Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

30 August 2022

Online Game Tingkatkan Kemahiran Anak-anak

Cuti sekolah datang lagi. Sekarang musim hujan. Nak biarkan anak-anak main dekat luar memang sukar tambahan dengan cuaca tidak menentu. Risaukan anak-anak demam. Jadi Qiss cadangkan anda ibu bapa diluar sana untuk meluangkan masa melakukan aktiviti di dalam rumah.

Antara aktiviti menarik yang boleh dibuat didalam rumah antaranya:

1. Membaca buku

2. Membuat latihan

3. Menonton televisyen 

4. Bermain permainan secara atas talian. (Online game)

Bagi mengisi masa terluang dan sekaligus meningkatkan kemahiran berfikir anak-anak.

Kebaikan bermain 'online game'

1. Dapat belajar sambil bermain game

Kita dapat belajar cara untuk tamatkan permainan dan kreatif berfikir pelbagai strategi untuk menang. Selain itu, dengan arus pemodenan sekarang, ada banyak je game berbentuk pendidikan. Game kira-kira (Matematik), mengeja perkataan (Bahasa Melayu), silang kata, Sudoku dan banyak lagi.

2. Mengurangkan stress

Berbulan sudah anak-anak belajar, mesti akan rasa stress. Dengan bermain online game ini, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan stress belajar disamping bergelak ketawa sesama ahli keluarga ketika bermain game bersama.

 3. Memupuk nilai murni positif dalam diri

Antara nilai murni secara positif yang dapat dibentuk ketika bermain game adalah nilai berpasukan, keadilan dan kesabaran. Ini kerana banyak online game yang kita boleh bermain dengan kawan-kawan mahupun keluarga.

4. Mengasah otak

Kebanyakan permainan yang memerlukan kita untuk fokus, fikir dan belajar sendiri cara bagaimana untuk merangka strategi agar dapat menyelesaikan dan menamatkan game itu. Dekat sini kita akan rasa sedikit tercabar apabila kita tidak dapat menyelesaikan permainan itu. 

Anda mesti pernah dengar permainan Solitaire kan? Alaa... game yang kita main masa dulu-dulu tu. 

Game legend jugak ni. Sebelum adanya permainan video yang terkini seperti PUBG, Mobile Legend, Roblox dan banyak lagi, Solitaire ni lah tempat kita bermain bersama adik-beradik atau kawan-kawan.

Rupanya game Solitaire ni masih ada lagi dan anda boleh bermain secara PERCUMA secara online dan tak perlu muat turun pun. Boleh main di komputer mahupun di telefon pintar.

Sekarang ada lebih banyak pilihan berbanding dulu yang hanya ada permainan asas sahaja.

Solitaire.org merupakan laman permainan secara atas talian. Anda boleh ajarkan anak-anak bermain sepuasnya di laman permainan ini. Terdapat juga koleksi game yang lain seperti:

LOGIC PUZZLES - solitaire.org/logic-puzzle-games/

HIDDEN OBJECT - solitaire.org/hidden-object-games/

CARD - solitaire.org/card-games/

MATCH 3 - solitaire.org/match-3-games/

WORD GAMES - solitaire.org/word-games/

MAHJONG - solitaire.org/mahjong-games/

Jom tengok game yang Qiss sempat cuba dan main di Solitaire.org ni

1. Word Search (https://www.solitaire.org/daily-word-search/)



Qiss memang suka asah minda dengan bermain game cari perkataan ni. Seronok bila dapat selesaikan cari semua perkataan dalam masa yang singkat. Macam dapat penghargaan buat diri sendiri kiranya. Anda kena cuba tau. Bagi anak-anak cari perkataan yang ada.

2. Zuma Ball (https://www.solitaire.org/zuma-ball/)




Seronok main Zuma Ball ni. Hanya perlu tembak bola ikut warna sampai selesai. Kena main laju-laju sebab dikhuatiri nanti bola-bola tu akan dimakan naga.

3. Solitaire (https://www.solitaire.org/)




Walaupun permainan ni nampak mudah tapi anda kena cekap susun ikut turutan nombor dan warna yang berselang seli tau. Bila dapat selesaikan permainan ni baru rasa puas hati.

4. Hidden Kitchen - (solitaire.org/hidden-object-games/)




Qiss suka main game hidden kitchen ni sebab Qiss suka cari benda tersembunyi. Rasa macam sama dah barang yang kena cari tu rupanya tak. Kena la pandai-pandai cari semua barang tersembunyi tu. Seronok!

