Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>
Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

02 July 2025

Pameran Food & Drinks Malaysia Anjuran SIAL Network 2025 Memacu Inovasi & Hubungan Global

Lebih Besar, Berani dan Berfokuskan Masa Depan — Malaysia Mengukuhkan Kedudukan sebagai Hab Inovasi Makanan Asia Tenggara

Food & Drinks Malaysia oleh SIAL 2025 (FDM 2025) mengesahkan semula peranannya sebagai platform utama Asia Tenggara untuk inovasi industri makanan, perkongsian strategik dan penyelesaian yang bersedia untuk masa hadapan. Acara yang dianjurkan oleh Comexposium sebagai sebahagian daripada SIAL (Salon International de l'Alimentation) Network yang diiktiraf di peringkat global, edisi tahun ini mencerminkan bagaimana Malaysia sedang bertindak pantas untuk menjadi nod utama dalam ekosistem makanan peringkat global.

Diadakan sepanjang tiga hari yang padat di MITEC Kuala Lumpur, FDM 2025 menghimpunkan para pemimpin industri yang berpengaruh — daripada jenama antarabangsa dan pengedar serantau kepada penggubal dasar, inovator dan usahawan— semuanya berkumpul untuk membentuk masa depan industri pemakanan.

Dirasmikan oleh YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Perladangan & Komoditi, acara ini menandakan usaha awam-swasta untuk mengukuhkan kepentingan Malaysia dalam rantaian bekalan makanan global dan sektor teknologi pertanian. Beliau diiringi oleh YB Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Dan Keusahawanan.

“Food & Drinks Malaysia oleh SIAL bukan sekadar pameran perdagangan; ia adalah pemangkin kepada kemajuan, memperkasakan perniagaan untuk perkembangan, membolehkan idea merentasi sempadan dan mempercepatkan inovasi merentasi keseluruhan rantaian nilai sektor makanan,” kata Henri Tan, Pengarah Pameran, Asia Tenggara, Comexposium APAC.

“Kami amat teruja untuk memperkenalkan Pameran Coklat yang pertama di Malaysia yang disusun atas kerjasama dengan Salon du Chocolat. Malaysia memiliki warisan yang kaya dengan peladangan koko dan pasaran domestik yang semakin berkembang dengan para pengguna sofistikated yang berminat dengan produk coklat yang inovatif. 

Pameran ini meraikan seni pembuatan dan inovasi koko, menawarkan platform untuk mempamerkan bakat tempatan dan berhubung dengan trend global.”

“Sambutan warisan koko Malaysia yang kaya ini hanyalah satu contoh bagaimana FDM 2025 menonjolkan pengaruh negara yang semakin meningkat dalam inovasi makanan — momentum yang dibuktikan lagi dengan adanya penyertaan yang mengagumkan dalam Anugerah Inovasi SIAL,” tambah beliau lagi.

Disokong oleh ekonomi eksport yang kukuh, sektor koko Malaysia mencatat nilai eksport sebanyak RM15 bilion pada tahun 2024, dengan produk coklat yang menyumbang 12.7% daripada jumlah pendapatan eksport — menjadikannya salah satu komoditi utama dalam pertumbuhan dan inovasi negara.1

Memacu Inovasi dari Malaysia ke Persada Dunia

Anugerah Inovasi SIAL diperkenalkan di Malaysia dengan 144 penyertaan tempatan dan antarabangsa serta pengiktirafan global.

“SIAL menyatukan penggiat industri makanan dunia yang memiliki pemikiran yang paling jauh ke hadapan melalui Anugerah Inovasi SIAL pada setiap edisi -- platform yang meraikan idea dan produk berani yang membentuk landskap makanan untuk hari esok.

Kami berbangga melihat Malaysia memajukan ekosistem makanan di rantau ini,” kata Nicolas Trentesaux, Pengarah Urusan, SIAL Network.

Anugerah yang diadakan sempena FDM 2025 ini menerima sebanyak 144 penyertaan daripada jenama Malaysia dan antarabangsa. Sebelas finalis telah dipilih oleh panel juri tempatan dan antarabangsa, dengan tiga pemenang diumumkan semasa Majlis Pembukaan Rasmi.

