Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

31 August 2021

RM100,000 Barangan Dapur Dimenangi Pemenang-Pemenang Peraduan Makan & Menang Anjuran LENGQUAS

Kuala Lumpur, 25 Ogos 2021, -Peraduan Makan & Menang anjuran produk makanan sejuk beku jenama LengQuas telah melabuhkan tirai pada 30 Jun 2021.Berlangsung selama tiga bulan sejak 1 April 2021 yang lalu, seramai 60 pemenang bertuah telah dipilih untuk memenangi hadiah-hadiah berupa barangan dapur bernilai RM100,000. Pemenang telah dihubungi oleh pihak KOPETRO sebelum diumukan secara rasmi melalui media sosial LengQuas.

Selain menawarkan hadiah buat pembeli0pembeli LengQuas, KOPETRO turut menawarkan hadiah-hadiah lumayan buat ejen-ejen dan pengedar-pengedar yang berjaya mendapat jualan tertinggi pada bulan April, Mei dan Jun 2021.

LengQuas adalah produk keluaran KOPETRO Food Sdn Bhd. salah sebuah anak syarikat milik Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO). Mula mmperkenalkan dua menu produk sejuk beku pada tahun 2019. LengQuas boleh ditempah secara atas talian melalui akaun sosial media Facebook dan Instagram @LengQuas.official. Tempahan boleh dibuat juga melalui WhatsApp di talian 017 319 5764

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO Berhad, Encik En. Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah, biarpun KOPETRO sudahpun lebih 40 tahun ditubuhkan, ini merupakan kali pertama peraduan seumpana Makan & Menang diadakan bagi mana-mana anak syarikat milik KOPETRO. Sambutan di luar jangkaan yang diterima melalui peraduan ini menjadi pembakar semangat bagi seluruh tenaga kerja LengQuas untuk berusaha dengan lebih inovatif lagi demi meningkatkanjualan LengQuas pada masa hadapan. 



Ahmad Shakir memaklumkan bahawa sepanjang tempoh peraduan dijalankan pelbagai aktiviti promosi telah dijalankan termasuklah mengiklankan produk-produk LengQuas di stesen televisyen. Hal ini menyebabkan sambutan yang luar biasa di terima sehinggakan jumlah pengeluaran produk LengQuas terpaksa di tingkatkan demi memenuhi permintaan pembeli. Sambutan yang cukup hebat ini juga dirasai ejen-ejen dan pengedar LengQuas yang turut menambah jualan tempahan bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap LengQuas.

Tambah beliau lagi, KOPETRO turut menerima banyak permohonan daripada orang ramai untuk menjadi ejen jualan LengQuas. Sehingga kini, LengQuas mempunyai 400 ejen berdaftar serata Malaysia. Sedia untuk mengembangkan pasaran LengQuas ke negara jiran dalam masa yang terdekat ini. 


Sambutan yang memberangsankan unu membuktikan masyarakat semakin terbuka untuk menerima produk sejuk beku sebagai menu sajian makanan. Menawarkan sajian makan tradisional seperi Ayam Percik, Daging Masak Hitam, dan Daging Dendeng. Makanan sejuk beku amat mudah , cepat disediakan juga enak dan berkhasiat untuk dinikmati seisi keluarga. 

Untuk informasi lanjut mengenai senarai produk LengQuas,ikuti Akaun media sosial LengQuas di Facebook, Instagram dan TikTok.

Read More

28 August 2021

Hidup Lebih Efektif Bila Luangkan Masa Bermain Game Di plays.org

Assalamualaikum dan hai, 

Mengisi masa lapang sewaktu musim pandemik covid-19 ni tidak mudah. Bagi yang suka menanam pokok, mereka suka tuai hasilnya. Bagi Qiss, Qiss suka duduk dalam rumah dan buat aktiviti santai seperti bermain game. 

Qiss selalu tengok suami Qiss main game, jadi dia ajar Qiss main game dekat plays.org ni. Mula-mula kekok juga sebab Qiss jarang main game. Rupanya banyak manfaat juga seperti:

Mengurangkan tekanan dan stress

Bermain game selalunya orang berfikiran negatif dan selalu orang kata membuang masa. Sedangkan bermain game dapat membantu mengurangkan tekanan mental dan emosi. Macam Qiss tak dapat keluar pergi event macam biasa jadi Qiss susah nak dapat idea kreatif untuk penulisan blog Qiss.

Salah satu sebab Qiss kata macam ni mungkin bergantung kepada individu itu sendiri. Macam Qiss, bila dapat bermain game dan capai target yang kita nak, Qiss rasa lebih gembira dan senang nak buat kerja selepas itu.

Mengeratkan hubungan keluarga

Bermain game juga dapat mengeratkan hubungan keluarga. Qiss kalau main game mesti suami ada kat sebelah. Kadang-kadang main game sama-sama takpun suami Qiss akan tolong Qiss untuk naik ke peringkat seterusnya. Maklumlah suami Qiss pandai bab-bab game ni.

Seronok bila dapat pasangan yang suka minat yang sama. Jadi tak bergaduh kalau masing-masing sibuk dengan game masing-masing.  Malah Qiss suka bertanding markah game dengan suami Qiss. Selalunya Qiss kalah dan kena belanja suami makan. Ok juga kan. Dapatlah bergurau senda.