Jadi, ini sedikit sebanyak perkongsian permainan yang ada di Solitaire.org. Anda kena pandai bahagikan masa anak-anak untuk bermain online game ni jangan sampai lupa untuk belajar. Lebih baik sekadar satu jam atau dua jam bermain kemudian boleh buat aktiviti lain.

Selamat bermain game online secara PERCUMA di SOLITAIRE.ORG. 



Read More

26 August 2022

“SUDAH MAKAN?” Iaitu Program CSR Giant Malaysia Bagi Membantu Rakyat Malaysia Yang Memerlukan

Kempen ini akan menerajui usaha Giant bagi menyediakan 500,000 Sumbangan kepada Keluarga Malaysia dan NGO dengan kerjasama The Lost Food Project. 

Kuala Lumpur, 24 Ogos 2022 — Giant Malaysia hari ini mengumumkan bahawa ia menyasarkan untuk menyediakan 500,000 sumbangan makanan dengan kerjasama The Lost Food Project (TLFP) menjelang akhir tahun depan. Ini dijangka akan tercapai dengan pelancaran Kempen "Have You Eaten?" atau 'Sudah Makan?', di mana peratusan daripada semua produk beras jenama Meadows yang dibeli, akan disalurkan untuk membeli beras bagi golongan yang memerlukan. Bersama-sama dengan kempen ini, Giant Malaysia juga memberi sumbangan sebuah lori penghantaran Giant, kepada The Lost Food Project (TLFP), sebagai sebahagian daripada kerjasama berterusan mereka. 

Mr. Lee Yik Hun, Pengarah Pemasaran, GCH Retail SEA, Tuan Haji Abdul Wahap Long, Wakil TLFP dan Mr. Quek Kia Ann, Pengarah Bahagian Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

Pelancaran itu disaksikan oleh Encik Quek Kia Ann, Pengarah Bahagian Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia di Pasaraya Giant Setapak. 

Kempen yang dinamakan "Have You Eaten?", sebuah frasa yang sering digunakan di Asia bagi menggambarkan kebimbangan dan keprihatinan, adalah salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat GCH Retail untuk mengurangkan bebanan rakyat yang memerlukan dan meningkatkan sumbangan kepada sekuriti makanan di Malaysia. 

Encik Lee Yik Hun, Pengarah Pemasaran, SEA (Makanan) berkata: “Giant sedang berusaha untuk memberikan nilai dan kualiti terbaik untuk membantu pelanggan kami meningkatkan nilai mata wang mereka pada masa yang mencabar ini. Kami sedar bahawa semakin ramai dalam komuniti setempat yang mungkin tidak mampu untuk mendapatkan makanan walaupun sehari sekali, apatah lagi tiga kali sehari bagi menampung kehidupan seharian mereka.” 

“Oleh itu, selari dengan misi kami untuk menyediakan pelanggan apa yang mereka perlukan, kami juga perlu berusaha untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan, lebih-lebih lagi pada masa yang mencabar ini.” 

“Sudah Makan?” 

Kempen 'Sudah Makan”?' bertujuan untuk bekerjasama dengan pelanggan Giant, di mana bagi setiap 1 kg beras Meadows yang dijual, 10 sen akan disumbangkan kepada pembelian beras Meadows, pada harga kos. 

Sumbangan beras Meadows ini dianggarkan akan dapat memenuhi sebahagian besar daripada sasaran 500,000 hidangan makanan kepada penerima bantuan, di mana ia merupakan matlamat Giant dengan kerjasama TLFP. 

Kempen “Sudah Makan?” ini akan menyaksikan Giant turut bertumpu dan berusaha lebih gigih menderma makanan, terutamanya beras, bagi memenuhi permintaan yang paling banyak ketika pemberian sumbangan, kerana ia merupakan makanan ruji yang penting. 

Komitmen ini meliputi seluruh produk beras Meadows yang boleh dibeli di Giant, serta semua pasaraya di bawah GCH Retail yang turut menyokong pengembangan Program sumbangan makanan Giant, dengan kerjasama TLFP. 

Giant Food Rescue x TLFP 

Giant telah mula merintis dan bekerjasama dalam program Selamatkan Makanan dengan TLFP pada 2018, dengan hanya 12 cawangan yang mengambil bahagian. Kini dengan kerjasama yang lebih kukuh bersama TLFP, Giant bakal menambah bilangan pasaraya yang mengambil bahagian kepada 12 buah pasaraya Giant yang akan turut memberi sumbangan bagi kategori makanan Segar & Kering. 