Tiga Pemenang Utama adalah (mengikut urutan):

• Anugerah Emas: Symphony Spread Black Sesame Spread

Pengeluar: Symphony Confection Sdn Bhd

Negara: Malaysia


• Anugerah Perak: MusaWa Puffs

Pengeluar: Musarium Co. Ltd

Negara: Thailand


• Anugerah Gangsa – Mi Segar Barli (Barley Fresh Noodle)

Pengeluar: Kosmode Health Singapore Pte Ltd

Negara: Singapura

Pandangan para Juri tentang Anugerah Inovasi SIAL yang Pertama di Malaysia

“Apa yang paling menarik perhatian saya ialah produk-produk ini bukan sahaja berani dan asli tetapi juga berdaya maju secara komersial dan sedia untuk berkembang. Penyertaan teratas dengan jelasnya memahami para pengguna mereka dengan menawarkan inovasi yang sesuai berdasarkan keperluan pasaran sebenar. Ini menandakan peralihan yang bermakna bagi Malaysia, daripada pembuatan kepada penerajui inovasi makanan,” kata Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan & Pemasaran Kumpulan, AEON Co Malaysia Berhad

“Tahap inovasi yang ditunjukkan sangat memberangsangkan. Para peserta tempatan ini membuktikan bahawa Malaysia mampu bersaing di pentas dunia, dengan produk yang menggabungkan fungsi, warisan dan sedia untuk masa hadapan. Anugerah ini merupakan gambaran yang kukuh tentang sejauh mana ekosistem inovasi industri makanan tempatan kami telah maju dan menetapkan arah yang seterusnya selepas ini,” kata Melissa Ong, Ketua Pegawai Kumpulan Impact Circle.

Pertimbangan para juri yang terdiri daripada 11 orang ahli kesemuanya telah diadakan secara langsung. Sebagai tambahan kepada Henri Tan dan Nicolas Trentesaux, ahli juri dari Malaysia termasuk:

• Profesor Dr Muhammad Shahrim Abdul Karim, Jabatan Pengurusan Perkhidmatan Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM)

• Encik Timothy Liew, Pengerusi,Peruncitan & Makanan dan Minuman, SAMENTA (Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana); dan

• Encik Mark Law, Naib Presiden, Malaysia Business Group.

Para hakim dari Paris, Perancis termasuklah:

• Xavier Terlet dan Emeline Fordos, Pakar Inovasi dari ProtéinesXTC ; dan

• Jean-Gabriel Mollard, Pengarah Komunikasi, dan Nathalie Perraudin, Pengarah Projek Antarabangsa, SIAL Network.


Penglibatan Berfokuskan Industri Mengutamakan Idea

FDM 2025 telah menyediakan program menyeluruh menerusi forum berimpak tinggi, pertandingan dan aktiviti rangkaian yang disesuaikan untuk industri F&B yang sedang berkembang pesat hari ini:· Pameran Coklat yang Pertama di Malaysia

Disusun dengan kerjasama Salon du Chocolat; pameran menyediakan sampel hidangan di Chocolate & Coffee Gourmet Bar oleh Universiti Sunway.

· Forum Halal FDM ke-2

Menyentuh secara mendalam tentang pensijilan halal, strategi eksport, penjenamaan serta inovasi teknologi dalam ekonomi halal. Forum menampilkan para penceramah yang terdiri daripada pihak berkuasa, badan industri dan pengimport global di sektor industri halal

· Future Food & Agriculture oleh Impact Circle

Menitikberatkan isu kemampanan menerusi panel dan pameran mengenai teknologi pertanian, pertanian pintar iklim dan cabaran keterjaminan makanan yang membentuk untuk dekad seterusnya di rantau ini.· Global Culinary Challenge Malaysia (GCCM) ke-4

Mempamerkan kemahiran dan kreativiti yang hebat , dengan melebihi 600 chef dari 31 negara yang bersaing merentas pelbagai kategori termasuk Inovasi Minyak Sawit, Barista, Koko dan Kek yang dinilai oleh para pakar antarabangsa.

· The Spark oleh Impact Circle @ FDM 2025

Platform Pitching dan anugerah dinamik yang menonjolkan idea berani dan penyelesaian terbaik yang membentuk masa depan industri makanan dan pertanian.