Isi Masa Terluang

Setelah penat bekerja seharian, otak kita perlukan rehat. Qiss suka main game sebelum tidur setelah seharian penat bekerja dan membuat kerja rumah. Masa sebelum tidur tu memang dikhaskan untuk bermain game. Tak lama dalam setengah jam macam tu je. Boleh Qiss rehat sambil mencuba game yang terdapat di web plays.org

Game menarik di plays.org

Kalau anda tak tahu nak main game apa kat plays.org jom cuba game yang Qiss cadangkan ni:

1. Teenage Mutant Ninja Turtles Pizza Quest 

Seronok rupanya main game lawan-lawan ni. Untuk main game ni kita perlu special skills. Kena upgrade senjata dan kena complete kan level. Bila dah complete level tu baru best nak tunjuk markah kat kawan-kawan kan.


Sebelum main boleh baca rating dulu. 




Comel ye watak Teenage Mutant Ninja Turtle ni. Jangan risau kalau tak pandai main sebab ada arahan yang perlu diikut sebelum mula bermain.

Kalau nak cuba game ni, boleh klik sini: 

https://plays.org/game/tmnt-pizza-quest/


2. Nick Ultimate Mini Golf Universe: Best Free Minigolf Game

Bagi yang suka bersukan tu boleh cuba main game ni. Tapi game ni untuk peminat sukan golf. Susah ye nak masukkan bola golf tu dalam lubang dia. Ada je halangan. Siap ada rekod jumlah mata lagi. Tiba-tiba rasa macam pemain golf professional pula.





Seronok main golf sambil ditemani kartun dari Nickelodeon ni. Jom main: 
https://plays.org/game/nick-ultimate-mini-golf-universe/

3. Space Adventure Pinball Game

Game pinball ni normal kalau main kat komputer dulu-dulu. Tak sangka boleh main lagi game ni kat plays.org. Seronok main tapi lebih baik guna desktop baru puas hati tengok skrin.


Nak main game ni? Klik sini: https://plays.org/space-adventure-pinball/

Semua game ni Qiss main kat telefon pintar. Boleh main sambil baring dan rehat. Nak buka kat desktop pun boleh. Yang penting semua game kat plays.org ni memang FREE / PERCUMA ye. Rugi kalau anda tak main masa waktu terluang.

Untuk lebih banyak pilihan game boleh layari https://plays.org/ dan mula bermain sekarang. Pasti hidup anda akan lebih ceria.

Read More

27 August 2021

Senarai Kabinet Baharu Tahun 2021

Selepas pelantikan Perdana Menteri Malaysia Ke Kesembilan, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berikut adalah senarai kabinet baharu tahun 2021.

(Tiada Timbalan Perdana Menteri)

Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

YB. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali 

Timbalan Menteri : YB. Datuk Lim Ban Hong


Menteri Kanan - Menteri Pertahanan

YB. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri : YB. Datuk Seri Ikhmal Hisham bin Abdul Aziz


Menteri Kewangan

YB. Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Timbalan Menteri I : YB. Mohd Shahar Abdullah

Timbalan Menteri II : YB. Tuan Haji Yamani Hafez Musa


Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya 

YB. Datuk Seri Haji Fadillah Yusof

Timbalan Menteri : YB. Datuk Arthur Joseph Kurup


Menteri Kanan - Menteri Pendidikan 

YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin

Timbalan Menteri I : YB Senator Dato’ Dr Mah Hang Soon

Timbalan Menteri II : YB Datuk Mohamad Alamin


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) 

YB Datuk Seri Mustapa bin Mohamed 

Timbalan Menteri : YB Eddin Syazlee bin Shith


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri  (Tugas-Tugas Khas)

YB Datuk Dr Hj Abdul Latiff bin Ahmad

Timbalan Menteri : YB Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)

YB Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Timbalan Menteri : Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati binti Samsuddin 


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

YB Senator Tuan Idris bin Ahmad 

Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)

YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Timbalan Menteri : YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib


Menteri Pengangkutan 

YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Timbalan Menteri : YB Dato’ Henry Sum Agong


Menteri Alam Sekitar

YB Datuk Seri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Timbalan Menteri : YB Dato’ Dr Mansor bin Othman 


Menteri Sumber Manusia 

YB Datuk Seri Saravanan a/l Murugan 

Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Awang bin Hashim 


Menteri Wilayah Persekutuan 

YB Datuk Seri Shahidan bin Kassim 

Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias 


Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat

YB Datuk Seri Rina Binti Harun 

Timbalan Menteri : YB Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff


Menteri Pengajian Tinggi 

YB Dato’ Dr Noraini binti Ahmad

Timbalan Menteri : YB Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal bin Muhammad 


Menteri Tenaga dan Sumber Asli 

YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan 

Timbalan Menteri 

YB Datuk Ali Anak Biju 


Menteri Dalam Negeri 

YB Datuk Seri Hamzah Bin Zainuddin

Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Dr Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Timbalan Menteri II : YB Jonathan Yassin


