Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

26 June 2020

Rezeki Menang Emas Dengan Hanya Membeli-belah Di CMASA.MY

Assalamualaikum dan hai,

Hari ni Qiss nak ajar anda cara mudah nak menang emas ni. Bagi yang suka  mencuba bolehlah turut serta sebab mudah sangat-sangat.

Kalau nak menang emas ni kena rajin tau. Mana tau ada rezeki anda terselit sekali.



Untuk dapatkan emas ini, anda hanya perlu lakukan 3 LANGKAH MUDAH ini :

LANGKAH 1 :

Beli minimum 1 produk dari website e-commerce di https://cmasa.my/ . Tak kisah produk apa sekalipun yang anda beli, anda layak untuk memenangi hadiah EMAS PERCUMA ini.

LANGKAH 2 :

Sila simpan resit pembelian online anda daripada website e-commerce cmasa.my tersebut, dan SILA PRIVATE MESSAGE di FB Page rasmi CMASA serta upload dan kemukakan resit pembelian anda sebagai pengesahan.

LANGKAH 3 :

Selepas anda menjalankan dua langkah di atas, sila buat satu posting secara public di Facebook profile anda dengan ayat yang bermula "SAYA SUKA CMASA.MY KERANA............" (sila lengkapkan ayat di atas mengikut pengalaman dan kreativiti anda sendiri) beserta dengan gambar anda secara kreatif di posting anda. Sila sertakan bersama #cmasa bersama dalam posting anda untuk memudahkan CMASA menemui posting anda secara public.



PEMILIHAN PEMENANG ?

CMASA akan memilih 6 orang yang mempunyai :

LIKE
KOMEN
SHARE

paling tinggi dalam posting anda untuk dihadiahkan EMAS SECARA PERCUMA terus kepada anda !

Selain daripada itu, jika anda tidak tersenarai di dalam 6 tertinggi ini, jangan bimbang CMASA ada menyediakan 10 hadiah saguhati untuk anda!

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 JUN 2020. Sekiranya terdapat sebarang soalan atau kemusykilan, boleh mesej terus ke FB Page CMASA.

Jangan tunggu lama-lama ye...Siapa cepat dia dapat .

Untuk maklumat lanjut boleh layari, www.cmasa.my

Qiss doakan anda yang menyertai akan menang dan emas tersebut jadi milik anda. Suka tak? Eheheh.. Semoga berjaya.

#cmasa #cmasamy #lamanweb #belionline #shoppingonline
Read More

24 June 2020

Hanya RM 20 Set Hidangan Ayam Untuk Semua Di The Chicken Rice Shop

Assalamualaikum dan hai,

Hari ni jalan-jalan beli barang dengan umi ayah. Banyak benda nak beli sebenarnya lepas tu teringin makan nasi ayam. Alang-alang Qiss shopping kat Metro Point Kajang, Qiss cari la restoran nasi ayam yang best. Masa lalu kat depan outlet The Chicken Rice Shop Qiss nampak ada banner promosi sempena Ulangtahun TCRS yang ke-20.


Sempena ulang tahun ke-20 mereka, TCRS akan menghidangkan set makanan Ayam Untuk Semua yang eksklusif dari 18 Jun 2020, hanya terhad 20,000 set dengan harga RM20 untuk tiga orang.

Untung juga belanja umi dan ayah hari ni sebab dapat banyak sangat hidangan termasuklah:

• 1/4 hidangan ayam dengan pilihan Roast/Steamed/Soy Sauce.

• Satu hidangan ayam dengan pilihan Roast/Steamed/Soy Sauce untuk seorang makan.

• Ipoh Bean Sprouts (L) atau Pak Choy dengan Oyster Sauce (L) yang ni boleh pilih la sayur mana kegemaran anda.

• 3x 12oz minuman ringan

• 3x mangkuk nasi

• 3x mangkuk sup


“Inilah cara kami di The Chicken Rice Shop mengucapkan 'terima kasih' kepada rakyat Malaysia atas sokongan mereka buat kami selama ini dan kami berharap melalui inisiatif ini, semua orang dapat bersama-sama menikmati hidangan Ayam Untuk Semua,” kata Cik June.