Encik Lee Yik Hun, Pengarah Pemasaran, SEA (Makanan) berkata: “Penambahan ini adalah perlu kerana kini terdapat lebih banyak keluarga yang memerlukan bantuan, terutamanya pasca pandemik, di mana ianya telah menjejaskan lebih ramai orang dalam komuniti di sekeliling kami.” 

“Matlamat kami adalah untuk sentiasa menambahbaik serta mengembangkan program ini ke seluruh negara, walau bagaimanapun dua tahun kebelakangan ini sememangnya mencabar. Kami amat bersyukur kerana kini kami dapat meneruskan niat murni kami untuk mengembangkannya ke seluruh negara, dengan tujuan untuk memberikan bantuan kepada masyarakat di kawasan lain yang mempunyai operasi pasaraya Giant.” 

Sumbangan Makanan Giant x TLFP 

Pada pelancaran hari ini, Giant juga telah mengumumkan kerjasama baharunya dengan TLFP melalui pemberian lori penghantaran Giant, bersama dengan 4,000 kg makanan keperluan atau anggaran bersamaan dengan 11,430 hidangan makanan, kepada 200 buah keluarga yang terdiri daripada PPR Seri Semarak dan PPR Sg Bonus. 

Majlis serba ringkas tetapi penuh bermakna itu turut disaksikan oleh En. Quek Kia Ann, Pengarah Bahagian Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat. Diantara barangan makanan yang sempat disumbangkan oleh Giant, terdiri daripada barangan keperluan seharian seperti Beras Meadows, Minyak Masak, Tepung, Gula, Kit Ujian Kendiri C-19 dan beberapa barangan runcit. Baucar tambahan bernilai RM100 turut disumbangkan kepada setiap keluarga, bagi membolehkan mereka membeli apa yang mereka perlukan. 

Beliau berkata, “Program kolaborasi seumpama ini amat baik bagi membantu masyarakat yang mengalami krisis kekurangan makanan. Jalinan kerjasama antara Giant bersama The Lost Food Project sewajarnya dijadikan contoh oleh syarikat-syarikat korporat yang lain bagi membantu golongan yang daif dan memerlukan supaya tiada siapa yang terpinggir selari dengan janji utama dan transformatif bagi Agenda 2030 untuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)," ulas En. Quek Kia Ann, Pengarah Bahagian Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat, ketika menyaksikan penyerahan lori penghantaran Giant kepada TLFP serta majlis penyerahan sumbangan makanan kepada wakil keluarga jemputan yang turut hadir. 

Sememangnya perubahan iklim merupakan salah satu cabaran terbesar pada generasi kini. Kesan buruknya semakin ketara daripada gelombang haba Eropah kepada banjir dan musim kemarau yang berulang di Malaysia. Kesannya terhadap tanaman, perikanan dan ternakan hanya dapat dibayangkan, yang mana ia mungkin dengan secara tidak langsung, boleh mengakibatkan peningkatan kelaparan. Gas rumah hijau (GHG) daripada industri makanan sahaja, menyumbang 344 daripada jumlah pelepasan yang telah mengakibatkan krisis iklim hari ini. 

“Kami merasa amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Giant bagi memberikan sebahagian daripada penyelesaian bagi pengurangan perubahan iklim. Tindakan untuk meminimumkan lebihan makanan di mana perlu dan mengelakkannya daripada berakhir di tapak pelupusan sampah, sebaliknya menjadikan ia sebagai pemberi harapan kepada keluarga yang kurang berkemampuan, dengan membantu memenuhi meja makan mereka dengan makanan," jelas Zaiwiyah binti Saimon, Presiden The Lost Food Project. 

Derma makanan sahaja adalah tidak memadai, kerana terdapat juga keperluan untuk mengagihkannya dengan cepat, terutamanya barangan segar. Oleh itu, Giant mengambil satu lagi langkah untuk membantu menyelesaikan perkara ini dengan menderma sebuah lori penghantaran Giant. Lori ini bertujuan untuk mengumpul dan mengagih lebihan makanan, di kawasan sekitar pasaraya Giant di Lembah Klang. Lori ini dihiasi dengan penjenamaan kempen dengan terang. 

Sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menimbulkan kesedaran tentang inisiatif ini, Giant juga telah mengubah penampilan semua kenderaan penghantarannya untuk memaparkan mesej kempen tersebut, sebagai jemputan dan galakkan kepada pelanggannya untuk turut serta dalam membantu memberi makanan kepada mereka yang kelaparan. 

Encik Lee menyimpulkan bahawa, "Kami ingin menggalakkan pelanggan kami dan orang ramai untuk menyertai kami dalam usaha membantu masyarakat yang memerlukan, serta menangani masalah kelaparan di Malaysia. Walaupun dengan hanya membeli sekilo beras, anda sudah boleh membuat satu perubahan. Lagipun, kami benar-benar percaya bahawa “If's The Little Things That Will Make a Giant Difference!”.

