Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

26 October 2022

SAH Malaysia! Menampilkan Masakan Mi MAGGI® Paling Viral Dengan kerjasama PRESMA, PRIMAS, Para Selebriti & Pempengaruh Makanan

Mi MAGGI® meraikan 51 tahun detik bersejarah bersama rakyat Malaysia menerusi kempen MAGGI® SAH Malaysia! Acara tahunan ini dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 dan juga Hari Malaysia ke-59 baru-baru ini. Kempen ini mencapai kemuncaknya di pertandingan akhir dan pesta terbuka bagi meraikan acara terbesar MAGGI® pada tahun ini, bertempat di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) yang juga merupakan sebuah mercu tanda seni bina yang bersejarah.  

Barisan para pemenang pertandingan memasak ResipiKu KreaktifKu dan ResipiKu DuniaKu di Pertandingan Akhir MAGGI SAH Malaysia!

Mi MAGGI® mula diperkenalkan kepada rakyat Malaysia pada tahun 1971. Sejak itu Mi MAGGI® menjadi kegemaran rakyat Malaysia, dari semangkuk sup mi MAGGI® yang menyelerakan di rumah hinggalah sepinggan Mi Goreng MAGGI® yang lazat di restoran. 

Bercakap di majlis bersama media pada hari ini, Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad berkata bahawa kempen MAGGI® SAH Malaysia! yang bertemakan Kembara DuniaKu Bersama MAGGI® adalah untuk meraikan keenakan dan warisan masakan MAGGI® yang dicipta di rumah serta di kedai-kedai makan. Kempen ini memberi pengiktirafan kepada kreativiti masakan di warung, gerai makan dan trak makanan di seluruh negara yang menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia.

(Kiri) Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (M) Berhad; Encik Chew Soi Ping, Pengarah Eksekutif Jualan Nestle Malaysia dan Singapura; Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Nestlé (M) Berhad dan Puan Yit Woon Lai, Pegawai Eksekutif Perniagaan Bahagian Perniagaan Profesional Nestlé Merasmikan Pertandingan Akhir MAGGI SAH Malaysia 

“MAGGI® SAH Malaysia! yang kini memasuki tahun ketiga bertujuan untuk menyerlahkan keunikan budaya makanan Malaysia - meluangkan masa bersama-sama tanpa mengira latar belakang di kedai-kedai makan sambil menikmati hidangan MAGGI® kegemaran mereka. Ramai pengusaha makanan mengalami kesan kejatuhan akibat penularan pandemik COVID-19 tetapi kini semakin ramai rakyat Malaysia mula makan di luar dan bersosial selepas keadaan kembali normal. Kempen ini adalah untuk meraikan keunikan hasil ciptaan Mi MAGGI® mereka yang viral!” kata Juan. 

Sembang-Sembang MAGGI bersama pengacara MAGGI ® Kembara Duniaku dan Duta MAGGI, Sis Sheila Rusly dan Duta MAGGI Cukup Rasa, Datin Paduka Eina Azman

Melalui travelog SAH Malaysia!, Kembara DuniaKu MAGGI®, yang dihoskan oleh Duta MAGGI® Sheila Rusly, Duta MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman dan Duta MAGGI® Pedas Giler MK K-Clique, MAGGI® telah menjejaki 12 buah warung dan kedai makan di seluruh negara untuk memperkenalkan resipi MAGGI® viral mereka. Para pengusaha makanan ini telah diberikan plak MAGGI® SAH Malaysia! setiap seorang sebagai pengiktirafan untuk hidangan MAGGI® istimewa mereka yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.   

Peserta Pertandingan Akhir Maggi Sah Malaysia

Resipi-resipi viral ini kemudiannya memberi ilham kepada para pengusaha makanan yang lain untuk menghantar resipi kreatif MAGGI® masing-masing untuk cabaran Resipi KreaktifKu secara dalam talian. 8 orang finalis yang bertanding hari ini akan merebut hadiah wang tunai berjumlah RM10,000. 

Kempen MAGGI® SAH Malaysia! turut meraikan kreativiti para pengguna melalui cabaran ResipiKu DuniaKu di mana seramai 12 orang finalis yang terdiri daripada para pengguna akan bertanding untuk merebut tiga Hadiah Utama berupa wang tunai sebanyak RM5,000 di sesi memasak secara langsung pada hari ini. 