· Memperkenalkan Bahagian Minuman Tidak Halal

Mempamerkan jenama global ikonik seperti Moutai dan Baijiu.

· Anugerah Thai SELECT

Menghargai kecemerlangan F&B Thai di Malaysia.

· Program Pembeli Jemputan dan Portal Eksklusif BizMatch 

FDM 2024 telah menghubungkan 160 pengimport dan pembeli terkemuka, menjana potensi perniagaan melebihi USD 164 juta. Program ini kembali pada tahun ini dengan keupayaan pemadanan yang dipertingkatkan, menawarkan sesi pertemuan satu dengan satu yang lebih fokus di mana mengubah perbincangan menjadi kejayaan komersial.

· Pavilion Antarabangsa dan Tempatan

Menampilkan penyertaan pempamer dari Kanada, China, India, Malaysia, Poland, Korea Selatan, Thailand, Türkiye, Amerika Syarikat dan banyak lagi.




Edisi ketiga Food & Drinks Malaysia oleh SIAL 2025 dengan bangganya disokong oleh rakan kongsi strategik dan penaja termasuk Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), Malaysia Airlines dan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) — semuanya bersatu dalam mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab serantau untuk inovasi dan perdagangan makanan. Sebagai rakan kongsi utama, sokongan MyCEB mencerminkan komitmennya untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi utama untuk acara perniagaan berimpak tinggi dan pertumbuhan industri. 

MITEC Kuala Lumpur merupakan Penaja Lokasi Rasmi untuk GCCM ke-4.

Unjuran Masa Depan: 

FDM 2026 dan Seterusnya FDM 2025 telah menyediakan pentas untuk kejayaan yang lebih hebat pada tahun 2026.

Perniagaan, inovator dan penggerak perubahan digalakkan untuk meneroka peluang lebih awal untuk menjadi sebahagian daripada gelombang inovasi makanan yang seterusnya.

Tandakan Tarikh Anda!

Tarikh: 30 June 2026 to 2 July 2026

Lokasi: MITEC, Kuala Lumpur

Untuk meneroka peluang perkongsian atau menyertai FDM 2026, atau untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Anugerah Inovasi SIAL Malaysia yang akan datang, hubungi marketing@fooddrinksmalaysia.com.

Read More

17 April 2025

Chilli Wantan Mee Halal Hasil Kerjasama Antara Meet Mee Dan Nisabakri Gourmet Kini Di Pasaran Malaysia

Jenama Meet Mee dan Nisabakri Gourmet tidaklah asing dalam industri makanan di Malaysia. Kedua jenama ini menghasilkan pelbagai jenis makanan yang sememangnya menepati citarasa rakyat tempatan. 

Kini, selepas setahun menjalankan R&D yang berdedikasi, Meet Mee sangat teruja untuk mengumumkan pelancaran Chilli Wantan Mee Halal baharunya, yang dicipta secara kerjasama dengan Chef terkenal Puan Sri Nisa dari Nisabakri Gourmet. 

Majlis pelancaran Chilli Wantan Mee kolaborasi Meet Mee dan Nisabakri Gourmet

Kolaborasi ini melahirkan Chilli Wantan Mee, iaitu sejenis mi yang diinspirasikan daripada cita rasa tempatan yang digemari ramai dengan rasa pedas, lazat, mudah disediakan dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Produk inovatif ini bersedia untuk merevolusikan pasaran mi segera, menawarkan pilihan yang lazat dan mudah terutamanya untuk pengguna Islam. Pensijilan Halal dan semua kelulusan yang diperlukan telah diperolehi untuk produk ini, menjadikannya salah satu daripada beberapa pilihan Mi Wantan Halal yang tersedia. 

Chilli Wantan Mee kini boleh diakses oleh semua orang, mempamerkan rasa yang kaya dengan hidangan yang lazat sambil mematuhi keperluan diet.

Chilli Wantan Mee kami menampilkan bahan-bahan premium, dipilih khas dan disahkan oleh Chef Nisa, memastikan pengalaman kulinari yang luar biasa. Dengan Visi untuk mengangkat Wantan daripada hidangan tempatan yang digemari kepada ruji masakan antarabangsa, kami percaya kerjasama ini akan bergema dengan pencinta makanan di seluruh dunia. 

