Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

30 September 2020

Maria Farida Sentiasa Cantik Dan Bertenaga Dengan LuCOL-S

Assalamualaikum dan hai,

Seperti sedia maklum, penjagaan kesihatan bermula dengan keinginan kita sendiri dan tidak perlu tunggu sakit baru kita nak makan ubat dan sebagainya. Alternatif lain ialah pengambilan suplemen seperti multi vitamin dan sebagainya. Suplemen kesihatan ini merupakan makanan tambahan bagi tubuh badan kita, ada yang efektif secara cepat dan ada yang perlu diambil dalam tempoh masa tertentu barulah nampak kesannya.

Untuk mendapatkan kesetiaan pengguna bagi satu produk yang dikeluarkan oleh syarikat, pengeluar perlu mengeluarkan produk yang berkualiti demi kebaikan dan kepuasan pengguna dan syarikat itu akan memperoleh kejayaan serta keuntungan. Konsep asas ini dipraktikkan oleh PlantBio Research Sdn Bhd dalam membangunkan siri produk suplemen kesihatan termasuklah LuCOL-S ini.

Pemilihan Datin Seri Maria Farida sebagai Duta LuCOL-S menepati formulasi yang dihasilkan PlantBio Research Sdn Bhd bagi pasaran tempatan. Bertemu sendiri dengan Datin Seri Maria Farida di majlis ini memang Qiss akui kecantikan beliau. Tanpa suntikan botox Datin Seri Maria Farida masih mampu kekalkan kecantikan beliau. Rahsianya ialah LuCOL-S. Haaa anda dah tahu rahsia ni, nanti boleh amalkan ya.

"Kami memilih Datin Seri Maria Farida sebagai Duta bukan kerana sasaran kami untuk pasaran Melayu semata-mata malah Malaysia keseluruhannya. Beliau bukan sahaja cantik tetapi juga seorang yang merendah diri dan yang penting beliau mengambil kolagen ini. 

Sejak mengamalkan suplemen LuCOL-S sejak lebih sebulan lalu, saya melihat perubahan ketara pada wajah dan kulit beliau," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PlantBio Research Sdn Bhd, Ooi Thean Nip.

Kebaikan suplemen kesihatan LuCOL-S antaranya ialah:

1. Kulit semakin cerah

2. Kedut berkurangan

3. Menegangkan muka

4. Menegangkan payudara

5. Menguatkan sendi

6. Sakit sendi berkurangan

7. Sentiasa bertenaga dan cergas

Menerusi 3 siri produknya, PlantBio memastikan ia bukan sahaja selamat untuk digunakan malah memberi kesan sebagaimana formula yang dicipta. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PlantBio Research Sdn Bhd, Ooi Thean Nip setiap produk yang diformulasikan haruslah menepati standard syarikat dan memberi kebaikan kepada pengguna. 

"Asalnya penghasilan produk ini dilakukan apabila saya melihat keperluan untuk keluarga saya. Kalau kebanyakan syarikat memfokuskan kepada keuntungan komersial, namun saya fokus kepada kebaikan untuk keluarga sebelum melancarkannya kepada umum. 

Misalnya produk DeDelireal Organic Baby Cereal yang saya formulasikan untuk anak perempuan saya, begitu juga PlantBio Omega Plus yang dibuat berdasarkan keperluan ibubapa saya. Malah produk LuCOL dihasilkan untuk keperluan isteri, kakak dan saya sendiri. 

Kami amalkan pengambilan produk itu dan daripada kebaikan tersebut, saya rasakan amat baik untuk saya kongsikan dengan orang ramai. Untuk jadikan amalan harian, saya pastikan suplemen ini betul-betul menggunakan bahan berkualiti tinggi bagi memastikan impaknya jelas," kata Ooi Thean Nip ketika ditemui di majlis pelancaran LuCol-S di Cyberjaya, hari ini. 

Hari ini PlantBio Research Sdn Bhd melancarkan LuCOL generasi kedua selepas yang pertama dilancarkan pada 2015 dan versi 2020 dikenali sebagai LuCOL-S (Special) yang mempunyai formulasi terkini serta lebih baik. 

Formulasi kolagen LuCOL-S atau Lustre Collagen dihasilkan untuk membantu menaikkan seri kulit seawal 7 hari dan menguatkan tulang terutama bagi mereka yang berusia lebih 30 tahun. 

Ooi berkata, walaupun formulasi itu datang daripadanya tetapi LuCOL-S dihasilkan dengan kolaborasi dengan beberapa institusi klinikal bagi proses ujian makmal. 

