Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

28 February 2022

SHOPEEPAY DAY KEMBALI DENGAN PULANGAN TUNAI MENARIK!

KUALA LUMPUR, 25 FEBRUARI 2022 - Terima lebih ganjaran dengan Shopee pada ShopeePay Day yang akan berlangsung pada 1 Mac 2022. Terhad untuk satu hari, pengguna ShopeePay boleh menikmati 12% pulangan tunai syiling apabila mereka melakukan pembayaran minimum RM25 luar talian dengan ShopeePay di kedai-kedai seperti Ninjaz, Tiger Sugar, GSC, Hometown Hainan Coffee, Ninso, dan banyak lagi.

ShopeePay Day 1 Mac 2022

ShopeePay juga menawarkan pulangan tunai 100% bagi baucar 1 Sen ShopeePay. Baucar-baucar ini boleh didapati pada ikon ShopeePay Near Me di dalam aplikasi Shopee. Pulangan tunai 100% ini akan berlangsung buat masa terhad dari jam 12 pagi sehingga 2 pagi dan dari 12 tengah hari sehingga 2 petang pada 1 Mac 2022. Jenama-jenama yang mengambil bahagian termasuklah; CU Malaysia, Sangkaya, Black Whale, Lotus’s, MR. DIY, Econsave, Guardian, KK Mart, FamilyMart, myNEWS, Eco-Shop, MR Dollar, Hero Market, Dao Desserts, A&W, dan Dunkin Donuts.



Selain tawaran pulangan tunai, ShopeePay juga menawarkan ganjaran sehingga 39,393 syiling Shopee kepada pengguna apabila mereka menambah nilai minimum RM30 ke dalam e-dompet pada 1 Mac 2022. 

Tambahan, sepanjang tempoh ini, ShopeePay juga bakal memberikan potongan 50% tanpa sebarang perbelanjaan minimum, terhad kepada RM5 bagi pengguna telekomunikasi untuk baucar tambah nilai dan potongan 20% tanpa sebarang perbelanjaan minimum, terhad kepada RM4 bagi setiap pembayaran bil menggunakan ShopeePay.

Berita baik bagi penggemar makanan, anda juga kini boleh menikmati tawaran istimewa ShopeeFood yang kini beroperasi di Johor Bahru. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Promosi Super sehingga potongan 50% ketika melakukan pesanan.


Untuk maklumat lanjut mengenai ShopeePay Day 1 Mac, layari, https://shopee.com.my/m/shopeepayday.

Tertakluk kepada terma & syarat.

Read More

25 February 2022

Kumpulan Megaklinik Zahran Dinobat Sebagai The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award’ Kategori Healthcare Integrated Private Clinic

KUALA LUMPUR:  Selepas sembilan tahun beroperasi termasuk menempa nama di era pandemik COVID-19, Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) beroleh kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award’ kategori Healthcare Integrated Private Clinic 

Ketua Pegawai Eksekutif KMZ, Datuk Mohd Nafidz Hj Abdul Razak bersama sijil dan trofi kejayaan pusat kesihatan itu dinobatkan The Brandlaureate Bumiputera Best Brand Award 2022 bagi kategori Healthcare Integrated Private Clinic 2022

Kejayaan yang terus menjadi penanda aras baru itu diraih KMZ pada acara berlangsung 24 Februari lalu di Hotel Majestic Kuala Lumpur. 

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Nafidz Hj Abdul Razak mendedikasikan anugerah berprestij ini kepada seluruh pasukan kerja KMZ

"Kejayaan ini tak bermakna tanpa pekerja kami yang menjadi tulang belakang KMZ. Merekalah yang telah mengembling usaha serta tenaga  dalam memberikan pelbagai perkhidmatan terbaik buat seluruh pelanggan dan pesakit.

Tunjang Kumpulan Megaklinik Zahran, Datuk Mohd Nafidz Abdul Razak dan isteri, Datin Ummul Khairiyah Abdul Rahman

"Ia sekali gus berjaya membawa jenama KMZ sebagai satu jenama Bumiputera yang terbaik di Malaysia.

"Semoga kejayaan ini akan menjadi titik tolak dan pembakar semangat untuk kita semua warga kerja KMZ  termasuk membendung wabak jahat di luar sana yang masih menjadi ancaman manusia," katanya.