Read More

25 August 2022

REAL BEAUTY | 8 Jenama Terpilih Sertai Program Berbentuk Dokumentari Pencarian Realiti AEON

Kuala Lumpur, 22 Ogos 2022 – Sempena bulan kebangsaan dan kemerdekaan bulan ogos ini, AEON dengan bangganya memberikan sokongan dalam menaikkan jenama buatan Malaysia melalui platform berbentuk program pencarian, dokumentari dan realiti iaitu REAL BEAUTY.

Barisan peserta bersama juri dan hos Program Real Beauty

Sebanyak lapan jenama produk kecantikan dan pengasas produk yang terpilih mengikuti program ini ialah, Alluskin oleh Dr Nurul A’in Sa’ari, Alnefre by Rana Cosmetics oleh Rana, Claire Organics oleh Louise Chu, Null Factory | Hillton oleh Roger Beh, IL Fragrance oleh Tang Han Tiong, Reneuf oleh Nicholas Hys, Sugarbelle oleh Sheila Samsudin dan Zagara oleh Jasmel Singh.

Melalui REAL BEAUTY, AEON menawarkan peluang kepada jenama terbabit untuk menarik pelanggan dan pakar kecantikan dalam mencapai pengesahan REAL BEAUTY iaitu cop kelulusan berpestij sebagai ganjaran pemenang. 

Cop kelulusan berprestij ini pula dipilih dari bentuk kecantikan kulit, badan, rambut, kosmetik dan minyak wangi. Selain itu, cop kelulusan REAL BEAUTY mewakili pihak konsumer melalui suara mereka dan pilihan pakar dalam bidang kecantikan. Sudah tentu cop ini menampilkan menampilkan produk mereka sebagai produk pilihan kecantikan terbaik. 

Menariknya lagi, tambahan ganjaran kepada pemenang ialah kontrak 2 tahun penjualan di pelbagai gedung AEON seluruh negara!


REAL BEAUTY akan dihoskan oleh seorang usahawan yang juga selebriti berjaya iaitu Nana Mahazan yang juga merupakan pengasas Nana Mahazan Beauty. Beliau juga akan disertai oleh juri program merangkap jurulatih kecantikan dan jurulatih peniagaan iaitu Sunshine Kelly - blogger dan influencer kecantikan; Nana Ghazali- Usahawan dan pengasas bersama juga editor BeautyDesk.my –dan Low Ngai Yuen – Ketua Pegawai Pemasaran dan Perdagangan AEON Malaysia.

Dari Kiri, Nana Mahazan sebagai hos, Low Ngai Yuen (Ketua Pegawai Pemasaran dan Perdagangan AEON Malaysia), Sunshine Kelly dan Nana Ghazali sebagai juri program Real Beauty

Sepanjang program REAL BEAUTY, kesemua lapan jenama terbabit akan diberikan 10 cabaran intensif untuk membawa jenama mereka ke peringkat lebih tinggi. Tambah Low Ngai Yuen, “Kami berharap melalui REAL BEAUTY, jenama yang serius diberikan peluang dalam membina track rekod baharu dalam menjayakan potensi maksimum mereka. Tambahan pula, REAL BEAUTY akan menjadi jawapan untuk menyokong jenama terbabit dalam bentuk pelaburan dan kewangan.”

Jenama produk yang terlibat dalam REAL BEAUTY ketika pelancaran program di AEON Alpha Angle:

Alluskin

Null Factory | Hillton


Claire Organics


Alnefre


IL Fragrance


Reneuf



Sugarbelle 




Zagara

Produk daripada jenama yang muncul di program Real Beauty boleh didapati di cawangan AEON yang terpilih seperti di bawah:

1. AEON Taman Maluri Shopping Centre, Kuala Lumpur

2. AEON Mall Tebrau City, Johor

3. AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan

4. AEON Mall Kinta City, Perak

5. AEON Mall Queensbay, Penang

6. AEON Mall Kuching Central, Sarawak

7. AEON Ipoh Falim, Perak

8. AEON Alpha Angle, Wangsa Maju

9. AEON Mall Bandar Dato Onn, Johor

Atau anda boleh dapatkan di AEON Lifestyle di pautan ini https://lifestyle.myaeon.com.my/special-campaign/real-beauty-1 .

