Hai semua, apa plan korang minggu ni? Qiss macam biasa menziarah sanak saudara. Kebetulan ramai sedara mara Qiss duduk area Cheras jadi Qiss pun tanya-tanya kat dorang tempat makan yang best kat Cheras. Salah sorang family Qiss ni suggest kan Restoran Shawarma dekat Taman Connaught Cheras. Restoran ni menyajikan makanan Timur Tengah dari Arab. Paling best Qiss dapat hilangkan rindu nak makan Nasi Mandy. Emm..nyum nyumm.. Sedapnya lahai.
Qiss teruja bila dah sampai restoran ni sebab Qiss tengok portion makanan dia banyak, almaklum la Qiss memang suka makan lepas tu dapat pulak makan makanan kegemaran Qiss kat sini.
Restoran Shawarma ni sangat terkenal dikalangan pelajar UCSI sebab restoran ni memang terletak berdekatan universiti ni. Pelajar UCSI pula terdiri dari kalangan pelajar luar negara. Jadinya restoran ini menjadi pilihan mereka disebabkan jumlah saiz makanan yang dihidangkan adalah besar.
Jom tengok menu yang Qiss makan hari tu.
Nasi Mandy (Big Rice Plate)
Dihidangkan didalam dulang yang besar, Nasi Mandy ni boleh dimakan oleh 4-5 orang. Untuk lauk Nasi Mandy ni ialah Half Roasted Chicken, Mandy Lamb dan Hanith Lamb.
Nasi Mandy ni bagi Qiss memang dah sedap untuk dimakan tanpa lauk sebab dah cukup rempah semuanya. Tapi lagi sedap kalau makan dengan kambing tau. Kat restoran Shawarma ni kalau makan Nasi Mandy tak sah kalau tak makan Mandy Lamb dia. Sedap yakmat.
Hummus
Diperbuat daripada kacang kuda yang diblend, hummus ni dihidangkan sekali dalam set family.
Fatoush Salad
Bagi penggemar sayur, Fatoush salad ialah gabungan tomato dan timun yang dihiris serta diletakan kepingan roti Arab.
Fahsa Lamb
Fahsa Lamb ni nampak macam kari tapi rasanya macam rendang. Sedap sangat dimakan dengan Mullawah.
Large Mullawah / Yemeni Bread
Roti Yaman yang sebesar dulang ni memang sedap dimakan dan dipadankan dengan Fahsa Lamb. Kalau nak cicah Vege soup pun boleh juga. Portion besar ni sesuai untuk korang yang datang ramai-ramai kat restoran ni.
BBQ Plate
Teapot
Bagi penggemar teh tarik, dalam set family ini turut disediakan minuman teh tarik tapi bukan teh tarik biasa. Ianya teh tarik halia.
Vege Soup/Lamb Soup
Terdapat empat jenis sup yang dihidangkan. Walaupun nampak biasa-biasa tapi sup ini cukup rempah dan rasanya tau.
Bagi Qiss harga setiap set sangat berbaloi dan berpatutan kerana korang akan dapat set yang besar dan portion yang banyak.
Korang boleh tengok menu kat sini tau.

LOKASI SHAWARMA RESTAURANT
NO.8, JALAN MENARA GADING 1,
TAMAN CONNAUGHT,
5600 KUALA LUMPUR.
WAKTU OPERASI:
11 PAGI – 11 MALAM