Menteri Kesihatan

YB Tuan Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar 

Timabalan Menteri I : YB Dato’ Dr Noor Azmi bin Ghazali

Timbalan Menteri II : YB Datuk Aaron Ago Dagang


Menteri Pertanian dan Industri Makanan 

YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee

Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Hj Ahmad bin Hamzah 

Timbalan Menteri II : YB Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh 


Menteri Pembangunan Luar Bandar 

YB Datuk Seri Mahadzir Bin Khalid

Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Abdul Rahman bin Mohamad

Timbalan Menteri II : YB Datuk Haji Hasbi bin Habibollah 


Menteri Luar Negeri 

YB Dato’ Saifuddin bin Abdullah 

Timbalan Menteri : YB Haji Kamarudin bin Jaffar 


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 

YB Datuk Alexander Nanta Linggi 

Timbalan Menteri : YB Dato’ Rosol bin Wahid


Menteri Komunikasi Dan Multimedia

YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa 

Timbalan Menteri : YB Datuk Zahidi bin Zainul Abidin


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan 

YB Datuk Seri Reezal Merican bin Naina Merican 

Timbalan Menteri : YB Datuk Sri Ismail bin Abdul Mutalib


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi 

YB Datuk Seri Dr Adham Baba 

Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Amzad bin Mohamed @ Hashim


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi 

YB Tan Sri Noh bin Haji Omar 

Timbalan Menteri : YB Tuan Muslimin bin Yahaya 


Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

YB Datuk Dr Hajah Zuraidah binti Kamaruddin 

Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Wee Jeck Seng 

Timbalan Menteri II : YB Willie anak Mongin


Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan 

YB Datuk Seri Hajah Nancy binti Shukri 

Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Dr Santhara Kumar a/l Ramanaidu


Menteri Perpaduan Negara 

YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Timbalan Menteri : YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal bin Wan Ahmad Kamal 


Menteri Belia dan Sukan 

YB Datuk Seri Ahmad Faizal bin Datuk Azumu

Timbalan Menteri : YB Senator Datuk Seri Ti Lian Ker

Read More

26 August 2021

Aplikasi Mindful Muslim Untuk Ketenangan Jiwa Dan Tidur Yang Tenang

Assalamualaikum dan hai, 

Sejak PKP hidup jadi tak tentu arah, penat, susah nak terima yang kita tak boleh keluar bekerja macam biasa. Duduk rumah sampai dah bosan tak tahu nak buat apa.

Qiss cuba aplikasi Mindful Muslim 


Sampai satu tahap tu terfikir nak buat apa dekat rumah ni kan. Memasak, basuh baju, kemas bilik semua dah siap. Tapi hati masih kosong. Rupanya Allah bagi cuti kerja ni sebab Allah sayang. Allah nak dengar kita berdoa, Allah nak kita perbaiki solat dan ibadah kita. 

Menangis Sebab Aplikasi Mindful Muslim

Sebelum pandemik covid-19 Qiss jarang ada masa untuk beribadah dengan baik. Sebab rumah jauh dengan tempat kerja, perjalanan sejam lebih, kadang tumpang suami pergi kerja pagi tapi event petang. Kena la keluar awal. Kadang-kadang sampai lewat malam baru sampai rumah.

Allah tengok pun letih ye. Bila lah hamba Aku seorang ni nak beribadah, berzikir dan membaca Al-Quran. Sekali Allah jentik hati ni, terus menangis bila dah siap install Aplikasi Mindful Muslim ni, terus dengar ayat suci Al-Quran. Dalam hati kata, Ya Allah, ampunkan kelalaian ku beribadah kepadamu. Sebelum ni aku berusaha cari duit tanpa pedulikan Kau yang memberi rezeki. Ye, betul. Qiss tersentap masa ni.

Hati Lebih Tenang Dan Tidak Cepat Marah

Sejak diperkenalkan dengan Aplikasi Mindful Muslim ni, hati Qiss lebih tenang. Qiss akan buka ayat suci Al-Quran sambil buat kerja. 

Qiss dah tak pedulikan media sosial. Kalau tak sebelum ni 24jam dengan media sosial. Qiss akan buka aplikasi ni sambil tengok tanaman Qiss. Hati lebih tenang, susah nak marah dan kurang dah gangguan makhluk halus yang sering ganggu Qiss sebelum ini.

Apa Tujuan Sebenar Aplikasi Mindful Muslim ni?

Mindful Muslim merupakan aplikasi  berteraskan Islam yang dilengkapi dengan bacaan ayat Al-Quran, Bacaan Ruqyah, Surah-surah, Zikir, Kisah para Nabi, ceramah motivasi dan doa-doa khas untuk ketenangan hati. 


Doa langsaikan hutang. Dulu doa dalam bahasa Melayu je, sekarang boleh dengarkan doa untuk langsaikan hutang dalam aplikasi Mindful Muslim ni. Sekurang-kurangnya kita masih ada alternatif untuk mensyukuri nikmat yang diberi dan memohon pertolongan daripada Allah.

Ada satu bahagian dalam aplikasi ini yang mengumpulkan bunyi alam semula jadi yang cukup menenangkan seperti bunyi air terjun, bunyi ombak dan pelbagai lagi.


Qiss akan buka aplikasi ni masa memasak bekal untuk suami pagi-pagi jadi sambil memasak sambil dengar alunan ayat suci Al-Quran.  Jadi takdelah rasa sunyi. Lepas tu malam sebelum tidur Qiss akan dengar bunyi air terjun kadang-kadang bunyi ombak sebab rindu sangat nak jungle trekking dan ke pantai sambil dengar kata-kata motivasi dari aplikasi Mindful Muslim. 

Background sound ni sesuai dengar bila nak tidur, jadi otak kita lebih tenang dan mudah untuk melelapkan mata.


Macam ni contoh playlist Qiss. Kalau nak ubah atau tambah ayat yang lain pun boleh. Senang nak uruskan playlist ni ye.

