Bintang Strim Langsung dan Affiliate Terima Penghargaan di
Anugerah E-Dagang Terbesar Malaysia
Shopee Super Awards 2023 kembali tahun ini untuk meraikan bintang cemerlang dalam landskap e-dagang Malaysia yang semakin berkembang. Majlis anugerah berkarpet merah ini dilangsungkan pada 14 Disember 2023 di Hotel Majestic Kuala Lumpur dan dihoskan oleh Naz Rahman dan Julie Woon, dan hadirin dihiburkan oleh persembahan dari Dolla dan Vanessa Reynauld. Salah satu majlis anugerah e-dagang terbesar di Malaysia, Shopee Super Awards meraikan jenama dan penjual yang telah berjaya mengubah perniagaan mereka dengan menggunakan pemasaran strim langsung dan affiliate secara cemerlang.
Para pemenang Shopee Super Awards 2023 |
100 anugerah diberi kepada jenama kegemaran, penjual tempatan dan bakat hebat yang telah mencapai perkembangan cemerlang dalam pasaran Shopee dengan melangkaui halangan dalam berinovasi dan membawakan kualiti yang konsisten. Tempoh pengundian 28 hari di aplikasi Shopee pada bulan November membolehkan orang ramai untuk mengundi 25 pemenang anugerah, manakala 75 anugerah tanpa pengundian ditentukan oleh hasil data platform.
Kenneth Soh, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia |
Anugerah di bawah Kategori Shopee Super Live Streamer
Rakyat Malaysia dijemput untuk mengundi sepanjang bulan November untuk penjual Shopee yang telah disenarai pendek berdasarkan jumlah strim langsung tertinggi, pencapaian dalam jumlah pesanan strim langsung tertinggi dalam kategori masing-masing, dan memacu jumlah dan keterlibatan penonton tertinggi. Para pemenang anugerah Super Live Streamer yang berjaya menawan penonton adalah:
Super Essentials Livestream Brand: MYDIN Malaysia
Super Fashion Livestream Brand: XES Shoes
Super Lifestyle Livestream Brand: STABILO Official Store
Super Electronic Livestream Brand: 70mai
Super Beauty Livestream Seller: KL-PHARMACY
Super Essentials Livestream Seller: PHINIX STORE
Super Fashion Livestream Seller: ELGINI APPAREL SDN BHD
Super Lifestyle Livestream Seller: JAYATECH
Super Electronic Livestream Seller: allblue5367
Anugerah di bawah Kategori Shopee Malaysian-Born Brand
HABIB Official Store menerima undian paling banyak dari kalangan orang ramai sebagai pemenang anugerah julung-julung kali Anugerah Malaysian-Born Brand. HABIB mempertunjukkan khidmat pelanggan cemerlang sebagai Shopee Mall Brand yang dipercayai sebagai 100% produk asli, polis pemulangan 15-hari, penghantaran percuma dan keistimewaan sebagai ahli jenama.
Anugerah di bawah Kategori Shopee Super Aspiring Brand
Para pemenang Super Aspiring Brand menunjukkan prestasi terbaik dalam kategori ini dari segi pertumbuhan jualan tahun ini dengan mencipta keterlibatan berperibadi dengan pembeli Malaysia di Shopee Live dan menggunakan pemasaran Shopee Affiliates. Mereka juga menyesuaikan produk secara hiperlokal dan pengalaman membeli-belah yang mementingkan pengguna melalui kempen-kempen terbesar Shopee, penghantaran percuma, dan program Coin Cashback.
Super Aspiring Brand - FMCG: SKINTIFIC
Super Aspiring Brand - Fashion: Zoe Arissa Luxe
Super Aspiring Brand - Lifestyle: Touch 'n Go Malaysia
Super Aspiring Brand - Electronics: DREAME
Anugerah di bawah Kategori Shopee Super Seller
Anugerah Super Seller dianugerahkan kepada penjual yang mencapai keuntungan kedai tertinggi tahun ini dalam kategori masing-masing dengan mencuba cara pemasaran baharu Shopee 360 Marketing Solutions dan strategi taktikal lain. Para pemenang ini meningkatkan jenama dan jualan mereka apabila pembeli berpusu-pusu membeli-belah semasa Kempen Terbesar Shopee (Shopee 9.9, 11.11, dan 12.12 Jualan Hari Jadi):
Super Mobile & Smart Devices Seller: Spraygadget
Super Home Appliances Seller: The White Goods
Super Tech & Gaming Seller: Impulse Gaming
Super Fashion Apparel Seller: LAU THING HIM
Super Fashion Shoes Seller: Webee
Super Fashion Accessories Seller: Grimo
Super Beauty Seller: LONKOOM
Super Essentials Seller: Khairul Aming
Super Baby & Kids Seller: Momo House
Super Lifestyle Seller: MUSIC BLISS SDN BHD
Anugerah di bawah Kategori Shopee Super Shopee Celebrities
Anugerah Super Shopee Celebrity dianugerahkan kepada individu yang bukan sahaja telah melancarkan kedai atau produk di Shopee pada tahun lalu, tetapi juga telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam keterlibatan pengguna melalui Shopee Live. Pera pemenang kategori ini menggunakan promosi secara efektif dan berjaya mencapai prestasi jualan yang kukuh, menunjukkan mereka sememangnya bintang dalam ekosistem Shopee.