Set Ayam Untuk Semua TCRS hanya RM20

Dengan makanan enak yang disediakan untuk dinikmati dengan harga yang berpatutan, TCRS juga berhasrat untuk menyalurkan sebanyak RM2 dari setiap pembelian hidangan ke Program Makanan Pay It Forward demi membantu orang seterusnya membeli Set Ayam Untuk Semua. Program ini bertujuan untuk membolehkan ramai pelanggan menikmati hidangan istimewa ini.

Cik June Song, Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd berkongsi bahawa TCRS sentiasa mencari peluang untuk menggembirakan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat dengan hidangan Nasi Ayam Hainan yang asli dan lazat.


Kegemaran Qiss ni, Soy Sauce 

Pelbagaikan rasa, kita ambil ayam Roast


Dengan slogan mereka ‘Chicken Rice… and More’, TCRS sentiasa mengutamakan penyediaan makanan Halal yang enak dan berpatutan untuk semua rakyat Malaysia agar mereka dapat menikmati dan berkongsi hidangan enak bersama orang yang tersayang.

“Kami menghargai setiap detik selama 20 tahun bersama para pelanggan yang setia dan kami berharap untuk terus menyediakan hidangan yang terbaik bagi rakyat Malaysia untuk tahun-tahun yang akan datang,” ujar Cik June.

Puas hati dapat makan hidangan untuk 3 orang ni. Qiss belanja umi dan ayah je.

Untuk maklumat lanjut mengenai The Chicken Rice Shop, sila layari:

Facebook 

Instagram 

Tunggu apa lagi tu? Meh la ajak keluarga dan kawan-kawan makan sekali.


#TheChickenRiceShop
#TCRS
#TCRSturns20
#AyamUntukSemua
#PayItForward
Read More

19 June 2020

Pembukaan Taman Eko Rimba Dan Hutan Taman Negeri Di Negeri Sembilan

Assalamualaikum dan hai,

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang secara rasmi bermula pada 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020 sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, YAB Menteri Besar Negeri Sembilan turut mengumumkan pembukaan Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri dibuka untuk orang awam semasa Mesyuarat Lembaga Perhutanan Negeri Sembilan Bil 1/2020 berkuatkuasa 15 Jun 2020. Namun begitu, sebarang bentuk aktiviti yang akan dijalankan di dalam Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri perlulah mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) sebagaimana yang telah digariskan Maljlis Keselamatan Negara (MKN).



Sehubungan dengan itu, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah mengeluarkan SOP Ekopelancongan Hutan di Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri bagi mencegah penularan jangkitan Covid19 semasa menjalankan aktiviti riadah. Pembukaan ini selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi dan hasil negeri khususnya di Negeri Sembilan.

Baca juga:Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan 

Berdasarkan data kedatangan pengunjung ke Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri bagi tahun 2020 bermula Januari adalah seramai 61,377 orang pengunjung diikuti Februari seramai 50,840 orang pengunjung dan Mac seramai 21,622 orang pengunjung. Oleh yang demikian pihak Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan menjangkakan kedatangan pengunjung akan meningkat semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PPKP) memandangkan pelancongan domestik amat digalakkan di dalam tempoh PPKP ini

Sehubungan dengan itu, beberapa lokasi Taman Eko Rimba dan Taman Negeri di Negeri Sembilan telah dikenalpasti akan beroperasi berkuatkuasa 15 Jun 2020 ini antaranya:

1. Taman Eko Rimba Ulu Bendul

2. Taman Eko Rimba Jeram Toi

3. Taman Eko Rimba Jeram Tengkek

4. Taman Eko Rimba Serting Ulu

5. Taman Eko Rimba De Bana

6. Taman Eko Rimba Lenggeng

7. Taman Eko Rimba Pasir Panjang

8. Taman Eko Rimba Gunung Tampin

9. Taman Eko Rimba Gunung Datuk

10. Taman Eko Rimba Gunung Angsi

11.Taman Eko Rimba Gunung Berembun

12.Taman Negeri Kenaboi

13. Pusat Edu Ecotourism Sungai Menyala

Namun begitu, Taman Eko Rimba Batu Maloi masih Iagi ditutup pada masa ini kerana ianya masih lagi tertakluk di dalam larangan SOP Majllis Keselamatan Negara (MKN).

