Marrybrown, anda kenalah cuba Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals ni hari ni. 

Untuk promosi dan menu lain jangan lupa ikuti Marrybrown di sini:

Facebook: MarrybrownMalaysia

Instagram: Marrybrownmy

Youtube: MarrybrownTV

Delivery: http://mbdelivery.com.my

#Marrybrown

#MarrybrownMY

#SomethingDifferent

#MBSOSBBQMeal

#SensasiOhsemSmokey

Read More

17 August 2020

JennOrtho Mid Valley Megamall Tawar Insoles/Tapak Kasut Untuk Penjagaan Kesihatan Kaki

Assalamualaikum dan hai, 

Hari ni Qiss nak cerita pengalaman semasa ke JennOrtho di Midvalley Megamall. JennOrtho terletak di Tingkat 2, North Court di Mid Valley. Jangan lupa ke sini sebab ada diskaun potongan sebanyak 50% tau.

Bukan itu sahaja, kalau anda buat pemeriksaan kaki di sini, anda juga dapat konsultasi secara percuma dari pakar analisa.

Jom tengok Qiss buat pemeriksaan kaki. Keputusan agak memeranjatkan Qiss bila Qiss dapat tahu lengkungan kaki Qiss semakin leper ke lantai dan pada masa jangka panjang, Qiss akan mula rasa sakit lutut, sakit pinggang dan boleh juga menyebabkan tulang belakang bengkok.


Solusinya, Qiss perlukan tapak kasut/insole yang boleh menyokong lengkungan tapak kaki Qiss supaya tidak terlalu leper dan insoles ini membuatkan Qiss memakai kasut dan berjalan dengan selesa.


Haaa.. mujurlah ada penyelesaian kan. Sebelum ni Qiss rasa jalan dah betul dah tapi tak perasan sungguh bila mula terasa sakit lutut bila berjalan jauh. Rupanya kaki bermasalah. Kalau anda nak buat pemeriksaan kaki, boleh datang ke sini. Sekurang-kurangnya kita tahu tahap kesihatan kaki kita.

Insoles ataupun tapak kasut di JennOrtho ni boleh dibuat khas mengikut keadaan tapak kaki kita. Ada juga yang dah readymade supaya anda senang untuk membeli dan terus gunakan. 

Kebetulan Qiss ke JennOrtho pada hari ahad, dan Qiss dapat berjumpa dengan Dato Dr Edmund Lee yang merupakan pakar orthotic di Asia. Dato Dr Edmund Lee akan memberikan konsultasi secara personal dan percuma kepada anda. Tak lokek dengan senyuman dan sangat memberi input berinformasi tentang penjagaan kaki.

Di JennOrtho Midvalley Megamall ni juga ada menjual kasut untuk penjagaan kesihatan kaki. Terdapat banyak design menarik dan pelbagai. Kelihatan seperti kasut biasa tapi sangat membantu menyokong pergerakan kaki. Jadi kita tak mudah sakit lutut, sakit pinggang dan sebagainya.

Harga kasut di JennOrtho bermula dari RM300 dan ke atas serta terdapat dalam pelbagai saiz dari yang kecil saiz 26 hinggalah paling besar iaitu 44.

Gaya hidup pada masa kini bukan sahaja menyumbang kepada pemakaian insoles akibat gejala sakit kaki seperti tapak kaki rata, kencing manis (sengal kaki), arthritis, bursitis dan plantar fasciitis malah boleh mengakibatkan sakit yang lain.

Untuk pengetahuan anda, selain JennOrtho terdapat juga Sunfeet International Rehab Centre

Kedua-duanya membuat insoles/tapak kasut namun JennOrtho berkonsepkan kedai untuk pelanggan membeli insoles/tapak kasut secara walk-in manakala Sunfeet International Rehab Centre yang terletak di Petaling Jaya lebih kepada pusat rehabilitasi yang membantu orang ramai membetulkan postur tapak kaki dan juga rawatan susulan yang bersesuaian selain memantau perkembangan pesakit. 

Dr. Edmund sendiri menyelidik dan menguji insoles/tapak kasut yang dijual di kedua-dua tempat ini. Rekaan khas mengikut tapak kaki ini dibuat di Jerman dan "Orthotic Approved" dan sangat berbaloi bagi keselesaan kaki dan kesihatan anda.

Jika ada kelapangan, Qiss syorkan anda ke JennOrtho untuk membuat pemeriksaan kaki sebab mencegah lebih baik dari mengubati kan. 

Waktu operasi:

Setiap hari (10 pagi-10 malam)


JennOrtho

S011 2nd Floor, Mid Valley Megamall,

Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur.


