Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

06 February 2025

Dari Jalanan ke Restoran: The Makan Shoppe Kini Dibuka di 168 Park Mall Selayang

Setelah lebih 12 tahun mengukuhkan kedudukan dalam pelbagai skop perniagaan dan seterusnya terlibat dalam industri agro-makanan dan makanan sejuk beku, Arisprop Capital Bhd. melalui Aris Burger Sdn. Bhd. kini melakar sejarah baharu dengan pembukaan cawangan pertama restoran berkonsepkan kopitiam, The Makan Shoppe, bertempat di Pusat Beli-Belah 168 Selayang.

Majlis Peluncuran The Makan Shoppe, bertempat di Pusat Beli-Belah 168 Selayang yang merupakan cawangan pertama dibuka

Dengan visi untuk membawa makanan jalanan ke restoran bertaraf tinggi, The Makan Shoppe mengetengahkan konsep “From Street to Restaurant”, membolehkan rakyat Malaysia menikmati keunikan makanan tempatan dengan suasana yang selesa.

The Makan Shoppe bukan sekadar restoran biasa. Ia adalah simbol keunikan dan warisan makanan Malaysia. Dengan tagline 'Malaysia Street Food and More! Come LAH!', restoran ini menawarkan pengalaman rasa yang tidak dapat dilupakan melalui menu istimewanya.

Majlis dirasmikan oleh Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Antaranya Nasi Lemak Bungkus Pattaya – gabungan sempurna rasa lemak santan, beras Basmathi dan sambal pedas yang membangkitkan nostalgia.

Burger ala gerai jalanan, dihasilkan menggunakan daging berkualiti dengan kandungan peratusan daging yang lebih tinggi, dilengkapkan dengan sos Umami resepi tersendiri yang eksklusif dan yang pastinya adalah HALAL.

Istimewa dari luar biasa

Bandung Dynamte pula adalah minuman ikonik dengan gabungan rasa manis dan menyegarkan, menjadikan ia pilihan kegemaran pelanggan selain pelbagai hidangan lain yang direka untuk memenuhi citarasa setiap pengunjung, dari kanak-kanak hingga dewasa.

Apa yang menjadikan The Makan Shoppe istimewa ialah fokusnya pada membawa pengalaman sebenar makanan jalanan Malaysia ke dalam suasana restoran.

Setiap hidangan bukan sahaja mengekalkan keaslian rasa tetapi juga mempersembahkan makanan dengan gaya yang moden dan menarik. Selain itu, restoran ini memastikan semua hidangan menggunakan bahan berkualiti tinggi untuk memastikan kepuasan pelanggan.

Restoran ini turut mempersembahkan elemen budaya dan warisan Malaysia melalui setiap hidangan.




Dengan pendekatan yang menggabungkan citarasa tradisional, inovasi moden, dan layanan mesra, The Makan Shoppe memberikan pengalaman makan yang lebih daripada sekadar menjamu selera – ia adalah perjalanan rasa ke pelbagai penjuru Malaysia.

Pengerusi Eksekutif Arisprop Capital Bhd, Dato’ Haji Haris Embong mengulas setelah sekian lama terbabit dalam perniagaan dan industri agromakanan serta makanan sejuk beku, sudah tiba masanya untuk melangkah ke arah pembukaan restoran.

Beliau yang juga Pengarah Urusan The Makan Shoppe berkata, objektif pembukaan The Makan Shoppe adalah memperkenalkan kelainan dalam menikmati makanan jalanan Malaysia dengan suasana yang moden dan selesa.

Ia juga mampu menarik lebih ramai pelanggan dengan keunikan menu yang tidak terdapat di tempat lain selain mengukuhkan jenama sebagai pelopor dalam menyajikan makanan jalanan Malaysia dengan sentuhan inovasi.