Pek Chilli Wantan Mee direka untuk penyediaan mudah, hanya mengambil masa empat minit untuk dimasak. Setiap pek mengandungi semua yang diperlukan untuk hidangan yang lazat: mi, kicap celup, minyak cili, keropok dan perasa udang. Boleh tambahkan telur, sayur dan ayam untuk kepelbagaian rasa.

Pek Chilli Wantan Mee mudah dimasak

Produk ini sesuai untuk pengembara yang suka melancong, hiking, berkhemah, suri rumah atau sesiapa sahaja boleh menikmati hidangan berkualiti restoran di rumah, tanpa mengira kemahiran memasak mereka. 

Perancangan masa depan, Puan Sri Nisa berharap dapat mengeksport Chilli Wantan Mee ke pasaran antarabangsa, dan mengalu-alukan pasar raya besar, platform dalam talian, kafe, hotel dan restoran untuk menjadi rakan kongsi dalam perjalanan kulinari ini. Setiap rumah harus mempunyai pilihan hidangan yang mudah dan menarik ini. 

SASARAN JUALAN

Sasaran jualan pada tahun ini ialah RM100, 000. Bermula dengan jualan pada awal bulan Ramadan hingga hujung tahun ini. Semasa bulan Ramadan, Puan Sri Nisa telah menyewa tapak di bazar TTDI bagi memperkenalkan produk ini kepada orang ramai. Menariknya, ramai pelanggan datang untuk membeli lagi setelah membuat pembelian pertama. Maklumbalas dari pelanggan berbangsa Cina turut memuaskan kerana ramai menyukai Chilli Wantan Mee ini, katanya lagi pedas lagi sedap.

Sekarang Puan Sri Nisa fokus kepada create awareness di Malaysia dulu dengan menjadikan platform tiktok bagi membantu orang ramai yang menjadi affiliate menambah pendapatan selain kerjasama dengan Influencer untuk memperkenalkan Chilli Wantan Mee ini secara meluas.


Puan Sri Nisa berkata perancangan masa hadapan selepas Chilli Wantan Mee ialah kerjasama dengan Yayasan Nurjiwa untuk memulakan perniagaan retort makanan. 

Chilli Wantan Mee kini boleh didapati melalui platform rasmi TikTok berikut:

TikTok Rasmi Meet Mee: https://www.tiktok.com/@meetmee2u

TikTok Rasmi Nisabakri Gourmet: https://www.tiktok.com/@nisabakrigourmet




Read More

05 April 2025

Hikayat Ayam Zamrud Dari The Chicken Rice Shop Meriahkan Ramadan Dan Syawal

Menjelang Ramadan dan Syawal, The Chicken Rice Shop (TCRS) dengan bangganya memperkenalkan hidangan istimewa musim ini, Hikayat Ayam Zamrud, yang diinspirasikan oleh semangat kebersamaan dan tradisi. Tersedia untuk masa terhad, hidangan istimewa ini bakal menambahkan lagi keceriaan berbuka puasa dan musim perayaan dengan cita rasa yang menggamit selera dan gaya hidangan yang menarik.

Qiss dah cuba hidangan Hikayat Ayam Zamrud The Chicken Rice Shop yang lazat
Sambutan Hari Raya telah melalui banyak perubahan dari masa ke masa. Hikayat lama menceritakan bahawa suatu ketika dahulu, semangat perayaan terasa suram, dengan tradisi yang sederhana dan warna-warna kelam menyelubungi suasana. Walaupun dinantikan dengan penuh keterujaan, kemeriahannya masih kurang dirasai. Namun, pada suatu hari, tersebutlah sebuah penemuan istimewa — sebuah beg cili hijau yang berkilauan bak zamrud telah ditemui. Kilauan warnanya mengilhamkan menu sambal hijau pedas yang luar biasa.

Tahun ini, TCRS menjemput anda untuk merasakan sesuatu yang luar biasa dengan Hikayat Ayam Zamrud — hidangan yang mencerminkan semangat, kebahagiaan, dan cita rasa Hari Raya. Diilhamkan dari tradisi, hidangan ini menggabungkan ayam yang empuk dengan sambal hijau yang memukau — gabungan sempurna cili hijau pedas, herba beraroma, dan rasa masam limau yang menyegarkan. Setiap suapan menceritakan kisah transformasi, hidangan yang penuh dengan rasa dan warna ini dicipta khas untuk menyampaikan rasa sebenar kulinari Malaysia.