Telefon: 013-669 8111

Instagram: www.instagram.com/jennorthoworld

Facebook: www.facebook.com/jennortho

Read More

12 August 2020

Rawatan Shine Bright Dari Dr. Alice Ageless Medispa Naikkan Seri Wajah Pengantin

Assalamualaikum dan hai,

Hari ni baru boleh tarik nafas lega bila dapat berehat selepas selesai kenduri kahwin hari tu.

Dua hari sebelum majlis kahwin Qiss masih sempat ke Dr. Alice Ageless Medispa yang terletak di Bangsar. Dr. Alice seorang yang peramah dan sempat memberi input serta informasi berkenaan rawatan kecantikan yang terdapat di sini.

Di Dr. Alice Ageless Medispa terdapat 34 rawatan kosmetik dan kebanyakannya menggunakan laser.

Qiss disyorkan untuk menjalani rawatan Shine Bright yang menggunakan laser untuk menaikkan seri wajah dan secara langsung menstabilkan ton warna kulit Qiss malah dapat mencerahkan kulit seusai rawatan.

Untuk program Shine Bright ni terdapat beberapa rawatan yang tengah promosi iaitu: 

1. Shine Bright Program

2. Gold Laser

3. Thread Lift using Aptos Thread

4. Facial Rejuvenation Method (Profhilo)

5. Oxygen to Derm Theraphy

Setelah diberikan penerangan ringkas Qiss mula masuk ke bilik rawatan. 

Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut: 

1. Muka dibersihkan menggunakan pencuci muka untuk membuang mekap dan memudahkan rawatan laser. 

2. Setelah itu, krim kebas disapukan ke muka bagi mengurangkan rasa panas cahaya laser.

3. Rawatan laser dimulakan diseluruh muka.

4. Muka dibersihkan semula dan disapukan krim pelembap serta krim pelindung cahaya matahari.

Untuk Shine Bright Program memang tak menggunakan jarum jadi tiada kesan kemerahan ataupun pengelupasan kulit, kiranya tiada downtime. Malah kulit lebih glowing dan berseri ketika majlis kahwin. Haaa ramai yang datang dan puji pengantin tau.

Oxygen to Derm Theraphy

Rawatan kecantikan di Dr. Alice Ageless Medispa tidak terhad hanya untuk wanita malah pada masa kini, lelaki juga mula prihatin tentang penjagaan wajah mereka. 

Mengenali Zharif, seorang blogger yang banyak memenuhi jemputan dan undangan ke majlis dan kerap keluar berjumpa orang  tetapi tetap tampil kemas dan mempunyai kulit yang bersih. Rahsianya dengan membuat rawatan di Dr. Alice Ageless Medispa.  Baru-baru ini Qiss berkesempatan juga melihat rawatan Oxygen to Derm Theraphy yang dibuat oleh Zharif.

Teruja Qiss melihat hasilnya.  Oxygen to Derm Theraphy ini boleh menjadikan kulit yang kusam lebih bermaya dan lembap.

Istimewa rawatan ini ialah penggunaan gas oksigen yang disalurkan melalui topeng khas terus ke kulit muka bagi membuka pori-pori muka agar serum mudah meresap ke dalam kulit. Melalui rawatan ini, sebotol serum disemburkan ke muka menggunakan spray khas. Setelah itu muka Zharif dikeringkan dan disapukan krim pelindung matahari keluaran Dr. Alice sendiri.

Kita perlu memakai krim pelindung matahari ini setiap masa tak kira di dalam rumah ataupun di luar rumah. Ini kerana, kulit kita terdedah dengan sinaran UVA dan UVB. Bagi melindungi kulit kita dari pigmentasi, kita perlu mengambil langkah menggunakan krim ini.

Dr. Alice Prethima Michael menubuhkan Dr. Alice Ageless Medispa dan telah berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang ini. Sejak tahun 1999, Dr. Alice menjadikan bidang Obstetrics and Gynaecology (OBGYN) dan juga Cosmetic and Medical Aesthetic  sebagai salah satu kerjaya bagi membantu lelaki dan wanita di luar sana untuk sentiasa tampil yakin dan cantik.