Read More

22 August 2022

Azizan Osman Lulus PhD Pertama Dari IPT Tempatan

SHAH ALAM - Mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berjaya lulus ijazah kedoktoran (PhD) tempatan pertamanya selepas sesi pembentangan viva voce dengan pembetulan minor bersama institut pengajian tinggi tempatan, Asia e University (AeU) pada Jumaat lalu. 

Ucapan tahniah daripada Asia e University di Facebook rasmi mereka buat Azizan Osman

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, beliau mewakili warga syarikat mengucapkan tahniah atas kejayaan berkenaan. 

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn Bhd, Radz Mohd

Katanya, Azizan merupakan role model buat RichWorks dan bangsa usahawan bimbingan kami dalam soal kepentingan meningkatkan ilmu sepanjang masa. 

"Moga orang ramai terutama bangsa usahawan di luar sana dapat buka mata dan melihat kejayaan ini sebagai inspirasi buat semua. 

Ini merupakan ijazah kedoktoran pertamanya diterima daripada universiti tempatan selain daripada PhD dari luar negara sebelum ini," katanya mengulas hantaran dibuat dalam akaun LinkedIn AeU, hari ini. 

Bagaimanapun, kelulusan PhD tersebut akan dimuktamadkan selepas keputusan senat AeU yang dibuat dalam masa terdekat ini. 

Pada April lalu, Azizan bersama Pengerusi Eksekutif RichWorks, Datuk Zafrol Rizal Mat telah lulus peperiksaan akhir Chartered Institute of Management Accountants (CIMA). 

Sesi Viva Voce Phd Azizan Osman secara virtual dari Switzerland bersama 2 distinguished examiner

Tambah Radz, penyelidikan yang dibuat beliau mengenai lima faktor yang membuatkan sesebuah syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dapat berkembang dan membina bisnes yang berjaya. 

"Apa yang mengkagumkan kami, pembelajaran Azizan tak berhenti di sini kerana beliau juga saat ini sedang mengikuti program di IMD Business School, Switzerland selepas habis mengikut program di Columbia Business School di New York ketika bulan Syawal lalu. 

"Ini antara perkara penting ditunjukkan beliau sendiri kepada bangsa usahawan tentang kepentingan ilmu dengan sentiasa upgrade diri kerana cabaran sentiasa ada dan setiap fasa bisnes membawa kepada situasi dan isu berbeza," jelasnya. 

Azizan bersama Prof Leif Sjoblom dari imdbusinessschool di Switzerland

Sehubungan itu, Radz memberitahu, melalui ilmu dan strategi yang terkini dan ditambah baik dari semasa ke semasa membuatkan RichWorks mampu menyediakan solusi end-to-end bagi permentoran usahawan di bawah Titanium dan Spire untuk melonjakkan bisnes masing-masing. 

"RichWorks tidak hanya 'jual air liur' selama 14 tahun seperti dikata segelintir 'haters' di luar sana sebaliknya datang dengan proven results. 

Kami telah dan sedang bina usahawan yang berjaya dengan keseluruhan jualan sekitar 300 usahawan Titanium Circle dan Premier kami mencecah RM3.2 bilion pada tahun lalu saja," ujarnya lagi. 

Read More

Konsert Malam Merdeka Bah Kita 2022 Bakal Gegarkan Tawau Dan Uptown The Mines

HYPE GLOBAL VENTURES Raikan Merdeka Dengan Dua Konsert Bersifat Nasionalisme 

Kita bakal menyaksikan konsert yang menggabungkan 2 negara iaitu Malaysia dan Indonesia sempena dengan hari kemerdekaan yang bakal disambut 31 Ogos nanti. 

Sehubungan itu, Hype Global Ventures mengambil peluang ini untuk memeriahkan lagi sambutan hari merdeka dengan mengadakan konsert yang membariskan gabungan artis Malaysia dan Indonesia.

Sebelum ini HYPE GLOBAL VENTURES sangat terkenal sebagai penganjur yang giat terbabit dalam acara dan pengurusan jualan secara uptown, tahun ini mereka mengorak langkah mengembangkan empayar menerusi projek bersifat hiburan seperti konsert. 

Buat julung kalinya, dengan semangat nasionalisme yang tinggi, HYPE GLOBAL VENTURES akan menganjurkan acara hiburan, bukan satu tetapi dua konsert yang dijadual dilaksanakan di Tawau, Sabah dan The Mines Sri Kembangan, Selangor. 

Diberi nama Malam Merdeka Bah Kita 2022, konsert yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Tawau diadakan pada 30 Ogos 2022. 