Penyampaian Plak Penghargaan kepada En C. Krishnan, Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran India, Malaysia (PRIMAS) dan Dato’ Hj Jawahar Ali, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA)

Pada majlis hari ini, plak penghargaan turut disampaikan kepada Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Restoran India, Malaysia (PRIMAS) sebagai pengiktirafan sumbangan dan usaha kedua-dua persatuan ini dalam mengawal selia dan menggiatkan semula perniagaan pengusaha makanan di Malaysia. Penghargaan ini juga turut diberikan untuk mengiktiraf sokongan yang diberikan oleh ahli mereka yang terdiri daripada lebih 4,500 dan 1,500 vendor masing-masing di PRESMA dan PRIMAS terhadap MAGGI®.     

Puan Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestle (Malaysia) Berhad mengakui bahawa pengusaha makanan di Malaysia telah setia bersama MAGGI® sejak sekian lama, begitu juga dengan para pengguna kami, merangkumi segenap lapisan masyarakat yang terus menikmati detik-detik memori manis MAGGI® mereka sambil mewujudkan hubungan mesra bersama planggan kami. MAGGI® SAH Malaysia! adalah satu perayaan untuk menghargai hubungan MAGGI®  bersama rakyat Malaysia yang sudah lama terjalin.   


Sempat memeriahkan suasana di Pertandingan Akhir Maggi Sah Malaysia 

“Selaras dengan semangat “Anda dan MAGGI®, Sajikan Kelainan”, kami berhasrat untuk memberi inspirasi dan menggalakkan rakyat Malaysia membuat perubahan melalui masakan - sama ada untuk diri mereka sendiri, untuk orang tersayang di rumah atau untuk mengekalkan perniagaan makanan mereka melalui penciptaan dan detik-detik penemuan hidangan MAGGI® yang dapat menarik perhatian pelanggan,” tambah Geetha.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen MAGGI® SAH Malaysia!, sila layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-sah-malaysia/ 


Read More

16 October 2022

Kak Ell Tetap Berjaya Capai RM34 Juta Setahun Tanpa Gelaran Datuk Dan Tak Perlu Cipta Kandungan "Gedik"

KUALA LUMPUR: "Saya bangga pakai nama sendiri!" itu jawapan Kak Ell yang terkenal dengan tagline “Memang Cantik” apabila ditanya tentang produk kosmetik keluarannya yang menggunakan nama sendiri.

Kak Ell bersama produk Fairy Glow Oil

Anak kepada penoreh getah ini, Sharmila Johan, 41, menganggap nama yang diberikan oleh ibu dan bapanya adalah salah satu hadiah terbesar yang membolehkan dia mencapai kejayaan seperti hari ini. 

Dia turut menambah yang dirinya jenis yang tidak membeli gelaran Datuk sebagai tiket untuk percaya yang dia akan lebih berjaya.

"Ini macam satu hadiah juga untuk mak dengan ayah sebab pilih nama yang baik untuk saya," tambahnya lagi.

Kak Ell melancarkan produk Fairy Glow Oil pada majlis makan malam Kak Ell Fantasy Night 

Tahun lalu, syarikat yang ditubuhkan oleh ibu kepada tiga orang cahaya mata ini telah mendapat pengiktirafan Global Best Consumer Brands for Skincare, SME100 Awards 2021 dan Affin BMI Women Entrepreneur Awards 2021.

“Ada yang bertanya tak susah ke pikul tanggungjawab sebagai seorang usahawan, mak dan anak? Saya ‘enjoy’ dan bersyukur macam ni.

"Sebagai wanita, mustahillah saya tak bernafsu nak memiliki barang-barang mewah, kan? Tapi, saya selalu ingatkan diri sendiri supaya tak ‘over’,” tambahnya.

Biarpun memiliki beberapa jenama kereta mewah di rumah, bagi Kak Ell itu semua adalah sekadar pinjaman daripada-Nya, bukan satu simbol kekayaan yang perlu dimegahkan.

Kak Ell Fantasy Night 2022

Malah, usahawanita ini berkata yang dia lebih suka untuk menghabiskan duit yang diperolehi untuk memastikan anaknya mendapat pendidikan yang baik, membantu kawan-kawan dan ahli keluarga, menyumbang semula kepada sekolah yang pernah diduduki dan berkongsi dengan ibu bapa.