Dr. Alice Ageless Medispa 

257, Jalan Maarof, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur 

Telefon: 03-2095 0458

Dr. Alice Anti Aging

62-1, 257, Jalan Maarof, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur

Telefon: 03-2282 0994

Dr. Alice Clinic

46, Lorong Batu Nilam 21-A, 

Bandar Bukit Tinggi 2, 41200 Klang

Telefon: 03-332 4699


Laman web: 

https://www.dralicemd.com


Facebook:

www.facebook.com/Dr.AlicePrethima

Instagram:

www.instagram.com/dralice_prethima




Read More

11 August 2020

Pemenang “Gaji Seumur Hidup” Nestlé

Selepas penantian selama 15 minggu yang cukup mengujakan, lebih satu juta penyertaan diterima, dan detik-detik pusingan akhir yang mendebarkan antara finalis, Nestlé Malaysia akhirnya mengumumkan dua pemenang Hadiah Utama peraduan terbesarnya setakat ini; Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup dalam Pusingan Akhir yang disiarkan oleh TV3 malam semalam!

Selepas cabaran getir dalam Pusingan Akhir, yang menguji keupayaan fizikal, mental dan intelek semua finalis, Encik Amirrul Hafiz Bin Razak, 32 tahun, dari Temerloh, Pahang, dan Encik Wong Chee Soon, 40 tahun, dari Subang Jaya, Selangor, muncul sebagai pemenang, dengan setiap seorang daripada mereka memenangi ‘Gaji Seumur Hidup’ iaitu RM3,000 setiap bulan daripada Nestlé!

Pertubuhan amal yang dicalonkan mereka juga muncul sebagai pemenang: Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) yang dicalonkan oleh Encik Amirrul dan Yayasan Amal Malaysia, yang dicalonkan oleh Encik Wong, masing-masing akan menerima RM72,000 daripada Nestlé. 

Ternyata gembira memenangi Hadiah Utama “Gaji Seumur Hidup”, Encik Amirrul Hafiz Bin Razak berkata, “Walaupun kemungkinannya amat tipis, tahun 2020 membawa berkat bagi keluarga saya. Selain menantikan kelahiran anak sulung pada bulan September ini, saya dihadiahkan dengan ‘gaji’ untuk seumur hidup! Dengan hadiah ini, saya akan dapat menunaikan hajat ibu bapa saya untuk menunaikan fardu Haji di Mekah dan memastikan keluarga saya dapat hidup dengan selesa. Saya juga amat bersyukur kerana dapat mencalonkan PERTIWI. Pertubuhan ini dekat di hati saya kerana ia menggalakkan perpaduan. Ini amat penting kerana kita hidup di Malaysia, sebuah negara berbilang kaum, dan PERTIWI membantu rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.”

Seorang lagi pemenang Hadiah Utama “Gaji Seumur Hidup”, Encik Wong Chee Soon, berkata, “Kemenangan ini sudah tentu mengejutkan saya! Saya menghantar hampir 10 penyertaan, setiap kali saya membeli produk Nestlé, dan saya gembira kerana telah menurut naluri saya yang membolehkan saya memenangi ‘Gaji Seumur Hidup’! Ini pasti akan mengubah dan menambah baik kehidupan keluarga saya kerana saya adalah satu-satunya pencari nafkah bagi keluarga kami. Selain itu, Nestlé memberi saya peluang untuk menyumbang kepada masyarakat menerusi peraduan ini. Saya harap sumbangan kepada Yayasan Amal Malaysia akan membawa perubahan positif ke dalam hidup insan lain, seperti yang dilakukan oleh peraduan ini untuk saya.”

Menurut Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, “Tahniah kami ucapkan kepada Encik Amirrul dan Encik Wong atas kemenangan mereka dan kami harap sekarang mereka dapat menunaikan hajat dan mencapai impian mereka serta keluarga tersayang! Kami benar-benar terharu dengan sambutan yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup dan kami teruja kerana dapat membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi pada masa yang mencabar sekarang.”

Nestlé Malaysia akan juga menyumbangkan sejumlah RM684,000 kepada 17 pertubuhan amal yang dicalonkan oleh setiap finalis Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup. Tujuh belas pertubuhan amal ini ialah:

1. Persatuan Jaringan Pembangunan Manusia Luar Bandar Malaysia (DHRRA Malaysia)

2. Yayasan Dignity for Children 

3. Yayasan Bantuan Makanan

4. Global Peace Foundation

5. Global Peace Mission Malaysia

6. Pusat Autisme IDEAS

7. Persatuan Jagaan Hospis Kasih 

8. Kechara Soup Kitchen

9. Yayasan Orang Buta Malaysia

10. Orphan Care 

11. Persatuan Kebajikan Da Ai Malaysia

12. PERTIWI

13. Rumah Kita

14. Shelter Home for Children

15. Yayasan Tzu-Chi Malaysia

16. Yayasan Amal Malaysia

17. Yayasan Chow Kit

Mengulas mengenai keputusan Nestle untuk menyalurkan hadiah kepada pertubuhan amal, Encik Aranols berkata, “Di Nestlé, kami komited untuk membawa perubahan positif dalam masyarakat. Tahun ini, dengan begitu ramai orang yang terkesan dengan COVID-19, kami rasa komitmen ini lebih diperlukan sekarang. Kami harap inisiatif ini akan mendorong lebih ramai orang untuk menabur bakti kepada masyarakat dan membantu pada saat ramai keluarga yang memerlukan.”