"Seiring dengan pembukaan cawangan pertama ini, The Makan Shoppe juga sudah mendapat jemputan untuk membuka cawangan baharu daripada Pasaraya terkemuka di pelbagai lokasi strategik seluruh negara," katanya selepas majlis perasmian The Makan Shoppe di Pusat Beli-Belah 168 Selayang.

Majlis dirasmikan oleh Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Permulaan untuk pengembangan

Dato’ Haji Haris Embong berkata, The Makan Shoppe juga dijangka akan membuka beberapa cawangan baharu dalam masa terdekat merangkumi Pasaraya AEON di seluruh Malaysia (AU2 Setiawangsa, Nilai, Melaka, Kota Bharu, Shah Alam), bangunan ibu pejabat MARA, Pasaraya Mydin serta lokasi utama seperti Pavilion KL, Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid dan KLCC.

"Dalam tempoh lima tahun akan datang, The Makan Shoppe merancang untuk membuka hampir 100 cawangan di seluruh negara dan bersedia melangkah ke pasaran antarabangsa," katanya.

Sebagai usahawan bimbingan MARA, The Makan Shoppe telah menerima pelbagai pengiktirafan, termasuk Juara Keseluruhan Kategori Makanan & Minuman (F&B) dalam Anugerah Usahawan MARA (AURA) 2023/2024.

Anugerah disampaikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Arisprop Capital Berhad, termasuk skop perniagaan restoran ini juga dalam proses persediaan untuk disenaraikan di pasaran saham (IPO), sekali gus membuktikan potensinya sebagai pemain utama dalam industri makanan dan minuman.

Kepada pencinta makanan Malaysia, jemput hadir ke cawangan pertama The Makan Shoppe di Pusat Beli-Belah 168 Selayang untuk menikmati keenakan, keunikan, dan kepelbagaian hidangan jalanan Malaysia dengan sentuhan moden.


#themakanshoppe

#streetfoodkerestoran

#nasilemakviral

Read More

27 January 2025

Crescent Petroleum Targets NIOC Assets and Frozen Funds in Escalating Legal Dispute

In its relentless pursuit of compensati on from the National Iranian Oil Company (NIOC), UAE-based Crescent Petroleum has expanded its legal efforts to target NIOC’s frozen funds in Malaysian offshore investment institute First Islamic Investment Bank in Labuan. This marks a new chapter in the decades-long battle over a breached gas supply contract, now characterized by aggressive asset recovery strategies across multiple jurisdictions.


The conflict traces back to a 2001 gas supply and purchase contract (GSPC), under which NIOC was to supply natural gas to Crescent Petroleum over a 25-year period starting in 2005. However, NIOC halted the agreement, alleging corruption and unfavourable pricing terms, leading Crescent Petroleum to file for arbitration in 2009.

In 2014, an international tribunal validated the contract and held NIOC in breach for failing to deliver the gas as agreed. Subsequent rulings in favor of Crescent Petroleum have awarded damages estimated in the billions of dollars.

Faced with NIOC's refusal to comply with arbitration decisions, Crescent Petroleum has launched an aggressive global asset recovery campaign. This includes securing court orders to seize properties, liquidate holdings, and pursue frozen funds linked to NIOC.


Most recently, Crescent Petroleum has turned its attention to funds frozen in the First Islamic Investment Bank in Labuan, Malaysia. A total $2.7 billion held by FIIB in various international financial entities. These funds, believed to be linked to NIOC and its subsidiaries Naftiran Intertrade Company (NICO), haveremained inaccessible to NICO and other subsidiaries due to international sanctions, out of which roughly $2 Billion of it is frozen in the FIIB bank Malaysia. Crescent Petroleum is now seeking court approval to tap into this financial reserve as part of its efforts to enforce arbitration awards.

This move adds to the company’s recent successes in other jurisdictions, such as the United States, where courts authorized the confiscation of $2.75 billion in NIOC assets in 2023, and the United Kingdom, where a building linked to NIOC was auctioned for £100 million in 2024.