Diari

Dalam aplikasi ini juga ada ruangan seperti diari yang membolehkan kita menulis apa yang kita rasa dan taknak orang tahu. Untuk mengakses ke ruangan diari ini anda perlu memasukkan kata kunci atau password jadi tak semua orang boleh akses bahagian ini sewenangnya.





Siapa yang perlu install aplikasi ini?

Semua orang boleh download aplikasi ni sebab aplikasi ni membantu menenangkan jiwa kita. Melindungi diri kita dari gangguan jiwa dan mental. Membuatkan kita sedar yang kita sebenarnya tidak keseorangan dalam kehidupan kita. 

Ambil kata-kata dari aplikasi ni sebagai motivasi untuk mulakan hidup baru setiap hari. Inshaa Allah semua kesukaran akan dipermudahkan dan segala hutang mudah untuk diselesaikan.

Kalau anda nak cuba aplikasi ni boleh muat turun aplikasi Mindful Muslim dari pautan di bawah:-

iOS: https://apps.apple.com/my/app/mindfulmuslim/id1503293513

Andriod: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mindfulmuslim

#MindfulMuslimMy #MindfullMuslim

#MindfulMuslimApp #MotivasiIslam

Read More

19 August 2021

LIVE Sharing Eksklusif Bersama Tun Mahathir Di Platform YEG Academy

Platform pendidikan dan kerjaya atas talian, Your Education Guidance Academy (YEG) berbesar hati apabila mantan Perdana Menteri ke - 7, Tun Dr Mahathir Mohamad atau lebih mesra disapa sebagai Tun M sudi untuk meluangkan masa berkongsi pengalaman beliau bersama warganet khususnya pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Menerusi program kemuncak ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ yang bakal berlangsung pada 22 Ogos 2021, Tun M akan bersembang santai bersama hos, Tengku Izwan Fareed mengenai topik ‘Revolusi Pendidikan Tinggi Supaya Relevan Dengan Pasaran Kerja’ di semua platform media sosial YEG Academy dan negarawan itu bermula jam 10.30 pagi. Asbab hasil tinjauan mendapati 90% pelajar yang menyambung pengajian di IPT menyesal dengan jurusan yang mereka pilih, pihak YEG Academy turut berharap agar Tun M yang pernah diberi mandat sebagai Menteri Pendidikan suatu ketika dahulu dapat berkongsi pendapat beliau bersama warganet kelak.

Sebelum itu, usahawan dan penyanyi rap terkenal, Caprice akan terlebih dahulu membuka tirai pagi dengan turut berkongsi pengalamannya dalam mengejar cita-cita.

Menariknya mengenai ‘bootcamp’ anjuran YEG Academy, ia bukan sahaja berlangsung secara atas talian malah turut menampilkan ramai personaliti dan selebriti-selebriti terkenal tanah air yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti MK K-Clique, Caprice, Ernie Zakri, Wani Kayrie, Faiz Dickie, Pencetus Ummah (PU) Amin serta ramai lagi. Dalam masa yang sama , YEG Academy sekaligus menjadi platform pendidikan dan kerjaya atas talian pertama di Malaysia yang menjayakan program seumpama ini.

Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp

Mula berlangsung pada 2 Ogos lalu, mereka yang telah menonton siaran langsung ini rata-rata memberikan maklum balas yang sangat positif.

Antaranya mereka dapat membuat pilihan jurusan yang lebih tepat, mengenali potensi diri, mengetahui kehendak industri serta banyak lagi.

Menurut pengarah YEG Academy, Encik Hasan bin Ithnin dan Encik Azizulhakim bin Suhaimi tujuan mereka adakan program ini adalah kerana ingin membantu pelajar sekolah dan universiti di luar sana memilih kerjaya yang tepat dengan keperluan industri kini dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kadar pengangguran negara.

“Tujuan kami menganjurkan ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ kerana ingin membantu golongan muda lepasan SPM berusia 17 hingga 19 tahun atau mereka yang berminat, membuat pilihan tepat dalam pemilihan institusi pendidikan tinggi. Untuk rekod, dalam tempoh tiga tahun bermula dari tahun 2018 sehingga 2020, seramai 4000 golongan muda telah dibantu oleh YEG Academy untuk menyambung pelajaran dan membina kerjaya” jelas Hasan.

Mengambil faktor situasi kini, YEG Academy juga telah mengadakan sesi siaran langsung ‘virtual’ ini secara percuma di laman Instagram yang mana nilai sebenar bagi penyertaan ini adalah sebanyak RM1999 seorang.

Ditambah pula program ini turut mendapat sokongan daripada Tabung Haji, Latihan Industri Bergaji Penuh (LIBP), Innovative School of Management (ISM) dan Aviation Career Malaysia.

“Kami sedia maklum akan keadaan negara sekarang yang berhadapan dengan pandemik COVID-19 sejak setahun yang lalu menyebabkan ramai golongan muda mengeluh tiada rujukan tambahan mengenai hala tuju mereka selepas SPM.

Jadi, YEG Academy telah memutuskan untuk mengadakan sesi perkongsian idea dan pandangan buat julung kalinya bersama figura-figura terkenal tanah air secara percuma. Ini adalah peluang keemasan untuk mereka sertai sesi ini kerana pada dasarnya mereka perlu membayar sebanyak RM 1999 bagi sesi selama 21 hari namun kali ini ia adalah percuma” tambah Azizulhakim.