Menurut Ooi yang sudah mengeluarkan 16 produk, rancangan untuk pelancaran LuCOL-S sepatutnya awal tahun ini tetapi disebabkan pandemik Covid-19, ia terpaksa ditangguhkan. Bagaimanapun produk ini sudah berjaya menembusi pasaran United Kingdom, Ireland, Hong Kong dan China. 

Ooi berkata, beliau sering berpegang kepada kata-kata mentor perniagaannya dalam memformulasi setiap produk baru. Pertama katanya, 'do no harm to our body' dan kedua, 'use organic materials if  not, the most natural'. 

Kata-kata mentor itu dipegangnya dalam PlantBio Research Sdn Bhd menghasilkan produk berkualiti dengan motto ‘Health is our journey, not a destiny'

Qiss pun tak ketinggalan untuk mencuba LuCOL-S ni. Sebelum tidur Qiss pasti minum 1 peket LuCOL-S. Selepas seminggu Qiss rasa lebih bertenaga nak buat kerja rumah dan dapat rasa perbezaan tenaga. Selalunya Qiss akan letih bila terlampau banyak jalan tapi lepas minum LuCOL-S ni Qiss tak rasa penat pun. 

Rasa LuCOL-S ni pun sedap dan tak muak. Tak perlu diet atau pantang apa-apa jenis makanan. Kiranya semua boleh makan. Menurut Datin Seri Maria Farida, beliau turun berat badan selepas mengamalkan LuCOL-S ni. "Saya turun 5 kilogram tau! Selain mengamalkan LuCOL-S saya biasanya saya tidak makan makanan berat selepas jam 7 petang," katanya yang sentiasa gembira dan tak lokek dengan senyuman.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk, layari:

https://www.facebook.com/lucols.official

https://www.instagram.com/lucols.official



Read More

29 September 2020

Kalau stres belajar, rehat sekejap... - Mira Filzah

Selepas tiga minggu bergelar isteri kepada Wan Emir Astar, bintang sensasi Mira Filzah sempat meluangkan masa menyuntik semangat kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada pagi Sabtu lalu.

Biarpun sibuk dengan tanggungjawab baru selepas bergelar isteri sejak 3 September lalu di samping melunaskan komitmen hos rakaman program Nona di TV3, kehadiran Mira dengan gaya polos cukup bermakna buat calon SPM.

Muncul sekitar 20 minit dalam talian seminar Last Ultra 100%, Mira yang juga duta dan ikon pusat peningkatan akademi yang memberi fokus membantu pelajar SPM, PTTI mencuri tumpuan ramai.

Membahasakan dirinya sebagai Kak Mira, Mira sendiri sedar pandemik Covid 19 yang melanda turut mengendurkan semangat pelajar SPM untuk belajar.

Pandemik berkenaan menyebabkan sesi persekolahan terbantut. Peperiksaan termasuk peperiksaan SPM dianjak ke tahun depan dan dijangka berlangsung pada 6 Januari 2021.

Peperiksaan percubaan SPM pula akan diadakan bulan depan (Oktober).

“Kalau stres belajar, jangan paksa diri. Berehat seketika. Nak belajar dan buat ulang kaji ini kena tenang. Kalau serabut tak ada guna juga. Nak serap ilmu kena dalam keadaan selesa.

Cuba buat perkara yang boleh hilangkan stres atau saat otak tepu. Seimbangkan dengan perkara lain. Saya ada baca komen pelajar yang ikuti seminar dianjurkan siap tulis kalau stres, dia akan tengok drama Korea. Tapi saya balas balik, jangan.. nanti tengok sampai berjangkit-jangkit banyak episod pula.

Jika perlu lelapkan mata atau tidur seketika, lakukanlah. Cuma elak tidur waktu petang selepas waktu Asar. Nanti otak dan badan lagi penat. Cuba kalau penat sangat pejam mata sekitar waktu tengah hari sebelum masuk waktu Zohor,” kata Mira.

Mira yang baru muncul dengan drama Bidadari Kiriman Tuhan bergandingan dengan Zul Ariffin juga berharap adik adik calon SPM juga dapat mengelak untuk terus ketagih dengan dunia digital termasuk menggunakan telefon bimbit.

“Belajar untuk jarakkan diri dengan dunia digital. Memang sekarang kita sudah terbiasa memegang telefon bimbit melayari itu ini dan menggunakan pelbagai aplikasi berjam-jam.

Ambil masa untuk menikmati udara di luar contohnya bersenam dan berjoging. Pada masa sama jaga penjarakkan fizikal atau paling mudah buat apa saja benda yang kita gemar.