Berkongsi makna di sebalik hidangan eksklusif ini, Cik Jane Wong dari TCRS Restaurants Sdn Bhd berkata, “Hikayat Ayam Zamrud melambangkan komitmen kami dalam mencipta pengalaman kulinari yang bermakna yang menyatukan keluarga.

“Hidangan ini bukan sekadar menggamit selera, tetapi juga meraikan warisan budaya kita yang kaya dan hubungan yang terjalin apabila kita makan bersama. Sempena bulan Ramadan dan Syawal yang penuh keberkatan ini, kami ingin menawarkan sesuatu yang benar-benar istimewa untuk menghormati tradisi sambil mencipta kenangan baharu di meja makan.”

Dalam menyemai semangat Ramadan, TCRS turut meraikan semangat perayaan ini melangkaui pintu restorannya dengan menganjurkan program sumbangan makanan khas. Dengan misi untuk menyebarkan kegembiraan, TCRS telah menyumbangkan hidangan Hikayat Ayam Zamrud kepada empat rumah anak yatim di Lembah Klang: Rumah Anak-Anak Yatim Shifa, Rumah Penyayang Nur Iman, dan Rumah Titian Kaseh.

Melalui inisiatif ini, TCRS berhasrat untuk memastikan bahawa anak-anak dan penjaga di rumah-rumah kebajikan ini dapat menikmati hidangan yang enak dan menyelerakan, sekali gus merasakan kemeriahan Ramadan. TCRS berharap untuk menginspirasikan orang lain untuk menghayati nilai belas kasihan dan perpaduan, terutamanya pada musim yang menekankan kebersamaan.

Hidangan istimewa Ramadan dan Syawal ini amat sesuai untuk keluarga yang mencari juadah lazat dan mengenyangkan selepas seharian berpuasa, serta buat sesiapa sahaja yang ingin menikmati sajian bermusim yang istimewa. Sama ada dinikmati untuk berbuka puasa, pertemuan jamuan perayaan, atau sebagai hidangan santai, Hikayat Ayam Zamrud menjanjikan pengalaman kulinari yang tidak dapat dilupakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai menu terkini, sila layari www.thechickenriceshop.com atau halaman Facebook TCRS di https://www.facebook.com/thechickenriceshop/


Read More

17 March 2025

Marrybrown Berkongsi Rezeki Ramadan Dengan Mengedarkan 25,000 Bubur Lambuk Ke Seluruh Negara

Dalam mengekalkan komitmennya kepada komuniti dan tradisi, rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan kegemaran Malaysia, Marrybrown®, sekali lagi membawa kebahagiaan Ramadan kepada rakyat Malaysia dengan mengagihkan lebih 25,000 pek Bubur Lambuk menerusi inisiatif Kasih Ramadan 2025. Usaha tahunan ini terus berkembang dari tahun ke tahun untuk memastikan lebih ramai orang dapat menikmati tradisi yang bermakna ini.

Inisiatif ini bermula di Masjid Puncak Alam, di mana kakitangan Marrybrown® menyediakan dan mengagihkan Bubur Lambuk kepada komuniti setempat. Bukan hanya sekadar hidangan klasik bulan Ramadan, Bubur Lambuk merupakan simbol tradisi di bulan mulia ini. Selari dengan warisan ini, Marrybrown® komited untuk memupuk semangat perpaduan dan kemurahan hati bersempena dengan bulan yang mulia ini.

“Tahun lepas, sambutan inisiatif yang sangat menggalakkan ini membuktikan kepentingan tradisi agihan bubur lambuk dan kami berbangga dapat memperluaskan inisiatif pada tahun ini,” kata Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown®.

Mr. Daniel Chan, CEO Marrybrown, mengagihkan Bubur Lambuk di Masjid Puncak Alam sebagai salah satu inisiatif Marrybrown Kasih Ramadan

“Sebagai jenama yang telah menjadi sebahagian daripada komuniti Malaysia selama beberapa dekad, kami memahami bagaimana Bubur Lambuk menyatukan orang ramai sepanjang Ramadan. Ia merupakan satu penghormatan bagi kami untuk meneruskan tradisi ini sambil berkongsi pengalaman yang sangat bermakna kepada rakyat Malaysia.”