KMZ mula bertapak pada tahun 2013. Namun nama klinik ini menjadi perhatian sejak dua tahun lalu ketika dunia diserang pandemik.

Pembabitan golongan terkenal termasuk artis  menjadi medium pengaruh serta promosi terbesar  selain rezeki mudah buat jenama itu pantas dikenali dan menjadi sebutan.

"KMZ kini mempunyai 11 cawangan yang beroperasi di hampir seluruh negeri. Kami mensasarkan pembukaan 12 lagi cawangan pada tahun ini. Jika semua menjadi seperti dirancang, ia akan menjadikan jumlah keseluruhan 23 cawangan. 

"Jenama KMZ menempa nama terutama ketika fasa awal pandemik melalui Zahran COVID-19 Centre yang menyediakan perkhidmatan penuh pengurusan wabak itu.

"Ia termasuk daripada saringan COVID-19 secara 24 jam dan menerusi khidmat bergerak ke lokasi. Begitu juga Pusat Penilaian COVID-19 Swasta untuk pesakit positif, pusat  pemberian vaksin (PPV) dan pusat kuarantin  serta rawatan COVID-19 swasta," katanya.

Perkhidmatan ditawarkan KMZ setakat ini juga telah membantu lebih 2 juta rakyat Malaysia disamping membantu negara dalam misi membebaskan wabak jahat itu. 

"Kami takkan berhenti meneruskan perjuangan ini. Pelbagai usaha akan terus dilakukan bagi membantu negara keluar daripada pandemik dan seterusnya memangkin ekonomi dalaman negara. 

"Kami optimis dengan perancangan tahun ini, KMZ akan meneroka sektor ‘Medical Tourism”  pula sebagai salah satu agenda utama kerana industri ini yang banyak terjejas semasa pandemik mengganas," katanya. 

Anugerah Brandlaurete adalah satu pengiktirafan nasional kepada syarikat bumiputera yang telah berjaya menempa jenama di peringkat nasional. 

Kebangkitan syarikat bumiputera adalah penting dalam keadaan semasa negara agar sektor-sektor perniagaan dapat kembali rancak dan membangunkan pertumbuhan negara.

KMZ beribu pejabat di Bandar Baru Bangi Selangor. Selain Mohd Nafidz, isterinya, Datin Ummul Khairiyah Abdul Rahman atau mesra dengan nama Kak Long di posisi Ketua Pemasaran & Pengkomersilan jenama itu juga dilihat antara 'agen' KMZ yang kerap berkongsi kesedaran, input dan info terutama mengenai COVID-19.


Read More

18 February 2022

JOM IKUTI #CABARAN12JAMSYRIA BERSAMA INTEAM

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN MUSIM SEJUK SYRIA

INTEAM sebagai Ikon Pertubuhan Peduli Insan Malaysia dan juga merupakan kumpulan nasyid negara telah bertolak ke Syria bagi menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk Syria Siri 10. 

Inteam, yang diwakili oleh Hazamin, Rahim dan Syahril akan melancarkan kempen Cabaran 12 Jam Syria pada 18 Febuari 2022 di mana mereka akan cuba tinggal di dalam sebuah khemah di kem pelarian yang terletak di wilayah utara Syria dan merasai sendiri suasana cuaca yang sejuk dan sukar di sana.

#Cabaran12jamSyria secara langsung pada 18 Februari 2022

“Cabaran 12 Jam Syria adalah inisiatif bersama di antara Pertubuhan Peduli Insan Malaysia dan Inteam untuk berkongsi secara telus dan terus tentang realiti kehidupan sebagai seorang pelarian di Syria.” Ujar Syahril merangkap ketua kumpulan Inteam.

“Cabaran ini akan dilaksanakan bermula dari pukul 11 pagi sehingga 11 malam waktu tempatan melalui siaran secara langsung (Facebook LIVE) di akaun rasmi Facebook Inteam @officialinteam dan cabaran ini bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM1,000,000.” tambah beliau lagi.

Ditanya mengenai ke mana dana ini akan disalurkan, Hazamin menjawab “Sumbangan yang terkumpul semasa cabaran ini akan disalurkan terus di dalam bentuk bantuan berupa bakul makanan, set hidangan panas, alat pemanas serta bahan bakar, selimut dan set pakaian musim sejuk kepada 100,000 pelarian Syria.”