Faktor penceramah jemputan yang terdiri daripada personaliti dan selebriti terkenal tanah air pula adalah kerana YEG Academy ingin mempelawa mereka berkongsi pengalaman terdahulu sebelum terkenal dan berjaya di dalam bidang masing-masing.

“Kami melihat mereka bukan sahaja kerana terkenal atau dikenali sebagai selebriti semata-mata. Namun, kerana pencapaian yang telah dikecapi sebelum ini membuatkan kami terpanggil untuk mempelawa mereka berkongsi pengalaman. Sebagai contoh, Wani Kayrie telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM dan Faiz Dickie pula pernah bergelar sebagai pensyarah”

“Dengan kredibilti mereka sebagai figura terkenal, kami percaya dapat memberi inspirasi kepada golongan muda yang menonton sesi bicara ini.

Tidak dilupakan, Tun M yang sememangnya dikenali dunia sebagai salah seorang pemimpin yang disegani. Sudah pasti, banyak perkongsian yang akan dibuat oleh negarawan ini apatah lagi penonton boleh bertanyakan soalan ketika siaran langsung itu dibuat kelak” ujar Hasan lagi.

Untuk menyertai program YEG Academy, layari pautan http://yegmy.com/bootcamp/ hari ini. Ikuti perkembangan terkini menerusi laman media sosial Facebook @youreducationguidance, Instagram @yegacademy.official atau YouTube @YEGAcademy .

Read More

3 Langkah Mudah Penjagaan Kulit Sensitif Dengan Cetaphil

Assalamualaikum dan hai,

Masih lagi dalam tempoh PKP kan. Masih keluar rumah pakai mask. Qiss memang kulit sensitif kalau panas cepat berpeluh. Bila pakai pencuci muka biasa tu memang elok tapi Qiss nak cuba pencuci muka khas untuk kulit sensitif. 

Masa pergi farmasi nampak rangkaian Cetaphil ni. Bila baca kat maklumat produk memang sesuai untuk kulit sensitif. Apa lagi memang terus ambil je.

Jadi Qiss beli 3 produk Cetaphil iaitu Cetaphil Gentle Skin Cleanser, Cetaphil Moisturizing Cream dan Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Diformulasi dengan PH seimbang dan tidak merengsa dan berfungsi untuk semua jenis kulit. Sesuai la Qiss guna sebagai pencuci muka waktu pagi dan malam. 

Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Paling seronok bila Cetaphil Gentle Skin Cleanser secara aktif menghidrat dan membersihkan kulit dengan lembut tanpa menghilangkan minyak semulajadi di muka. Hasilnya kulit tetap lembut, bersih tapi tak kering.

Tekstur ringan dan tidak melekit Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Produk ni tanpa pewangi dan sabun. Sesuai untuk muka dan badan juga tau. 


Cetaphil Moisturizing Cream

Berkali-kali kita dinasihatkan supaya memakai pelembap muka sebelum keluar rumah bagi mengelakkan kulit kering dan terjadinya bintik-bintik hitam.


Cetaphil Moisturizing Cream

Cetaphil Moisturizing Cream ini sesuai untuk kulit sensitif dan alergi, melembapkan muka dan kulit sepanjang hari. Boleh digunakan pada muka dan badan juga.

Tekstur Cetaphil Moisturizing Cream 


Pelembap ini berkesan melawan 5 tanda sensitiviti kulit dengan memulihkan kekeringan, kerengsaan, kekasaran dan ketegangan kulit.

Pelembap ini juga tidak mengandungi pewangi. Qiss suka guna pelembap ni sebab cepat meresap ke dalam kulit dan tidak melekit.

Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel

Kebiasaan Qiss guna foundation yang dah siap sedia SPF. Tapi bila Qiss guna Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel sebelum keluar rumah, kulit Qiss kurang kesan merah akibat panas cahaya matahari. Kiranya Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel sesuai untuk kulit Qiss.

Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel

Sejak PKP ni jarang keluar tapi dah jadi kebiasaan Qiss guna Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel selepas mandi pagi, barulah mengadap komputer. Selepas seminggu penggunaan Qiss punya kulit nampak lebih segar dan tona kulit makin sekata. 

Tekstur Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel


Lepas ni anda boleh cuba pakai Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel walaupun duduk kat rumah kan. Salah satu langkah mencegah pigmentasi dan penuaan kulit. Elok je sapu kat kulit dan tiada kesan white cast tau. Jadi kalau pakai bedak kulit tak bercapuk.

Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel


Memang berbaloi bila tengok kulit muka makin cantik dan berseri-seri walaupun duduk kat rumah ni. 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk boleh layari:

Laman web:

www.cetaphil.com.my

Facebook:

https://www.facebook.com/cetaphilmalaysia

Instagram:

https://www.instagram.com/cetaphilmy


Shopee:

https://shopee.com.my/cetaphil.os

Lazada:

https://s.lazada.com.my/s.dHTHK

Read More

13 August 2021

Review Kitsui WhiteBerries BB Beaute Dan Kitsui Fedloss Fibre D'tox

Assalamualaikum dan hai, 

Apa khabar PKP anda? Sabar ye walaupun masih kena duduk rumah. Qiss perasan juga sejak pkp ni memang jarang nak cuci muka dengan cuaca panas lagi kan. Senang pula naik jerawat bila pakai mask keluar rumah. 