Dato' Sri Siti Nurhaliza |
Tahun ini, pemenang termasuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Zoey Rahman, Ceddy Ang, Dato’ Jovian Mandagie, Nuex Rosli, dan Ainul Aishah, di mana setiap mereka memberi inspirasi kepada usahawan dan pencipta kandungan yang lain dengan dedikasi, inovasi, dan usaha keterlibatan penonton mereka.
Anugerah di bawah Kategori Shopee Super Influencer
Mempertengahkan bakat hebat, Anugerah Shopee Super Influencer mengiktiraf pempengaruh yang memacu peningkatan trafik (10% atau lebih) dengan setiap kempen sepanjang tahun, yang memberi kredibiliti kepada penjual tempatan dan jenama dengan isi kandungan berkualiti yang diterima baik rakyat Malaysia. Individu-individu ini mempunyai ‘postings’ dengan kadar keterlibatan positif yang tinggi dan pertumbuhan pesat pengikut dan kecapaian:
Shopee Super Influencer: Nyokki Ho
Shopee Super Influencer: Fateha
Shopee Super Influencer: Chang Yong
Shopee Super Influencer: Hasha Shah
Shopee Super Influencer: Nurul Najiah Hassan
Shopee Super Influencer: Nurhasuna
Shopee Super Influencer: Afiqchii
Shopee Super Influencer: Toklez
Shopee Super Influencer: Dina Sallehuddin
Shopee Super Influencer: Sarah Mohd Shah
Anugerah di bawah Kategori Shopee Super Affiliate
Shopee Affiliates bangga dapat membina hubungan dengan pelanggan dalam cara yang boleh dipercayai, membawakan cadangan produk dan ‘review’ jujur, dan memacu trafik untuk jenama dan penjual tempatan. Lima affliate strim langsung diiktiraf atas kejayaan mencapai pesanan, keterlibatan dan ‘likes’, dan jumlah penonton unik strim langsung tertinggi sepanjang tahun. Tambahan, lima pempengaruh Super Affiliate diiktiraf atas kejayaan mereka menyumbang kepada purata pesanan harian tahun demi tahun.
Shopee Super Affiliate Livestreamer: Norashikin Binti Abd Rashid
Shopee Super Affiliate Livestreamer: Ng Su Ling
Shopee Super Affiliate Livestreamer: Jacklyn Goh Seoh Hooi
Shopee Super Affiliate Livestreamer: Fadzilah Binti Abdul Jalil
Shopee Super Affiliate Livestreamer: Chew Shiau Yin
Shopee Super Affiliate Influencer: Puteri Syarlia Binti Sahfuzzaman
Shopee Super Affiliate Influencer: Norita Binti Omar
Shopee Super Affiliate Influencer: Indriana
Shopee Super Affiliate Influencer: Nurul Iman Binti Abdul Rahim
Shopee Super Affiliate Influencer: Syazwani Binti Md Saad
Persembahan rancak daripada Dolla |
Penghargaan buat Rakan Penaja
Atas sokongan dan dedikasi rakan penaja yang memainkan peranan penting dalam menguatkan ekosistem Shopee, Anugerah Shopee Super Partner termasuk jenama Carlsberg, INNISFREE, KITSUI, Pernod Ricard, Signature Market, SKINTIFIC, dan Vinda.
Shopee Rai Lokal - Breaking Barriers Online
Para pemenang juga dibawa menonton dokumentari yang julung-julung kali diterbitkan oleh Shopee bertajuk “Shopee Rai Lokal - Breaking Barriers Online”. Filem ini mempertengahkan temu bual bersama Edward Wong dari HomeDecoStore, Felicia Tan dari Mamami Shoppe, dan Mohd Zaid dari Lampu Cherita. Mereka berkongsi kisah peribadi mereka dalam menembusi halangan, bermula secara kecil-kecilan, dan mencipta kejayaan dalam sentiasa berkembang dalam bidang masing-masing.
“Dengan perkongsian dokumentari ini, kami berharap ianya dapat memberi inspirasi kepada yang lain untuk mencapai impian dalam talian mereka. Kami juga memudahkan rakyat Malaysia untuk membeli lokal dengan meraikan penjual terbaik dan menceritakan kisah mereka,” kata Soh.
Senarai Pemenang