"Saya nak pesan, walau berjaya macam mana pun, jangan sesekali abaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. 

Wisma Kak Ell di Shah Alam

“Syurga bawah tapak kaki ibu. Cikgu saya pesan, orang yang jaga ibu bapanya adalah orang yang berjaya. Cuma dalam setiap sudut dan gerak langkah, saya kena lebih berhati-hati dan disiplin. 

“Saya tak boleh main cakap lepas sahaja. Saya ada keluarga dan anak yang perlu dijaga. Malah, saya beruntung kerana pengguna tegar jenama saya sendiri mempertahankan kualiti produk yang dihasilkan hingga ia terus relevan dan dipercayai,” katanya.

Menyambut ulang tahun penubuhan Kak Ell yang ke-4 baru-baru ini, wanita bertudung itu turut memasang impian untuk membimbing lebih ramai orang terutamanya suri rumah dan golongan pelajar untuk berjaya dengan menyertai Team #KakEllStars.

“Saya baru menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Management and Science Universiti (MSU) untuk memberi pengalaman pendidikan yang berbeza kepada pelajar berkenaan,” katanya

Kak Ell turut mensasarkan untuk meraih anggaran jualan produk sebulan sebanyak RM 5 juta.

Kak Ell turut meraikan staf dan ejen terbaiknya


Penyampai Suria FM, Ajak Shiro dan Suraya Borhan mengendalikan majlis Kak Ell Fantasy  Night malam Sabtu lalu

“Mengikut sejarah rekod lalu dengan hebahan secara meluas produk sebelum ini, jualan tahunan pernah mencecah sehingga RM 34 juta.

"Saya sentiasa percaya apa-apa yang kita buat, usaha memang daripada kita, tapi rezeki semua daripada Allah," katanya lagi.

Pemilik nama yang selalu kedengaran di corong radio Suria FM ini ditemui sewaktu acara Kak Ell Fantasy Night yang berlangsung 15 Oktober lalu di Doubletree by Hilton, Shah Alam.

Turut dilancarkan produk ke-48 syarikat miliknya yang dipanggil sebagai Fairy Glow Oil, sebuah produk saiz poket yang berasaskan gabungan lima minyak terpilih. 

Produk terbaharu ini boleh digunakan sekali dengan Glowing Day Cream Kak Ell yang dilancarkan bulan lalu.

Produk Fairy Glow Oil dan Glowing Day Cream Kak Ell

Sehingga kini Kak Ell mempunyai lebih 1100 stokis yang aktif dan juga pelanggan yang membeli sendiri produk melalui laman web Kak Ell sendiri iaitu https://www.kakell.my/
Read More

12 October 2022

Raja Muda Selangor Berkenan Memberikan Geran Perniagaan Kepada 30 Usahawan OKU Say Lead Pro

Petaling Jaya, 11 Oktober 2022 – 30 usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) telah dipilih oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor untuk menerima geran perniagaan dalam program Liga Usahawan OKU Malaysia (SAY LEAD PRO) anjuran Selangor Youth Community yang disokong oleh Yayasan Hasanah. 

Raja Muda Selangor Berkenan bergambar bersama jemputan dan penerima geran perniagaan Say Lead Pro

Liga ini dianjurkan oleh Selangor Youth Community (SAY), sebuah organisasi bukan kerajaan yang diasaskan oleh D.Y.T.M. Raja Muda Selangor. Program Liga Usahawan OKU Malaysia - SAY LEAD PRO dijalankan dibawah inisiatif Entrepreneurship Selangor dengan membawa visi dan misi Baginda untuk mempromosi keterangkuman dalam kepelbagaian terutamanya kepada golongan usahawan belia. Liga ini ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Hasanah melalui “Hasanah Special Grant”. 

Kriteria pemilihan peserta adalah:

Pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang sah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 

Berumur dari 18 tahun hingga 45 tahun.

Berupaya untuk hadir ke kelas secara fizikal dan secara dalam talian 

Berminat untuk mempelajari aktiviti perniagaan.