Untuk menarik lebih ramai orang, Marrybrown® telah bekerjasama dengan masjid-masjid di seluruh negara dan juga akan melanjutkan inisiatif ini ke kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuh raya dan hab transit untuk memastikan mereka yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung dapat berbuka puasa dengan hidangan yang melazatkan. Selain itu, cawangan Marrybrown® yang mengambil bahagian juga akan mengedarkan Bubur Ayam MB® kepada masjid dalam komuniti setempat mereka. Usaha ini jelas membuktikan komitmen berterusan jenama dalam memberi kembali kepada masyarakat.

Pasukan Marrybrown memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai

“Ramadan adalah bulan untuk muhasabah diri, mengeratkan lagi perpaduan, dan mengamalkan sifat murah hati. Kami berharap dengan berkongsi hidangan yang ringkas lagi menyelerakan ini, kami dapat membawa kebahagiaan kepada mereka yang menyambut bulan suci ini, tidak kira di mana mereka berada,” kata Daniel Chan.

Inisiatif Kasih Ramadan 2025 akan berlangsung sehingga akhir bulan Mac untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati Bubur Lambuk istimewa ini. Dengan lebih 600 cawangan di 16 negara, Marrybrown® terus mengekalkan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi, sambil mengukuhkan hubungan dengan komuniti setempat.


Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown®, Apl MB, promosi, perkhidmatan penghantaran, dan lokasi pengedaran, sila layari:

Laman Web: https://www.marrybrown.com/

Apl MB: https://mbapp.marrybrown.com/

Facebook: Marrybrown Malaysia

Instagram: Marrybrownmy

TikTok: Marrybrownmy

Threads: Marrybrownmy

YouTube: Marrybrown TV

Read More

26 February 2025

Butter Kaya Kopitiam MyTOWN Cheras Hidangkan Kepelbagaian Menu Tradisi Dan Moden

Nak cari tempat untuk mengisi perut setelah penat membeli-belah di Pusat Membeli-belah di Mytown, Cheras? Boleh cuba pelbagai menu kopitiam menarik dan lazat di Butter Kaya Kopitiam.

Pelbagai jenis hidangan yang boleh didapati di Butter Kaya Kopitiam MyTOWN Cheras

Butter Kaya Kopitiam cawangan MyTOWN, Cheras telah dibuka pada 22 Disember 2024 berkonsepkan moden dan menu yang diolah mengikut citarasa terkini. Ini merupakan cawangan ke empat dan tiga cawangan lagi ialah di Sama Square Wangsa Maju, Petaling Street dan Melaka.

Kepelbagaian menu tradisi diolah dengan baik dan digabungkan dengan rasa moden bagi memberikan pengalaman menarik menikmati hidangan di sini.

Kepelbagaian MENU

Jom cuba beberapa jenis hidangan di Butter Kaya Kopitiam.

Omurice Blackpepper Beef

Omurice Creamy Kam Heong Chicken

Omurice Creamy Kam Heong Chicken dan Omurice Blackpepper Beef

Gabungan nasi Jepun bersama telur dadar bungkus dengan masakan Cina Ayam Kam Heong serta daging lada hitam memberi rasa lazat yang menyelerakan. 

Roti John Spicy Korean Chicken

Roti John Spicy Korean Chicken

Roti John yang diolah dengan sedikit moden gabungan rasa sos gochujang Korea berserta isi daging keju leleh pasti memikat remaja dan peminat Kpop untuk mencuba menu ini. Keropok muruku ditaburkan di atas roti john ini.

Roti John Satay Lemak Crossover

Manakala Roti John Satay Lemak Crossover penuh dengan isi daging dan terdapat dua jenis sambal yang digabungkan iaitu sambal nasi lemak dan sambal kacang. Keropok muruku ditabur bagi memberikan rasa kerangupan sewaktu menikmati hidangan ini.