Bagi calon SPM yang beragama Islam, jangan tinggal solat. Begitu juga dengan bangsa lain untuk berdoa dengan Tuhan masing-masing. 

Minta restu ibu bapa. Doa ibu bapa sangat mustajab. Jangan segan peluk mereka dengan kasih sayang untuk beberapa saat,” katanya.

Pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman yang pernah bergelar pelajar cemerlang ketika SPM pada tahun 2010 juga percaya bahawa kejayaan pendidikan serta ilmu yang ditimba itu bersifat positif.

“Ilmu dan pendidikan ini sangat luas skop pemahamannya. Pendidikan bukan diukur dengan tahap kelulusan kita perolehi. Sebaliknya ia satu proses berterusan tanpa mengira peringkat umur. Setiap hari menjadi proses belajar benda baru.

Ada sijil atau kelayakan ia satu bonus. Tapi realiti sebenar ialah ketika kita berdepan dunia sebenar iaitu pekerjaan. Dalam dunia ini, ada yang belajar tinggi dan sebaliknya. Namun kerjaya yang dipilih belum tentu jadi kayu pengukur tahap pendidikan dimiliki.

Namun ada tahap pendidikan ini ia dapat membantu dan membentuk kita jadi manusia baik. Macam sebelum ini ada skeptikal dengan golongan artis yang tiada latar belakang pendidikan. Itu satu tanggapan yang salah. Kebanyakan artis pun ada latar belakang pendidikan yang baik. Ia sangat subjektif,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai peranan dan fungsi sebagai ikon dan duta PTTI, Mira bersemangat untuk menggalakkan anak muda menyertai seminar pengajian.

“Dengan kelompok pengikut saya di media sosial yang kebanyakan juga di kalangan budak sekolah, ia jadi lesen baik untuk mengajak mereka belajar secara dalam talian.

Melihat testimoni pelajar SPM yang berjaya dengan izinNya menerusi bantuan PTTI, ia satu penanda aras terbaik. Jika selama ini pelajar sekolah memilih belajar sendiri, kenapa tidak menyertai seminar dianjurkan saja.

Teknik, tips, cara dan formula diperkenalkan tenaga pengajar di PTTI termasuk Cikgu Fana sendiri cukup efektif selain mudah difahami. Proses pembelajaran sesebuah subjek juga lebih  baik. 

Benar tahun ini pelajar sekolah termasuk calon SPM bergelut sedikit kerana Covid 19. Jangan kecewa dan lemah semangat. Ada hikmah tersendiri kerana masa untuk ulang kaji lebih banyak,” katanya.

Sisi peribadinya kini, Mira mengakui lebih mahu masa bersama suami tercinta. Pasangan yang sempat berbulan madu di Pulau Langkawi ini, juga dalam proses berpindah ke rumah baru. 

“Saya memberitahu pengurus untuk tidak mengambil tawaran berlakon dalam tempoh sekitar dua bulan. Inshaa Allah, hujung tahun ini saya akan berlakon untuk sebuah drama Astro Ria.

“Ketika ini saya hanya menyelesaikan tugas penggambaran untuk hos Nona saja kerana tidak mengambil masa panjang,” katanya.

Baru baru ini PTTI iaitu sebuah pusat peningkatan akademik pakar dalam membantu pelajar SPM turut melancarkan program khas untuk calon pelajar SPM 2020 yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Dengan kepercayaan semua orang mampu berjaya, PTTI akan mengadakan Seminar Mampu Skor SPM (Virtual Online) pada Sabtu, 24 Oktober 2020 dan terbuka utk pelajar SPM 2020 semua aliran. PTTI akan menaja 3000 tiket percuma bagi pelajar yang tidak pasti kemampuan diri untuk skor dalam SPM demi masa depan mereka.

Layari www.MampuSkorSPM.com untuk dapatkan tiket percuma.

Read More

24 September 2020

REALME 7 Series Has Officially Landed In Malaysia

giving users a Dare to Leap lifestyle and experience

realme Malaysia today has launched two of its latest smartphones in their Number Series, realme 7 Pro and realme 7. realme’s Number Series is well-known for its charging technology, camera features as well as trendy design. Malaysians can now capture sharper and charge faster with the functions equipped in the new realme 7 Series. 