Cari punya cari minuman yang sesuai untuk kulit muka berjerawat ni dan jumpalah Qiss dengan satu produk dari Kitsui iaitu Kitsui WhiteBerries BB Beaute.  Manakala untuk kesihatan pula Qiss ambil Kitsui Fedloss Fibre D'tox.

Kitsui WhiteBerries BB Beaute dan Kitsui Fedloss Fibre D'tox

Kitsui WhiteBerries BB Beaute


Bebas bahan-bahan berbahaya

Kitsui WhiteBerries BB Beaute ni bebas daripada bahan-bahan berbahaya. Tiada cucuk hormon, tiada gluten, tiada bahan pengawet, bebas GMO, bebas antibiotik dan bahan kimia tau. Jadi memang terjamin la produk Kitsui ni. Sebab tu Qiss berani cuba untuk atasi masalah kulit. Selalunya Qiss akan gunakan set penjagaan wajah tapi kali ni Qiss cuba produk Kitsui WhiteBerries BB Beaute.  Menjadi. Jerawat mengecut dan tak naik merah-merah bila keluar pakai mask. Seronok sangat tengok kulit muka sekarang. 

Selain itu produk Kitsui WhiteBerries BB Beaute ini juga membantu menyelesaikan masalah kulit seperti:

1. Jerawat

2. Pigmentasi

3. Liang roma besar dan parut jerawat

4. Lingkaran gelap bawah mata

5. Kedutan mata dan kedutan senyuman

6. Tona kulit tidak sekata

7. Kulit kering

8. Kulit kusam

Fungsi Kitsui WhiteBerries BB Beaute:

Vitamin C

1. Membantu meningkatkan penyerapan zat besi

2. Pembentukan kolagen

3. Mencantikkan kulit

Vitamin E

1. Melindungi daripada radikal bebas

2. Antioksidan membantu melambatkan tanda-tanda penuaan

3. Mencerahkan dan melembapkan kulit

Vitamin A

1. Menjadikan kulit lebih sihat

2. Penglihatan lebih baik

Kitsui WhiteBerries BB Beaute

Terdapat 6 jenis beri-beri terpilih yang kaya dengan antioksidan aktif iaitu:

Beribiru

- raja antioksidan

Dipilih oleh time magazine antara buah-buahan superfood yang disyorkan.

Kranberi

- juga dikenali sebagai buah rubi

- kaya dengan antosianin 

Strawberi

- kandungan vitamin C lebih banyak daripada buah oren

Rasberi

- kaya dengan flavonoid dan magnesium 

Plum

- kaya dengan serat dan potasium

Anggur

- kaya dengan serat, vitamin K dan B6

Produk Kitsui WhiteBerries BB Beaute ini juga dibuat dengan formulasi terkini dari Korea. Menggunakan teknik pembekuan berkepekatan tinggi untuk dijadikan serbuk. Menggunakan mesin vakum tanpa menggunakan vakum alkohol. Teknologi dan buah yang digunakan adalah dari Itali.

Testimoni Kitsui WhiteBerries BB Beaute


Ramuan Semulajadi untuk anda

Kitsui ini diformulasikan secara unik untuk anda dengan Ramuan Halal Semulajadi yang dipilih khas dari yang terbaik untuk keperluan pemakanan gaya hidup moden harian anda.

Anda akan kelihatan Cantik Semulajadi 

Kitsui Fedloss Fibre D'tox

Muka dah cantik, jerawat tak naik tapi sejak pkp ni Qiss asyik lapar. Makan 5 kali sehari sebab Qiss jenis cepat lapar tapi makan sikit. Masalahnya Qiss susah nak membuang air besar. Kadang 4 kali sehari, memang risau jugalah. 

Ada kawan cadangkan minum Kitsui Fedloss Fibre D'tox sebab dia pun dah cuba dan nampak perubahan.  Senang nak membuang air besar katanya. Dalam seminggu Qiss cuba Kitsui Fedloss Fibre D'tox. Malam sebelum tidur memang Qiss minum sebab senang je nak buat air ni, sediakan air sejuk atau air suam 150ml, tuangkan dalam cawan 1 sachet Kitsui Fedloss Fibre D'tox, goncangkan sehingga larut, kemudian minum. 

Kitsui Fedloss Fibre D'tox

Dua tiga hari lepas minum memang nampak perubahan. Qiss senang nak buang air besar, badan rasa segar bila bagun pagi dan terus buat kerja, takda nak badmood sepanjang hari.

Rupanya badan terlebih toksin. Tanda-tandanya ialah:

1. Masalah kulit

2. Mulut berbau

3. Bau badan

4. Cepat letih

Kadang-kadang disebabkan oleh masalah pencernaan. 

1. Suka makanan berlemak

2. Kurang makanan serat

3. Tiada masa bersenam

4. Kurang minum air

5. Makan berlebihan.

Kitsui Fedloss Fibre D'tox dirumus khas buat mereka yang mempunyai masalah pencernaan. Mengandungi buah-buahan seperti epal, kiwi, oren, avocado, tomato, lemon dan nenas. 

Selain itu, bahan-bahan lain ialah acacia gum, psyllium husk(sekam beras), senna dan teh hijau. Bahan-bahan ini membantu melancarkan sistem penghadaman, mengekalkan kesihatan usus dan meningkatkan kadar metabolisma badan.