Hazamin yang pernah mengikuti Misi Bantuan Kemanusian Musim Sejuk bersama Peduli Insan di Syria pada tahun lepas turut menyatakan kesyukuran kerana tahun ini anggota Inteam yang lain turut dapat sama-sama menyertai misi kali ini dan akan melihat sendiri situasi kesukaran di kem-kem pelarian di Syria.



Beberapa selebriti tanah air juga akan turut menyertai Cabaran 12 Jam Syria sebagai tetamu istimewa secara atas talian seperti Dr. Fitri Haris, Mawi, Hafiz Hamidun, Fedtri Yahya, Dato’Sri Mahadi, Bob Lokman, Ustaz Syamsul Debat dan ramai lagi. Ini adalah tanda solidariti serta sokongan terhadap krisis yang dihadapi oleh pelarian Syria yang telah berlarutan selama hampir 11 tahun.

Serentak dengan Cabaran 12 Jam Syria ini juga, Inteam akan turut melancarkan single terbaru kerjasama dengan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia berjudul Selimut Kasih. Single ini akan berada di platform-platform digital manakala muzik videonya akan turut dirakamkan di beberapa lokasi di Syria.

“Kami sangat berharap semua pihak tampil menyatakan sokongan terhadap pelarian-pelarian Syria dengan berkongsi maklumat mengenai kempen ini melalui sosial media dengan menggunakan tanda pagar #Cabaran12JamSyria #12HoursWithSyria.” Ujar Rahim Inteam. 

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam bernombor 07043011061824 yang didaftarkan di bawah nama Pertubuhan Peduli Insan Malaysia atau melalui laman web rasmi Peduli Insan www.peduliinsan.org

Read More

05 February 2022

Buku Bisnes Ecommerce, Oleh Dzulfaqar Hashim


Ada benda menarik saya nak share dalam artikel kali ini iaitu tentang buku Bisnes Ecommerce, oleh Dzulfaqar Hashim.

Tak tahu cara nak mulakan bisnes ecommerce?

Tak pasti nak jual apa?

Tak yakin orang akan membeli?

Ya, nak mulakan sesuatu bisnes bukan perkara yang senang. Tapi, nak tak kalau saya bantu anda senangkan proses anda mula bisnes?

Saya perkenalkan buku fizikal berjudul Bisnes Ecommerce, ditulis oleh usahawan ecommerce sendiri iaitu Tuan Dzulfaqar Hashim!

Apa yang best nya buku ni?

Buku ini ada ajar cara untuk mula bisnes ecommerce. Mesti anda tak faham kan bisnes ecommerce tu apa?

Lebih kurang macam ni: Bisnes secara online, buka 1 kedai, tarik pelawat masuk dan convince dia untuk membeli. Proses pembelian adalah secara auto. Ibarat macam, kita  sebagai penjual tak perlu tunggu pun  orang membeli, orang tu masuk, dia beli dan dia keluar, tanpa perlu kehadiran kita. haa gitu!

Bukan Tuan Dzul ajar cara mula je, dia ajar semua dari awal sampai habis! Saya anggap ini adalah shortcut untuk saya buat bisnes ecommerce lah.

Siapa penulis buku Bisnes Ecommerce?

Penulis buku ini adalah Tuan Muhamad Dzulfaqar Bin Hashim, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Dzul. Beliau bukan seorang penulis buku dan sangat tidak gemar membaca buku, namun demi merealisasikan impian beliau untuk berkongsi ilmu buat duit secara auto, maka lahirlah buku pertama beliau, buku Bisnes Ecommerce.

Dzulfaqar Hashim mempunyai pengalaman dalam bisnes online daripada tahun 2013 sehingga sekarang.

Dzulfaqar Hashim, Penulis buku bisnes ecommerce

Beliau telah pun melaburkan jutaan ringgit dalam pengiklanan berbayar Facebook, Google dan TikTok, ada yang menjadi, ada yang tidak. 

Dzulfaqar Hashim juga seorang Digital Marketing Consultant & Trainer, iaitu tugasnya melatih marketer, membantu menyusun kempen marketing clients dan pengalamannya bukan dari situ semata-mata kerana beliau juga adalah USAHAWAN seperti anda! Beliau ada menjual produk fizikal, menjual servis, affiliates produk digital, founder/owner produk sendiri dan macam-macam lagi. Banyak pengalaman pahit manis sebenarnya.