Lebih 850 rakyat Malaysia memenangi hadiah wang tunai lebih daripada RM4 juta menerusi Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup. Peraduan berlangsung dari 14 Februari hingga 14 Mei 2020. Ini termasuk hadiah mingguan RM500 setiap satu, kepada 100 pemenang ‘Gaji Satu Bulan’, 15 pemenang ‘Gaji Satu Tahun, dan dua pemenang Hadiah Utama ‘Gaji Seumur Hidup’ RM3,000 setiap bulan.


Read More

CellCode Produk Tinggi Antioksidan dan Anti Penuaan

 
Assalamualaikum dan hai, 

Kesibukan menjalani rutin harian membuatkan Qiss kurang bertenaga dan letih. Qiss mula mencari minuman tambahan untuk mendapatkan tenaga dan cergas sambil menjaga kesihatan dalaman.

Dalam hal ini, Cellcode hadir sebagai tawaran baharu yang bersifat serampang dua mata untuk manfaat kesihatan dalaman dan juga luaran. Cellcode telah mendapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dibawah kategori ubat traditional. 

Menarik sebab ada kelulusan jadi tak perlu ragu-ragu lagi kan.


Apa yang lebih menarik, kandungan Cellcode diuji secara saintifik dan hasil penyelidikan selama 10 tahun yang menelan belanja sebanyak RM3 juta Komponen utama yang didalam Cellcode ialah Floretin-G, Vitexin, Ferulic Acid dan vitamin C. CellCode juga mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan sijil MAL daripada KKM. 

Antara kebaikan khasiat Cellcode adalah melindungi diri daripada radikal bebas yang boleh mempercepatkan proses penuaan, dan melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular seperti jantung dan strok. 

CellCode juga dapat:

* Membantu menurunkan Kadar kolestrol jahat Low-density lipoprotein (LDL), 

* Peningkatan aliran darah arteri koronari 

* Menyokong fungsi sihat dan menguatkan otot jantung 

* Meningkatkan kecergasan dan tenaga 

* Membantu mengurangkan keradangan 

* Membantu untuk meningkatkan sistem imuniti tubuh 



Proses awal penuaan juga berpunca daripada radikal bebas yang akan menunjukkan tanda seperti kulit kelihatan kering, pecah-pecah, bersisik, kasar dan disertai dengan kedutan serta timbulnya jeragat di bahagian wajah. 

Manfaat CellCode yang diperolehi untuk kulit seperti:

Melambatkan proses penuaan dengan menentang radikal bebas

Cerahkan tompok hitam, pigmentasi dan jeragat 

Meningkatkan ketegangan dan keanjalan dan kelembapan pada kulit 

Melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya 

Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus 

Pelancaran Cellcode disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Noh Bin Hj Omar, Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bertempat di Sime Darby Convention Centre pada 6 Ogos 2020 (Khamis). 

Yang Berbahagia Tan Sri Noh Bin Hj Omar turut berkata "Bumiputera perlu berniaga untuk memajukan ekonomi dan diri sendiri, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) 
menyediakan geran bagi membantu peniaga Bumiputera, jadi jangan lepaskan peluang untuk memohon geran ini bagi mengembangkan produk dan perniagaan anda".


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Align Creative Sdn. Bhd., Saudara Mohd Faizul Khalid, semua produk ini akan dipasarkan di Malaysia secara eksklusif oleh syarikatnya, iaitu Align Creative Sdn. Bhd. 

Semoga produk ini mendapat tempat dihati pengguna dan orang ramai lebih sedar tentang kepentingan pengambilan minuman seperti ini.

Produk CellCode ini boleh didapati secara dalam talian di :

Facebook & Instagram: cellcode.my
Read More

Tingkatkan Kehebatan Menu #DudukDiRumah PKPP Anda dengan Lima Cara Memasak Pasta Organik daripada Alce Nero

Assalamualaikum dan hai, 

Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anda menemui bakat terpendam anda dalam memasak hidangan yang menyihatkan dan lazat serta tidak memerlukan belanja besar. Kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula anda ingin tingkatkan lagi keupayaan dengan resipi baharu menampilkan citarasa, persembahan dan kebaikan yang malah lebih tinggi. Anda perlu memasak hidangan yang belum lagi anda kongsikan gambarnya di Facebook, Instagram atau Tik Tok!