Konsert tersebut akan bermula dari pukul 6 petang dengan tiket berharga RM45, RM80 dan RM 120

Barisan penghibur yang disediakan pihak penganjur juga sudah mempunyai pengikut tersendiri dan menjadi satu bonus apabila HYPE GLOBAL VENTURES membawakan penyanyi khas dari Indonesia bagi menyemarakkan malam kemerdekaan negara sebagai lambang serumpun. 

Kemunculan Hazama akan menarik lebih ramai peminat ke konsert ini

Antara penyanyi yang akan menghiburkan pengunjung ialah Isnin Umbrella, Hazama, Shidi Data, Azan, Hafiz Umbrella Zidan, Angga Candra, Nabila Maharani, Tri Suaka dan Valdy Nyonk

“Semua barisan penyanyi yang kami bawakan pada Malam Merdeka Bah Kita 2022 mempunyai pengikut dan digemari kelompok peminat pada masa kini. Malah ada dalam kalangan artis Indonesia yang kita bawa mempunyai jumlah tontonan lebih 100 juta di YouTube. 

Sengaja kami gabungkan barisan penyanyi Malaysia dan Indonesia sebagai lambang serumpun pada malam bersejarah itu nanti,” ujar Pengarah Pengurusan Hype Global Ventures, Johari Mohd Yusof. 

Malah karnival di Tawau ini berlangsung selama tiga hari iaitu dari 28 sehingga 30 Ogos 2022 sebagai malam kemuncak menyambut kemerdekaan. 

Selain konsert yang menjadi kemuncak kepada karnival di Tawau, terdapat banyak aktiviti disediakan pengunjung termasuk pertandingan karaoke, battle of the band dan jualan karnival dari makanan hingga pelbagai barangan dan pakaian. 

Pengunjung bertuah pula mungkin akan membawa pulang hadiah utama atau lucky draw yang merupakan sebuah motorsikal 250cc selepas detik 12 malam, 30 Ogos itu. 

“Kami sangat mengalu alukan kedatangan pengunjung bukan sahaja dari Tawau atau Sabah, tetapi juga Indonesia memandangkan lokasi karnival dan konsert iaitu Kompleks Sukan Tawau mempunyai kapasiti yang luas selain berdekatan dengan Kalimantan,” tambah Johari. 

Malam Santai Musical, Hype Uptown Night Bazar Seri Kembangan

Untuk menyambung semarak nasionalisme, HYPE GLOBAL VENTURES mengadakan persembahan kedua, Malam Santai Musical yang dijadualkan berlangsung di Hype Uptown Night Bazar Seri Kembangan pada 2 September 2022

Persembahan yang akan bermula pada pukul 8.30 malam itu akan menampilkan Zidan, Angga Candra, Nabila Maharani, Tri Suaka serta Valdy Nyonk sebagai penampilan khas menghiburkan pengunjung di tapak uptown yang sememangnya menjadi tumpuan ramai itu. 

Dua harga tiket dijual iaitu RM65 dan RM165

“Pemilihan melakukan persembahan di lokasi Uptown The Mines pula kerana di sinilah tapak pemula HYPE. Kita mempunyai lebih 400 kedai di sini dan secara tak langsung dengan penganjuran persembahan ini akan menambah nilai promosi kepada tempat ini,” kata Johari. 

Untuk sebarang keterangan lanjut boleh hubungi talian +6012-674 8347 Farizal dan +6019 560 7948 Tado untuk acara persembahan di Mines.

Read More

21 August 2022

Tasneem Marketplace Bantu Surirumah Jana Pendapatan

BANGI, 19 Ogos – Tasneem Business Legacy yang terkenal dengan jenama Tasneem Naturel, Tasneem Food dan Twobirds hari ini secara rasminya melancarkan platform usahawan dengan kolaborasi jenama besar tempatan seperti Tanamera, Aqiqah Centre, Pustaka Darul Iman (PDI) dan Eyyoo yang dinamakan Tasneem Marketplace

Pengasas Aqiqah Centre, Abdul Halim; Ahmad Rafizal, Ketua Pegawai Eksekutif Tasneem MarketPlace ITMP); Haridah Sahri, Ketua Pegawai Operasi TMP; Nor Husna. Pengasas Eyyo Kids; Fanessa, wakil Tanamera dan Arif Fadzil selaku wakil daripada Pustaka Darul Iman.

Pelancaran ini juga turut menyaksikan upacara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara jenama terbabit.

Apa itu Tasneem Marketplace (TMP)?

Pelancaran Tasneem Marketplace dengan usahasama ini dibuat dalam usaha untuk membantu golongan yang berpendapatan sederhana untuk menjana pendapatan tanpa modal tapi berpeluang untuk mendapat keuntungan yang tinggi disamping mendapat pelbagai ganjaran yang menarik.