Daun pokok kruing bulu

Sehubungan dengan itu, dalam tempoh pemulihan menuju normalisasi ini, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah menyenaraikan beberapa aktiviti yang dibenarkan dilaksana di dalam Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri antaranya ialah:

1. Jungle Trekking

2. Memerhati burung/Penggambaran Video

3. Mendaki bukit/gunung

4. Rekreasi umum (Berkelah dan beriadah)

5. Lawatan galeri perhutanan

6. Pendidikan dan penyelidikan

7. Perkhemahan (tidak bermalam)

8. Jelajah gua



Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan bekerjasama dengan Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan bagi mengadakan demonstrasi bersama ular bagi menarik pengunjung ke taman negeri


Walaupun kebenaran menjalankan aktiviti di Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri telah dibenarkan di Negeri Sembilan, ini tidak bermakna tiada lagi apa-apa sekatan aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh para pengunjung.

Aktiviti melepaskan anak ikan lampam ke dalam danau

Beberapa aktiviti telah dikenalpasti masih lagi dilarang selaras dengan SOP Majlis Keselamatan Negara. Ini kerana, aktiviti-aktiviti ini melibatkan sentuhan dan menyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan SOP Majlis Keselamatan Negara. Antara aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan dilaksanakan di dalam Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri di Negeri Sembilan adalah:

1. Aktiviti Air
- mandi manda di kolam awam
- aktiviti rekreasi bersentuhan badan

2. Aktiviti tali (abseiling, zipline, high rope dan wall climbing)

3. Rekreasi Sukan Lasak Motocross ATV, paragliding & rock climbing

4. Penganjuran Program
- Aktiviti pengurusan acara kem motivasi, majlis keramaian dan summer camp.


Bagi memastikan pematuhan SOP Majlis Keselamatan Negara dipatuhi, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan juga turut menyediakan garis panduan umum bagi pengunjung yang ingin menjalankan aktiviti yang dibenarkan iaitu:

1. Perlu menjalani saringan suhu badan;

2. Pengunjung digalakkan untuk memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera;

3. Pengunjung dikehendaki mengimbas QR Code MySejahtera ATAU mengisi maklumat peribadi di dalam buku rekod yang disediakan di kaunter Taman Eko Rimba;

4. Dinasihatkan memakai face mask;

5. Mencuci tangan (bahan dibawa sendiri oleh pengunjung)

6. Penjarakan sosial (1 meter)

7. Aktiviti bermalam adalah dilarang;

8. Penggunaan surau dibenarkan (pengunjung membawa keperluan solat
sendiri);

9. Semua sampah sarap hendaklah dibawa keluar oleh pengunjung

Salah seorang pegawai menunjukkan damar yang terhasil pada pangkal pokok keruing bulu

Bagi pengunjung yang ingin menjalankan aktiviti pendakian gunung, Garis Panduan aktiviti pendakian adalah seperti berikut:

1. Tiada pembelian permit secara walk in di kaunter pendakian

2. Pendaki boleh mendapatkan permit lebih awal di Pejabat Perhutanan Negeri di Wisma Negeri ataupun di Pejabat-pejabat Hutan Daerah pada hari bekerja (8.00 pagi hingga 4.00 petang)

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan amat berharap agar semua pengunjung memberikan kerjasama mematuhi semua SOP dan Garis Panduan yang telah disediakan bagi memastikan tiada penularan jangkitan Covid19 dengan menjaga kebersihan diri dan alam sekitar. Bersama-sama kita menjaga keselamatan dan kesejahteraan negara kita.