Dzulfaqar Hashim sudahpun menganjurkan lebih dari 400 kelas daripada tahun 2016 sehingga sekarang dan telah dihadiri oleh lebih dari 7000 peserta. Boleh layari website rasmi beliau di www.DzulfaqarHashim.com 

Sedikit info menarik tentang buku fizikal Berjudul “Bisnes Ecommerce” oleh Dzulfaqar Hashim

  • Mengandungi 200 muka surat
  • 14 bab padat dengan ilmu dari pengalaman
  • Full color, setiap page ada design sendiri
  • Mudah di baca kerana font tak terlalu kecil
  • Saiz buku custom untuk keselesaan pembaca
  • Ditulis sendiri oleh Dzulfaqar Hashim
  • Disertakan sekali dengan jenis-jenis produk untuk anda terus jual
  • Di ajar cara untuk mencari supplier (pembekal dan pengilang) produk

Koleksi gambar pembeli Buku Bisnes Ecommerce

Tajuk / Judul / Bab yang terkandung dalam buku Tuan Dzulfaqar Hashim, Bisnes Ecommerce

Jadi, apa tajuk yang Dzulfaqar Hashim kongsikan dalam buku Bisnes Ecommerce ini? Adakah ianya betul-betul sesuai untuk anda? Jom kita baca…

  • Bab 1: 6 Soalan yang selalu saya terima tentang bisnes ecommerce. Ini adalah  topik pemahaman tentang apa itu bisnes ecommerce dan apa yang menarik tentangnya.
  • Bab 2: Teknik pilih produk yang best, yang menguntungkan dan yang bagus untuk di jual menggunakan website ecommerce.
  • Bab 3: Ini 8 jenis produk untuk anda jual. Kalau dah rasa susah sangat nak decide untuk jual apa, ini 8 jenis produk yang anda boleh terus mulakan dan jual terus.
  • Bab 4: Rahsia mencari lubuk pembekal yang saya gunakan setiap kali saya nak dapatkan supplier baru. saya ajar apa yang buat terus.
  • Bab 5: Strategi harga & pakej untuk main ecommerce supaya untung lebih lumayan dan tak ‘sakit’ bila main ecommerce.
  • Bab 6: The checklist – 1 halaman senarai semak yang anda perlu follow semuanya untuk pastikan bisnes ecommerce anda berjalan lancar.
  • Bab 7: Ini cara saya mula. saya tunjukkan tanpa sorok 1 langkah pun. anda boleh tiru dan mulakan bisnes ecommerce anda sendiri.
  • Bab 8: Jenis-jenis web ecommerce yang anda boleh buat. ada yang ready made, ada yang kena buat from scratch.
  • Bab 9: Konten padu untuk iklan menjual. Dalam topik ini saya tekankan cara dan pemahaman untuk hasilkan content menjual.
  • Bab 10: Bina E-Commerce salespage menggunakan WordPress. Saya berikan sekali senarai apa perlu buat supaya memudahkan kerja anda
  • Bab 11: Fasa buat iklan. Ini bukan screenshot bergambar tapi ini adalah fundamental dalam penghasilan iklan.
  • Bab 12: Teknik naikkan jualan ecommerce menggunakan beberapa kaedah lain selain dari buat iklan berbayar.
  • Bab 13: Cerita menarik untuk anda baca tentang bisnes ecommerce dan saya yakin anda pasti dapat pelajari sesuatu dari cerita pendek ini.
  • Bab 14: Jangan ulang kesilapan ini. Saya dan team dah rugi 5-6 angka dari sini dan saya nak anda pelajari sesuatu dari topik ini.

Gambar asal / real buku Bisnes Ecommerce

Buku Bisnes Ecommerce ini sesuai untuk siapa?

– Anda yang first time nak buat bisnes – tak pernah ceburi bidang bisnes tapi nak mula sekarang

– Anda yang tak tahu nak jual produk apa lagi – ya pemilihan produk memang susah, saya faham.

– Anda dah ada produk tapi nak automasikan jualan – produk dah ada tapi kena close sales di whatsapp, sekarang nak buat jadi automatik close sales guna website

– Anda yang nak buat bisnes part time atau bisnes ke-2 – bisnes dah ada, dah running cantek, tapi nak tambah lagi income source

– Anda yang sedang buat bisnes E-Commerce – memang dah ada bisnes ecom, tapi nak belajar lebih details.