“Here at realme Malaysia, we believe in continuously improving and innovating products to take users' experience to the next level. We’ve decided to ramp up the specs with a stronger camera and boost its performance for realme 7 Series users to experience the leap forward technology. We would also like to thank Malaysians for being patient while waiting for the arrival of realme 7 Series to the market,” said Tiffany Teh, Brand Manager of realme Malaysia.

realme 7 Pro

Battery

The device comes with a huge upgrade of 65W SuperDart Charge for an unparalleled charging experience. It can power up to 100% within 34 mins for its 4500mAh massive battery while keeping the phone cool below 40 degree celsius of charging temperature. Even while heavy gaming, the 65W SuperDart Charge can charge up to 43% in just 30 minutes. 

Camera

Both realme 7 Pro and realme 7 feature the 2nd generation of 64MP quad-camera system with a new Sony IMX682 sensor to enhance users’ satisfaction in capturing sharper images. The realme 7 Pro focuses on its Ultra Nightscape Video as well as Pro Nightscape mode that enables users to freely adjust the shutter, ISO, white balance, and other parameters. On the front of realme 7 Pro, there is a 32MP high-resolution selfie camera which is the highest pixel for the front camera right now. 

Apart from that, both realme 7 Pro and realme 7 are equipped with mind-blowing features such as Starry Mode, Ultra-Nightscape Video, Night Filters, AI Colour Portrait Video, UIS on primary camera and UIS Max on wide angle lens. Users who are interested in night photography could explore more possibilities in their night filters for better clarity and artistic inspiration. 

Display & Performance

realme 7 Pro is built with a 6.4 inch Super AMOLED Display and 98% NTSC colour gamut for a better immersive visual experience, better image quality and brighter colours. On the back, the unique aesthetic of AG Split Design presents the asymmetry perfectly in a visually harmonious and balanced way. realme 7 Pro is available in two beautiful colours of Mirror Silver and Mirror Blue that are inspired by the mirror space.

In terms of processors, the realme 7 Pro is driven by the powerful Snapdragon 720G. It applies an advanced 8nm production processor that clocks up to 2.3GHz high-frequency Kryo 465 CPU which comes with a powerful Adreno 618 GPU. This enables the device to stand out in performance and efficiency by delivering a seamless gaming experience with high image quality. 

Audio & Fingerprint

realme collaborated with Dolby Atmos and adopted a dual-speakers Dolby Atmos Sound Effect as well as Hi-Res Sound Quality for users to immerse in awesome listening experiences on realme 7 Pro. realme 7 Pro is also equipped with Goodix's new generation of light sensor in-display fingerprint modules that greatly improve the monitoring and identification speed, accuracy as well as safety performance.

Both realme 7 Pro and realme 7 features three card slots, a dual SIM slot, and a dedicated SD card slot which is expandable up to 256GB,  hence users will never have to worry about running out of space while storing images, videos or files.

realme 7


Battery & Performance

realme 7 is equipped with a 5000 mAh large battery capacity and the latest 30W Dart Charge. In terms of charging speed, it can be charged to 50% in just 26 minutes, and fully-charged in 65 minutes. 

As for the realme 7, it comes with MediaTek Helio G95 Gaming Processor for Malaysian users to indulge in a smooth experience in both performance and gaming. It is also equipped with cutting-edge superb carbon fiber cooling systems that can cool up to 8.6% while keeping the phone's performance up to speed.

Camera & Display

realme 7 is also built with the 2nd generation 64MP quad-camera system with a new Sony IMX682 sensor where it enhances users’ satisfaction in capturing sharper images. realme 7’s 16MP Ultra-clear front camera satisfies users in taking selfies that show natural and delicate skin.

The device is equipped with a 6.5 inch 90Hz Ultra Smooth Display to provide the smoothest experience in the segment and sampling rate of the display is 120Hz. The back cover of realme 7 Series also features AG Split Design processing with classic CD textures makes the phone look more premium. There are two surreal colours available for realme 7, which are the Mist White and Mist Blue.

Product Availability

Version

realme 7 Pro

(8GB+128GB)

RM 1,499

Colours

Mirror Silver and Mirror Blue

Sales Information

First Online Sale on realme’s official store at Shopee

- 29th September 2020

- Link - http://bit.ly/r7propr 

- Free Gift: realme Watch

First Offline Sale at all authorised dealers 

- 3rd October 2020

Pre-order at realme stores and all authorised dealers

- 24th September - 2nd October 2020

- Free realme Buds Q White Edition (specially designed by Jose Levy)

Version 

realme 7

(8GB+128GB)

RM 1,299

Colours

Mist White and Mist Blue

Sales Information 

First Offline Sale at all authorised dealers 

- 26th September 2020

Pre-order at realme stores and all authorised dealers

- 24th - 25th September 2020

- Free Neck Massager

TÃœV Rheinland Smartphone Reliability Verification

realme 7 Pro and realme 7 are among the top smartphones that passed TÃœV Rheinland Smartphone Reliability Verification with its new reliability standard making realme smartphones not only better to use, but also more durable for fans to enjoy the pleasure brought by the leap-forward technology and trendsetting design.