The dispute underscores the growing risks for state-owned enterprises like NIOC in navigating international arbitration and sanctions landscapes. Iran’s  government has condemned the asset seizures, calling them politically motivated, and NIOC continues to contest the rulings in various courts.

The inclusion of the frozen funds in Malaysia highlights Crescent Petroleum’s determination to exhaust all avenues in recovering damages. If successful, it could set a significant precedent in asset recovery tied to arbitration disputes and sanctioned entities.

With billions of dollars at stake, the stakes are growing higher for both parties. Crescent Petroleum’s aggressive legal strategy reflects the complexities of enforcing international arbitration awards against state-affiliated entities, while the case continues to strain diplomatic and economic relations involving Iran.

As this high-profile case unfolds, further developments are expected in the coming months as Crescent Petroleum intensifies efforts to recover its dues.

Read More

26 January 2025

Eskayvie Komited Sebar Kepentingan Nutrisi, Sokong Minda Anak Cemerlang

Eskayvie, jenama kesihatan terkemuka di Malaysia, telah menganjurkan Eskayvie Grand Annual Dinner 2025 bertempat di Hotel Intercontinental.

Barisan Usahawan Eskayvie Nexus yang menjana pendapatan sehingga jutaan ringgit diraikan dalam majlis Eskayvie Grand Annual Dinner 2025.

Majlis bertujuan untuk meraikan kejayaan cemerlang tahun 2024 serta menghargai dedikasi dan usaha luar biasa intrapreneur dan Usahawan Eskayvie Nexus yang menjadi tulang belakang kejayaan syarikat.

Dengan tema “The Next Chapter: Honouring the Past, Transforming the Future,” majlis ini menjadi simbolik kepada perjalanan transformasi Eskayvie untuk menjadi jenama global yang terus relevan, inovatif dan dipercayai, selaras dengan visi memperkasakan ekonomi dan kesihatan ummah.

Kartika Wati menyampaikan ucaptama betapa pentingnya kesedaran ibu bapa dan komuniti mengenai nutrisi lengkap untuk anak-anak supaya dapat berkembang secara optimum.
“Selepas lebih 15 tahun dalam industri kesihatan, transformasi ini adalah langkah strategik untuk memastikan Eskayvie terus relevan. Kami berhasrat untuk menjadi jenama global yang bukan sahaja menghasilkan produk berkualiti tinggi tetapi juga memberi nilai kepada pelanggan melalui inovasi, sains dan teknologi terkini,” kata Kartika Wati Mohamed selaku Pengarah Urusan Eskayvie.

Eskayvie kini berada di kedudukan yang lebih strategik untuk menyokong pelanggan di rantau Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan Filipina, menjadikan jenama ini sebagai peneraju dalam industri kesihatan.

Majlis berlangsung turut menyaksikan pelancaran kempen “Booster Minda- Inspirasi Generasi Masa Hadapan.

Dr Syid Ayob dan Kartika Wati Mohamed melancarkan transformasi penjenamaan logo baharu Eskayvie.
“Ia inisiatif penting yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai isu malnutrisi di kalangan kanak-kanak Malaysia. Di Eskayvie, kami amat menitikberatkan kesihatan holistik masyarakat, khususnya daripada peringkat awal kanak-kanak. 

“Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022 menunjukkan 21.2% kanak-kanak mengalami masalah bantut (stunting), 46.5% kanak-kanak mengalami anemia, 15.3% kanak-kanak berada di bawah berat badan normal (underweight) dan 6% kanak-kanak adalah obes, meningkat kepada 14.3% pada usia remaja.

“Masalah malnutrisi bukan sahaja menjejaskan tumbesaran fizikal tetapi turut memberi kesan besar kepada perkembangan otak. Ia termasuk kekurangan oksigen ke otak yang menghalang fungsi optimum seperti pembelajaran, ingatan dan perhatian. Penurunan neurotransmitter pula boleh menyebabkan masalah kognitif, tingkah laku dan kelesuan mental,” kata Kartika.