Sebarang maklumat lanjut, orang awam boleh menghubungi Pejabat Perhutanan
Negeri dan Pejabat-Pejabat Hutan Daerah yang berhampiran seperti alamat dan talian di bawah:

Laman Web

Facebook 
Jabatan Perhuatanan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus

lnstagram
 jabatanperhutananns

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Tingkat 4, Blok C, Wisma Negeri. 70503 Seremban Negeri Sembilan
Tel:06-7659875/067659872

Pejabat Hutan Daerah, Negeri Sembilan Timur, Kompleks Pejabat Kerajaan, 72000 Kuala Pilah
Tel: 06-48111036

Pejabat Hutan Daerah, Negeri Sembilan Utara, 71600 Kuala Klawang, Jelebu
Tel:06-6136500

Pejabat Hutan Daerah,
Negeri Sembilan Barat,
Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban, 70300 Seremban
Tel:06-6014000
Read More

16 June 2020

Shopee Mum’s Club

Kumpulan sokongan maya untuk para ibu yang mencari tawaran terbaik bagi produk tulen bagi si manja mereka

Dikatakan bahawa kos untuk membesarkan seorang anak boleh mencecah RM1 juta. Oleh itu, bukan lagi sebuah rahsia bahawa ia merupakan satu urusan yang mahal untuk membesarkan seorang anak, walaupun ia adalah sebuah pengalaman yang berharga. Dengan kenaikan kos sara hidup terutamanya dalam tempoh yang mencabar ini di tengah wabak Covid-19, para ibu bapa berasa risau untuk mencari jalan bagi memastikan anak-anak mereka mempunyai persekitaran yang kondusif untuk membesar dengan sihat. Untuk membantu ibu bapa harungi cabaran ini, Mum's Club di Shopee memberikan sokongan kepada para ibu yang mencari produk tulen untuk anak-anak mereka tanpa berbelanja secara berlebihan.


Ahli-ahli kelab tersebut dapat mengambil bahagian dalam pelbagai kempen yang direka khas seperti satu yang berlangsung dari 17 hingga 24 Jun 2020, menampilkan pelbagai tawaran untuk barang penjagaan bayi seperti peralatan penyusuan, mainan, pakaian, lampin dan produk mandian. Shopee bekerjasama rapat dengan beberapa jenama seperti Enfagrow, Drypers, Johnson & Johnson dan Philips Avent untuk menawarkan diskaun dan baucar menarik supaya para ibu bapa dapat menikmati lebih penjimatan, terutamanya ibu bapa baharu.


Hak Istimewa Ahli: Kempen yang berlangsung selama seminggu ini akan menawarkan ahli-ahli Mum's Club barang keperluan bayi seperti susu untuk ibu hamil, lampin, produk mandian dan penjagaan kulit, dan mainan untuk RM10 semasa Jualan Kilat Shocking Sale; baucar sehingga 20% diskaun serta pulangan tunai sebanyak 20%. Ahli-ahli juga boleh dapatkan baucar di kedai dan juga diskaun sehingga 50% oleh jenama yang mengambil bahagian.

Ahli baru Mum's Club akan menerima semua produk yang dinyatakan di atas serta ganjaran tambahan seperti 25% pulangan tunai Shopee Coins dan hadiah alu-aluan eksklusif bernilai RM30 yang terdiri daripada produk seperti lampin dan susu formula.





Peraduan Belanja dan Menang: Kempen ini menjadi lebih baik untuk para ahli yang berbelanja dari tempoh 17 Jun hingga 1 Julai berpeluang untuk menang hadiah menarik seperti kereta sorong bayi Anakku, baucar Anakku bernilai RM100 dan alat permainan Fisher-Price. Untuk mengambil bahagian, para ahli layak mendapat satu penyertaan untuk setiap pembelian sebanyak RM50 di kategori Mainan, Kanak-kanak dan Bayi.