To find out more about realme’s events and promotions, do follow our Facebook page as well as Instagram at @realmemalaysia

Read More

23 September 2020

Suri Rumah Buat Duit Poket Guna Handphone Je

Assalamualaikum dan hai,

Buat para suri rumah kita akan lebih gembira bila ada duit poket sendiri untuk beli barang make up, barang kecantikan, minyak wangi, baju baru, handbag, makanan sedap-sedap dan pelbagai lagi kan. Kalau tak beli semua tu pun kita masih perlukan duit poket untuk top up barang dapur, bayar hutang PTPTN dan macam-macam lagi lah. Tak semestinya duduk rumah goyang kaki je kan.

Qiss tahu kebanyakan suri rumah sekarang ada handphone. Selain guna untuk tengok video masakan, kita gunalah handphone tu untuk jana pendapatan juga. Tapi kalau suami anda dah bagi duit belanja juta juta lemon, tak perlulah fikir pasal duit poket yang tak seberapa ni. Sebabnya anda akan rasa buang masa setakat dapat RM3.00 sehari.

Hari ni Qiss nak share dengan anda satu aplikasi menarik yang mana anda boleh buat task dan kumpul duit. Bila dah cukup amount untuk withdraw anda boleh cash out duit tu terus ke akaun bank anda

Cara-cara nak mendaftar masuk

Pertama sekali anda kena register

Lepas tu janganlah terkejut kalau keluar bahasa Cina tu. Belum nak mati lagi. Kita boleh tukar bahasa guna cara kat bawah ni.


Ni pertama sekali anda akan nampak bila klik link tadi. 

Mula-mula klik kat bahagian petak putih yang ditunjuk oleh anak panah tu.


Lepas tu, klik kat bahagian anak panah ni.



Bila keluar option macam ni boleh pilih English.



Kemudian dah keluar versi English ni, anda kena klik register now


Lepas tu boleh register macam biasa. 

Lepas register anda kena isi dua bahagian penting ni Personal Info dan Account Binding


Pada bahagian bank card number masukkan nombor akaun bank anda. Bukan nombor kad bank ye.

Untuk bahagian fullname letakkan nama penuh anda. Manakala di bahagian username letak seperti berikut. Facebook: Nama FB anda.

Untuk gambar pula upload gambar screenshot FB anda.


Nak senang dan mudah download aplikasi ni klik je application download tu kat bahagian account belah kanan sekali.


Nak download aplikasi ni sila gunakan handphone. 

Lepas tu dah boleh buat task dan kumpul duit.

Cara-cara nak buat task

Untuk buat task anda pergi kat bahagian Home belah kiri bawah.


Pilih task mana anda nak buat ada Tiktok, Youtube, Instagram dan Facebook



Klik bahagian Ordinary


Tekan receive dan ikut arahan yang diberikan.


Untuk TikTok


Bila klik receive akan keluar macam ni. Korang klik je


Klik CONFIRM ACCEPT


Lepas confirm accept korang tekan copy link dan paste kan link tu pada browser macam ni


Step 1: Like
Step 2: Follow
Step 3: Screenshot gambar dah like dan follow.

Macam ni.. tengok love dah merah lepas tu takda tanda + kat gambar tu.. tu makna dah like dan follow. 

Screenshot lagi 1 gambar profile tiktok orang tu bukti kita dah follow. 



Step 4: Upload gambar satu persatu dan klik confirm submit



Untuk YouTube 

Step 1: Like
Step 2: Subscribe 
Step 3: Screenshot gambar dan like dan subscribe tu
Step 4: Upload gambar dan submit task


Read More

20 September 2020

Eira Syazira Dapat Kejutan Set Barang Kemas Bernilai RM15,000 Daripada Emas Rozita

16 September 2020 maka genaplah 9 tahun usia perkahwinan Azad Jazmin dan Eira Syazira. Azad Jazmin berjaya memberi kejutan buat isteri tersayang, Azad Jazmin menghadiahkan majlis ulangtahun perkahwinan yang ke sembilan berkonsepkan pelamin dalam taman di Dealova Place Event Space, Sunway Nexis Damansara. Majlis yang diadakan cukup meriah itu dihadiri oleh keluarga, rakan artis serta rakan media dan blogger. 

