Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

30 April 2021

Fauziah Nawi Tarik Diri Berlakon Drama Untuk Mutyara?

Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah perumpaan yang tepat yang sedang dialami oleh isteri  Asyraf Khalid, Tya Arifin. Selepas habis mengalami kecaman netizen kerana memaparkan gambar anak kedua Datuk Seri Siti Nurhaliza, timbul pula ‘insiden’ baharu.

Sesudu Kebahagiaan lakonan Tya dan Fauziah Nawi

Tanpa diduga kecoh kisah di sebalik tabir penggambaran drama pendek Sesudu Kebahagiaan bagi kempen raya jenama Jus Kesihatan Mutyara yang dijalankan selama sehari pada 29 Mac lalu di Hulu Langat.

Drama pendek itu menampilkan pemilik rangkaian jus kesihatan berkenaan, Tya dan  penampilan istimewa pelakon senior berbakat besar, Fauziah Nawi. Mereka menjadi pasangan anak beranak.

Semuanya terjadi selepas video amatur yang dirakamkan staf jenama produk itu tersebar di media sosial memperlihatkan berlaku salah faham antara Fauziah dan pihak mereka.

Menerusi rakaman video itu, kelihatan Tya juga hadir menenangkan pelakon berkenaan. Difahamkan selisih faham itu terjadi kerana bayaran yang sudah dipersetujui awal tiba-tiba dipersoalkan pelakon senior itu. Malah beliau juga difahamkan mahu bergegas balik kerana tak mahu meneruskan penggambaran.

Bagaimanapun Tya yang juga isteri kepada usahawan terkenal, Asyraf Khalid menjelaskan perkara sebenar termasuk di entri Instagram miliknya.

Terlebih dulu saya nak memohon maaf di atas kesulitan tak terduga dan salah faham ini.. Apa yang terjadi di luar kawalan saya.

"Saya sendiri sudah bertanyakan perkara sebenar kepada staf yang bertanggungjawab. Dia tidak berniat apa apa, sekadar berkongsi kepada temannya. Cuma tak sangka perkongsian video itu disebarkan pula kelompok kawannya. Saya sudah bersemuka dengannya dan kami akan ambil tindakan sewajar kepadanya.

Sebab itu juga saya menjelaskan apa yang terjadi ketika penggambaran sekali gus memohon maaf terutama kepada ibu Fauziah Nawi," katanya.

Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandari Arifin secara peribadi cukup mengkagumi dan menyenangi bakat lakonan pelakon veteran itu.

Apa yang boleh saya jelaskan memang berlaku kelemahan komunikasi. Pada asalnya saya diberitahu  pengurusan memang pihaknya (pengurus Fauziah Nawi) sudah bersetuju  dengan bayaran ditetapkan.

Cuma apabila sampai di lokasi penggambaran drama pendek itu, saya dimaklumkan yang ibu Fauziah menyangkakan ia hanya projek membabitkan pelajar Universiti.

"Tapi selepas tahu ia membabitkan jenama produk, ibu Fauziah mula minta harga yang sewajarnya. Malah memang dia sampai tahap nak balik rumah," katanya yang mengakui cuak apabila pelakon itu memutuskan untuk balik saja daripada meneruskan penggambaran.

Tapi kata ibu kepada dua cahaya mata itu, akhirnya kata sepakat diraih apabila bayaran dinaikkan dan penggambaran pun diteruskan.

"Ibu Fauziah pun sendiri juga meminta maaf kerana datang lewat hampir jam 10 pagi atas masalah tak terduga. Plan asal 'call time' jam 7 pagi. Memang nak siapkan cepat kerana saya ada urusan mesyuarat pada sebelah petang.

Mujur juga ibu Fauziah sangat profesional dan tidak menuntut banyak kali 'take'. Jadi ia mempercepatkan proses penggambaran," katanya.

Dalam pada itu, Tya memaklumkan dalam drama pendek berdurasi lima minit arahan ElHelmiKhir ini mengisahkan mengenai hubungan ibu dan anak yang sangat rapat sejak dari kecil.


Ia boleh ditonton 8 malam ini di Instagram TV @mutyarabeauty

"Saya memegang watak Tiara gadis kampung yang berhijrah ke bandar mencari rezeki. Ibunya dilakonkan ibu Fauziah pula bekerja sebagai tukang jahit di kampung.

Ia boleh dikatakan inspirasi daripada kisah  sendiri. Ibu saya sendiri juga pernah bekerja sebagai tukang jahit. Dalam drama pendek itu, turut memaparkan amalan penggunaan jus herba yang diamalkan secara tradisi. Drama pendek ini  bertemakan Sesudu Kebahagiaan menerusi pemakanan jus kesihatan,"katanya.

Read More

29 April 2021

Jualan Super Savers LuLu Hypermarket Dari 28 April Hingga 5 Mei 2021

Assalamualaikum dan hai semua,

Pejam celik, pejam celik dah sampai pertengahan Ramadan kan. Tak sangka betul. Selepas beberapa hari pembukaan Lulu Hypermarket Setia City Mall hari tu, Qiss sempat beli barangan untuk menyambut bulan Ramadan.  Seronok sebab dapat berjimat masa tu. Banyak promosi yang menarik dan harga pun murah.