Antara peserta Say Lead Pro yang menerima geran perniagaan

Program SAY LEAD Pro telah berjalan selama 18 bulan sejak Januari 2022. 60 peserta dipilih untuk menjalani kursus perniagaan selama 18 bulan yang merangkumi empat fasa:

Fasa pertama: Unearth The Talent (4 Bulan)

Fasa Kedua: Commercialisation (4 Bulan)

Fasa Ketiga: Sustainability (4 Bulan)

Fasa Terakhir: Giving Back to Societies (4 Bulan) 

Setiap minggu selama kursus bimbingan perniagaan dijalankan, peserta diberi tugasan dalam untuk dilaksanakan dalam perniagaan mereka sama ada secara fizikal ataupun atas talian. Pada fasa pertama, peserta perlu hadir ke kelas secara fizikal untuk mempelajari amali bagaimana untuk menghasilkan produk/perkhidmatan seterusnya mendapatkan pembekal dan mengekalkan kualiti produk. 

Memasuki fasa kedua Commercialisation, daripada 60 peserta hanya 30 peserta sahaja yang akan dipilih untuk memasuki fasa kedua. Pada fasa ini, peserta akan diberikan ilmu bagaimana hendak untuk mengkomersialkan produk yang dihasilkan sama ada secara fizikal ataupun atas talian. Pada fasa kedua ini, Selangor Youth Community (SAY) telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan bootcamp selama tiga hari dua malam di International Youth Centre (IYC), Cheras. Hasil daripada bootcamp tersebut, setiap peserta dibimbing dan ditetapkan mentor berdasarkan produk yang dihasilkan kepada tiga kumpulan iaitu F&B, Jahitan dan perniagaan atas talian. 



Hasil bimbingan tersebut, setiap peserta berjaya memiliki produk sendiri berdasarkan bimbingan daripada mentor. Dalam pada itu, fasa ini juga turut dipantau rapat oleh pihak Selangor Youth Community (SAY) dan mentor dengan mengadakan pertemuan sebanyak tiga kali pada bulan September untuk merekodkan jualan, kaedah pemasaran dan lain-lain lagi. 

Pada hari ini, D.Y.T.M. Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenaan untuk menyumbangkan geran perniagaan kepada 30 usahawan OKU untuk memulakan perniagaan mereka.

Dari kiri: Puan Nurul Azwa Binti Mohd Rodzi, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor Youth Community, Dato’ Shahira Ahmed Bazari, Pengarah Urusan Yayasan Hasanah dan Penaja Utama Program Liga Usahawan OKU Malaysia- SAY LEAD PRO , D.Y.T.M. Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Mentor-Mentor Usahawan.

Tujuan SAY LEAD PRO dalam melatih dan menolong usahawan OKU adalah untuk memberikan mereka peluang berdikari dalam masyarakat. Selain itu, secara tidak langsung dapat membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam mengurangkan beban untuk menguruskan kebajikan para OKU berdaftar di Malaysia yang berjumlah lebih 600 ribu orang.

Harapan SAY LEAD PRO dan Selangor Youth Community secara amnya ialah untuk membantu usahawan OKU lebih kehadapan serta melahirkan generasi ikon OKU yang baharu.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini boleh layari www.selangoryouth.com

Read More

11 October 2022

AEON Meraikan Deepavali Dengan Catatan Malaysia Book Of Records Peserta Berpakaian Tradisional India Terbesar di AEON Mall Bukit Raja, Klang

Klang, 8 Oktober 2022 - AEON CO. (M) BHD. (AEON), dengan kerjasama Colors of India Creation dan Global Mega Exhibition telah menetapkan satu lagi peristiwa penting sebagai pencapaian negara pemegang rekod dengan menganjurkan “Largest Participants Wearing Indian Attire in A Gathering” oleh The Malaysia Book of Records selepas acara perhimpunan terbesar Deepavali bertempat di AEON Mall Bukit Raja, Klang. 

Penyampaian sijil Malaysia Book Of Records sempena Largest Participants Wearing Indian Attire in A Gathering 

Majlis itu diserikan oleh Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang dan Keiji Ono, Pengarah Urusan AEON. Turut hadir pada majlis tersebut ialah G V Sathia Kumaran, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Colors of India Creation and Global Mega Exhibition, serta wakil dari Malaysia Book of Records. Menurut Keiji Ono, “Sambutan perayaan sentiasa menjadi cara untuk kami terlibat dengan pelanggan kami kerana dalam AEON, kami bukan sahaja menumpukan pada kebaikan pulangan kewangan, tetapi juga untuk memastikan kami mempunyai hubungan yang sangat baik dengan ekosistem kami yang termasuk pembekal, rakan kongsi kami dan lebih-lebih lagi pelanggan kami yang dikasihi dan komuniti berhampiran.” 