Visual / Gambaran Buku Bisnes Ecommerce dalam 3D

Macam mana caranya untuk anda dapatkan buku fizikal pertama ‘Bisnes Ecommerce’ ini?

Macam mana cara nak dapatkan buku fizikal berjudul Bisnes Ecommerce – Buat bisnes ecommerce supaya tengah tidur pun sales masuk tanpa perlu balas Whatsapp ini? Anda boleh dapatkan daripada website rasmi buku ini iaitu www.bisnesecommerce.com dengan PERCUMA, tetapi terhad untuk 1000 salinan pertama sahaja. Anda cuma perlu cover shipping and handling fee sahaja. Kos ini berbeza mengikut kawasan anda.

Klik sini untuk dapatkan buku ini sekarang —> https://bisnesecommerce.com

Read More

03 February 2022

Sobella Sasar Ramai Lagi Wanita Jadi Jutawan Jual 'Lipmatte'

Syarikat kosmetik Sobella meraikan tulang belakang empayar perniagaannya menerusi majlis Victory & Glory Appreciation Day berlangsung pada 31 Januari lalu di GlassHouse, Seputeh.

Top Leader Sobella (kiri), Dada Hunyai bersama Wan Nur Syuhada Wan Norzie dan suaminya (suami Syu)

Selepas hampir enam tahun meneroka pasaran kosmetik, tekstil dan produk kecantikan khusus untuk wanita, jenama yang ditunjangi Wan Nur Syuhada Wan Norzie, 31, ini  turut berjaya menarik ramai kaum hawa menjana pendapatan.

Pada acara berkenaan, sekumpulan top leader jenama itu yang merangkul gelaran Top Sales tahun lalu diraikan dengan menerima 'umpan' hadiah lumayan seperti kereta, rumah dan wang tunai.

Dari kiri, Sue Zarra, Golly Sandra, Syu (pengasas Sobella), Dada Hunyai dan Naniey Farra

Wan Nur Syuhada atau lebih mesra dengan nama Syu berkata usaha memperkasakan golongan wanita tidak akan  pernah berakhir menerusi rangkaian perniagaanya.

"Hingga kini, sudah lebih 30,000 agen direkrut di bawah Sobella Squad. Melihat angka itu bertambah saban hari, buat saya terus bersemangat untuk merancakkan cabang perniagaan.

Pengasas produk Sobella, Syu atau Wan Nur Syuhada Wan Norzie

"Bayangkan daripada awalan angka itu hanya 20 orang , meningkat ke ratusan hingga puluh ribuan. Saya juga mahu terus melahirkan jutawan dengan menjual produk 'lipmatte' dan mensasarkan jualan lebih tinggi tahun ini.

"Khususnya menerusi produk terbaru keluaran  dipanggil Soul Matte Edition yang menggunakan konsep duo 'lipmatte' yang akan dipasarkan 9 Februari ini."


Pada acara itu, paling mencuri tumpuan ialah Top Leader Sobella, Nurul Huda Johar atau Dada Hunyai yang pernah menyandang gelaran itu lima tahun berturut turut sejak 2017.

"Dia (Dada Hunyai) mencatat jualan sebanyak 5 juta pada musim pandemik tahun lalu. Sobella telah merealisasikan rumah impian yang berjaya dibinanya dengan hasil ganjaran tunai dan keuntungan jualan produk Sobella.

"Setakat ini di bawah pasukannya saja ada 1000 orang yang terus menjadikan perniagaan saya sebagai punca rezeki dan pendapatan. Paling mengagumkan saya, dia asalnya hanyalah seorang tukang jahit dulu. 


"Bagaimana kerja kuat dan iltizamnya membuahkan hasil. Malah mampu mengubah taraf ekonomi dan kehidupan," katanya.

Tak ketinggalan, empat lagi leader Sobella berjaya mendapatkan kereta idaman masing masing juga daripada hasil ganjaran tunai dan keuntungan jualan produk jenama itu.



"Antara kereta yang diserahkan kepada pemiliknya termasuk Mercedez AMG45, Mustang, Range Rover dan Ford Ranger," katanya.

Kata Syu lagi, jenamanya menjadi produk lokal pertama yang mengamalkan konsep edisi terhad dalam pengeluaran lipmatte.



"Konsep terhad atau 'limited' ini belum diamalkan jenama lain. Jadi secara tak langsung konsep ini buatkan pelanggan rasa istimewa dan eksklusif.