Jelas Kartika lagi, selain itu, gangguan myelinasi melambatkan pemprosesan maklumat serta kemampuan kanak-kanak untuk memahami dan berkomunikasi.

“Masalah malnutrisi ini amat kritikal kerana ia memberi kesan langsung kepada potensi generasi masa hadapan. Melalui kempen ini, kami ingin memberi kesedaran kepada ibu bapa dan komuniti tentang pentingnya nutrisi lengkap untuk anak-anak agar mereka dapat berkembang secara optimum.


“Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Eskayvie memperkenalkan produk Eskayvie Mindtropic dan Mindtropic Junior, suplemen minda yang dirumus khas untuk menyokong perkembangan otak dan tubuh anak-anak berumur 2 hingga 17 tahun. Kandungan nutrisi lengkap yang terdiri daripada Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM-66 serta vitamin dan mineral membantu menyokong fungsi memori dan pembelajaran, menguatkan fokus dalam pembelajaran, mengurangkan tekanan seterusnya melengkapkan keperluan nutrisi harian kanak-kanak,” katanya.

Tambah Kartika lagi, kandungan nutrisi lengkap yang terdiri daripada Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM-66 serta vitamin dan mineral membantu menyokong fungsi memori dan pembelajaran.

“Sekaligus ia menguatkan fokus dalam pembelajaran, mengurangkan tekanan seterusnya melengkapkan keperluan nutrisi harian kanak-kanak,” Katanya. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri pula, pihak mereka berusaha menghasilkan produk berkualiti tinggi menggunakan bahan semula jadi dan teknologi terkini. 

Kartika Wati meraikan sebahagian usahawan yang hadir ke Eskayvie Grand Annual Dinner 2025.
“Dengan Eskayvie Mindtropic, kami berharap dapat membantu ibu bapa menyediakan nutrisi yang mencukupi untuk anak-anak mereka, memastikan mereka membesar menjadi generasi yang lebih cerdas, produktif dan bersedia menghadapi cabaran masa depan,” Katanya 

Kata Dr Syid Ayob lagi, sepanjang tahun lalu, jenama kebanggaan mereka mencatat pencapaian luar biasa dengan mengukuhkan komitmen terhadap ESG (Environmental, Social, Governance). 

“Kami berasa amat bersyukur apabila Eskayvie diiktiraf oleh SIRIM sebagai salah satu daripada enam organisasi utama yang komited terhadap amalan lestari.

“Dedikasi kami terhadap tanggungjawab sosial turut terbukti melalui Yayasan Eskayvie yang telah menyumbang jutaan ringgit kepada golongan yang memerlukan, termasuk anak yatim, asnaf, ibu tunggal, gelandangan dan mangsa banjir. Kami turut berbangga Eskayvie Nexus menjadi platform bisnes yang telah melahirkan lebih 98 orang jutawan sekaligus memperkasakan masyarakat dengan peluang ekonomi yang bermakna.

“Terima kasih atas usaha gigih intrapreneur serta usahawan Eskayvie Nexus. Bukan sahaja membantu menyebarkan manfaat produk berkualiti tinggi produk kami, tetapi turut menjadi pemangkin kepada pembentukan masa depan kesihatan masyarakat yang lebih unggul,” kata Dr Syid.

Dr Syid Ayob merasmikan majlis
Tambah Dr Syid Ayob lagi, dengan transformasi penjenamaan, pelancaran kempen Booster Minda dan inovasi produk, pihak mereka berhasrat untuk memperkukuhkan kedudukan sebagai jenama global yang memberi impak besar kepada kesihatan masyarakat.

“Kami percaya setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang untuk mencapai potensi penuh mereka. Melalui kesedaran, inovasi dan kerjasama, kita dapat membina generasi masa hadapan yang lebih hebat,” kata Dr Syid Ayob.