Bebas bahan-bahan berbahaya

Kitsui Fedloss Fibre D’tox ni bebas daripada bahan-bahan berbahaya. Tiada cucuk hormon, tiada gluten, tiada bahan pengawet, bebas GMO, bebas antibiotik dan bahan kimia tau

Daripada testimoni yang diterima, ada juga yang menurunkan berat badan setelah penggunaan Kitsui Fedloss Fibre D'tox. 



Anda bila lagi nak cuba. Produk Kitsui Fedloss Fibre D'tox dan Kitsui WhiteBerries BB Beaute dijamin halal tau. 

Harga bagi Kitsui WhiteBerries BB Beaute anggaran 1 sachet sehari ialah RM 1.78 manakala Kitsui Fedloss Fibre D'tox ialah RM 1.60 sehari.  Dengan penggunaan yang disyorkan anda akan dapat melihat perubahan pada diri anda.

Bagi yang ingin mendapatkan produk ini, boleh ke farmasi berdekatan ataupun beli secara online.

Jom ikuti laman media sosial rasmi Kitsui

Instagram : 

https://instagram.com/kitsuimalaysia

Facebook :

https://www.facebook.com/kitsuimalaysia/

Tik Tok :

https://vt.tiktok.com/ZSJefYjJy/

Website :

https://kitsui.com.my/

#kitsui 

#kitsuimalaysia

#tipskecantikankulit

#kulitsihat


Read More

12 August 2021

Rahsia Kulit Glowing Dengan Safi Perfect White Crystal Essence

Assalamualaikum dan hai, 

Lama Qiss tak kongsi tentang produk penjagaan wajah yang Qiss pakai. Almaklum sibuk jaga kulit muka ni. Alhamdulillah semua produk Qiss guna sesuai untuk kulit Qiss.

Baru-baru ni Safi Malaysia ada keluarkan satu rangkaian produk penjagaan wajah yang dikenali sebagai Safi Perfect White. Salah satu produk yang paling Qiss suka dan nampak hasilnya ialah Safi Crystal Essence. 

Safi Crystal Essence


Antara kebaikan Safi Crystal Essence untuk kulit ialah:

❤ Cepat menyerap ke dalam kulit dan tidak berminyak 

❤ Tidak melekit 

❤ 100X  Vitamin C

❤ 130% kelembapan segera

❤ 24 Jam melembapkan kulit 

❤ Crystal Petals ada 3x Vitamin

❤ Enriched with Hyaluronic Acid

Dalam Safi Crystal Essence juga TIADA bahan-bahan berbahaya seperti:

! Tiada Alcohol 

! Fragrance Free

! Tiada Paraben

! Tiada Mineral Oil

Cara Penggunaan

- Cara guna, sapukan pada muka selepas mencuci muka dengan pencuci muka dan sebelum memakai serum atau moisturizer

Kalau ikut Qiss, sebab Qiss ada set rangkaian Safi Perfect White ni.

- Mula-mula bersihkan muka guna Pembersih Safi Perfect White Purifying 2 in 1.  Kadang-kadang Qiss guna Pembersih Whipped Foam Purifying untuk menyegarkan kulit wajah.

- Kemudian, gunakan Safi Perfect White Revitalizing Cream Scrub untuk buang dan bersihkan liang pori dengan lembut supaya kulit wajah kita jadi lebih licin. Scrub ni Qiss guna seminggu 2 kali sahaja.

- Barulah gunakan Safi Perfect White Crystal Essence ni untuk membantu mencapai tona kulit sekata selain melembapkan kulit dan menyihatkan kulit. 

Tekstur Safi Perfect White Crystal Essence 

- Safi Perfect white Dark Spot Corrective Serum Qiss guna pada bahagian-bahagian yang ada bintik-bintik gelap atau jeragat.  Seeloknya guna sebelum keluar rumah bagi melindungi kulit dari sinaran matahari.


- Boleh juga sapukan Safi Perfect White Safi Perfect White Illuminating Day Cream SPF20 PA ++ untuk melindungi dan mencerahkan warna kulit.

- Waktu malam pula Qiss guna Safi Perfect White Replenishing Night Cream

Taadaa! Barulah kulit glowing dan berseri macam artis KPOP kan.


Waktu PKP macam ni sempat la Qiss nak belek muka. Pertama kali dengar tentang Crystal Petals ni dalam produk Safi. Lepas pakai dekat muka nampak lebih glowing muka dan berseri-seri gitu. Crystal Essence ni pun banyak membantu melembapkan dan mencerahkan kulit tau.

Harga untuk produk ni sangatlah mampu milik sebotol kecil saiz 35ml hanya RM 10.90 boleh tahan sebulan manakala 100ml hanya RM 34.20.

Produk ini boleh didapati di Shopee, Lazada, Watson dan Guardian. Untuk maklumat lanjut mengenai produk Safi Perfect White boleh ikuti laman Instagram @SafiMalaysia 

Read More

11 August 2021

Dulu Kelindan Lori, Kini Usahawan Berjaya

Jatuh dan bangun merupakan asam garam kehidupan. Sebelum memulakan empayar jualan sabun, Nurul Hasrah bekerja sebagai kelindan lori menemani suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori. Seawal 4.30 pagi mereka keluar mencari rezeki dan pulang kerja 1.30 pagi bagi melengkapkan perjalanan menurunkan barang ke 45 buah kedai setiap hari kerana hasil komisen mereka bergantung pada jumlah tan. Penat mengejar trip akhirnya pasangan ini berhenti.