Kali ni dah tiba masa untuk membeli barangan persiapan raya dan menambah stok makanan untuk berbuka dan sahur. Menarik tentang promosi kali ini adalah Super Savers! Super Savers kali ini membawakan pelbagai jenis potongan harga menarik bagi barangan persiapan raya dan pelbagai.

Jualan Super Savers Lulu Hypermarket

Kalau anda nak cari barang persiapan hari raya nanti boleh datang Lulu Hypermarket kat Setia City Mall ni sebab mulai 28 April hingga 5 Mei 2021 ni ada pelbagai promosi barangan yang menarik pada harga yang berpatutan. Jom tengok barangan ni. Ada pelbagai jenis barangan yang ditawarkan pada harga yang murah tau. Bukan setakat Lulu Hypermarket Setia Alam je, tapi Lulu Hypermarket Shamelin dan Lulu Hypermarket Kuala Lumpur turut ada promosi ini. Jadi jangan sedih-sedih kalau anda berada jauh dari Setia Alam tau. Boleh je pergi kedua-dua Lulu Hypermarket yang lain.

Lulu Hypermarket Super Savers, berbaloi beli pek ini untuk siapkan juadah berbuka dan bersahur. Harga promosi ialah RM9.99 sahaja


Terdapat juga gerai menyediakan makanan siap dimasak seperti kuih-muih dan lauk-pauk untuk juadah berbuka puasa. Seawal pukul 2 dah ada lauk-pauk.  Bolehlah singgah untuk membeli juadah berbuka puasa.


Pemanggang ajaib ni memang memudahkan kerja kita sebagai suri rumah tau. Harga promosi ni berbaloi la nak beli.


Yang suka memasak dan membuat kek atau kuih boleh pertimbangkan untuk membeli barangan ini.



Selain sedap diminum, susu ni juga antara bahan penting untuk membuat kek dan biskut raya. Harga RM4.80 sekotak.






Pelbagai pilihan kurma ada disini. Sempena Ramadan ni ada promosi bagi kurma yang ada kat sini tau. Memang berbaloi beli.




Lulu Hypermarket Setia City Mall ni berkeluasan 150 000 kaki persegi, ada 3 tingkat semuanya. Tingkat paling bawah terletaknya barang makanan, minuman, barang kelengkapan dapur, pencuci pakaian dan pinggan mangkuk serta banyak lagi. 




Nampak kan, sayur-sayuran dan daging serta ikan semua segar-segar belaka. Yang minat nak masak tu boleh datang sini dan dapatkan keperluan dapur anda.



Kalau tak sempat nak masak, boleh je beli terus nasi beriyani dan lauk-pauk yang masakan arab ni. Rasanya semua sedap.




Bagi peminat manisan dari Timur Tengah, boleh dapatkan kat sini. Di bahagian ini, Lulu Hypermarket menyediakan pelbagai jenis manisan. Memang bahagian makanan Lulu Hypermarket yang buat sendiri semua manisan ni.






Jom beli kuih raya kat Lulu Hypermarket.  Banyak pilihan tau.


Tingkat kedua ada pakaian kanak-kanak, lelaki dan perempuan, barangan sukan,  kasut dan pelbagai lagi. 

Ada salah satu bahagian dipanggil LuLu Celebrate yang menjadi tarikan bakal pengantin untuk memilih pakaian di sini. Lebih kepada pakaian seperti saree dan churidar. Terdapat promosi menarik serta potongan harga bagi setiap barangan.



Baju Melayu dewasa, Baju kurung dan baju kanak-kanak dah mula dijual ye kat LuLu Hypermarket ni. Cantik-cantik warna yang ada. Bolehlah sedondon di pagi raya nanti. 






Pelbagai jenis tudung juga ada di sini tau.






Beg tangan dan kasut pun ada. Bila lagi nak shopping tu kan. Datang je kat Lulu Hypermarket ni. Rambang mata nak memilih nanti.






Tingkat ketiga ada barangan elektrik, cadar, barang perhiasan rumah, alat tulis, perabot dan pelbagai lagi.



Oven ni kalau nak buat kuih raya, kek atau nak memanggang boleh la beli. Harga pun ok sangat. 



Antara barang elektrik yang termasuk dalam promosi Super Savers seperti periuk nasi, dapur induction, pengisar, oven, televisyen dan pelbagai lagi. 






Buat pengetahuan anda semua, kelebihan pada Lulu Hypermarket Setia City Mall adalah setiap tingkat mempunyai Customer Happiness Center. Staff dibahagian ini akan membantu dan menjawab setiap pertanyaan anda.

Besar dan selesa sangat nak shopping kat sini kan. Nak pilih barang pun takdelah berebut.

Kalau tak sempat nak shopping kat pusat membeli-belah ni tak perlu risau sebab anda boleh membeli-belah secara online sahaja di

http://malaysia.luluhypermarket.com/MY/all

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi boleh ke Facebook https://www.facebook.com/LuLuHypermarketKL/

#LuLuSuperSavers #LuLuKL #LuLu1Shamelin

#LuLuSetiaCityMall  #JomKeLuLu #RamadanSpecial #BeliOnline 


@luluhypermarketkl 

@luluhypermy

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com