Nasi Lemak Rendang Chicken With Sambal Sotong

Rendang yang sedap bersama sambal sotong yang cukup rasa menjadikan nasi lemak ini sesuai dimakan bila-bila masa.

Dry Noodle Nasi Lemak 

Gabungan lauk pauk Nasi Lemak dimakan bersama mee dan anda perlu menggaul kesemuanya bagi menikmati hidangan ini.

Signature Chicken Curry Mee

Mi kari ayam yang cukup sedap dan kuah kari yang pekat memikat selera.

Chicken Satay

Sate ayam resepi tersendiri yang lazat dimakan bersama kuah kacang merupakan kegemaran rakyat Malaysia.

Rojak Jumbo Rolls

Rojak kegemaran didalam bentuk rolls yang sesuai dijadikan hidangan kudap-kudap minum petang.

Pandan Kaya Lava Bun 

Roti pandan kaya lava sedap dimakan panas-panas dengan lelehan pandan kaya

Apam Balik Lava Bun

Inovasi dari apam balik sedap dimakan waktu petang atau sebagai hidangan pencuci mulut.

Pandan Gula Melaka Onde Onde Cake

Kek yang diinspirasi dari kuih tradisi iaitu Onde Onde, lembut dan ditabur kelapa parut segar.

Classic Kopi Ice & Inhouse Special Ice

Rasa kopi klasik dan menyegarkan pasti menarik minat peminat kopi tegar untuk mencuba kopi di sini.

Teh Ice Cendol Red Bean

Inovasi teh ais yang digabungkan dengan cendol dan kacang merah menyegarkan tekak yang kehausan.


Harga makanan kat sini sangat berpatutan dan portion besar dan berbaloi untuk mencuba setiap hidangan sebab kesemuanya cukup rasa.


Chef Irwan yang juga merupakan pengasas bersama Butter Kaya Kopitiam, mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang F&B. Pernah menjadi co-founder untuk jenama kopitiam yang cukup popular di Malaysia. 

Misi Chef Irwan bukan sahaja untuk membuka lebih banyak cawangan Butter Kaya di seluruh Malaysia malah Chef Irwan berusaha untuk membawa jenama ini menembusi pasaran antarabangsa.

Reka bentuk dalaman kopitiam yang minimalis dengan kepelbagaian menu yang tersedia membuatkan pengunjung restoran lebih tenang menikmati makanan di sini. Banyak hidangan menarik dan cantik untuk dikongsi di media sosial untuk dan banyak ruang cantik untuk berOOTD juga tau.

Alamat

Butter Kaya Kopitiam

Lot L1-043A, Mytown Cheras

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 11 pagi - 9 malam

Sabtu & Ahad : 9 pagi - 9 malam

Hubungi: 6018 275 8999 ( Tempahan atau Pertanyaan)

Read More

06 February 2025

Dari Jalanan ke Restoran: The Makan Shoppe Kini Dibuka di 168 Park Mall Selayang

Setelah lebih 12 tahun mengukuhkan kedudukan dalam pelbagai skop perniagaan dan seterusnya terlibat dalam industri agro-makanan dan makanan sejuk beku, Arisprop Capital Bhd. melalui Aris Burger Sdn. Bhd. kini melakar sejarah baharu dengan pembukaan cawangan pertama restoran berkonsepkan kopitiam, The Makan Shoppe, bertempat di Pusat Beli-Belah 168 Selayang.

Majlis Peluncuran The Makan Shoppe, bertempat di Pusat Beli-Belah 168 Selayang yang merupakan cawangan pertama dibuka

Dengan visi untuk membawa makanan jalanan ke restoran bertaraf tinggi, The Makan Shoppe mengetengahkan konsep “From Street to Restaurant”, membolehkan rakyat Malaysia menikmati keunikan makanan tempatan dengan suasana yang selesa.

The Makan Shoppe bukan sekadar restoran biasa. Ia adalah simbol keunikan dan warisan makanan Malaysia. Dengan tagline 'Malaysia Street Food and More! Come LAH!', restoran ini menawarkan pengalaman rasa yang tidak dapat dilupakan melalui menu istimewanya.

Majlis dirasmikan oleh Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Antaranya Nasi Lemak Bungkus Pattaya – gabungan sempurna rasa lemak santan, beras Basmathi dan sambal pedas yang membangkitkan nostalgia.