Majlis tandatatangan memorandum persefahaman (MoU) Tasneem Marketplace oleh Tasneem Business Legacy bersama jenama tempatan lain iaitu Tanamera, Aqiqah Centre, Pustaka Darul Iman (PDI) dan Eyyo

Tasneem Marketplace berfungsi sebagai platform e-dagang kepada pelanggan yang ingin membeli pelbagai barangan bayi, kanak-kanak, ibu dan kegunaan keluarga daripada jenama terbabit. Disamping itu, Tasneem Marketplace juga menjadi platform e-perniagaan kepada ‘Business Partner’ atau penjual yang berdaftar.

Objektif Tasneem Marketplace 

Objektif Tasneem Business Legacy mewujudkan Tasneem Marketplace adalah untuk menyokong sistem perniagaan mereka yang sedia ada. Platform ini diwujudkankan untuk meningkatkan servis, sistem dan pilihan barangan untuk pelanggan. Secara tidak langsung ini akan turut membantu penjual di Tasneem Marketplace meningkatkan jualan mereka.

Antara lain, platform yang ada ini juga boleh membantu jenama tempatan lain yang terbabit untuk menambah cabang sumber penjualan mereka yang sedia ada.

Antara jenama produk yang boleh didapati di Tasneem Marketplace

Pihak Tasneem Marketplace juga meletakkan sasaran untuk melahirkan seramai 10,000 usahawan yang berjaya menjana pendapatan melalui platform yang disediakan menjelang Disember 2022 dan 50,000 usahawan menjelang Disember 2023. Dengan penambahan usahawan, Tasneem Marketplace turut mensasarkan untuk membuka Distribution Channel atau dalam bahasa melayu Pusat Pengedaran di beberapa buah negeri untuk lebih memudahkan penghantaran produk ke pelanggan dengan lebih cepat.

Kelebihan Tasneem Marketplace 

Selaras dengan objektif untuk membantu suri rumah menjana pendapatan dengan mudah dan senang, pihak Tasneem Marketplace mengalu-alukan individu yang berminat untuk bergerak ke hadapan bersama pasukan Tasneem Marketplace untuk mendaftar sebagai reseller Tasneem Marketplace secara percuma. Kelebihan menjadi penjual di Tasneem Marketplace ialah:

  • Pendaftaran PERCUMA
  • Jana pendapatan tanpa perlu keluarkan modal dan tanpa simpan stok
  • Pelbagai rangkaian produk untuk dipromosi
  • HQ uruskan pengeposan produk kepada pelanggan
  • Pelan pemasaran disediakan untuk bantu dapatkan pelanggan
  • Pelbagai ganjaran menarik menanti
  • Bonus dibayar seawal 7 haribulan bulan seterusnya
  • Penyata pendapatan disediakan
Tasneem Marketplace bakal bantu usahawan dan surirumah jana pendapatan

Tasneem Marketplace turut menawarkan pelanggan dengan banyak kelebihan. Kelebihan menjadi pelanggan di Tasneem Marketplace ialah seperti berikut:

  • Daftar percuma
  • Produk berkualiti dijamin asli keluaran anak tempatan dalam niche bayi, kanak-kanak & keluarga
  • Beli produk dengan tawaran hebat yang tidak boleh didapati di mana-mana. Lebih jimat, lebih berbaloi di Tasneem Marketplace berbanding beli terus dengan jenama-jenama ini secara berasingan
  • Pelbagai hadiah lumayan yang boleh ditebus menggunakan point yang terkumpul apabila membeli barangan di Tasneem Marketplace dan boleh dapat cashback minimum 3%!
  • Hadiah yang boleh ditebus menggunakan point terkumpul adalah seperti Umrah, Laptop, Ipad, produk barangan jenama terbabit dan banyak lagi

Bersama bakal usahawan Tasneem Marketplace ketika majlis pelancaran

Tasneem Marketplace bakal memperlihatkan previu rasmi mereka di Telegram. Orang ramai yang berminat untuk mengikuti perkembangan terkini Tasneem Marketplace bolehlah jemput masuk ke Telegram Previu Tasneem Marketplace di sini -> Telegram Previu .

Manakala untuk laman web rasmi Tasneem Marketplace anda boleh layari di pautan ini -> www.tasneemmarketplace.com

Read More

20 August 2022

Havoc Midnight Concert Gegarkan Shah Alam, MITC Melaka Dan Plaza Angsana, Johor

Kugiran Masdo, KClique, Noh Salleh, Yonnyboi, Floor 88 & Zyn Nakal Antara Artis Bakal “Kasi Pecah" Havoc Midnight Concert! 