Sebahagian kakitangan bergambar bersama logo baharu Eskayvie.
Acara gilang gemilang itu dirasmikan Dr Syid Ayob sendiri. Sementara itu, Kartika pula melancarkan transformasi penjenamaan logo baharu Eskayvie.

Untuk maklumat lanjut layari www.eskayvie.com atau www.boosterminda.com

Read More

21 January 2025

RICHTECH DIGITAL BERHAD Lancar Prospektus IPO Pasaran ACE

Dana Dikumpul untuk Memacu Pertumbuhan dalam Sektor Perkhidmatan Tambah Nilai dan Pembayaran Bil Elektronik Malaysia

RichTech Digital Berhad (“RichTech” atau “Syarikat”), syarikat yang terlibat dalam pengedaran tambah nilai elektronik dan penyediaan perkhidmatan pembayaran bil di Malaysia, mengumumkan kejayaan pelancaran prospektusnya untuk Tawaran Awam Permulaannya (“IPO”) bersempena dengan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”). Pencapaian ini menekankan dedikasi RichTech untuk memajukan kedudukannya dalam industri tambah nilai elektronik dan perkhidmatan pembayaran bil yang dinamik.

Dari Kiri ke Kanan: En. Yau Ming Teck 姚茗德先生 Substantial Shareholder, RichTech Digital Berhad, Cik Agnes Wong Eei Nien 黄于宁女士 Pengarah Eksekutif, RichTech Digital Berhad, En. Lee Teik Keong 李德强 Berhad, Pengarah Urusan Digital Rich, Digital Managing Director En. Ahmad Fazlee bin Aziz Ketua Bersama / Pengarah, Kewangan Korporat, KAF Investment Bank Berhad, En. Wong Koon Wai 黃義棋先生 Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif, RichTech Digital Berhad dan En. Yap Chin Fatt 叶进发先生 Pengarah, Kewangan Korporat KAF Investment Bank Berhad

IPO ini dijangka mengumpul RM13.67 juta melalui terbitan 54.66 juta saham biasa baharu pada harga IPO RM0.25. Dana yang diperoleh akan diperuntukkan secara strategik untuk memacu inovasi digital dan pengembangan pasaran:

• RM4.50 juta untuk aktiviti pemasaran, promosi dan kerjasama untuk mengembangkan pangkalan pengguna pengguna akhir untuk Apl SRS dan Portal SRS.

• RM3.00 juta untuk pemerolehan pejabat baharu, menyatukan ibu pejabat dan pejabat cawangan RichTech di bawah satu bumbung untuk pemprofilan korporat dan kemudahan pentadbiran.

• RM3.00 juta untuk modal kerja bagi menyokong jumlah transaksi digital yang semakin meningkat dan penskalaan platform.

• RM3.17 juta untuk anggaran perbelanjaan penyenaraian.

Encik Lee Teik Keong, Pengarah Urusan RichTech, berkata, "Ketika Malaysia mempercepatkan ke arah ekonomi digital sepenuhnya, RichTech berkedudukan untuk mengambil bahagian dalam transformasi ini. IPO kami mewakili lebih daripada sekadar usaha penjanaan modal – ia mencerminkan dedikasi kami untuk meningkatkan kemudahan dan kebolehcapaian perkhidmatan tambah nilai dan pembayaran bil elektronik untuk pelbagai pengguna Melalui platform SRS kami yang dipertingkatkan, kami membolehkan perniagaan dan pengguna mengguna pakai penyelesaian digital yang lancar untuk tambah nilai elektronik dan pembayaran bil, sejajar dengan trend pendigitalan nasional dan global."

En. Ahmad Fazlee bin Aziz, Ketua Bersama / Pengarah, Kewangan Korporat KAF, berkata, “IPO RichTech mencerminkan asas kukuh Syarikat dan potensi pertumbuhan yang besar dalam industri perkhidmatan tambah nilai elektronik dan pembayaran bil Malaysia yang semakin berkembang. Kami berbangga untuk menyokong RichTech dalam mencapai visinya untuk menjadi salah satu kuasa peneraju dalam sektor ini, memanfaatkan platform inovatifnya dan kehadiran pasaran yang mantap.”