Alce Nero, jenama organik terkemuka Itali, menawarkan kepada anda lima resipi yang mudah dan mengkagumkan menggunakan pastanya. Kesemua resipi ini menggunakan ramuan yang biasa terdapat di dapur. Jika tidak mempunyai bahan tertentu, gantikan sahaja dengan apa yang ada. Walaupun pasta merupakan ramuan utama resipi ini, anda akan dapati citarasa, tekstur dan rupa masakan yang pelbagai.

1 ) SPAGHETTI CARBONARA

Apa kata beralih daripada pasta berasaskan tomato dan cuba karbonara tanpa krim ini. Anda hanya perlukan pasta Alce Nero, telur, keju, cendawan dan daging lembu atau dendeng ayam belanda. Tak ada dendeng? Gantikan sahaja dengan daging lembu atau ayam cincang. Tak ada keju parmesan? Gunakan keju mozzarella, cheddar atau krim.

Hanya 30 minit diperlukan untuk menghasilkan hidangan karbonara untuk empat orang seperti yang dihidang di kafe.


2 ) MACARONI CHICKEN SOUP

Sup ayam memang sesuai dimakan ketika fasa PKPP ini memandangkan ia membantu menguatkan imuniti dan memulihkan semangat. Semangkuk sup ayam yang lazat merupakan hidangan ringkas yang memerlukan banyak ayam dan masa yang lama. 


Tambahkan makaroni organik Alce Nero bagi meningkatkan lagi selera dan manfaat kesihatannya buat anda. Biasanya kanak-kanak dan orang dewasa akan meminta untuk menambah sup yang membangkitkan selera ini. Bersedialah!

3 ) CHEESY BAKED PENNE WITH EGGPLANT

Hanya empat bahan dan 25 minit diperlukan untuk menghasilkan hidangan makan malam yang mengkagumkan ini. Masak pasta penne organik Alce Nero, selang-selikan dengan lapisan pasta, sos pasta Alce Nero, terung (atau sebarang sayur yang boleh didapati) dan keju di dalam bekas yang tahan ketuhar, dan tambahkan lebih banyak keju. 



Bakar selama 20 minit atau sehingga keju cair. Siap! Sungguh mudah, enak dan sesuai untuk Instagram.


4 ) SPICY FUSILI WITH VEGETABLES

Fusili goreng kilas berasaskan tomato ini merupakan hidangan tepat bagi vegetarian atau tatkala anda inginkan sesuatu yang ringkas dan segera. Anda pasti mendapat manfaat lima bahagian sayur dengan hidangan pasta organik Alce Nero cara Asia yang menyihatkan dan membangkitkan selera ini. 



Sesuai dimasak menggunakan sebarang sayuran yang ada di dalam peti ais anda. Untuk lebih cantik, pilih sayuran dalam pelbagai warna seperti lobak merah, tomato, cili kembung, jagung dan timun.

5 ) TUNA PASTA SALAD

Ingin keluar bersiar-siar lagi dengan keluarga semasa PKPP dan membawa bekal salad yang dimasak di rumah untuk berpiknik? Salad pasta tuna ini menggunakan pasta penne organik Alce Nero untuk hidangan yang berkhasiat dengan campuran tekstur rangup dan halus. 

Mudah untuk disediakan dan enak dimakan panas atau sejuk. Tambahkan citarasa Asia dengan serai, daun bawang, cili padi atau minyak bijan.
Antara produk Alce Nero boleh didapati di pasaran:













Orang ramai yang memerlukan, boleh mendapatkan produk in di Pantri-pantri Ayam Brand yang berdekatan. Pantri ini merupakan inisiatif bagi membantu mereka yang memerlukan makanan.



Dapatkan resepi lengkap di  https://alcenero.asia/recipes.html, atau layari laman rasmi media sosial Alce Nero https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/ dan https://www.instagram.com/alceneromy untuk menambah lebih banyak hidangan-hidangan organik dan berkhasiat ke menu PKPP anda. Kekal selamat dan sihat. Jangan lupa untuk tag @alceneromy apabila anda menyediakan hidangan menggunakan produk-produk Alce Nero untuk berpeluang memenangi hamper khas! Ikuti laman media sosial kami untuk lebih banyak resepi dan peraduan.
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com