“AEON mahu memperkayakan pelanggan kami dengan tradisi dan nilai serta menjadi pusat perjumpaan keluarga. Kami mahu membuat semua pusat membeli-belah kami dan kedai lebih daripada sekadar runcit baharu kerana kami sentiasa berusaha untuk menyediakan yang menyenangkan dan pengalaman baharu kepada pelanggan kami, untuk mereka mencipta kenangan indah semasa mereka bersama kami,” tambahnya. 

Lebih daripada 2500 pelanggan daripada semua kaum dan peringkat umur yang memakai pakaian India berkunjung ke pusat beli-belah Aeon Mall Bukit Raja, Klang untuk menyertai acara pemecahan rekod kebangsaan. Ia juga dimeriahkan dengan lebih 60 gerai yang menjual barangan perayaan Deepavali dan pelbagai lagi keseronokan dipenuhi aktiviti seperti persembahan artis dan cabutan bertuah. 

Perhimpunan ini telah direkodkan dalam Buku Rekod Malaysia sebagai “Perhimpunan Terbesar Peserta Memakai Pakaian India”. Tahun lepas AEON juga mencatatkan dua acara dalam Buku Rekod Malaysia untuk “Penyertaan Terbesar dalam Acara Zumba Maya” yang diadakan semasa PKP dan ‘Bilangan Terbanyak Outlet Menyertai Nyanyian Lagu Kebangsaan Serentak’ untuk sambutan Hari Kebangsaan 2021. 

Inisiatif ini adalah selaras dengan usaha AEON dalam memperjuangkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Matlamat Pembangunan Mampan (UNSDG). Antaranya ialah Keamanan, Keadilan dan Institusi Kuat (SDG 16) iaitu memastikan masyarakat yang adil, aman dan inklusif dan Kesihatan Baik dan Kesejahteraan (SDG 3) memastikan kehidupan yang sihat dan menggalakkan kesejahteraan untuk semua pada semua peringkat umur.

Read More

07 October 2022

Jom Minum Petang Dengan Makanan Kegemaran Bersama Shopeefood!

KUALA LUMPUR, 28 SEPTEMBER 2022 – Semua orang tahu bahawa rakyat Malaysia sangat sangat suka makan. Apabila terasa lapar, kita tidak perlu risau tentang dimana mahu mencari makan. Kita mempunyai banyak pilihan dan pelbagai jenis makanan yang boleh dicari secara meluas di Malaysia, tidak kira masa. Minum petang merupakan masa makan yang popular di kalangan rakyat untuk menikmati sedikit makanan kegemaran masing-masing.

Kini, membuat pesanan untuk sajian petang menjadi lebih mudah dengan adanya ShopeeFood. Mengidamkan cucur udang ketika sibuk di pejabat? Tiada masalah – buka sahaja aplikasi Shopee, pergi ke ikon ShopeeFood, cari gerai ataupun restoran berdekatan yang menjual apa sahaja yang diidamkan untuk minum petang. Dengan kemudahan yang ditawarkan, ShopeeFood menjadi pilihan yang makin popular di kalangan rakyat Malaysia untuk perkhidmatan penghantaran makanan. Ia juga cara yang bagus untuk mencari dan meneroka gerai atau restoran baharu yang pengguna tidak terfikir untuk mencuba sebelum ini kerana kesukaran untuk ke restoran itu sendiri.

ShopeeFood menghubungkan pengguna dengan pelbagai pilihan tempat makan, dari restoran hinggalah ke warung, di mana anda boleh memilih pelbagai jenis masakan, dan juga menikmati tawaran hebat setiap minggu, jualan kilat ataupun penghantaran percuma. ShopeeFood kini terdapat di enam lokasi: Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh, dan Kota Kinabalu. Anda boleh membuat pesanan untuk kebanyakan makanan harian anda, daripada sarapan ke lewat malam, dan tidak dilupakan juga, untuk sajian petang!