Sebelum diberikan kejutan ini, Eira terlebih dahulu memberi kejutan kepada Azad semasa di Langkawi dengan makan malam yang istimewa sempena ulangtahun perkahwinan mereka. 

Ditanya bila Azad mula merancang untuk mengadakan kejutan ini, Azad memberitahu dia mengambil masa selama dua bulan dan pada Eira dia hanya memberitahu yang kejutan ini adalah candle light dinner biasa tetapi Eira tak boleh pegang telefon Azad sehingga 20 September 2020.

"Sebab seronok bercuti di Langkawi, saya buat drama penat. Taknak balik Kuala Lumpur hari ini dan nak extend paling tidak 5 hari 4 malam di Langkawi tapi Azad minta untuk balik hari ini sebab dah booking flight dan tempat makan pada malam ini", kata Eira Syazira yang masih dalam keadaan terkejut dan terharu.

"Saya tidak menyangka rupanya saya kena kejutan balik di Kuala Lumpur dan selalunya adik saya akan bercerita bila ada majlis atau apa-apa tapi untuk majlis pada malam ini langsung tiada ahli keluarga yang bercerita kepada saya," tambah Eira lagi.

Sepanjang perkahwinan selama 9 tahun ini, Azad Jazmin dan Eira Syazira dikurniakan 3 orang puteri yang bernama Amarra Sofea Rose 7 tahun, Ameisya Leanne Rose 4 tahun dan Areisya Suri Rose 2 tahun. 

"Sepanjang usia perkahwinan selama sembilan tahun, majlis ini saya adakan bagi menghargai pengorbanan Eira sebagai seorang isteri yang juga Supermom kepada anak-anak saya", kata Azad Jazmin.

"Azad pernah cakap dengan saya masa tu usia perkahwinan kami baru menginjak usia 3 tahun dan Azad teringin nak bersanding semula. Sebab dah lupa jadi saya tak expect yang kejutan malam ini sempena ulangtahun perkahwinan yang ke 9 Azad menghadiahkan saya kejutan istimewa ini. Segalanya Azad sediakan, baju bling-bling, make up artist, buat rambut dan pelbagai lagi", kata Eira.

"Teringin nak nikah tapi sanding dengan orang sama dan sanding 4 kali tak mengapa dia tidak kisah tapi kena sanding orang samalah," seloroh Azad Jazmin.

 

"Ahirnya impian saya dapat direalisasikan oleh Dealova Place Event Space, Bobba Fitz, Rass Deco dan Emas Rozita. Malah pihak Emas Rozita turut menghadiahkan set barang kemas bernilai RM15,000 kepada Eira malam tadi. Saya sangat terharu dan berterima kasih kepada semua yang menjadikan impian saya ini kenyataan", tambah Azad lagi. 

Pasangan tersebut turut bersanding, makan beradab serta memotong kek dan malam tersebut juga ada acara menepung tawar dari kedua-dua keluarga Eira Syazira dan Azad Jazmin.  


Pada majlis kejutan itu, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, Aiman Tino, Fareez Fauzi dan bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus  turut hadir memeriahkan majlis.

Bercerita tentang perkembangan seni terbaru Azad Jazmin akan memulakan penggambaran filem dengan Keith Foo selain aktif dengan review produk di laman Instagram dan Tik Tok.

Asam garam sebagai suami isteri menguatkan lagi cinta pasangan ini. "Pada awal perkahwinan memang ada rasa cemburu tapi bila dah kenal dan tahu pasangan ke mana dan dengan siapa, rasa tu berkurangan. Setiap hari kami akan buat benda baru supaya tidak bosan bersama", kata Eira Syazira.

Semoga perkahwinan pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.



Read More

17 September 2020

Keith Foo kurus sebab bercerai?

KUALA LUMPUR: Kurus... susut badan kerana tertekan dengan takdir perpisahan yang tertulis? Malah ada suara nakal mengandaikan perceraian terjadi hujung tahun lalu membuatkannya hilang punca hingga tak lalu makan.

Benarkah itu antara punca dan persoalan melingkari kehidupan pelakon Keith Foo saat berpisah dengan bekas isteri, Kim Raymond.

Benar memang aktor kacak yang meledak menerusi drama Ariana Rose itu kini sudah mula pasang badan dan dilihat berjaya menguruskan badan.


Tapi betulkah punca itu sebenar yang terjadi?

Keith yang ketika ini kembali membuat ‘come back’ di arena seni selepas lebih dua tahun berehat panjang memberikan tumpuan kepada keluarga terutama anak perempuannya, Skylar Raymond Foo, 3, menafikan perkara itu setegas tegasnya.