Menurut Laporan Penyelidikan Pasaran Bebas (“IMR”), industri perkhidmatan tambah nilai dan pembayaran bil elektronik di Malaysia telah mengalami pertumbuhan yang ketara, dengan komisen dan/atau insentif yang dijana daripada perkhidmatan ini berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (“CAGR”) sebanyak 12.9% antara 2019 dan 2023. Sektor ini dijangka mengekalkan momentum yang kukuh dengan CAGR 11.5% dari 2024 hingga 2026. RichTech, dengan platform SRS yang mantap dan rangkaian pengguna yang luas, berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peluang ini. Terutama sekali, rekod prestasi RichTech yang terbukti terbukti dalam pertumbuhan margin keuntungan kasarnya yang mengagumkan daripada 97.09% pada TK 2021 kepada 98.17% pada TK 2023, menunjukkan keupayaannya untuk membuat skala dengan cekap sambil mengekalkan kualiti perkhidmatan.

Permohonan untuk IPO dibuka mulai 21 Januari 2025 dan akan ditutup pada 31 Januari 2025. Penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Securities meletakkan RichTech memainkan peranan penting dalam membentuk landskap ekonomi digital Malaysia dan menyokong aspirasi ekonomi digital negara.

KAF Investment Bank Berhad ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin dan Ejen Penempatan.


Read More

14 January 2025

AEON Mall Fortune Prosperity Get-Together x Promosi Filem Money Games

AEON Mall Fortune Prosperity Get-Together x Promosi Filem Money Games

Jom raikan Tahun Baru Cina bersama keluarga dan teman dan jangan lupa serbu AEON Mall Fortune Prosperity Get-Together x Promosi Filem Money Games di:

📍 AEON Mall Bukit Tinggi, Klang pada 16 Januari 2025

📍 AEON Mall Tebrau City, Johor Bahru pada 19 Januari 2025

Temui Bintang Hong Kong Secara Langsung

Anda berpeluang ‘meet & greet’ bersama bintang Hong Kong terkenal, Eric Tsang dan Bobby Au Yeung yang tengah promosikan filem terbaru mereka, Money Games yang diarahkan oleh pengarah Malaysia, Matt Lai.

Cara Dapatkan Tiket PERCUMA!

Bestnya, korang boleh dapat tiket filem Money Games PERCUMA!

Berbelanja sebanyak RM580 di AEON Mall

• ATAU hanya RM480 kalau korang Ahli AEON atau Pemegang Kad UOB

Aktiviti Menarik CNY Di AEON 

Terdapat pelbagai aktiviti menarik Chinese New Year dan happening yang korang boleh join antaranya:

Lou Sang Bersama Selebriti – Eric Tsang, Bobby Au Yeung dan pelakon Malaysia yang berlakon dalam filem tu.

• Calligraphy Redemption

• Orang Parade

• Promosi CNY yang lain

Jadi jom beramai-ramai memeriahkan dan rebut peluang untuk bertemu artis kesayangan anda ni. Sambil-sambil menyambut Tahun Baru Cina.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi filem Money Games dan aktiviti Tahun Baru Cina di AEON Mall, layari IG aeonmallmalaysia dan FB AEON Mall


Read More

13 January 2025

TMT Dilantik Secara Rasmi sebagai Peruncit Sah untuk Starlink, Membawa Akses Internet Berkelajuan Tinggi Di Seluruh Malaysia

Merevolusikan Ketersambungan Internet di Malaysia dengan Teknologi Satelit Termaju daripada SpaceX

Thunder Match Technology Sdn. Bhd. (“TMT”), Peruncit Rangkaian Teknologi terbesar di Malaysia, dengan sukacitanya mengumumkan pelantikannya sebagai peruncit sah untuk Starlink, perkhidmatan internet satelit revolusioner oleh SpaceX Exploration Technologies Corp. Perkongsian ini bersedia untuk menyampaikan kelajuan tinggi yang tiada tandingan internet ke kawasan terpencil dan kurang mendapat perkhidmatan di seluruh negara, mengukuhkan misi TMT untuk memperkasakan komuniti dengan penyelesaian teknologi termaju.