Ada juga pilihan untuk menggunakan ShopeePay untuk bayaran tanpa tunai terus dari aplikasi Shopee, yang membuatkan keseluruhan proses pembayaran lancar, mudah, dan semestinya senang sekali. Apa yang tinggal hanyalah untuk menunggu makanan anda sampai dengan teruja sambil membayangkan rasanya yang enak.

Apa Untuk Minum Petang, Malaysia?

Tiada idea untuk sajian petang? Tiada cara yang lebih baik untuk mengetahui apa yang sedap daripada mereka yang telah mencubanya – dan kemudian memesannya berkali-kali. Pengguna ShopeeFood daripada kesemua enam lokasi mempunyai beberapa pilihan kesukaan sendiri untuk waktu minum petang. 

Pisang Goreng merupakan di tangga teratas di Johor Bahru, Ipoh, dan Kota Kinabalu – setiap gigitan pisang goreng dengan luaran yang begitu rangup memenuhi citarasa dan idaman. Manakala Penangitespula lebih suka menikmati minuman manis Teh Boba yang menjadi pilihan nombor satu untuk pesanan waktu minum petang, dan tepat apa yang diperlukan untuk menyegarkan diri di hari petang. Di Lembah Klang, Nasi Goreng dan Pisang Goreng merupakan pilihan utama untuk keinginan waktu minum petang. 

Pisang Goreng Crispy Bandar Dato’ Onn, Johor

Makanan kegemaran pengguna ShopeeFood lain yang termasuk dalam senarai sajian petang? Antaranya termasuklah kuih tempatan seperti apam balik yang rangup dan gebu, berintikan jagung manis, kacang tanah panggang dan ditaburi gula, dan keropok lekor yang kadangkala rangup, kadangkala kenyal dihidangkan dengan sos cili manis, dan terdapat juga hidangan barat yang harus dicuba seperti pastri, kek, dan wafel, diselangi dengan minuman-minuman yang menarik seperti frappe dan smoothie yang membuatkan waktu minum petang terasa sempurna. Tidak dilupakan aiskrim sundae buat yang sukakan rasa manis.

Nurich Café and Catering Petaling Jaya, Selangor

Yang menariknya, pengguna ShopeeFood kerap memesan makanan yang lazimnya, bukan untuk minum petang. Popular di Pulau Pinang, Johor Bahru, dan Ipoh ialah Assam Laksa dan juga Nasi Lemak Ayam Goreng. 

Mungkin ada pengguna yang tidak makan tengah hari dan memilih untuk makan malam sedikit awal? Di Lembah Klang, Pau merupakan hidangan pilihan untuk mereka yang menginginkan makanan yang memenuhi perut dan perasaan lapar, manakala di Kota Kinabalu, Roti Canai dan Roti Telur merupakan pilihan makanan yang agak aneh tetapi popular untuk minum petang. Pengguna dari kesemua enam lokasi mempunyai makanan kegemaran yang sama – burger yang dihidangkan dengan kentang goreng dari restoran makanan segera. Lagipun, bila teringinkan sesuatu, apa yang kita ingin lakukan ialah memesan dan mendapatkannya secepat mungkin supaya dapat menikmati setiap suapan. 

 

Burger kegemaran dari McDonalds 

“ShopeeFood membolehkan kami untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna dan peniaga dengan memberikan nilai yang berbaloi, pilihan, dan kemudahan melalui ekosistem yang berintegrasi dengan satu sama lain di aplikasi Shopee. Dengan ShopeeFood, rakyat Malaysia boleh memesan makanan kegemaran mereka dan mencari kedai baharu dengan melayari pilihan-pilihan yang kami sediakan dari keselesaan rumah mereka sendiri” kata Encik Cheok Tuan Ee, Ketua Pemasaran ShopeePay dan ShopeeFood.

“Kami berasa sangat rendah diri melihat lebih banyak pengguna dan perniagaan mendapat manfaat dengan menggunakan ShopeeFood dan akan terus berkembang untuk memenuhi kehendak kedua-dua belah pihak. Baik sajian petang mahupun makanan kegemaran, semestinya ada sesuatu untuk semua orang dengan ShopeeFood.” 