Sesi Perkongsian: Dalam usaha berterusan untuk mendorong rakyat Malaysia duduk di rumah demi mencegah penularan Covid-19, Shopee Mum's Club akan mengadakan siri perkongsian atas talian yang boleh ditontoni dari rumah untuk ibu bapa baharu. Dengan kerjasama DoctorOnCall, Pusat Perubatan Thomson, Hospital Columbia Asia dan Early Autism Project Malaysia, sesi yang dibahagikan kepada tiga bahagian pada 24, 25 dan 26 Jun jam 1 tengah hari di Shopee Live dengan ahli-ahli pakar yang akan berkongsi mengenai pelbagai topik tentang kesihatan ibu hamil dan anak dan juga menjaga kanak-kanak berkeperluan khas.

Shopee Mum’s Club, dilancarkan pada 2019, direka untuk menawarkan penjimatan lebih besar kepada para ibu bapa melalui tawaran dan diskaun oleh pelbagai jenama. Sebuah pihak yang boleh dipercayai sepanjang perjalanan keibubapaan mereka, ia bertujuan untuk memberikan penyelesaian dan idea kepada para ibu bapa untuk membantu mereka berikan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Promosi-promosi dikemas kini secara berkala, jadi para ahli diingatkan untuk mendaftar masuk dengan kerap, terutamanya semasa jualan Baby Fair dan juga kempen khas.

Untuk dapatkan lebih maklumat tentang kempen ini, layari https://shopee.com.my/m/mums-club

Read More

11 June 2020

Make Up Tahan Lama Dengan Penggunaan Absolute Premier Serum dan Absolute Superlight Mineral Foundation

Assalamualaikum dan hai,

Dah habis PKPB dan bermulanya PKPP. Fasa pemulihan ni kita semua akan keluar membuat urusan penting di luar dan penjagaan wajah amat penting walaupun kita memakai topeng muka. Hari ni Qiss nak share dengan semua pasal produk dari Absolute 1618 ni.


Make up pengantin menggunakan base Absolute Premier Serum dan Absolute Superlight Mineral Foundation

Sebelum raya hari tu Qiss dah mula pakai Absolute Premier Serum dan Absolute Superlight Mineral Foundation.

Absolute Premier Serum dan Absolute Superlight Mineral Foundation


Packaging dia cantik dan tampak mewah serta ringan. Senang nak bawa ke mana-mana sahaja. Boleh juga dijadikan hadiah buat kawan-kawan dan saudara-mara.

Bagi kulit kombinasi macam Qiss Absolute Premier Serum cepat menyerap ke dalam kulit dan melembapkan kulit dari dalam. Serum ini juga mampu mengawal penghasilan minyak dengan baik. Even kalau Qiss pakai dari pagi sampai petang pun tetap muka tak berminyak seperti kebiasaan. Best juga guna sebab serum ni dapat mengurangkan penampilan garis halus di wajah, kaya dengan vitamin & tingi dengan antioksidan dan mempunyai SPF 30.


Absolute Premier Serum dari Absolute 1618

Bahan-bahan:
Air, Rosehip Oil, Vitamin E, Stem cell, EDTA

Kebaikan minyak biji Rosehip
• Anti penuaan
• Antioksidan tinggi
• Anti-radang
• Menghidrat kulit
• Mengurangkan parut

Absolute Superlight Mineral Foundation pula sangat ringan dan tidak melekit pada kulit. Sapuan yang sedikit sudah cukup untuk diratakan pada keseluruhan wajah. Sangat sesuai untuk semua jenis warna kulit dan melembapkan kulit. Jadi bila bergabung dengan Premier Serum tadi kulit akan jadi lembap tapi hasil solekan akan tahan lama. Sangat mudah dicuci, mesra wudhuk dan mempunyai SPF 30 juga.

Absolute Superlight Mineral Foundation 

Bahan-bahan:
Air, Rosehip Oil, titanium dioxide, isononyl isononanoate, cyclopentasiloxane (Vegan), chlorphenesin (Organic), phenoxyethanol (Vegan)

So, Qiss pun gatal nak cuba untuk gunakan sebagai base untuk make up ala-ala pengantin. Sebab sebelum jumpa produk ni, Qiss risau pasal mekap cair bila terkena panas matahari. Tambah-tambah lagi bila kenduri time tengah hari kan. Sebab kulit Qiss jenis senang berpeluh. Bila dah cuba sendiri produk dari Absolute 1618 ni barulah konfiden sikit nak jadi pengantin nanti. Tapi bila tu taktau lah kan. Kita doa baik-baik ja. Tapi gembira sangat sebab jumpa produk yang sesuai dengan kulit dah.