“Benar macam macam andaian mula kedengaran apabila saya berjaya menurunkan berat badan. Kalau yang mengikuti saya di Instagram sebelum berpisah lagi saya dalam misi menguruskan badan.


Tak boleh dinafikan dengan bantuan produk makanan kesihatan, Cococurv sejak enam bulan lalu membantu saya membakar lemak dengan lebih cepat lagi. 

Boleh dikatakan Cococurv menjadi cinta baru saya saat ini. Saya belum terfikir nak cari pengganti lain... Cococurv kan ada,” katanya.

Sejak kebelakangan ini memang rutin bersenam itu jadi ‘ketagihan’ hidup saya.


“Tak lengkap hari saya tanpa bersenam di gim, berjoging dan memanjat gunung. Jadi saya imbangi pengambilan Cococurv dengan aktiviti berpeluh.

Berlari contohnya saya biasakan jadi rutin harian. Kalau tak sempat berlari saya memperuntukkan masa sekitar 30 hingga 45 minit di gim. Tapi kalau ada masa, saya gabungkan kedua duanya sekali pada waktu tertentu. Sesekali saya pilih lokasi memanjat gunung untuk menambah stamina,” katanya.

Pemegang watak Tengku Adam Kamil dalam drama fenomena, Ariana Rose bergandingan dengan Fathia Latiff itu menjelaskan dia bukan terdesak nak kurus.


“Pada tahap dan zaman sekarang, soal menjaga badan itu bukan semata mata nak nampak hebat dan cantik dalam gambar. Apatah lagi tunjuk bagus. Ia kini lebih kepada gaya hidup. 

Saya buat semua ini juga demi survival dan kelangsungan dalam dunia seni. Sekian lama menyepi saya juga mahu tampil segar bersaing dengan bakat baru dan sedia ada secara positif.

Saya lakukan ini juga demi anak dan menambah kepercayaan terhadap diri,” katanya.

Pelakon  kacukan India-Cina dengan nama penuh  Foo Chuan Chin Ini memberitahu beratnya kini sudah mencecah sekitar 70 ke 73 kilogram.

“Sebelum mengambil Cococurv dan melakukan rutin kecergasan, berat saya yang dulunya pernah mencecah sampai 83 kilogram,” katanya.

Ditanya mengenai comeback, Keith percaya tahun 2020 menjadi masa terbaik untuk kembali menyeri pentas seni.

“Selain anak mula membesar dan kian faham, saya pada mulanya menganggap angka 2020 sebagai detik terbaik meluncur kembali bakat.

Cuma tanpa diduga kita diuji pula dengan pandemik Covid 19. Namun semuanya sudah tertulis. Ujian berlaku membuka hikmah besar buat kita semua.

Apa terjadi juga, saya tak ralat memulakan semula dari bawah. Suatu ketika dahulu sayalah hero. Tapi kini saya okey saja bertatih. Tawaran berlakon yang masuk saya ambil dulu. Saya tak memilih kerana mahu mengembalikan kepercayaan penerbit dan stesen TV.


“Ikutkan ada banyak tawaran yang datang. Cuma bila datang pandemik, banyak benda berubah termasuk tarikh penggambaran,” katanya.

Dalam pada itu, Keith yang pernah lebih sedekad melebarkan sayap seni di Indonesia turut memaklumkan yang ada tawaran untuknya kembali ke sana.

“Ada beberapa tawaran yang saya terima dari sana termasuk daripada bekas pihak pengurusan. Cuma semuanya masih belum dapat dipastikan lagi. Apatah lagi dengan kesukaran untuk ke sana kerana larangan merentas negara dek pandemik berlaku.

Tapi kalau stabil dan pulih semua nanti, saya tak keberatan untuk ke sana,” katanya.

Sementara itu, Cococurv yang mula berada di pasaran sejak tahun lalu terus mencuri perhatian. Hanya selepas sebulan dilancarkan, produk itu berjaya mendapat sambutan hangat

Tidak hanya di Malaysia, produk diusahakan Liena dan rakan kongsinya itu juga berjaya menembus pasaran negara seberang, Indonesia.

Biarpun sering diuji dengan pelbagai dugaan yang cuba menjatuhkan produk itu, Cococurv terus mencipta magis dan meraih kepercayaan ramai bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan.

Minuman kesihatan berperisa Coklat Belgian ini jika diamalkan secara konsisten dan dibantu dengan pengambilan detoks Berry Curv mampu memberikan hasil diingini.

Tanpa perlu menahan lapar, mengikat perut, memeningkan kepala dan bersenam, pengambilan Cococurv yang diformatkan dalam bentuk sachet  mampu mengurangkan berat badan sekitar 3 ke 5 kilogram dalam tempoh seminggu.