"Setiap kuantiti produk dikeluarkan juga dijaga dengan mengamalkan 'exclusivity brand'. Pendek kata, siapa lambat mendapatkan produk, maka akan gigit jarilah.

"Selepas hampir lapan bulan tiada produk 'killer', harapnya produk Soul Matte Edition yang akan dilancarkan beberapa hari lagi dengan formula dan wajah baru akan terus menjadi rebutan. Boleh tekan pautan https://linktr.ee/WNSyuhada untuk maklumat lanjut," katanya.

Read More

Dr. Rozmey Perluas Rangkaian Produk 2022

Masih ingat lagi dengan nama Dr. Rozmey yang menjadi popular sekitar 12 tahun lalu?

Satu masa dahulu, Datuk Dr Che Rozmey atau lebih dikenali sebagai Dr Rozmey, merupakan satu nama yang cukup dikenali ramai dengan penampilan yang unik dan memiliki kekayaan jutaan ringgit hasil daripada produk kesihatan beliau sendiri.

Bermula dengan produk langsing keluarannya Jus Mate 5, beliau memberanikan diri menerbitkan filem Dua Alam lakonan Aaron Aziz yang turut menjadi sebutan ketika itu.

Lama menyepi selepas itu, lelaki yang miliki nama sebenar, Dr Che Rozmey Che Din telah mengeluarkan beberapa produk baharu termasuk Kopi Espresso, Mybooster dan NeutralG.

Dr Rozmey bersama produk baharu keluarannya iaitu Kopi Espresso, Mybooster dan NeutralG

“Sejak Covid-19 melanda dunia, saya lihat masyarakat mula mengamalkan gaya hidup sihat kerana bimbang mengenai kesihatan.

"Malah, trend ini semakin meningkat dan pengguna memanfaatkan sains dan teknologi untuk membuat pilihan makanan tambahan yang diambil," katanya yang memiliki kilang sendiri di Kedah.

Tambahnya lagi, masyarakat Malaysia kini lebih bijak memilih makanan tambahan sebagai keperluan nutrisi untuk tujuan kesihatan dan kesejahteraan mereka.

Sebagai individu yang bertanggungjawab dalam industri produk makanan tambahan, Dr. Rozmey turut berkongsi bagaimana Mybooster memberi manfaat kepada orang ramai.

"Produk gantian makanan bukan sahaja perlu memberi manfaat, namun ia penting untuk sesuatu produk mematuhi keperluan kualiti dan mengekalkan standard kualiti," katanya.




Hal ini adalah bagi memberi keyakinan kepada pengguna untuk terus menggunakan produk mereka tanpa sebarang kebimbangan.

Dalam pada itu, Dr. Rozemy yakin Kopi Expresso yang menggunakan 100 peratus herba tulen  itu bakal mendapat sambutan hebat daripada peminat tegar minuman kopi di negara ini.

Kopi Espresso DDR Dr Rozmey

"Produk kami dihasilkan di kilang yang mempunyai tahap piawaian kebersihan dan kualiti tinggi. Kopi Expresso merancang meluaskan lagi pasaran produk sedia ada ke seluruh negara secara runcit menerusi kempen promosi secara agresif di media sosial," katanya.

Berkongsi sasaran jualan 2022, Dr. Rozmey menyasarkan jualan sebanyak RM 100 juta memandangkan ketiga-tiga produk sudah menembusi pasaran Kemboja, Vietnam dan Indonesia.

Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan orang ramai yang ingin menghasilkan produk sendiri OEM menghubunginya.

“Penghasilan produk kami dijalankan di kilang kami sendiri yang diiktiraf oleh Amalan Pengilangan Baik (GMP) . Sebut sahaja produk yang ingin dihasilkan, kami cuba membantu,” ujarnya.

Selain suplemen kesihatan, Dr. Rozmey turut menghasilkan produk pertanian termasuk Baja DDR, Awesome Pengalak Buah, Bio Shield Gold Racun Organik dan Bio Clear Pereputan Jerami. Tidak ketinggalan, Dr Rozmey masih mengekalkan produk suplemen seperti Mate 5, Kopi Gomo, The Man untuk tenaga lelaki, DDR Queen  Wanita Beauty, DDR King dan Mate 3 Slimming .

Orang ramai yang ingin maklumat lanjut boleh menghubungi beliau di talian 0122627125.

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com