TMT Dilantik Secara Rasmi sebagai Peruncit Sah untuk Starlink, Membawa Akses Internet Berkelajuan Tinggi Di Seluruh Malaysia
Untuk makluman, teknologi satelit termaju Starlink memanfaatkan buruj satelit orbit Bumi rendah (“LEO”) untuk menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi dan kependaman rendah. Inovasi terobosan ini bertujuan untuk merapatkan jurang digital Malaysia, memastikan akses internet yang boleh diliputi untuk isi rumah dan perniagaan walaupun di lokasi yang paling mencabar.

Pengurusan Thunder Match Technology Sdn. Bhd., mengulas, “Perkongsian ini menandakan detik penting dalam perjalanan TMT untuk menyampaikan penyelesaian teknologi yang benar-benar membuat perubahan. Teknologi satelit inovatif Starlink menawarkan penyelesaian yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk menangani cabaran ketersambungan yang dihadapi oleh ramai rakyat Malaysia di kawasan luar bandar dan kurang mendapat perkhidmatan. Dengan membawa teknologi termaju ini kepada pelanggan kami, kami menyasarkan untuk memperkasakan individu dan perniagaan dengan alatan yang mereka perlukan untuk mengakses pendidikan, mengembangkan peluang dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Kerjasama ini menekankan komitmen kami untuk merapatkan jurang digital dan memacu transformasi digital Malaysia ke hadapan.”

Dengan lebih 48 cawangan di seluruh negara dan platform dalam talian yang mantap, TMT akan memastikan produk Starlink boleh diakses secara meluas oleh rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat. Kerjasama itu dijangka membuka potensi baharu untuk pendidikan luar bandar, penjagaan kesihatan, operasi perniagaan dan banyak lagi, memacu keterangkuman digital yang lebih besar di seluruh negara.

Untuk meraikan kejayaan ini, TMT merancang promosi khas dan perkhidmatan nilai tambah untuk pengguna awal teknologi Starlink. Butiran lanjut akan diumumkan tidak lama lagi, menekankan komitmen TMT untuk menyampaikan penyelesaian tertumpu kepada pelanggan.

Ketahui lebih lanjut mengenai TMT di https://www.tmt.my/.


Read More

10 January 2025

Huawei’s Most Durable Foldable Smartphone Now Available Nationwide

Gift Innovation and Prosperity this Chinese New Year with the HUAWEI Mate X6, HUAWEI nova 13 Series, and HUAWEI FreeBuds Pro 4

Huawei Consumer Business Group (CBG) Malaysia is excited to announce the nationwide availability of its latest flagship products: the HUAWEI Mate X6, HUAWEI nova 13 Series, and HUAWEI FreeBuds Pro 4. These devices exemplify Huawei’s commitment to advanced technology and premium user experiences, making them ideal gifts for this Chinese New Year. Together with these latest devices, Huawei will also be launching a new variant of the HUAWEI Watch GT 5 for this festive season.

A Foldable Future with the HUAWEI Mate X6

HUAWEI Mate X6

The HUAWEI Mate X6 revolutionises foldable smartphones with its elegant, durable design and advanced features. Featuring the Space-Age Orbit camera layout and an exclusive Nebula Grey Vegan Fiber finish, it boasts a 50MP Ultra Aperture Camera, 40MP ultra-wide-angle lens, and 48MP telephoto micro camera for stunning photography. The innovative Live Multi-task feature supports up to three applications simultaneously, perfect for professionals and multitaskers.