Cococurv dihasilkan dengan ramuan tepung koko, fructose, krimer non dairy, hoodia, guarana dan Aloe Vera.

KELEBIHAN COCOCURV

a. Membakar lemak & kalori dengan pantas

b. Meningkatkan Metabolisma badan

c. Mengurangkan selera makan

d. Membuang toksin dan mengempiskan perut

e. Sesuai untuk ibu menyusu (baby umur 3 bulan keatas)

f. Menghalang pembentukan lemak baru

g. Menurunkan berat badan dengan pantas

     

CARA MINUM COCOCURV

a. Minum waktu pagi selepas sarapan berat. sejuk

b. Minum waktu tengahari selepas makan berat. 

c. Pada bulan puasa boleh diambil waktu pagi selepas bersahur

d. Boleh dibancuh mengunakan air panas ataupun air sejuk

e. Minum air putih secukupnya setiap hari


SIAPA YANG PERLU MINUM COCOCURV

a. Yang nak kurus tapi tak nak tahan lapar

b. Yang nak kurus tapi mals nak pergi gym atau bersenam

c. Yang nak kurus sebab nak ubah gaya hidup dan ubah pandangan masyarakat pada mereka yang berbadan gemuk

d. Yang nak kurus untuk memudahkan solat, ringan badan dan sihat

Untuk mendapatkan produk ini boleh mengikuti Instagram @cococurv_hq atau @cococurv.liena. Bagi yang ingin menjadi agen menambah pendapatan dan mengubah nasib hidup boleh menjadi stokis dan agen dengan menghubungi talian HQ 01155554175

Read More

15 September 2020

Avenue K Shopping Mall Mengadakan Cabutan Bertuah Secara Langsung Let Me Win!

Assalamualaikum dan hai,

Pandemik Covid-19 telah menjejaskan kadar kewangan pasaran pusat membeli-belah terutamanya di kawasan-kawasan Kuala Lumpur. Mengikut saranan kerajaan Malaysia, pusat membeli-belah kini mengadakan jualan beli barangan Malaysia bagi menaikkan semula ekonomi.

Pelbagai acara diadakan bagi menarik kedatangan pelanggan untuk membeli-belah pada setiap hari. Kebiasaannya setiap pusat membeli-belah mengadakan pertandingan dan cabutan bertuah bagi menghargai pelanggan setia mereka.

Setelah berlangsung selama enam bulan, akhirnya pada hari Sabtu lepas kita dapat melihat sendiri pemenang hadiah cabutan bertuah ‘AK Let Me Win!’ yang diadakan di Atrium, Tingkat Bawah Avenue K. Cabutan itu akan menentukan siapa yang berjaya sebagai pemenang Hadiah Utama Nissan Almera Kereta Auto Series 1.5E.


Untuk menyertai Cabutan Bertuah Langsung Peraduan AK Let Me Win!, pembeli mesti membelanjakan RM150 (RM100 untuk Ahli Kad Jiran AK) dalam satu resit di mana-mana kedai di Avenue K Shopping Mall pada hari yang sama. 

Lebih seribu peserta diberitahu melalui SMS untuk menghadiri cabutan bertuah yang diadakan dari jam 3-5 petang pada 12 September 2020. Hadiah hebat untuk direbut termasuk kereta Nissan Almera Auto 1.5E Black Series, Baucar membeli-belah iPhone 11, Samsung Galaxy Note 10 dan RM1,000 dari Fitness First, Fire Fitness, Sephora, Village Grocer, Max Fashion, Skechers, Leather Avenue dan New Image. AK Let Me Win! Peraduan bermula pada 1 Mac 2020 dan berakhir pada 31 Ogos 2020.

Senarai pemenang 

Hadiah Utama

Nissan Almera Black Series

Shirley Ong Su Ying


Hadiah Pertama 

Iphone 11 256GB

How Lye Neo


Hadiah Kedua

Samsung Galaxy Note 10 8GB + 256GB

Fong Meow Lee

Para pemenang cabutan bertuah

Acara ini lain daripada yang lain dan peserta berpuas hati sebab cabutan ini dibuat secara langsung. Avenue K dapat menarik jumlah kedatangan pelanggan untuk membeli belah di pusat membeli-belah sambil menghargai pelanggan setia mereka.  Lebih banyak aktiviti yang menarik akan dijalankan pada masa akan datang.  

Jangan lupa untuk ikuti perkembangan Pusat Membeli-belah Avenue K di Facebook dan Instagram

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com