Temui mereka 3 & 4 September ini 

Tidak ada yang lebih havoc apabila beberapa kugiran dan band tempatan yang menjadi kegilaan ramai akan bersama dalam satu panggung. Apa lagi persembahan persembahan 'gila' mereka sudah lama tidak dilihat secara langsung kerana pandemik COVID-19 yang melanda dunia. 

Barisan artis Havoc Midnight Concert antaranya Kugiran Masdo, Floor 88 dan Yonnyboi

Kini seperti banyaknya pihak penganjur yang sudah berani menganjurkan semula beragam acara hiburan, salah sebuah 'rumah' yang menyediakan bukan sahaja bersifat pengurusan acara seperti festival makanan, automotif, fesyen dan kecantikan, tetapi juga ikut menyemarakkan dunia hiburan dengan persembahan dari para artis. Dikenali sebagai Havoc Event & Management Sdn Bhd (HAVOC) atau lebih popular sebagai Havoc Food Festival, tahun ini mereka ingin meraikan masyarakat bersama acara hiburan yang pastinya 'pecah'.

Lihat barisan penghibur yang disediakan. Melalui program yang diberi nama Havoc Midnight Concert, acara seperti festival ini akan dilaksanakan di beberapa lokasi. 

Pelancaran menandatangani kad konsert disempurnakan Syed Yahya Syed Othman (kiri) sambil disaksikan bersama Dat Firdaus Nadxaman dan barisan artis terbabit

Istimewanya juga, untuk acara Havoc Festival yang sudah masuk kali ke-enam Ini, Tun Syed Yahya Syed Othman iaitu Pengarah Kanan Bahagia Perancangan Strategik Tourism Malaysia sudi hadir bagi melancarkan festival ini pada 18 Julai di Panggung Asia, Gombak. 

Lokasi pertama yang akan dihavockan oleh barisan pemuzik seperti Kugiran Masdo, Noh Salleh, Floor 88, Zynakal, Yonnyboi dan KClique adalah di Dataran Karnival Shah Alam, Selangor selama dua malam berturut-turut iaitu 3 dan 4 September 2022 ini. 



Peminat boleh menyaksikan persembahan pemuzik idola mereka pada pukul 10 sehingga 12 malam dengan pilihan harga tiket bermula dari RM69 untuk Early Bird di Normal Zone, RM109 (Early bird) di Rock Zone, Combo Rock Zone RM199 dan Combo Normal Zone dengan harga RM120. 

Kesemua tiket boleh dibeli melalui www.ticket2u.com

Paling menarik, jika anda terlepas persembahan di Shah Alam pada 3 dan 4 September ini, Havoc Midnight Concert dengan barisan penghibur yang sama akan menemui anda di MITC Melaka pada 4,5 dan 6 November 2022 depan. 

Selanjutnya, barisan pemuzik yang cukup berkaliber dan punya banyak peminat daripada pelbagai lapisan masyarakat ini akan menutup karnival Havoc di Johor Bahru. 

Lebih mengujakan, Havoc Midnight Concert ini akan diadakan pada dua malam terakhir sebelum 2023 menyapa dunia iaitu 30 dan 31 Disember dan meraikan kedatangan tahun baharu pada 1 Januari 2023. 

Selain hiburan, terdapat pelbagai vendor makanan dan minuman hipster yang akan turut serta memeriahkan perkarangan tempat festival berlangsung. 




Lebih menarik lagi Havoc Food Festival ini mendapat kerjasama dari Cuti-Cuti Malaysia serta Tourism Malaysia sejak acara ini ditubuhkan pada tahun 2019.

Manakala, Havoc Midnight Concert di selatan negeri ini akan berlangsung di Padang B Plaza Angsana, Johor Bahru! 

“Ini akan menjadi sebuah festival muzik yang tidak akan dilupakan bukan sahaja oleh peminat-peminat industri muzik tempatan. Bayangkan dari genre muzik Masdo sehingga hip hop dan rap mantap KClique sehingga dendangan legenda kita, Noh Hujan, semuanya akan anda perolehi pada satu malam. 

Jadi jangan sampai terlepas kerana ada tiga tempat yang menanti anda untuk dihiburkan!,” ujar Firdaus Nadxaman selaku Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd. 

Jom pilih sama ada hadir ke Shah Alam, Selangor, MITC, Melaka atau Padang B Plaza Angsana, Johor Bahru! 

Tiket boleh dibeli melalui www.ticket2u.com


Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com