The improved hinge on the HUAWEI Mate X6 is crafted from 100% 1900MPa ultra-high-strength steel which is 27% stronger than the previous model, ensuring that the hinge withstands frequent usage from opening and closing.

The middle frame is made from aluminum which increases material strength by 37%. This ensures greater compression and bending resistance and protects the phone from external impacts. The device's drop resistance has been further enhanced and is now 25 times more durable, better surviving accidental falls that could happen in everyday use.

Available in Nebula Red, Nebula Grey, and Black, the HUAWEI Mate X6 is priced at RM8,688. Exclusive benefits include 1-Year Screen Protection, along with vouchers worth up to RM600 through HUAWEI AppGallery to further enhance its value. On top of that, it's available through the Maxis Zerolution Postpaid Plan, starting from as low as RM220 per month. With the HUAWEI Mate X6’s ability to combine style, functionality, and longevity, now is your chance to revolutionize productivity through a foldable masterpiece that’s set to redefine your tech experience.

Express Your Style with the HUAWEI nova 13 Series

HUAWEI nova 13 Series
Setting new standards in portrait photography, the HUAWEI nova 13 Series features a 60MP Ultra-Wide Front Camera and multifocal portrait capabilities. The HUAWEI nova 13 Pro includes an upgraded 50MP Adjustable Aperture Camera with Optical Image Stabilization (OIS) and the AI Best Expression feature for perfect selfies and portraits. With the 100W HUAWEI SuperCharge Turbo, the series charges rapidly for uninterrupted use. In terms of design, the Dynamic Plaid Texture Design introduces a bold yet minimalist aesthetic. The pattern’s shading shifts subtly with viewing angles, which further adds a dynamic visual appeal.

Available in Loden Green, White, and Black, prices start from RM1,299 for HUAWEI nova 13i, RM1,799 for HUAWEI nova 13, and RM2,399 for HUAWEI nova 13 Pro. The HUAWEI nova 13 Series also offers exciting gifts such as the HUAWEI FreeBuds 5i, HUAWEI Scale 3, and vouchers worth over RM500 through HUAWEI AppGallery.

Unparalleled Audio Quality with the HUAWEI FreeBuds Pro 4

HUAWEI FreeBuds Pro 4
The HUAWEI FreeBuds Pro 4 elevates wireless audio with Dual-Driver True Sound technology and Digital Cross-Over capabilities, delivering pure, lossless sound. Powered by an 11mm Quad-Magnet Dynamic Driver Unit and the L2HC 4.0 codec, it offers an unparalleled listening experience. The AI noise cancellation feature, combined with a quad mic system and head motion controls, ensures clear calls in any environment.

Available in Black, White, and Green, the HUAWEI FreeBuds Pro 4 is priced at RM899. With every purchase, customers can grab free gifts worth RM327 and early bird vouchers worth RM50.

Elevate Your Style with the HUAWEI WATCH GT 5 Gold Variant

HUAWEI WATCH GT 5 Gold Edition
Celebrate the Chinese New Year in style with the new HUAWEI WATCH GT 5 Gold Edition. This elegant variant symbolises prosperity and fresh beginnings, combining timeless elegance with cutting-edge technology. Elevate your seasonal look with the HUAWEI WATCH GT 5 41MM Gold Milanese Strap, available at an exclusive price of RM999 (RRP RM 1,299) from 15 January to 15 February 2025.

Available Nationwide

These flagship products are now available for purchase at HUAWEI Experience Stores, the HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store on Shopee, HUAWEI Flagship Store on Lazada and HUAWEI Official TikTok Shop. Celebrate this Chinese New Year by gifting your loved ones with these exceptional devices. Exclusive launch offers and exciting gifts await, including trade-in rebates, complimentary accessories, and more.

For more information on Huawei’s latest products and promotions, please visit HUAWEI official website, HUAWEI Official Facebook page or Instagram.

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com