Usahawan Sabun Dolive Nurul Hasrah dan suami

Melalui modal simpanan sebanyak RM400, pasangan ini mencuba nasib untuk menjadi pengedar jualan sabun kerana sabun dilihat sebagai satu barangan wajib yang perlu ada di setiap premis dan kediaman tidak kira penggunanya berbeza latar belakang kerjaya, pendapatan, tinggal di ibu kota atau di kampung serta berkeluarga ataupun individu bujang. Berdepan dengan masalah teknikal yang diabaikan oleh pihak pengurusan atasan di ibu pejabat, pasangan yang berkahwin pada usia semuda 20 tahun itu tekad mengundur diri dengan membuat perancangan sendiri membina syarikat baharu yang dinamakan Fresh Expert Sdn. Bhd. (Fresh Expert) pada tahun 2018.

Sabun Dolive Empat Dalam Satu

Ilmu bisnes yang ditimbanya selama ini tidak akan dipersiakan begitu sahaja dan inilah platform terbaik untuk merealisasikan impian mereka menjadi usahawan sabun berjaya. Menggunakan jenama Dolive, Nurul Hasrah memperbaiki model perniagaan dengan sistem yang lebih teratur bagi membolehkan semua wakil jualannya berniaga secara telus tanpa bersaing sesama mereka. Semasa baru memulakan perniagaan sabun, Nurul Hasrah hanya menaiki kereta kancil dan kereta tersebut boleh memuatkan 50 hingga 60 botol sabun. Dengan usaha gigih, Nurul Hasrah membuka tapak-tapak jualan bagi mempromosikan sabun jualannya. 

Pada peringkat awal perniagaan Sabun Dolive ini, mereka pernah berniaga di tapak pasar tani, masuk ke tapak promosi di dalam Mydin. Melalui tapak promosi itu ada beberapa orang berminat untuk menjadi ejen. Kemudian beralih kepada sistem online menggunakan FB Ads yang menyasarkan penduduk di bahagian utara tanah air sehingga mampu menyewa premis kedai untuk dijadikan kilang permprosesan sabun. Semakin hari jualan semakin meningkat dan permintaan sabun semakin banyak. Nurul Hasrah mengambil inisiatif membuka kilang di Kepala Batas dan selepas setahun kilang di Bukit Serdang dibuka untuk memenuhi permintaan di bahagian selatan.

Kini, Nurul Hasrah mampu tersenyum apabila melihat perniagaannya semakin maju.

Nurul Hasrah, Pengarah Urusan bagi Fresh Expert Sdn. Bhd.


“Peluang hanya datang sekali, jika kita abaikan dan tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh maka kita tidak mencapai yang diimpikan selama ini,” kata Nurul Hasrah selaku Pengarah Urusan bagi Fresh Expert di pejabatnya di Seri Kembangan baru-baru ini. 

Sabun Dolive berkonsepkan empat dalam satu (4 in 1) yang bertindak sebagai pencuci, pewangi, pelembut dan antibakteria. Sabun ini memiliki sembilan haruman eksklusif telah dihasilkan melalui kajian dan pembangunan (R&D) yang teliti. Antara wangian yang mendapat tempat dihati pelanggan ialah Pink Sakura Blossom, Blue Original Ocean, Hijau Apple Blossom dan Purple Lavender.

Antara Wangian Sabun Dolive dipasaran 

Mohd. Hafiz menjelaskan, sabun seberat 10 liter yang dijual pada harga RM30 cukup berbaloi kerana selain menghasilkan cucian yang memenuhi keperluan pelanggan ia juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan kerana kuantiti sabun Dolive mampu bertahan sehingga hampir tiga bulan.

Produk Dolive telah mendapat pengiktirafan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Jualannya kini telah mencatat sehingga 100,000 botol sebulan sejak mula dipasarkan pada tahun 2019. Pasarannya juga bukan sahaja di seluruh Malaysia tetapi juga telah berjaya menembusi ke negara jiran seperti Singapura dan Brunei.

“Kami mengunjurkan jualan bertambah kepada satu juta botol sebulan pada masa depan, jumlah ini mampu dicapai memandangkan komitmen rangkaian pengedaran dan juga keyakinan pelanggan yang tinggi terhadap produk sabun Dolive yang berkualiti,” jelasnya. Banyak testimoni yang diterima merupakan testimoni yang baik seperti sabun sesuai untuk kulit sensitif malahan sesuai untuk membasuh pakaian bayi.

Tambah Mohd. Hafiz, strategi juga sedang dirancang untuk menambah lebih ramai pengedar kepada 3,000 orang pada masa depan dan juga 30 master leader di seluruh pasaran domestik dan di negara jiran. Buat masa ini, syarikat memiliki kira-kira 1,000 ejen dan pihaknya mahu menawarkan peluang perniagaan yang berpotensi kepada mereka yang terjejas pendapatan dan kewangan ekoran pandemik Covid-19. Nurul Hasrah mengajak suri rumah yang ingin menambah pendapatan untuk menjadi ejen dan stokis untuk produk ini. Modal serendah RM250 dan akan mendapat 10 botol sabun dan haruman boleh dipilih.

Bukan itu sahaja, ejen dan pengedar di bawah naungan Fresh Expert akan diberi tunjuk ajar selok belok perniagaan dan menariknya, pada siang hari mereka mencari rezeki manakala waktu malam mereka menjemput rezeki.

Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti :

Facebook 

Sabun Dolive HQ

Instagram :

Sabun Dolive HQ

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com