Qiss menggunakan Absolute Premier Serum dan Absolute Superlight Mineral Foundation 

Bila hari-hari guna baru perasan muka makin segar dan glowing secara natural. Best dan recommended untuk anda.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari:



Facebook: 



#Absolute1618 #AbsoluteNaturalBeauty #naturalskincare
Read More

03 June 2020

Sajian Bersama Telur Masin Yang Menakjubkan! Telur masin ‘Egg-stra’ padu untuk para peminat yang ‘Egg-stra’ istimewa!

Assalamualaikum dan hai,

Masa yang dinanti-nantikan telah tiba tau. Marrybrown kini memperkenalkan menu terbaru gabungan Telur Masin yang menyajikan dua pilihan iaitu Hotouch Burger dan MB Crispy Chicken yang rangup dengan limpahan sos Telur Masin yang padu!


Bagi anda yang sukakan rasa tempatan jangan tak tahu yang Marrybrown menggunakan Telur Masin sebenar untuk sos kali ini. Memang sedap laaa..

Qiss dah cuba Hotouch Burger dan MB Crispy Chicken dengan sos Telur Masin dari Marrybrown ni lepas baca blog seorang penulis dan juga penggemar makanan. Kalau ikut citarasa Qiss rasa sos Telur Masin ni memang sedap dan tak cukup satu kalau makan.



“Kami sedar bahawa hidangan Telur Masin sudah menjadi satu trend dikalangan rakyat sejak kebelakangan ini. Bertepatan dengan sambutan luar biasa ini, kami yakin bahawa sos kami akan menjadi kegemaran kerana ia diperkayakan dengan sentuhan egg-stra dan kami tekad menggunakan telur masin sebenar untuk menambahkan rasa lemak berkrim lalu mengekalkan perisa umami pada sos ini,” ujar Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

Order pilihan kegemaran anda. Ada dua jenis set iaitu :

Salted Egg Burger
(harga bermula dari RM 15.00)


Didatangkan dengan kentang goreng dan juga Ice Lemon Tea.


Salted Egg Ayam
2 ketul ayam harga bermula dari RM 15.90  
3 ketul ayam harga bermula dari RM 18.80


Didatangkan dengan salad sayur, kentang putar dan Ice Lemon Tea.

Kedua-dua pilihan ini diperkayakan dengan sos Telur Masin Marrybrown dengan gabungan rempah ratus yang istimewa bersama daun kari yang beraroma, sesuai dengan cita rasa tempatan.

“Di Marrybrown, kami sentiasa berusaha untuk menyajikan pelbagai hidangan yang berbeza untuk pelanggan kami dari segi aspek makanan ataupun layanan. Kami berharap pada masa yang akan datang, kami dapat mencapai kesemua matlamat ini dengan jayanya ,” kata Dato’ Joshua.

Terliur tak rasanya nak cuba kedua-dua set ni? Qiss suka dua-dua. Tapi bagi anda yang sukakan rasa pedas dan teruja nak rasai nikmat kepedasan dan juga rasa sos Telur Masin, Qiss cadangkan anda order Hotouch Burger ni.


Bagi anda yang ingin menikmati sos Telur Masin bersama yang tersayang, boleh order Salted Egg Ayam untuk 2 ketul ataupun 3 ketul. Lagi banyak anda beli, lagi ramai anda boleh kongsi.


Kini, Marrybrown mempunyai berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran makanan sila layari :

Facebook: 

Instagram: 

Youtube: 
MarrybrownTV

Delivery: 
Read More

02 June 2020

Communities in Need in the Klang Valley Turn to #AyamWithYou Community Pantries by Anjung Singgah and Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Hasanah

Hi,

While times are tough due to the Covid-19 pandemic, Malaysians are pulling together to support communities with kindness and trust, giving old methods such as communal food pantries an innovative spin.