Burger ala gerai jalanan, dihasilkan menggunakan daging berkualiti dengan kandungan peratusan daging yang lebih tinggi, dilengkapkan dengan sos Umami resepi tersendiri yang eksklusif dan yang pastinya adalah HALAL.

Istimewa dari luar biasa

Bandung Dynamte pula adalah minuman ikonik dengan gabungan rasa manis dan menyegarkan, menjadikan ia pilihan kegemaran pelanggan selain pelbagai hidangan lain yang direka untuk memenuhi citarasa setiap pengunjung, dari kanak-kanak hingga dewasa.

Apa yang menjadikan The Makan Shoppe istimewa ialah fokusnya pada membawa pengalaman sebenar makanan jalanan Malaysia ke dalam suasana restoran.

Setiap hidangan bukan sahaja mengekalkan keaslian rasa tetapi juga mempersembahkan makanan dengan gaya yang moden dan menarik. Selain itu, restoran ini memastikan semua hidangan menggunakan bahan berkualiti tinggi untuk memastikan kepuasan pelanggan.

Restoran ini turut mempersembahkan elemen budaya dan warisan Malaysia melalui setiap hidangan.




Dengan pendekatan yang menggabungkan citarasa tradisional, inovasi moden, dan layanan mesra, The Makan Shoppe memberikan pengalaman makan yang lebih daripada sekadar menjamu selera – ia adalah perjalanan rasa ke pelbagai penjuru Malaysia.

Pengerusi Eksekutif Arisprop Capital Bhd, Dato’ Haji Haris Embong mengulas setelah sekian lama terbabit dalam perniagaan dan industri agromakanan serta makanan sejuk beku, sudah tiba masanya untuk melangkah ke arah pembukaan restoran.

Beliau yang juga Pengarah Urusan The Makan Shoppe berkata, objektif pembukaan The Makan Shoppe adalah memperkenalkan kelainan dalam menikmati makanan jalanan Malaysia dengan suasana yang moden dan selesa.

Ia juga mampu menarik lebih ramai pelanggan dengan keunikan menu yang tidak terdapat di tempat lain selain mengukuhkan jenama sebagai pelopor dalam menyajikan makanan jalanan Malaysia dengan sentuhan inovasi.

"Seiring dengan pembukaan cawangan pertama ini, The Makan Shoppe juga sudah mendapat jemputan untuk membuka cawangan baharu daripada Pasaraya terkemuka di pelbagai lokasi strategik seluruh negara," katanya selepas majlis perasmian The Makan Shoppe di Pusat Beli-Belah 168 Selayang.

Majlis dirasmikan oleh Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Permulaan untuk pengembangan

Dato’ Haji Haris Embong berkata, The Makan Shoppe juga dijangka akan membuka beberapa cawangan baharu dalam masa terdekat merangkumi Pasaraya AEON di seluruh Malaysia (AU2 Setiawangsa, Nilai, Melaka, Kota Bharu, Shah Alam), bangunan ibu pejabat MARA, Pasaraya Mydin serta lokasi utama seperti Pavilion KL, Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid dan KLCC.

"Dalam tempoh lima tahun akan datang, The Makan Shoppe merancang untuk membuka hampir 100 cawangan di seluruh negara dan bersedia melangkah ke pasaran antarabangsa," katanya.

Sebagai usahawan bimbingan MARA, The Makan Shoppe telah menerima pelbagai pengiktirafan, termasuk Juara Keseluruhan Kategori Makanan & Minuman (F&B) dalam Anugerah Usahawan MARA (AURA) 2023/2024.

Anugerah disampaikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Arisprop Capital Berhad, termasuk skop perniagaan restoran ini juga dalam proses persediaan untuk disenaraikan di pasaran saham (IPO), sekali gus membuktikan potensinya sebagai pemain utama dalam industri makanan dan minuman.

Kepada pencinta makanan Malaysia, jemput hadir ke cawangan pertama The Makan Shoppe di Pusat Beli-Belah 168 Selayang untuk menikmati keenakan, keunikan, dan kepelbagaian hidangan jalanan Malaysia dengan sentuhan moden.


#themakanshoppe

#streetfoodkerestoran

#nasilemakviral

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com