Nantikan / Countdown ke Promosi 10.10

Bulan Oktober membawakan nilai yang besar unutk pengguna ShopeeFood. Dapatkan tawaran eksklusif daripada pelbagai restoran dan pesan semua makanan kegemaran anda pada 10.10 dengan tawaran hebat:

Penghantaran Percuma dengan pembelian mimimum RM0

Diskaun 50% dengan peniaga terpilih

Shocking Sale dengan RM10 bermula 4 sehingga 10 Oktober

Ayuh Dengar daripada Pengguna ShopeeFood!

Image credit by Syahirah Amran

Syahirah Amran, Petaling Jaya

“Saya kerap menggunakan aplikasi ShopeeFood, tak kira masa. Kegemaran saya untuk minum petang ialah All Berry Bang dari Boost Juice, Bagel dari Coffee Bean (oh sedapnya!) dan Sushi dari Empire Sushi. Saya rasa ia sangat senang dan tak lupa juga, penghantaran yang pantas!”


Image credit by Noor Syafinaz Nazor Ilahi

Noor Syafinaz Nazor Ilahi, Kuala Lumpur

“ShopeeFood menawarkan baucar diskaun yang banyak. Saya suka memesan Cold Brew Coffee dari Starbucks untuk minum petang saya.”

Image credit by Nur Hazirah Izzati Bt Izlin

Nur Hazirah Izzati Bt Izlin, Kuala Lumpur

“ShopeeFood menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma, dan saya dapat menggunakan baucar diskaun serta Shopee Coins. Terdapat banyak peniaga untuk dipilih, tak kira waktu. Salah satu hidangan minum petang kegemaran saya ialah kek-kek yang lazat dari Secret Recipe. Ia membuatkan hari saya ceria.”


Read More

05 October 2022

Get Infinix Note 12 2023 From 7th October 2022

INFINIX NOTE 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB IS MAKING WAVES TO MALAYSIA ON 7TH OCTOBER 2022 FOR RM799

Malaysia to be the first country in Southeast Asia to launch Infinix Note 12 2023 Anti Lag-Lag Club

One of the fastest growing smartphone brands, Infinix will be launching its strongest chipset smartphone soon


KUALA LUMPUR, 3RD OCTOBER 2022 - Infinix Malaysia today announced the official launch of the Infinix Note 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB, their latest powerful smartphone in the Note series which will be available for users across Malaysia from 7th October 2022 onwards. In addition to its fashionable design, the Infinix Note 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB will provide cutting-edge features to its young and trendy users at only RM799. Fans will be excited to find out that Malaysia is the first country in the Southeast Asia region to be introducing such a device.

It features the powerful MediaTek Helio G99 6nm High Performance Monster Engine for an extraordinary and seamless interface experience, an extended RAM up to 13GB (8GB+5GB) for ultimate app processing performance, a massive 5000mAh battery with 33W Fast Charge for long-lasting usage, a 6.7” FHD+ True Colour AMOLED Display for a vivid and immersive viewing experience, a 50MP Ultra Night Triple Camera for an enhanced mobile photography adventure, and a Monster Gaming Kit for gamers looking to level up in their leagues.

"The Infinix Note 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB is a beautiful blend of innovative technology with a sleek design, perfect for today’s youths going through their fast-paced and trendy lifestyles. Here in Malaysia, we strive to inspire and nurture our promising youths in achieving their dreams through the palm of their hands. Integrating all these advanced features into the Infinix Note 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB with an affordable price, Malaysian users will be able to invest and gain access to the digital life, “ said Richard Tang, Country Manager of Infinix Malaysia.


PEAK PERFORMANCE LIFESTYLE

Infinix strategically combines much-needed technologies to make the Note 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB the perfect blend of peak level performance. From a strong gaming processor to important multitasking support, this smartphone provides users with the crucial specifications that are needed for an increasingly demanding lifestyle.

Powerful MediaTek Helio G99 6nm High Performance Monster Engine for Extraordinary and Seamless Interface Experience

The device is equipped with the all-new MediaTek Helio G99 6nm High Performance Monster Engine, packing powerful features and ensuring users a seamless and smoother interface experience, regardless of gaming, web browsing, or streaming videos. This ultra power processor also maximises the viewing and gaming experiences by incorporating two high-performance Arm Cortex-A76 processors clocking up to 2.2GHz and a highly capable Arm Mali G57-class GPU. With the MediaTek chipset, it can achieve up to 385,052 score on the Antutu V9.3.5 test, which is higher than other smartphones within the same price range.