I want to share with you all about the #AyamWithYou Food Pantry initiative, by Ayam Brand™ and 13 charity homes nationwide in helping charities and empowering them to help surrounding communities that are in need.

Kids of Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Hasanah filling up food to the #AyamWithYou Food Pantry.

For example in the Anjung Singgah homeless shelter in Jalan Lekiu is leading the way for surrounding communities by managing the #AyamWithYou pantry in this area.

Brand #AyamWithYou Food Pantry in Anjung Singgah Yayasan Kebajikan Negara.

“We were concerned for the well-being of some families here especially during Ramadan and for Raya. We don’t have much, but they had less. We have been part of the Ayam Brand™ Community Care campaign in the past. This year Ayam Brand™ again provided our organisation with two months’ supply of their products for our residents, and suggested the food pantry or gerobok rezeki as a solution for the community. They have provided a weatherproof pantry and a separate stock of products that we can bless the community with,”
said Anjung Singgah Yayasan Kebajikan Negara, operations officer, Encik Amir Rudin Bin Abdul Rahman.

Members of the Anjung Singgah community taking only what they need from the Ayam Brand community pantry

The weatherproof pantry is set up outside the shelter so that social distancing is observed. It is open to the public round-the-clock. Staff and residents update the community about the food pantry through community groups on social media and messaging apps, and they top up the Ayam Brand™ products daily.

“We sent out messages by WhatsApp and Facebook that the food pantry items are free for those who need, while those who want to contribute can add dry foods, snacks, stationery, cleaning products and other essential items. The residents relish the responsibility of managing the food pantry and keeping it well-stocked. They get to practice kindness and generosity,” Encik Amir Rudin said.



Response to the initiative has been overwhelming with the daily allocation of Ayam Brand™ products such as tuna, baked beans, processed peas, canned pineapples and coconut milk snapped up quickly, and other essentials being added, with strong support from the community.

“Surprises have turned up at the food pantry including fresh vegetables, dates, baby formula, diapers and Raya cookies! We can feel the #KitaJagaKita closeness. The #AyamWithYou food pantry project has made this Raya very special by building stronger bonds of kindness, trust and support in our community, allowing us to contribute actively well-being,” he added.

Through its long-running Corporate Social Responsibility programmes Ayam Brand™ has contributed more than 2 million healthy meals for charity, providing nutritious food to more than 21,800 people from 524 charity organisations and NGOs over the past 12 years.

This year the brand has supported Covid-19 front liners at Hospital Sungai Buloh, 13 charity homes, the #AyamWithYou food pantry initiative, and the Anjung Singgah Kuala Lumpur Homeless Transit centre, with plans to support more organisations and communities.

“Covid-19 drastically changed our plans for the 13th annual Ayam Brand™ Community Care Campaign, but we see the positive impact of the #AyamWithYou Food Pantry initiative. It changes the narrative for our charity home partners, from being recipients to being contributors and donors in their respective communities. The community here has embraced the food pantry concept of ‘take what you need, leave what you can’ creating a virtuous cycle that is sustaining the initiative” said Ayam Brand Malaysia’s Marketing Manager, Nathan Deverre.



Ayam Brand™ staff have helped spread the word on the food pantry so that more can benefit or contribute, and started the ball rolling by being among the first to contribute non-food items to the pantry.

“Starting with our families and friends we sent out a list of necessities for the pantry. Those who could dropped off essential items at the pantry. The community are so willing and eager to help. They have shared the location of the pantry with those in need as well. All of us can help within our means,” said an Ayam Brand™ team member who lives in the area.

The #AyamWithYou food pantry is located Anjung Singgah, Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur and at Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Hasanah No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Heights 68000 Ampang Selangor.

Be part of the movement to receive or to give essentials.

Find out more  about the #AyamWithYou food pantry initiative, visit https://www.ayambrand.com.my

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com