Extended RAM up to 13GB (8GB+5GB) for Ultimate Processing Performance

With the extended 13GB memory by integrating 8GB RAM and 5GB ROM, the Infinix Note 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB allows users to store more photos, videos, and applications. It also gives an unrestricted background running apps from 11 to 20 apps. In addition, it speeds up the application’s start time from 802ms to 307ms and reduces lag up to 61%. Thus, users can experience high-efficiency while using this smartphone for their work or entertainment.


Long Lasting Power of the Massive 5000mAH Battery with 33W Fast Charge

It comes with a massive 5000mAH Battery and a 33W Fast Charge capability. Fans will be able to enjoy a long lasting use as this model saves battery up to 7% in comparison with the G96 model based on laboratory gaming tests. Even though the Infinix Note 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB has a large battery, it still retains the ultra sleek design up to 7.8mm and 192.5 grams light in the form to ensure users have the most comfortable and pleasant user experience.

Infinix’s Signature Monster Gaming Kit For The Ultimate Gaming Escapade

Similarly with its Note series smartphones, Infinix incorporates its signature Monster Gaming Kit to the Note 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB smartphone, which comprises of the XArena (Dar-Link Game Booster Technology), Graphic Enhancement, Revive Countdown, Linear Motor Tactile System with 4D Vibration, 10-Layer Graphite Cooling System, and Dual Speakers with Hi-Res and DTS. This Monster Gaming Kit aims at avid gamers who are looking to score their first league, and with this advanced technology, users will be able to game at ease without worrying about lag time and overheating.

One thing that has been improved in the Note 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB is the addition of the physical gyroscopic function, which will definitely give users a more realistic gaming experience.

SLIM AND STYLISH DESIGN

Infinix understands that young users nowadays not only focus on the performance of their smartphones, but also the trends on the smartphone’s design. By pairing an immersive performance with a trendy and chic design, the Note 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB creates a perfect blend of style that is ideal for any scenario.

6.7” FHD+ True Colour AMOLED Display For a Vivid and Immersive Viewing Experience

Infinix integrates the Note 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB with a 6.7” FHD True Color AMOLED screen that is perfectly suited for users offering a smoother response at the tip of their fingers. The display offers an even more realistic colour and contrast, thanks to its 100% DCI-P3 colour gamut, 100,000:1 contrast ratio.

Blending with its 7.8mm Ultra Sleek Design, users will be able to have a comfortable grasp of the smartphone in their hands while they are on the go.

50MP Ultra Night Triple Camera For Ultimate Photography

Users can take fantastic photos with the Note 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB’s 50MP Ultra Night Camera with a depth lens and AI lens that brings mobile photography to a whole new level. To enhance image capturing even further, the smartphone offers Professional Night Scene Photography Mode to ensure better pictures are taken in low light conditions.

The Note 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB has a 16MP selfie camera with a dual-LED flash for taking the perfect selfie, even after dark.

 


Three Colour Choices To Suit Youth’s Trend and Vibes

The Infinix Note 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB comes in three vibrant colours: Volcanic Grey, Tuscany Blue and Alpine White. The Volcanic Grey speaks volumes as it is a colour fit for matching outfits for any time of the day. Tuscany Blue is a soft and pastel like colour that gives off a calming effect whereas Alpine White shows off a chic and elegance vibe suited for those who strive for a minimalist lifestyle. These colours are not only vibrant, but they compliment today's youth in following the trendsetter culture.

Here are the information on the price and availability of the INFINIX NOTE 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB:

Nationwide First Sale Date

7th October 2022

Online Sales Platform

Infinix AIOT Official Store on Shopee

Colours Available

Volcanic Grey, Tuscany Blue, Alpine White

RRP

RM799

First Day Sales Promo

RM699 (Only on 7th October 2022, Shopee)

Fans who are interested to find out more about this device can also stay tuned to Infinix Malaysia's Official Facebook, Instagram, YouTube, Twitter and website. Do follow Infinix Malaysia's Official social media platforms to stay up to date on upcoming promotions and offerings.


#GameOnzwithInfinix

#InfinixMalaysia

#Infinix

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com